Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Fizo Omar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Posted: 07 Apr 2012 05:57 PM PDT

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2012 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.3.1

Gambar Aeril Zafriel Cuba Baju Lords Tailor Untuk ABPBH

Posted: 07 Apr 2012 05:50 PM PDT

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2012 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.3.1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Suami Cerai Isteri Gara-gara Operasi Perbesaran Payudara

Posted: 07 Apr 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan yang menggunakan gel perbesaran payudara diceraikan setelah sang suami menyalahkan penyuntikan steroid itu membuat anak perempuan mereka mengalami gangguan otak. Demikian dilansirChina Daily, Sabtu (7/4/2012).
Zhou Shaoping (40), dari Provinsi Anhui, China, mengatakan bahawa dirinya menghabiskan wang sebanyak 5.000 yuan untuk membeli produk Amazingel untuk disuntikkan pada tahun 2003 di sebuah klinik.
Ia berharap, dengan payudara besar membuatnya dapat menarik banyak laki-laki setelah dikhianati mantan kekasihnya.
Pada tahun 2006, Zhou melahirkan bayi perempuan setelah bertemu sang kekasih dan menikah setahun kemudian. Ia terus memberikan ASI kepada anaknya meski warnanya kekuningan selama tiga bulan. Bayi itu kemudian dilaporkan memiliki kelainan otak namun tak disebutkan apakah penyebabnya kerana suntikan gel perbesaran payudara itu.
Setelah Zhou dan suaminya menghabiskan wang dan waktu untuk mengubati anak mereka, baru terungkap jika sang isteri pernah memakai Amazingel untuk membesarkan payudara. Sang suami kemudian mengajukan cerai dan meninggalkannya.
Zhou mengatakan ia terpaksa meninggalkan pekerjaannya agar boleh menjaga anaknya dan tinggal bersama orangtuanya. Ia mengaku jika dirinya sering merasakan rasa sakit pada payudaranya namun tidak yakin jika penyebabnya adalah gel tersebut

Pecahkan Rekord Naik Teksi Keliling Dunia

Posted: 07 Apr 2012 08:45 PM PDT


TRIBUNEWS.COM LONDON -Tiga pemuda  Inggris masing-masing bernama Paulus Archer, Leigh Purnell, dan Johno Ellison cuba pecahkan rekod dunia menggunakan teksi keliling dunia.
Menurut The Sun ketiga pemuda mulai melakukan  keliling dunia dengan teksi dari ibukota inggris London bulan Febuari 2011.
Mengendarai teksi hitam yang biasa digunakan di London dengan sebutan taksi cab mereka beri nama "Hannah," Perjalanan dilakukan oleh tiga pemuda melalui empat benua dan sepuluh zon waktu yang berbeza dalam upaya untuk memecahkan rekod dunia untuk naik taksi terpanjang.
Ketika mereka tiba di Times Square di New York, meteran taksi Hannah menunjukan tambang teksi yang harus mereka bayar mencapai 100.000 dollar Amerika.
Dalam catatan sejarah ini merupakan tambang teksitertinggi, setelah sebelumya mereka melakukan hal yang serupa base camp Gunung Everest.
Ketiga pemuda mengatakan teksi akan segera mereka terbangkan ke Tel Aviv, di mana mereka akan memulai bahagian terakhir dari tour mereka dan direncanakan akan kembali ke London pada bulan Mei.
Mereka telah mendokumentasikan perjalanan mereka di itsonthemeter.com, mengatakan mereka berharap dapat digunakan untuk membantu pembiayaan bagi Palang Merah.

Demi Gadget Mahal Wang Rela Jual Ginjalnya

Posted: 07 Apr 2012 08:30 PM PDT


TIBUNNEWS.COM,CHINA--Wang seperti gelap mata untuk mendapatkan gadget yang harganya mahal. Apapun ia lakukan demi mendapatkan gadget canggih yang kini  menjadi idola anak seumurnya di negaranya, China. Wang, menjual ginjalnya untuk mendapatkan itu semua.
Aksi nekad Wang diketahui saat orang tuanya merasa hairan. Wang tiba-tiba saja memiliki gadget mahal. Wang, seperti dikutip dari BBC mengakui secara jujur, mainan canggih yang dimilikinya itu adalah hasil menjual ginjalnya.
Polis setempat kemudian bertindak cepat. Lima orang kemudian ditahan, salah satunya adalah ahli bedah yang mengambil ginjal Wang pada April tahun lalu. Transplantasi ginjal Wang yang masih berusia 17 tahun ini , kelima orang itu mendapatkan wang . Sementara Wang hanya mendapat  sekitar US$.300. Wang, kini mengalami gagal ginjal. (BBC)

Piknik Romantis Justin Bieber dan Selena Gomez

Posted: 07 Apr 2012 08:15 PM PDT


infospesial.net -  Pasangan selebriti Justin Bieber dan Selena Gomez memiliki cara berdating yang berbeza kali ini, mereka  melakukan piknik di taman di LA Griffith Park. 

Selena Gomez, 19 tahun tampak memalingkan wajahnya ke matahari untuk menghangatkan tubuhnya, sementara kekasihnya Justin Bieber, 18 tahun mengenakan topi untuk mendapatkan kehangatan ekstra.

Penyanyi 'Baby' ini terkenal dengan kehidupan borosnya, seperti menyewa Stadium atau panggung wayang, makan malam peribadi yang sangat mahal untuk kekasihnya.

Namun, kelmarin jutawan muda ini membuktikan bahwa dirinya masih boleh romantik dengan anggaran murah, yang dia perlikan hanya snack dan minuman ringan, dan tentunya matahari di California.

Hah! Leher Kim Kardashian Ada Bekas Love bite

Posted: 07 Apr 2012 08:00 PM PDT


infospesial.net -  Dia tetap malu-malu dengan kehidupan percintaanya. Seperti yang dikhabarkan Kim Kardashian telah menghabiskan waktu bersama kekasih barunya Kanye West selama 24 jam, di rumah Kanye di New York. Artis itu terlihat melangkah percaya diri mempamerkan bekas love bite di lehernya.

Saat Kim berjalan menuju  restoran Kafetaria di Manhattandistrik Chelsea, Khamis (5/4/2012) lalu, untuk makan malam, terlihat jelas tanda merah seperti bekas gigitan di sebelah kiri lehernya. Banyak spekulasi mengatakan jika tanda tersebut adalah bekas ciuman dari Kanye West.



Kim sendiri didapati menghabiskan malam di apartemen TriBeCa, bersama Kanye. Dia pun tertangkap kamera menyelinap keluar dari rumahnya pada pukul 10:00 Khamis pagi, mengenakan seluar kulit yang sama, T-shirt dan kasut tinggi yang dikenakannya malam harinya.

Plat WWW 1 termahal

Posted: 07 Apr 2012 07:45 PM PDT


KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.
"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
sumber : kosmo online

Jurugambar parah dipukul polis

Posted: 07 Apr 2012 07:30 PM PDT


ATHENS: Seorang jurugambar Greece yang bekerja untuk agensi berita kerajaan China, Xinhua menjalani pembedahan semalam selepas cedera parah di kepala ketika membuat liputan bantahan antiberjimat-cermat, kata polis.
Marios Lolos, 46, yang mempengerusikan kesatuan jurugambar berita Greece mengalami kecederaan saraf kranial akibat dipukul dengan belantan di belakang kepalanya yang dilihat sebagai insiden terbaru kekejaman polis terhadap media, kata kesatuan wartawan Greece.

Wartawan lain yang ada di tempat kejadian berkata, polis mengarahkan anggota media yang membuat liputan beredar segera dan seorang polis antirusuhan memukul Lolos dengan pemegang keluli belantannya. - AFP



sumber : myMetro

Victoria Beckham tampil dengan wajah eksotik

Posted: 07 Apr 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Peminat kepada bintang pop yang bertukar karier menjadi pereka fesyen Victoria Beckham biasa melihat wanita itu tampil dengan pelbagai gaya.
Namun, kali ini penampilan Victoria nyata eksotik ketika dia muncul untuk sesi fotografi Harper's Baazar China.

Dengan rambut palsu merah yang diikat ke belakang dan memakai pakaian seksi, ibu empat anak itu berubah dengan penampilan cukup dramatik.


Imej terbaru isteri David Beckham itu disifatkan sesetengah penulis blog seperti karakter dalam permainan video.

Victoria menjalani sesi fotografi bersama jurugambar China Chen Man yang terkenal dengan kesan sinematik yang dramatik.


Bintang itu tampil untuk kulit depan majalah Bazaar edisi China selepas dia muncul dalam Harper's Bazaar Britain.




Ketika diwawancara, Victoria berkata, dia mewakili wanita golongan pertengahan dalam rekaannya.

Victoria menjelaskan sejak menjadi pereka fesyen, dia lebih suka memakai pakaian rekaannya sendiri untuk lebih mesra dengan pelanggan.


Namun, tahun lalu dia kecewa kerana tidak dapat mencuba rekaannya sendiri kerana hamil dengan anak perempuannya, Harper.

"Kami sentiasa berjenaka mengenai model berusia 17 tahun yang berketinggian enam kaki memperagakan rekaan saya. Namun, kemudian saya kata, baiklah saya akan cuba pakai baju itu dan mencubanya untuk tatapan umum.


"Begitulah cara saya bekerja. Saya dapati sukar ketika hamil dan tidak dapat mencuba rekaan sendiri. Saya hanya berdiri dan mula menutupi tubuh dengan fabrik kain. Memang sukar jika kita tiada susuk tubuh idaman," katanya. - DM



sumber : myMetro

Dera pelajar secara seksual

Posted: 07 Apr 2012 07:00 PM PDT


MODESTO: Bekas guru di California yang menjadi berita muka depan akhbar ketika dia meletakkan jawatan untuk tinggal bersama pelajarnya yang berusia 18 tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan seksual terhadap seorang pelajar lain lebih 10 tahun lalu, kata polis.
Christopher James Hooker, 41, ditahan untuk siasatan kerana disyaki melakukan hubungan seks oral bersama pelajar bawah umur. Polis berkata, kejadian itu berlaku ekoran hubungannya dengan seorang pelajar berusia 17 tahun pada 1998 di Sekolah Tinggi Davis di Modesto, tempat dia pernah mengajar.

Hooker muncul di mahkamah semalam dan hakim menetapkan ikat jamin AS$50,000 (RM150,000) serta pelantikan peguam bela awam untuknya, lapor akhbar Modesto Bee. Dia meminta jumlah ikat jamin dikurangkan dan hakim menetapkan perbicaraan Selasa ini bagi memutuskan perkara itu.


Polis berkata, siasatan bermula selepas Hooker mengumumkan hubungannya bersama Jordan Powers Februari lalu yang menjadi muridnya di Sekolah Tinggi Enochs di Modesto.

Muncul dalam pelbagai rancangan bual bicara televisyen nasional di AS, Hooker bersama Jordan mengekalkan hubungan tanpa seks hingga pelajar itu berusia genap 18 tahun, tetapi polis menyiasat sama ada berlaku hubungan tidak wajar sebelum itu. Dalam wawancara untuk rancangan Dr Phil dan Selamat Pagi Amerika, ABC pasangan itu dilihat berpimpin tangan dan saling bertukar senyuman. Pasangan itu mendakwa ketika mereka bertemu kali pertama iaitu ketika Jordan berusia 14 tahun, hubungan mereka tidak membabitkan sentuhan fizikal hingga pelajar itu cukup umur. Mengikut undang-undang California pelajar perlu mencecah usia 18 tahun untuk menjalin hubungan dengan orang dewasa. Ibu Jordan, Tammie yang bersemuka dengan pasangan itu dalam rancangan Dr Phil menuduh Hooker mempengaruhi anak perempuannya.


Ekoran hubungan pasangan itu, anggota Kongres dari Modesto, Kristin Olsen mengusulkan undang-undang supaya melarang hubungan pelajar-guru walaupun pelajar sudah mencapai usia 18 tahun dan membatalkan skim saraan serta perubatan guru terbabit jika mereka disabitkan bersalah.



Menurutnya tindakan itu dapat menghalang guru menjalin hubungan dengan pelajar mereka sendiri walaupun pelajar mencecah usia dewasa. - SD


sumber : myMetro

Bekas suami tak faham maksud taklik

Posted: 07 Apr 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Suami 'hilang' lebih empat tahun tanpa nafkah zahir dan batin, dipukul serta suami ada wanita lain antara dugaan dihadapi penyanyi dan pelakon, Leina Hangat, 39, ketika berkahwin dengan mualaf warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.
Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia dihalau bekas suaminya yang ketika itu bekerja sebagai chef di Singapura pada 2003 dari hotel yang menjadi kediaman mereka di negara berkenaan dan mendakwa lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan wanita warga Vietnam.

"Saya tahu dia menjalin hubungan dengan wanita itu apabila dia memberitahu ketika saya menghubunginya selepas dihalau dari hotel itu. Saya juga dapat bercakap dengan wanita itu," katanya ketika dihubungi di sini.


Leina yang pernah membintangi filem Awas dan Satay, melangsungkan perkahwinan dengan lelaki itu pada 21 Ogos 2002 dan bercerai pada Ogos 2008.

Leina turut mendakwa bekas suaminya suka keluar malam dan pemabuk. Dia juga kerap dimarahi dan dipukul jika tidak membenarkan bekas suaminya mengambil minuman keras.


Katanya, selepas lelaki itu menghilangkan diri, dia pernah cuba menghubunginya dan menunggu bekas suami mencarinya tetapi gagal.




Namun, selepas bertemu kembali pada 2007 dan mengemukakan permohonan fasakh, bekas suaminya memperlekeh dan mentertawakan peguam Leina yang menghubunginya ketika itu.

"Dalam kes kami, saya tidak meletakkan 100 peratus kesalahan kepada bekas suami kerana berasa saya turut menjadi penyumbang. Saya akui ketika itu ilmu agama tidak cukup kuat, menyebabkan saya gagal menangani masalah rumah tangga.


"Sepatutnya saya menggalakkannya mendalami agama Islam, sebaliknya saya pula terikut-ikut gaya hidupnya. Dia pula baran dan saya pula melawan, tidak hairan dia kerap 'naik tangan'," katanya.

Leina berkata, bekas suaminya tidak faham tuntutan agama Islam dan memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengannya.


"Ketika bernikah, dia hanya membaca taklik tetapi tidak memahaminya langsung," katanya.


Menurutnya, sepanjang perkahw inan, dia juga tidak pernah bertemu keluarga bekas suaminya.


Leina kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 40, pada 2009.


"Saya lebih banyak belajar dalam perkahwinan kedua. Saya perlu menjaga hati suami dan buang sikap negatif seperti sikap dulu seperti suka menjawab apabila bertengkar dengan suami," katanya.



sumber : myMetro

Rugi RM90,000

Posted: 07 Apr 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hasrat lebih 100 pemilik butik pengantin dan katering mencari pendapatan tambahan melalui penyertaan dalam Festival Pengantin Malaysia Ke-11 bukan saja hancur, malah mereka turut kerugian lebih RM90,000.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak penganjur festival membuat bayaran penuh kepada pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan pihak pengurusan PWTC enggan membuka pintu Dewan Tun Razak 2, di tingkat empat bangunan berkenaan.

Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa mereka, pengusaha butik pengantin, Edyham Hazril Zainudin, 40-an, berkata dia menerima pelawaan daripada syarikat penganjuran itu tiga bulan sebelum karnival bermula.


"Saya membuat bayaran penuh berjumlah RM4,000 bagi sebuah ruang pameran kecil sejak dua bulan lalu, namun kami hanya mengetahui mengenai muslihat sebenar syarikat itu pada hari pertama festival bermula, semalam (kelmarin).

"Pada pagi Jumaat, karnival yang sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa dilewatkan ke jam 1 tengah hari apabila tiada staf mahupun pengurus syarikat itu tampil membuka pintu dewan dan hanya seorang staf mereka muncul jam 12 tengah hari untuk memaklumkan pihaknya ada masalah kewangan dengan pengurusan PWTC, namun berjanji akan menyelesaikannya," katanya ketika ditemui , semalam.


Beliau berkata, keadaan sama berulang semalam apabila pengurusan PWTC tidak membenarkan mana-mana peserta untuk memasuki dewan berkenaan kerana penganjur karnival gagal membayar sewa berjumlah RM90,000




"Rata-rata peserta festival ini membuat bayaran penuh kepada penganjur, namun kami tidak tahu punca mereka tidak membayarnya sehingga menyebabkan kami mengalami kerugian akibat kecuaian mereka.

"Tidak cukup dengan itu, seorang peserta festival ini bermurah hati membuat bayaran berjumlah RM40,000 hari ini (semalam) bagi membolehkan kami meneruskan perniagaan, namun pengurus syarikat dan stafnya bersikap lepas tangan dalam hal ini," katanya.


Seorang lagi peserta festival, Datuk Jamal Md Yunos berkata, meskipun pada mulanya mereka semua menghadapi masalah memasuki dewan berkenaan untuk meneruskan perniagaan, namun hasil kata sepakat, jalan penyelesaian dapat dicari.

"Kami sepakat mengumpul duit sendiri dulu dan membayar kepada pengurusan PWTC bagi menjayakan festival ini dan akan berurusan dengan penganjur festival bagi menuntut balik wang terbabit.


"Ada peserta berbelanja lebih RM50,000 untuk menyewa ruang pameran di festival ini dan jika ia ditamatkan begitu saja, kami akan rugi lebih besar," katanya.


Beliau berkata, festival berkenaan akan diteruskan seperti biasa sehingga jam 10 malam ini dan berharap orang ramai dapat memberi sokongan padu kepada peserta karnival.


Jamal berkata, antara perkhidmatan disediakan adalah andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, kad kahwin, cenderamata, perhiasan, aksesori, dewan majlis perkahwinan, ejen perancang industri perkahwinan, pusat penjagaan kecantikan dan perkhidmatan katering.


Bagaimanapun, jam 3.30 petang semalam, beberapa peserta karnival itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan rasa tidak puas hati terhadap pihak penganjur yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.


Sementara itu, usaha Metro Ahad untuk menghubungi syarikat penganjur festival itu gagal apabila talian telefon mereka ditutup.



sumber : myMetro

Hina Allah, Rasulullah

Posted: 07 Apr 2012 06:15 PM PDT


RAWANG: Tindakan seorang pengguna Internet menghina Allah dan Rasulullah SAW, mencetuskan kemarahan sekumpulan pemuda Bandar Tasik Puteri (BTP), di sini.
Peniaga, Safrul Nidzam Shamsuddin, 39, berkata sebagai umat Islam, maruahnya tercabar dengan kenyataan pengguna Internet yang menggelarkan dirinya Daniel Heckenbucker begitu berani menghina Allah, agama Islam, junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan orang Melayu.

"Menyirap darah saya sewaktu membaca apa ditulis 'si bacul Daniel' itu. Saya nak menyebut apa yang dihina terhadap Allah, Islam dan Rasulullah pun tidak tergamak mulut saya mengeluarkannya. Kata-kata menghinanya itu tidak boleh diterima kita yang berakal waras," katanya.


Menurut Nidzam, dia mula menyedari kata-kata menghina Daniel sewaktu melayari laman sosial kumpulan (group) Negaraku Malaysia, kelmarin. Isu itu dibincangkan bersama rakannya, peniaga buah-buahan, Mohd Sufian Atas, 35, yang menganggap kenyataan Daniel sungguh biadap.

"Kami mengambil keputusan membuat laporan polis pada hari sama kerana isu ini serius. Saya tidak mewakili mana-mana parti politik, tetapi apa yang saya lakukan berdetik rasa tercabar maruah agama Islam dihina begitu. Kami berharap polis dapat menyiasat, siapa Daniel," katanya.


Melalui laporan Nidzam, Daniel Heckenbucker menyifatkan tidak perlu mengkritik Islam kerana Islam itu sememangnya hina, tindakan Rasulullah SAW berkahwin empat isteri seperti melayan nafsu serta orang Melayu yang mengikuti sirah Rasulullah SAW dikatakan sebagai bodoh.




Sufian pula berkata apa dilakukan Daniel tidak boleh dibiarkan berleluasa demi mempertahankan akidah umat Islam. Gejala murtad yang menjadi kontroversi sekarang serta kata-kata menghina Islam di Internet sekarang disifatkan antara serangan terhadap umat Islam.

"Jika Daniel warga tempatan berani menghina agama Islam, bagaimana pula bangsa asing. Kita masyarakat majmuk di negara ini kena hormat setiap agama dan bangsa, bukan kata-kata menghina begitu yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di nusantara ini.


"Harus ingat Islam dan Melayu itu, bagai isi dan kuku. Melayu pula bukan setakat di Malaysia saja, di Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei pun ada Melayu," katanya.


sumber : myMetro

Sangka barang sihir

Posted: 07 Apr 2012 06:00 PM PDT


ALOR SETAR: "Saya sangka bungkusan itu barang sihir kerana dibalut kemas dengan kain putih dan plastik hitam, namun tidak menyangka ia sebenarnya mengandungi mayat bayi cukup sifat."
Begitu kata pemilik gerai makan, Rusdi Abd Aziz, 45, apabila menemui mayat bayi perempuan, dipercayai baru dilahirkan, di atas meja premisnya berhampiran Masjid Sungai Mati, di sini, jam 8 malam kelmarin.

Bayi itu ditemui dalam beg plastik berwarna hitam dengan bungkusan kain putih, termasuk masih mempunyai tali pusat dan dipercayai lahir kurang daripada 12 jam.


Rusdi berkata, dia menyedari bungkusan itu berada di atas sebuah meja gerainya ketika menuju ke pekan Langgar bersama isterinya pada waktu petang bagi mencari beberapa keperluan untuk berniaga pada keesokan harinya.

"Rumah saya terletak dua kilometer dari lokasi gerai kami. Ketika melintasi gerai, saya melihat ada bungkusan beg plastik di atas meja sedangkan setiap kali selepas berniaga, saya pastikan tiada barang tertinggal.


"Pada mulanya saya tidak menyangka perkara pelik. Namun, hati saya tertanya-tanya lalu menghantar isteri ke rumah sebelum keluar semula menaiki motosikal untuk melihat bungkusan terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.




Rusdi berkata, setibanya di gerai, dia berasa tidak sedap hati ketika melihat bungkusan itu lalu mengajak beberapa penduduk yang tinggal berhampiran untuk memeriksanya.

Menurutnya, seorang penduduk mengarahkannya memeriksa bungkusan terbabit menggunakan kayu kerana tidak mengetahui kandungan sebenar, selain bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini.


"Saya menguis bungkusan itu menggunakan kayu dan melihat ada sesuatu dibungkus dengan kain putih. Saya memeriksa dengan lebih lanjut sebelum ternampak kaki dan keseluruhan badan bayi terbabit," katanya.

Rusdi berkata, selepas mengetahui kandungan bungkusan itu, dia bergegas melaporkan penemuan itu kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya percaya mayat bayi perempuan terbabit baru dilahirkan sebelum diletakkan di gerai.


Katanya, mayat bayi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat, manakala polis meneruskan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian.



sumber : myMetro

Dikelar leher sebelum samun

Posted: 07 Apr 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Niat mencari pekerjaan di negara ini membawa malang kepada seorang lelaki warga Bangladesh apabila dia mati akibat leher dikelar sebelum disamun di rumah sewanya di Jalan Kuchai Lama, di sini, pagi semalam.
Md Rana, 23, baru tiba di negara ini 15 hari lalu dan menyewa di rumah itu bersama tujuh rakan senegaranya sementara dia mencari pekerjaan.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi di rumah kedai blok 3, Jalan Kuchai 13, mangsa berseorangan di rumah sementara rakan lain keluar bekerja.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, mangsa berbual dengan rakan melalui telefon sebelum menyedari pintu rumah diketuk.

Katanya, sebaik membuka pintu, seorang suspek bersenjatakan parang dipercayai menerpa masuk dan mengelar leher mangsa hingga menyebabkannya mati di tempat kejadian sebelum menggeledah rumah itu.


"Pada masa sama, rakan mangsa yang terdengar jeritan mangsa menghubungi polis sebelum mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.




Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada perbuatan itu dilakukan orang yang mengenali mangsa atau orang luar.

Katanya, polis belum menganggarkan kerugian dialami mangsa, namun akan menyoal siasat beberapa rakan mangsa yang dilaporkan bekerja ketika kejadian.


"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.

Polis meminta orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.



sumber : myMetro

[Gambar] wanita mangsa amuk

Posted: 07 Apr 2012 05:30 PM PDT



kesian.....

Mereka buat kelakuan tak senonoh didepan anak kecil saya

Posted: 07 Apr 2012 05:15 PM PDT



sumber : stomp.sg.com
STOMPer STOMPerInAction was annoyed to see these youths behaving intimately in the BHG department store at Bugis Junction, right in front of her young child.

Said the STOMPer:

"They were hugging each other very tightly, right in front of my young child.

"The girl was wearing a very short skirt and was leaning on the boy.

"I think it's inappropriate of them to do this in front of other people, especially when young children are around."

Alamak 'amoi' kena tahan pak Guard sebab pakai spender atas kepala

Posted: 07 Apr 2012 05:00 PM PDT


amoi...amoi

Dahsyat betul cara polis ini hapuskan penjenayah

Posted: 07 Apr 2012 04:45 PM PDT




LETAK MAKLUMAT IKLAN

Wanita yang paling menyeramkan di Taiwan

Posted: 07 Apr 2012 04:30 PM PDT


Masyarakat Taiwan percaya awal bulan ini adalah hari dimana arwah-arwah dapat ke dunia kita-kita yang masih hidup. Merekapun mengadakan pertandingan siapa wanita yang paling seram, dan wanita inilah pemenangnya.



Mahluk menyeramkan diatas adalah wanita bernama Lin Ya-chi, 32. Ia adalah pemenang pertandingan'Ghost Queen', yang diadakan untuk menyambut bulan Hantu di Taiwan. Menurut kepercayaan penduduk Taiwan, bulan Hantu adalah bulan dimana pada hari pertamanya para arwah dapat keluar masuk sesuka hati antara dua dunia, iaitu dunia orang mati dan dunia orang hidup.

Menurut AJK penyelenggara, apabila Lin maHu menjadi hantu pada acara bulan depan, ia berhak atas hadiah sebanyak NT$100.000 dan tiket perjalanan 6 hari ke Los Angeles.

Meskipun sebagian besar voter memilih Lin yang berdandan ala Vampir adalah wanita paling menyeramkan di Taiwan, namun ternyata Lin sendiri tadinya adalah wanita yang penakut. Lin mengatakan dirinya tidak pernah berani menonton acara tentang hantu dan bahkan mengunjungi rumah hantu di taman bermain pun tak pernah. Wanita lulusan Sastra China di Universiti Tunghai ini berkata bahawa dia benar-benar mengeluarkan segenap keberaniannya demi mendapatkan hadiah wang dan kesempatan jalan-jalan ke luar negri.

Berubah dari seorang penakut hingga kini menjadi orang yang bekerja menakuti orang-orang lain, dirasakan Lin membuat dirinya kini menjadi lebih pemberani dan ia merasakan sensasi kepuasan setelah berhasil menakuti seseorang.

Ibu Lin pada awalnya tidak setuju, ia mengatakam bahawa berpakaian seperti hantu pada bulan Hantu akan membawa kesialan, namun setelah Lin berkeras untuk tetap mengikuti ini, sang ibu mengalah dan membekali puterinya dengan 2 batu aziamat untuk menjaga dirinya dari hantu jahat.



sumber: Taipei News via Daily Chilly
foto: Fang Chih-hsien, Taipei

Best kalau dapat tempat letak TV macam ni

Posted: 07 Apr 2012 04:15 PM PDT




memang best...lepas menonton boleh tarik masuk bawah katil..
mana nak cari nie.....


Gadis cantik jual tiket jadi benda pelik di China

Posted: 07 Apr 2012 04:00 PM PDT

Kebiasannya penjual tiket terdiri daripada auntie-auntie di negara China.Jarang sekali anak muda yang mahu bekerja menjual tiket bas ini.Tetapi sejak gambar gadis ini berada di internet ramai yang tertanya siapakah gadis ini?Keran jarang gadis yang secantik sanggup bekerja menjadi  penjual tiket.Dia dikata bekerja di Shanghai bus bernombor 961 route.










bk-apa sakahnya jika yang dicari itu halal...lebih baik
daripada meminta-minta...


Perempuan 'meroyan' selepas lahir anak terjun bangunan

Posted: 07 Apr 2012 11:00 AM PDT

Seorang wanita berusia 30 tahun yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan
natal depression (meroyan).Dia kemudian terjun daripada  tingkat 27 sebuah bangunan
tetapi tidak mati kerana terjatuh diatas sebuah kereta.Dia mengalami gegaran otak dan patah tulang.

sumber : tt.mop.com



Tiga negara yang hanya dipisahkan dengan sungai

Posted: 07 Apr 2012 10:30 AM PDT



Gila Wanita Ini Sanggup Jual Rumah dan Perabot Demi Operasi Sedut Lemak

Posted: 07 Apr 2012 10:15 AM PDT


Gila Jual Rumah dan Perabot Demi Operasi Sedut Lemak - Menjadi lebih langsing dan boleh memakai bikini, itulah impian Jayne Fenney. Wanita Inggris itu sampai menjual rumahnya demi mendapatkan tubuh langsing melalui operasi sedut lemak yang dikutip dari Wolipop.

Jayne menjual rumahnya di Rochester, Kent, Inggris. Rumah dengan tiga bilik itu dijual seharga £ 120 ribu. Kini ia tinggal di rumah yang lebih kecil seharga £ 75 ribu.

Bukan hanya menjual rumah saja yang dilakukan Jayne demi boleh memiliki wang untuk biaya operasi sedut lemak. Dia juga menjual tempat tidur, televisyen dan mesin cuci.

Bagi Jayne semua pengorbanan yang dilakukannya itu sepadan. Kini wanita 50 tahun itu sudah mendapatkan impiannya, memiliki tubuh langsing.

Sebelum operasi sedot lemak, berat tubuh terberat Jayne 133 kg. Dia pernah cuba diet dan berat badannya turun jadi 127 kg. Diet tersebut dilakukannya sebelum dia melakukan operasi lambung pada Desember 2008. Operasi tersebut memakan biaya £5.000. Operasi tersebut sukses membuat berat badannya turun menjadi 63,5 kg.

Namun Jayne belum puas dengan tubuhnya meski telah langsing. Penurunan berat badan drastis itu membuat beberapa bahagian tubuhnya menggelambir.

"Saat memakai baju memang tidak apa-apa. Tapi di dalamnya, aku seperti seorang wanita berusia 90 tahun. Kulitku melar sekali dan aku seperti balon yang kempis," keluhnya.

Wanita yang sudah dua kali bercerai itu kemudian mulai mencari informasi soal operasi yang boleh membuat tubuhnya sempurna. Ternyata biaya untuk operasi tersebut cukup mahal £ 30 ribu. Di saat itulah ia memutuskan menjual rumahnya.

"Aku tinggal sendirian di rumah dengan bilik dan taman seluas 100 kaki. Jadi aku memutuskan aku tidak memerlukan tempat seluas itu," ujarnya, seperti dikutip Daily Mail.

Jayne sama sekali tidak merasa menyesal. "Memang sepertinya keputusan yang drastik tapi itu adalah hal terbaik yang pernah aku lakukan," tuturnya. "Aku menjual rumah untuk tubuh yang memang aku inginkan dan aku tidak menyesalkan seberapa banyak yang aku keluarkan," tambahnya.

Wanita berambut pendek itu semakin bahagia kerana kini dia boleh mengenakan pakaian yang dia dambakan. "Aku sekarang boleh memakai bikini untuk pertama kalinya. Aku tidak perlu menutupinya dengan tuala lagi. Aku bangga dengan tubuh baruku," ucapnya senang..

Kerana fanatik sangat wanita 50 tahun ini tato badan dengan Twilight

Posted: 07 Apr 2012 10:00 AM PDT


Seorang penggemar berat Twilight menunjukkan kecintaannya terhadap serial Vampire tersebut ke tingkat yang lebih 'permanen' dengan mentato badannya dengan karakter filem yang amat populer di kalangan remaja tersebut.

Cathy Ward, dari Reading, Berkshire, Inggris, menghabiskan wang sekitar 4.000 poundsterling untuk mendapatkan tato karakter Twilight di sekujur badannya, kerana begitu mencinta siri vampire itu.


Bahkan,pekerja pasaraya ini berhasil mewujudkan mimpinya ketika ia berhasil mendapatkan tandatangan Heartthrob Robert Pattinson (karakter Edward Cullen pada Twilight) di lengannya.

Wanita berusia 50 tahun ini menghabiskan 46 jam yang menyakitkan saat ia mentato belakang badan dan lengannya.

Itu adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Robert menandatangani lengan saya dan saya akan membuatnya menjadi permanen dengan meminta juru tato menelusuri bekas tanda tangannya." tutur Cathy yang dikutip mail online.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS