Nuffnang

Blog BOM321

sumber :-

Blog BOM321


Pemain Bola Kantoi Nampak . . . .

Posted: 04 Jul 2010 12:38 PM PDT

under wear fail
kantoi!

Mayat Bayi Baru Lahir Di Tapak Pelupusan Sampah

Posted: 04 Jul 2010 05:00 AM PDT


SANDAKAN 4 Julai - Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah di Batu 8, Jalan Fook Kim, dekat sini semalam.

Mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain ditemui kira-kira pukul 6 petang oleh kanak-kanak yang memungut sampah di kawasan tapak pelupusan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu ditemui oleh kanak-kanak berkenaan dari longgokan sampah yang baru diturunkan dari sebuah lori sampah.

Lori tersebut sebelum itu memungut sampah di kawasan Batu 4 di sini tetapi pekerjanya tidak menyedari tong sampah yang mengandungi mayat bayi itu, katanya.

Rosli berkata, mayat bayi itu kemudian dihantar he Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Cikgu VS Murid

Posted: 03 Jul 2010 11:13 PM PDT

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kataselamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapanini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari inicikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgusebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawanbagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog Carca Marba

sumber :-

Blog Carca Marba


Ikan Kap Muka Orang?

Posted: 04 Jul 2010 07:39 AM PDT

Ikan kap muka orang? Biar betik!

Tapi itulah yang terjadi kepada ikan kap milik Brendan O'Sullivan. Setelah lima bulan ikan itu dibelinya, hanya baru minggu lepas Brendan baru perasan bahagian atas kepala ikan kap nya mempunyai bentuk dua mata,hidung dan juga mulut seperti muka manusia.

Oleh kerana ikan kap tersebut mempunyai corak atas kepala seperti manusia yang mana memang sukar dicari, Brendan terus meletakkan nilai ikan kap miliknya lebih kurang 40,000 pound! huhu..


Gambar ikan kap jika dilihat dari atas. Corak atas kepala ikan kap itu menyerupai muka manusia.


Bahagian ikan kap dari tepi sama seperti ikan-ikan yang lain.

sumber : dailymail.co.uk

p/s : lepas ni aku nak pi cek ikan koi aku plak aaa. kenyit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


MOHD Juara Mentor 4 – Tahniah!

Posted: 04 Jul 2010 08:40 AM PDT


Berikut adalah keputusan Mentor 4: Juara – MOHD Naib Juara – Adi Tempat Ke-3 – Nani P/s: Post ini akan dikemaskini. Makasih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Mandi Darah Serigala

Posted: 04 Jul 2010 09:56 AM PDT

Seorang pemuda menceritakan bagimana di telah di mandikan darah serigala ketika menuntut ilmu persilatan.Dia pada mulanya diajar secara fizikal sahaja dan juga di ajar menyesuaikan diri dengan unsur alam.Namun pada peringkat seterusnya di merasa sangsi kerana telah di mandikan dengan darah serigala betina berhampiran sebuah makam lama yang di katakan guru silatnya sebagai makam wali keturunana Patih Gadja Mada pada malam bulan mengambang.
Walaupun ragu-ragu dia hanya menuruti sahaja apa yang di mahukan gurunya dan menganggap ia perkara biasa dalam menuntut ilmu persilatan.Selepas menjalankan ritual itu di telah pun diijazahkan.Bermula selepas peristiwa itu dia mulai dikacau oleh lembaga hitam dan berwajah seakan serigala.Kejadian ini berlarutan selama lima bulan dan dia telah berhenti daripada mempelajari ilmu silat itu.
Gangguan tersebut berlaku kerana dia telah menuntut ilmu yang salah disisi agama dan telah diberi rawatan oleh seorang pengamal perubatan serta di nasihatakan berhenti mempelajari ilmu itu.

Duit Habis Kerana Nafsu dan Cinta Pada Lelaki Afrika

Posted: 04 Jul 2010 09:08 AM PDT

Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini makan hati apabila wang simpanan lesap di larikan teman lelakinya.Dia tidak menyangka lelaki yang dikenali selama enam bulan itu sanggup berbuat demikian.Wanita  yang di kenali Kak Hana itu sanggup menyewa sebuah kondominium semata -mata untuk bermadu asmara.Selepas diberika duit sebanyak RM30000 lelaki itu pun melarikan diri.

Tanda -tanda sidia mahu tinggalkan anda

Posted: 04 Jul 2010 07:08 AM PDT

Bagi mereka yang bercinta,sudah tentu anda tidak mahu ditinggalkan.Namun bukan mudah untuk kekal bersama pasangan masing -masing.Terdapat beberapa tanda-tanda sidia ingin meninggalkan anda :

  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara kecil atau remeh?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah tetapi bila pergaduahan menjadi habitual, maka itu petanda bahaya.Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada yang tak betul di dalam hubungan anda berdua.
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi atau mengelak dari anda ?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang di jauhinya.Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan anda,sepatutunya anda risau sekarang.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannnya?Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain lebih penting dari anda .
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua?Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda.Ini petanda buruk anda patut sedar sekarang.
Jika anda mengalami asalh satu situasi di atas atau mungkin kesemuanya sekali,maka anda harus  membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermula hari ini.

PERLU KITA TAHU 13

Posted: 04 Jul 2010 05:28 AM PDT

YANG PERLU KITA TAHU IALAH...





  • Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke -10.Buku-bukunya berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir kemana saja dia pergi



  • Jutawan Microsoft ,Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika.Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai elektronik canggih.Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang di kehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju

PERLU KITA TAHU 12

Posted: 04 Jul 2010 01:42 AM PDT

YANG PERLU KITA TAHU IALAH.....





  • Maharaja Keempat Monghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri,5000 gundik serta 1000 anak muda untuk 'menghiburkannya'.Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12000 ekor gajah, 10000ekor sapi, 2000 ekor unta, 3000 ekor rusa,4000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10000 ekor merpati



  • Seorang sherpa dari Nepal ,Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi Everest untuk kali kesepuluh pada 23 Mei 1996.Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang di lakukan Ang semenjak kejayaan yang pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei tidak pernah menggunakan bekalan oksigen



  • David Breashears dari Massachusetts USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat

Chihuahua selamatkan seorang bayi

Posted: 04 Jul 2010 12:02 AM PDT

 Seorang wanita California, AS,  mengatakan, Chihuahua telah menyelamatkan bayinya yang baru lahir dari terkaman dua anjing .


Chihuahua, sejenis anjing kecil lucu, melompat ke arah antara bayi itu dan dua ekor anjing . Namun, Chihuahua terus diterkam dua anjing tersebut hingga tewas, kemudian dibawa keluar oleh anjing itu. Mayda Estrella, ibu  bayi ittu terus  berlari ke bilk tidur bayinya dan mendapati bayinya  selamat.


Estrella mengatakan, pintu rumahnya sedang terbuka ketika dua anjing  itu terlepas dari kandangnya dari rumah tetangga dan berlari memasuki tempat tidur bayi. Dua anjing itu kini sedang dalam tahanan, - (REUTERS/MON)

CUN TAK AKU...!

Posted: 03 Jul 2010 11:01 PM PDT

Bila dah di mekapkan adakah aku seperti manusia?Boleh aku seperti manusia?Makan,minum,tidur segala-galanya seperti manusia?Tapi aku tak ada akal untuk berfikir..aku cuma ada otak yang hanya tahu bebas melakukan apa saja kerana aku cuma ada otak yang tak tahu berfikir......!!!!
Tapi kenapa manusia yang ada otak dan boleh berfikir berperangai seperti aku.Mereka boleh memikirkan yang mana buruk ,yang mana baik?
Manusia-manusia janganlah jadi seperti aku.....

Nenek terbakar muka

Posted: 03 Jul 2010 09:25 PM PDT

Seorang nenek mengalami keadaan 'kebakaran ' yang teruk akibat bahan pencuci yang di gunakan tiba-tiba 'meletup'.Bahan pencuci yang di gunakan itu di belinya di sebuah kedai B&Q di Hedge End,Southampton England.
Serbuk kimia itu digunakan mengikut sukatan yang di syorkan tetapi tiba-tiba berbuih dan membuak keluar seperti 'meletup' dan mengenai mukanya.Kebakaran tahap kedua itu menyebabkan leher,mukanya melecur-mail online

Ayam dan skill bolanya

Posted: 03 Jul 2010 08:03 PM PDT

Peminat bolasepak pasti terpesona apabila seekor ayam boleh mengelecek serta menimbang bola.
Inilah yang telah di buktikan oleh Zhang Lijun di China.Dia telah melatih dua ekor ayam selama tiga tahun untuk memahirkan ayam ini dalam 'skill' bola sepak.
Dengan menggunakan kaki dan kepaknya ,ayam ini menunjukkan beberapa 'tricks'-mail oline

YOU'VE GOT MAIL!!! YOU'VE GOT MAIL!!!

Posted: 03 Jul 2010 07:13 PM PDT

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman hadapan rumahnya.Ketika itu dia melihat seorang tetangga seorang wanita berambut perang keluar dari rumah terus menuju ke peti surat.Dia membuka peti surat dan kemudian menghempas pintu peti surat itu dan masuk kedalam rumah.
Beberapa saat kemudian wanita itu keluar lagi dan memeriksa peti suratnya dan dia membuka pintu peti surat kemudian menghempas dengan perasaan marah dia masuk kedalam rumah.Kemudia dia keluar lagi kali ini dia menghempas pintu peti surat itu dengan lebih kuat lagi.
Hairan dengan tindakan wanita tadi lelaki itu pun bertanya"Cik! ada masalah ke?" Wanita yang berambut itu menjawab,"Ada...komputer aku yang bodoh tu terus mengatakan,"YOU'VE GOT MAIL."

Warga Emas Dihentak Dengan Pasu Bunga

Posted: 03 Jul 2010 06:27 PM PDT

Kerana marah mangsa melawan, seorang penyamun terus menghentakkan pasu bunga keatas kepala seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Taman Buntung Ipoh Perak.Mangsa Chong Sing Moi 62 parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa yang tinggal bersendirian di percayai bergelut dengan seorang penyamun yang memecah masuk kerumahnya-kosmo

Guru Terlampau

Posted: 03 Jul 2010 05:32 PM PDT

Guru terlampau itulah yang gelaran yang layak di berikan kepada seorang guru yang sanggup menjadikan anak muridnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsunya.Guru yang berusia 22tahun itu menabur cinta dengan pelajar itu sebelum mengambil kesempatan merogol pelajar itu.Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun yang lalu dan kejadian ini terbongkar apabila mangsa tidak dapat menyimpan rahsianya lalu menceritakan kepada ibunya.-metro ahad

Tembak bekas kekasih dan teman barunya

Posted: 03 Jul 2010 10:24 AM PDT

Raoul Moat yang baru keluar daripada penjara kelmarin disyaki polis sebagai pembunuh yang menembak bekas kekasih dan teman lelakinya.
Wanita itu parah dan teman lelakinya mati tembak.Pembunuh itu dikatakan memasuki rumah melalui tingkap bilik.Kejadian itu berlaku diwaktu pagi dan bunyi tembakan didengari oleh jiran-jirannya.

Budak Perempuan kena 51 jahitan kerana Barracuda

Posted: 03 Jul 2010 09:11 AM PDT

Seorang remaja perempuan terpaksa menerima 51 jahitan apabila di gigit oleh ikan Barracuda yang tiba-tiba melompat keatas kapal layar bapanya.
Karol Wira yang sedang duduk diatas kapal layar terasa seperti ada yang mengigit tangannya.Ketika kejadian bapanya sedang memancing ikan dan dengan tiba-tiba ikan Barracuda menyerang.

Al-Laits Yang Pemurah

Posted: 03 Jul 2010 08:39 AM PDT

Diceritakan ada seorang wanita datang kepada Al-Laits bin Sa'ad dan meminta daripadanya sedikit madu lebah.Lalu Al-Laits meminta pembantunya memberikan setin madu kepada wanita itu.
Wanita itu terkejut dan berkata,"Madu itu teramat cukup untukku,malahan berlebihan."Mala Al-Laits menjawab,"Kamu meminta sekadar keperluan kamu dan kami memberi kamu sekadar nikmat yang menjadi tanggungan kami."
Sudah menjadi kebiasaan Al-Latis bin Sa'ad tiada mengeluarkan kata-kata setiap hari melainkan selepas dia memberikan sedekah kepada tiga ratus enam puluh enam orang miskin.Sungguh mulia hatinya

Nabi Ibrahim Dengan Orang Majusi

Posted: 03 Jul 2010 07:21 AM PDT


Diceritakan pada suatu hari Nabi Ibrahim a.s menolak seorang tetamu yang berkunjung kerumahnya.Nabi Ibrahim a.s berkata "Aku tidak menerima tetamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalakan agamamu dan ajaran orang -orang Majusi."
Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahin a.s dengan perasaan dukacita.Sikap Nabi Ibrahim a.s tidak di senangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud,"Apa kerugianmu jika engkau menerima tetamu itu,walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku.Aku akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."
Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim a.s sungguh menyesal dan keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s pergi mencari orang Majusi itu.'Pelik sungguh,semalam engkau mengusirku,tetapi hari ini engkau mengajak aku kerumahmu.'Nabi Ibrahim a.s menceritakan mengenai wahyu yang diterimanya.
Orang Majusi itu berkata ,"Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku begini,walaupun aku orang kafir."Orang Majusi itu berkata lagi,"Hulurkan tanganmu,aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau pesuruh Allah.''Semenjak itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim.

Tampalan Pada Baju Khalifah Umar

Posted: 03 Jul 2010 05:41 AM PDT


Diriwayatkan bahawa anak lelaki Umar Al -Khattab r.a pulang dari pengajiannya sambil menangis.Maka bertanyalah Umar r.a "Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai anakku?Menjawab anaknya :"Kawan-kawan di tempat pengajian ku telah menghitung tampalan di bajuku.Mereka berkata,"Lihatlah Ibnu Umar puteranya Amirul Mukminin.Berapa tampalan yang ada pada bajunya?"
Pada pakaian Umar sendiri ada 14 tampalan dan sebahagiannya dengan kulit binatang.Maka Umar mengutuskan surat kepada bendahari negara dan merayu dalam suratnya,"Hutanglah aku 4 dirham dari Baitul Mal dan apabila masuk bulan yang akan datang,potonglah gaji ku sebagai bayaran hutangku ini."
Bendahari itu membalas surat Umar dengan berkata,"Ya Umar apakah engkau dapat menjanjikan bahawasanya engkau akan hidup lagi pada bulan yang akan datang sehingga aku dapat meluluskan permohonanmu ini.Apakah yang akan engkau buat dengan dirham -dirham Baitul Mal jika engkau mati sedangkan dirham itu masih ditanggungmu?"
Sebaik membaca balasan surat dari bendahari itu,Umar terus menangis lalu berkata kepada anaknya,"Wahai anakku,pergilah kamu ke tempat pengajianmu kerana aku tidak menjamin nyawaku walau sesaat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS