Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Video Promo Kreatif Rock The World 10, Let’s Rocking!

Posted: 09 Dec 2010 09:17 PM PST

Rock The World 10 (ROTW 10), masih mengekalkan momentum sebagai medium untuk band-band underground menunjukkan bakat serta skill mereka di atas pentas yang kerap kali mendapat belasan ribu penonton setiap tahun. Nama-nama seperti Love Me Butch, Plague Of Happiness, Republic Of Brickfield & Koffin Kanser sering menghiasi pentas Rock The World, menghiburkan mereka yang berjiwa rock!

Kalau tahun lepas, 3 pentas dibuka yang menampilkan puluhan band dari serata Malaysia, tahun ini kami tidak tahu apa pula gimik pihak produksi Rock The World 10. Ditaja sepenuhnya oleh TuneTalk, tiket-tiket boleh didapati dengan harga serendah RM30. Rock The World 10 akan diadakan pada 26 Disember 2010 di Stadium Bukit Jalil (Carpark A).

Poster selepas ini, layan video promo Rock The World 10 yang super kreatif, ada awek cun dalam lif.

529449 270614 poster Video Promo Kreatif Rock The World 10, Lets Rocking!

pixel Video Promo Kreatif Rock The World 10, Lets Rocking!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Zizan Nin Dibayar RM3000 Untuk 30 Hari Latihan Teater Muzikal Tun Mahathir

Posted: 09 Dec 2010 08:18 PM PST

Jambang Zizan Nin Zizan Nin Dibayar RM3000 Untuk 30 Hari Latihan Teater Muzikal Tun Mahathir

Susulan daripada artikel Berlagak Diva, Zizan Nin Digugurkan Dari Teater Muzikal Tun Mahathir , Zizan Nin dikatakan meminta bayaran yang tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM40,000 serta royalti bagi setiap cenderamata yang tertera wajahnya.

Tapi, lain pula laporan yang kami terima daripada akhbar Mstar. Zizan Nin hanya ditawarkan RM3000 untuk 30 hari latihan pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir, sekaligus mengubah fikiran kami tentang sikap diva Zizan Nin. Memegang watak sebagai Tun Mahathir semasa remaja, memerlukan komitmen yang tinggi, dan bayaran RM3000 untuk tugasan latihan selama 30 hari memang tak berbaloi!

Dalam masa yang sama, pihak produksi sepatutnya meletakkan harga yang berpatutan dengan nilai kerja Zizan Nin, sekaligus menghargai dedikasi beliau semasa musim pertama. Memang harga yang diminta oleh Zizan Nin tidak masuk akal, tetapi pihak produksi jangan letak harga rendah untuk teater yang berprofil tinggi ini.

Pihak produksi kesal kerana tidak dapat menggunakan khidmat Zizan Nin yang selama ini komited dengan produksi mereka, gara-gara bayaran melampau. Pada kami, kalau produksi teater berjaya mendapat sambutan, setiap pelakon wajar mendapat bayaran yang setimpal usaha mereka. Jangan sampai nak untung, pelakon pun tak minat berteater.

pixel Zizan Nin Dibayar RM3000 Untuk 30 Hari Latihan Teater Muzikal Tun Mahathir
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010

Posted: 09 Dec 2010 03:18 PM PST

Pada jam 4 petang tadi, Budiey.com dijemput untuk hadir di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 yang diadakan di Hotel Empire, Empire Subang, Jalan SS 16/1 Subang Jaya, Selangor. Memang first time Budiey memijakkan kaki di hotel ini. Padahal selalu je lalu lalang dan hanya dapat bangunan ni dari jauh. Teringat yang butik Dynaz Mokhtar juga ada kat sini.

Sidang media bermula agak lewat kerana menunggu selebriti dan tetamu yang hadir. Maklumlah, tempat ni memang susah juga nak cari. Ada jugak yang tersesat tadi.

Untuk info pembaca, Anugerah Skrin 2010 akan diadakan pada 24 Disember 2010, Jumaat, bersiaran secara langsung di TV3 pada jam 9 malam dari PWTC. ASK2010 akan dihoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran.

Anugerah Skrin 2010 ditaja dan diserikan oleh Pantene yang akan memperkenalkan 14 gadis Pantene. Di sidang media ini juga diumumkan juga kesemua drama dan filem serta penerbitan dalaman. Sebanyak 10 kategori untuk kategori drama, 7 kategori untuk filem dan 6 untuk kategori penerbitan dalaman. Tidak dilupakan juga nanti akan ada Anugerah Khas Juri. Kesemuanya akan ada 24 anugerah yang akan disampaikan kepada pemenang pada malam tersebut.

Budiey nampak ramai juga selebriti yang hadir. Nak senang, jom kita tengok siapa yang hadir.

Lisa Surihani

Lisa Surihani yang hadir dengan dress rekaan Ezuwan Ismail.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Julia Ziegler. Sweet.

Lisa Surihani & Fasha Sandha

Lisa Surihani & Fasha Sandha

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Putri Mardiana yang akan berlakon dalam Bini-Biniku Gangster arahan Farid Kamil

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Tony Eusoff.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Fasha Sandha

Shaheizy Sam

Shaheizy Sam yang makin murah rezeki. Dengarnya, Kongsi akan ditayangkan pada bulan 4 tahun depan.

Fizz Fairuz

Fizz Fairuz yang berlakon dalam drama Donut di Astro Ria malam ni. Hehe. Kitorang tengah tonton.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Fouziah Gous yang akan shoot drama Tiramisu untuk slot Akasia. Sekarang tengah sibuk dengan Matera anjasmoro untuk slot seram TV3.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Awal Ashaari yang rasa terkejut dan teruja bila ditugaskan sebagai pengacara ASK 2010.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Wan Nurazlin.

Sidang media Anugerah Skrin 2010

Rozie Rashid.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Trivia: Cinta Selebriti di Anugerah Skrin 2009
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Ifa Raziah di Karpet Merah Anugerah Skrin 2009
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Showcase Idola Kecil 3 di Shah Alam

    Posted: 09 Dec 2010 03:10 PM PST

    Idola Kecil 3 Diserbu Peminat di Shah Alam!

    9 Disember 2010 – Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada peminat setia rancangan Idola Kecil Musim Ketiga, satu showcase atau mini konsert telah diadakan pada hari Ahad lepas (5 Disember 2010) di mana peminat dapat menyaksikan sendiri persembahan mantap, beramah mesra serta mendapat autograf khas dari setiap peserta IK3.

    pengunjung yang hadir

    Showcase yang dihoskan oleh Alif Satar dan Ikhwan Hotfm ini telah bermula dengan satu sesi gameshow di mana pengunjung telah berpeluang memenangi pelbagai cenderahati eksklusif dari TV9. Sejurus selepas itu, peminat Idola Kecil yang telah setia sejak musim pertama lagi telah dapat menyaksikan Dayana (Juara Idola Kecil 2) dan Azzam (Naib Juara Idola Kecil 2) membuat persembahan sebagai pembuka rasa showcase tersebut.

    Beribu-ribu pengunjung Plaza Alam Sentral di Shah Alam begitu terhibur dengan adik-adik cilik ini yang telah membuat persembahan secara 'live' dengan begitu baik sekali. Mereka telah mendendangkan lagu-lagu popular masa kini seperti "Ku Ada Kamu" nyanyian Adira, "Dan Sebenarnya" nyanyian Yuna serta lagu yang agak mencabar, "Matahariku", nyanyian Agnes Monica.

    Suara lunak kesemua peserta IK3 yang sering diperkatakan dapat didengar dari kesemua empat penjuru kompleks membeli-belah tersebut. Pelbagai ragam pengunjung juga dapat dilihat, ada yang menyanyi dan menari bersama dan ada juga yang duduk berjam-jam lamanya hanya untuk menunggu masa peserta-peserta IK3 beraksi di atas pentas.

    Apabila ditanya tentang perasaan membuat persembahan secara live di hadapan lebih 2000 penonton, Hadi berkata, "Saya tidak pernah membuat persembahan di hadapan begitu ramai orang. Saya memang betul-betul teruja dan hanya ingin mengiburkan semua yang hadir".

    Bagi Puteri pula, pengalamannya membuat persembahan dengan penyanyi popular tahun 70an, Salamiah Hassan, tidak dapat dibandingkan dengan persembahannya ketika showcase ini. "Pengunjung yang hadir ingin menyaksikan bakat kami, maka tekanan untuk melakukan yang terbaik adalah lebih dirasai. Alhamdulillah, kesemua peminat kami begitu terhibur dengan showcase ini."

    Showcase ini pasti tidak lengkap tanpa sebarang cenderamata sebagai tanda kenangan bersama idola mereka. Setiap pengunjung yang hadir dapat membawa pulang poskad eksklusif dari Idola Kecil dan mendapat tandatangan dari peserta Idola Kecil 3 sendiri. Sambil beramah mesra, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama idola mereka.

    Untuk melihat segala aktiviti peserta Idola Kecil 3 ketika showcase ini, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi Idola Kecil 3 di http://www.tv9.com.my/idolakecil3 dan tonton Klip Mini Idola Kecil 3 serta Klip Ekstra Idola Kecil 3 pada setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam. Konsert Idola Kecil 3 pula akan bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 9 malam, hanya di saluran TV9!

    Budiey: Tak sabar nak tonton persembahan peserta Idola Kecil 3 di konsert mereka pada malam ini. Sebabnya pada malam ini, mereka akan memberikan penghargaan dan tribute untuk diva nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Saksikan mereka menyanyikan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza di TV9 malam ini!

    deera IK3 semasa gameshow

    Deera IK3 semasa gameshow

    ikhwan hotfm dan alif satar

    Ikhwan Hotfm dan Alif Satar

    balqis, puteri, hadi, angel

    Balqis, Puteri, Hadi, Angel

    adiba, farra, afif

    Adiba, Farra dan Afif

    hadi ik3

    Hadi

    Shazlin, Puteri, Balqis, Deera

    Shazlin, Puteri, Balqis, Deera

    azzam ik2 dan dayana ik2

    Azzam ik2 dan Dayana ik2

    afif, hadi dan harris

    sesi autograf

    sesi autograf 2

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • 50 Tiket Percuma Untuk Peminat Syada Idola Kecil
  • Arill Idola Kecil Tampil Single Duh Aduh
  • Gambar Idola Kecil 3 di Zoo Negara
  • Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Idola Kecil Musim Kedua
  • Juara Idola Kecil 2
  • Showcase My Starz LG
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Showcase Kau dan Aku Musim Kedua
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Rohana Jalil tak Suntik Botox,Cuma guna teknik solekan

    Posted: 09 Dec 2010 06:16 PM PST

    Sebelum dan Selepas teknik make-up Rohana Jalil...wuhuu...


    Juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil yang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa perdebatan peminat hiburan. Mereka tertanya juga apakah benar Rohana juga sama seperti artis lain yang cukup gemarkan suntikan. Peminat merasakan wajahnya kelihatan jauh berbeza jika hendak dibandingkan pada 10 atau 15 tahun lalu.

    Dengan tenang, Rohana memberikan justifikasi terhadap isu yang menjadi topik perbualan kami pada petang itu sambil membelek-belek gambar yang berada dalam genggamannya.

    Diselak beberapa kali dan ditenungnya gambar-gambar ketika zaman kegemilangannya seraya berkata: "Saya tidak menyuntik wajah saya untuk menjadi cantik. Kalau dilihat pada wajah saya dalam gambar-gambar ini, semuanya adalah kerana teknik solekan.

    "Dulu manalah saya pandai menyolek wajah sendiri ketika mahu membuat persembahan. Segala alat solek yang ada ketika itu, semuanya saya gunakan tanpa banyak bicara.

    "Begitu juga dengan penampilan saya. Semuanya mengikut peredaran zaman. Tetapi, sekarang zaman sudah moden. Sudah ada jurusolek yang cukup bijak dan kreatif dalam menyolek wajah.

    "Saya sendiri pun banyak belajar daripada mereka. Bukan hanya jurusolek tetapi juga pereka fesyen yang tidak lokek memberikan tips untuk menjaga penampilan diri."



    Sensasi:Soalan dari peminat kepada Rohana Jalil:


    Peminat:HEHEH. nak tumpang tanya sikit kak.....

    apakah teknik solekan jurusolek akak sama dgn teknik solekan jurusolek JOAN RIVERS?"





    ataupun teknik jurusolek KAK NITA kiter?





    sebab kalo same rasernyer better lah akak pecat jurusolek yg mengajar akak2 teknik2 tuh kak. adik rasa org yg ajar akak mekap tuh adalah sorang juruteknik, bukan jurusolek. huru hara dah muke akak skang, dulu lagi oke kak....




    so pls kakak yer... akak dengar nasihat peminat kan??? jgn buat lagi tau!

    Irwansyah dan kekasihnya Zaskia Sungkar sudah bertunang

    Posted: 09 Dec 2010 05:24 PM PST


    Bekas kekasih Acha Septriasa yang popular dengan lagu 'My Heart', Irwansyah telah mengambil keputusan untuk menjadi suami Zaskia Sungkar, seorang pelakon dan juga anggota kumpulan The Sisters.

    Irwansyah serta rombongannya bertandang ke rumah Zaskia untuk melamar Zaskia. Media-media yang telah sedia berkumpul di hadapan rumah Zaskia di sambut mesra bapanya, Mark Sungkar sebelum kedatangan rombongan Irwansyah.

    Irwansyah di temubual oleh media menjawab dengan tenang mengenai lamarannya itu, "Alhamdulillah khabar baik, saya sendiri agak berdebar bagi acara ini", kata Irwansyah lagi sebelum melafazkan Bismillah dan melangkah dengan penuh bergaya ke rumah Zaskia. Semoga pasangan Irwansyah dan Zaskia selamat menjadi pasangan suami isteri.

    Sein Ruffedge dan Nana, Bercerai

    Posted: 09 Dec 2010 05:09 PM PST



    Pasangan Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana akhirnya bercerai dengan talak satu..

    Sensasi lambat sket update, sibuk..uhu..

    Kekadang bosan dengar pasangan yang dah kahwin dan ada anak nak bercerai...
    Banyak sangat dah kita dihidangkan dengan kisah perceraian artis.Tak kira samada artis tue sebelum tue bercinta bagai nak rak,atau secret2..Tapi tue la,jodoh tak panjang nak buat mcm mana...

    Yang pasti mereka nie berkahwin dengan penuh gilang gemilang.Kebanyakkan Perceraian sesama artis adalah disebabkan kewujudan orang ketiga.

    Begitu jugak dengan pasangan Sein dan Nana,dikhabarkan kononnya Sein main kayu tiga..

    Antara Fasha Sandha Dan Lisa Surihani....Siapa lebih cun?

    Posted: 09 Dec 2010 04:56 PM PST





    Lain orang lain mata melihat....
    Tapi sensasi dalam gambar nie Fasha Sandha lagi Cun la kot..aha..

    Lisa comel,Fasha Cantik..
    Dua dua gorgeous la sebenarnya..i loike..

    Video Menarik: Tarian Hakka oleh Mauri dan Versi Malaysia

    Posted: 09 Dec 2010 08:58 PM PST

    Sensasi tertarik dengan tarian kaum Maori di New Zealand yang dinamakan sebagai Hakka.

    Sensasi tengok dalam American's Next Top Model Cycle 14,masa nie derang ke New Zealand dan disambut oleh satu tradisi tarian Hakka...memang scary,dengan mata terbeliak dan lidah terjelir...huhuhu

    Sensasi try search youtube utk tarian Hakka ANTM14 tapi tak jumpa...

    Nie antara Video menarik tarian Hakka...sensasi nak tergelak tengok pompuan kat blakang tue pun menjegir mata....uhuhu




    Ni Pulak Hakka Versi Malaysia :P


    (Ex Pemain Rugby )nasib mereka nie tak jelir lidah dan beliakkan mata..mesti scary..haha

    Nie lagi satu Tarian Hakka..tak tau la brapa banyak jenis
    yang ini mcm lain sikit...still interesting...


    Nanti kalau pergi New Zealand,jangan lupa menyaksiakan Tarian Hakka yer

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Ahmad Dhani simpan foto bogel artis

    Posted: 09 Dec 2010 07:41 PM PST

    BUKTI...gambar porno Dewi Persik dan Julia Perez yang dimuat turunkan daripada akaun Twitter Ahmad Dhani.
    BUKTI...gambar porno Dewi Persik dan Julia Perez yang dimuat turunkan daripada akaun Twitter Ahmad Dhani.

    JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya.

    "Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.

    "Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi," kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

    Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.


    "Gambar ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

    "Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap," kata Habib.

    Sayang & Cahaya bukan 'syok sendiri'

    Posted: 09 Dec 2010 07:39 PM PST

    pix_middle

    "KALI ini saya sendiri yang tentukan arah saya. Selepas lapan tahun berjuang, saya yang menentukan ke mana arah tuju bagi Sayang & Cahaya," kata Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 29 atau Dayang.

    Mendengar tutur bicaranya mengenai pembikinan album terbarunya, ternyata anak kelahiran Kuching, Sarawak ini sudah banyak berubah.

    Apakah Dayang mahu 'tunjuk kuasa' dan enggan lagi mengikut telunjuk orang?

    "Bagi saya ia perkara yang biasa berlaku apabila kita sudah menimba pengalaman dalam hidup.

    "Saya ingin lebih jujur kepada diri saya sendiri dan juga peminat. Sudah sampai masanya saya mencorakkan sendiri bentuk lagu-lagu saya," kata Dayang.


    Dia yang ditemui sewaktu menjayakan program Revolusi Anugerah Juara Lagu 25 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Semalam, Khamis, album solonya itu selamat dilancarkan di ibu negara.

    • Foto

      CANTIK...Dayang dalam satu syot fotografi di Tasik Banding.

    • Foto

    • Foto

      BINCANG...Dayang bersama pengurusnya, Shaliza dan Arman Gigi.

    Dayang nampak begitu semangat sewaktu bercerita mengenai pembikinan album Sayang & Cahaya.

    Sempat juga pengurusnya, Shaliza Kader Sultan menunjukkan sekeping gambar yang digunakan sebagai penghias muka depan album yang sudah pun diedarkan itu.

    Ia menarik dan kreatif. Gambar itu menjadi bukti Dayang bukan lagi remaja dan penampilannya semakin matang.


    "Saya kembali dengan konsep R&B dan agak rancak. Hanya ada dua saja lagu balada. Itupun tidaklah perlahan sangat melodinya.

    "Memang saya gemarkan lagu berentak sedemikian. Dulu apabila menghasilkan album, saya akan mengambil lagu yang sudah ada dalam simpanan komposer. Setiap lagu dinilai dan dipilih, tetapi tidak dalam pembikinan Sayang & Cahaya di mana semuanya adalah dibuat khas mengikut apa yang saya mahukan," jelasnya.


    Kenyataannya itu kedengaran seakan Dayang begitu memilih dan cerewet, namun bagi pemenang anugerah Album Pop Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) awal tahun ini, sekiranya dia tidak berbuat begitu, album yang menampilkan konsep diimpikan tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila.Kesungguhan Dayang dalam memastikan lagu ditampilkan benar-benar berkualiti dan memenuhi cita rasa turut diceritakan sewaktu penghasilan lagu Temu Cahaya karya Yassin.

    Katanya, kerana mahu memastikan melodi dan susunan lagu berentak 'world music' itu menarik, dia sanggup menunggu sehingga dua tahun untuk disiapkan.


    "Yassin bertemu dengan saya dan berkata, dia ada sebuah lagu yang sesuai untuk saya dendangkan. Melodinya sangat kuat.

    "Sekali dengar ia sudah mampu menarik minat. Begitupun kerana ia tidak menepati cita rasa yang saya mahukan ubah suai terhadap susunan lagu Temu Cahaya dibuat. Ia mengambil masa panjang dan kami banyak berbincang.

    "Setiap kali perubahan dibuat Yassin, saya akan dengar dan kalau masih tidak sempurna, perubahan dibuat sekali lagi sehinggalah kami berdua benar-benar pasti dengan apa yang dimahukan. Saya puas kerana kebanyakan komposer yang bekerja untuk album ini bersikap terbuka dengan setiap cadangan yang diberikan," katanya.

    Proses sama juga turut dibuat bersama komposer lain yang terbabit dalam album ini seperti Audi Mok yang menyumbangkan dua lagu, Omar K dan Zain.

    Afdlin Shauki turut mencipta sebuah lagu khas untuk album Dayang berjudul Hingga Ke Akhirnya dan susunannya dibuat Jenny Chin.


    "Muzik lagu dicipta Afdlin, susunan muzik latarnya menggunakan khidmat Beijing Strings Orchestra dari China. Kebetulan Jenny sering terbang ke sana atas urusan kerja.

    "Jadi kesempatan yang ada digunakan komposer terkenal itu untuk menggunakan khidmat pemuzik di sana. Selepas mendengar melodinya ia sangat 'meriah' dan cukup membuai perasaan," katanya.


    Bukan itu saja, lebih membanggakan apabila komposer kelahiran Malaysia yang aktif berkarya di Amerika Syarikat dan pernah bekerja dengan pemenang Grammy Awards, Zuriani Khalid Zonneveld turut menyumbangkan lagu.

    Menerusi Zuriani juga, Dayang diperkenalkan dengan Chukii Booker, pengarah muzik yang pernah bekerja dengan penyanyi antarabangsa antaranya Mary J Blige, Faith Evans dan Lionel Richie.


    "Sayang & Cahaya menampilkan 12 lagu dan dua daripadanya adalah lagu Inggeris yang dihasilkan Chukii dan Zuriani.

    "Pada asalnya kedua-dua lagu dihasilkan mahu dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu, tetapi selepas ia dilakukan, 'feel' nya seakan tidak kena. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya. Bagaimanapun satu lagi lagu dialih bahasa dan Zuriani sendiri mencipta liriknya," kata Dayang lagi.


    Dalam album terbaru ini Dayang turut berduet dengan dua penyanyi lelaki popular Indonesia, Marcell dan Tompi. Namun lagu didendangkan adalah ciptaan komposer tempatan.


    "Ingin saya tegaskan di sini mereka mendendangkan lagu ciptaan komposer tempatan. Tompi dan Marcell mudah memberikan kerjasama dan lebih penting mereka sukakan lagu yang dihasilkan komposer tempatan ini," katanya.


    Lebih daripada itu, Dayang meluahkan rasa bertuah kerana album terbaru ini menampilkan karya dan bakat yang bukan calang-calang. Baginya segala yang berlaku sepanjang menghasilkan Sayang & Cahaya bagaikan rahmat.

    Menyentuh mengenai tafsiran peminat kelak yang menganggap album dihasilkan 'syok' sendiri.

    Jelas Dayang sebagai penyanyi dia mahukan perubahan dan cuba memastikan kerjaya seninya sentiasa ke hadapan.


    "Ingin saya bertanya kembali, pernah atau tidak kita mendengar Mariah Carey menghasilkan lagu baru seperti sentuhan My All.

    "Tidak ada bukan kerana ia ciptaan dianggap karya sepanjang zaman. Mariah sentiasa memastikan lagu didendangkan menepati cita rasa semasa.

    "Tidak dinafikan ada peminat datang kepada saya dan bertanya mengapa tidak menghasilkan lagu seperti Selagi Ada Cinta. Melodi seperti itu sudah dilakukan sebelum ini. Saya mahu membawa peminat menghayati muzik yang lain pula, lebih segar dan relevan dengan situasi semasa," katanya.


    Sementara itu Dayang dan pengurusnya, Shaliza kini akan berpisah. Apakah kerana mereka berselisih faham?

    "Saya terpaksa meninggalkan Dayang kerana harus mengikut suami yang menetap di Amerika Syarikat.

    "Hendak diikutkan memanglah sedih kerana kami sudah bersama hampir lapan tahun. Jatuh bangun kami bersama, tetapi perkara ini terpaksa dilakukan demi rumah tangga yang baru saja saya bina," katanya.


    Bagaimanapun, jelas Shaliza, yang enggan mengulas panjang mengenai perkara itu walaupun kelak dia akan berada jauh di Amerika, segala perkembangan kerjaya Dayang akan tetap diperhatikan.


    "Saya mungkin meninggalkan Dayang tapi ia tidak bermakna saya tidak akan mengurus Dayang lagi. Sekarang ini saya sedang meneliti beberapa pihak yang boleh mengambil alih tugas di sini namun saya akan memerhati dan bertindak sebagai penasihat kerjaya seni Dayang dari sana.

    "Begitupun saya hanya akan 'terbang ke Amerika, Februari nanti.

    "Jadi saya masih ada dua bulan untuk merangka segala strategi bagi memastikan album dihasilkan ini diterima peminat," katanya.


    Selain itu Shaliza memandang pemergiannya mengikuti suaminya sebagai satu peluang untuk mengembangkan kerjaya seni Dayang di Amerika, malah sekarang ini pun dia sudah mula mencari jaringan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi mengenengahkan album Sayang & Cahaya di sana.




    >PROFIL:
    NAMA SEBENAR: Dayang Nurfaizah Awang Dowty
    NAMA KOMERSIAL: Dayang Nurfaizah
    TARIKH LAHIR: 20 Julai 1981
    TEMPAT LAHIR: Kuching, Sarawak
    STATUS: Bujang
    ALBUM: Dayang Nurfaizah (1999), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Di Sini Bermula (2002), Hembusan Asmara (2002), The Best of Dayang Nurfaizah (2003), Dayang Sayang Kamu (2004), Dayang Sayang Kamu - Repacked (2005), Kasih (2006) Buat Kamu - Repacked (2006) dan Dayang MTV Karaoke (2006) dan Dayang 2007 (2007), Dayang Live (2009), Sayang & Cahaya (2010).
    KEJAYAAN: Juara Bintang Remaja Asli Kuching (1996), Juara Golden Teen Search RTM (1997), Juara Bintang Remaja Kuching (1997), Juara Bintang Penghibur HMI (2001), Juara Kategori Lagu Popular/Seandainya Masih Ada Cinta - Anugerah Planet Muzik 2001, Juara Kategori Balada/Seandainya, Masih Ada Cinta - Anugerah Juara Lagu 2001, Lagu Terbaik/Seandainya Masih Ada Cinta - AIM 2002, Juara Kategori Etnik Kreatif/Erti Hidup - Anugerah Juara Lagu 2004, Juara Muzik Global/Erti Hidup - Anugerah Era 2005 dan Juara Kategori Kejuruteraan Album Terbaik/Kasih - AIM 2006, Finalis Ikon Malaysia 2007, Album Terbaik AIM/Dayang Live (2009)

    Sita enam bas

    Posted: 09 Dec 2010 07:37 PM PST

    PERIKSA...Shamsuddin (kanan) bersama pegawainya memeriksa bas yang disita, semalam.
    PERIKSA...Shamsuddin (kanan) bersama pegawainya memeriksa bas yang disita, semalam.

    KUALA LUMPUR: Enam bas milik sebuah syarikat pengangkutan popular di Lembah Klang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam operasi khas di sekitar ibu kota kerana tiada permit, semalam.

    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Shamsuddin Sulaiman, berkata tindakan sita terhadap bas terbabit kali pertama dibuat tahun ini.


    "Dengan 22 anggota, kami (JPJ) memberikan tumpuan kepada pemandu dan pengusaha bas terbabit sahaja berdasarkan banyak aduan awam berkaitan operasi dan perjalanan bas itu yang gagal mematuhi arahan.

    "Kami juga melakukan risikan selama beberapa hari sebelum operasi ini diadakan," katanya ketika ditemui.


    Harian Metro difahamkan JPJ menyasarkan beberapa lokasi termasuk Jalan Tun Tan Cheng Lock, Pasar Seni dan Jalan Petaling yang dikesan menjadi laluan utama bas terbabit.


    Shamsuddin berkata, dalam operasi bermula kira-kira jam 10 pagi itu, sebanyak 45 bas milik syarikat terbabit diperiksa."Enam bas disita berikutan gagal mempamerkan permit manakala 25 saman lagi dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan termasuk lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen konduktor, halangan lalu lintas dan beberapa kesalahan lain," katanya.


    Operasi khas yang menyasarkan bas antara bandar atau henti-henti itu disertai agensi lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Kondo bingit

    Posted: 09 Dec 2010 07:32 PM PST

    BERDEBU...Shaharuddin Dolah menunjukkan habuk daripada pembinaan kondominum terbabit di parkir Kondominium Villa Puteri.
    BERDEBU...Shaharuddin Dolah menunjukkan habuk daripada pembinaan kondominum terbabit di parkir Kondominium Villa Puteri.
    GANGGU...pembinaan kondominum terbabit.
    GANGGU...pembinaan kondominum terbabit.

    KUALA LUMPUR: Lebih 240 keluarga yang mendiami Kondominium Villa Puteri di Jalan Tun Ismail, di sini, hidup kebimbangan berikutan pembinaan kondominium baru yang terlalu hampir hingga menimbulkan pelbagai masalah.

    Penduduk, Asmah Ahmad, 40, berkata sejak dibina dua tahun lalu, penghuni kondominium berkenaan dihantui rasa bimbang dan gusar kerana setiap hari mereka perlu berdepan suasana bising berpunca daripada kawasan pembinaan itu.


    "Berikutan projek pembinaan kondominium baru ini terlalu hampir dengan kediaman, setiap hari kami diganggu bunyi bising daripada tapak pembinaan yang berlarutan hingga waktu malam.

    "Kami beberapa kali berjumpa kontraktor dan meminta mereka mengehadkan waktu bekerja, tetapi tidak diendahkan, malah mereka meneruskan kerja walaupun pada hujung minggu," katanya.


    Asmah berkata, kesulitan mereka tidak terhenti di situ saja kerana mereka mula mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan sakit tekak kerana habuk daripada kerja konkrit di tapak terbabit.


    "Bukan itu saja, sejak pembinaan terbabit dimulakan, semakin banyak nyamuk membiak dan ini membimbangkan penduduk terutama mereka yang mempunyai anak kecil," katanya.Sementara itu, Pengurus Bangunan yang menyelia kondominium Villa Puteri, Shaharuddin Dolah berkata, penduduk bimbang pemaju projek terbabit membina jalan keluar menggunakan kawasan letak kereta pelawat.


    Katanya, ruang itu yang terletak di luar kondominium menjadi sesak dengan projek baru itu yang dijangka menampung 1,033 kediaman.

    Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya meneliti aduan berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak terbabit dalam masa terdekat.

    Masak perlu imaginasi

    Posted: 09 Dec 2010 07:32 PM PST


    Chef Ismail Ahmad menunjukkan teknik memasak yang betul kepada kumpulan wartawan di bengkel Scott 'Memasak Seperti Chef' di Kuala Lumpur baru-baru ini.


    "MEMASAK juga memerlukan imaginasi malah ia salah satu petua sebelum mula masak.'' Demikian nasihat chef selebriti terkenal, Chef Ismail Ahmad kepada sekumpulan wartawan yang dijemput menghadiri bengkel masakan Scott 'Memasak Seperti Chef' yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Menurut Chef Ismail, memasak bukanlah satu tugas yang menyusahkan malah ia akan menjadi satu rutin harian yang menyeronokkan apabila tahu apa yang hendak dilakukan sebelum mula 'masuk dapur'.

    Dengan sedikit imaginasi seperti membayangkan apakah warna, tekstur, rasa dan cara masakan yang bakal disediakan, barulah ia boleh diterjemahkan dengan baik.

    Hasilnya masakan tersebut mencapai piawai serta memenuhi selera orang yang memakannya.

    ''Jika hendak dikira, semua orang boleh memasak tetapi tidak ramai yang mencapai piawai dalam masakan masing-masing.

    ''Ini disebabkan mereka tidak merancang terlebih dahulu apa yang hendak di masak

    ''Di samping itu, memasak juga memerlukan kita mengetahui cara-cara serta teknik-teknik yang betul agar hasilnya mencapai piawai,'' ujarnya.

    Chef Ismail yang berkongsi resipi masakan bersama peserta turut menekankan kepentingan penggunaan bahan masakan bermutu dan segar.

    Katanya, bahan memasak juga harus mengikut sukatan dan cara yang betul sebagai langkah penting dalam menghasilkan sajian berkhasiat.

    Dalam bengkel tersebut, peserta turut diajar memasak cucur bawang, ayam goreng berempah dan mi goreng istimewa Chef Ismail.

    Beliau yang juga merupakan duta tisu dapur Scott berkata, walaupun jenis masakan yang disediakan adalah ringkas dan mudah tetapi jika ia disediakan tanpa bahan yang sesuai dan cara yang betul, hidangan yang dihasilkan pastinya tidak menyelerakan.

    Pada masa sama, Chef Ismail turut memberikan beberapa tip seperti hidangan yang disediakan harus mengikut bilangan orang yang hendak makan dan jangan berlebihan kerana ia boleh mengurangkan rasa sebenar masakan.

    Selain itu, adunan cucur bawang juga seharusnya tidak terlalu pekat ataupun cair untuk menghasilkan tekstur cucur yang sedap dimakan.

    Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Penjagaan Keluarga, Kimberly-Clark Malaysia dan Singapura, Tammy Loo ketika ditemui turut menyatakan rasa bangganya apabila dapat bersama-sama bekerjasama menjayakan bengkel tersebut.

    Menurutnya, tisu dapur Scott merupakan jenama yang dipercayai suri rumah di seluruh dunia dan ia merupakan penyelesaian kepada masalah kekotoran di dapur dan mudah digunakan selain dijamin kebersihannya.

    ''Jika kita lihat, penggunaan tisu dapur dalam membantu kerja membersihkan kekotoran di dapur adalah lebih berkesan jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kain buruk.

    ''Penggunaan tisu dapur juga mampu mengelakkan pengumpulan bakteria melalui penggunaan kain secara berulang kali yang boleh mengakibatkan keracunan makanan,'' katanya.

    Sementara itu, Scott turut menganjurkan pertandingan 'Memasak Seperti Chef' bagi memberi peluang kepada pengguna-pengguna tuala dapur Scoot menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam bidang masakan.

    Pertandingan tersebut yang akan tamat pada 31 Disember ini memerlukan peserta menghantar resipi asli untuk diadili.

    Kontroversi salad Nicoise

    Posted: 09 Dec 2010 07:31 PM PST

    SALAD Nicoise (disebut niswaz) mendapat nama dari tempat asalnya iaitu Cote d'Azur di kota Nice di Perancis. Ia juga dikenali sebagai Salade Ni├žoise atau insalata nizzard.

    Dikategorikan sebagai pembuka selera. Bahan-bahan untuk membuat salad ini adalah daun salad, tomato, kentang , kacang buncis rebus dan isi ikan tuna dalam tin dan ikan bilis jeruk. Bahan-bahan ini kemudian akan digaul bersama vinegrette.

    Walaupun begitu bahan-bahan yang digunakan serta asal usul makanan ini masih menjadi kontroversi dan perdebatan ramai.

    Menurut sumber, George Balanchine yang merupakan seorang jurutari terkenal telah memberi inspirasi penciptaan salad ini. Ia diperkenalkan ketika beliau membuat pertunjukan di Monte Carlo. Tetapi ada sumber lain mengatakan salad ini berasal dari kota Provence di Perancis.

    Oleh kerana kontroversinya saya mengambil peluang untuk berkongsi bagaimana cara untuk membuat Salad Nicoise ini.

    Membuat salad ini sungguh mudah. Anda perlu memilih bahan-bahan yang segar. Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk. Semasa merebus kentang, kacang dan telur, sila pastikan ia masak dengan secukupnya. Jangan terlebih atau terkurang merebus kerana ia akan mengurangkan kelazatan salad ini.

    Gunakan ikan tuna dalam air bergaram atau dalam minyak sayuran untuk menggaulnya dengan salad ini.

    Vinegrette akan digaulkan bersama salad ketika hendak dihidangkan. Vinegrette adalah dressing iaitu sos yang digaul bersama-sama salad. Rasanya sedikit masam dan sedikit berminyak.

    Pelbagai jenis perisa vinegrette yang anda boleh buat tetapi asasnya adalah minyak sayuran dan cuka. Tip membuat vinegrette adalah dalam nisbah 3 (minyak sayuran) dan 1 (cuka makanan atau asid) daripada buah sitrus seperti lemon.

    Dalam erti kata yang lain sekiranya anda menggunakan tiga cawan minyak anda perlu mencampurkan satu cawan cuka. Kemudian, anda perlu perisakan dengan gula, garam dan lada putih.

    Sukatan harus sesuai mencukupi supaya rasa vinegrette tidak terlalu masam dan berminyak. Gunalah minyak zaitun untuk menjaga kesihatan dan saya cadangkan anda menggunakan cuka salad kerana rasanya tidak terlalu tajam dan masam. Jika tidak mahu menggunakan cuka boleh gantikan dengan jus oren atau jus lemon. Ketika hendak menghidang gaulkan vinegrette bersama bahan-bahan lain. Susunkan di atas daun salad dan aturkan telur rebus dan ikan bilis jeruk yang dijual di dalam tin dan boleh dibeli di pasar raya . Nikmatilah salad ini ketika sejuk.

    BSK bantu leraikan kemelut nafkah

    Posted: 09 Dec 2010 07:30 PM PST


    Rohani Yaacob bersama dua anaknya Mohd Aris Zul Ghafar (kiri) dan Siti Aishah Juliana (kanan) antara ibu tunggal yang menerima bantuan BSK Transit dari Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.


    PERCERAIAN sememangnya sesuatu yang malang dalam sesebuah institusi keluarga. Namun ia jadi lebih menyedihkan apabila diikuti dengan 'drama-drama' kurang manis di kamar mahkamah daripada perebutan harta sepencarian, hak penjagaan anak hinggalah kepada kegagalan membayar nafkah anak.

    Memang sukar untuk diterima akal apabila ada sebilangan bapa yang lepas tangan terhadap nafkah anak-anak dan membiarkan darah daging sendiri hidup dalam kesusahan selepas berlaku perceraian.

    Hakikatnya, daripada segi hukum memang sudah jelas menyediakan nafkah anak adalah tanggungjawab bapa sama ada semasa tempoh perkahwinan mahupun selepas perceraian.

    Sepatutnya tidak ada isu mengenai pemberian nafkah sehingga perlu ada campur tangan pihak lain (mahkamah syariah) untuk memerintahkan si bapa menyara anaknya sendiri.

    Lebih malang biar sudah ada perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah ia masih tidak dipatuhi dan diabaikan sebagaimana yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.

    Keadaan ini menyebabkan perintah yang dikeluarkan tidak memberi apa-apa kesan serta tidak dapat melindungi kepentingan anak-anak yang masih di bawah tanggungan ibu.

    Melihat keruncingan masalah pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, sekali lagi pihak berkuasa 'campur tangan' dengan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

    BSK merupakan satu bahagian baru yang ditubuhkan rentetan daripada permasalahan, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah pembayaran nafkah.

    Mula beroperasi sejak April 2009, bahagian ini memfokuskan tentang permasalahan nafkah anak yang tidak ditunaikan oleh bapa.

    Setakat ini ia beroperasi melalui tiga unit utama iaitu Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP), Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan (UKNP) dan Unit Pengurusan Dana (UPD). Ia berdasarkan saranan yang terkandung dalam sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Bantulah saudara kamu yang menzalimi dan dizalimi."

    Pengerusi Jawatan kuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, bantuan kepada yang menzalimi merujuk kepada peranan agensi itu dalam memperbetulkan sikap bapa yang 'menzalimi' anak-anaknya dengan keengkaranya memberi nafkah.

    Manakala bantuan bagi mereka yang dizalimi merujuk kepada peranan mengembalikan hak nafkah kepada golongan yang berhak.

    "Matlamat kami di BSK ialah menjadi sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi mewujudkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa yang progresif.

    ''Kami ingin memastikan kepentingan golongan yang berhak menerima nafkah melalui perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah terpelihara.

    ''Pada masa sama kami juga cuba menyelesaikan dan mengenal pasti masalah pemiutang atau penghutang terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya,'' kata Kamilia.

    Beliau ditemui semasa majlis perasmian BSK Transit dan Munaqashah Bahagian Sokongan Keluarga bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Kamilia menambah, objektif lain BSK ialah mengatasi isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah kehakiman serta memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit dalam institusi kekeluargaan.

    Lazimnya, pelanggan atau pengadu yang datang ke BSK akan terlebih dahulu dirujuk ke UKNP untuk sesi khidmat nasihat berhubung kes tuntutan nafkah anaknya.

    Bagi pengadu yang telah memperoleh perintah nafkah anak daripada mana-mana mahkamah syariah di Malaysia, pegawai di UKNP akan membuat semakan ke atas perintah tersebut sama ada ia telah dipatuhi oleh bekas suami atau bapa kepada anak tersebut.

    ''Selain mengumpul maklumat daripada pihak pengadu dan status pelaksanaan perintah mahkamahnya, UKNP juga akan mengeluarkan notis untuk memanggil bekas suami atau bapa kepada anak tersebut agar hadir ke unit itu bagi tujuan siasatan tentang pematuhan perintah nafkah anak seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah.

    ''Jika didapati bekas suami atau bapa kepada anak tersebut gagal untuk mematuhi perintah yang telah dikeluarkan, pegawai BSK di unit ini akan menjalankan satu proses perbincangan yang dinamakan mediasi.

    ''Dalam proses ini, pegawai BSK akan berusaha untuk mencari satu persetujuan antara kedua-dua pihak dalam pelaksanaan perintah nafkah yang telah pun diperintahkan oleh mahkamah.

    "Sekiranya mereka mencapai satu persetujuan bagi memenuhi tuntutan untuk melaksanakan perintah tersebut maka satu perjanjian persetujuan akan disediakan untuk ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan seterusnya akan disahkan di hadapan hakim syarie.

    ''Sekiranya tiada persetujuan dicapai, UKNP akan menyalurkan kes ini kepada UPPP.

    "Sementara menunggu proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dijalankan, pegawai BSK akan mencadangkan pembayaran pendahuluan nafkah anak dibayar mengikut kadar nafkah yang telah diperintahkan.

    ''Jika bekas suami tidak hadir pada sesi khidmat nasihat, UKNP akan menyalurkan kes tersebut kepada UPPP untuk proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dijalankan,'' ujarnya.

    Beliau menjelaskan, usaha menangani isu nafkah di kalangan isteri dan anak di Malaysia adalah satu usaha murni.

    Tidak cukup dengan itu, BSK turut memperkenalkan BSK Transit yang merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara yang disediakan khususnya kepada wanita yang menghadiri prosiding kes di mahkamah syariah.

    Keutamaan diberikan kepada pihak-pihak yang tinggal jauh dari mahkamah dan tidak berkemampuan.

    Pada masa ini penginapan sementara ini disediakan di Putrajaya, Tune Hotel Kuala Lumpur dan Darus Saadah. Kesemua penginapan ini selesa dengan prasarana yang lengkap.

    ''Wanita ini tidak perlu menumpang rumah saudara-mara atau kenalan kerana ini boleh menimbulkan rasa rendah diri.

    "Kami mahu wanita yang akan hadir di mahkamah rasa tenang dan selesa. Saya juga berharap program transit ini dapat diperluas ke negeri-negeri lain demi mewujudkan keadilan," katanya.

    Bagi tujuan perkhidmatan BSK Transit tersebut, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyumbang RM100,000 kepada BSK sementara Bahagian Pengurusan Hartanah menyumbang dua unit apartmen di Putrajaya.

    Jangan cemas berdepan bayi sakit

    Posted: 09 Dec 2010 07:28 PM PST

    HAMPIR kesemua bayi atau anak kecil akan mengalami masalah kesihatan sama ada demam, batuk, kembung perut dan sebagai dalam tempoh mereka membesar.

    Apabila anak-anak kecil jatuh sakit, ia bagaikan satu cabaran atau ujian yang paling getir kepada ibu bapa.

    Dalam keadaan tersebut, lazimnya ibu adalah orang yang paling risau. Kalau boleh mereka sanggup memindahkan kesakitan yang dihadapi oleh anak kepada dirinya.

    Namun, ibu sepatutnya bertindak lebih matang dalam menghadapi situasi tersebut. Sekiranya ibu menunjukkan dirinya lemah, keadaan itu juga akan membuatkan diri anak juga bertambah lemah.

    Lantaran itu, biar apa pun keadaannya, ibu perlu kelihatan lebih kuat dan tabah.

    Elakkan diri daripada terus bersedih kerana kesedihan yang ditanggung itu akan membuatkan si anak menjadi lebih sakit.

    Sebaliknya, cuba dekatkan diri dengan anak dan berikan perhatian yang lebih kepadanya.

    Keyakinan yang ada pada diri ibu tersebut akan memberikan satu keajaiban kepada anak untuk terus bertambah baik.

    Malah keyakinan ibu itu juga mampu memberikan semangat baru pada anak kecil dalam memerangi penyakit yang ditanggung.

    Apabila anak kecil dalam keadaan tidak sihat, emosi mereka juga tidak terurus dan membuatkan mereka mudah untuk beremosi.

    Malah, dalam situasi tersebut, sebagai ibu seharusnya perlu bertolak ansur dan bersabar.

    Keadaan itu penting dalam membantu dan menenangkan diri mereka supaya bersabar dalam memerangi penyakit itu.

    Malah, dalam situasi tersebut juga, anak akan menjadi bimbang dan runsing. Keadaan itu juga menyebabkan mereka bertambah emosi.

    Gunakan kelembutan yang ada pada diri ibu untuk memberikan perhatian kepada si kecil yang sedang sakit.

    Jelaskan kepada mereka keadaan yang sebenar. Keadaan itu akan membuatkan mereka tidak lagi risau dan seterusnya memberikan kekuatan kepada dirinya untuk terus sihat .

    Banyakkan berkomunikasi dengan anak supaya mereka merasakan dirinya adalah penting dan mengelakkan dirinya daripada berasa bosan serta tertekan.

    Namun, jangan tunjukkan sifat kasihan berlebih-lebihan kerana ia boleh membuatkan anak semakin tidak bersemangat dan lemah.

    Sebaliknya, tukar kata-kata itu kepada kata-kata yang memberangsangkan supaya timbul kekuatan kepada dirinya.

    Luahkan juga kata-kata semangat pada dirinya dan dalam masa juga beri perhatian yang sepenuhnya.

    Banyakkan berkomunikasi dengan anak. Terangkan dengan jujur padanya bahawa anda sebagai ibu sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan bahawa anda terlalu sayang kepadanya.

    Biasanya, apabila sakit, anak kecil sangat sukar untuk mengambil ubat, jadi cuba berkomunikasi dengan baik dan terangkan bahawa ubat itu sebenarnya bukanlah seperti yang di sangkakan.

    Namun dalam situasi tersebut, elakkan gunakan kekerasan sebaliknya gunakan kaedah psikologi dalam memudahkan mereka makan ubat.

    Cuba ajak mereka bermain dan apabila selesai berikan mereka ubat.

    Risiko makanan kucing import

    Posted: 09 Dec 2010 07:24 PM PST

    DALAM memastikan haiwan peliharaan terutama kucing kekal sihat, faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah makanan.

    Namun ramai penggemar kucing yang mengambil mudah perkara ini.

    Ada yang sekadar memberikan lebihan makanan atau lauk pauk atau pun memberikan kucing mereka makanan mentah seperti ikan dan daging.

    Ada pula yang terlalu cintakan kucing sehingga sanggup menyediakan segala-galanya yang terbaik untuk haiwan kesayangan mereka itu.

    Dalam perkara ini, makanan kucing yang berkualiti sememangnya merupakan bab yang tidak dapat ditinggalkan.

    Sebab itu ramai penggemar kucing sanggup berbelanja lebih untuk menyediakan makanan terbaik kepada kucing.

    Tidak kurang juga terdapat golongan yang terlalu mengagung-agungkan makanan yang diimport dari negara-negara Barat, terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat kerana beranggapan bahan dari rantau itu adalah terbaik.

    Namun, tahukah anda bahawa penggunaan makanan kucing dari Eropah mungkin membawa kesan tidak baik kepada kucing sehingga menimbulkan masalah kegatalan dan keguguran bulu?

    Ketua Pembangunan Perniagaan produk Vita Cat, Halim Baba berkata, ini berikutan makanan kucing dari Eropah direka khas untuk memenuhi kucing yang hidup dalam negara cuaca sejuk dan ia tidak sesuai untuk kucing yang berada di negara musim tropikal.

    "Makanan kucing dari Eropah biasanya mengandungi protein yang lebih tinggi sesuai dengan keadaaan iklim yang lebih sejuk.

    "Kandungan protein yang terlalu tinggi bagaimanapun tidak baik kepada kucing di Malaysia, ia boleh menyebabkan kegatalan pada kucing," katanya.

    Beliau berkata, sebelum membeli, pemilik kucing perlu menilai kandungan zat makanan kucing serta mengenal pasti bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan kucing itu.

    "Penggunaan bahan sampingan dan perasa dalam makanan kucing umpamanya melibatkan penggunaan garam yang banyak dan ia tidak baik kepada kesihatan kucing.

    "Garam yang banyak menyebabkan kucing mengalami kerosakan buah pinggang dan sukar membuang air, akibatnya kucing itu akan mati atau terpaksa menjalani pembedahan," katanya.

    Usaha Panasonic lestarikan alam sekitar

    Posted: 09 Dec 2010 07:22 PM PST


    SEBAHAGIAN besar produk Panasonic menggunakan bahan kitar semula dan kurang membebaskan karbon dioksida semasa digunakan.


    KETIKA memulakan perniagaannya pada tahun 1918, pengasas Matsushita Electric Housewares Manufacturing Works (kini dikenali sebagai Panasonic Corporation) yang berpusat di Osaka, Jepun, Tan Sri Konosuke Matsushita, sentiasa menjadikan sikap merendah diri sebagai aspek utama dalam menjalankan perniagaan.

    Malah, keuntungan dijadikan sebagai faktor kedua dalam perniagaan. Permintaan pelanggan diutamakan.

    Falsafah itu bukan dipraktikkan ketika itu sahaja, tetapi terus menjadi falsafah pengurusan Panasonic hingga ke hari ini.

    Atas dasar itulah, sempena ulang tahun ke-100 pada 2018, Panasonic mengambil ketetapan untuk menjadi peneraju syarikat inovasi hijau dalam industri elektronik.

    Ia sebagai menyahut usaha pemuliharaan alam sekitar secara global.

    Ini termasuk Inovasi Kehidupan Hijau yang akan memperkayakan kehidupan manusia melalui pelbagai idea Panasonic dan Inovasi Perniagaan Hijau yang dilihat akan mengurangkan kesan kemusnahan alam sekitar melalui operasi dan mempromosikan gaya perniagaan mesra alam kepada komuniti global.

    Matsushita pernah berkata: "Untuk mengenal pasti tanggungjawab kita sebagai pemain industri, kita perlu menghambakan diri kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat serta kebajikan orang ramai melalui aktiviti perniagaan kita. Ini akan meningkatkan kualiti kehidupan di seluruh dunia."

    Itulah sebabnya, Panasonic kini menumpukan usaha dalam melestarikan alam sekitar melalui pelbagai cabang perniagaannya, termasuk dalam pemasaran produk hijau menyeluruh mereka yang bakal menyaksikan 30 peratus penguasaan di pasaran global.

    Dengan isu alam sekitar global yang semakin ketara, Panasonic merasakan sudah sampai masanya mereka melakukan sesuatu dengan lebih berkesan dan bukan hanya mengeluarkan produk-produk hijau sahaja.

    Menurut Presiden Panasonic, Fumio Ohtsubo, perniagaan utama Panasonic ialah untuk memastikan kehidupan orang ramai selamat, selesa dan lebih berkualiti.

    "Ini merupakan falsafah utama pengurusan Panasonic. Untuk mencapai sasaran berkenaan kami perlu menjalankan pelbagai penyelidikan pengguna di seluruh dunia.

    "Dengan cara itu, kami akan berjaya untuk memahami secara terperinci mengenai cara hidup dan juga tabiat mereka. Ia untuk memudahkan kami mengeluarkan satu-satu produk," katanya pada forum Visi Korporat 2018 dan Pelan Hijau 2018 bersempena Pameran Bersama Teknologi Lanjutan (CEATEC 2010) di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

    Malah kata Ohtsubo, pendekatan ke arah apa yang diingini oleh orang ramai termasuk penggunaan teknologi dan inovasi hijau juga merupakan salah satu legasi yang ditinggalkan Matsushita.

    "Mendiang Matsushita berjaya mencipta soket penyambung yang ketika itu sebenarnya amat diperlukan oleh masyarakat Jepun.

    "Ini berikutan ketika itu (1917), satu-satunya bekalan elektrik hanyalah di bahagian bumbung yang membekalkan elektrik kepada lampu.

    "Disebabkan tiada soket bekalan elektrik seperti yang ada sekarang, ramai tidak mampu menggunakan peralatan elektrik lain.

    "Atas inisiatif itu, mendiang Matsushita mencipta soket penyambung yang boleh menyambung laluan bekalan elektrik di bumbung dengan mana-mana peralatan elektrik," katanya.

    Usaha itu sebenarnya kata Ohtsubo, menjadi titik tolak kepada kemajuan Panasonic sekarang. Malah inovasi hijau yang ditekankan juga merupakan satu usaha yang amat dimahukan oleh Matsushita.

    "Beliau mahu semua yang ada di Panasonic mendahulukan masyarakat dalam membangunkan produk.

    "Isu alam sekitar global yang semakin merosot yang akan memberikan kesan mendalam kepada orang ramai secara global juga telah menyebabkan kami mahu menjadi peneraju utama atau nombor satu sebagai Syarikat Inovasi Hijau," katanya.

    Namun kata Ohtsubo, inovasi hijau itu bukan isu baru kepada Panasonic kerana pada April 2007 mereka telah melancarkan asas alam sekitar, eco ideas.

    Menurut beliau, eco ideas merupakan satu simbol yang mewakili komitmen, inisiatif dan sikap mereka ke arah pemuliharaan alam sekitar pada semua sektor dan peringkat di Panasonic.

    "Usaha paling utama eco ideas ini akan kami terjemahkan melalui visi ke arah menjadi peneraju sebagai Syarikat Inovasi Hijau global pada tahun 2018 yang juga menyaksikan ulang tahun ke-100 Panasonic sejak ia ditubuhkan oleh mendiang Matsushita," katanya.

    Usaha itu kata Ohtsubo, menyaksikan mereka kini berjaya bergabung dengan Sanyo Electric Co. (Sanyo) pada Disember 2009 dalam merealisasikan hasrat menjadi peneraju global Syarikat Inovasi Hijau.

    Ini menurut beliau, disebabkan kepakaran Sanyo dalam bateri caj semula dan sistem tenaga solar membolehkan satu gabungan dengan kepakaran Panasonic yang mampu menghasilkan produk dengan teknologi hijau yang lebih mantap.

    "Walaupun produk-produk audio visual Sanyo terpaksa 'dikorbankan', dalam tempoh yang panjang, kami dapat merasakan gabungan ini mampu membawa Kumpulan Panasonic ke arah Syarikat Inovasi Hijau yang lebih berkesan," katanya.

    Selain gabungan itu, Ohtsubo turut menerangkan mengenai Pelan Hijau 2018 di mana antara perkara pokok yang bakal diambil kira ialah mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).

    Menurut beliau, dalam mengurangkan pelepasan CO2, Panasonic mengambil pendekatan di mana pada tahun 2018, pelepasan CO2 akan berada pada kemuncaknya iaitu 120 juta tan dan ia kemudian akan diturunkan sehingga mencapai tahap sifar.

    "Pengurangan pelepasan ini akan kami lakukan pada semua aktiviti pembuatan dan juga produk yang akan dikeluarkan, bermaksud di peringkat kami dan juga di peringkat pengguna," katanya.

    Berjaya hayati watak lakonan

    Posted: 09 Dec 2010 07:21 PM PST


    sEBAHAGIAN daripada pelakon pementasan teater Xtra 1: the musical, living forest.


    SEBAIK sahaja anak-anak ini melangkah ke pentas untuk melakonkan watak-watak yang diberikan, tumpuan pastilah terpaku dengan setiap persembahan yang diberikan mereka.

    Dalam kegiatan seni, teater untuk kanak-kanak memang telah lama sebati dengan kita semua. Namun kali ini ternyata berbeza. Teater yang dipersembahkan diterajui oleh anak-anak istimewa.

    Kali ini anak-anak sindrom down diberi kepercayaan mengikuti segala latihan yang diberikan dengan penuh perasaan.

    Penghayatan lakonan yang diberikan kepada mereka tidak dipersia-siakan.

    Satu pementasan teater bertajuk Xtra 1: The Musical Living Forest, merupakan projek kebajikan yang memperkenalkan anak-anak sindrom down ke dunia pementasan teater.

    Satu pujian harus diberikan kepada pengarah muda dan penerbit yang mencetuskan idea untuk pementasan itu, Nawfal M. Zamri, 23, graduan Aswara dalam bidang pengarahan dari Fakulti Teater.

    Dia yang kerap mengarahkan teater untuk kanak-kanak cuba mencungkil bakat anak-anak istimewa untuk persembahannya kali ini.

    Siapa sangka anak-anak itu boleh diketengahkan ke dunia lakonan teater.

    Biarpun berhadapan sedikit sebanyak kerenah sepanjang pengarahan teater itu, namun itu semua bukan satu halangan yang besar bagi diri Nawfal.

    Menurut Nawfal, semangatnya untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dalam bidang pengarahan teater menjadikan dia begitu komited dengan pementasan kali ini.

    ''Apabila saya melihat satu dokumentari luar mengenai pementasan teater yang dilakukan oleh anak-anak autisme, saya bercadang untuk membuat sesuatu bagi anak-anak istimewa di negara ini.

    ''Saya rasa setiap anak-anak ini mempunyai kelebihan dan kebolehan mereka yang tersendiri. Itu yang cuba saya tampilkan dan ternyata sangkaan saya tidak meleset.

    ''Saya bermula dengan anak-anak sindrom down ini. Pada permulaan saya mencadangkan kepada pihak Persatuan Sindrom Down Malaysia. Penerimaan mereka atas cadangan saya amat baik,'' katanya.

    Biarpun pada ketika itu belum ada perancangan skrip dan pengolahan yang sesuai namun Nawfal terus mencuba.

    Justeru bermula dari situ pelbagai bengkel diaturkan dari bulan April dan pada bulan Julai latihan demi latihan telah diadakan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua ibu bapa dan kaum keluarga yang terlibat.

    Kata Nawfal, jalan cerita teater ini berkisar antara kitaran hidupan pokok-pokok dan kehijauan yang diadaptasi dari salah sebuah skrip kanak-kanak yang menyeronokkan.

    Seramai 32 pelakon terlibat dalam pementasan ini dengan 14 orang daripadanya adalah anak-anak sindrom down yang berusia antara enam hingga 24 tahun.

    Manakala selebihnya watak didokong oleh para ahli keluarga anak-anak sindrom down, pensyarah dan para pelajar Aswara.

    Mengulas lanjut mengenai penerimaan anak-anak sindrom down mengenai teater, dia mendapati anak-anak ini begitu komited dan sangat teruja dengan perkembangan bidang yang dilakukan untuk diri mereka.

    ''Pengalaman ini adalah sesuatu yang baru, nampaknya mereka bersedia untuk melakukannya dan sangat berjaya.

    ''Mungkin orang kata sukar untuk mengarahkan anak-anak sindrom down. Namun sebenarnya itu tidaklah sesukar mana,'' katanya.

    Sepanjang dirinya mengarahkan teater itu Nawfal memberitahu, anak-anak ini mendengar kata namun tidak boleh terlalu lama kerana ada di antaranya yang tidak boleh duduk diam.

    ''Kita juga ada meminta pandangan ibu bapa mengenai keadaan anak-anak mereka kerana ada di antaranya yang tidak boleh mendengar muzik yang terlalu kuat dan tidak boleh terlalu penat,'' jelasnya.

    Nawfal memberitahu, ada juga yang tiba-tiba membuat perangai dengan jatuh di atas pentas tanpa mengikut skrip dan enggan berdiri tegak dan tidak fokus.

    Namun lama-kelamaan semua itu boleh dihadapi. Asalkan anak-anak itu berasa gembira dengan apa yang dilakukan semuanya akan berada dalam keadaan gembira, jelas Nawfal membayangkan keadaan anak-anak itu ketika berlatih teater.

    ''Apa pun saya mengharapkan orang ramai akan datang untuk menonton persembahan pementasan yang dilakukan oleh anak-anak istimewa ini.

    ''Sokongan daripada orang ramai sebenarnya memberikan satu 'kemenangan' kepada anak-anak ini yang berbakat besar,'' katanya.

    Anugerah tertinggi buat sifu

    Posted: 09 Dec 2010 07:19 PM PST


    VOKALIS kumpulan Hujan, Noh (tengah) yang hadir ke Malam Anugerah MACP 2010 bersama tunangnya, Mizz Nina. Turut kelihatan komposer terkenal, Zul Mahat (kanan)


    GANDINGAN duo, M. Nasir dan Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali dengan panggilan Loloq sememangnya cukup mantap sehingga mereka berjaya menghasilkan karya-karya yang berkualiti.

    Lagu-lagu ciptaan mereka tidak pernah gagal menghiburkan pendengar dan peminat sehingga berjaya meletakkan kedua-dua figura unggul di kedudukan yang cukup tinggi di persada muzik tanah air.

    Sehingga ke hari ini pun, karya ciptaan mereka masih lagi mampu membuai rasa pendengar dan kebanyakan lagu-lagu itu juga sudah mencapai tahap malar segar.

    Selepas dua tahun pemergian Loloq, ramai yang menantikan sentuhan magis terbaru M. Nasir dengan penulis lirik lain tetapi nampaknya perjalanan untuk menyaksikan kehebatan itu barangkali pasti akan lebih jauh.

    Walaupun pengganti Loloq sukar ditemui sehingga ke hari ini, bagi M. Nasir dia percaya dengan kebolehan dan keistimewaan penulis lirik baru yang bekerjasama dengannya.

    Agak keberatan pada awalnya ketika diminta untuk menamakan mereka yang berpotensi itu, akhirnya, M. Nasir mengalah dengan pujuk rayu pihak media yang bertanyakan soalan itu kepadanya.

    "Daripada pengamatan saya, memang ada beberapa nama yang saya lihat peluangnya memang cerah dalam industri antaranya AD Samad dan Budi kerana mereka memiliki identiti tersendiri," luah M. Nasir tanpa selindung.

    Seniman kreatif itu ditemui usai Malam Anugerah MACP 2010 yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Malam bersejarah itu menyaksikan anak kelahiran Singapura itu menerima pengiktirafan tertinggi dalam kariernya sebagai seorang komposer apabila menerima Anugerah Nadi Cipta.

    M. Nasir menerima trofi tersebut daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi tetamu kehormat pada malam itu.

    Penerima lain sebelum ini yang pernah diiktiraf dengan gelaran tertinggi dalam anugerah yang menghargai komposer dan penulis lirk tempatan itu ialah Habsah Hassan, Kassim Masdor, Datuk Freddie Fernandez dan S. Atan.

    Juga, untuk 10 kali berturut-turut, M. Nasir sekali lagi menerima trofi Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak.

    Syarikatnya, Luncai Emas pula dinobatkan sebagai Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

    Melihat kepada perjalanan karier seninya yang sudah menjangkau lebih tiga dekad itu, memang tidak dapat dinafikan lagi gelaran Anugerah Nadi Cipta itu layak menjadi milik komposer hebat itu.

    Sempat juga M. Nasir berseloroh ketika memberi ucapan penghargaannya ketika di atas pentas.

    "Dulu saya hanya tahu bermain muzik dengan tiga kord sahaja tetapi sekarang sudah lima kord. Semuanya saya belajar daripada pemuzik dan mereka yang berada di sekeliling saya selama ini," katanya sambil ketawa dan disambut dengan tepukan gemuruh.

    Bagi komposer ini, dia sendiri tidak mempunyai sebarang formula dalam menghasilkan lagu-lagunya kerana ilham akan datang kepadanya bila-bila masa sahaja biarpun di kala dia berdepan dengan tekanan.

    "Kalau saya berada dalam keadaan tertekan, adalah lebih baik untuk saya mengeluarkan segala emosi saya ketika itu dalam penghasilan lagu-lagu saya.

    "Apabila sudah selesai, ia umpama satu kelegaan dalam diri saya dan pendengar akan dapat merasakan apa yang saya luahkan itu dalam setiap karya saya," ujarnya yang cukup masyhur dengan lagu Mentera Semerah Padi dan Juwita...Citra Terindah itu lagi.

    Ketika ditanya tentang projek terkininya, suami kepada Marlia Musa ini sempat mengkhabarkan berita baru apabila dia sedang menyiapkan album terbarunya.

    Dalam masa yang sama, dia juga akan menjadi penerbit album terbaru Misha Omar yang akan menjalani rakaman tidak lama lagi selain akan beraksi dalam sebuah konsert tahun depan.

    Malam itu juga menyaksikan enam komposer tempatan iaitu Adnan Abu Hassan, Saari Amri, Tam Spider, Aidit Alfian, Pacai dan Taja menyanyikan lagu-lagu popular M. Nasir sebagai tanda penghormatan.

    Antara lagu-lagunya adalah Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Mustika, Hati Emas dan Tanya Sama Itu Hud Hud.

    Lebih menggamatkan apabila M. Nasir sendiri tampil membuat persembahan dengan mereka secara spontan.

    Mamat Khalid tidak kisah

    Posted: 09 Dec 2010 07:17 PM PST


    SALAH satu menarik filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kini ditayangkan di pawagam tempatan.


    SEDARI awal saat dia melangkahkan kaki dalam bidang pengarahan filem, Mamat Khalid sudah memberikan dua opsyen buat mereka yang mahu menonton filem-filemnya.

    Sama ada penonton hadir untuk berhibur bagi meredakan ketegangan mahupun menyelami kritikan sosial yang diterapkan dalam setiap filemnya.

    Berbeza dengan pengarah lain, filem-filem arahan Mamat cenderung kepada isu dan permasalahan sosial yang sering berlaku dalam masyarakat hari ini. Bagi Mamat, hanya menerusi filem sahaja dia dapat menyalurkan mesej untuk dinikmati oleh penonton.

    Seperti mana filem-filemnya sebelum ini, buah tangan terbaru anak kelahiran Ipoh, Perak itu yang berjudul Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) juga memiliki pendekatan yang serupa.

    Untuk pengetahuan, HKLBR merupakan kesinambungan filem Zombie Kampung Pisang (ZKP) yang ditayangkan sekitar tiga tahun lalu.

    Malah, Mamat langsung tidak kisah kalau filem terbarunya itu hanya sekadar dinikmati sebagai sebuah hiburan kosong tanpa penonton mendapat sesuatu yang berguna daripada filem tersebut.

    "Saya membikin HKLBR adalah untuk dinikmati oleh penonton daripada pelbagai peringkat umur dan terpulang kepada mereka bagaimana untuk menilai filem terbaru saya ini.

    "Kalau untuk golongan kanak-kanak dan remaja, barangkali mereka akan ketawa dan terhibur dengan lakonan serta bahasa tubuh para pemain watak dalam filem ini. Bagi mereka yang lebih dewasa, saya harap mereka akan dapat memahami mesej dan sindiran menerusi dialog yang diucapkan.

    "Itupun kalau mereka faham dengan apa yang ingin saya sampaikan dan seandainya, mereka mendapat mesej yang disampaikan itu, ia sudah cukup menggembirakan saya. Kalau mereka merasakan HKLBR sekadar untuk suka-suka pun, saya tidak kisah," katanya optimis.

    Mamat berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas tayangan prebiu HKLBR yang berlangsung di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Turut hadir Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai dan barisan pelakon HKLBR termasuk Awie, Johan, Shy8, Pekin, Shoffi Jikan, Delimawati dan Azwan Annuar.

    Kritikan

    Berbicara lanjut tentang HKLBR, adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat ini berkata, walaupun ia sebuah filem komedi, ia bukan satu tiket untuknya menghasilkan HKLBR secara sambil lewa.

    Mamat memberitahu dia banyak mendapat respons daripada peminat dan penonton tentang kelemahan ZKP terutama dari segi solekan serta watak dan jalan ceritanya.

    "Daripada situ, saya belajar dan perbaiki apa yang patut untuk HKLBR dan saya optimis filem ini akan diterima baik oleh penonton tempatan seperti mana sambutan yang diberikan untuk ZKP," jelasnya tentang filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu lagi.

    Tambah pengarah berusia 48 tahun ini juga, penonton tetap boleh menghayati dan memahami jalan cerita HKLBR walaupun tidak menonton ZKP.

    "Watak dan latar belakang yang ditampilkan tetap sama dengan filem pertama. Cuma, kali ini fokus utama adalah kepada watak Hussin lakonan Awie dan kisah yang berlaku sehingga dia mengambil keputusan meninggalkan Kampung Pisang sebelum kembali semula," cerita pemilik nama penuh Mohamad Mohd. Khalid ini lagi.

    Dalam sidang akhbar itu juga, Mamat sempat mengkhabarkan bahawa dia akan muncul dengan filem ketiga dalam siri zombie sebagai penutup kepada trilogi filem tersebut.

    Menggunakan judul sementara, Zombie Ultimatum, Mamat enggan mendedahkan jalan cerita dan pengisian filem tersebut kerana mahu fokus kepada promosi HKLBR terlebih dahulu.

    "Semuanya bergantung juga kepada Tayangan Unggul. Kalau mereka memberi lampu hijau, saya akan meneruskannya," ujarnya sambil ketawa dan disahut oleh Gayatri di sebelahnya.

    Raja Farah Mahu Bersanding Dalam Laut

    Posted: 09 Dec 2010 07:10 PM PST

    Raja Farah dan Megat Bashirun akan menjalani dua resepsi perkahwinan pada tahun depan.

    KUALA LUMPUR: Aktres Raja Farah Raja Aziz, 22, dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 25, memilih dasar laut untuk mengabadikan majlis persandingan mereka.

    Majlis berkenaan akan diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu pada Mac atau April 2011.

    Kedua-dua merancang untuk membuat pelamin pada kedalaman tiga meter di dalam laut berkenaan.

    Sebelum ini pasangan pelakon Rozie Rashid dan bekas penyanyi kumpulan Medicine, Ijam, pernah mengadakan majlis serupa di pulau berkenaan.

    Menariknya, dalam persandingan itu, Raja Farah dan Megat Bashirun akan turut diiiringi tujuh hingga lapan buah bot laju sebelum mereka menyelam ke dalam air.

    "Kami akan menaiki sebuah bot yang dihias cantik sebelum bersanding di dalam laut. Selain membina pelamin dalam air, kami turut menyediakan pemain kompang untuk memeriahkan majlis.

    "Resepsi ini hanya dihadiri kira-kira 20 hingga 30 orang penyelam," kata Farah yang terlebih dahulu akan berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah pada Januari atau Februari depan.

    Sebelum itu, dia dijangka akan melangsungkan majlis resepsi secara besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada Februari 2011.

    Bercerita lanjut tentang majlis tersebut, Farah dan Megat memilih tema perkahwinan ala-ala diraja dan tradisional dengan warna kuning keemasan.

    Lebih istimewa, pasangan ini akan diarak di atas tandu oleh enam hingga lapan orang.

    Sekali lagi mereka memilih pihak Reka Teemor sebagai perunding perkahwinan dan Photo Signature (gambar).

    Kemungkinan Farah akan memilih pereka fesyen Qudyn untuk menghasilkan dua persalinan bagi upacara persandingan dan memotong kek.

    "Memang impian kami untuk membuat resepsi seperti ini. Kami juga sengaja tidak menerima banyak penaja kerana mahu mengeluarkan duit sendiri. Dari situ, hasilnya lebih baik dan berpuas hati," ujarnya yang merancang untuk menjemput 1,500 hingga 2,000 tetamu.

    Pasangan ini bernikah pada 12 November lalu.

    Dayang Nurfaizah Hilang Pengurus

    Posted: 09 Dec 2010 07:08 PM PST

    Dayang Nurfaizah

    PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah memberitahu berita sedih bahawa dia bakal kehilangan pengurusnya, Shaliza Kader Sultan yang tidak menguruskannya lagi berkuatkuasa awal tahun hadapan.

    Menurut Dayang, Shaliza yang telah mengurusnya hampir 10 tahun berbuat demikian bukan kerana mereka mempunyai masalah tetapi dia perlu mengikut suaminya ke Amerika Syarikat.

    "Ini tidak bermakna hubungan saya dan Kak Liza putus begitu sahaja. Kak Liza akan membantu untuk saya mempelajari selok-belok pengurusan artis terlebih dahulu," katanya.

    Dayang berkata demikian pada sidang akhbar pra dengar album Dayang, Sayang & Cahaya di Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Center, Khamis.

    Album terbaru itu memuatkan 12 buah lagu yang majoritinya berunsurkan percintaan.

    Antaranya, Mulanya Di Sini, Sayang, Rahsia cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya yang menjadi lagu tema Yayasan Aid Malaysia.

    Album itu diterbitkan oleh syarikat Dayang sendiri iaitu DN&AD Entertainment Sdn Bhd.

    Sementara itu, Dayang memberitahu, dia tidak tergesa-gesa mencari pengganti Shaliza kerana memerlukan masa untuk mencari mereka yang berpotensi menjadi pengursnya.

    Ini kerana, katanya, perlu wujud keserasian antara dia dan orang yang dilantik menjadi pengurus.

    "Saya lihat terdapat hikmah di sebalik kejadian ini kerana saya perlu belajar berdikari selepas ini," katanya.

    Tambah Dayang, dia kini mempunyai pembantu yang menguruskan emel, serta teknologi maklumat yang dapat membantunya berurusan dengan Shaliza kelak.

    Vanidah Imran & Awal Ashaari Pengacara Anugerah Skrin 2010

    Posted: 09 Dec 2010 07:07 PM PST

    SUBANG JAYA: Pelakon Vanidah Imran dan Awal Ashaari dipilih sebagai pengacara bagi anugerah berprestij Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Disember ini.

    Menurut Pengurusan Penjenamaan TV3, Nurul Aini Abu Bakar pemilihan dua muka baru itu adalah bagi memberi kelainan kepada penganjuran kali ini.

    "Kami memberi peluang kepada Awal dan Vanidah kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Kebiasaannya majlis anugerah sentiasa menggunakan pengacara yang boleh membuat lawak atau berjenaka tetapi kali ini kita mahu ia lebih serius.

    "Kami bersetuju untuk mengambil mereka setelah membuat uji bakat terlebih dahulu dan melihat keserasian yang ada pada kedua-dua mereka," ujarnya pada sidang media Anugerah Skrin 2010, di sini, Khamis.

    Manakala Vanidah memberitahu tanggung jawab yang diberikan kepadanya sangat besar dalam mengendalikan anugerah yang berprestij ini.

    "Saya tahu ini bukan sesuatu yang kecil dan pengacara boleh menjadi penyebab sesebuah majlis itu berjaya atau gagal.

    "Secara jujur memang saya gementar, namun pasti ada sebab mereka mengambil saya untuk bergandingan dengan Awal bagi mengacarakan malam tersebut," katanya.

    Sementara itu, Awal Ashaari menganggap peluang yang diberikan oleh pihak TV3 untuk mengacarakan anugerah ini tidak akan di sia-siakan.

    "Saya tidak terfikir akan dipilih untuk menjadi pengacara bagi anugerah berprestij ini. Namun saya akan buat sebaik mungkin. Lagi pula saya akan digandingkan dengan pelakon yang sudah banyak pengalaman.

    "Kami akan bekerjasama untuk mengendalikan ASK2010 ini dengan baik. Ketika ujibakat saya dapat rasakan saya dan Vanidah ada keserasian, jadi Insya Allah tidak ada masalah," katanya.

    Secara keseluruhan, ASK 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

    Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan termasuk Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas.

    Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

    Anugerah Skrin 2010 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi. Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

    Jelas Nurul Aini, calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

    "Selain mengikut tarikh 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010, drama terpilih juga berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing," katanya.

    Selain itu dari segi penjurian, juri yang dilantik tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam drama atau filem tersebut.

    "kami sentiasa menitik beratkan tentang penjurian dan tidak mahu terjadi sebarang kontroversi terhadap keputusan yang dibuat.

    "Oleh itu kami memilih mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam sesuatu bidang itu namun tidak mempunyai kena mengena atau kaitan dengan drama atau filem yang diadili," ujar Nurul Aini.

    Nadia Aqilah Lupakan Bidang Lakonan

    Posted: 09 Dec 2010 07:05 PM PST

    PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Nadia Aqilah,25, tekad menolak tawaran berlakon buat semetara waktu demi menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian.

    Dia yang baru sahaja melancarkan album solo pertamanya berjudul Nadia Aqilah mahu dirinya dikenali sebagai penyanyi.

    "Ramai yang kenal saya sebagai pelakon. Jiwa saya terlalu kuat dalam bidang ini, cuma terlalu banyak halangan yang datang menyebabkan saya melupakan seketika nyanyian dan terpaksa berlakon.

    "Tapi selepas mendapat tawaran dari label Lakefront Records Sdn Bhd, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada," ujarnya yang memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 2007 bersama kumpulan trio anak gadis yang digelar Luscious.

    Menurut Nadia, setelah tiga tahun meninggalkan nyanyian dan aktif menerima tawaran berlakon, dia pasti keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat dirinya.

    "Kedua dua bidang ini memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi ini tidak bermakna saya meninggalkan terus bidang lakonan," katanya.

    Album yang memuatkan 10 buah lagu masing-masing tujuh buah lagu berbahasa Inggeris dan tiga buah lagu berbahasa Malaysia akan dipasarkan pada hujung bulan ini.

    Dengan mempertaruhkan single sulungnya, D.I.V.A. yang dicipta oleh Daniel Veerapendan dan Nadia sendiri serta lirik oleh Bahri Uma, dia optimis untuk mengorak langkah sehingga ke peringkat antarabangsa.

    "Kami merancang untuk memasarkan album ini ke luar negara, sebab itu tujuh daripada lagu adalah berbahasa Inggeris.

    "Buat masa ini single pertama D.I.V.A akan dipromo dahulu. Malah mereka yang telah mendengar lagu ini memberikan maklum balas yang positif," katanya.

    Nadia pernah membintangi dua buah teater muzikal, Puteri Gunung Ledang dan Muzikal P. Ramlee dan beberapa buah drama tempatan seperti Amil Amelda, Sindarela, Merah Putih dan Tari Tirana.

    Pelakon Awan Dania 3 Kongsi Rasa

    Posted: 09 Dec 2010 07:05 PM PST

    Scha membawa watak utama bernama Dania.

    PETALING JAYA: Pelakon drama Awan Dania musim ketiga berkongsi rasa dan pengalaman sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut.

    Berbeza dengan dua musim terdahulu, Scha akui watak Dania dalam musim ketiga ini semakin matang dan tidak 'blur' lagi.

    "Saya bertugas sebagai pramugari pesawat peribadi mewah yang dimiliki oleh syarikat D'nest. Kali ini, saya perlu melayan kerenah penumpang yang terdiri daripada orang kaya dan kenamaan.

    Zed Zaidi memegang watak Kapten Iman di samping Scha ketika menjalani penggambaran di Perth.

    "Secara fizikalnya, Dania tetap sama seperti dulu, kadangkala kekok dengan kerja di tempat baru tetapi pengalaman dahulu banyak mendewasakan dirinya dan menjadi lebih lemah-lembut. Jika sebelum ini, Dania masih tercari-cari kerja yang bersesuaian dengan dirinya tetapi kali ini dia sudah menyukai karier pramugari ," katanya yang turut berasa seronok pertama kali dapat merasai pengalaman menaiki pesawat peribadi.

    Scha yang juga pertama kali berkunjung ke Perth, Australia untuk penggambaran Awan Dania 3 pada 20 hingga 29 November lalu akui menyukai keramahan penduduk dan kelainan cuaca di negara kangaru itu.

    "Dengan cuacanya yang kadangkala sejuk dan panas di Perth membuatkan saya rasa selesa dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi penduduk di sini seperti mengalu-alu kedatangan kami.

    "Apabila pulang ke Kuala Lumpur, pasti saya merindui makanan laut seperti 'Fish and Chip' yang sangat sedap di Fremantle, pemandangan indah di Kings Park serta keunikan seni bina bangunan-bangunan di Bandaraya Perth.

    "Selain itu, kerjasama semua pihak dalam produksi dengan bantuan pihak Pelancongan Australia Barat dan Pelancongan Australia melakukan kerja masing-masing dengan baik sekaligus membantu melicinkan penggambaran," ujarnya yang pernah bekerja sebagai pramugari AirAsia.

    Jehan Miskin dan Gambit Saifullah turut berlakon dalam Awan Dania 3.

    Sementara itu, aktor Zed Zaidi merasa tenang apabila dapat berlakon sambil berjalan-jalan di luar negara.

    Bercerita sedikit tentang karakter Zed dalam drama 26 episod ini, dia melakonkan watak Kapten Iman iaitu seorang juruterbang pesawat peribadi yang kelakar dan periang.

    "Sambil syuting, saya sempat membeli-belah. Jadi, tak terikat dengan kerja sangat. Saya pula jenis yang suka berjalan-jalan dan boleh sesuaikan diri dengan tempat baru. Sekarang, saya dah tahu tempat-tempat menarik di sini dalam masa beberapa hari berada di sini," katanya yang menyukai keunikan Bell Tower dan pemandangan tepi laut di Fremantle dan Swan River yang menjadi tempat persinggahan bot-bot iaitu antara tarikan di Perth.

    Selain itu, kemunculan watak baru lakonan Memey Suhaiza, Marsha Londoh, Zed Zaidi dan Gambit Saifullah serta penggambaran di luar negara iaitu Korea, Australia dan Bali pastinya memberikan kesegaran kepada drama yang disiarkan pada setiap Isnin, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) ini.

    Gara-Gara Tuntut RM40,000 Tawaran Terhadap Zizan Nin Dibatal

    Posted: 09 Dec 2010 07:04 PM PST

    Zizan Nin

    KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Nin tidak ditawarkan menyertai pementasan teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim kedua selepas pihak pengurusannya dikatakan menuntut bayaran yang tidak munasabah iaitu sebanyak RM40,000 untuk membawa watak mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Penerbit teater muzikal itu, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya terkejut apabila syarikat pengurusan artis tersebut, Aquila Emas, meminta bayaran sedemikian yang disifatkan sebagai keterlaluan.

    "Bayaran sebanyak itu memang tidak logik sedangkan pelakon-pelakon lain yang lebih berpengalaman daripadanya tidak pernah meminta bayaran sebanyak itu," katanya kepada pemberita pada majlis sidang media pementasan MTM, di Istana Budaya, Khamis.

    Menurutnya, pada pertemuan pertama diantara pihaknya dengan Zizan, pelakon berkenaan bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

    Bagaimanapun pada sesi kedua pertemuan yang dilakukan dengan pihak pengurusan Zizan pula, mereka meminta bayaran sehingga RM40,000.

    Katanya, pada kebiasaan pementasan teater untuk kali kedua, pelakon akan dibayar dengan jumlah kurang daripada pementasan pertama kerana tempoh latihan yang lebih pendek.

    Pementasan MTM2 akan menjadi lebih hebat berbanding sebelumnya.

    "Masa perbincangan kali kedua, pihak kami memberitahu untuk mengurangkan bayaran kepada Zizan sebanyak RM3,000 kerana dia tidak perlu menjalani latihan tiga bulan seperti sebelum ini sebaliknya hanya perlu berlatih dalam masa 30 hari sahaja.

    "Disebabkan kami masih memerlukan khidmat Zizan, pihak produksi akur dan tetap menawarkan harga yang sama seperti musim pertama tetapi pihak Zizan tetap berkeras untuk mendapat harga yang diminta.

    "Apabila jadi macam ni, kami agak kesal. Kami sayangkan Zizan kerana dia seorang yang komited dengan kerjanya. Malah dia antara pelakon yang hadir ke sesi latihan paling awal sebelum ini.

    "Permintaan daripada pihak pengurusannya benar-benar mengejutkan kami," ujarnya yang sedang mencari pelakon sesuai untuk menggantikan Zizan.

    Sementara itu, pemegang watak utama Tun Dr. Siti Hasmah, Erra Fazira juga tidak dapat menjayakan MTM2 kerana mempunyai komitmen lain serta jadual kerja yang padat.

    MTM musim kedua akan dipentaskan pada 21 hingga 30 Januari 2011 di Panggung Sari Istana Budaya dengan kerjasama Istana Budaya, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sementara CTRA Production sebagai penerbitnya.

    Misha Omar, Diana Johor dan Esma Daniel.

    Pementasan semula MTM2 menjadi teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh masa yang singkat.

    Beritahu Rohayah, keputusan mementaskan semula teater tersebut kerana respons yang diberikan daripada penonton dan keinginan Tun Mahathir sendiri untuk menyaksikan teater itu memandangkan dia tidak berkesempatan menonton pada pementasan pertama.

    "Saya telah mendapat keizinan daripada Tun sendiri untuk mementaskan semula teater ini dan dia memberi keizinan melalui surat yang diberikan pada 29 Oktober lalu iaitu 20 hari selepas pementasan pertama MTM.

    "Dalam pada itu, pihak kami akan meneliti semula skrip dan akan memendekkan babak-babak yang tidak diperlukan," katanya.

    Antara pelakon yang terlibat ialah Esma Daniel, Misha Omar, Datuk Jalaluddin Hassan, Diana Johor dan AC Mizal.

    Anggap Diri Sudah Tua, Anang Nikah Tahun Depan

    Posted: 09 Dec 2010 07:03 PM PST

    SETELAH bercerai dengan penyanyi Krisdayanti, komposer dan penyanyi Anang Hermansyah berhasrat untuk mempunyai teman hidup semula. Dia memberitahu akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun depan.

    "Insya-Allah, Ramadan tahun depan iaitu pada bulan Ogos, saya akan bernikah dan mempunyai pasangan hidup semula. Tapi saya belum tahu dengan siapa," ujarnya seperti dipetik KapanLagi.com.

    Sebelum ini, Anang sudah memberitahu untuk bernikah dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun menurut lelaki ini dia masih belum bertemu calon yang sesuai.

    "Ya saya memang mensasarkan untuk nikah secepatnya. Saya sudah tua, saya mahu sebuah keluarga yang sempurna dan dapat menjaga anak-anak saya dengan baik.

    Dalam pada itu, bekas isterinya, Krisdayanti dikatakan akan mengakhiri zaman janda dengan jutawan Timor Leste, Raul Lamos dalam masa terdekat ini.

    Anang juga seringkali dikaitkan dengan beberapa artis popular Indonesia dan yang terbaru ialah rakan duetnya Syahrini.

    Kerana Pendiam, Afgan Pilih Watak Agresif

    Posted: 09 Dec 2010 06:59 PM PST

    PENYANYI Indonesia, Afgan sememangnya dikenali sebagai seorang yang pendiam.

    Oleh itu dia memilih untuk melakonkan watak seorang lelaki yang agrasif dan banyak cakap.

    "Saya sangat teringin untuk bawa watak yang bukan pendiam, aktif, gila-gila dan cerewet. Ia sangat bertentangan dengan karekter saya," ujar Afgan.

    Biarpun popular sebagai penyanyi, artis ini mengakui semakin menyukai bidang lakonan. "Saya terima tawaran berlakon kerana saya jatuh cinta dengan watak dan jalan cerita filem tersebut. Lebih mengembirakan bila lakonan saya diterima oleh peminat dan penonton.

    "Saya masih mengutamakan bidang nyanyian, namun jika ditawarkan untuk berlakon dan mendapat watak yang baik, apa salahnya saya mencuba," ujarnya.

    Bagaimanapun Afgan mengakui masih mempelajari secara mendalam bidang lakonan ini.

    Tiga hero muda

    Posted: 09 Dec 2010 06:59 PM PST




    GELAGATNYA yang mudah mesra, ceria dan tidak sombong jelas tersirna pada sesi fotografi eksklusif Kosmo! di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini. Biarpun namanya terlebih dahulu dikenali umum, pelakon kacak dan sasa, Fizo Omar tidak seperti sesetengah artis popular yang enggan digandingkan dalam sesi fotografi bersama artis-artis yang kurang dikenali.

    Malah, sepanjang sesi fotografi menggandingkan dirinya bersama pelakon Aeril Zafrel dan Sharnaaz Basir Ahmad, Fizo kelihatan tidak kekok, malah selesa dan begitu profesional.

    Anak kelahiran Kelantan yang sudah berkecimpung dalam dunia seni selama tiga tahun itu juga sebenarnya masih baru. Namun berbanding Aeril dan Sharnaaz, dia sudah terlebih dahulu membina nama dan tapak yang kukuh dalam dunia seni tanah air.

    Sementelah, pendedahan dirinya menerusi drama-drama tempatan lakonannya membuatkan dirinya kini dikenali ramai.

    "Bagi saya, artis baru dan lama sama sahaja. Kadangkala, artis baru yang lebih dikenali daripada yang lama. Kita sama-sama berada dalam industri ini. Jadi, mengapa perlu ada perasaan (sombong) begitu," tuturnya dengan nada tenang.

    Berceloteh mengenai pengalaman awal bergelar pelakon, bicara Fizo, dia teruja melihat artis-artis terkenal yang sering ditontonnya di kaca televisyen seperti Fahrin Ahmad, Rita Rudaini dan lain-lain.

    Perasaan gementar dan menggigil sentiasa menemani pemuda itu apabila berlakon di samping pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya.


    SHARNAAZ, Fizo dan Aeril ialah generasi pelapis aktor tanah air.


    "Melihat artis terkenal di depan mata ia membuatkan saya gementar dan takut untuk berlakon. Perasaan itu muncul kerana sebagai pendatang baru, saya takut dimarahi. Itu hanyalah perasaan saya sendiri, padahal mereka semuanya baik belaka dan banyak membantu," akuinya mengenang semula kenangan ketika mula-mula berlakon dulu.

    Ketua Lipas

    Baru berusia 25 tahun, Fizo bagaimanapun mempunyai prinsip dirinya sendiri untuk maju ke hadapan dalam karier yang dibinanya itu.

    "Jika kita bawa diri dengan cara yang baik, maka baiklah orang di sekeliling kita dan begitu jugalah sebaliknya. Jika kita mahu orang lain sukakan kita, kita harus sukakan orang lain dahulu. Itu prinsip saya sebenarnya selama ini," jelas Fizo lagi.

    Menurutnya, individu yang ingin berjaya harus mempunyai sasaran dalam apa jua bidang yang dilakukannya. "Saya harap sebelum umur mencapai 30 tahun, saya sudah menggondol anugerah yang mengiktiraf saya sebagai pelakon yang dihormati dan disegani ramai," bicaranya.

    Melangkah setapak dalam karier lakonan, Fizo bakal menunjukkan bakat di pentas pementasan menerusi teater Siti Di Alam Fantasi yang bakal berlansung bermula 20 Disember ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Bergandingan dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem ke-22, Liyana Jasmay, Fizo menegaskan dia berasa gembira dan bersyukur diberi peluang untuk melibatkan diri dalam teater.

    "Tidak dinafikan berlakon teater lebih sukar berbanding filem dan drama, tetapi saya berasa gembira kerana diberi kepercayaan.

    "Ia juga pengalaman baru bagi saya dan melalui teater saya mendapat kepuasan yang lain daripada lakonan drama atau filem," ujarnya.

    Menceritakan mengenai karakter lakonan dalam Siti Di Alam Fantasi, Fizo memberitahu, dia diberi kepercayaan untuk memegang bukan satu, malah dua watak iaitu sebagai Ketua Lipas dan Putera Raja.

    Fizo tidak menafikan bahawa pementasan teater tersebut sememangnya menguji keberanian dirinya untuk menyanyi dan menari secara langsung di depan penonton.

    "Ini kali pertama saya menyanyi dan menari di khalayak ramai. Secara tidak langsung, ia juga menguji keberanian saya.

    "Tambahan pula membuat persembahan di Istana Budaya yang merupakan satu tempat yang berprestij untuk lakonan teater," tambah anak kacukan Melayu, Arab dan Siam itu.

    Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui selama ini, dia sememangnya meminati teater, tetapi tidak berkesempatan berlakon teater kerana sibuk dengan jadual lakonan drama.

    "Jadi, semasa diberi tawaran untuk Siti Di Alam Fantasi, saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon drama," ungkap pemegang Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis itu.

    Selain teater, Fizo juga bakal muncul menerusi filem Hello arahan A.R Badul. Menerusi filem itu, dia bakal bergandingan dengan pendatang baru, Dayana yang dicungkil bakatnya melalui program realiti Anak Wayang.

    Filem romantik komedi yang juga menampilkan Angah, Along dan Tauke dari program Raja Lawak itu akan menampilkan Fizo untuk watak utama iaitu sebagai Dr. Syafiq.

    Aeril dampingi Lisa Surihani

    Siapa yang kenal Sudin pasti kenal siapa Aeril Zafrel. Itulah karakter lakonan Aeril dalam filem yang sedang hangat diputarkan di pawagam saat ini, Aku Tak Bodoh.


    TRIVIA AERIL ZAFRIL: Ketika dia terlibat dengan penggambaran sebuah babak sedih dalam filem Aku Tak Bodoh, dia telah kehilangan bapa kandungnya yang pulang ke rahmatullah.


    Walaupun bukan karakter utama, namun watak pelajar sekolah yang mempunyai masalah disiplin dan seorang kaki pukul serta bermasalah dengan bapanya berjaya menonjolkan bakat lakonan Aeril.

    Apa yang mencabar kewibawaannya sebagai pelakon baru menerusi filem Aku Tak Bodoh itu ialah dia perlu pandai bermain dengan emosi dan juga ada di antara aksi-aksi pergaduhan yang dilakukannya sendiri.

    "Bukan sekadar itu, dalam satu babak saya perlu mengeluarkan air mata. Saya perlu lakonkannya dengan penuh beremosi supaya watak yang dibawa berkesan," ujar anak muda berusia 22 tahun itu.

    Aeril berpendapat Aku Tak Bodoh dapat menarik golongan remaja untuk menonton filem itu kerana penceritaannya lebih berkisar kepada realiti remaja kini.

    Bicaranya lagi, Aku Tak Bodoh dapat menyumbang 1001 pengajaran kepada semua golongan masyarakat memandangkan ia adalah sebuah filem yang berkisar mengenai isu semasa kekeluargaan.

    Sebenarnya, Aeril bukan pendatang baru tetapi seperti juga Fizo, dia sebenarnya sudah tiga tahun menceburi bidang lakonan. Cuma dia tidak seperti Fizo yang telah menyerlah namanya terlebih dahulu.

    Pemilik nama sebenar Suhairil Sunari itu pernah muncul di layar kaca menerusi drama Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi dan Senja Permai. Menerusi drama 13 episod arahan Hasyim Rejab berjudul Klik yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ceria tidak lama lagi turut menggandingkan Aeril bersama pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Lisa Surihani.

    Sharnaaz selesa bersama Scha

    Dia dihalang daripada menjadi pelakon. Itu kisah silam Sharnaaz Basir Ahmad. Pertama kali dia menyatakan hasrat untuk menceburi bidang lakonan, Sharnaaz dihalang oleh bapanya yang juga pernah berkecimpung dalam bidang muzik.

    Akur dengan kehendak bapanya, Sharnaaz menceburkan diri dalam pelbagai bidang yang jauh tersimpang daripada minatnya itu.

    "Apabila bapa tidak benarkan saya menceburi industri seni, saya pergi ke bidang lain. Antaranya bidang perbankan, gas asli dan jual beli hartanah.

    "Kesemua kerja yang pernah saya lakukan sebelum ini, saya terasa seperti tidak pernah puas dan seperti kekurangan sesuatu," ujar anak muda kelahiran Pulau Pinang itu.

    Bagi empunya diri yang menganggap Tan Sri P. Ramlee sebagai idolanya, pembabitan dirinya ke alam seni adalah seperti satu kepuasan. Sharnaaz mula mempersembahkan lakonannya kepada umum melalui drama bersiri Tari Tirana (2009) yang telah disiar di saluran TV3.

    Antara drama dan filem yang akan dilayarkan di kaca TV lakonannya nanti ialah Anak Rintik Mendongak Ke Langit, Berselindung Di Sebalik Kaabah, KL Rock and Roll, Kita Musim Kedua dan Mimi Mencari Cinta.

    Berbicara mengenai keserasian bergandingan bersama Scha Al-Yahya selama dua musim di dalam drama bersiri K.I.T.A pula, ujar Sharnaaz, dia sangat selesa berlakon bersama aktres cantik itu.


    TRIVIA FIZO: Dia sebenarnya ialah pemain bola sepak profesional sehingga berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.


    "Saya selesa bergandingan dengan Scha kerana kami sama-sama dari Utara, dan sebagai orang Utara, cara gurauan kami agak kasar dan Scha tidak kisah. Mungkin itu juga sebabnya saya berasa senang ketika digandingkan bersama Scha," tambah pemuda berumur 25 tahun itu.

    Apa yang menarik tentang pemuda berkelulusan Ijazah Logistik dari Kolej Olympia itu ialah dia menganggap segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang pelakon adalah perkara yang menyeronokkan.

    "Saya tidak mahu anggap itu sebagai cabaran tetapi saya gelarkan ia 'keseronokan' melakonkan watak-watak yang mencabar itu," ujarnya lagi.

    Menurutnya, watak yang paling seronok dilakonkannya ialah sebagai Inspektor Arshad dalam drama Pasukan Gerakan Marin yang kini ditayangkan di TV9, selain filem Seru.

    "Filem Seru memerlukan saya menganggap kamera sebagai teman saya dan perlu bercakap dengannya.

    "Bagi saya, itu adalah perkara agak sukar kerana kamera adalah suatu objek yang tidak bernyawa. Jika bersama pelakon, boleh juga saya hayati emosi bersama mereka," katanya sambil ketawa kecil.

    Seru merupakan filem pertama lakonannya yang bergenre seram. Sharnaaz memegang watak utama sebagai seorang jurukamera yang menjadi satu-satunya watak yang berjaya terus hidup sehingga penghujung filem.

    Klinik 1Malaysia di pedalaman

    Posted: 09 Dec 2010 06:58 PM PST


    NAJIB melambai tangan ke arah orang ramai sebaik turun dari bas Klinik Bergerak 1Malaysia di Kampung Orang Asli Pos Raya, Gopeng semalam.


    IPOH - Klinik Bergerak 1Malaysia akan memberi kemudahan rawatan percuma kepada penduduk di pedalaman yang belum mendapat kemudahan sepenuhnya di klinik-klinik bergerak yang dikendalikan Kementerian Kesihatan sebelum ini.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep itu diperkenalkan bagi memastikan 25 peratus lagi kawasan pedalaman seluruh negara yang berada di luar lingkungan 25 kilometer dari pusat perubatan dan kesihatan terdekat menikmati kemudahan kesihatan.

    Katanya, konsep klinik bergerak sudah disediakan Kementerian Kesihatan sebelum ini dengan 171 buah klinik udara, air dan darat iaitu 60 buah di Semenanjung, 13 di Sabah dan 98 di Sarawak yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1,600 buah kampung pedalaman.

    "Klinik Bergerak 1Malaysia adalah perkongsian antara Yayasan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) dengan Kementerian Kesihatan. IMDB menyediakan bas manakala kementerian menyediakan doktor dan perubatan," katanya ketika melancarkan Klinik Bergerak 1Malaysia di Kampung Orang Asli Pos Raya, Gopeng dekat sini semalam.

    David Teo berpuas hati

    Posted: 09 Dec 2010 06:57 PM PST


    DAVID TEO bersama barisan karyawan drama Takut Bini Sayang Suami.


    KEJAYAAN drama bersiri Metrowealth Movies Production (MMP), Siti Kelembai yang ditayangkan di slot Lagenda tidak dapat dinafikan lagi berdasarkan kenaikan rating di saluran TV3 sepanjang siarannya.

    Sehubungan itu, MMP sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan sebuah lagi drama bersiri yang bermatlamat untuk meraih rating yang tinggi berjudul Takut Bini Sayang Suami yang sedang ditayangkan di saluran TV9, pukul 9 hingga 9.30 malam.

    Takut Bini Sayang Suami menampilkan Zul Yahya dan Putri Mardiana yang memegang watak utama sebagai pasangan suami isteri yang berlainan 'darjat', yang mana si suami berpangkat rendah dan si isteri pula berpangkat tinggi dalam kerjaya masing-masing.

    Drama genre komedi kekeluargaan ini diserap dengan pengajaran berserta emosi dalam percintaan dan kekeluargaan masyarakat dalam menangani kehidupan di kota metropolitan.

    Mengenai penceritaan Takut Bini Sayang Suami, ia adalah sebuah drama yang menonjolkan masalah biasa keluarga yang mempunyai masalah dalaman akan tetapi sebelum ini ia kurang ditonjolkan drama atau filem.

    Walaupun judulnya seperti biasa didengari di mana-mana filem atau drama, namun Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo menjelaskan MIG menampilkan koleksi penceritaan yang eksklusif dari segi perjalanan ceritanya.

    Skrip, konsep, judul dan penceritaan, kesemua gabungan mantap itu dihasilkan oleh panel MIG sendiri. "Ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Bagi saya, ini juga adalah salah satu cara untuk menggilap bakat kanak-kanak.

    "Konsep kekeluargaan yang ditampilkan dalam drama ini juga bersesuaian dengan konsep TV9 sendiri," ujar David.

    Projek drama itu merupakan kali pertama gabungan MMP bersama pengarah berbakat Along Kamaruddin untuk penghasilan drama.

    "Saya sentiasa beri peluang kepada pengarah muda atau yang berpengalaman bekerjasama dengan syarikat produksi kami," ujarnya.

    Kini setelah dua tahun aktif menghasilkan drama-drama untuk siaran TV, David berpuas hati dengan perkembangannya. "Kebanyakan drama hasil terbitan MIG akan berada dalam senarai Top 5 drama paling tinggi jumlah penonton.

    "Gabungan antara pengarah berpengalaman dan baru juga boleh mencetuskan fenomena dalam sesebuah pembikinan filem atau drama," ujarnya.

    Ashton luahkan cinta di Internet

    Posted: 09 Dec 2010 06:56 PM PST


    ASHTON KUTCHER (kiri) dan Demi Moore.


    AKTOR kacak, Ashton Kutcher lebih senang untuk menunjukkan cintanya kepada pasangannya, Demi Moore di Internet.

    Ashton yang berusia 32 tahun yang berkahwin Demi, 48, pada September 2005 menganggap menghantar mesej cinta menggunakan rangkaian sosial di Internet tiada bezanya dengan menghantar bunga di tempat kerja.

    Katanya: "Menghantar mesej cinta di Twitter atau Facebook adalah sesuatu yang menyeronokkan, dengan kata lain cara itu sama seperti menghantar bunga ke pejabatnya. Saya menghantar mesej untuk semua orang lihat, siapa yang suka perhatian umum?"

    Bagaimanapun, Ashton yang dikenali kerana gemar menunjukkan cintanya di laman sosial mengaku yang dia akan menghantar mesej kepada isterinya meskipun mereka duduk sebelah menyebelah.

    Dalam pada itu, Ashton turut berpesan kepada orang ramai supaya berhati-heti ketika meluahkan sesuatu di laman sosial mereka.

    "Ingatlah, apa sahaja mesej yang anda hantar di laman sosial, mesej itu akan kekal sampai bila-bila," katanya.

    Meskipun Ashton suka meluahkan cinta di Internet tetapi dia juga mengaku bahawa komputer tidak sesuai untuk hubungan manusia.

    "Apabila seseorang memerlukan kita, dia perlukan kehadiran kita, bukan satu mesej. Tiada mesej yang boleh menggantikan sentuhan kasih sayang apabila orang yang kita sayangi sedang bersedih," ujarnya.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS