Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


K-Pop : G-Dragon Lancarkan MV Rasmi “Crayon”, Swag Habis!

Posted: 17 Sep 2012 11:12 PM PDT

Sudah lama kiranya OHBULAN! tidak sajikan anda dengan perkembangan terbaru K-Pop kan?

Terbaru dari G-Dragon yang juga merupakan ketua kumpulan muzik K-Pop, Big Bang, telah melancarkan satu lagi muzik video rasminya yang berjudul 'Crayon'.

Video berdurasi 3.45 minit ini benar-benar melambangkan identiti G-Dragon selain tajuknya yang diambil melalui kombinasi 'Crazy+ G-Dragon'. Apa yang pasti, OHBULAN! sukakan bait liriknya yang tidak ubah seperti The Joker iaitu "Why so serious?".

Jom tonton muzik videi 'Crayon' selepas ini!

Adda, Bekas Kekasih Mamat Sepah Belajar Dari Kesilapan

Posted: 17 Sep 2012 10:55 PM PDT

Pada bulan Jun lalu, bekas kekasih Mamat Sepah yang dikenali sebagai Adda Butterfly telah menimbulkan satu kontroversi panas apabila dia hanya berkahwin untuk tempoh 17 hari sahaja bersama bekas suaminya Ridzuan Mohammad.

Namun begitu, sewaktu bertemu di majlis Tayangan Filem "Sofazr The Movie Jiwa Kacau" semalam, Adda memaklumkan kepada OHBULAN! dia tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi dengan perkahwinannya sebelum ini. Malah, dia tidak takut untuk mendekati mana-mana lelaki, cuma kali ini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Adda tak menyesal dengan apa yang terjadi sebelum ini. Orang memang boleh menilai kita macam mana, sebab yang tanggungnya Adda. Memanglah sebagai artis semua orang nak tahu pasal kita dari A sampai Z, sampaikan hal peribadi pun mereka nak tahu. Jadi, Adda tak salahkan sesiapa" Ujar Adda dengan sopan.

Selain itu, Adda turut akui yang kini dirinya tidak mahu tergesa-gesa untuk memikirkan hal perkahwinan. Kalau boleh, dia ingin mengenal hati dan perasaan seseorang itu terlebih dahulu dan berserah segalanya pada takdir dan jodoh untuk menentukan segalanya.

Merujuk kepada ciri-ciri lelaki pilihan, Adda memaklumkan yang dia lebih fokus kepada lelaki yang memiliki sifat bertanggungjawab dan mampu menjaga dirinya dengan baik.

"Ciri-ciri lelaki pilihan Adda, paling penting adalah dia seorang yang bertanggungjawab. Pasal umur dan rupa paras Adda tak kisah."

"Bila dah kahwin, Adda baru tahu yang tanggungjawab itu penting dalam sesuatu perhubungan. Ini kerana, sebagai ketua keluarga, dia haruslah pandai menjaga keluarganya sendiri. Tapi Adda tak salahkan bekas suami yang sebelum ini, sebab masing-masing ada buat kesilapan. Lagipun dah tak ada jodoh, Adda terima semuanya dan belajar daripada kesilapan," akui Adda dengan tenang.

Untuk perkembangan terbaru, Adda telah keluarkan lagu untuk single terbarunya berjudul "Lelaki Pilihan" featuring dengan Cat Farish, Joe Farizal dan Beeru. Album ini telah berada di pasaran sejak bulan Julai yang lalu. Manakala untuk filem lakonan Adda, "Sofazr The Movie Jiwa Kacau" akan mula ditayangkan di pawagam mulai 27 September ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Amy Mastura di Pelancaran Infinity KOSE Prestigious

Posted: 17 Sep 2012 10:36 PM PDT

Gambar Amy Mastura di Pelancaran

Jam 3 petang semalam, Budiey bergegas ke Majlis Pelancaran Produk Terbaru iaitu Infinity Prestigious yang diadakan di Concourse, Suria KLCC. Walaupun letih belum hilang setelah 3 hari ke Johor Bahru untuk trip ke , namun Budiey tetap bersemangat untuk bertemu mata dengan penyanyi terkenal Amy Mastura.

Rasanya, umum dah tahu, Amy Mastura telah dilantik menjadi duta produk Kose. Kini, Kose telah melancarkan produk terbaru yang lebih berkesan untuk merawat kulit wajah supaya menjadi lebih anjal dan muda seperti Amy Mastura.

Di majlis yang turut menjemput peminat setia Amy Mastura ini, penyanyi manis ini menyanyikan dua buah lagu berjudul Happy dan single terbarunya, Itu Dulu.

Amy berkata dia bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sudi mengambilnya menjadi juru cakap produk masing-masing.

Walaupun mengakui tahap popularitinya di tahap sederhana, namun Amy Mastura sangat bertuah kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta dan jurucakap produk.

Menurut Amy Mastura, kepercayaan yang diberikan itu digunakan dengan sebaik-baiknya agar jenama yang diwakilinya itu mendapat perhatian.

"Saya selesa menjadi duta produk dan sentiasa terbuka dengan tawaran yang datang kerana itu bukti kepercayaan orang terhadap kita. Bagaimanapun pada usia begini saya perlu memilih tawaran yang datang supaya sesuai dengan status saya sebagai isteri dan ibu."

Mengulas pembaharuan kontraknya bersama Kose, Amy memberitahu kerjasama itu berterusan atas persefahaman mereka yang baik selama ini.

"Produk ini juga sangat serasi dengan saya dan saya tiada masalah untuk meneruskan usaha sama bersama mereka.

Dalam perkembangan lain, Amy berkata dia bakal muncul dengan single terbaru iaitu Itu Dulu ciptaan . Video masa Amy Mastura buat persembahan akan Budiey upload dalam Youtube dalam masa terdekat.

Tahniah buat Amy Mastura!

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Sekitar Tayangan Perdana Sitkom Terbaru Small Mission Enterprise

Posted: 17 Sep 2012 07:08 PM PDT

Misi Kecil, Hiburan Terbaik Small Mission Enterprise (SME)
Tayangan perdana Sitkom terbaru Small Mission Enterprise (S.M.E) di Kuala Lumpur

Dalam menggalakan lebih ramai anak muda menceburi bidang perniagaan dengan dimulakan secara kecil-kecilan, stesen TV NTV7 (saluran 107) menggunakan pendekatan komedi dengan penerbitan komedi bersiri komedi Small Mission Enterprise atau S.M.E.

Bakal ditayangkan buat pertama kalinya bermula 4 Oktober ini, S.M.E. dapat ditonton pada setiap Khamis, jam 9 malam. Sitkom ini diarahkan oleh pelakon serta pengarah sitcom komedi terhandal tempatan, Douglas Lim.

Small Mission Enterprise

Lebih istimewa lagi, sitkom bersiri 13 episod ini dibintangi barisan pelakon muda berbakat besar seperti, , , , Ruzana Ibrahim, Adibah Noor, serta Chelsia Ng.

Apa yang pasti, sitkom berkenaan akan mampu membuatkan penonton tertawa, selain meningkatkan kesedaran mengenai cabaran yang harus ditempuhi golongan usahawan, sama ada perniagaan keluarga, kedai jahit ataupun kafe pastri.

Tayangan perdana sitkom menghiburkan ini diadakan di , Pavilion hari ini dengan dihadiri ratusan tetamu seperti pelakon utama, pengarah, pihak penaja serta pihak media tempatan.

Pengarah S.M.E. Douglas Lim berkata, sitkom arahannya itu nanti akan memberi penghargaan kepada para usahawan yang mempunyai daya semangat jitu serta kesungguhan dalam membina perushaan sendiri.

"Ini merupakan kali pertama kami menghasilkan sebuah sitkom dari sudut perniagaan dan pastinya saya berasa amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini.

"Cabaran utama bagi merealisasikan sitkom ini adalah bagaimana untuk menerapkan nilai pendidikan tanpa membuatkan penonton berasa bosan. Ia haruslah kelakar namun mengekalkan relevannya dari sudut intelektual," katanya.

S.M.E. buat pertama kalinya telah ditayangkan secara khas dalam sebuah majlis berbuka puasa pada Ogos lalu dengan penayangan beberapa babak melucukan.
Tetamu telah dipertontonkan dengan beberapa adegan mencuit hati bagaimana setiap watak melalui pelbagai cabaran serta ujian dalam perjalanan mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALAYSIA SME®, Wayne Lim dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan penerbitan sitkom berkenaan dan diharapkan ianya dapat menjadi sumber inpirasi supaya lebih ramai anak muda menyertai bidang perniagaan kecil mahupun sederhana.

"Diharap dengan pendekatan yang bewarna-warni dan unsur jenaka yang sampaikan oleh setiap pelakon akan memberi lebih keriangan kepada seisi keluarga untuk menikmatinya," kata Wayne.

Setiap minggu, S.M.E. menampilkan tema berbeza dengan menggunakan plot menarik yang mempunyai hubung kait dalam pelbagai situasi serta dilema menjalani perniagaan sehingga bertemu dengan jalan penyelesaian.

Bermula dengan babak mendaftarkan perniagaan, pencarian lokasi, risiko pengurusan, pengautomasian pejabat, sumber manusia, cukai dan beberapa isu penting yang diolahkan dalam adegan cukup menggelikan hati.

Pelakon kemudiannya menyertai Wayne Lim, Douglas Lim, David Ng dari DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd, Melvyn Ho dari Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd dan Emmanuel Nivet dari AXA Affin General Insurance Berhad untuk sesi fotografi.

Penaja bersama majlis berkenaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Syarikat Suruhanjaya Malaysia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, Oris Watch dan Sage Software Sdn Bhd.

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Latar belakang Small Mission Enterprise (S.M.E.)
S.M.E. merupakan siri sitkom kemedi pertama di Malaysia yang mengetengahkan tema perusahaan besar dan juga sederhana, menceritakan gelagat tiga sekawan menceburi bidang perusahaan perniagaan bagi mengubah jalan hidup mereka. Mohan lakonan Ash Nair menyahut cabaran meluaskan perniagaan alat tulis keluarganya yang dimiliki bapanya Kumar (Indi Nadarajah). Sementara itu Zam lakonan Baki Zainal pula menjalani perusahaan menjahit pakaiannya sendiri yang dimiliki oleh ibu saudaranya, Cik Aminah (Adibah Noor).
Manakala watak Jose lakonan Alvin Wong merupakan penganggur yang bercita-cita ingin membuka kafe rotinya bagi merealisasikan minat yang mendalam dalam dunia pembuatan kek dan pastry. Turut mengetengahkan watak Lydia lakonan Ruzana Ibrahim yang merupakan isteri kepada Zam dan Michelle (Chelsia Ng) seorang agen insuran iaitu kekasih setia kepada Jose yang sering membantu buah hatinya itu bila dalam situasi sukar. Sitkom akan mempamerkan pelbagai cabaran yang biasanya dihadapi di dalam perusahaan kecil dan sederhana dengan menggunakan pendekatan cukup mencuit hati hasil lakonan berkesan Mohan, Zam dan juga Jose. Setiap minggu, sitkom akan mempamerkan plot dengan tema berbeza berhadapan dengan pelbagai dilema dalam mengharungi perusahaan kecil dan juga sederhana. Bermula dengan babak mendaftarkan perniagaan, pencarian lokasi, risiko pengurusan, pengautomasian pejabat, sumber manusia, cukai dan beberapa isu penting yang diolahkan dalam adegan cukup menggelikan hati. Kepelbagaian tema mingguan dalam sitkom ini meliputi unsur komedi, setia kawan dan semangat tidak putus asa yang akan menjadi bukti bagi kejayaan bagi setiap usaha. Secara keseluruhan, sitkom ini bukan sahaja mahu mempamerkan tentang kepayahan serta cabaran menjalani perniagaan, malahan juga memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keberanian untuk bergelar usahawan yang berjaya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Jadi Host, Eva Longoria Pamer Kemolekan Tubuh

Posted: 17 Sep 2012 09:00 PM PDT

MEMILIKI tubuh yang seksi dan indah rupanya tak disia-siakan oleh Eva Longoria. Wanita cantik ini pun memamerkan kemolekan tubuhnya saat menjadi host pada sebuah acara penghargaan.

Tubuh yang indah dan seksi sudah menjadi ciri khas dari Eva Longoria. Meski bertubuh mungil, wanita berdarah Latin ini tetap percaya diri dengan bentuk tubuhnya tersebut. Keindahan tubuh itu juga menjadi sajian khusus kala dirinya menjadi pembawa acara NCLR ALMA Awards 2012.
 
Bintang 38 tahun ini mengenakan strapless dress berwarna hitam transparan dengan siluet seksi di bahagian bokongnya.
 
Tampilan tersebut benar-benar hanya mengekspos keindahan tubuh serta kecantikan Eva. Pasalnya, malam itu wanita cantik ini hanya mengenakan sepasang anting berlian. Rambut coklatnya pun hanya ditata ke arah samping.
Namun gaun hitam itu bukanlah satu-satunya busana yang dikenakan oleh bintang serial Desperate Housewives ini. Total Eva mengenakan 11 gaun sepanjang malam itu. Sebelumnya, ia mengenakan gaun berwarna merah, hitam, nude, dan emas, demikian seperti dikutip Dailymail. (ina

Tidak Bekerja, Lelaki Ini Miliki Timbunan Emas Batangan

Posted: 17 Sep 2012 08:45 PM PDT


Ilustrasi: mindmillion
Ilustrasi: mindmillion
WASHINGTON - Bagaimana mungkin seseorang yang tidak bekerja sejak berpuluh-puluh tahun lalu dapat memiliki harta kekayaan berlimpah. Namun hal itu ternyata mungkin saja bagi Walter Samasko Jr.

Lelaki yang ditemukan tak bernyawa di kediamannya di Kota Carson, Amerika Syarikat (AS) ini diketahui tidak bekerja sejak tahun 1968.

Namun ketika tubuhnya yang sudah tidak bernyawa itu ditemukan, sejumlah tetangga Samasko Jr terkejut menyaksikan timbunan emas batangan senilai USD7 juta ditemukan di garaj rumah. Demikian diberitakan Las Vegas dan dikutip Upi, Isnin (17/9/2012).

Pihak keamanan pun terpaksa menggunakan truk khusus untuk mengangkut batangan emas itu. Selain batangan emas juga ditemukan duit syiling emas dari sejumlah negara seperti Mexico, Inggris, Austria dan Afrika Selatan.

Setelah diselidiki Samasko ternyata selama ini hidup dari hasil pelaburannya. Termasuk saham senilai USD140 ribu dan USD25 ribu .

"Namun selama ini tidak ada yang tahu bahwa ia menimbun emas," ujar salah seorang petugas polis.

Samasko awalnya dikhabarkan tidak memiliki kerabat dekat. Namun pihak polis berhasil menyelidiki bahwa ia memiliki sepupu jauh, Arlene Magdanz yang bermukim di San Rafael, California.

Maghdanz yang diberitahukan mengenai peninggalan sepupunya itu pun hanya boleh terperanjat.

Restoran Sushi Bernama Fukyu Diminta Mengganti Namanya

Posted: 17 Sep 2012 08:30 PM PDT


Memberikan nama restoran dengan nama "Fukyu" di Kanada -atau mungkin di seluruh negara berbahasa utama Inggris- nampaknya bukan ideA yang cemerlang untuk memulai sebuah bisnis.
Seorang pebisnis muda bernama John De Melo, 28, memulai bisnis restoran sushi-nya pada bulan Februari keLmarin. Restoran miliknya itu dikenal dengan nama 'Fukyu'. Dalam bahasa JepUN, nama itu merupakan nama dari salah satu style seni beladiri karate.
De Melo mengaku memilih nama tersebut kerana ia anggap nama itu terdengar cukup catchy di telinga orang-orang. Dan anggapannya itu terbukti cukup akurat.
Di mata umum, atau lebih spesifiknya di mata orang Kanada yang sehari-harinya menggunakan bahasa Inggris, bukan Jepun, nama Fukyu memang terdengar cukup nyeleneh, nama itu terlihat seperti pelesetan dari kata "F*ck You", yang artinya pasti sudah kamu ketahui sendiri jika kamu sudah sering melihat film-film Hollywood atau mendengar lagu-lagu rap Amerika.
Kerana banyak menerima komplain dari penyewa yang lainnya, pemilik bangunan dimana restoran itu berdiri akhirnya memutuskan untuk membawa masalah ini ke pengadilan.
Pada akhir Ogos, pihak pengadilan memberikan perintah agar nama restoran sushi itu harus segera diganti dalam waktu 24 jam. De Melo meyesali keputusan dari pengadilan ini, tapi ia tetap berpikir positif bahwa (KK Dheraj mode 'on') masalah ini dapat membuat restoran sushinya semakin terkenal.
Sejauh ini, kami belum berhasil menemukan nama baru dari restoran tersebut.

Shah Rukh Khan hina bendera?

Posted: 17 Sep 2012 08:15 PM PDT


SETELAH kontroversi yang mengaitkan dirinya bersama pelakon wanita, Priyanka Chopra berakhir, aktor hangat Shah Rukh Khan (SRK) sekali lagi mendapat perhatian umum apabila dituduh menghina bendera negaranya.

Menurut portal hiburan India, kontroversi itu mula tercetus apabila satu video di laman Youtube yang membuktikan pelakon tersebut menghina bendera India telah tersebar.

"Hal itu telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa dan ia masih lagi berada dalam siasatan lanjut.

"Tindakan pelakon itu bukan sahaja mengecewakan peminatnya malah mengundang kemarahan masyarakat di negara itu," kata sumber.


sumber : sinar harian

Ustaz Don: 'Syurga isteri saya, syurgalah untuk saya'

Posted: 17 Sep 2012 08:00 PM PDT

KIRA-kira setahun lalu, pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid, 28 telah dipertemukan dengan seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Mesir.

Gadis bernama Husna Mohd Zahry, 24 ternyata telah menawan hati ustaz yang begitu tinggi keperibadiannya. Bertitik tolak daripada itulah, kedua-dua belah keluarga telah mengikat kata sepakat untuk menyatukan mereka dalam ikatan pertunangan.

Tertib pertunangan dipelihara dengan sebaiknya sehingga tidak ramai yang menyedari akan berita pertunangan Ustaz Don yang memang cukup terkenal ini.

Dalam pada itu, rutin harian sebagai pendakwah diteruskan seperti biasa malah dilaksanakan oleh ustaz yang penuh kerendahan hati dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan tunangannya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh khusyuk.

Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H selepas Asar dalam suasana serba sederhana di kelilingi ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin, Ustaz Don akhirnya dinikahkan dengan tunangannya.

Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh bapa pengantin perempuan, Haji Sr Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman di hadapan jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya Balik Pulau, Ustaz Tuan Haji Saat.

Enggan dedah kisah pertemuan

Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka.

"Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun," tutur Ustaz Don ringkas.

Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu.

"Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya.

"Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya," tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya.

Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan.

"Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama.

"Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian," sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain.

Husna mahu selalu di samping suami

Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati.

"Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya," tuturnya lembut.

Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya.

Sebaliknya dia  hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu.

 "Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah," balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu.

"Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam," sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata.

Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya.

"Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T," ucapnya penuh kerendahan hati.


sumber : sinar harian

PM Zimbabwe temui cinta sebenar

Posted: 17 Sep 2012 07:45 PM PDT


HARARE - Perdana Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menyatakan, beliau telah menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri.
Beliau yang berusia 60 tahun berkahwin dengan tunangnya, Elizabeth Macheka yang berumur 35 tahun pada Sabtu lalu.
Ketika bercakap kepada para tetamu, beliau menyatakan selepas mengadakan temu janji dengan beberapa wanita, akhirnya beliau mendapati Macheka sesuai untuk dijadikan isteri.
Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah stadium di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Pada tahun lalu, Tsvangirai menceraikan Locar-dia Karimatsenga selepas 12 hari mereka berkahwin pada satu upacara perkahwinan tradisional.
Sebuah mahkamah pada Jumaat lalu bagaimanapun memutuskan bahawa Tsvangirai masih menjadi suami yang sah kepada Karimatsenga menyebabkan beliau mungkin didakwa kerana melakukan poligami berdasarkan undang-undang negara tersebut.
Bagaimanapun, undang-undang suku kaum membenarkan lelaki mengamalkan poligami.
Tsvangirai melangsungkan perkahwinan itu berdasarkan undang-undang suku kaum yang membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang wanita. - Agensi

70 ekor cacing tanah dikahwinkan

Posted: 17 Sep 2012 07:30 PM PDT


TAIPEI - Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur semalam.
Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.
Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.
"Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan," kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan.
"Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal," katanya.
Hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan.
Kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah. - AFP

sumber : kosmo online

Kereta ‘terbang’ rempuh rumah

Posted: 17 Sep 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Satu kemalangan membabitkan dua kenderaan bukan saja mencemaskan orang ramai, malah turut menyebabkan mereka kehairanan.
Dalam kejadian awal pagi semalam itu, sebuah kereta Lexus berwarna perak melayang sebelum merempuh dinding bilik tidur sebuah rumah di tingkat satu yang terletak kira-kira 24 meter dari situ.

Menurut saksi, sebelum itu, pemandu kereta Lexus berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan sama. Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melambung dan melayang merempuh rumah berkenaan.


Rempuhan itu menyebabkan dinding tingkat atas rumah berkenaan berlubang. "Penghuni rumah itu sedang tidur apabila kereta berkenaan merempuh bangunan mereka kira-kira jam 3 pagi," katanya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri serta dua anak mereka yang ada di situ ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta Lexus itu pula, katanya, hanya mengalami kecederaan ringan.


"Dua lelaki yang jadi penumpang juga dihantar ke hospital kerana kecederaan ringan," katanya. Sementara itu, jurucakap polis Epsom di Surrey berkata, selain bilik tidur utama, bilik air di sebelahnya juga rosak. "Lima kereta, satu peti surat dan pagar juga rosak," katanya. Seorang jurutera struktur menyiasat tempat kejadian bagi memastikan bangunan itu selamat ketika polis menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana ia boleh berlaku. - TS


sumber : mymetro

Model ghairah peraga produk

Posted: 17 Sep 2012 07:00 PM PDT


SEREMBAN: Pengedaran majalah pengiklanan percuma yang memaparkan gambar model produk kecantikan dalam keadaan seksi dan mengghairahkan di daerah ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk.
Abdul Aziz Abdul Hamid, 53, dari Senawang berkata, pemaparan gambar seksi pada produk iklan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitiviti dan bertentangan nilai murni masyarakat. "Saya terkejut dan malu melihat banyak gambar model wanita hampir berbogel dan menunjukkan aksi ghairah untuk memperagakan produk kecantikan dalam majalah itu.

"Bagaimana pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh meluluskan lesen pencetakan majalah iklan itu? Perkara ini perlu diberi perhatian serius," katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dusun Nyior, Mohd Rofik Mohd Yusof, 52, berkata, pengedaran majalah pengiklanan itu boleh memberi kesan tidak baik kepada masyarakat terutama golongan muda.

Katanya, pihak berkenaan sepatutnya bukan hanya mementingkan jualan produk mereka bagi meraih keuntungan semata-mata.


"Saya berasa malu melihat majalah seperti itu dan khuatir ia mempengaruhi pemikiran anak-anak serta remaja.



"Saya berharap pihak berkuasa memantau dengan memastikan mereka yang terbabit dengan penerbitan majalah itu tidak melanggar syarat," katanya. Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus menyelar tindakan pihak terbabit yang mempromosikan produk atau perniagaan mereka dengan menggunakan gambar wanita separuh bogel tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat.

Katanya, kegiatan pengedaran majalah terbabit di setiap rumah penduduk di taman perumahan di daerah ini bermula sejak awal tahun lalu dan terdapat banyak gambar wanita seksi dipaparkan di dalamnya.


"Pengedaran majalah iklan itu menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa kerana bimbang ia boleh mempengaruhi sikap dan pemikiran anak remaja mereka.

"Walaupun mereka mungkin memiliki lesen daripada pihak berkuasa, tetapi isi kandungan yang dipaparkan tidak sesuai kerana pembacanya merangkumi semua peringkat masyarakat," katanya.


sumber : mymetro

Dua sepupu mati tersepit

Posted: 17 Sep 2012 06:45 PM PDT


GEORGETOWN: Perjalanan pulang dua saudara selepas menghadiri majlis pertunangan rakan mereka bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 pagi membabitkan kereta Mazda 323 dipandu A Rames, 28, dari Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah (SPT) bersama sepupunya, R Kavithiran, 20, yang juga dari Bukit Tengah. 
Bapa saudara mangsa, M Ragu, 46, seorang penyelia kilang perindustrian berkata, kemalangan itu benar-benar mengejutkan mereka sekeluarga kerana tidak menyangka akan berakhir dengan berita yang cukup memilukan.

Menurutnya, Rames baru berkahwin dengan gadis pilihannya berusia 25 tahun tiga bulan lalu manakala Kavithiran pula bekerja di sebuah kilang plastik di Perai, di sini dan hubungan kedua-dua anak saudaranya amat rapat antara satu sama lain.



Katanya, Rames merupakan anak keempat daripada lima beradik manakala Kavithiran pula anak bongsu daripada tiga beradik.



sumber : mymetro

Cakar bekas awek

Posted: 17 Sep 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup mencabul bekas kekasihnya ekoran tidak puas hati dengan teman wanitanya yang mahu mengakhiri hubungan cinta mereka, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 20-an terbabit pergi berjumpa dengan bekas teman wanitanya itu di sebuah kelab malam di ibu kota bagi berbincang mengenai hubungan mereka sebelum menciumnya, malah mengugut mahu mencederakan gadis terbabit. 
Berikutan itu, mangsa berusia 22 tahun itu membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa dipercayai pergi ke kelab malam berkenaan bersama enam lagi rakannya sebelum didatangi bekas teman lelakinya itu, jam 2 pagi.



"Lelaki terbabit dipercayai meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang mahu memutuskan hubungan cinta mereka. Dia mengajak mangsa berbincang namun mangsa menolak permintaan itu.


sumber : mymetro

Dibelasah angkara hutang teman wanita

Posted: 17 Sep 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Angkara hutang bekas teman wanita, seorang juruteknik dicucuh dengan pemetik api di tangan, dibelasah dan diugut bunuh oleh sekumpulan samseng ceti haram dalam kejadian di Wangsa Maju, di sini kelmarin.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Aizat, 26, berkata ketika dia berada di rumah tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 30-an bertanyakan mengenai bekas teman wanitanya, kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, selepas memaklumkan wanita berkenaan sudah tidak tinggal bersamanya, lelaki itu mengugutnya untuk bertanggungjawab ke atas hutang yang dipinjam bekas teman wanitanya itu.


"Disebabkan enggan membayar bagi pihak bekas teman wanitanya itu, lelaki terbabit naik angin sebelum mendakwa dirinya sebagai anggota polis sebelum memaksa saya keluar dengannya untuk berjumpa dengan rakannya.

"Saya kemudian dibawa ke kawasan sebuah kuil sebelum ditumbuk, ditendang selain dicucuh dengan pemetik api di tangan. Sebaik selesai dibelasah kumpulan itu meninggalkan saya ," katanya kepada Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, lelaki itu turut mengugut untuk menyita rumahnya.



Akibat kejadian itu, Aizat mengalami kecederaan di tangan kanan dan muka.

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

sumber : mymetro

Mayat atas pokok

Posted: 17 Sep 2012 06:00 PM PDT


PENAMPANG: "Saya ingatkan objek itu bangkai anjing atau kerbau yang sering terapung dan tersangkut di pokok di tebing sungai ketika memukat ikan di kawasan ini.
"Bagaimanapun, sangkaan saya meleset sebaik melihat ada rambut pada objek itu dan apabila diamati, ia mayat wanita dalam keadaan berbogel dan sudah busuk," kata Samual Abota, 22.

Mayat wanita berusia 20-an itu ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Moyog, Kampung Kodundungan Jalan Terawih, di sini, jam 10 pagi.


Samual berkata, ketika kejadian, dia memasang pukat di kawasan berkenaan sebelum terlihat objek seperti bangkai haiwan di kawasan itu dan tidak menghiraukan pada awalnya.

Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba timbul rasa ingin tahu dan apabila diamati, dia mendapati ada rambut pada objek itu dan apabila dihampiri, dia terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.


"Terkejut dengan penemuan itu, saya bergegas ke rumah kira-kira 300 meter dari tempat kejadian bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada penduduk sebelum mereka menghubungi polis," katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan. Setakat ini, katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian wanita itu.

"Saya meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bagi membantu siasatan," katanya.


Menurutnya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.

sumber : mymetro

Penyamun hentak kepala guna botol

Posted: 17 Sep 2012 05:45 PM PDT


KUCHING: Seorang ahli perniagaan bukan saja dirompak, malah kepalanya turut dihentak dengan botol sehingga berdarah oleh tiga perompak sebaik selesai menyambut hari lahir bersama rakan di sebuah kelab malam di Jalan Petanak, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, 25, dikatakan berseorangan di luar kelab malam sebelum didatangi tiga lelaki tidak dikenali berpura-pura bertanyakan waktu ketika itu pada jam 2 pagi.

Sumber berkata, ketika sedang berbual, seorang suspek tiba-tiba mengambil botol lalu mengetuk kepala mangsa dari belakang.


"Pada masa sama, berlaku pergelutan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan kejadian disedari pengawal keselamatan kelab berkenaan yang cuba memberikan bantuan, tetapi turut dibelasah.

"Suspek juga sempat merentap rantai dipakai mangsa sebelum mengambil beberapa barangan berharga melarikan diri. Akibat serangan itu, mangsa cedera di kepala serta lebam di tangan dan badan," katanya.


Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila rantai, telefon bimbit serta jam tangan lesap.



"Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Padungan pada pagi kejadian," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan mengenal pasti suspek masih dijalankan.


sumber : mymetro

Gambar yang jarang kita lihat

Posted: 17 Sep 2012 05:30 PM PDT


Baik betul ikan ni bawa kawannya berenang...

Artis yang tergolek jatuh semasa jalan di carpet merah

Posted: 17 Sep 2012 05:15 PM PDT




Bulu tengkuk anda akan naik bila melihat gambar ini

Posted: 17 Sep 2012 05:00 PM PDT










Kerja gila

Posted: 17 Sep 2012 04:45 PM PDT

Nak tunjuk handal...diri sendiri yang sakit...











Kasut yang boleh berubah jadi robot

Posted: 17 Sep 2012 04:30 PM PDT





Ini Dia Perawatan Kecantikan Termahal di Dunia

Posted: 17 Sep 2012 04:15 PM PDT


INILAH.COM,Jakarta – Perempuan sangat identik sekali dengan perawatan tubuh. Kerananya,untuk mendapatkan kecantikan tak jarang mereka merogoh kocek terbilang fantastik.

Seperti dilapor dari Fashionista, berikut beberapa perawatan kecantikan yang ditawarkan beberapa salon termewah di dunia:

Facial Berlian dan Batu Ruby

Untuk melakukan facial mewah ini Anda harus mengeluarkan dana US7.000 . Perawatan ini diklaim dapat membuat kulit berkilau, berkat berlian. Sedangkan batu ruby berfungsi memberikan antioksidan pada kulit.

Scot Vincent Borba pencetus facial fantastik ini mengatakan, perawatan ini diakhiri dengan peraffin silk fiber facial, yang berfungsi untuk membuat wajah lebih halus bak sutera. Aktris Mila Kunis merupakan salah satu klien dari Borba.

Manicure Berlian

Sebuah salon di London bernama 'Cherish…ME' menawarkan manicure dari berlian. Tidak tanggung-tanggung customer harus mengeluarkan dana sebanyak US$50.000 untuk mendapatkan perawatan fantastik ini.

Bahkan dalam website salon tersebut tertulis, "Hanya orang kaya, bangsawan dan istimewa, yang dapat akses ke 'Cherish…ME'. Tidak hairan perawatan ini sangat mahal, kerana menggunakan berlian 10 karat yang harus dipesan terlebih dahulu sebelum melakukan perawatan.

Pedicure Ular

Membayangkannya saja sudah ngeri. Bagaimana tidak, ular merupakan binatang reptilia yang berbisa. Akan tetapi perawatan yang hadir di 'Euphoria Lounge Salon & Spa', California itu tidak seseram yang dibayangkan.

Perawatan seharga US$ 300 , hanya mengambil kulitnya saja, yang digunakan sebagai pengganti cat kuku.

Terri Silacci, pemilik salon, telah memikirkan cara agar kulit ular dapat dijadikan sebagai penghias kuku. Selama beberapa bulan, Terri menekuni dan belajar tentang seluk beluk ular, agar aman jika digunakan untuk customer.

"Saya mempelajari cara mensterilkan ular dan juga melekatkannya pada kuku," ungkap Terri.

Ketawa terlampau kuat sehingga tertelan sudu teh

Posted: 17 Sep 2012 04:00 PM PDT

SYDNEY - Bercakap sambil makan,  memang asyik. Tapi, jangan keterlaluann. Salah-salah alat makan boleh masuk ke kerongkong.. Seorang wanita Australia harus menjalani operasi yang cukup rumit gara-gara tanpa sedar menelan sudu kerana tertawa ketika bercakap sambil makan..

Kecelakaan itu terjadi ketikaperempuan yang berusia 26 tahun ini makan malam dengan rakan perniagaannya. Sambil makan spaghetti, dia terus berbincang dan bercanda dengan kawannya. Insiden berlalku ketika sampai pada suatu topik yang lucu dan perempuan tadi tertawa dengan kuat. Tiba-tiba, hap, udu kecil yang dipakainya untuk menyantap spaghetti tertelan.

Perbincangan perniagaan yang sedang berlangsung berubah jadi kepanikan. Rakan perniagaannya yang terlibat percakapan dengannya langsung membawa perempuan itu kehospital Canterbury, Sydney, Australia. Untuk mengeluarkan sudu yang tertelan, doktor yang bertugas harus menjalankan operasi yang tergolong pelik. "Operasi yang berlangsung 90 minit ini cukup rumit," kata doktor.

Untungnya, sudu sepanjang 15 cm itu akhirnya boleh dikeluarkan. Keadaan perempuan yang identitinya dirahsiakan tersebut juga dilaporkan beransur baik. Menurut The Sunday Telegraph, sudu teh tersebut menyangkut di batang tenggorok, tepat di atas rongga perut si perempuan itu. (afp/hep)

Foto-Foto Livia, Mahasiswi Binus Yang Diperkosa & Dibunuh 6 Pemandu

Posted: 17 Sep 2012 11:00 AM PDT

Livia Pavita Soeslitio, mahasiswi Bina Nusantara (Binus) yang ditemukan tak bernyawa di kawasan Tangerang, Banten, diperkirakan tewas setelah diperkosa. Sebelumnya, sarjana jurusan Sastera Mandarin itu dicekik hingga lemas. Seperti dijelaskan Ketua polis Jakarta Barat, Komisaris Besar Setija Junianta, pembunuhan itu melibatkan enam pemandu trak.




Kenali peribadi melalui buah kegemaran

Posted: 17 Sep 2012 10:30 AM PDT

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing-masing. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan. Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:


1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli

  •  Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara yang menyeronokkan kamu.

2. Buah-buahan tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas

  • Kamu sukakan pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear

  • Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan. 

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu

  •  Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati-hati 

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato

  • Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti. 

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain-lain

  •  Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian. 

7. Buah-buahan jenis labu .Contohnya kundur

  • Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran yang mendatang. Cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah-buahan kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.



Menarik..Momen Lucu Seekor Katak Pohon Berolahraga Tertangkap Kamera

Posted: 17 Sep 2012 10:15 AM PDT

Momen aneh ini berhasil diabadikan oleh Fotografer amatur dari Jerman, Heinz Buls, saat ia sementara mengambil gambar katak pohon selama musim bertelur.

Katak tersebut terlihat melompat keluar dari air yang ditutupi ganggang dan meraih cabang pohon tepat di atas garis air, dan menggantung di situ untuk beberapa saat. Tapi katak tersebut tidak mampu meneruskan olahraganya dan menyerah sambil menjatuhkan diri kembali ke dalam air.

Foto ini didapatkan Heinz saat ia duduk di tepi sungai di Bayern, Jerman.

"Saya sementara mengambil gambar katak lain selama musim bertelur dan tiba-tiba saya melihat situasi yang hebat." tutur guru berusia 60 tahun tersebut.

"Tapi beberapa detik kemudian seekor ular muncul tepat di dekat ke tempat katak itu melompat. Jadi saya berfiikir haiwan amphibi itu mungkin cuba melarikan diri dari ular dengan cara ini." tambahnya.

Sumber : dailymail


Lelaki cucuk 2000 jarum di badan

Posted: 17 Sep 2012 10:00 AM PDT

Demi mengejar sebuah rekod seorang lelaki Hopkins sanggup dicucuk 2000 jarum di badannya.Kejadian ini dilakukan disebuah studio Ink Abstrak Tattoo dan dibantu oeleh beberapa orang kakitangan.Dia  menahan kesakitan demi sebuah rekod....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS