Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video Klip Lagu Muara Hati Hafiz Siti Nurhaliza

Posted: 17 Aug 2012 08:48 AM PDT

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza – Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Salam lebaran buat semua pembaca, esok adalah hari terakhir kita berpuasa. Pada malam ini juga, Budiey telah menonton video klip yang dinantikan oleh peminat drama Adam & Hawa buat pertama kalinya.

Kolaborasi Dato' Siti Nurhaliza bersama Hafiz nampaknya satu eksprimen yang tidak menghampakan. Kedua-duanya memiliki vokal terbaik. Ramai peminat rasa teruja apabila dapat tahu enyanyi tersohor negara ini akan bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet Muara Hati.

Sebelum ini pun, Budiey lihat Siti Nurhaliza juga ada menjemput Hafiz berkolaborasi dan berduet dengannya di beberapa persembahan termasuklah di Hi Tea bersama Siti Nurhaliza sempena Hari Ibu yang lalu.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

Video klip ini memaparkan imej dan sisi berbeza. Malam dan siang. Gelap dan cerah. Pastinya mahu menggambarkan tema sebenar drama Adam & Hawa yang memaparkan hati yang baik dan sebaliknya. Siti nampak cantik dalam video nih.

Apa pendapat anda tentang video klip ini?

Adakah lagu Muara Hati ini dapat menandingi lagu Ombak Rindu? Korang rasa?

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.

Adam tetap berusaha untuk menawan kembali hati Hawa. Bagaimana kesudahannya? Saksikannya di saluran Mustika HD setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 27 Ogos ini.

Dengarkan dan saksikan muzik video OST Adam & Hawa nyanyian Hafiz AF7 dan Dato' Siti Nurhaliza dengan penampilan istimewa Aaron Aziz!

Saksikan drama bersiri dalam definisi tinggi (HD), Adam & Hawa mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam, eksklusif di Astro Mustika HD (134)

Sila ke saluran 200 untuk melanggan Pakej Mustika.

Video Klip Lagu Muara Hati Hafiz Siti Nurhaliza

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Siti Saleha Remove 1000 Kawan dari Facebook

Posted: 17 Aug 2012 08:33 AM PDT

Pelakon Siti Saleha memberitahu sebagai mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu ada pihak yang menyalahgunakan gambar peribadinya, bintang utama drama bersiri Nora Elena ni telah membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya.

Memetik kenyataan di Gua.com, tindakannya itu berikutan gambarnya bersama bekas teman lelakinya yang juga penjaga gol Sabah, Syed Adney telah tersebar lantas menimbulkan gosip mereka kononnya kembali bercinta.

"Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali."

Dalam masa yang sama, adik kepada Sam Bunkface itu sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.

Siti Saleha

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Foto) Farah AF Kini Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Baby Girl

Posted: 16 Aug 2012 10:09 AM PDT

ANAK PERTAMA FARAH AF

Sedar tak sedar, Farah AF yang sah bergelar isteri kepada Johan Johari pada 15 Julai tahun lalu telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 15 Ogos 2012 (Rabu). Ini bermakna, Farah AF kini sudah bergelar ibu. Tahniah team Zon Artis ucapkan.

Seperti kata Farah menerusi Twitter'nya:-

Twitter Farah AF

Kat bawah ni pula gambar baby girl Farah tu. Comel…

ANAK FARAH AF

Psstt: Jom tonton iklan Raya daripada U Mobile ni~

Related Posts with Thumbnails

Irma Hasmie Sahkan Sudah Mengandung

Posted: 14 Aug 2012 01:28 PM PDT

GAMBAR IRMA HASMIE MENGANDUNG

Ya! Irma Hasmie sudah mengandung dan perkara ini disahkan sendiri oleh Irma Hasmie malah dia turut memberi tahu yang usia kandungannya kini masuk minggu ke-5. Seperti kata Irma Hasmie kepada portal Murai:-

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya."

Tahniah buat Irma Hasmie dan suami, Redza Syah Azmeer diatas perkhabaran ini. Kami tumpang gembira. Semoga Irma Hasmie berada dalam keadaan sihat sepanjang hamil ini begitu juga dengan janin dalam kandungan.

Psstt: Jom tengok iklan Raya Astro ni~

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Purple Highlight Pilihan Christina Aguilera!

Posted: 16 Aug 2012 11:30 PM PDT

Selain terkenal dengan gaya yang seksi, beliau juga dikenali dengan kemampuan vokal apabila membuat persembahan. Selain itu, segala tindak tanduk perwatakan dan personaliti yang beliau pamerkan sering menjadi pemerhatian awam.

Penyanyi yang bersuara lunak ini sering tampil glamor dengan rambut 'blonde' yang panjang mengurai.

Baru-baru ini, Christina Aguilera telah melakukan perubahan secara mengejut kepada peminatnya apabila beliau mempamerkan penampilan rambut  baru iaitu 'purple highlight' di The Voice Press Junket and Cocktail Reception in L.A.

Selebriti berusia 32 tahun ini, menampilkan rambut 'blonde' panjang mengurai dengan jalur-jalur ungu lembut yang memberikan imej segar dan menarik terhadap personaliti beliau.

Walaubagaimanapun, warna 'blonde' beliau masih kekal walaupun Christina membuat pembaharuan terhadap rambutnya.

Beliau yang juga bijak bergaya, memadankan sepasang jaket hitam dengan baju hitam putih untuk menyerlahkan kulitnya yang 'bronze' dan mengabungkan aksesori yang menarik dalam penggayaan.

Walaupun perubahan imej memberi risiko yang besar kepada beliau, namun bagi penyanyi ini beliau harus bersiap sedia memenuhi segala kelengkapan di dalam almari pakaian untuk memadankan dengan penampilan beliau agar tampak lebih sempurna.

Si Jelita Merah Menyala!

Posted: 16 Aug 2012 11:00 PM PDT

Warna amat penting dalam kehidupan kita memandangkan ia sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian. Penggunaan warna ini juga mampu memberikan 'mood' kepada si pemakai serta tanggapan individu lain. Merah, apabila memperkatakan tentang warna merah pasti di kotak pemikiran anda memberi makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Malahan, warna merah juga popular dikaitkan di kalangan wanita. Pengguna warna merah menjadi pilihan ohbulan kini adalah :-

Si cantik pasti kelihatan mempersonakan dan agresif apabila menggayakan pakaian daripada warna yang berani.

Hasil pemilihan warna yang meriah, melambangkan personaliti si cantik tersebut. Menggunakan baju polos tanpa lengan dengan warna sedikit lembut dari butik Romwe dipadankan pula dengan skirt pendek berwarna merah pekat daripada Beginning Boutique mampu menampilkan si gadis dengan sifat ceria.

Hasil gabungan tersebut dikombinasikan dengan beg , aksesori dan kasut yang menarik mampu menyerlahkan kesempurnaan si gadis dalam penggayaan.

Retro dalam kemodenan menampilkan gadis ala-ala retro yang menyelitkan unsur moden dalam penggayaan. Pemilihan'dress' pendek merah daripada Chicwish dengan jahitan kembang ditangan tidak ubah seperti zaman dahulu.

Dengan gabungan 'scarves' dan beg coklat daripada Michael kors ini membuktikan pemilihan warna merah mampu digayakan dengan semua rona warna. Si cantik pasti kelihatan sempurna dengan kombinasi tumit tinggi daripada Buffalo ini.

'Gorgeous' dan 'sexy' penampilan yang pasti menjadi pilihan si cantik. Walaupun ringkas bergaya, namun masih kekal glamor dengan dress pendek daripada butik Stradivarius ini.

Digabungkan dengan tali pinggang besar dan kasut tinggi merah menawan daripada butik yang sama menonjolkan personaliti menarik bagi si cantik.

Hasil gabungan beg bimbit daripada Mango ini memberikan inspirasi kecantikan yang sempurna kepada si pemakai.

Tampil santai dan menawan dengan warna hong iaitu warna merah dalam bahasa cina yang juga memberikan tuah bagi si cantik.

Dengan menggunakan skirt labuh merah lembut daripada Mango ini memberikan lambang kegembiraan dan sinar kecerahan dalam kehidupan si cantik.

Hasil gabungan skirt labuh tersebut di padankan dengan tali pinggang dari Hoss Intropia memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif pada si cantik. Aksesori tambahan seperti beg dan rantai menjadi pelengkap yang sempurna bagi si gadis.

Tampil ranggi dan 'vogue' dengan skirt pendek dan kemeja –T daripada Pull & Bear yang mampu diserlahkan dengan keranggiannya.

Hasil gabungan tersebut dikombinasikan dengan jaket menarik daripada Zara untuk kelihatan sempurna.

Penggayaan tersebut dikombinasikan lagi dengan aksesori menarik seperti beg tangan besar dan kasut tumit tinggi halus dalam menyampaikan identiti diri untuk tatapan si jejaka. Pasti anda kelihatan menawan dengan gaya tersebut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Kalau Ada Kebakaran Di Kenya ,Jangan Panggil Petugas Pemadam Kebakaran. Kenapa? (Video)

Posted: 17 Aug 2012 09:15 PM PDT


Ketika terjadi musibah kebakaran di Kenya, jangan menghabiskan waktu untuk memanggil pemadam kebakaran. Kerana akan membuat masalah menjadi semakin besar.

Dilaporkan oleh stesen televisyen NTV Kenya, sebuah kawasan tempat tinggal di daerah Kiambu mengalami kebakaran. Petugas pemadam kebakaran segera dipanggil. Dan tak lama kemudian, suara sirine kenderaan pemadam kebakaranpun terdengar.

Dengan hadirnya petugas pemadam kebakaran dari Brigade Keystone Kiambu, masyarakat berharap api dapat segera dijinakan dan rumah itu dapat terselamatkan. Tetapi yang terjadi setelah itusebaliknya.

Petugas yang datang dengan seragam lengkap itu ternyata tidak membawa air dalam kenderaannya. Dan lebih teruknya lagi, mereka tidak punya apa-apa untuk memadamkan dan mesin kenderaan mereka yang tiba-tiba terbakar. Pening..pening.-idbite.com





sumber: Anorak

Percaya tak ini kek?

Posted: 17 Aug 2012 09:00 PM PDT









Inilah Orang Pertama di Dunia yang Hidup Tanpa Jantung

Posted: 17 Aug 2012 08:45 PM PDT


Craig Lewis
Craig Lewis (55), adalah orang pertama yang menggunakan pam 'aliran kontinu' untuk menggantikan fungsi jantung
ronsen jantung
alat ini menggantikan fungsi jantung untuk menyuplai darah secara kontinu ke seluruh tubuh

manusia pertama tanpa jantung
Dr Billy Cohn (kiri) dan Dr Bud Frazier sebelumnya telah melakukan uji coba alat ini pada anak sapi
Billy Cohn dan Bud Frazier
Alat ini menggunakan baling-baling untuk memompa darah secara terus-menerus kedalam tubuh
"Jika anda mendengarkan dada (sapi) dengan stetoskop, maka anda tidak akan mendengar denyut jantung," kata Dr Cohn kepada NPR Juni 2011 lalu.
Dailymail menulis bahawa Amiloidosis (keadaan dimana tubuh memproduksi protein buruk) Lewis semakin parah, dan dokter takut dia akan segera meninggal jika tidak mendapatkan pertolongan yang tepat. Bahkan dokter mengatakan ia hanay memiliki 12 jam untuk hidup.
Jadi, dengan izin isteri Lewis yaitu Linda, Dr Cohn dan Dr Frazier kemudia memasang alat ini pada March 2011.
Perangkat tersebut bekerja dengan memasok aliran darah secara kontinu melalui tubuh, dengan menggunakan baling-baling.
"Saya mendengarkan bunyi dengungan yang menakjubkan. Dia tidak punya denyut jantung." tutur isterinya yang keheranan.

Ajaib! Lelaki Brasil Selamat Setelah Tertembus Besi di Kepala

Posted: 17 Aug 2012 08:30 PM PDT


Seorang pekerja kontrak berusia 24 tahun secara ajaib berhasil selamat dari maut, setelah batangan logam berukuran 6 kaki (1,8 meter), jatuh dari atas dan menembus kepalanya.
Luiz Alexandre Essinger, ketua staf Rumah Sakit Miguel Couto di Rio de Janeiro, mengatakan para doktor berhasil mencabut batangan besi dari tengkorak Eduardo Leite dalam sebuah operasi yang berlangsung selama lima jam.
"Dia dibawa ke ruang operasi, tengkoraknya dibuka, mereka kemudian memeriksa otaknya dan dokter bedah memutuskan untuk menarik batangan logam tersebut dari bagian depan, ke arah yang sama dengan logam itu saat menembus otaknya. ' jelas Essinger.
Dia mengatakan bahawa ketika sampai di rumah sakit, Leite masih dalam keadaan sadar.
"Saat ini ia dalam keadaan  yang baik, meskipun mengeluhkan operasi yang panjang. Dia mengatakan tidak merasa sakit sedikitpun, " tutur Essinger.
Diketahui, batangan besi itu jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan yang sedang dalam pembangunan, menembus helm Leite dan menerobos masuk ke bagian belakang tengkoraknya dan keluar diantara matanya. Ungkap Essinger yang mengatakan bahwa benar-benar sebuah keajaiban Leite bisa selamat dari kecelakaan mengerikan ini.
Baik kecelakaan dan pembedahan terhadap Leite terjadi pada Rabu (15/08).
Ruy Monteiro, ketua rumah sakit bedah saraf, mengatakan kepada jaringan TV Globo bahawa Leite berhasil lolos hanya beberapa sentimeter dari kehilangan satu matanya dan menjadi lumpuh pada sisi kiri tubuhnya.

Lelaki curi ganja di balai polis

Posted: 17 Aug 2012 08:15 PM PDT

PENNSYLVANIA  - Seorang lelaki di Pennsylvani, Amerika Syarikat (AS) sepertinya sudah tidak boleh menahan kecanduan ganja yang dideritanya. Lelaki itu bahkan nekat mencuri sekantung ganja dari sebuah kantor polisi.

David Allan Thompson, dituduh mencoba untuk mencuri ganja yang dibawa oleh petugas polis wilayah Charleroi. Perbuatan ini dilakukan ketika mendatangi balai polis, untuk melaporkan sesuatu kes yang tidak diketahui.

Saat pembicaraan berlangsung antara Thompson dengan seorang petugas polis, tiba-tiba saja dirinya mengikuti petugas polisi ke ruang patrol. Di tempat itu dirinya langsung mengambil sekantung ganja dari meja bukti polisi.

Namun polis menyedari ulah dari Thompson. Polis pun langsung menghentikannya di luar dan meringkusnya. "Saya tidak tahan. Ganja itu wanginya sangat enak," tutur Thompson, seperti dikutipNBC, Jumat (17/8/2012).

Sepertinya Thompson memang sudah merencanakan pencurian tersebut. Ketika digeledah, sebuah paip ganja ditemukan di dalam kocek seluar milik lelaki berusia 27 tersebut.

Polis langsung menahan Thompson dan mendakwanya dengan pencurian. Selain itu dirinya juga ditahan kerana memiliki ganja dan beberapa ubat terlarang lainnya.(faj)

Perhiasan Unik dari Sudu Antik Karya Seniman Afrika Selatan [Foto]

Posted: 17 Aug 2012 08:00 PM PDT


Dengan sebuah idea yang sederhana tapi cukup unik, dua orang desainer di Cape Town, Afrika Selatan. Marlette Strauss dan Moniek van Zyl dari Anomali menciptakan berbagai gambar dan motif pada sudu antik, mengubah sudu menjadi perhiasan yang sangat indah.




Maradona tuntut RM10.02 juta

Posted: 17 Aug 2012 07:45 PM PDT


BEIJING - Bekas pemain bola sepak terhebat dari Argentina, Diego Maradona hadir di sebuah mahkamah di sini semalam bagi menuntut ganti rugi sebanyak AS$3.2 juta (RM10.02 juta) daripada dua syarikat internet China kerana menggunakan nama dan gambarnya dalam laman perjudian online tanpa mendapatkan kebenarannya.
Sebuah mahkamah mendengar kes tuntutan itu ke atas syarikat Beijing Sina Internet Information Service Co. Ltd dan Shanghai No. 9 City Information Technology Co Ltd.
Menurut agensi berita Xinhua, imej kartun Maradona, 51, yang memakai jersi pasukan bola sepak Argentina masih boleh dilihat di laman qiuqiu.9c. com pagi semalam.
Bagaimanapun, imej itu kemudian telah dialihkan pada hari yang sama. - AFP
sumber : kosmo online

Mata wang khas di bandar Britain

Posted: 17 Aug 2012 07:30 PM PDT


BRISTOL - Ketika masyarakat Britain mengalami tekanan ekonomi ekoran krisis mata wang euro, pihak pentadbiran bandar ini merancang untuk memperkenalkan mata wang sendiri yang dikenali sebagai pound Bristol.
Inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan hasil kekayaan tempatan daripada mengalir ke tangan pihak luar.
Mata wang tersebut yang hanya boleh digunakan di bandar barat daya England ini akan dilancarkan September depan.
Pengasas bersama pound Bristol, Ciaran Mundy berkata, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila ratusan perniagaan di sini bersetuju untuk menggunakan mata wang berkenaan.
"Persepsi mengenai perbankan dan wang adalah ia satu sistem tanpa belas kasihan. Orang ramai akan menggunakan mata wang yang memberi manfaat kepada mereka," kata Mundy.
Menurutnya, wang kertas pound Bristol mempamerkan simbol kemegahan tempatan termasuk imej penulis kurun ke-19, Hannah More dan pesawat supersonik Concorde.
Sebahagian pesawat berkenaan dibina di bandar ini.
Jelas Mundy, pemilik perniagaan boleh membayar cukai tempatan dengan menggunakan pound Bristol manakala 17,000 kakitangan majlis perbandaran di sini boleh memilih untuk menerima sebahagian gaji mereka dengan menggunakan mata wang itu. - AFP

sumber : kosmo online

Budak ‘otak kalkulator’ ingin masuk universiti

Posted: 17 Aug 2012 07:15 PM PDT


LEICESTER: Ketika ramai remaja belasan tahun gementar apabila menduduki peperiksaan matematik A Level, Yasha Asley menyifatkannya sebagai amat senang dan dia hanya berusia tujuh tahun.
Kini, kanak-kanak yang berbakat luar biasa itu memperoleh kelulusan tertingggi ketiga peperiksaan A Level, pada usia 10 tahun. 
Yasha, yang didakwa gurunya memiliki 'otak seperti kalkulator, mencatatkan markah A* dalam subjek Statistik dan berharap untuk memasuki universiti.

Dia sebelum ini lulus subjek Matematik, juga dengan markah A* dan A dalam Matematik Tulen. Dia lulus kedua-dua subjek itu ketika berusia lapan tahun.



Asley menjadi orang paling muda di dunia mendapat gred A dalam Matematik, dengan mencatatkan 100 peratus dan 99 peratus dalam dua daripada enam kertas yang didudukinya dua tahun lalu.


Kanak-kanak dari Leicester itu berkata, dia tidak gementar ketika menduduki peperiksaan kertas Statistik tahun ini.

"Saya membuka kertas soalan, lihat soalan pertama dan mula menulis jawapan.
"Saya tidak gementar. Saya mungkin merasa lebih selesa berbanding pelajar lain," katanya.

Bapanya, Moussa Asley, warga Iran berusia 49 tahun, membesarkan anaknya sendirian selepas bercerai dengan isteri.

"Ia mengesahkan jangkaan saya. Saya gembira dan bangga.

"Dia langsung tidak bekerja keras. Dia hanya melakukannya pada tahap minimum. Dia memang dilahirkan berbakat," kata Moussa. - DM


sumber : myMetro

10 tahun garfu dalam perut

Posted: 17 Aug 2012 07:00 PM PDT


BARNSLEY: Apabila Lee Gardner bergegas ke hospital selepas muntah darah dan mengalami sakit perut yang amat sangat, dia bimbang keadaannya kesihatannya itu lebih teruk lagi.
Bagaimanapun, doktor di Barnsley terkejut apabila menemui garfu sembilan inci dalam perut lelaki itu dan lebih mengejutkan, ia berada di situ sejak lebih 10 tahun lalu.
Pakar perubatan itu bertambah keliru lagi apabila Garner, 40 berkata, dia langsung tidak ingat tertelan garfu berkenaan.

Sepuluh tahun lalu, doktor berkata, garfu itu akan melalui sistem penghadamannya secara semula jadi dan dia menjangka ia sudah tidak ada lagi.



Tetapi, ia sebenarnya masih berada di dalam perutnya.


Garner kini sudah pulih sepenuhnya.

"Saya muntah darah dan apabila mereka memeriksa perut saya dengan kamera, doktor bertanya: 'Adakah anda pasti anda tidak menelan sesuatu?'" katanya.

"Saya memberitahu mereka tidak tetapi doktor itu bertanya lagi: 'Anda pasti?
Saya melihat sesuatu seperti garfu?' Saya teringat menelannya secara tidak sengaja beberapa tahun lalu.

"Saya begitu terkejut. Saya tidak pernah menghadapi masalah dengan perut saya, kecuali beberapa tahun sebelum ini apabila saya merasakan ada sesuatu di dalam perut saya apabila saya membongkok."

Tetapi nasihat doktor selepas saya tertelannya ialah ia akan melalui sistem penghadaman dalam perut saya dan itu sudah lama berlaku. Saya tidak pernah terfikir ia disebabkan garfu itu.

Gardner teringgat bagaimana dia bermain dengan garfu plastik dalam mulutnya beberapa tahun lalu apabila dia tercekik dan menelannya secara tidak sengaja.

Doktor di Hospital Barnsley menggunakan kamera untuk melihat dalam perutnya bagi mencari punca kesakitan yang dialami Garner apabila menemui objek misteri itu.

Imej menunjukkan kepala garfu itu terletak dalam perutnya dengan pemegangnya tersembul pada usus kecil.

Kepala garfu itu menekan pada perutnya hingga menyebabkan ulser yang membawa kepada pendarahan. - DM


sumber : myMetro

Setia sampai mati

Posted: 17 Aug 2012 06:45 PM PDT


IPOH: "Walaupun suami cacat dan dipotong kedua-dua belah tangan, saya tetap setia menjaganya sampai mati," luah Haslinda Zahari, 25, sambil menitiskan air mata di sisi suaminya, Riduan Hashim, 31, yang nyaris maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait sawit, pada 22 Julai lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja kampung cedera parah melecur dan terbakar seluruh tubuh selepas galah aluminium yang digunakan secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, terpaksa dipotong kedua-dua tangannya selepas bahagian anggota tubuhnya itu tidak lagi berfungsi akibat kecederaan teruk dialami.

"Hati isteri mana yang tidak sedih melihat suami tiba-tiba menjadi cacat dalam sekelip mata. Keadaan tubuhnya kini cukup memilukan selepas dia terpaksa menjalani lebih 10 pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya.



"Tragedi menimpa Riduan tambah sedih pada saat kebanyakan umat Islam bergembira menjalani ibadat puasa, selain akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.



sumber : myMetro

4 polis durjana

Posted: 17 Aug 2012 06:30 PM PDT


SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.
Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.

Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.


Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.

sumber : myMetro

Dapat tiket ke syurga

Posted: 17 Aug 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Anak cacat adalah anak syurga, jika ibu bapa ikhlas menjaganya dengan niat ibadat kepada Allah, mereka seolah-olah menempah tiket syurga bersama anak-anaknya," kata pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah.
Katanya, memang berat bagi sesiapa yang diuji Allah dengan memberikan anak kelainan upaya, namun kesempatan menjaga dan mendidik anak yang cacat adalah anugerah Allah, malah diberi ganjaran yang berganda sekiranya ibu bapa ikhlas dan reda kerana-Nya. 
"Sebenarnya, mereka sedang diperhatikan Allah, mungkin ketika ini mereka perlu melalui kehidupan sukar, tapi Insya-Allah akan diberi kemudahan dan ganjaran yang baik di akhirat kelak," katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai ketabahan Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental di Kampung Raja Chendering, Kuala Terengganu.



Dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinannya dengan Syed Mohd Yatim Tuan Ngah, 56, Jamilah bersama suaminya berdepan ujian besar apabila lima anaknya, Syarifah Nohaniza, 30, Syarifah Rohani, 28, Syed Nurul Amlu, 26, Syarifah Nia Zira, 24, dan Syed Mohd Akil, 20, menghidap penyakit mental sejak dilahirkan.


sumber : myMetro

Curi duit bekas bos

Posted: 17 Aug 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memiliki kad ATM bekas majikannya secara tidak sah dan mengeluarkan RM1,500 dari mesin juruwang automatik (ATM), awal bulan ini.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan tertuduh, Roslan Said, 46, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan selepas lelaki itu mengaku bersalah di hadapannya. 
Tertuduh didakwa memiliki kad ATM Maybank milik Norlela Abas, 38, tanpa kuasa sah dan mengeluarkan RM1,500 dari mesin ATM dengan niat menyebabkan kerugian kepada wanita itu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Maybank Islamic, Lot 47&49, Jalan Rampai Niaga 5, Medan Niaga Rampai, Wangsa Maju di sini, pada jam 4.28 petang, 4 Ogos lalu.



Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


sumber : myMetro

‘Saya tak boleh maaf budak itu’

Posted: 17 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya tak boleh maafkan dia. Tak boleh lagi selepas apa yang dia lakukan. Aidilfitri ini pun tiada maknanya kepada kami sekeluarga," kata Mat Zaki Mat Hussin, 45, bapa kepada gadis mangsa dibakar teman lelaki awal minggu lalu.
Menurutnya, anak keduanya itu, Nurul Firzanah, 16, masih lagi berada dalam keadaan kritikal di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), meskipun baru selesai menjalani pembedahan di bahagian leher, kelmarin.

Katanya, Aidilfitri yang menggalakkan umat Islam bermaaf-maafan juga tidak mampu lagi dihayati pengertiannya oleh dia sekeluarga kerana 'kuasa kemaafan' itu sukar diberi kepada pelaku yang menyebabkan anak kesayangannya itu menderita kecacatan teruk.


"Melihat keadaan dia (Nurul Firzanah) membuatkan saya sedih, malah isteri saya, Norliyati Abdul Hamid, 41, masih sedih dan tak terdaya...nak balik rumah di Sri Serdang pun dia tak mampu dan asyik menangis terkenang kepetahan dan gelagat Nurul Firzanah.

"Kami tak terdaya nak beraya. Tiada sambutan Aidilfitri pun, tak mampu nak ke rumah saudara-mara sebaliknya hospital inilah tempat kami berkumpul.


"Memang dugaan ini sukar kami tempuh dan saya tak boleh nak maafkan budak (suspek) itu, perbuatan dia kepada anak kami tak boleh diterima," katanya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di HKL, di sini semalam.



YKN diwakili Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKN antaranya, Datuk Seri Mohamed Khalil Hussein dan Prof Datuk Dr Zaliha Omar.

Mat Zaki berkata, sehingga kini dia masih belum mendapat maklumat mengenai suspek dan berharap orang ramai dapat membantu mengesan teman lelaki anaknya itu untuk diadili.


"Saya harap orang ramai boleh sama-sama mengesan dan bawa dia ke pihak berkuasa. Selepas kejadian tiada berita langsung daripada dia, malah keluarga dia sendiri pun tidak tahu ke mana dia menyembunyikan diri kerana sebelum itu tiga minggu dia tak pulang ke rumah.

"Keluarga dia yang juga bekas jiran kami ketika menetap di AU2, Keramat ada datang melawat Firzanah dan memohon maaf bagi pihak anaknya," katanya.


Sementara itu, Shahrizat berkata, pihaknya akan cuba membantu keluarga mangsa jika diperlukan mengikut apa yang disarankan HKL berikutan proses merawat Nurul Firzanah yang mengambil masa lama termasuk rawatan pembedahan plastik.


Bagaimanapun, katanya, semalam YKN memberi sumbangan RM2,000 sebagai permulaan selain berharap keluarga mangsa terutama ibu bapanya akan terus tabah dan sabar


sumber : myMetro

Sepasang suami isteri menemui sesuatu diatas syling rumahnya,apa dia?

Posted: 17 Aug 2012 05:30 PM PDT



Disturbing Ceiling Surprise

A couple in Australia noticed a sticky liquid oozing through the ceiling in their house. Imagine their surprise when they found out what it was…


1Disturbing Ceiling Surprise
The liquid was a honey from a massive beehive in the ceiling cavity. It was abandoned by the bees. The tenants of the house were advised to turn to professionals in order to remove the hive completely, because the bees could come back if they smelled any traces of it.



.




.





.




2Disturbing Ceiling Surprise
3Disturbing Ceiling Surprise

[Gambar] Kemalangan ngeri di gilis trak

Posted: 17 Aug 2012 05:15 PM PDT

Sungguh ngeri..







Renungan untuk manusia yang bergelar anak.

Posted: 17 Aug 2012 05:00 PM PDT





Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
     
 
Bila dahaga, yang susukan aku....
mak                            
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak                              
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak                    
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak                      
Bila bangun tidur, aku cari....
mak                              
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak                        
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak                            
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak                          
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak                        
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak                            
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak                          
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak                  
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak                            
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak                          
Aku selalu teringatkan ....
mak                                
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak                            
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak                      
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak                            
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "                        
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak                        
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak                        
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak                          
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak                          
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak                      
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak                        
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak              

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak                  
Yang selalu berleter kat aku...
mak                              
Yang selalu puji aku....
mak                                  
Yang selalu nasihat aku....
mak                                
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....      
                       
Bila seronok, aku cari....pasanganku                            
Bila sedih, aku cari....
mak
                                 
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak    
                         

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                          
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku  
                         
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak  
                       
Bila sambut valentine. Aku bagi hadiah pada pasanganku                  
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
             
Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu... mak ingat kat aku
                                 
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon
mak
                             
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak      
                 
Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
             
Berderai air mata jika kita mendengarnya........  

                   

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.......
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
       
Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya......

Rupanya macam ni cara pemberita duduk

Posted: 17 Aug 2012 04:45 PM PDT



Juruterbang tanpa tangan

Posted: 17 Aug 2012 04:30 PM PDT



Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Pepatah ini lah yang dipegang teguh oleh Jessica Cox, sehingga dia berjaya menjadi juruterbang pertama yang memperolehi lesen untuk menerbangkan pesawat dengan kakinya.




Jessica Cox, 25 tahun, dilahirkan tanpa tangan di Arizona, Amerika Syarikat. Dia boleh melakukan apa saja yang orang normal lakukan. Dia boleh menulis, memandu, menaip,memperolehi  tali pinggang hitam dalam taekwondo serta menerbangkan pesawat.




Ketika baru belajar memandu, kereta Jessical diubahsuai agar sesuai dengan keadaan dirinya tetapi Jessica membuka semua ubahsuai tersebut dan memandu tanpa nya.
Pada umur 10 tahun,  Jessica mulai belajar Taekwan Do dan dia berhasil mendapatkan talipinggang hitam pada semasa berumur 14 tahun. (link)





Artis ini selalu buat aksi ghairahnya didepan webcam

Posted: 17 Aug 2012 04:15 PM PDT


SHANGHAI- Zona Malam - Isabella Yang membantah tudingan dirinya mencari sensasi dengan tersebarnya video masturbasi dirinya di internet.

 "Ini bukan aksi mencari populariti," tegas Isabella seperti yang disitus Sohu.

 Isabella mengaku sering mempertontonkan aksi seronok di depan webcam, saat masih menjalin hubungan selama tiga tahun dengan bekas kekasihnya.

 "Saya punya ratusan klip video yang lebih seksi yang boleh saya pamerkan. Tapi itu hanya untuk koleksi peribadi saya saja, bukan tontonan awam," akunya.

 Seperti yang diketahui video masturbasi Isabella Yang, bocor saat dikirim kepada kekasih temannya yang tinggal di England.

 Isabella sendiri cukup kontroversi, kerana sering memposting video pornonya.

Hebat...Jaket Hujan yang Dapat Menyuling Air Hujan Menjadi Air Minum

Posted: 17 Aug 2012 04:00 PM PDT


Hyeona Yang dan Joshua Nobel dari Institut Copenhagen telah mereka sebuah jaket hujan (baju hujan) yang dapat menampung serta meneutralkan kan air hujan menjadi air minum.

Cara kerja jaket hujan yang mereka namakan Raincatch ini adalah, menampung air hujan dalam tudung jaket dan air ini kemudian melewati filter arang dan sistem pemurnian kimia yang terintegrasi.

Setelah disaringkan, air minum tersebut kemudian disimpan di sekitar bahu dan saku-saku mantel tersebut. Kemudian, anda tinggal meminum air yang telah disaringkan tersebut melalui sedutan yang ada pada jaket hujan.





Sumber : dailymail

[Gambar] Pasangan adakan hubungan badan didepan orang ramai dalam keretapi

Posted: 17 Aug 2012 11:00 AM PDT

Pasangan ini sedang adakan hubungan seks di dalam keretapi di Vienna Austria Ketika penumpang lain menyedari apa yang terjadi, mereka berlari mendekat pasangan ini secara perlahan untuk menonton, bersorak, mengejek, mengambil foto, dan merakamkan dengan handphone. Tetapi pasangan ini tidak peduli dan meneruskan aksi mereka.Apakah ini pertanda keruntuhan moral semakin parah? Di dalam gerabak penumpang kereta api di tengah keramaian disaksikan orang yang begitu ramai mereka tetapi mereka tidak peduli...Kita kelakuan begini boleh terjadi di negara kita kerana bunga-bunganya sudah ada.....





sumber gambar : unik13.info


Buang tuala wanita bersepah -sepah

Posted: 17 Aug 2012 10:30 AM PDT

Kesian lelaki ini....
akibat buang tuala bersepah-sepah ..
habis helmet dia..



Inilah jurugambar yang berjaya menjadikan seekor lalat model foto

Posted: 17 Aug 2012 10:15 AM PDT

Sebahagian besar manusia di dunia ini mengenal lalat sebagai makhluk yang menjijikkan dan sumber penyakit, kerana itulah faktanya. Tapi di tangan seorang pemuda berasal dari Belgium ini, seekor lalat yang dijadikan model salah satu projek fotografinya dapat menjadikannya terkenal. Tentunya lalat foto model yang digunakannya adalah lalat mati.

Nicholas Hendrickx

Namanya adalah Nicholas Hendrickx, atau biasa orang menyebutnya dengan nama Jimi (mungkin diambil dari nama Jimi Hendrix) atau Ukaaa (namanya di Flickr). Fotografer berusia 20an tahun ini adalah salah satu pemuda yang berfikiran 'Out of The Box'. Kerana dengan imajenasinya yang luar biasa, lalat-lalat yang dia temukan di taman dapat ia ubah menjadi karya seni fotografi yang lucu dan unik. Bahkan ia menamai lalatnya dengan nama Gerald Fly, atau biasa dipanggil Mr. Fly.


"Aku bertemu Gerald di taman. Saat itu aku hendak memfoto beberapa bunga di sana. Dia menatapku dengan mata mosaiknya, berharap aku dapat membantunya. Kemudian aku menawarkan pekerjaan untuknya sebagai foto model baruku, dan malam itu kami minum dan mengobrol tentang fotografi." Kata Jimi berimajenasi tentang pertemuannya dengan Mr. Fly.

Jimi berpikir bahawa lalat dan manusia memang diciptakan untuk saling bekerja sama, dan hal itu terbukti pada karya Mr. Fly yang dia kerjakan.Dan inilah gambar-gambar yang berjaya menarik perhatian dunia :



















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS