Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Iqram Dinzly Bakal Meriahkan “Jalan-Jalan Cari Makan” Musim Baru

Posted: 20 Jun 2012 10:20 PM PDT

Diam tak diam, program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sudah pun memasuki musim ke-19! Program kali ini cukup istimewa kerana bukan sahaja menampilkan 4 segmen menarik dalam memperkenalkan tempat dan restoran yang patut dikunjungi, malah para penonton juga akan ditemani dengan seorang pengacara baru yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanahair.

Selepas Shiha (Mentor 5) bergandingan dengan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai perantara musim lalu menggantikan Qushairi Razali (Qi), nantikan pula kemunculan pelakon muda popular Iqram Dinzly merangkap hos musim baru JJCM yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2012.

Mulai 1 Julai ini, setiap episod mingguan akan membuka tirai dengan segmen pertama yang dikenali sebagai 'Lain Macam' yang akan membawa para penonton dan penggemar makanan ke beberapa buah restoran tempatan termasuklah tempat makan menarik yang menyajikan makanan enak dan istimewa di samping mempelajari cara menyediakan serta rahsia keenakan setiap juadah pilihan.

Ikuti penggembaraan Iqram yang akan membawa penonton menjelajah ke destinasi selera bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang malah di negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang cukup sinonim dengan resepi unit serta juadah tempatan yang selalu dijadikan sebagai menu pilihan pencinta makanan.

Musim ini juga lebih menarik kerana setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai cerita unik yang tersendiri seperti yang cuba ditampilkan menerusi segmen kedua, 'Siapa Itu?' di mana Iqram akan ditemani oleh seorang artis atau selebriti jemputan di dalam setiap episod mingguan. Aiman Hakim Ridza, Wan Sharmila, Izreen Azminda, Adam Shah adalah di antara yang bakal membuat penampilan khas dalam JJCM kali ini.

Saksikan bagaimana gelagat Iqram melayan kerenah para peminat dan penonton bertuah yang telah dipilih untuk tampil dalam segmen ketiga JJCM yang dikenali sebagai 'Jemput Makan'. Dalam setiap episod yang dipaparkan pihak produksi JJCM akan memilih seorang tetamu jemputan khas menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM atapun para peminat yang sering menghantar emel untuk memberi komen ataupun cadangan kepada program JJCM. Menariknya, mereka yang terpilih juga boleh membawa pasangan masing-masing ataupun ahli keluarga untuk menemani mereka merasai sendiri kelazatan juadah di restoran dan kedai makan yang digemari ataupun baru pertama kali dikunjungi.

Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, 'Singgah' yang akan memaparkan kedai makanan yang unik dan lain daripada kebiasaan seperti warung kecil popular ataupun gerai berkonsepkan santai dan ringkas di tepi jalan termasuklah restoran bergerak seperti lori "dapur bergerak" yang terletak di jejambat Pusat Bandar Damansara yang mampu menyajikan makanan untuk 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa.

Pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari, bermula 1 Julai 2012. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Pegang Tangan Wanita Boleh, Buka Baju Tidak – Aeril Zafril

Posted: 20 Jun 2012 10:02 PM PDT

Tertarik sebentar dengan artikel dari Gua mengenai Aeril Zafrel yang bertajuk "Aeril Zafrel Enggan Buka Baju, Pegang Tangan OK".

Hairan juga OHBULAN! setelah habis membaca keseluruhan artikel tersebut. Aeril dalam kenyataannya kepada Gua, selepas filem lakonan terbarunya, 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' (HACKS), dia tidak mahu lagi mendedahkan tubuh badannya seperti membuka baju di depan kamera.

"Selepas filem HACKS, saya tidak mahu lagi melakonkan adegan-adegan yang memerlukan saya membuka baju. HACKS adalah yang terakhir. Saya harap pengarah dan pihak penerbit boleh faham dengan pendirian saya ini. Jika ada yang tidak senang, saya tidak akan terima tawaran berlakon daripada mereka. Saya nekad tidak mahu melakukannya lagi."

Namun, dia tidak pula menolak untuk memegang tangan wanita jika perlu didalam filem lakonannya. Ini menimbulkan komen negatif dari pembaca Gua iaitu Aaron Azwan.

Ada juga pembaca yang gembira dengan keputusan yang diambil oleh Aeril.

Jelas Aeril lagi, dia mengambil pendekatan ini kerana dia tidak mahu membuat perubahan secara mendadak. Biarlah ianya sedikit demi sedikit. Bagi Aeril, memegang tangan wanita dalam filem lakonannya dianggap sebagai tuntutan kerja.

Untuk pengetahuan, Aeril kini sedang giat mempelajari ilmu agama dan sudah masuk 3 bulan semenjak dia mendekatkan diri padaNya. Aeril turut memberitahu dalam masa cuti yang diambil, dia mengambil kesempatan untuk melawat pusat-pusat pembelajaran agama di beberapa buah negara untuk menuntut ilmu.

"Sekarang sudah masuk tiga bulan saya mempelajari ilmu agama atau mengenal diri sendiri. Dalam tempoh itu juga, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mahu berehat seketika," menurut Aeril dipetik dari Gua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar & Ulasan Konsert Maher Zain Konsert Forgive Me

Posted: 20 Jun 2012 10:28 PM PDT

Budiey akui, suka dan minat benar dengar lagu-lagu dari Maher Zain. Irama pop lantunan suara gemersik Maher dirasakan sangat 'in' & touching selain punya mesej ketuhanan dan kemanusiaan sejagat. Itu istimewanya Maher Zain di kaca mata Budiey.

Terpanggil untuk memilih Konsert Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia berbanding Konsert Train yang diadakan pada waktu yang sama, malam yang sama membuktikan pengaruh Maher Zain cukup sebati dalam jiwa Budiey. Namun, Budiey tercari-cari apa istimewanya dan uniknya konsert kali ini jika nak dibandingkan dengan konsert yang terdahulu beliau?

Apa-apa pun, ramai peminat patut berterima kasih kepada Marctensia yang bersusah payah membawa penyanyi lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan ini ke Malaysia sekali lagi.

Konsert yang dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang peminat itu diadakan pada 16 Jun 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ternyata memberi perspektif berbeza.

Konsert tajaan Canon ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia (sila jangan tukar kepada BM nama penaja ini – itu pesan PR konsert ini kepada Budiey). Ini merupakan konsert keduanya selepas konsert pertama di Kuching, Sarawak yang tak kurang mendapat sambutan hangat.

Bezanya kali ini, Maher Zain mendendangkan lebih 23 buah lagu yang rata-ratanya adalah dari album terbaru beliau Forgive Me.

Mempertaruhkan persembahan pembukaan dari dua orang artis di bawah naungan label yang sama (Awakening Records) iaitu Irfan Makki dan Raef sedikit sebanyak memperkenalkan artis ini ke Malaysia. Cuma Budiey kecewa dengan persembahan Irfan Makki yang tidak memberikan kecemerlangan dalam lantunan vokal. Sekali dengar vokal suaranya persis Michael Jackson. Sangat halus, malah Irfan Makki turut menyanyikan lagu You're Not Alone. Sama je macam Michael Jackson nyanyi, jadi apa istimewanya Irfan Makki yang mendapat perhatian dan promosi hebat oleh Maher Zain di Twitternya.

Kalau pembaca semua baca tweet Budiey pada malam itu, ternyata kekecewaan itu dilontar secara jujur dari hati. Malah turut memberikan impak negatif di mana Irfan Makki disamakan dengan budak sekolah yang baru nak belajar vokal.

Ternyata benar, bukan Budiey sahaja yang merasakan Irfan Makki hanya artis album bukan artis konsert. Tiada aura performer atau entertainer langsung, bahkan vokalnya sumbang. Itu yang penonton tak boleh terima. Bosan sekali untuk menantikan 6 buah lagu Irfan Makki tamat.

Ternyata kekecewaan ditebus oleh persembahan kedua untuk sesi pembukaan yang dimainkan oleh Raef. Muziknya lebih terkesan, lagu-lagunya senang diikut walaupun baru pertama kali Budiey dengar lantunan suara lagu milik Raef ini. Raef mendendangkan lagu-lagu popular seperti I'm Yours yang diubah sedikit liriknya, Mawlay, Allah, With You, You're The One dan Jumuah.

Maher Zain membuka persembahan dengan lagu Sepanjang Hidup, disusuli dengan lagu Assalamu Alayka, One Big Family dan diselang-selikan dengan bicara ringkas bersama penonton. Tidak banyak bercerita dengan panjang lebar, Maher Zain meneruskan hiburan Ya Nabi Salam Alayka, Freedom, Forgive Me, I Love You So, My Little Girl dan semasa waktu rehat, penonton dihiburkan dengan persembahan instrumental dari pemuzik. Pemain saxafon terkenal Malaysia, iaitu Jari juga turut diundang menyumbangkan aura muziknya untuk konsert ini.

Selain itu, Maher Zain menjemput Irfan Makki sekali lagi berduet dalam lagi I Believe dan Kiya Karo.

Lagu Mawlaya, Guide Me All The Way, Man In The Mirror, Paradise, For The Rest of My Life, Number One For Me, Insha Allah Masha Allah dan menutup konsert ini dengan lagu Baraka Allah Lakuma.

Bagi Budiey, konsert ini tiada klimaks yang berkemuncak dan ia sangat mendatar. Tak ubah jika kita datang konsert dan hanya terhibur dengan putaran album Cd. Cuma Budiey rasa ohsem dengan pemuzik-pemuzik yang hadir dari Holand dan beberapa negara asing.

Untuk konsert ini, Budiey berikan 3/5 bintang.Forgive me jika Budiey terpaksa berterus terang dengan mengatakan konsert ini biasa-biasa saje.

Cuma apa yang penting, konsert seisi keluarga ini membawa mesej-mesej positif ketuhanan dan keinsanan buat kita yang mendengarnya. Bukan sekadar hiburan biasa tapi satu pengajaran untuk keselamatan diri di dunia dan di akhirat. Wassalam.

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Raef

RAEF

Irfa Makki

IRFAN MAKKI

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Program BABA’S cu-bits di TV3

Posted: 20 Jun 2012 09:57 PM PDT

BABA'S cu~bits Memperkenalkan Evolusi Sajian Tempatan Yang Bakal Menjadi Trend Baru!

George Bernard Shaw, cendekiawan sastera yang juga pemenang anugerah Nobel 1925 pernah berkata, "There is no love sincerer than the love of food" – tiada cinta yang seikhlas cinta pada makanan. Untuk kita di Malaysia ini, mungkin tiada kata-kata yang lebih tepat menjelaskan percintaan kita dengan makanan.

Percintaan inilah menyebabkan kita sentiasa mencari pengalaman-pengalaman rasa yang baru, dan juga menjadi ilham kepada beribu-ribu hidangan yang sentiasa ditambahkan kepada senarai resipi-resipi tempatan. Sememangnya tidak boleh dinafikan kita semua kaki makan. Tidak kira keturuan atau pengalaman hidup, persamaan antara kita adalah percintaan kami se-Negara dengan aroma dan rasa sajian yang lazat.

cubits logo final

Dari subur hingga senja, insan-insan kita boleh sahaja ditemui beratur untuk mendapatkan juadah-juadah yang digemari. Mungkin kerana kebanyakan dibesarkan disuap bersama, kami lebih selesa berkongsi masa ini dengan keluarga atau kawan. Itulah unsur-unsur yang menjadi dasar evolusi kulinari yang bakal menjadi "trend" tempatan terbaru!

Konsep kulinari "cu-bits" menggabungkan dua unsur tempatan iaitu makanan yang penuh kaya dengan citarasa dan tabiat kita yang dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan.

"Inspirasi untuk gelaran "cu~bits" berasakan gabungan perkataan "cuba" dan "bits", yang dengan sejelas mungkin mengambarkan trend hidang baru ini!", kata Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan & Promosi, Baba Products (M) Sdn Bhd.

Bukan sekadar cara hidangan yang disediakan "comeh-comeh" ala "novelle cuisine", keunikan inovasi kulinari tempatan terbaru yang digelar "cu~bits" ini adalah juga dari segi gabungan resipi-resipinya yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru. Sebagai "Power Lunch" yang ringan sesama rakan sekerja, santapan petang seisi keluarga ataupun alas perut teman sejiwa, trend kulinari inovatif ini membolehkan kita menikmati pelbagai rasa dari sajian yang dihidangkan… tanpa rasa kesal kemudiannya, yang sering dirasai!

Persembahan jingle program BABA'S cu~bits oleh Andy Flop Poppy & Elvira

Persembahan jingle program BABA'S cu~bits oleh Andy Flop Poppy & Elvira

Untuk 26 minggu berturut mulai Julai 1, 2012 penonton-penonton tempatan akan mengenali dan mengalami evolusi kulinari tempatan terbaru ini dalam siri masakan BABA'S cu~bits. Setiap Ahad jam 7.30 malam, program yang dihoskan oleh Chef Kamarul akan menonjolkan 3 recipe cu~bits origin baru yang berdasarkan makanan kegemaran tempatan. Tidak kira anda mahir ataupun pertama kali hendak ke dapur, resipi-resipi dari program BABA'S cu~bits akan menjadi pilihan anda, khas bila hendak menyediakan sajian untuk dimakan bersama. Kesemua 78 resipi unik ini dihasilkan menggunakan produk-produk BABA'S; yang telah lama menjadi jenama rempah kegemaran tempatan, sungguh mudah dan cepat disediakan.

"Pastinya program ini bukan sekadar mengemukakan trend cu~bits dan resipi-resipi lazat, bahkan ia merupakan cara kami ingin mendorong lebih ramai turut ke dapur dengan menunjukkan resipi-resipi yang mudah dicuba" tambah Navin,

Produksi BABA'S cu~bits telah mencipta beberapa pencapaian, seumpamanya ia ditampilkan dalam format FULL HD dan juga merupakan kali pertama siri masakkan BABA'S akan ke udara di TV3. Satu lagi keistimewa kempen ini adalah "cross-promotion" yang dibuat dengan segmen khas BABA'S cu~bits dalam rancangan Nona, setiap Ahad jam 2 petang mulai 1 Julai 2012. Bagai peminat-peminat setia yang ingin menonton episode-episod BABA'S cu~bits yang telah terlepas, ia boleh juga diikuti di TONTON.

Seperti tahun-tahun lalu, hadiah-hadiah yang penuh lumayan telah pun disediakan untuk pengikut setia program BABA'S cu~bits, keterangan lanjut akan diumumkan oleh Chef Kamarul di dalam program dan juga di laman FACEBOOK BABA'S & U.

Jadi jika anda peminat setia program masakan BABA'S, penggemar rancangan masakan yang ingin tahu tentang cu~bits dan cara turut mengikuti trend ini, jangan lupa menonton siaran BABA'S cu~bits yang akan ke udara setiap Ahad, jam 7.30 malam bermula 1 Julai 2012, eksklusif di TV3.

Demo memasak oleh Chef Kamarul di majlis pelancaran BABA'S cu~bits

Demo memasak oleh Chef Kamarul di majlis pelancaran BABA'S cu~bits

Gimik pelancaran oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima

Gimik pelancaran oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima

Group Photo (1)

Group photo (2)

Penerbit BABA'S cu~bits Nur Azean Abdul Wahab-001

Penerbit BABA'S cu~bits Nur Azean Abdul Wahab

Persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor

Persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor

Chef Kamarul (1)

Chef Kamarul

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Saman Polis New York kerana Ditangkap Saat Pose Bugel

Posted: 20 Jun 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM,  - Seorang model telanjang menyaman polis New York, yang menangkapnya saat tengah dilukis telanjang dipusat kota New York, Times Square.

Menurut Upi.com, penangkapan itu terjadi pada 30 Ogos tahun lalu, di sudut jalan Broadway, dan 
Street West 44th. Seniman 
Andy Golub, saat itu tengah melukis Zoe West, 22, dalam kedaan telanjang disaksikan oleh ratusan pasangan mata pengguna jalan.

Zoe menilai polis tak punya alasan untuk menangkapnya, kerana berdasarkan hukum New York, telanjang bulat di muka umum, untuk kepentingan seni dipebolehkan.
"Ini tidak ilegal untuk telanjang di New Yorkselama Anda melakukannya untuk tujuan pameran, ataupun pertunjukan," ujar Zoe melalui kuasa hukumnya, Ron Kuby, dikutip di hari Rabu (20/6/2012).

Tudingannya itu menurutnya diperkuat bukti, bahawa polis New York melepaskan kliennya dua jam kemudian, tanpa dikenakan sangkaan hukum ataupun denda.
"Kami sebelumnya telah meminta izin polis untuk melakukan hal tersebut, namun mereka tetap menangkapnya, mereka nampaknya tidak terlalu perduli," ucapnya.
"Menurut sayajelas dia (Zoe) tidak melakukan sesuatu yang salah, jadi mengapa tidak dia menuntut," lanjutnya.

Ketika dimintai tanggapannya atas saman ini, Jabatan Kepolisian New York, menolak untuk memberikan tanggapannya

Kambing Lahir dengan Mahkota di Kepalanya

Posted: 20 Jun 2012 08:45 PM PDT

RIYADH - Seekor kambing unik dikhabarkan lahir dengan mahkota di kepalanya. Mahkota ini membuat kambing itu dipanggil dengan sebutan "Sang Ratu" oleh pemiliknya.

Abdul Maghni Al Mahmadi terkejut melihat kambing peliharannya memiliki bentuk jambul yang aneh di kepalanya. Bentuknya pun lebih mirip menyerupai sebuah mahkota.

"Saya terkejut melihatnya. Dia memiliki mahkota, ini pertama kalinya saya menyaksikan hal tersebut," ujar Al Mahmadi, seperti dikutip Emirates 247, Rabu (20/6/2012).

Kabar mengenai kambing ini pun tersebar dengan cepat. Bahkan, tidak lama Sang Ratu lahir, seorang lelaki memberikan tawaran sebesar 15 ribu Riyal untuk kambing itu.

"Banyak pihak langsung memberikan tawaran untuknya. Dua hari setelah kelahiran 'Sang Ratu', harganya bahkan melonjak 45 kali lipat. Tetapi saya menolak untuk menjualnya," imbuh Mahmadi.

Bagi Mahmadi, dirinya lebih memilih untuk memelihara kambing itu di peternakannya di Madinah. Dia pun berharap dapat memenangkan pertandingan kecantikan kambing, yang akan diadakan di Arab Saudi tiap tahunnya

Feizal Tebas Kepala Isteri Orang dengan Samurai

Posted: 20 Jun 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki bernama Feizal Abu Bakar dalam keadaan mabuk dan membawa samurai menuju ke rumah tetangganya di  Boon Lay Drive, Jurong, Singapura. Hanya satu yang diinginkannya, menanyakan khabar jika sang tetangga melaporkannya ke pihak berwajib kerana menggunakan ubat-ubatan terlarang.
Seperti dilansir The Straits Times, Rabu (20/6/2012), kerana lelaki yang dicarinya tak ada maka yang jadi sasaran adalah sang isteri bernama Wirdawati Che Muning. Perempuan berusia 38 tahun ini menjadi sasaran tebasan samurai Feizal dan mengenai kepala, punggung, dan bahagian perutnya.
Dalam pengadilan yang berlangsung Isnin, minggu ini, Feizal mengakui jika dirinya menyerang isteri tetangganya dengan senjata. Lelaki yang berprofesi sebagai tukang hantar ini juga dikenai dakwaan melakukan kekerasan kepada isterinya dan pihak pengadilan memerintahkan Feizal menjauhi iestrinya. Putusan akan dibacakan pada 9 Julai dengan alasan pihak terdakwa ingin menyiapkan pembelaan dengan seksama.
Dalam pengadilan setempat terungkap, seorang tetangga menelefon polis setelah mendengar teriakan dan melihat Feizal dengan samurai di tangan berdiri di dekat korban yang bersimbah darah pada 7 Januari awal tahun ini sekitar pukul 19.15 waktu setempat. Polis kemudian menyita senjata tajam tersebut.

Google sekali lagi disaman

Posted: 20 Jun 2012 08:15 PM PDT


TOKYO - Laman sosial Google sekali lagi di saman atas dakwaan melakukan kesalahan terhadap fungsi autolengkapnya yang menimbulkan unsur fitnah secara automatik dalam enjin carian nama seorang lelaki di Jepun.
Lelaki berkenaan yang tidak disiarkan namanya, menuntut Google membuang ungkapan berbaur fitnah itu dan bayaran pampasan kerana menjatuhkan air muka serta percaya kejadian itu menyebabkan dia hilang pekerjaan pada tahun lalu termasuk  mengalami kesukaran mencari pekerjaan baru.
Dalam satu tuntutan pada awal tahun, Google diarahkan mahkamah Tokyo menghentikan penyiaran ungkapan jenayah selepas nama kedua lelaki itu, tetapi gagal mematuhinya atas dakwaan ia bukan di bawah undang-undang Jepun.
sumber : sinar harian

Wanita pertama lahir bayi tabung uji meninggal dunia

Posted: 20 Jun 2012 08:00 PM PDT

BRISTOL - Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF), Lesley Brown meninggal dunia pada 6 Jun lalu.

Lesley berusia 64 tahun.

Dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise lahir di Hospital Besar Oldham.

Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.

Sejak itu, lebih tiga juta bayi telah dilahirkan menggunakan teknik yang sama.


sumber : sinar harian

Lelaki hodoh mahu jadi model iklan

Posted: 20 Jun 2012 07:45 PM PDT


ZIMBABWE - Pemenang wajah terhodoh di Zimbabwe, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.
William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.
"Saya berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada sebab untuk berasa rendah diri," katanya.
Ketika pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat lelaki lain.
"Saya telah menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, " katanya.
Menurut penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu cantik konvensional.
sumber : sinar harian

Palang berhayun tusuk teksi

Posted: 20 Jun 2012 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini mungkin menemui ajal jika dia masih berada di dalam sebuah teksi apabila kenderaan itu tiba-tiba ditusuk palang penghalang jalan hingga menembusi tempat duduk penumpang depan selepas 10 minit dia turun semalam.
Kejadian berdekatan sebuah fakulti PPUM pukul 2.30 petang itu berlaku selepas palang sepanjang kira-kira tiga meter yang tidak diikat itu berhayun apabila ditiup angin lalu menembusi cermin depan teksi milik Asenar Moido, 50.
Menurut Asenar, dia tidak sempat menekan brek untuk mengelak hayunan penghadang tersebut kerana ketika kejadian, besi itu tiba-tiba menuju ke arah teksinya apabila ditiup angin kuat.
"Kira-kira 10 minit sebelum itu, saya membawa seorang penumpang wanita yang bekerja di Fakulti Perubatan PPUM yang meminta saya menghantarnya hingga depan premis menggunakan jalan yang tidak boleh dilalui kerana mendakwa dia terlewat selain palang tidak ditutup.
"Ketika hendak keluar, saya menggunakan jalan yang sama dan tanpa diduga palang penghadang jalan tiba-tiba menembusi cermin depan sebelah penumpang hingga hujungnya sampai ke tempat letak kepala," ceritanya yang bernasib baik tidak tercedera.
sumber : kosmo online

Imej paling jelas nebula dirakam

Posted: 20 Jun 2012 07:15 PM PDT



SANTIAGO, Chile - Balai Cerap Eropah (ESO) menyiarkan gambar paling jelas sebuah galaksi muda dinamakan Nebula War and Peace (NGC 6357)
Imej berkenaan dirakam menggunakan Teleskop Amat Besar (VLT) milik ESO, Isnin lalu.
Teleskop VLT terletak di gurun Atacama, utara Chile.
Pemandangan tersebut menunjukkan sebilangan bintang muda, awan, gas dan debu cakerawala.
sumber : myMetro

‘Facecrook’ bantu polis jejak penjenayah

Posted: 20 Jun 2012 07:00 PM PDT


HACKENSACK (New Jersey): Pejabat polis bandar raya ini mempunyai laman web baru yang memaparkan pemburuan suspek dan bukannya mencari kawan.
"Facecrook" memaparkan nama, foto dan lokasi terakhir buruan dikehendaki oleh pejabat polis daerah Bergen.

Laman itu turut mereka peta dan pengguna boleh menghantar maklumat bagi membantu pihak berkuasa menahan mereka yang diburu daripada mereka yang gagal membayar nafkah anak hingga kepada yang melakukan pembunuhan.


Inspektor Mickey Bradley memberitahu akhbar The Record, dia mendapat idea mengenai laman itu kira-kira setahun lalu dan membeli alamat Facecrook pada harga AS$17 (RM53.6).

Pengguna yang memasuki laman itu perlu bersetuju untuk tidak menggunakannya untuk "menakutkan atau mengganggu orang lain". Laman itu juga mengandungi amaran "usah tangkap" bagi mengelak orang ramai menyalahgunakannya. - AP



sumber : myMetro

Bakar rumah kerana RM20

Posted: 20 Jun 2012 06:45 PM PDT


PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah mengamuk sambil mengacu pisau dan mengugut untuk membunuh keluarganya sebelum membakar rumah mereka di Desa Mentari, di sini, awal pagi kelmarin, selepas dikatakan berang apabila gagal memperoleh RM20 yang diminta daripada ibunya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan sedang ketagihan dan meminta wang daripada ibunya berusia 46 tahun untuk membeli bekalan dadah.

Namun, wanita berkenaan gagal berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang yang diminta berikutan tidak bekerja. Menurut sumber, selepas permintaannya untuk mendapatkan wang itu tidak diendahkan menyebabkan lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan mengambil pisau di dapur sebelum mengugut untuk menikam ibu, bapa dan adik bongsunya.


"Lelaki berkenaan sudah beberapa kali mengamuk dalam rumah jika ibunya tidak memberi wang yang diminta menyebabkan wanita itu tidak lagi mahu melayan permintaan anaknya itu untuk mendapatkan wang. "Bagaimanapun, kali ini anaknya itu bertindak lebih berani dengan mengacu pisau dan bimbang dengan perlakuan ganas itu, ibunya segera keluar dari rumah bersama suami dan anak bongsu," katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang berang dengan tindakan itu kemudian bertindak lebih ganas apabila membakar sebuah bilik tidur sebelum mengamuk di luar rumah.


"Jiran keluarga itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka kerana lelaki berkenaan memegang pisau dan mengancam untuk mencederakan sesiapa saja yang cuba masuk campur.



"Amukan itu tidak bertahan lama apabila dia diberkas polis yang dihubungi penduduk yang khuatir situasi berkenaan akan menjadi lebih buruk," katanya.

Katanya, ibunya kemudian membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan perangai anaknya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan tangkapan dan memberitahu suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh dan Seksyen 435 kanun sama kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.


sumber : myMetro

Berebut isteri dengan buaya

Posted: 20 Jun 2012 06:30 PM PDT


SARATOK: Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan seorang lelaki sanggup menggadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban di sini, petang kelmarin.
Namun, usaha dilakukan Embol anak Asum, 43, gagal apabila isterinya, Siah anak Munsong, 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada jaring, kira-kira jam 9.40 malam.
Sebelum kejadian, Siah bersama suaminya yang juga Tuai Rumah Panjang Sungai Anak itu mandi di sungai berkenaan sejurus selesai mencari rotan di hutan berdekatan, kira-kira jam 5.30 petang.

Embol berkata, sebelum kejadian, dia berada di tebing sungai dan melihat isterinya seolah-olah ditarik sesuatu sebelum menjerit meminta pertolongan.



sumber : myMetro

Maut dibelasah anak saudara

Posted: 20 Jun 2012 06:15 PM PDT


SERDANG: Berang kerana diejek kurang siuman, seorang mekanik membelasah ibu dan bapa saudaranya menggunakan batang besi sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 46 tahun itu yang memang mengalami masalah mental, tinggal dengan kedua-dua mangsa sejak kecil bersama ibu bapanya, namun ketika kejadian, ibu bapanya tiada di rumah itu kerana keluar berniaga.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Lee Yoke Mun, 73, dan isterinya, Lee Kim Lien, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.

Sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dengan kedua-dua mangsa di ruang tamu rumah mereka, namun suspek dikatakan tiba-tiba naik angin dan terus memukul Yoke Mun dengan sebatang besi.



sumber : myMetro

Seksa wanita hamil

Posted: 20 Jun 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.
Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.



sumber : myMetro

Belasah guru

Posted: 20 Jun 2012 05:45 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.


"Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.



"Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau," katanya.

Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam.



sumber : myMetro

Jom Kita Intip Ruang Khusus Masturbasi di Sebuah Lab Klinik Kesuburan

Posted: 20 Jun 2012 05:30 PM PDT



Program bayi tabung dilakukan dengan mempertemukan sel telur dan sperma di laboratorium. Jika pada perempuan sel telur dikeluarkan oleh doktor, laki-laki harus mengeluarkan spermanya sendiri sehingga ada ruang khusus di klinik kesuburan yang disebut ruang masturbasi.

Di ruang masturbatorium disediakan majalah majalah dewasa dan CD video porno

Ruang masturbasi yang rasminya bernama sperm collection room merupakan ruang khusus di klinik kesuburan yang disediakan khusus untuk pesakit laki-laki. Sesuai namanya, ruangan ini menjadi tempat untuk mengeluarkan sperma untuk kemudian ditampung dalam botol khusus.

"Kami menyadari betul, terkadang tidak mudah untuk mengelurkan sperma. Kerana itu kami sediakan ruangan seperti hotel lengkap dengan fasilitinya," ungkap dr Budi Wiweko, SpOG(K) dari Klinik Yasmin Kencana RS Cipto Mangunkusumo (RSCM) pada Detikhealth .


Ruang khusus masturbasi, boleh menonton filem porno untuk tujuan mengeluarkan sperma

Untuk melihat fasiliti apa saja yang tersedia, detikHealth berkesempatan mengunjungi sperm collection room alias ruang masturbasi di Klinik Yasmin Kencana RSCM Jakarta. Ruangan tersebut terletak paling hujung, terhubung langsung melalui sebuah jendela kecil menuju ruang penyerahan sperma untuk diperiksa.

Berbeza dengan ruangan lain yang ada di laboratorium tersebut, ruang masturbasi benar-benar seperti bilik hotel. Dindingnya dihiasi wallpapper oranyge bermotif bunga-bunga, dengan penerangan lampu remang-remang sehingga sama sekali tak terasa kalau sedang berada di laboratorium.

Fasilitas yang ada di ruangan itu antara lain spring bed berukuran twin yang cukup untuk ditempati

2 orang, televisyen LCD 29 inchi, DVD player serta 1almari berisi koleksi filem dan majalah khusus dewasa. Di dalam ruangan juga ada bilik mandi, yang boleh dipakai untuk membersihkan diri.


Kalau di China proses pengeluaran sperma dibantu oleh jururawat klinik.

Menurut jururawat yang bertugas, tempat tidur yang tersedia cukup untuk ditempati 2 orang kerana kadang-kadang ada pesakit laki-laki yang tidak boleh mengeluarkan spermanya sendiri. Solusinya, pesakit yang kesulitan melakukan masturbasi boleh mengajak isterinya ke dalam ruangan.

Di dalam ruangan, pesakit laki-laki bebas melakukan apa saja untuk mengeluarkan sperma. Kebanyakan hanya melakukan masturbasi dengan bantuan isteri mahupun menggunakan media berupa DVD dan majalah dewasa yang telah disediakan, namun ada juga yang sampai harus bersetubuh dengan istrinya.

"Boleh-boleh saja mahu bersetubuh, yang penting setelah itu spermanya harus segera ditampung dalam botol," tambah dr Budi, yang juga menjabat sebagai Manager Unit Pelaksanaan dan Pemasaran INA Repromed di Klinik Yasmin Kencana RSCM.

Jika spermanya tetap tidak keluar, dr Budi bersama pasukannya akan melakukan alternatif terakhir untuk mengeluarkannya yakni melalui operasi. Jika keluar air mani tetapi tidak ada sel spermanya atau disebut juga azoospermia, maka spermanya juga harus diambil melalui operasi.
(detikhealth)-dipetik dari ruanghati.com

Potong Lidah Nak Berhenti Berdengkur

Posted: 20 Jun 2012 05:15 PM PDT

Berdengkur memang mengganggu orang lain yang tidur bersama. Berbagai cara pun dilakukan agar tidak lagi tidur berdengkur, salah satunya dengan pembedahan. Lucunya, operasi yang satu ini cukup ekstrim, kerana melibatkan pemotongan lidah!


Operasi potong lidah - tepatnya: pemotongan pangkal lidah disebut Trans Oral Robotic. Sesuai namanya, operasi ini dilakukan dengan menggunakan bantuan robot kerana rongga di bahagian tersebut terlalu sempit untuk dioperasi secara manual.



Salah seorang pesakit yang pernah menjalani operasi ini, Anthony Brake asal Inggris mengaku kini boleh tidur lebih nyenyak. Sebelumnya ia sering mendengkur, lalu dokter mendiagnosisnya mengalami obstructive sleep apnea ataui henti nafas saat tidur sehingga tidurnya tidak nyenyak.



"Sekarang saya boleh tidur 8 jam nonstop dan jarang merasa kelelahan. Masih berdengkur sedikit, tetapi sudah seburuk sebelumnya," kata Brake yang menjalani operasi ini 2 tahun lalu di St Mary Hospital, seperti dikutip dari Dailymail, Selasa (10/4/2012).



Teknik operasi yang tergolong baru ini dilakukan dalam 3 tahap, yang diawali dengan memotong bahagian pangkal lidah yang disebut epiglottis. Selanjutnya permukaan pangkal lidah yang tersisa dipangkas sedikit untuk melebarkan saluran napas, lalu yang terakhir dinding atas mulut diperlebar.





Dr Bhik Kotecha yang mengoperasi Brake mengatakan bahawa operasi ini sangat baru dan baru dikerjakan pada 3 pesakit di Inggris. Namun diperkirakan, operasi ini akan diminati kerana tidak memakan waktu lama dan boleh memberikan solusi penyelesaian tetap.


Meski demikian, ada beberapa hal yang harus diperhatikan dalam operasi ini termasuk pesakit tidak boleh terlalu gemuk. Pesakit yang akan dioperasi tidak boleh memiliki Indeks Massa Tubuh (IMT) di atas 35 kg/m2, sebab jika lemak tubuhnya terlalu banyak maka tingkat keberhasilannya akan lebih rendah.



[Aneh] Inilah gambar lukisan wanita yang tak pernah wujud didunia ini

Posted: 20 Jun 2012 05:00 PM PDT

Dia adalah Lukisan 'Tica' oleh Dru Blair. Ini adalah sebuah lukisan selesai dilukis pada Februari 2005. Mengambil masa selama 65-75 jam untuk menyelesaikan.Wanita yang dilukis ini tidak pernah wujud di dunia ini dan hanya sekadar imaginasi pelukis.




 Gambar dibawah adalah langkah demi langkah  yang diambil selama proses lukisan, dan gambar besar lukisan terakhirl setelah detail dan tekstur kulit ditambahkan dengan penghapus dan pensil berwarna.


untuk mengetahui proses melukis gambar ini 
sila klik

Lelaki pakai bra dan seluar dalam dalam wanita dibenarkan naik pesawat cetuskan kontroversi

Posted: 20 Jun 2012 04:45 PM PDT

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, US Airways membuat ramai orang merasa hairan. Gara-garanya, seorang lelaki yang memakai bra dan seluar dalam wanita dibolehkan naik ke pesawat.

Insiden itu terjadi dalam penerbangan US Airways dari Fort Lauderdale ke Phoenix, AS pada 9 Jun lalu. Seorang penumpang wanita bernama Jill Tarlow sempat merakam gambar lelaki berpakaian aneh tersebut. Foto tersebut kemudian dikirim ke media San Francisco Chronicle.

Menurut Tarlow, dia dan para penumpang lainnya saat itu mengeluhkan penampilan lelaki tersebut sebelum naik ke pesawat. Namun staf US Airways mengabaikan keluhan mereka. Lelaki itu tidak dilarang naik ke pesawat.



Tarlow mengaku sangat terkejut melihat penampilan lelaki separuh baya itu."Tak ada yang akan percaya jika saya tidak mengambil gambar dirinya," ujar Tarlow seperti dilansir SF Gate. "Bukan main.... dan dia menyukainya. Dia berpose untuk saya," imbuhnya.

Juru cakap US Airways Valerie Wunder membela kebijakan staf penerbangan tersebut. "Jelas bahawa jika bahagian-bahagian peribadi mereka tidak terekspos, itu tidak pantas.... Jadi jika mereka tidak mempamerkam bahagian-bahagian peribadi mereka, mereka dibolehkan terbang," tuturnya.

Padahal enam hari sesudah kejadian itu, seorang pemuda AS ditahan oleh polis di Lapangan Internasional San Francisco setelah dirinya diusir dari pesawat US Airways. Gara-garanya, Deshon Marman, lelaki berkulit hitam itu memakai seluar baggy yang melorot hingga ke bawah pinggang. Kru pesawat menyuruhnya untuk menaikkan seluarnya yang melorot Namun Marman menolak hingga kemudian dipaksa meninggalkan pesawat.

Wunder menekankan, pengusiran terhadap Marman minggu lalu bukan kerana pakaiannya. Namun kerana dia tidak mematuhi perintah kru pesawat untuk menaikkan celananya yang kedodoran.

"Akar permasalahan tersebut adalah jika Anda tidak mematuhi permintaan kapten, maka kapten berhak menangani isu tersebut," tandasnya.

Namun pengacara Marman, Joe O'Sullivan mencetuskan, kliennya telah mengalami diskriminasi racial kerana warna kulitnya.

"Itu benar-benar menunjukkan adanya pembohongan," cetusnya.


(ita/nrl)

Rezeki..kereta yang hilang 16 tahun lalu dijumpai semula

Posted: 20 Jun 2012 04:30 PM PDT


SALT LAKE CITY, KOMPAS.com — Edward Neeley dari Jefferson City sangat senang kerana dapat menemukan lagi kereta kesayangannya yang dicuri 16 tahun lalu. Dia berhasil mendapatkan lagi sedan Chevy Camaro klasiknya setelah menemui kereta itu dari Utah bulan lalu.

Neeley menghubungi polis Utah setelah dia melihat Camaro tersebut dijual secara online. Penjualnya, Brent Dockery dari Syracuse, membeli kereta itu empat tahun lalu di situs eBay. "Dia juga merupakan korban penipuan," ujar polis setempat. Dia tidak menyedari nombor enjin kereta itu telah diubah.

Detektif Davis mengatakan, nombor identitiyang asli masih tercantum pada panel pintu. Setelah penyelidikan, polis Utah mengembalikan kereta itu kepada Neeley yang merupakan pemilik sahnya.

"Oh, akhirnya saya mendapatkan mobil kesayangan saya lagi. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya dia akan ditemukan lagi," kata Neeley. Dockery mengatakan, ia membeli mobil itu seharga 16.000 dollar AS dan menghabiskan 10.000 dollar AS untuk memperbaikinya. Masalah antara Neeley dan Dockery akan diselesaikan di pengadilan sivil. (AP/Joe)

Sumber :Kompas Cetak

Gambar tempat pelacur jalanan di Eropah yang jijik

Posted: 20 Jun 2012 04:15 PM PDT


Pekerja seks memang salah satu profesi tertua di dunia, tidak disini tidak disana. Mungkin sebahagian kita fikir kalau pekerja seks di negara maju seperti Eropah pasti tidak ada yang teruk semuanya berkelas. Tapi ternyata bukan demikian nyatanya. . Di Itali yang sudah majupun hal mirip begini ternyata ada. Prostitusi dimanapun ternyata mirip-mirip kondisinya.


Berikut ini merupakan sebuah potret nyata kehidupan para pekerja seks alias pelacur di negara Itali yang kebanyakan berasal dari negara-negara Afrika, salah satunya Nigeria. Mereka menunggu di tepi-tepi jalan antar kota di semak semak dengan alas seadanya dan begitu jelek, tapi nyatanya hal begitupun tetap saja ada pelanggannya, singkatnya tak ada penawaran kalau tak ada permintaan.




















Remaja beli buku bawak pedang samurai?

Posted: 20 Jun 2012 04:00 PM PDT



sumber : stomp.com.sg

STOMPer Jerome spotted this youth with what looked like a samurai sword or 'katana' strapped to his back at Borders. He appeared to be browsing the shelves there as if nothing was out of the ordinary.

STOMPer Jerome wrote:

"I saw this samurai at Borders.

"So samurai read too?"

Wow..orang minyak kejar perempuan berbikini di tepi pantai

Posted: 20 Jun 2012 11:00 AM PDT

Kucing terjebak selama 3 hari dipokok kaktus

Posted: 20 Jun 2012 10:30 AM PDT

Kebanyakan pemilik kucing akan tahu berapa banyak haiwan peliharaan mereka suka untuk mengeksplorasi. Tapi kucing ini mungkin berani mengambil langkah terlalu jauh ketika itu dan berakhir terjebak di atas kaktus raksasa selama setidaknya tiga hari tanpa makanan atau air.

Apakah itu kerana rasa takut atau rasa ingin tahu, tak seorang pun akan tahu tapi kucing rumah hitam dan coklat berhasil naik ke pokok kaktus setinggi 20ft ke atas.







Warga dan pejalan kaki sangat khuatir melihat kejadian itu di dekat Sungai Garam di Arizona, dan menghabiskan waktu untuk memeriksa bagaiman keadaan kucing tersebut

Seorang penduduk JD Robbins mengatakan " kucing ini mungkin telah mengejar sesuatu sampai ke atas kaktus ". Tapi meskipun begitu lama terjebak, kucing itu nampak tetap tenang. Beberapa ahli mengatakan akan terlalu berbahaya untuk cuba untuk menyelamatkannya - sementara pemadam kebakaran juga mengatakan pada akhirnya akan turun dengan sendirinya.

Dan mereka benar keraa tiba-tiba moggy turun dengan sendirinya saat akan difilemkan oleh Fox9 kru TV. Selain dari beberapa luka cakar, kucing itu dalam keadaan baik dan tidak ada luka lain ditubuh kucing itu






sumber : rustihell.blogspot.com

Otak terkeluar akibat terkena kipas helikopter

Posted: 20 Jun 2012 10:15 AM PDT







sumber : rotten.com

ngeri betul helmet pun boleh pecah.....

Pelik..Doktor Yang Gemar Koleksi Tatoo Mayat

Posted: 20 Jun 2012 10:00 AM PDT


Ramai orang memiliki hobi mengkoleksi setem, sebahagian lainnya gemar mengumpulkan kereta dan kereta antik, ada juga yang mencari dan menyimpan medal, wang kuno, kristal, guci, piring antik, patung dan lukisan.

Namun terbayangkah anda bahawa ada saja orang yang gemar mengkoleksi sesuatu yang amat sangat tidak biasa, iaitu Kolektor Tattoo Mayat.

Dr Katsunari Fukushi adalah salah seorang pendiri Japan Tattoo Institute yang bergerak dibidang pelestarian seni tradisional tattoo Jepang atau popolernya "tebori".


Sebanyak 100-an lebih tattoo tradisional yang memenuhi kanvas hidup kulit manusia yang sudah mati, disamak dan dikoleksinya. Hal ini tentunya dilakukan dengan mendapat keizinan sebelumnya, segalanya ia lakukan demi pelestarian budaya dan ilmu pengetahuan.

Tebori yang artinya mengukir dengan tangan. Zaman dahulu kala masyarakat Jepun mentatto tubuh mereka dengan menggunakan sebuah batang bambu berisi jarum di hujungnya yang digunakan untuk menempatkan arang dan menggunakannya sebabai tinta tatto.

sumber: yahoo.id

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS