Slot Citra Di TV2 Sepanjang Mei Ini Tampilkan Pelakon Wanita Terkenal
Penghargaan kepada kaum wanita sepanjang Mei ini dengan sambutan Hari Ibu yang diraikan masyarakat seluruh dunia. Jasa dan pengorbanan seorang wanita diangkat RTM dengan menjanjikan tayangan drama-drama terbaik mengisi Slot Citra, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2 yang membariskan pelakon-pelakon wanita terkenal tanah air.
Kemunculan pelakon Nasha Aziz, Umie Aida, Wan Sharmila, Bety Benafe dan Juliana Evans membintangi drama Diari Bella (1 Mei 2012), Sepatu Merah Sepasang (8 Mei 2012), Arah Lain Ke Syurga (22 Mei 2012) dan Puteri Pulau Tuba (29 Mei 2012) pastinya dinantikan semua peminat mereka dalam membawakan watak seorang wanita yang cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan.
Kisah Diari Bella yang menyaksikan lakonan mantap Nasha Aziz bersama Betty Benafe, Qiela Malik, Zulkifli Ismail, Kismah Johar dan Tony Eusoff mengangkat watak Bella yang disangka mengalami masalah mental lantaran suami dan anaknya, Karina dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan samseng.
Ketika bertugas sebagai pengasuh di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Bella bertemu seorang anak yatim bernama Tina yang kematian ibu dan ayahnya akibat kemalangan di England. Tina dijaga oleh ibu saudaranya, Alia yang dalam diam rupanya mendera Tina. Bella cuba menyelamatkan Tina dengan membawa lari kanak-kanak tersebut. Namun sebaliknya Bella pula didakwa menculik Tina.
Khas Hari Ibu, saksikan drama Sepatu Merah Sepasang terbitan Rumah Karya Citra arahan Erma Fatimah kisah tentang pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anaknya dengan serba kekurangan di lorong-lorong. Anaknya, Bulan sedaya upaya mahu menggembirakan hati ibunya yang semakin tua.
Pada Hari Ibu, Bulan berhasrat mahu memberikan hadiah yang istimewa buat ibunya. Tetapi hasratnya kecundang apabila sekumpulan samseng merampas duit yang dipinjam daripada majikannya. Hadiah yang dibeli untuk ibunya turut dirampas. Demi menyelamatkan hadiah tersebut Bulan telah dilanggar oleh sebuah kereta. Drama ini lakonan Umie Aida, Zamarul Hisham, Ku Haris, Afi dan Beety Rahmad.
Saksikan kemudiannya drama Arah Lain Ke Syurga dibintangi oleh Wan Sharmila, Aznah Hamid, Norman Hakim, Kenchana Dewi dan Tan Mei Ling berlatarkan cerita Qaseh yang melarikan diri untuk berkahwin dengan Haikal. Namun sebenarnya Haikal memiliki niat jahat dan telah merogolnya.
Qaseh diselamatkan oleh sepasang suami isteri berbangsa India bersama anaknya yang masih kecil. Berlaku kejadian yang tidak diingini apabila mereka terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan suami isteri itu meninggal di tempat kejadian. Bayi mereka terselamat dan Qaseh menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang. Anak itu diberi nama Soraya. Setelah beberapa tahun berlalu, Soraya dijejaki oleh neneknya, Prema.
Puteri Pulau Tuba pula mengisahkan enam orang sahabat yang menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah ketika musim cuti persekolahan. Perkhemahan ini diadakan di Pulau Tuba.
Mereka sememangnya menyimpan impian untuk ke Pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan keindahannya. Tetapi berlaku kejadian yang tidak diingini apabila Ari tiba-tiba hilang. Apakah yang berlaku pada Ari? Adakah impian untuk bertemu Puteri Pulau Tuba menjadi kenyataan? Drama ini lakonan Juliana Evans, Amin Abu Bakar, Faizal Husein, Enka Farhana, Ruminah Sidek dan Finie Don.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Tuesday, May 1st, 2012 pada 11:50 am dan di bawah kategori Drama, TV2.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.
Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.
"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.
Rita Rudaini mahu alasan kukuh sebab Aidil Zafuan minta cerai daripadanya. Foto BRIAN MOH
"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.
Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.
Bagaimanapun tambah Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.
"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya.
Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.
"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.
"Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya.
Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah."
Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak. Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi. via Mstar Online
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Monday, April 30th, 2012 pada 11:37 pm dan di bawah kategori Artis Bercerai, Rita Ridaini.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Lupakan soal perkahwinan Fasha Sandha & Jejai sebentar. Kali ini kami bawakan 18 foto Nora Danish sepanjang mengerjakan ibadah umrah sejak terbang ke sana pada hari Jumaat lalu. Sejuk betul hati kami memandang aktres cantik ini lengkap berpakaian menutup aurat.
Ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan Nora Danish & Adi Putra. Sebenarnya, Nora Danish & Adi Putra merupakan duta kepada syarikat pelancongan yang dilantik oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, iaitu Triways Travel.
Difahamkan, syarikat berkenaan turut bekerjasama dengan Lufthansa City Center (LCC) pada tahun 2004 bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada penganut Islam seluruh dunia dimana mereka mempunyai lebih 650 agen di 65 buah negara!
Kami pasti pemergian mereka ke sana menarik perhatian ramai penganut Islam yang ingin mengetahui pengalaman beribadah di sana. Mungkin, selepas ini rezeki anda pula, kan?
KOTEX® salah satu daripada jenama produk feminin paling terkemuka di dunia kini berusaha menghubungi golongan wanita muda sekali lagi melalui satu siri drama menarik lagi menyentuh perasaan berjudul 'Memberku Hawa' yang akan ke udara melalui saluran TV3 setiap Ahad dari jam 10.30pm hingga 11.00pm.
Membariskan barisan pelakon terkenal, Faezah Elai dan Nad Zainal akan melakonkan peranan watak utama Kay dan Hawa dalam siri drama KOTEX®. Drama mingguan yang dinanti-nantikan ini diarahkan oleh Bernard Chauly yang sememangnya terkenal dan berbakat dan diterbitkan oleh Lina Tan daripada Red Communications Sdn Bhd.
Berlandaskan pencapaian lampau dalam menghasilkan produk baru dan menerapkan pelbagai platform yang membolehkan kaum wanita mengenali diri mereka sendiri dengan lebih intim, KOTEX® kini bertujuan menghubungi lebih ramai kaum wanita melalui 'Memberku Hawa'. Selepas baru melancarkan satu produk revolusioner, tuala wanita KOTEX® ProActive Guards yang membantu menyelesaikan masalah kebocoran, KOTEX® kini meneruskan usahanya untuk memperkasa kaum wanita setiap hari.
"Kami sentiasa ingin menggalakkan kaum wanita untuk mengekalkan identiti sendiri dan mengenali diri sebenar mereka. Perjalanan Kay dan Hawa pastinya satu perjalanan yang bukan sahaja dihayati semua malah turut memberi inspirasi kepada jutaan penonton," tambah Edlyn.
"Memberku Hawa mengisahkan HAWA (Faezah Elai), seorang yang mempunyai sifat feminin yang kental. Dia berjuang untuk mendapat peluang bekerja sebagai seorang jurutera rangkaian di dalam dunia IT yang didominasi oleh pekerja-pekerja lelaki. KAY (Nad Zainal) adalah seorang wanita yang berjiwa riang. Dia secara tidak sengaja tersandung ke dalam dunia peragaan fesyen selepas mendapat kerja sebagai seorang pengurus model.
Sebagai kawan baik, mereka cuba mengimbangi cabaran hidup seseorang wanita yang baru bekerja, disamping menikmati bersama pengalaman hidup rakan akrab yang tinggal bersama. Sertailah kedua-dua wanita ini menempuh aliran hidup dalam Memberku Hawa dan hayati perjalanan mereka kearah meningkatkan keyakinan diri dan menyahkan sikap suka berkompromi yang akan membawa penuh makna kepada keperibadian mereka sendiri.
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TRIBUNNEWS.COM - Seorang mantan ratu kecantikan dari wilayah New Hampshire, Amerika Syarikat (AS), ditangkap kerana memukuli sang kekasih saat sedang bertengkar . Demikian dilansir AP, Isnin(30/4/2012).
Polis mengatakan, sang mantan ratu kecantikan bernama Nicole Houde (26) ditangkap, Rabu minggu lalu. Dalam laporan yang diterima polis, perempuan cantik ini menendang, mencakar, dan menggigit sang kekasih bernama Scott Nickerson (33). Keduanya tinggal di wilayah Manchester, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS).
Keduanya mulai bertengkar ketika Nickerson tiba-tiba mengambil telefon Houde dan membuat keduanya terlibat adu mulut. Houde adalah Miss New Hampshire USA 2010.
BEAVER (Pennsylvania): Dua remaja perempuan yang tertidur ketika berjemur di jalan terpencil di Pennsylvania, dilanggar kereta. Menurut Jabatan Polis wilayah Beaver, Samantha Schermanhorn dan Kaylie George, 13 tahun, dilanggar kereta, kelmarin. Dua sepupu Samantha memberitahu polis, abang mereka yang berusia 19 tahun, berhenti di simpang jalan sebelum memusingkan kereta dan melanggar mereka.
Nicole dan Nicholas Beck berkata, kedua-dua gadis remaja itu memberitahu, mereka tertidur ketika berjemur. Abang mereka disoal siasat oleh polis selepas kejadian itu.
Samantha dan Kaylie dibawa ke hospital dengan helikopter.
Pegawai Hospital Kanak-kanak di Pittsburgh berkata, kedua-dua gadis remaja itu dalam keadaan baik. - AP
MUNICH: Polis Jerman menahan seorang lelaki setelah cuba membayar tambang teksi dengan ganja kerana dia tidak membawa wang, semalam. Pegawai polis di Munich membawa lelaki berusia 30 tahun itu pulang ke rumahnya setelah pemandu teksi melaporkannya kepada polis. Polis turut menemui 31 pokok ganja di flatnya.
Pegawai polis turut merampas 353 gram ganja termasuk timbang dan minyak ganja.
LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah. Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain. Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: "Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah." Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.
Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah. Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar. "Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana," katanya. - DM
ARNEL Valencia malu apabila dia dilarang menggunakan bahasa yang digunakan di rumah untuk bercakap di sekolah. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan yang berlaku sejak puluhan tahun lalu di seluruh Filipina yang menyebabkan kemusnahan beberapa bahasa masyarakat orang asli. "Berhenti bercakap seperti burung. Anda perlu menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan," kata Valencia, kini berusia 39 tahun dan ketua kampung, ketika bercerita mengenai apa yang dikatakan guru sekolah rendahnya dulu. Valencia adalah anggota suku kaum yang dikenali sebagai Ayta Magindi yang sejak ratusan tahun menetap di pergunungan Zambales, hanya kira-kira tiga jam perjalanan dengan kereta dari Manila.
Filipina dengan 95 juta penduduk mempunyai 175 bahasa. Tetapi sebahagiannya kini hanya mempunyai segelintir penutur sementara yang lain boleh dianggap pupus kerana tidak ada lagi orang yang boleh menuturnya. Kira-kira 50 daripada bahasa kecil dijangka lenyap dalam masa 20 tahun akan datang, kata Ketua Antropologi di Muzium Kebangsaan Filipina, Artemio Barbosa. "Apabila mereka berpindah ke kawasan lain dan bergaul dengan penduduk tempatan, mereka tidak lagi bertutur bahasa sendiri kerana mahu menggunakan bahasa yang boleh memudahkan kehidupan seharian," kata Barbosa. Pakar berkata, satu lagi masalah besar ialah hanya dua bahasa diajar di sekolah di bekas tanah jajahan Amerika Syarikat itu, Inggeris dan Filipina yang berasaskan kepada Tagalog, bahasa yang dituturkan oleh penduduk di Manila dan sekitarnya.
Valencia yang juga anggota majlis kampung mengeluh kerana anaknya tidak boleh menggunakan bahasa Ayta Magindi di sekolah sementara penduduk dewasa perlu mempelajari Pampangan, bahasa tempatan utama untuk mendapatkan pekerjaan di kilang atau ladang. "Kami bukan setakat akan kehilangan bahasa tetapi juga budaya. Penindasan yang kami alami tidak pernah berkurangan," katanya.
Tetapi masih ada sedikit harapan, menurut Catherine Young, pakar bahasa yang berdepan dengan kepupusan di Institut Linguistik Summer di Amerika Syarikat. Catherine menghabiskan banyak masa mengkaji sebahagian besar bahasa yang kurang diketahui di Filipina. "Kesedaran mengenai nilai bahasa di Filipina semakin meningkat berbanding negara lain di Asia yang melarang penggunaan beberapa bahasa penuturan masyarakat minoriti di tempat awam," kata Catherine ketika melawat Manila baru-baru ini. Menurutnya, keputusan kerajaan Filipina untuk melaksanakan pelajaran bahasa ibunda mulai tahun ini sebagai langkah penting ke arah itu. Bermula tahun akademik baru pada Jun ini, 12 daripada bahasa yang digunakan secara meluas akan menggantikan bahasa Inggeris dan Tagalog sebagai bahasa arahan dari peringkat tadika hingga ke darjah tiga. Semua 12 bahasa itu mempunyai kata dasar yang dituturkan oleh 63 juta penduduk atau dua pertiga daripada populasi negara itu. Jabatan Pelajaran berkata, dasar baru itu adalah hasil daripada projek yang disokong oleh Institut Linguistik Summer pada 1990-an untuk melatih guru tempatan menggunakan Lilubuagan, bahasa yang dituturkan oleh 14,000 anggota suku kaum yang menetap di kawasan pergunungan utara Filipina. Pakar bahasa warga Amerika, Diane Dekker, bersama-sama suami dan empat anak mereka menetap di Tanah Tinggi Cordillera pada 1987 untuk melancarkan program itu, walaupun penduduk tempatan mulanya ragu-ragu dengan rancangan mereka. "Ibu bapa bimbang ia akan menjejaskan usaha untuk anak mereka belajar bahasa Inggeris. Ia amat penting kerana mereka sedar bahasa itu penting untuk membolehkan anak mereka mendapat pekerjaan," kata Diane. Namun, katanya, bahasa Lilubuagan sebenarnya menjadikan anak mereka pelajar lebih baik kerana mereka tidak dipaksa belajar bahasa Inggeris dan Tagalog sebaik mula bersekolah. "Mereka dipaksa memahami bahasa yang tidak pernah mereka tutur. Ia pasti akan menyukarkan mereka," kata Diane mengenai perlunya belajar Inggeris dan Tagalog. Naib Presiden Persatuan Pelindung Bahasa Asli Penduduk Filipina, Manuel Faelnar bersetuju bahawa memaksa penggunaan bahasa baru di kalangan kanak-kanak ketika mereka baru hendak belajar menulis dan membaca adalah satu kesilapan. "Kerana itu ramai di kalangan anak kita dianggap membosankan dan lembap. Guru bercakap dengan mereka menggunakan Tagalog dan jika anda tidak bercakap Tagalog atau Inggeris, anda akan tercicir," kata Faelnar. Satu masalah jelas pada program baru kerajaan ialah ia hanya meliputi bahasa yang ditutur secara meluas menyebabkan bahasa yang kurang dituturkan terus diabaikan. Bagaimanapun, apa yang diharapkan ialah sebaik program itu dilaksana dan terbukti berjaya, kerajaan akan meluaskan program itu untuk kebanyakan bahasa yang berdepan kepupusan. Dalam pada itu, suku kaum Ayta Magindi di Zambales dan sekolah tempatan kerajaan mengambil daya usaha untuk mula mengajar bahasa ibunda mereka bermula pada Jun, kata jurucakap kaum itu, Benny Capuno. Dua penduduk tempatan Ayta Magindi diambil bekerja untuk mengajar di tadika dan akan membantu menyediakan bahan belajar bahasa ibunda untuk murid darjah satu. "Ini akan membantu mengembalikan kebanggaan anak kami dan membolehkan mereka menghargai muzik, bahasa dan budaya unik nenek moyang mereka," kata Capuno. - AFP
KENINGAU: Gara-gara membuat bising tidak bertempat, pekerja ladang terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selain luka di bahu kanan selepas ditetak menggunakan parang rakan yang berang dalam kejadian di ladang sawit Kampung Malaing Dalit, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa dikenali sebagai Marsel Salah, 30, cedera di punggung apabila ditetak sekali lagi ketika cuba melarikan diri berlumuran darah bagi mendapatkan bantuan. Mangsa bagaimanapun diselamatkan beberapa penghuni rumah kongsi berkenaan yang dikatakan menyedari kejadian itu.
Sumber berkata, suspek berusia 32 tahun dikatakan hilang sabar selepas mangsa masih membuat bising walaupun ditegur menghentikan perbuatannya.
Menurutnya, mangsa dipercayai tidak mengendahkan teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum suspek mengambil parang lalu menetak mangsa berulang kali.
KUALA LUMPUR: Kurang ajar apabila tiga penyamun yang menyamar untuk memohon pekerjaan kemudian menyamun mangsa hingga kerugian lebih RM100,000 dalam kejadian di Taman Dagang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa turut diugut akan dibunuh sekiranya membuat laporan polis. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ketika mahu pulang ke rumah, dia didatangi tiga lelaki warga India berusia 30-an yang memohon pekerjaan.
Katanya, berikutan lewat malam, dia meminta tiga lelaki itu pulang dan datang keesokannya untuk memohon pekerjaan.
"Sebaik berkata demikian, tiga lelaki itu menendang dan menghentak kepala saya sebelum mencekik leher hingga tidak boleh bernafas.
MARANG: Dua bungkus nasi untuk hidangan tengah hari menjadi pemberian terakhir Mohd Amri Sidek, 26, kepada ibunya sebelum terbunuh selepas tertimbus bersama jengkaut dipandunya dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kolah, Kampung Undang, semalam. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersendirian melakukan kerja mengaut tanah di bukit berkenaan sebelum disedari tertimbus jam 5.10 petang. Ibu mangsa, Sapinah Yaakub, 55, berkata dia menerima berita sedih itu daripada anak perempuannya, Nor Sakirah Sidek, 12, selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika anaknya itu pulang dari sekolah jam 5.20 petang.
"Saya terkejut apabila anak memberitahu kejadian itu kerana berlaku sekelip mata selepas arwah pulang ke rumah menghantar makanan tengah hari kepada saya jam 1.15 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian," katanya.
Sapinah berkata, dia tidak menyangka kepulangan arwah ke rumah membawa dua bungkus nasi sebelum keluar semula ke bukit berkenaan jam 1.40 tengah hari adalah pertemuan terakhir mereka.
PETALING JAYA: "Alasan Aidil tak masuk akal. Kalau ada pergaduhan yang boleh menyebabkan kami bercerai tak apa juga, tapi memang tiada. Sebelum dia keluar dari rumah empat bulan lalu, semuanya elok saja," kata pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior, Rita Rudaini Mokhtar. Aktres itu berkata demikian selepas tidak bersetuju dengan permohonan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil atau nama sebenar Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita berkata, dia tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Aidil pada prosiding semalam yang mengatakan dia mahu bercerai kerana mereka sudah tidak serasi dan tiada persefahaman.
"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu," katanya yang anggun berjubah hitam dan bertudung biru.
Bagaimanapun, Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.
Sebuah kedai lingerie atau pakaian dalam menyuruh para pekerja wanita gunakan tag atau lebel ukuran payudara mereka.
Menurut perusahaan itu, Change yang berlokasi di Sweden metodenya sendiri bersifat sukarela dan bertujuan untuk membantu para pelanggan memilih ukuran tepat untuk acuan mereka berbelanja lingerie yang mereka inginkan.
Namun para pekerja mengeluh kalau mereka merasa tertekan ketika mengenakan tag atau lebel yang memperlihatkan ukuran lingerie mereka seperti ukuran cup bra mereka.
"Kami pernah kedatangan seorang lelaki tua hidung belang yang menatapi ukuran braku.
Kenapa semua orang harus tahu akan itu? Para lelaki yang menjual seluar dalam tak harus memperlihatkan ukuran mereka," keluh seorang pekerja wanita di kedai itu.
Susann Haglund, CEO dari Change mengatakan, tag atau lebel-lebel itu awalnya disarankan oleh para pekerja sendiri.
Pun tag-tag atau lebel-lebel itu bertujuan untuk membantu pembeli memilih lingeri yang ingin mereka beli dengan memperlihatkan ukuran lingerie mana yang kira-kira sesuai buat body mereka.
"Aku tak mengerti kenapa hal ini boleh terlihat sebagai cara yang memalukan. Aku yakin ada yang merasa seperti itu, tapi memakai tag atau lebel ukuran cup bra benar-benar bersifat sukarela," ujar Susann lagi.
Entah itu bersifat sukarela atau tidak, yang pasti pihak Commercial Employees" Union (Perserikatan Pekerja Komersial) mengatakan penggunaan tag kepada karyawan itu boleh jadi illegal dan mereka mengancam untuk menyaman perusahaan itu.
Kejadian ini terjadi pada 19 September 2009, di Lombok Indonesia.Seorang pemuda mati dengan cara yang amat menggerikan kerana mencuri seekor kuda milik seorang penduduk...menurut informasi bahawa pemuda ini mati disembelih oleh sekumpulan orang dari sebuah organisasi anti pencuri di Lombok NTB.
Yang jadi persoalan adakah nyawa pencuri ini sama nilai dengan nyawa seekor kuda?Walaupun dia mencuri ,tangkap bawa dia ke polis supaya pihak polis boleh menyiasat dan mendakwa pencuri ini.Bukan dengan membunuhnya.Bukan nak membela pencuri itu tetapi dia masih punya hak sebagai manusia......
Pepatah mengatakan 'banyak jalan menuju kejayaan'. Termasuk dalam hal mendapatkan tubuh langsing. Jika selama ini diet yang Anda lakukan tak kunjung berhasil, mungkin harus mencuba cara lain.
Salah satunya adalah dengan 'meniru' kebiasaan di enam negara berikut, yang dilansir dari Health.com. Tak ada salahnya mencuba kebiasaan-kebiasaan ini demi mendapat bentuk tubuh idaman.
1. Thailand
Masakan Thailand, salah satu masakan yang rasanya paling pedas di dunia. Masakan Thai mengandalkan bumbu-bumbu pedas seperti lada dan cili. Makanan pedas ini boleh meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.
2. Brazil
Orang-orang Brazil suka sekali memakan kacang-kacangan bersamaan dengan nasi. Ini boleh jadi alternatif menu makan Anda. Faktanya, penelitian yang dipublikasi dalam Journal Obesity Research menemukan, seseorang yang memakan kacang-kacangan dan nasi secara teratur, risiko mengalami kegemukan berkurang sekitar 14 peratus
3. Poland
Cubalah lebih sering makan di rumah. Orang Poland hanya menghabiskan anggaran rumah tangga mereka sebesar 5 peratus untuk makan di luar. Bukan hanya lebih jimat, menu makanan di rumah cenderung lebih sihat. Itu karena Anda merasa 'wajib' menyediakan makanan sihat untuk suami dan buah hati.
4. Belanda
Jadikanlah basikal sebagai transport utama. Sebanyak 54 peratus warga Belanda menjadikan basikal sebagai transport sehari-hari, baik untuk bekerja atau bepergian. Dengan mengayuh basikal dengan kecepatan sedang, Anda boleh membakar hingga 550 kalori per jam.
5. Perancis
Mungkin di negara kita berbicara saat makan adalah hal yang dilarang tapi di Perancis justru menjadi budaya. Bercerita membuat makan lebih lama, bahkan Anda boleh meletakkan sudu garpu saat pembicaraan menjadi seru.
"Bagi orang Perancis, makan bersama adalah sebuah perayaan harian. Waktu makan yang lama, membuat orang cenderung makan lebih sedikit," kata Fred Pescatore, MD, kepala International & American Associations of Clinical Nutritionists
6 Hungary
Warga Hungariy suka sekali dengan acar. Kandungan cuka didalamnya dipercaya boleh membuat tubuh lebih langsing. Beberapa bukti menunjukkan, asam asetat, komponen utama dari cuka, boleh membantu mengurangi tekanan darah, kadar gula darah, dan terutama pembentukan lemak.
SUMENEP- Warga Dusun Barat Sungai, Desa Kapedi, Kecamatan Bluto Kabupaten Sumenep, Madura, Jawa Timur, digegarkan dengan adanya seekor ayam ajaib.
Ajaibnya, meski disembelih ayam tersebut tidak mati dan keadaannya terlihat sihat. Ayam ini bertahan hidup dengan tenggorokan putus, hingga hampir satu minggu.
Adanya ayam ajaib tersebut, menarik perhatian warga setempat. Mereka datang untuk melihat dari dekat.
Ayam tersebut milik Wakid Hobsi, pengasuh Perguruan Ilmu Batin, Desa setempat. Dia menceritakan, awalnya ayam tersebut akan dijadikan perangkat ritual atau selamatan untuk murid-muridnya yang akan menjalani ritual khusus menjelang kenaikan tingkat. Ketika itu, tambahnya, ada sekira 42 ekor ayam yang akan digunakan dalam ritual atau selamatan muridnya. Ketika disembelih, ayam jantan yang satu ini tidak mati.
"Ayam tersebut kami sembelih untuk keperluan ritual, sebagai rentetan dari kenaikan tingkat bagi semua murid di sini " Kata Hobsi kepada wartawan.
"Namun ayam itu tidak mati meski sudah disembelih, bahkan lehernya sudah hampir putus," tambahnya.
Hendra, seorang salah-seorang murid yang ditugakan menyembelih 42 ekor ayam, mengaku terkejut melihat ayam yang tidak sama seperti lainnya saat disembelih.
"Saya terkejut, kerana ayam yang lain begitu disembelih mati beberapa detik kemudian. Tapi ayam yang satu ini tidak, malah langsung lari," katanya.
Warga kini masih terus berdatangan untuk melihat ayam ajaib itu. Rencananya ayam ajaib tersebut akan dirawat meski sulit memberinya makan dan minum, kerana tenggorokannya putus, dan lehernya nyaris putus pula.
Belalang sembah (mentadak) ini berhasil mengangkat ikan mas mati dari sebuah mangkuk dan kemudian menyantapnya untuk makan siang.
Gambar yang luar biasa ini berhasil diabadikan oleh fotografer hidupan liar, Scott Cromwell (40).
"Saya melihat salah satu ikan mas peliharaan saya tiba-tiba meninggal dan terapung di dalam mangkuk. Belalang peliharaan saya belum makan selama beberapa hari, dan inilah yang membuat saya tertarik untuk melihat bagaimana seekor belalang sembah beraksi terhadap ikan." tuturnya.
Lelaki dari Oklahoma, Amerika Syarikat itu kemudian menaruh belalang sembah tersebut pada bibir mangkuk dan menunggu apa yang akan terjadi selanjutnya.
Beberapa saat kemudian belalang sembah itu merangkak ke dalam mangkuk, dan dengan sebagian tubuhnya terendam air, sang belalang kemudian mengangkat bangkai ikan mas itu dan memakannya.
"Tidak memerlukan waktu lama bagi belalang untuk menangkap bangkai ikan mas itu, ia dengan hati-hati mengangkut keluar makan siangnya itu sambil mempertahankan cengkeramannya di pinggiran mangkuk." tuturnya.
Ketika dia menyanyi, suaranya merdu mendayu, membuat para penonton dan juri Thailand's Got Talent terpana.
Tak ada yang aneh dengan pemandangan itu. Nampaknya seperti sesi audition biasa di sebuah petandingan pencarian bakat. Namun kemunculan Bell Nuntita malam itu begitu mengesankan banyak orang, sehingga 'gadis' cantik ini langsung jadi perbincangan di dunia maya.
Ini kerana Bell bukan sekadar penyanyi biasa. Ia dilahirkan sebagai laki-laki, tapi kini mengklaim dirinya seorang perempuan. Dan di panggung audisi Thailand's Got Talent malam itu, Bell tak segan menunjukkan keunikannya dengan cara menyanyikan separuh lagu dengan suara perempuan, dan menyelesaikan lagu dengan suara aslinya yang berat dan dalam.
Wajah cantik dan penampilan Nuntita yang langsing serta suara yang lembut memang menambah sempurna penampilannya ketika di atas pentas Tetapi, siapa sangka dulunya Bell dilahirkan sebagai laki-laki.
betapa hancur dan luruhnya hati bila anak yang dididik
dan dibelai berkelakuan begini bila dewasa....
Ibu adalah seorang wanita yang sangat tegar dan penuh pengorbanan. Di saat kita masih di dalam kandungan seorang ibu, kita sudah diberi kasih sayang yang sangat besar olehnya. Selama 9 bulan seorang ibu mengandung anaknya tanpa ada rasa erti penat dan lelah. Dan dengan perjuangan seorang ibu, kita dapat terlahir di dunia ini dengan taruhan hidup atau mati. Setelah seorang bayi di lahirkan dan setelah itu ibu juga yang merawat dan
membesarkannya dengan ikhlas.
Jika seorang bayi menangis di tengah malam ibu bangun dan menimangnya.
Dan jika
seorang bayi haus maka seorang ibu yang memberikan air susu. Sungguh banyak sekali
pengorbanan
seorang ibu kepada anaknya.
Tetapi mengapa seorang anak yang sudah tumbuh besar dan dewasa
tidak mahu berbakti kepada ibu ataupun orang tuanya? Apakah
mereka merasa dirinya itu tidak lagi memerlukan seorang ibu yang telah
membesarkannya dari kecil?
Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu pasti tidak dapat tergantikan oleh apa dan
akan ada untuk anaknya selamanya meskipun anaknya tidak berbakti kepadanya.
SUNGGUH SANGAT BESAR PENGORBANAN SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA MAKA DARI ITU KITA JANGAN SAMPAI MELUKAI HATI SEORANG IBU YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.