Nuffnang

Free Our Mind

sumber :-

Free Our Mind


PBB Musuh Islam?

Posted: 16 Jun 2010 07:17 PM PDT

Sumber : Hizbut Tahrir Malaysia

Penubuhan negara Yahudi Zionis Israel telah diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui sebuah resolusi bertajuk United Nations Partition Plan for Palestine atau United Nations General Assembly Resolution 181 (II) Future Government of Palestine yang telah laksanakan oleh Sidang Umum PBB pada 29 November 1947. Ia dipersetujui oleh 33 negara, ditentang oleh 13 negara dan sebanyak 10 negara berkecuali.

Resolusi itu selanjutnya mahukan Mandat British berakhir pada 1 Ogos 1948, iaitu mereka mahukan kerajaan British keluar daripada wilayah tersebut sebelum penubuhan negara Yahudi dapat dilakukan dengan membahagikan sebahagian tanah wilayah umat Islam di Palestin kepada wilayah yang diduduki oleh kaum Yahudi dan wilayah yang diduduki oleh umat Islam.

Rancangan tersebut telah ditentang oleh negara-negara Arab ketika itu. Dan selepas tentera British mengundurkan diri dari Palestin, negara-negara Arab berperang menentang aksar Yahudi pada Mei 1948 yang menyaksikan tentera Arab kalah dan kaum Yahudi mengisytiharkan negara Israel didirikan pada bulan Mei 1948. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beratus-ratus ribu umat Islam meninggalkan kampung halaman mereka dan peristiwa tersebut dikenali sebagai Nakba, yang juga telah mengakibatkan kebanjiran kaum Yahudi dari seluruh dunia ke wilayah Palestin yang menjadikan penduduk Yahudi yang dulunya kaum minoritu menjadi kaum majoriti di wilayah Palestin selepas penubuhan Israel pada 1948. Hakikatnya, PBB telah mengetuai negara-negara kuffar memulakan sengsara ke atas umat Islam di Palestin sehingga sekarang.

Dalam peristiwa lain, pada tahun 1995 ketika perang Serbia dan Bosnia, PBB bertanggungjawab mengakibatkan seramai 8,000 penduduk muslim Bosnia di bandar Srebrenica termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh secara rambang oleh tentera Serbia. Pembunuhan ini dilakukan melalui suatu persetujuan oleh tentera Serbia dengan tentera pengaman PBB yang terdiri dari askar-askar Belanda, walaupun bandar Srebrenica telah diisytiharkan oleh PBB sebagai kawasan selamat. Salah seorang mangsa yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai tersebut, Hasan Nuhanovic berkata, "Kaum keluarga saya yang telah dipaksa keluar daripada pangkalan tersebut oleh tentera Belanda telah diserahkan kepada tentera Serbia", menurut laporan dari Islamonline.net pada 16 Jun 2008 [Rujukan http://www.islamonline.net, diakses pada 8 Jun 2010]. Kaum keluarga Hasan telah dibunuh oleh tentera Serbia semasa kejadian tersebut.
PBB adalah pertubuhan yang bertanggungjawab secara langsung membunuh umat Islam di Palestin dan Bosnia serta banyak lagi tanah kaum Muslimin. Berapa ramai lagikah umat Islam yang akan menjadi mangsa PBB secara langsung atau tidak langsung? Apa yang amat menyedihkan adalah masih ada sesetengah umat Islam dan pemimpin negara umat Islam yang masih mahu mendapatkan penyelesaian daripada PBB, tanpa memerhatikan asal-usul dan realiti sejarah penubuhan PBB.

Selagi umat Islam terus menerus mengharapkan PBB, selama itulah umat Islam akan terus dikeroyok, sebagaimana yang dijelaskan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".


Beranikah anda berjuang berdepan musuh sebagaimana adik kita di Palestin?


Best regards,
Mr One




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar buat blog

sumber :-

Belajar buat blog


Letak iklan atau search box pada header

Posted: 16 Jun 2010 06:05 AM PDT

Entri kali ini masih lagi menyentuh lagi bahagian header,tapi kali saya tunjukan cara bagaimana hendak meletakkan kotak search atau iklan seperti adsense ,nuffnang dan sebagainya pada bahagian header.Sebelum membuatnya adalah disarankan membuat backup terlebih dahulu.
template terlebih dahulu.
Dari dashboard pilih design--->Edit HTML
kemudian cari kod ini pada template anda;

<div class='descriptionwrapper'>
<p class='description'><span><data:description/></span><

jika ingin meletakkan search box diatas dibahagian bawah blog description letakkan kod nya dibawah kod diatas.Jika ingin meletakkan dibahagian atas pula letakkan kod iklan atau search diatas kod tadi.
Kemudian klik preview jika tiada apa apa error,simpan template anda. 
selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

zoomartis

sumber :-

zoomartis


Gambar Marsha Possing Sexy !!!

Posted: 15 Jun 2010 08:52 PM PDT

Ini gambar terbaru Marsha artis keluar Akademi Fantasia yang menjadi perhatian jejaka-jejaka tampan dan golongan VIP/VVIP di Malaysia.Gaya dan pakaian beliau membuatkan sesetengah mata diluar sana tidak senang duduk memerhati dan manatap wajah Marsha gadis dari Sabah ni.



Apa kata anda mengenai gambar terbaru Marsha ni 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog BOM321

sumber :-

Blog BOM321


Kura-Kura Buaya !

Posted: 16 Jun 2010 05:10 AM PDT


Inilah dia dia haiwan ganjil yang ditemui baru-baru ini di China, haiwan yang seakan-akan buaya dan bercengkerang ini tidak dapat dipastikan spesiesnya.
Nak tengok jugak haiwan ganjil made in Malaysia.

Pengantin Andartu !

Posted: 16 Jun 2010 12:08 AM PDT

Pengantin Andartu !
Ada jejaka-jejaka Malaysia nak masuk line tak?

Lori Sekolah ?

Posted: 15 Jun 2010 10:04 PM PDT

Hantar murid-murid ke sekolah naik lori ke?
Lori Sekolah ?
Murid-murid jadi ikan sardin kat belakang tu

Tengkorak Hidup !

Posted: 15 Jun 2010 06:57 PM PDT

betul-betul tengkorak hidup!
Tengkorak Hidup !
Tengkorak Hidup !
Takda zat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Tempoh Reman Saiful Apek Dilanjutkan, Nasibnya Akan Diketahui Esok

Posted: 16 Jun 2010 07:52 AM PDT


Kalau mengikut tempoh reman yang dikenakan kat Saiful Apek sebelum ni iaitu 4 hari, Saiful Apek sepatutnya sudah dibebaskan pada hari ini. Walau bagaimanapun, tempoh reman tersebut dilanjutkan sehari lagi dan ini bermakna, Saiful Apek akan dibebaskan esok (17. Jun 2010). Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh mStar Online, Nasib Saiful Apek dan rakan-rakan’nya akan diketahui [...]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


kanggaru

Posted: 16 Jun 2010 12:19 PM PDT

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".


Bayi di 'Bekukan ' Selama 4 HARI

Posted: 16 Jun 2010 11:13 AM PDT

Finley Burton baru berusia 16 minggu ketika menghadapi komplikasi jantung yang serius.Dia telah menjalani pembedahan yang berisiko tinggi dan menjalani  'pembekuan' selama 4hari ,bayi telah sembuh.Ini satu pemulihan yang amat ajaibkata mak bayi ini.

Bayi initelah diletakkan di satu bilik dan suhu badannya telah diturunkan ke 33.4c (suhu normal bagi bayi 37c) dan bayi ini selamat setelah 4 hari menjalankan kaedah rawatan ini.





Telur Terbesar Yang Ketiga

Posted: 16 Jun 2010 10:40 AM PDT

Kali bukan daripada Harriet the Hen tapi daripada Helena.Ayam ini menetas telus lebih besar ukurannya daripada 2 biji yang sebelum ini yang di netas oleh Harriet the Hen 
.Ukurannya 23cm ukulilitnya.Tuan ayam ini berharap kedua-dua ekor ayam ini dapat bertelur sehingga sedozen.

Three Lions Badge berusia 800 tahun di jumpai

Posted: 16 Jun 2010 10:16 AM PDT

Sekumpulan arkeologi telah menjumpai Three lions badge iaitu lambang yang dipakai dibaju pasukan England.

Badge ini dikatakan berusia 800tahun.Adakah dengan penemuan ini akan memberikan tuah kepada pasukan England dalam World Cup 2010 ini.

Ariel 'peterporn' dan Luna Maya di suruh sumpah pocong

Posted: 16 Jun 2010 09:49 AM PDT

Sikap mereka yang berdolak dalik menyebabkan Ketua Lembaga Swadaya Masyarakat Hajar Indonesia Farhat Abbas menyuruh Ariel "peterporn dan Luna Maya melakukan sumpah pocong kerana geram.Saranan ini diambil kerana pihak polis lambat mengambil tindakan menagani kes ini.
Farhat yakin bahawa video itu memang dilakukan oleh kedua pasangan kekasih ini.

sumber ; kompas.com

Polis Kulit Putih Lempang Pelajar Kulit Hitam Sebab Melintas Jalan

Posted: 16 Jun 2010 09:24 AM PDT

Seorang polis kulit putih telah melempang seorang pelajar kulit hitam yang berusia 17 tahun kerana melintas jalan.Kejadian ini telah berjaya dirakamkan dan membuat orang ramai berasa marah.Walupun budak itu ada rekod jenayah kejadian melempang ini tidak sepatutnya berlaku dan kejadian ini bukan kerana mempertahankan diri tapi lebih kepada perasaan marah.
Kejadian ini mengingatkan kejadian diskriminasi kaum yang berlaku pada tahun 1991 di Los Angeles di mana sekumpulan polis membelasah seorang lelaki kulit hitam.

Sepanyol kecundang

Posted: 16 Jun 2010 08:57 AM PDT

Sepanyol pasukan pilihan kecundang kepada Switzerland 0-1 dalam World CUP 2010.Malang sungguh pasukan yang diwakili oleh ramai pemain bintang ini.Goal jarinagan minit52' oleh G.Fernandes membantu SwiTzerland menang.

ANJING TELAN 5 PATUNG KUCING

Posted: 16 Jun 2010 08:24 AM PDT

Seekor anjing nyaris mati kerana menelan 5 patung kucing kepunyaan keluarga tersebut dan anak patung yang paling besar berukuran 5 cm.
Pembedahan itu dijalankan selepas ujian xray dilakukan.

Nintendo 3DS

Posted: 16 Jun 2010 06:45 AM PDT

Nintendo 3DS telah dilancarkan di pameran game terbesar di AS. Nintendo 3DS merupakan game berteknologi 3D pertama didunia.Game ini boleh digunakan tanpa memakai cermin mata khas .
Nintendo 3DS ini juga boleh digunakan untuk menonton video 3D .Ia juga dilengkapi dengan kamera untuk membolehkan gambar di ambil dalam format 3D.

Pelayan tak tahu dia mengandung melahirkan anak di tandas

Posted: 16 Jun 2010 06:19 AM PDT

Joanne Willer 22 tahun seoaran pelayan tidak tahu dia mengandung  8 bulan telah melahirkan anak di dalm tandas.Dia mengalami kesakitan yang amat sangat di belakang sewaktu pulang kerumah.Dia menyagka kesakitan itu akibat kerja lebih masa serta mengangkat barang di pub itu.Bayi itu dilahirkan di basin tandas rumahnya.

Rahsia Urutan Bayi

Posted: 16 Jun 2010 05:50 AM PDT

Rahsia urutan Bayi : 
  • Meningkatkan jisim tulang sehingga 15 peratus
  • Merangsang pertambahan berat bayi
  • Menggalakkan kemahiran motor seperti merangkak dan berjalan
  • Membantu perkembangan emosi khususnya dalam perkembangan keselamatan,keyakinan dan jati diri
  • Membantu paten tidur yang lebih baik dan panjang
  • Membantu mengurangkan kolik dan masalah pencernaan
sumber : majalah pa & ma

Nasihat Buat Isteri Ketika Berbelanja

Posted: 16 Jun 2010 03:44 AM PDT

BERJIMAT CERMAT
  • Tidak membazir pada hal -hal yang tidak perlu.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Sebahagian daripada tanda-tanda sempurnanya keIslaman seseoramg ialah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna."(Riwayat Al -Tirmizi)
TIDAK MENAMPILKAN HIDUP MEWAH
  • Para tidak seharusnya membelanjakan harta suami secara melampau dengan membeli barangan berjenama dan mahal
TIDAK BERSIKAP SARAKAH
  • Tidak mudah terpengaruh dengan hidup orang lain yang serba mewah sehingga mendesak suami di luar kemampuannya
HIDUP SECARA SEDERHANA
  • Sedar diri dengan kemampuan kita dan jangan berlebihan dalam berbelanja

Nasihat Untuk Anak Soleh Dan Solehah 2

Posted: 16 Jun 2010 02:03 AM PDT

~BIASAKANLAH MEMBERI SEDEKAH
DAN MEMBANTU ORANG MISKIN,
KERANA BUKANKAH BALASAN
SESUATU KABAIKAN ADALAH
KEBAIKAN JUGA~

Tips Elakkan Diri Dari Mengumpat

Posted: 16 Jun 2010 01:08 AM PDT

Tips Elakkan Diri Dari Mengumpat :
  1. Berfikiran Positif
  2. Berbaik Sangka Dengan Orang Lain
  3. Pupuk Perasaan Simpati Kepada Orang Lain
  4. Wujudkan Rasa Sayang Dengan Memaafkan Orang Lain
"LIDAH ORANG YANG BERAKAL TERLETAK DISEBALIK HATINYA,SEDANGKAN HATI SESEORANG YANG BODOH TERLETAK DISEBALIK LIDAHNYA"(Ali Ibn Abi Talib)


4428 lelaki Taiwan di Dera Isteri

Posted: 16 Jun 2010 12:34 AM PDT

4428 lelaki Taiwan telah meminta bantuan selepas mendakwa mereka telah dera oleh isteri,menurut agensi berita tempatan.Lelaki terbabit telah membuat panggilan khas yang telah diwujudkan oleh Kementerian Dalam Negeri selepas didakwa didera isteri mereka, Satu daripada lelaki di dera kerana wanita berpendapatan lebih tinggi daripada suami.

Ucapkanlah Yang INDAH

Posted: 15 Jun 2010 11:38 PM PDT

Rambut sama hitam hati lain -lain,walupun dalam keluarga.Kita menyangka apa yang kita katakan itu gurauan tapi belum tentu orang lain akan mengganggap itu gurauan walupun kita 
adik beradik.Akibatnya ada orang yang akan berkecil hati dan bermasam muka serta ada pula yang sampai tidak bertegur sapa..
Peribahasa mengatakan air yang di cincang tak akan putus itu tak bermakna kita boleh berkata apa saja kepada ahli keluarga.Ibu,bapa ,abang ,kakak atau apa saja pangkat kita dalam keluarga bukanlah lesen untuk berkata -kata apa sahaja tanpa memikirka hati dan perasaan keluarga kita.Fikirlah dulu sebelum kita mengeluarkan kata-kata agar tiada yang berkecil hati.Uapkanlah yang indah agar yang mendengar tersa di hormati dan di sayangi.

Betul ke merokok boleh kuruskan badan?

Posted: 15 Jun 2010 10:27 PM PDT

Ini satu lagi  mitos yang aku rasa tak masuk akal lansung.Ramai kaum wanita beranggapan dengan merokok mereka boleh menguruskan badan.Kalau dah boleh menguruskan badan baik tulis aje kat kotak rokok "ROKOK PENYEBAB BADAN KURUS". Semua orang boleh beli tak payah ada larangan untuk budak sekolah membeli rokok.
Ini semua fikiran orang yang kurang akal.Aku tengok banyak orang yang hisap rokok makin bertambah gemuk adalah.'Mitos' yang tak masuk akal inilah agaknya penyebab ramai kaum wanita yang menghisap rokok.Agaknya dia orang ni tengok ramai model-model yang hisap rokok mereka pun ikut sama.Alamak model tu memang dah tentu kurus...kalau gemuk pasti dah kena reject....mereka tu kurus bukan pasal rokok ada yang makan ubat atau memang mereka diet.
Tapi yang pasti rokok tak boleh menyebabkan kita kurus tetapi merbahayakan kesihatan.Orang yang kurus kerana merokok selalunya orang yang kena penyakit TIBI yang punca utama penyakit ini daripada tabiat merokok yang berlebihan.Bahaya hisap rokok berlebihan ini

Petani marah rakam gambar bogel

Posted: 15 Jun 2010 09:13 PM PDT

Seorang petani di China memarahi sekumpulan pelajar seni yang sedang asyik merakamkan gambar seorang wanita bogel di tanah miliknya..Hu Wen yang berang dengan kelakuan mereka mengambil sebatang kayu lalu menghalau mereka.Pelajar-pelajar itu bertempiaran lari dan mengadukan hal itu kepada polis .Namun dia enggan meminta maaf.

Matador Penakut

Posted: 15 Jun 2010 08:09 PM PDT

Seorang matador Cristian Hernandez 22tahun telah ditangkap oleh penguatkuasa kerana melarikan diri daripada pertandingan.Dia berlari lintang pukang dengan memanjat dinding selepas seekor lembu jantan meluru kearahnya."Saya tidak mampu.Saya tidak mempunyai kejantanan"katanya apabila di tanya.Dia kemudian dibebas setelah membayar denda melanggar kontrak pertandingan.

Upah Cuma RM65 Sanggup Telan DADAH

Posted: 15 Jun 2010 07:01 PM PDT


Ada orang yang sanggup membuat apa saja demi wang.Dengan upah RM 65 @U$ 20 setiap kapsul seorang lelaki Iran sanggup menelannya walaupun nyawanya terancam.Dia telah di tahanoleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pihak polis terpaksa menunggu 3hari untuk Jmengeluarka kapsul dari perut suspek.Jumlah dadah yang di rampas dari lelaki itu RM 225000.Dalam pemeriksaanbadansuspek pada mulanya polis berjaya menjumpai 36 ketulan plastik ganja .Polis yang merasa curiga dengan lelaki telah membawa suspek untuk menjalani ujian X-ray dan kemudian menjumpai 64 kapsul syabu didalam perut mangsa.



Perez Hilton Mungkin Dipenjara kerana Tunjuk Gambar Miley Cyrus Tanpa Seluar Dalam

Posted: 15 Jun 2010 06:30 PM PDT

Perez Hilton mungkin akan di penjara kerana tunjuk gambar Miley Cyrus tanpa seluar dalam semasa keluar melangkah dari keretanya.Gambar itu di ditunjukkan di twitternya.
Miley Cyrus baru berusia 17 tahun dan kemungkinan Perez juga boleh di sabitkan mengedar foto lucah kanak-kanak bawah umur.

Man Komando Mengamuk

Posted: 15 Jun 2010 05:29 PM PDT

Seorang bekas komando (35 tahun) yang di gelar 'Man Komando' mengamuk untuk membunuh ahli keluarga.Dia yang baru keluar penjara  atas jaminan abangnya kerana kes bunuh .Masalah keluarga kemungkinan punca dia mengamuk.
Dia mengamuk menggunakan parang dan pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menahan selepas rundingan selama lima jam gagal.Senjata yang di gunakannya itu itu di belinya dari kedai rakannya.Dia telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sik untuk siasatan lanjut.

Utamakan Keselamatan Anak

Posted: 15 Jun 2010 02:56 PM PDT

Dahulu tidak ramai  ibubapa yang risau tentang keselamatan anak.Kemana dia pergi dan apa dia buat,mereka tidak ambil pusing.Yang penting anak itu balik pada masa yang di tetapkan.Dan jika terlambat rotan panjang yang akan singgah di betis mereka sebagai pengajaran agar tidak berbuat kembali.
Namun pada hari ini ibu bapa  tidakboleh lagi  mengamalkan cara yang sama.Pergerakkan anak harus di pantau.Semua nya harus kita ketahui,Kemana dengan siapa dia keluar ,siapa kawannya?Ini kerana keadaan diluar sana sudah berbeza dan tidak lagi selamat seperti dulu.Kemalangan ,penculikkan dan berbagai masalah negatif yang timbul.Dengan keadaan persekitaran yang tidak menentu diluar sana pada zaman ini adalah lebih baik agar anak berada di rumah sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS