Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Anuar Zain Terima Bayaran Pampasan RM18,859.38

Posted: 05 Feb 2012 11:10 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan syarikat rakaman Synchrosound Records Label Music Sdn. Bhd. membayar royalti penjualan album penyanyi popular Anuar Zain, 42 sebanyak RM18,853.38.

Jelas peguam Anuar Zain, Aizul Rohan Anuar, pihak terbabit masih boleh membuat rayuan untuk mempertikaikan keputusan tersebut.

Tambah Aizul, anak guamnya juga mungkin akan merayu kepada mahkamah kerana amaun pampasan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kaedah pengiraan yang digunakan oleh syarikat rekod berkenaan dalam pembayaran tahun 2004 dan ianya berbeza daripada kaedah pengiraan yang digunakan oleh Anuar Zain.

Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk menentukan royalti yang terhutang telah diambil kira menerusi jualan album yang melebihi 15,000 unit sahaja.

Dalam penghakimannya, mahkamah menyatakan bahawa Anuar Zain tidak membangkitkan bantahan terhadap kaedah pengiraan sebelum ini.

Pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap Syncrosound Records.

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman berkenaan membayar royalti kepada Anuar Zain atas hasil jualan dua albumnya.

Kes bermula, apabila syarikat rakaman itu telah memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, kes itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan daripada itu, pada 20 Jun 2006 Anuar Zain telah memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian. via Murai

Anuar Zain AIM18
Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Video Anuar Zain Nyanyi di Singapore Expo
  • Video Anuar Zain SEDETIK LEBIH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Nekad Patahkan Empat Kaki Bayi Kerana Iri hati

    Posted: 05 Feb 2012 09:30 PM PST


    Yuko Saotome merasa iri setiap kali melihat kebahagiaan wanita yang baru saja memiliki keturunan. Rasa iri itu mendorongnya berlaku kejam dengan mematahkan kaki empat bayi yang ditemuinya. 


    Wanita 30 tahun asal Ashikaga, Tochigi, sekitar 50 kilometer utara Tokyo, itu harus menanggung perbuatannya dengan hukuman penjara selama 4,5 tahun, seperti dikutip Telegraph. 


    Saotome sengaja mendekati sejumlah wanita yang tengah bersantai dengan bayinya di area publik. Dengan ramah, ia kemudian merayu sang ibu untuk mengizinkannya menggendong sejenak. 


    Begitu berada di dekapannya, Saotome segera mematahkan tulang pangkal paha bayi. Seketika bayi pasti menangis. Dan, saat itu ia segera mengembalikannya ke sang ibu, sambil mengatakan bahwa bayi itu merasa tak nyaman berada di gendongannya. 


    Stesen tv Nippon menyebut bahawa motivasi utama menyakiti bayi-bayi tak berdosa semata-mata tak kuat menahan cemburu saat melihat sejumlah wanita yang bahagia bersama anak-anaknya. 


    Empat kali ia melakukan aksi kejam itu, antara April dan Mei 2010. Salah satunya adalah bayi perempuan tiga bulan yang ia jumpai di kedai perlengkapan bayi di Ashikaga. Setelah berpura-pura gemas, ia kemudian mendapat izin menggendongnya. 


    Berada dalam gendongannya selama lima minit, bayi itu segera menangis kencang setelah dua tulang pahanya yang masih lunak dipatahkan. Spontan sang ibu tak berfikir buruk. Sang ibu baru menyadari setelah membawanya ke hospital lantaran tangis tak reda.


    "Aku ingin menyakiti bayi," kata Saotome kepada polis, sesaat setelah ditangkap.


    Atas kes itu, sejumlah ibu diminta waspada saat membawa bayinya ke area publik. Jangan mudah percaya dengan orang-orang yang mungkin berpura-pura suka dengan kelucuan bayinya.


    Sumber : http://kosmo.vivanews.com

    Florencia De La V, Artis Transgender Yang Menikah Dan Punya Anak Kembar

    Posted: 05 Feb 2012 09:15 PM PST


    Florencia De la V ini dulunya bernama Roberto Carlos Trinidad dan lahir pada 2 March 1976 di kota Resistencia, provinsi Chaco, Argentina.


    Adapun perubahan artis transgender itu dimulai saat  dirinya berusia 17 tahun, dimana Roberto berdandan sebagai wanita (muda saat menghadiri pesta ulang tahun ke 17 teman baiknya. 


     Florencia merupakan artis transgender yang paling dikenal di dunia. De La V pernah muncul dalam banyak opera sabun, di majalah-majalah, kelab-kelab dan bahkan pernah menjabat menjadi seorang editor sebuah majalah.


    Dan artis transgender satu ini  bertemu pertama kali dengan suaminya saat ini, seorang , dokter gigi bernama Pablo Goycochea  di 1998 dan menikah pada 1 November dan menjadi ibu dari bayi kembar. 


     Tapi meski dirinya sudah berubah menjadi wanita cantik, namun keraa dilahirkan dengan organ plelaki yang tak memiliki sel telur dan rahim,  anak kembar artist transgender itu lahir dari seorang  ibu pengganti

    Wanita Ini 10 Kali Operasi Wajah Demi Mirip Animasi

    Posted: 05 Feb 2012 09:00 PM PST


    Seorang gadis Singapura rupanya ingin tampil sempurna seperti para perempuan di filem animasi Jepun. Mempunyai dada yang membusung, hidung mancung, serta mata besar dan dalam. Jacquelin Koh menginginkan punya wajah berbentuk hati, mata berkilau besar, hidung kecil mancung, dagu runcing, telinga datar, tubuh langsing, dan payudara yang penuh.


     Pereka fesyen berusia 29 ini telah menjalani prosedur operasi plastik hingga sembilan kali dan perbaikan sekali. Untuk penampilan sempurnanya ini dia telah membelanjakan ratusan ribu dolar Singapura. Biaya paling mahal untuk operasi payudara mencapai Sin$ 36 ribu . Meski demikian gadis ini belum puas juga dengan penampilannya. Dari sekala 1-5, dia menilai penampilannya baru pada angka 3,5.


     "Aku akan mencapai angka 5 hari nanti dan tak perlu melakukan penyesuaian foto dengan Photoshop," ujarnya. Dia senantiasa mempermak fotonya sebelum memposting di blognya di www.jacquelinekoh.com.


     Perempuan ini berharap bulan depan sudah mencapai kesempurnaan tubuhnya. Tentunya setelah dia melakukan koreksi operasi kedua untuk wajahnya pada dokter bedah Korea. Doktor ini akan membuat hidungnya lebih kecil dan dagunya sedikit berbentuk V.


     Tubuhnya mulai berubah sejak dua tahun lalu. Dalam waktu ini berat badannya telah turun hingga enam kilogram. Dengan tubuh setinggi 160 sentimeter dan 48 kilogram dia masih mengeluhkan tubuhnya. "Masih gemuk," ujarnya.


     Dia berpikir beratnya meningkat kerana metabolismenya yang melambat. Selama tiga bulan ini dia mengurangi makan dan berolah raga untuk mengurangi berat badannya. "Aku hanya makan sekali, bekerja, berolahraga dengan dumbel setiap hari, tapi tidak langsing," ujarnya.


     Dia mengaku bukan penggemar animasi Jepun tapi tetap berusaha agar berpenampilan seperti gadis animasi. "Kerana aku benar-benar seperti mereka, mata besar, wajah kecil," ujarnya. 


    sumber:tempointeraktif

    Demi Angsa, Abi Izzard Ubah Namanya Menjadi Alamat Website

    Posted: 05 Feb 2012 08:45 PM PST


    Abi Izzard  mengubah namanya menjadi StopFortnumAndMasonFoieGras Cruelty.com dan biasa dipanggil dengan nama Dotcom atau StopFortnum.


    Adapun alasan cewek 27 tahun itu mengganti namanya menjadi salah satu alamat website ini kerana dirinya adalah seorang aktivis haiwan, kempen untuk badan amal hak-hak haiwan Peta.


    Tiap kali dirinya memperkenalkan diri, atau saat Lesen memandunya atau passportnya diteliti atau diperiksa di lapangan terbang, orang bakal mempertanyakan namanya yang  aneh itu. 


     Abi dari London mengganti namanya pada bulan Ogos untuk meningkatkan kesedaran akan pemaksaan memberi makan angsa-angsa untuk menghasilkan foie gras.


    Dirinya menolak berganti nama kembali sampai department store di London, Fortnum& Mason berhenti menjual foie gras.


    "Aku tak pernah merasa malu atau menyesal dengan nama baruku. Yang seharusnya malu itu adalah Fortnum& Mason kerana menjual sebuah produk begitu kejamnya sehingga hal itu merupakan illegal untuk memproduksinya di Inggris.


    Seberapa tak nyamannya aku dengan namaku itu tak sebanding dengan penderitaan jutaan unggas yang harus mereka lalui setiap tahunnya. Kunjungi situs ini agar kamu boleh mengetahuinya sendiri.


    Aku meminta semua teman-temanku dan juga keluarga untuk memanggil aku dengan nama baruku dan mereka sangat mendukung. Namun ibuku tak sabar menunggu hari ketika Fortnum & Mason akhirnya berhenti menjual foie gras sehingga dirinya boleh kembali memanggilku dengan nama Abi sekali lagi."

    Wanita ini dinyatakan hamil lagi, saat tengah mengandung janin berusia 2,5 minggu.

    Posted: 05 Feb 2012 08:30 PM PST


    Julia Grovenburg hamil setelah tiga tahun menjalani berbagai program pembuahan bersama suaminya. Namun, rasa bahagia tak terkira itu sempat diwarnai kepanikan kerana saat janinnya masih berusia 2,5 minggu, ia dinyatakan hamil lagi anak kedua. 


    Seperti dikutip dari laman Mirror, dua janin yang ada di rahimnya itu bukan kembar. Dunia medik menyebutnya superfetation, dua janin terbentuk melalui dua pembuahan berbeza di dalam satu rahim. Meski tak kembar, biasanya lahir dalam waktu bersamaan.


     Hamil lagi saat masih mengandung merupakan kes yang cukup langka. Diperkirakan hanya menimpa satu dari sekitar satu juta wanita di dunia. Sementara catatan medik menunjukkan bahawa hanya 11 wanita yang mengalami kes seperti itu, termasuk Julia.


     Julia yang sedang mendamba keturunan sempat panik dengan kenya. Ia khuatir janinnya tak boleh tumbuh normal. "Doktor berkata bahawa ada dua janin di rahim saya, tapi bukan kembar. Saya hamil dua kali dalam waktu dua minggu," kata Julia.


     Julia sempat bingung dengan penjelasan doktor. Namun, setelah mendapat sejumlah informasi, ia cukup lega. "Saya akhirnya lega kerana dokter bilang bahwa hamil lagi saat sedang hamil itu memungkinkan terjadi, walau langka."


     Setelah menanti dengan cemas selama sekitar sembilan bulan, Julia melahirkan dua bayinya dengan selamat 2 Disember, tahun lalu. Meski pembuahan berbeza 2,5 minggu, dua bayi itu memiliki tarikh kelahiran sama. 

    Anjing Ini Minum Viagra dan Ganja Agar Menang di Setiap Perlumbaan

    Posted: 05 Feb 2012 08:15 PM PST


    Agar boleh mengatur kemenangan anjingnya dalam pertandingan, pelatih ini melakukan hal-hal aneh. Mulai memberinya obat kuat lelaki dewasa, Viagra, hingga merebus daun ganja. Anjing berjenis greyhound itu, Jake, boleh diatur kemenangannya. Jika ingin menang, si pemilik, Anthony Fowler (61) tinggal memberinya Viagra. Jika ingin Jake kalah, Fowler memperlambatnya dengan memberi daun ganja rebus.


     Bahkan, Jake malang sering disuntik dengan steroid agar boleh kuat untuk menang. Fowler kemudian bertaruh sesuai keinginannya, agar boleh menang besar. Menurut The Sun, hal ini terungkap setelah polis menerima bahawa ada gosip Fowler menjual ganja. John Ellwood dari Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) menyatakan, Jake dipertandingkan di event-event tak rasmi. 


     Fowler bahkan tak sedar menunjukkan pil biru itu kepada seorang petugas RSPCA.
     "Ia berkata anjingnya boleh lari seperti kerasukan setelah diberi Viagra," kata Ellwood, mengutip seorang rakannya. 


     Jika diberi Viagra, pembuluh darah anjing boleh terpengaruh dan meradang. Ganja boleh menyebabkannya berhalusinasi. Fowler mengakui semua kesalahannya dan pengadilan akan menghukumnya minggu depan. Sementara Jake saat ini sedang dirawat kerana terluka dalam perlumbaan.

    Ioana Spangenberg, Model Romania dengan Pinggang 20 Inci

    Posted: 05 Feb 2012 08:00 PM PST



    Ioana Spangenberg adalah seorang model dari Romania berusia 30 tahun. Namun wanita cantik yang mempunyai tinggi 170 cm, dan berat 38 kg ini mempunyai sesuatu keanehan pada tubuhnya, yaitu pinggangnya yang hanya berukuran 20 inci.


    Bahkan yang lebih membuat hairan adalah pengakuannya bahawa ia makan tiga kali sehari, termasuk makanan berlemak seperti keripik, pizza dan kebab.




    Ioana Spangenberg, Model Romania dengan Pinggang 20 Inci


    "Nampaknya tidak seorang pun yang percaya, tapi setiap hari saya makan tiga kali sehari serta coklat dan keripik sepanjang waktu. Saya hanya memiliki perut yang kecil, kerana jika makan terlalu banyak saya merasa sakit." tuturnya kepada The Sun.


    Spangenberg lahir dengan berat badan normal, dan baru menyadari perubahan aneh pada tubuhnya ketika dia masih remaja.


    Ia mengatakan bahawa dia telah mencoba segala cara untuk gemuk, seperti makan banyak permen dan cokelat, tetapi tidak ada yang berhasil.




    Meskipun mencuba menaikan berat badan, namun semua usaha Spangenberg tak berhasil


    "Di Romania lebih baik terlihat gemuk dan kelebihan berat badan, kerana itu bererti Anda berasal dari keluarga kaya." jelas Spangenberg.


    Barulah pada 2006 ketika dia bertemu suaminya Jan asal Jerman, sang model tersebut mengatakan akhirnya ia menjadi nyaman dengan penampilannya ini.

    Ada Hotel Khusus Pasangan yang Ingin Cerai, Dijamin 3 Hari Cerai

    Posted: 05 Feb 2012 07:45 PM PST


    Tak hanya membuang waktu dan wang, proses perceraian yang panjang juga kerap menyita fikiran yang membuat stres berat. Melihat keadaan ini, sebuah hotel didirkan khusus bagi mereka yang ingin melewati proses perceraian dalam hitungan hari. 


     Namanya Divorce Hotel atau Hotel Cerai. Di sini, pasangan boleh check-in di hari Jumaat, dan check-out di hari Isnin dengan status sudah bercerai. "Dengan bantuan kami suami isetri boleh cerai dalam tiga hari secara baik-baik," kata Jim Halfens, Commercial Director Divorce Hotel.


     Halfens mengatakan bahawa hotel yang berlokasi di Belanda ini menyediakan pakej bercerai selama tiga hari . Di sini, pasangan akan makan, minum, dan tidur secara terpisah. "Selama akhir minggu dibimbing berbagai pakar perceraian," katanya. 


     Namun, demi menjamin kelancaran proses, pengelola hotel akan memulainya dengan sesi pra konsultasi selama satu jam untuk melihat apakah mereka boleh menjalani proses di hotel tersebut. Jadi, dari awal sudah boleh dilihat apakah boleh cerai atau tidak. 


     Sudah tujuh pasangan sukses bercerai di hotel yang ingin menciptakan formula terbaik untuk mengakhiri perkahwinan. Dengan proses perceraian cepat, mereka boleh melanjutkan hidup tanpa stres luar biasa yang berpotensi mengganggu aktiviti dan pekerjaan. 


     "Sebab, banyak yang buang waktu dengan pengacara perceraian dan makelar, tapi tidak berhasil cerai," kata Halfens. "Menurut kami perceraian adalah peristiwa penting dan kami menanganinya sangat serius."

    Perkahwinan Aneh, Pagi Menikah Petang Cerai

    Posted: 05 Feb 2012 07:30 PM PST


    Ini bukan cerita drama, tetapi kisah nyata yang sungguh-sungguh terjadi di Hanover, Jerman. Sepasang warga kota Hanover keturunan Poland baru saja menikah pada pagi hari. Namun, pasangan ini kemudian sepakat untuk mengakhiri pernikahan pada hari yang sama.


     "Pengantin lelaki mengatakan tidak ingin lagi melihat pengantin wanitanya dan menginginkan perkawinan batal secepatnya. Perempuan mengatakan hal yang sama," ujar juru bicara polis Hanover, akhir minggu lalu.


    Segera setelah melewati pernikahan sivil pengantin lelaki yang berusia 50 tahun itu mulai bertengkar dengan pengantin perempuan dan berusaha memotong rambut pengantin wanita dengan pisau. Pengantin perempuan yang berusia 34 tahun itu lalu menelefon polis.


     Polis lalu mengeluarkan perintah agar pengantin lelaki menjauh dari pengantin perempuan dan langsung menerima perintah itu, bahkan selama-lamanya.


     Kedua pengantin baru itu lalu berupaya berdamai petangnya melalui telepon. Akan tetapi, mereka malah bertengkar dan saling berteriak. Akhirnya, pengantin lelaki menghabiskan malam pertamanya di rumah penampungan orang gelandangan. Pasangan itu mungkin memecahkan rekod perkahwinan tersingkat.

    Demi Kulit Coklat,Ini Awek Berjemur Makan Tidur Diatas Atap Rumah [ PIC ]

    Posted: 05 Feb 2012 07:15 PM PST


    Demi Kulit Coklat,Ini Awek Berjemur Makan Tidur Diatas Atap Rumah [ PIC ] - Elisabeth Lofaro adalah wanita yang berkeinginan mempunyai kulit tubuh warna coklat, ia pindah ke satu bilik apartemennya di jantung West End London seminggu yang lalu untuk berjemur.






     Tanpa peduli dengan terik matahari, awek aneh 36 tahun dari Itali ni, mengambil bantal dan gaun rias untuk membuat dirinya nyaman dengan posisi dirinya di samping parabola untuk menangkap sinar matahari yang berkilauan. Para ahli cuaca mengatakan suhu boleh mencapai setinggi 28C.

    Aneh, Bau Roti Panggang Boleh Buat Orang Bahagia

    Posted: 05 Feb 2012 07:00 PM PST


    Hidung tidak hanya berfungsi untuk bernafas tetapi juga memiliki kekuatan untuk membuat orang bahagia. Aroma tertentu dapat membuat orang merasa bahagia. Salah satunya bau roti panggang.


    Nampaknya aroma tertentu memiliki kekuatan untuk membangkitkan emosi yang kuat dan bahkan mengubah suasana hati seseorang. Sebuah kajian yang dilakukan pada 4000 orang di Inggris melihat aroma apa saja yang yang menarik bagi kebanyakan orang.


     "Hubungan antara bau dan memori sangat kuat. Bau memiliki kekuatan untuk menghidupkan kembali masa lalu , perjalanan atau tempat pada saat-saat bahagia, atau mengingatkan kita pada orang yang istimewa, membangkitkan perasaan nostalgia dan kenyamanan," Dr Pamela Dalton, psikolog kognitif dan sensorik, seperti dilansir Scientisttoday, Selasa (5/7/2011).


     Dari studi yang dilakukan, berikut bau-bauan yang paling boleh membuat orang merasa bahagia:


     Roti panggang segar
     Kain yang bersih
     Rumput segar yang baru dipotong
     Bunga segar
     Kopi yang baru digiling
     Udara segar setelah hujan
     Vanila
     Cokelat




     "Bau-bauan selalu memainkan bahagian penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dimanapun kita pergi, kita dikelilingi oleh bau yang berbeza, beberapa baik dan beberapa buruk," jelas Stephen Weller, Direktur Komunikasi di International Fragrance Association.


     Yang menarik dalam kajian wanita mengklaim bau tertentu menempatkan senyum di wajah mereka kerana merasa nyaman atau mengingatkan akan seseorang yang mereka cintai. Sedangkan lelaki lebih memilih aroma yang menarik dan menyegarkan.


     94 peratus lelaki dalam studi mengaku bahawa rumah yang memiliki aroma baik sangatlah penting, kerana hampir separuh dari mereka menggunakan aroma untuk membantu membuatnya rileks.
     Sumber : Blogger Jambi

    Wow! Ada Restoran Kuburan Aneh di India

    Posted: 05 Feb 2012 06:45 PM PST


    Di India kematian adalah sebahagian dari kehidupan dan disebuah restoran di Barat India, kuburan berada di tengah-tengah restoran tersebut. Restoran yang berada di Ahmadabad tersebut terkenal dengan teh susunya, mentega rollnya serta kuburan yang berada diantara meja-mejanya.


     Krishan Kutti Nair telah membantu pengelolaan restoran yang dibangun diatas kuburan muslim kuno itu selama empat dekad namun dia tidak mengetahui siapa yang dikubur di lantai restoran tersebut. Anehnya para pengunjung menyukai kuburan tersebut yang dibuat dari semen dan nampak bersih.


     Menurut Nair si pengelola restoran, kuburan tersebut merupakan pertanda baik untuk restoran mereka. Menurutnya bisnis resto mereka cukup baik kerana keberadaan makam tersebut. Makam ini dicat hijau dan tingginya kira-kira beberapa meter dari lantai restoran.


     Setiap hari manager restoran tersebut mendekorasi makam tersebut dengan bunga-bunga kering yang ditaburkan diberbagai penjuru ruangan. Makam-makam tersebut ada beberapa terletak dekat meja juruwang sementara itu tiga buah makam di tengah restoran dan empat lainnya di dekat dinding dapur.


     Para pelayan telah mengetahui site plan dari resto tersebut dengan sangat baik sehingga mereka tak perlu takut memijak kuburan sambil membawa nampan berisi minuman panas. Seorang pelayan bernama Kayyum Sheikh mengatakan bahawa ia telah terbiasa dengan hal tersebut. Menurutnya tidak ada yang aneh dengan kuburan-kuburan tersebut.


     Dikatakan bahawa kuburan tersebut milik keluarga yang hidup di abad ke 16. Restoran tersebut mulai ada di tahun 1950 an sebelum kemajuan dan gedung-gedung tinggi ada di wilayah tersebut. Awalnya dimulai saat KH Mohammed membuka sebuah kedai teh di luar area kuburan. Akhirnya bisnis tersebut berkembang dengan baik dan Nair menjadi partner Mohammed. Akhirnya kedai tersebut bertambah luas dan melingkari area pekuburan.


     Di India, area kuburan bukanlah sesuatu yang menakutkan, bahkan mereka menganggap kuburan sebagai tempat untuk mengistirahatkan fikiran. Banyak pengunjung restoran yang tak keberatan duduk disamping kuburan dan menikmati hidangan. Kuburan menurut mereka area suci yang membawa keberuntungan.ada ada aja ya gan..
    sumber

    Dikira Mainan, Anak Kecil 18 Bulan Makan Ular Hidup-hidup

    Posted: 05 Feb 2012 06:30 PM PST


    Seorang anak kecil laki-laki berusia 18 bulan menggigit kepala ular yang masuk ke biliknya sampai putus. Saat ibunya menemukan anaknya itu di pagi hari, si anak sedang mengunyah bangkai ular tersebut.


     Khabar unik ini dimuat di portal berita Ynet News, Israel. Khamis (26/1/2012). Anak tersebut tertidur di bilik orangtuanya semalaman. Dia rupanya bangun lebih dulu daripada orangtuanya di pagi hari, dan kembali ke biliknya sendiri.


    Saat ia masuk bilik, ia melihat seekor ular sepanjang 35 sentimeter sedang melata di dalam bilikrnya. Mungkin mengira itu mainan baru, anak kecil tersebut langsung mengambil ular tersebut dan menggigitnya di bahagian kepala. Untungnya, ular tersebut tidak menggigit balik.


     Anak tersebut langsung dilarikan ke sebuah hospital di kota Haifa. Doktor tidak menemukan satu pun luka gigitan ular di anak itu. 


    sumber: http://cgeatpe.blogspot.com

    Wanita Ini Diragut Keperawanannya oleh Presiden Amerika

    Posted: 05 Feb 2012 06:15 PM PST


    Wanita Ini Diragut Keperawanannya oleh Presiden Amerika - Mimi Alford, kini 69 tahun, mengaku masih ingat betul apa yang terjadi malam itu. Saat pegawai lain tengah menikmati pesta selepas kerja, ia diajak John F Kennedy, Presiden Amerika Syarikat saat itu, ke 'ruang Mrs Kennedy'. Di bilik itulah, keperawannya diragut Tuan Presiden itu.


     Setelah itu, keduanya kembali ke aula. "Saya sangat terkejut. Dia, di sisi lain, tampak tenang saja, seolah apa yang baru saja terjadi adalah hal paling alami di dunia. Pada perjalanan pulang, apa yang baru saja terjadi itu terus bergema di kepala saya: 'Aku tidak perawan lagi'," katanya, seperti tertulis dalam memorinya, berjudul 'Once Upon a Secret: My Affair with President John F Kennedy and Its Aftermath'. 


     Saat itu usianya masih 19 tahun, dan sedang bekerja di Rumah Putih. Menurut Daily Mail, saat diperawani, ia baru empat hari bekerja di bahagian akhbar. Dalam memorinya ia mengaku menjalin hubungan cinta terlarang dengan JFK selama 18 bulan.


     Pada bahagian lain , ia menceritakan pernah disuruh melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya sementara JFK menonton. Ia juga pernah diminta menyedut nitrit amil, satu jenis narkoba, dengan hidungnya untuk meningkatkan keupayaan seks nya.


     Memori Alford menceritakan secara deatil, termasuk percakapan 'intim' dengan JFK. Ia menyatakan, setiap kali keduanya berenang, semua akan berakhir di tempat tidur. Wanita yang mengaku pernah hamil anak JFK ini mengatakan dirinya sebagai "pihak yang pasif" dalam hubungan terlarang itu. Ia sering dipesan untuk tetap berada di bilik hotel sampai JFK memanggilnya. 


     Ia mengaku tidak boleh berkata 'tidak' pada JFK. "Faktanya, saya tertarik pada orang yang paling terkenal dan berkuasa di Amerika," kata wanita yang mengaku satu sekolah dengan Jackie Kennedy ini. 


    sumber:internet

    Campak anak dalam sungai

    Posted: 05 Feb 2012 06:00 PM PST


    ROME: Seorang lelaki Itali semalam mencampak anak lelakinya berusia 16 bulan ke dalam sungai dari jambatan di bandar raya ini ekoran perebutan hak jagaan sebelum ditahan polis ketika melarikan diri, lapor media.
    Bapa berusia 26 tahun itu mengaku kepada polis dia mencampakkan anak lelakinya ke dalam air beku Sungai Tiber selepas bertengkar dengan ibu bayi terbabit.

    Dia dilihat melakukan perbuatan itu oleh pegawai penjara yang lalu di situ. Pegawai itu berkata, lelaki berkenaan kelihatan tertekan dan menjerit sebelum mencampakkan bayi malang itu ke dalam sungai. Lelaki yang menganggur dan mempunyai rekod jenayah dadah itu cuba melarikan diri tetapi ditahan polis sejurus selepas itu. Penyelam daripada jabatan bomba melakukan operasi mencari bayi terbabit di sungai itu tetapi usaha mereka terhalang akibat arus deras dan keadaan cuaca buruk.


    "Kami masih mencari dan akan terus mencari sedaya yang mampu, tetapi salji dan hujan yang turun menyebabkan air sungai melimpah dan menyukarkan usaha mencari," kata jurucakap Jabatan Bomba Rome. Timbalan Datuk Bandar Rome, Sveva Belvisio berkata, tragedi itu adalah kisah yang mengejut dan memilukan. Ia adalah satu perbuatan kejam," katanya. - AFP


    sumber : myMetro

    Pelakon hina Islam dipenjara

    Posted: 05 Feb 2012 05:45 PM PST


    KAHERAH - Pelakon komedi terkenal di rantau Arab, Adel Imam, kelmarin dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir atas kesalahan menghina Islam.
    Portal berita Ahramonline melaporkan Imam didakwa sengaja menyinggung perasaan orang Islam kerana mempersendakan janggut dan 'jilbab' iaitu jubah lelaki Muslim menerusi filem 'Morgan Ahmed Morgan' dan teater, 'Al- Zaeem'.
    Pelakon yang telah menceburi bidang lakonan hampir 40 tahun itu turut dikenakan denda AS$170 (RM512).
     
    Dalam kes lain, hartawan dan tokoh terkenal dalam kalangan penganut Kristian Koptik di Mesir, Naguib Sawiris, turut dibicarakan atas kesalahan menghina Islam menerusi imej karikatur yang dihantar melalui laman blog mikro, Twitter.

    sumber : sinar harian

    Miliki kebolehan luar biasa

    Posted: 05 Feb 2012 05:30 PM PST


    BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
    Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
     
    Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
     
    "Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar," katanya.
     
    Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
     
    Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
     
    Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
     
    "Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada," katanya.

     
    Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
     
    Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
     
    Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
     
    "Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air," katanya.
     
    Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
     
    Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
     
    Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
     
    "Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar," katanya.

     
    Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
     
    Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
     
    Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti 'mok' dan 'ayah'.
     
    "Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah," katanya.
     
    Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
     
    "Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
     
    "Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea," katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
     
    Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

     
    Jalani rawatan alternatif
     
    Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
     
    Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
     
    "Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital," katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
     
    Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
     
    Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

    sumber : sinar harian

    Bapa Apek dah tak tahan

    Posted: 05 Feb 2012 05:15 PM PST


    KOTA BHARU: "Kami tertekan dan ada yang menuduh saya tidak pandai menjaga anak," kata Che Mat Hussin, 60, mengenai penyebaran fitnah terhadap anaknya yang juga penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi atau Apek.
    Che Mat yang ternyata kecewa dengan perkara itu menjelaskan, dia tidak tahan melihat satu demi satu kontroversi melanda anaknya sejak kebelakangan ini.
    Katanya, dia runsing apabila mendapat tahu anaknya menjadi mangsa fitnah, termasuk didakwa merampas tunang orang.

    "Hati bapa mana yang tidak berkecai jika anaknya sering dilanda kontroversi seperti ini.




    "Kami sekeluarga turut menerima tempiasnya walaupun perkara itu tidak berlaku.

    "Saudara-mara dan jiran terdekat turut bertanya mengenai isu ini. Sebagai bapa, saya kenal Khairul Fahmi dan tidak mungkin dia buat perkara itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Cherang, di sini, semalam.



    sumber : myMetro

    Isteri tua gasak madu tepi jalan

    Posted: 05 Feb 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian berhampiran Taman Melawati di sini, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, 30, bertemu madunya berseorangan di tepi jalan kawasan berkenaan manakala suami mereka menunggu di dalam kereta. 
    Bagaimanapun, pertemuan dengan tujuan berdamai itu bertukar 'medan perang' apabila mangsa ditumbuk madunya berusia 40-an yang naik angin.

    Menurut sumber polis, mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan selepas mukanya bengkak dan berdarah akibat tumbukan kuat.



    Katanya, mangsa yang berkahwin dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu bersetuju bertemu madunya buat pertama kali kerana mahu berbaik dengan wanita itu selain mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.


    sumber : myMetro

    JAIM serbu majlis guna tema seks

    Posted: 05 Feb 2012 04:45 PM PST


    MELAKA – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.
    Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.
    Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.
    Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat
    "Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam," katanya di sini semalam.
    sumber : kosmo online

    Tiga mati bersama air ketum

    Posted: 05 Feb 2012 04:30 PM PST


    NIBONG TEBAL: Air ketum dipercayai menjadi tonik pemberi tenaga kepada tiga lelaki yang mati ditembak polis berhampiran Plaza Tol Jawi dekat sini, pagi semalam, untuk berjaga malam bagi menjalankan aktiviti jenayah, termasuk pecah rumah dan samun bersenjata di sekitar negeri ini.
    Air berkenaan ditemui dalam kenderaan dinaiki mereka ketika ditembak mati di Kilometer 160 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke selatan berhampiran susur keluar ke Jawi, di sini awal pagi semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, pihaknya menemui baki air ketum dalam kenderaan dinaiki suspek yang dipercayai digunakan untuk memberi tenaga kepada mereka.


    "Saya percaya mereka jadikan air ketum sebagai sumber tenaga untuk bergiat aktif melakukan jenayah pada sebelah malam," katanya.

    Dalam kejadian jam 1.45 pagi semalam, tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditembak mati di tepi lebuh raya selepas seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri.


    Berdasarkan pengenalan diri diperoleh daripada suspek di tempat kejadian, lelaki tempatan yang maut dikenali sebagai Abdul Karim, 42, dari Seberang Jaya, manakala dua lagi ialah Julie dan Sudirman, masing-masing berusia 30 tahun.




    Polis menerima maklumat mengenai sekumpulan penjenayah menaiki kereta Hyundai Elantra dan sepasukan anggota ronda cegah jenayah di kawasan lebuh raya mengesan kereta berkenaan di Plaza Tol Juru, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi.

    Polis mengekori mereka sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum mengarahkan pemandu kereta itu berhenti 15 minit kemudian, tetapi pemandu berkenaan enggan mematuhi arahan menyebabkan polis menghalang depan dan belakang kereta itu dengan kereta peronda.


    Sebaik polis mendekati kereta itu dan memperkenalkan diri, seorang daripada penumpang kenderaan keluar melalui pintu belakang sebelah kiri dan cuba melarikan diri sambil melepaskan tembakan menyebabkan polis membalas tembakan dan mengenai lelaki itu serta dua rakannya yang juga cuba melarikan diri.

    Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol Revolver .38 dengan dua peluru hidup dan dua kelongsong yang dipercayai digunakan untuk menembak polis. Pemeriksaan dalam kenderaan menemui dua parang, satu keris kecil, satu pisau lipat, tali, topeng, besi sepanjang kira-kira 0.6 meter, sarung tangan, pemotong besi, pengumpil dan komputer riba. Menurut Zahruddin, kumpulan lelaki itu amat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam kira-kira tiga kes samun serta 56 kes pecah rumah di sekitar negeri ini sejak tahun lalu.


    "Mereka biasanya mengugut pemilik rumah yang dipecah masuk menggunakan senjata dan mengikatnya sebelum melarikan barang berharga," katanya.


    Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan yang digunakan kumpulan itu tiada rekod curi dan sudah mengenal pasti identiti pemiliknya di Kedah.


    "Dua lelaki Indonesia itu masuk ke negara ini dengan dokumen sah dan berdasarkan pasport ditemui, mereka masuk Malaysia bulan lalu," katanya.


    Zahruddin berkata, pihaknya percaya masih ada sekurang-kurangnya dua lagi anggota kumpulan berkenaan masih bebas dan usaha memburu mereka sedang dijalankan.



    sumber : myMetro

    Dituduh racun lembu

    Posted: 05 Feb 2012 04:15 PM PST


    SEREMBAN: Mengesyaki lembu peliharaan mereka mati diracun, empat lelaki naik hantu menyerang dan membelasah seorang warga emas menggunakan parang menyebabkan lelaki itu cedera parah di muka di Kampung Wong Seng Chow, Sikamat, di sini, kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 64 tahun cedera parah di muka dan tangan kiri, dipercayai ditetak menggunakan parang.

    Menurut saudara mangsa yang enggan namanya disiarkan, empat lelaki itu mengesyaki mangsa meracun tiga lembu mereka yang tiba-tiba ditemui mati.


    "Empat lelaki itu dipercayai terkejut melihat lembu peliharaan mereka mati dipercayai akibat racun di sebuah ladang berdekatan dan mengesyaki mangsa melakukan perbuatan itu berikutan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.

    "Seorang lelaki berusia 60-an kemudian menyerang mangsa kerana mengesyaki warga emas itu meracun lembunya," katanya di sini, semalam.


    Menurutnya, mangsa yang mempunyai ladang ternakan ayam itu terkejut melihat lelaki berkenaan menyerangnya menggunakan parang dan berlaku pergelutan menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah.



    "Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan dipercayai ditetak di kepala, tangan dan leher manakala penyerangnya turut dirawat, dipercayai terkena senjata tajam di pergelangan tangan," katanya.


    sumber : myMetro

    Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa

    Posted: 05 Feb 2012 04:00 PM PST


    AMPANG: Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

    Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.


    "Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.

    "Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan," katanya.


    Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.




    "Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.

    "Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu," katanya.


    Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.


    sumber : myMetro

    Lelaki menderita Ketumbuhan Besar di leher

    Posted: 05 Feb 2012 03:30 PM PST



    Seorang lelaki di China telah mengalami ketumbuhan besar di lehernya sehingga menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa sakit.Keadaan ini bermula sejak 17 tahun yang lalu.


    Huang Liqian 58 kali pertama menyedari tentang ketumbuhan di tengkuknya tetapi dia tidak memperdulikannya.Semakin lama saiznya semakin membesar dan mengembang sehingga berat ketumbuhannya mencecah 15 kilogram.


    Bila keadaan semakin teruk sehingga sukar bergerak dan kesakitan ,barulah dia pergi kehospital.Melalui pemeriksaan barulah dia mengetahui dirinya mengalami ketumbuhan di leher dan dia telah membuang ketumbuhan itu di sebuah hospital di barat daya China.



    Lelaki kulit gelap lebih seksi

    Posted: 05 Feb 2012 03:15 PM PST



    Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya,cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza.Lelaki sukakan wanita berkulit cerah,manakala ada wanita yang suka lelaki berkulit gelap.


    Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu melambangkan kesucian,perawan ,baik budi pekarti dan mulia serta lemah.Wanita pula menganggap lelaki berkulit hitam sebagai penuh misteri,rakus,bahaya dan ada tarikan seks.


    Hasil kajian terbaru sekumpulan saintis di Universiti Toronto,Kanada yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita.Mereka suka wanita berkulit cerah,berambut perang yang dianggap paling menawan.Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap-daripada sawa matang kepada kulit hitam sebagai palaing menarik.


    Dr Shyon Baumann,ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan tetapi hakikat.Warna kulit menjadi daya penarik.



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS