Adsense

Selasa, 3 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


12 Movie Hollywood yang bakal Hits tahun 2012

Posted: 03 Jan 2012 11:37 PM PST

Tahun 2012 sudah pun menjelang dan kami ingin menyenaraikan 12 buah filem yang anda wajib tonton sepanjang tahun ini. Yang pasti, kebanyakannya adalah sekuel kepada filem-filem hit sebelum ini.


Underworld Awakening

Kate Beckinsale kembali memainkan wataknya sebagai pejuang puntianak Selene yang bebas dari penjara dan menyedari dia kini di dalam dunia di mana manusia telah menemui kewujudan klan Vampire dan Lycan – dan sedang mempersiapkan diri mereka untuk berperang demi memusnahkan kedua-dua spesis yang hidup selama ini.


Ghost Rider: Spirit Of Vengeance

Nicolas Cage kembali sebagai Johnny Blaze dalam "Ghost Rider: Spirit of Vengeance". Johnny Blaze yang masih merasakan kesulitan menjadi pemburu harta syaitan sedang bersembunyi di bahagian terpinggir Eropah Timur apabila dia direkrut oleh sebuah gereja untuk menyelamatkan seorang budak lelaki (Fergus Riordan) daripada syaitan (Ciaran Hinds). Pada mulanya, Johnny enggan menggunakan kuasa Ghost Rider, namun ia satu-satunya cara untuk melindungi budak lelaki tersebut dan memusnahkan sumpahan ke atas dirinya untuk selamanya.



Wrath Of The Titans

Sepuluh tahun selepas dia berjaya menewaskan raksasa Kraken, Perseus (Sam Worthington) cuba untuk hidup sebagai nelayan biasa dan menjadi bapa tunggal kepada anaknya Helius yang berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun, pertelingkahan kuasa sedang berlaku antara dewa-dewa dan Titans di Mount Olympus dan para dewa sudah tidak mampu untuk mengawal Titans dan pemimpin mereka, Kronos, bapa kepada Zeus, Hades and Poseidon. Perseus terpaksa masuk campur apabila Hades dan Ares (anak kepada Zeus) menyatakan kesetiaan mereka kepada Kronos dan mahu menawan Zeus. Dengan bantuan Dewi Perang Andromeda (Rosamund Pike), anak Poseidon, Argenor (Kebbell), dan dewa yang telah jatuh, Hephaestus (Bill Nighy), Perseus memulakan perjalanannya untuk menyelamatkan Zeus, mengalahkan Titans dan selamatkan umat manusia.



Mirror Mirror Snow White

Dalam "Mirror Mirror Snow White", Permaisuri yang jahat lakonan Julia Roberts telah membunuh raja dan merampas takhta, sementara puterinya yang terbuang (Lilly Collins) meminta bantuan tujuh orang kerdil untuk memenangi takhtanya kembali. Filem arahan Tarsem Singh ini juga dibintangi Armie Hammer ("The Social Network") sebagai Putera Andrew Alcott dan Nathan Lane ("The Birdcage") sebagai pembantu permaisuri yang tidak berguna.


Prometheus

Dalam filem Ridley Scott ini, artifak makhluk asing yang ditemui dalam kajian arkeologi di Afrika mendedahkan bahawa manusia sebenarnya satu kejuruteraan genetik makhluk asing. Antara penemuan tersebut ialah koordinat ke syurga. Weyland Corp melancarkan kapal angkasa yang dipanggil Prometheus dan krewnya untuk bertemu pencipta mereka. Setibanya di sana, mereka disambut baik dan makhluk asing yang dikenali sebagai Alien Gods berkongsi pengetahuan mereka dalam teknologi berasaskan biologi. Namun seorang daripada krew telah mencuri "bio-source code", teknologi yang memulakan segalanya, kuasa yang menjadikan tuhan dan manusia sama rata. Enggan menerima kenyataan, Alien Gods melancarkan senjata biologi menentang manusia. Kini kru kapal angkasa itu harus segera meninggalkan tempat tersebut sebelum masalah lebih teruk berlaku.


The Avengers

Filem ini menyambung pengembaraan epik yang bermula daripada "Iron Man," "The Incredible Hulk," "Iron Man 2," "Thor," dan "Captain America: The First Avenger". "The Avengers" merupakan filem gandingan adiwira Marvel yang pernah muncul sebelum ini. Apabila seorang musuh yang tak terduga muncul dan mengancam keselamatan dunia, Nick Fury (Samuel L. Jackson), pengarah sebuah agensi keselamatan dunia yang dikenali sebagai S.H.I.E.L.D., perlu mencari satu pasukan untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan.


G.I Joe: Retaliation

Pengarah Jon Chu ("Step Up 3D") mengarah filem sekuel "G.I Joe" ini. Kali ini, pasukan G.I Joe harus menghalang Zartan (Arnold Vosloo), Storm Shadow (Lee Byung-hun) dan Firefly (Ray Stevenson) selepas mereka berjaya melarikan diri. Namun ia tidak akan jadi jalan yang mudah kerana Zartan kini menyamar menjadi Presiden AS.


The Amazing Spiderman 3D

Francais ini diperbaharui sekali lagi dengan para pelakon baru termasuk Andrew Garfield sebagai Spiderman/Peter Parker dan Emma Stone sebagai Gwen Stacy. Kisah baru ini berdasarkan skrip oleh James Vanderbilt yang memfokus kepada kisah seorang remaja yang cuba mengimbangi masalah peribadi dan tanggungjawabnya sebagai adiwira.


The Dark Knight Rises

Filem terbaru dalam francais "Batman" arahan Christopher Nolan ini dikatakan menjadi filem terakhir dalam triloginya sejak "Batman Begins" dan "The Dark Knight". Selain pemenang Oscar Christian Bale ("The Fighter") sebagai Bruce Wayne / Batman, filem ini turut menyaksikan lakonan Anne Hathaway sebagai Selina Kyle / Catwoman; Tom Hardy sebagai Bane, pemenang Oscar Marion Cotillard ("La Vie En Rose") sebagai Miranda Tate; dan Joseph Gordon-Levitt sebagai John Blake, selain pelakon dari filem asal, Gary Oldman sebagai Commissioner Gordon dan Morgan Freeman ("Million Dollar Baby") as Lucius Fox.


Bourne Legacy

Filem keempat francais Bourne ini tidak memaparkan Jason Bourne untuk siri keempatnya tetapi mengetengahkan seorang lagi pembunuh upahan rahsia kerajaan yang dilakonkan oleh Jeremy Renner. Dikatakan watak baru ini juga pernah memainkan peranan dalam Operation Treadstone atau Blackbriar dari filem-filem Bourne sebelum ini. Rachel Weisz turut membintangi filem ini sebagai watak kekasihnya sementara Edward Norton melakonkan watak jahat.


The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Bahagian kedua dan terakhir saga Twilight ini bermula dengan peralihan Bella ke dalam kehidupan seorang puntianak. Walaubagaimanapun, dia perlu membiasakan dirinya dengan kemahiran baru dengan pantas kerana apabila Irina salah sangka Renesmee sebagai "immortal child", seorang budak yang telah bertukar menjadi puntianak, pihak Volturi mula merancang untuk memusnahkan Renesmee dan keluarga Cullens kerana dikatakan "immortal children" tidak boleh dikawal. Kini mereka harus mengumpulkan klan puntianak untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan takdir mereka.


The Hobbit: An Unexpected Journey

Filem ini merupakan filem pertama dari filem epik fantasi dua bahagian arahan Peter Jackson ini. Filem adaptasi J. R. R. Tolkien ini berkisarkan pengembaraan epik Bilbo Baggins untuk menuntut kembali Kerajaan orang Kerdil, Erebor yang telah lama ditakluki naga bernama Smaug. Apabila dia didatangi seorang ahli sihir bernama Gandalf the Grey, Bilbo bersetuju untuk menyertai 13 orang kerdil yang dipimpin pahlawan legenda, Thorin Oakensheild. Pengembaraan mereka akan membawa mereka ke Wild, melewati alam yang penuh bahaya yang diduduki Goblins dan Orcs, Wargs dan Labah-labah Gergasi, Shapeshifters dan ahli sihir. Sekalipun matlamat mereka adalah Timur, mereka perlu melepasi terowong goblin terlebih dahulu, di mana Bilbo bertemu dengan satu makhluk yang akan mengubah hidupnya untuk selamanya - Gollum.

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir Yang Anda Tak Tahu

Posted: 03 Jan 2012 11:35 PM PST



16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

BOBOI, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sertai UMNO

Posted: 03 Jan 2012 11:27 PM PST

Beberapa selebriti Malaysia kini aktif berpolitik ,masing-masing mempunyai hak untuk memilih kepimpinan yang mereka raakan bagus untuk masa depan generasi,bangsa dan anak-anak.

Jangan lepas nie disebabkan politik,BOBOI ditolak oleh segelintir penyokong parti pembangkang..bukan apa kadang-kadang Sensasi tengok penyokong pembangkang terlalu taksub walaupun jelas depan mata sesuatu yang tidak baik itu berlaku.


"Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.

"Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," ujarnya

Fasha akui bakal bernikah tahun ini,gambar bersama Prince charming terselit satu gambar Pre-Wedding?

Posted: 03 Jan 2012 11:22 PM PST

Fasha Sandha sebenarnya telah mengakui yang dia bakal bernikah tahun ini kepada teman-teman rapatnya.Cuma Fasha tidak menghebahkan kepada umum kerana belajar dari kesilapan lalu bila dia menghebahkan dan tak jadi,Fasha sendiri dapat malu.

Fasha dikatakan mungkin tidak akan membuat sidang media untuk mengumumkan perkahwinannya tetapi mempunyai cara tersendiri.

Persiapan perkahwinan telah dilakukan secara berperingkat,dan Sensasi percaya sekeping gambar dalam Album "Precious Moments with Prince Charming" kat bawah nie merupakan sekeping gambar pre-wedding Fasha.

Fasha dikatakan sebelum ini sibuk mencari gaun pengantin dan tak sabar untuk menempuh kehidupan baru bersama insan tersayang..

Sensasi tahu ramai yang tak puas hati dengan hubungan Fasha dan Jejai.tp mereka sebenarnya very loving couple..

Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Fasha apabila disamping Jejai,dan Jejai pula tidak pernah melepaskan Fasha pergi..

Sensasi suka dengan Fasha nie selain jelita,dia juga seorang yang tabah dan kuat,terus menempuh pelbagai gosip dan tohmahan orang demi bersama orang tersayang,seorang pelakon yang berbakat besar dan berdisiplin..




Mungkinkah ini gambar pre-Wedding Fasha dan Jejai..?
Kelihatan Fasha memakai baju pengantin dan Jejai memakai Tuksedo








Fasha mendukung anak Diana Rafar

























Boss Nuffnang, Timothy Tiah Lamar kekasih dengan romantik,menarik perhatian Ryan Seacrest dan Christina Peri

Posted: 03 Jan 2012 01:21 AM PST

Blogger di Malaysia pasti kenal akan Boss Nuffnang,Blog advertising company.Siapa lagi kalau bukan Timothy Tiah.

Bagi yang telah lama bersama Nuffnang,Sensasi ada juga ikuti perkembangan Boss Nuffnang semenjak dulu sebelum Timothu bercinta dengan Audrey dan kini bergelar tunang.

Tak sangka sensasi Boss Tim angat romentik dan kreatif,menggunakan cara "meme" untuk melamar kekasihnya.

Video Lamaran romantik yang berlatar belakangkan lagu " A Thousand Years" nyanyian Christina Peri.

Nampak bertapa nervous dan teruja Timothy,dan Audrey pada mulanya tercengang-cengang....pasti hati berbunga-bunga bila kekasih sanggup lakukan semua nie untuk permulaan hidup baru..

Tahniah Sensasi ucapkan kepada Timothy dan Audrey ..Sampaikan Ryan Seacrest pun tersentuh..


Tonton Video lamaran Timothy Tiah kepada Audrey


.

.

Adira dan Hafiz AF putus cinta beberapa bulan lalu

Posted: 03 Jan 2012 12:29 AM PST


Setelah hampir setahun menjalin hubungan cinta, pasangan yang menginjak populariti menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF), ini akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing.

Menurut Hafiz, keputusan tersebut dibuat apabila menyedari, mereka gagal mengenali hati budi masing-masing dengan baik.

"Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini.

"Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.

"Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan," katanya kepada Zass.

Jelas Hafiz lagi, langkah itu juga diambil bagi melancarkan perjalanan karier mereka.

"Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.

"Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya," kata Hafiz yang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.


Perpisahan mereka mula dihidu, apabila mereka hadir berasingan pada Malam Gala Filem Ombak Rindu, di Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara, Adira, berkata keputusan itu dibuat bersama Hafiz dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka.

Penyanyi kelahiran Sabah ini, bagaimanapun tidak menolak, kesibukan bekerja menjadi antara punca perpisahan mereka.

Akui sangat menyenangi Hafiz, Adira berkata, keputusan itu bukanlah penamat kepada hubungan mereka.

"Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya.

"Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila.

"Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka, " kata Adira yang kini mahu menumpukan perhatian terhadap karier seninya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ilusi ini juga bakal menjalani penggambaran muzik video lagu terbarunya, Sakura.

Pelajar Cemerlang SPM 2004,Nur Amalina Che Bakri melalui fasa kejutan budaya?

Posted: 02 Jan 2012 11:43 PM PST

Suatu ketika dahulu,gadis ini berjaya merangkul anugerah pelajar pintar Malaysia tahun 2004 kerana berjaya mendapat 17 A1.

Berjaya melanjutkan pelajaran ke Luar Negara,Amalina kini dilihat sudah seperti orang negro /barat...dengan rambut kuning ala-ala warna rambut Beyonce.

Amalina kelihatan memakai seluar legging yang "see through" dekat coraknya.
ia dikatakan sudah hilang jati diri seorang melayu .

Sensasi rasa mungkin ini adalah satu fasa dimana Amalina mengalami kejutan budaya untuk menyesuaikan diri disana..nak nampak barat,glemer,nak rasa modern..huhuh

Seenarnya kalau nak nampak modern atau nak fit-in boleh je,tapi berpada-pada lah jangan sampai nampak terlalu pelik,sebab sebelum nie dia dikenali sebagai pelajar muslimah bertudung...Ramai je kenalan sensasi yang belajar oversea,berpakaian fashionable tetapi tetap sopan ,modern dan nampak elegant..

Tapi tak dinafikan ada jugak yang mcm berubah jadi lebih "sosial' gitu..

Amalina budak bijak,pasti dia tahu kenapa ramai terkejut,kerana dia merupakan pelajar contoh.