Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

Posted: 29 Dec 2010 06:07 AM PST

Screen shot 2010 12 29 at 9.56.42 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!90 minit yang mendebarkan, Malaysia menang aggregate 4-2 dengan kelebihan 1 gol di tempat lawan sempena final AFF Suzuki Cup yang berlangsung di Jakarta, malam tadi.

Segulung tahniah buat Harimau Malaya, dan jurulatih Rajagopal yang berjaya menyemarakkan kembali semangat bola di kalangan peminat Malaysia. Jujur kata, bukan mudah sebenarnya nak melawan pasukan Indonesia, namun berkat sokongan peminat, Malaysia akhirnya berjaya juga membawa pulang gelaran juara.

Safee, telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang berlangsungnya AFF Suzuki Cup, tak silap kami 5 gol.

Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan serangan Indonesia. Kehebatan beliau mula diperkatakan sehingga menduduki tangga ke 5 twitter trend, worldwide. Kalau selama ini tiada siapa yang perasan kelibat Khairul Fahmi & Safee, nampaknya nasib mereka berdua sudah berubah. Nora Danish mula jatuh cinta dengan kedua-dua lelaki ini, siap suruh call! Ehem, boleh tahan selera.

Screen shot 2010 12 29 at 10.23.46 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

Yang meminati atau jatuh cinta dengan Khairul Fahmi, sukacita kami maklumkan ini adalah blog kekasih Khairul Fahmi bernama Aimie Hermelia. LOL!

Ramai selebriti tidak putus-putus memberikan sokongan di laman Twitter, memang meriah habis. Kali ini, kami kurang terima komen-komen yang tidak enak daripada peminat fanatik Indonesia, mungkin mereka sudah boleh menerima kenyataan.

Sekali lagi, tahniah buat Harimau Malaya, Malaysia Boleh!

pixel Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


ADV: Ketahui Teknik Buat Duit Di Mudah.my

Posted: 29 Dec 2010 04:17 PM PST

Mahukah korang Jika Budiey Dedahkan Strategi TERHEBAT Untuk Buat Duit Cara MUDAH Dan PANTAS Di Internet Tanpa Anda Perlu Mempunyai Website Sendiri Mahupun Modal Yang BESAR?

Bukan itu aje.. Dengan menggunakan langkah & strategi ini, anda mampu buat DUIT BESAR yang tak pernah anda bayangkan selama ini walaupun anda ingin bermula dengan ZERO kos. Percaya atau tidak.. Segala-galanya akan anda KETAHUI sebentar sahaja lagi!

Memperkenalkan…

Teknik Buat Duit Di Mudah.my

Mudah.my adalah sebuah website milik Mudah.my Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai 701Search Sdn Bhd). Laman Mudah.my menyediakan platform buat pengguna-pengguna internet untuk menjual atau membeli sesuatu barang. Tak kiralah sama ada barang yang ingin dijual atau dibeli itu barangan terpakai mahupun barangan baru.

Di Mudah.my, pengguna internet boleh menjual dan membeli pelbagai barangan termasuklah laptop, handset, kereta, motor, tanah, rumah dan apa sahaja. Malah, Mudah.my juga menyediakan ruangan khusus buat mereka yang ingin menawarkan pekerjaan atau untuk mereka yang sedang mencari kerja. Bak Opah astro kata..

Macam-macam Ade!

Anda tak perlu bayar langsung kepada Mudah.my untuk meletakkan iklan bagi barang yang ingin dijual di sana!

Fuhhh.. Banyak sungguh dan cukup menarik sekali keuntungan-keuntungan yang boleh anda perolehi dari laman Mudah.my. Sekarang, adakah anda masih mahu melepaskan peluang yang cukup hebat ini? Tetapi, masalahnya.. Adakah buat duit di Mudah.my semudah yang saya katakan?

Ya.. Ia memang MUDAH.. Nama website yang sediakan peluang untuk anda buat duit di internet ni pun Mudah.my. Memang cocok lah dengan namanya. Tambahan pula, dah ramai yang berjaya buat DUIT BESAR dengan teknik buat duit di sini. Saya mempunyai seorang rakan yang pernah mengaut keuntungan sehingga mencecah LIMA ANGKA selepas menjual barangan lama di Mudah.my!

Bagaimana caranya? Nah, Budiey mahu berikan korang peluang ini dengan mendapatkan e-buku ini…

Apa faedahnya buku ini?

  1. Ebook ini adalah panduan paling LENGKAP untuk anda mula buat duit di Mudah.my!
  2. Ebook ini mempunyai strategi step-by-step dan PROVEN untuk anda hasilkan duit besar di Mudah.my!
  3. Ebook ini mengandungi banyak CASE-STUDY yang boleh anda jadikan rujukan supaya tidak menemui kegagalan semasa menjual barang di Mudah.my.
  4. Ebook ini penuh dengan gambar-gambar yang membantu anda untuk lebih faham bagaimana anda mampu buat duit di Mudah.my. Jika ebook ini penuh dengan tulisan sahaja, ianya pasti BORING!
  5. Ebook ini akan mengajar anda daripada perkara asas hingga ke tahap ADVANCED cara buat duit di Mudah.my.
  6. Ebook ini akan membantu anda menghasilkan duit HALAL dan bukannya mengandungi unsur-unsur penipuan, blackhat dan seangkatan dengannya!
  7. Dan banyak lagi kelebihan dan faedah yang bakal anda perolehi hanya dengan mendapatkan ebook Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my disini!

Untuk dapatkan buku ini, Budiey sarankan korang masuk website ni:

http://rahsiamudah.my

Jom layari sekarang!!!

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Terima kasih Kepada Sponsor Bulan Mac 2008
  • Advertorial 18SX: Dapatkan E-Book Diranjang.com Sekarang!
  • Bengkel Kecantikan Sensasi Selebriti Bersama Irma Hasmie
  • Bersama Normala Samsudin di TV1
  • Tambah Pendapatan Sampingan Dengan Brooch Bunga Cute
  • Pengurus Artis Tipu Ambil Kesempatan Songlap Duit Artis
  • Kursus Solekan & Kecantikan PERCUMA di Akademi RedGlow
  • CD KET CARI DUIT POKET LAKONAN NOOR ZAM ZAM ZAKARIA, DAYANG NAZ
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw
  • Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011

    Posted: 29 Dec 2010 08:06 AM PST

    SURIA SHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011!

    Berita baik untuk mereka yang benar meminati muzik! Suria FM dengan bangganya mengumumkan program realitinya yang pertama dalam mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan kumpulan band pelajar.

    Program realiti yang diberi nama SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011 ini merupakan satu platform untuk mengenengahkan bakat melalui saluran professional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta. Bukan lagi angan-angan kerana ianya adalah realiti.

    Satu sesi sidang media diadakan pada 28 Disember 2010 bertempat di The Blue Chip Lounge, Swiss Garden KL. Sidang media ini dihadiri oleh semua penaja dan persembahan khas dari Kumpulan Tonawarna selain untuk mengumumkan secara rasminya pertandingan yang bakal diadakan oleh Suria FM pada bulan Januari 2011 nanti.

    Poster

    Lembaran 2011 Suria FM dibuka dengan mengadakan siri pencarian band muzik dikalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta. Siri ujibakat ini akan bermula di bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011.

    Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini akan berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011. Muzik yang di bawa terbuka kepada semua genre.

    Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja.

    Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya.

    Dari sejumlah 10 band yang memasuki saringan kedua ini, hanya 2 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26 Febuari 2011 nanti.

    Ini bermaksud, ke lapan-lapan band yang memasuki peringkat akhir nanti adalah datang dari setiap Zon iaitu Utara, Selatan, Timur dan Lembah Kelang. Namun begitu, nama 2 band yang berjaya di setiap zon untuk keperingkat akhir nanti hanya akan diumumkan di dalam radio dan juga laman web. Jadi, mereka perlu mendengar Suria FM dan melayari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau tidak. 3 orang juri berpengalaman yang terdiri dari artis, 'otai' lama dalam industri hiburan dan wakil dari Suria FM akan dipilih untuk mengadili pertandingan diperingkat saringan dan separuh akhir.

    Bagi mereka yang berjaya tersenarai sebagai 8 band terbaik yang melangkah memasuki peringkat akhir itu nanti, rakaman suara dan video mereka akan dimainkan di dalam radio dan juga suriafm.tv ( laman video interaktif Suria FM). Syarat penyertaan, senarai nama pemenang, cara undian, rakaman video dan segala yang berkaitan tentang ' Suria Showdown! Band Kampus Terbaik 2011!' ini boleh diperolehi di laman web Suria FM.

    Band yang berjaya memenangi pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 manakala tempat kedua pula sebanyak RM5,000 dan tempat ketiga sebanyak RM3,000.

    Jadi tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membuktikan kemampuan anda kerana sudah pasti ramai yang bercita-cita untuk menjadi artis berkumpulan namun tidak diberikan peluang. Suria FM akan mengumumkan setiap perkembangan dari hari ke hari. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjadikan Suria FM sebagai radio pilihan anda. Ikuti Suria FM di Facebook ( Suria FM ) dan Twitter ( suriafmradio ) untuk perkembangan terkini.

    En.Azrullah Md.Nor, COO Suria FM

    Moack Up

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kampus Astro Learning Carnival
  • SHOWDOWN 2011 Kembali gegarkan Malaysia
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder
  • Showdown Episode 3 The Battles Johor Bahru & Penang
  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Hafiz Penyampai Fly FM Jadi Hos Showdown 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Tips hubungan:Salah satu Punca Cinta menjadi Hambar

    Posted: 29 Dec 2010 03:50 PM PST


    Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.


    Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

    Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

    Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

    Sebelum bercinta,kita berusaha menjaga hatinya,tidak mengutuknya dan cuba untuk membuatkan dia gembira dan tidak berkecil hati.

    Selain itu kita menunjukkan rasa hormat dan minat terhadap si dia..namun setelah bercinta dan untuk tempoh beberapa lama,ada yang sudah mula mengambil mudah isu ini.

    Bahkan sikap saling memghormati juga sudah hilang,apabila menegur dah tidak berlapik lagi,apatah lagi bila sanggup mengutuk ,menghina dan membuatkan hati si dia terguris.

    Bila dah jadi mcm nie,masing-masing jadi jauh hati.Kecewa sedih dan mungkin tidak dapat lagi menerima satu sama lain dengan cara yang sama seperti dulu lagi.

    Jadi untuk pasangan di luar sana,apabila cinta,Kekal kanlah sikap menjaga hati, dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

    Liyana Jasmay menagih cinta Syamsul Yusof

    Posted: 29 Dec 2010 03:27 PM PST


    "Terus-terang, saya memang tidak pernah berkawan dengan Syamsul sebelum ini. Apatah lagi bila berlakon bersama dengannya. Jadi bila dia beri watak isteri dan dia suaminya, saya rasakan ia satu cabaran buat saya. Oleh itu saya minta kerjasama Syamsul untuk dia lahirkan rasa cinta dan sayang dia sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus kepada saya.

    "Memang agak sukar pada mulanya kerana dia seorang yang masih sedikit ego sewaktu mula-mula kami jumpa dan sangat sukar hendak mendekatinya. Tapi hari demi hari bila kami semaikan perasaan cinta itu melalui telefon serta keluar bersama, sedikit demi sedikit kami sudah boleh jadi rapat dan selesa.

    "Jadi saya harap, penonton dapat rasa apa yang kami nak sampaikan disamping babak seram yang terdapat dalam filem ini. Tetapi ia hanya untuk menjayakan filem ini sahaja," jelasnya ketika ditemui dalam tanyangan media filem seram Khurafat arahan Syamsul Yusof.

    Manakala anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam pula turut mengakui bahawa Liyana antara pelakon yang dapat menggembirakan harinya setiap kali menjalankan pengambaran filem Khurafat.

    "Saya memang susah nak dekat dengan orang yang baru saya kenal dan bercakap. Sudah tentu ia mengambil sedikit masa. Tapi bila Liyana beritahu hasratnya untuk mewujudkan kan perasaan cinta itu sebelum pengambaran saya pun cuba sepenuhnya untuk mendapatkan mood itu.

    "Terus-terang saya katakan, dia memang pandai menghiburkan hati saya ketika dalam set walaupun kami sebenarnya menjalankan pengambaran cerita seram. Saya akui Liyana memang seorang pelakon yang hebat dan saya memang nak sangat dia berlakon dalam filem saya sejak awal lagi,'katanya sambil diperhatikan oleh Liyana Jasmay.

    Maharaja Lawak,Finalis semua Siri Raja Lawak bakal bersaing

    Posted: 29 Dec 2010 03:23 PM PST

    Sensasi rasa Maharaja Lawak pasti mendapat sambutan hangat,maklumlah Ada beberapa orang diantara mereka yang telah menempa nama dalam Industri hiburan hari ini.Bahkan sudah pun mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam bidang lawak.

    Mesti banyak idea kreatif yang bakal ditonjolkan kelak.



    Mahu memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL), sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal diadakan pada April tahun hadapan.

    Pengurus Saluran Prima & Warna, Nizam Sani menjelaskan program baru tersebut memberi peluang kepada kesemua finalis RL dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.

    "Kita akan tampilkan pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Kita mahu melihat kehebatan dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada. Kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang hangat," katanya kepada murai.com.my.

    Bakal bersiaran selama lapan sehingga 10 minggu, format ML masih lagi dalam perbincangan dan akan disiarkan di Astro Warna kelak.

    Jelas Nizam lagi, tujuan ML diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang menyerlah untuk kembali bersinar.

    "Kita tahu ramai pemenang tempat kedua, ketiga yang selepas RL terus hilang. Jadi saya harap program ini secara tak langsung mengembalikan nama dan diri mereka di persada seni. Ramai peminat yang bertanya mana perginya si A, si B jadi inilah peluang untuk mereka melihat semula pelawak kegemaran mereka untuk beraksi," ujarnya optimis rancangan itu akan berjaya menarik minat penonton.

    Ditanya tidakkah sukar untuk menyatukan kesemua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML, jelas Nizam, tidak susah kerana idea ini telah lama dirancang.

    "Malah kami sendiri sudah menempah mereka untuk bulan April ini. Jadi saya yakin segalanyanya akan berjalan dengan terancang," katanya.

    Website RTM yang dihack Indonesia

    Posted: 29 Dec 2010 03:19 PM PST



    Manurut Emel yang diterima,Website RTM iaitu RTM.com.my telah dihack.
    Dengan message yang berbunyi "Loe Main Laser,Gua Olang Main Server"

    Malangnye Website sebenar RTM adalah RTM.gov.my jadi samada semua nie hanya satu propaganda indon untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia atau mereka memang salah Hack..huhu

    Apa pun,Malaysia telah menjuarai Piala AFF walaupun dengan gangguan laser pada awalnya.

    Namun kelibat Jupe yang beriya-riya nak dtg dengan Coli Laser tidak pula kelihatan..

    Video Ustaz berbicara dengan Jin Cina yang berada dalam badan Seorang Pak Cik

    Posted: 29 Dec 2010 02:36 PM PST



    E'eh ada ke Jin Cina?Kemungkinan Jin ini dibela oleh tuannya Cina,dan disuruh untuk mengganggu Pak Cik tersebut,

    Menurut yang sensasi dengar ,"benda" tue cakap dia tinggal di sebuah pondok kecik di tepi sungai sebab makan ikan.

    Loghat Cina "benda" tue agak pekat la sampai dah mcm bunyi apek yang bercakap.

    Video Kelakar:Model berjalan atas Threadmill Platform

    Posted: 29 Dec 2010 02:30 PM PST



    Masa sensasi tengok ANTM cycle 15 kat TV,cabaran mereka pada kali ini adalah untuk berjalan catwalk di atas runway yang seperti threadmill Platform..memang kelakar tengok masing-masing nak terjatuh...

    Yang paling kelakar part Kayla sampai ke sudah tak dapat tarik kaki naik atas papan,sehingga part tersebut terpaksa dipotong.try ushar kat minit ke 2.45...sampai tergelak penonton.

    Tengok aksi aksi yang kelakar nie bukan saja menghiburkan bahkan dapat mengubat hari yang duka.So enjoy..

    Malaysia Juara Piala AFF Suzuki,We are the Champion!

    Posted: 29 Dec 2010 02:44 PM PST

    Sekalung tahniah diucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya yang telah mengangkat kembali martabat sukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.Tahniah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersemangat menyokong Harimau Malaya.

    Walaupun Indonesia menang 2-1 pada malam ini,Namun keseluruhannya Malaysia tetap menjuarai dengan 4-2.

    Yang paling mendapat sambutan hangat adalah Goal Keeper Khairul Fahmi yang sungguh cekap dan sering menyelamatkan situasi cemas.

    Safee pula berjaya merangkul Gelaran scorrer terbaik.

    Ramai wanita yang jatuh hati dengan kehebatan Khairul Fahmi,sampai penuh komen2 di Twitter dan status Facebook yang memujinya,termasuklah Nora Danish yang suruh Safee dan Fahmi supaya Call her...uhuhu..mau jeles Girlfriend Khairul Fahmi baca twit Nora Danish yang nampaknyer over excited.

    Ramai yang berpendapat Jurulatih Raja Gopal patut dianugerahkan dengan Gelaran Datuk atas usahanya yang berjaya membentuk pasukan yang hebat.

    Semoga Harimau Malaya terus hebat dan maju dimasa akan datang.



    Keadaan di hadapan Skrin besar Putrajaya semasa perlawanan Bola Sepak Final antara Indonesia dan Malaysia.Meriah je





    Rio Ferdinan iaitu pemain Man Utd juga mengucapkan Tahniah kepada pasukan Malaysia disamping memuji mereka.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Pasangan tertangkap CCTV sedang’projek’ di Cybercafe

    Posted: 29 Dec 2010 09:01 PM PST

    image

    image

    image
    image

    image

    image

    image
    image

    image

    image

    image

    image

    Sorok barang curi di bawah payudara

    Posted: 29 Dec 2010 08:30 PM PST

     Sepasang kekasih  dikenakan tuduhan mencuri setelah mereka tertangkap melakukan pencurian di sebuah outlet Beall di Florida, Amerika Syaikat (AS).

    Dalam rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki dan wanita memasukkan sesuatu kedalam baju dan seluar. Perempuan itu didapati menyembunyikan kasut di payudaranya dan lelaki itu pula menyembunyikan di balik organ kemaluannya.

    Lelaki itu mengambil barang yang bernilai $17.99  sedangkan perempuan berhasil menyembunyikan barang yang harganya $159.88 .(link)

    [Pelik] Mari kita lihat cara itik mencuri duit

    Posted: 29 Dec 2010 07:20 PM PST

    image

    Hebat…itik ini menjadikan anaknya sebagai umpan untuk mengelirukan orang sebelum dia bertindak mencuri duit…Siapalah agaknya yang melatih itik ini samapi boleh bertindak sebegini rupa…

    Lelaki di arah korban mata serta telinga kerana membakar mata dan telinga orang lain

    Posted: 29 Dec 2010 06:00 PM PST

    Inilah agaknya hukukman darah dibalas darah ...mati di balas mati..
    saya petik dari myMetro

    TEHERAN: Mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki mengorbankan mata dan telinganya selepas dia membakar mata dan telinga seorang lelaki lain dalam satu serangan asid, lapor akhbar Kayhan, semalam.

    Hakim Aziz Mohammadi mengeluarkan arahan itu kepada tertuduh yang dikenali sebagai Hamid selepas dia didapati bersalah menyimbah asid kepada mangsa, Davoud.


    Aziz juga mengerahkan Hamid membayar wang ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami Davoud mengikut undang-undang republik Islam itu. Hamid memberitahu mahkamah dia tersilap apabila menyangka Davoud adalah rakan sekelas yang sering membulinya ketika di sekolah tinggi dulu. Bagaimanapun, laporan akhbar tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan hukuman menggunakan asid. Sebilangan serangan menggunakan asid kerap dilaporkan akhbar di Iran sejak beberapa tahun lalu.


    Pada November lalu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman supaya seorang lelaki disimbah matanya dengan asid yang telah berbuat demikian kepada suami kekasihnya di bandar Qom. Pada Februari tahun lalu pula, Majid Movahedi dihukum supaya kedua-dua belah matanya dibutakan selepas dia menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya di universiti, Ameneh Bahrami yang menolak lamarannya. - AFP

    [Berita sedih] Gadis belasah ibu bapa dengan kayu

    Posted: 29 Dec 2010 05:20 PM PST

    Gadis pulak tu yang pukul...saya petik dari myMetro


    JEDDAH: Polis semalam menahan seorang gadis belasan tahun kerana memukul ibu bapanya dengan kayu.

    Jurucakap polis Jeddah, Nawaf Al-Bouq berkata, pihaknya turut membawa pasangan suami isteri itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


    "Memukul dan mendera ibu bapa adalah jenayah besar menurut undang-undang Saudi dan mereka yang didapati bersalah terhadap jenayah itu tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin kecuali dengan kebenaran ibu atau bapanya," kata Nawaf.


    Kes anak memukul ibu bapa jarang berlaku di kalangan penduduk Saudi. Pakar sosiologi berkata, masalah ekonomi dan kurang pendidikan menjadi punca kepada jenayah seumpama itu. - AP

    [Aneh] Kenapalah budak digantung?

    Posted: 29 Dec 2010 04:37 PM PST

    aneh1
    Agaknya apalah salah budak ini sehingga dibuat begitu rupa…tengok wajahnya tak kesian ke?

    Lelaki ini layak digelar hebat

    Posted: 29 Dec 2010 10:01 AM PST

    001
    Walaupun di pancut dengan watercanon dia masih tetap berdiri…malah semakin berani lagi.

    [Gambar] Goyang setengah telanjang penyanyi dangdut ketika show

    Posted: 29 Dec 2010 09:30 AM PST

    Bukan nak menghina penyanyi dangdut ini tetapi kelakuan mereka
    yang menggambarkan betapa murahnya harga diri mereka.Seolah -olah apa yang mereka
    ada dibadan mereka sudah tak bernilai dan boleh dipertontonkan kepada sesiapa pun....









    kesian pada wanita-wanita ini sanggup diperlakukan
    sebegitu rupa semata-mata mencari nama dan wang...nilaikanlah
    sendiri...

    Gambar pasangan burung ini membuat ramai warga Amerika dan Eropah menangis

    Posted: 29 Dec 2010 08:35 AM PST

    image
    Seekor burung betina terkapar di pelantaran dengan keadaan tubuh yang parah.

    image
    Pasangan jantannya membawakan makanan kepada burung betina dengan kasih sayang

    image
    Burung jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian burung betina itu mati terkulai. Burung jantan merasa terkejut dan cuba mengangkatnya.

    image
    Burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian "menangis" di hadapan kekasihnya yang telah mati kaku.

    image
    Sambil berdiri di samping tubuh kekasihnya sambil "berteriak" dengan suara yang sangat menyedihkan seolah-olah meratapi kematian kekasihnya.

    image
    Akhirnya ia menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan boleh hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuhnya dengan sedih dan duka yang mendalam.(perhatikan wajahnya)

    Gambar pasangan burung ini dikhabarkan diambil di suatu tempat di wilayah  Republik Ukraine, ketika burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya.
    Jutaan orang di Amerika dan Eropah menitiskan air mata setelah menyaksikan gambar-gambar ini.

    Model dari China yang di katakan mirip Kim Kardashian

    Posted: 29 Dec 2010 07:30 AM PST

    Inilah wajah model yang dikatakan mirip wajah Kim Kardashian





    Malaysia Juara Piala AFF SUZUKI 2010

    Posted: 29 Dec 2010 06:21 AM PST


    Syukur Alhamdulillah... Akhirnya piala AFF Suzuki menjadi milik kita. Setelah mengharungi 90 minit dan masa tambahan di Stadium Bung Karno dengan penuh aksi yang mencemaskan. Pujian harus diberikan kepada penjaga pintu gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan juga rakan -rakannya. Mereka semua menyajikan aksi yang sangat hebat.

    Kepada Safee Sali di ucapkan terima kasih kerana menjaringkan gol yang amat berharga dan rakyat Malaysia bangga denganmu. Syabas pasukan Malaysia. selepas ini kita sasarkan kepada tahap yang lebih. Harimau Malaya telah bangkit dan jangan tenggelam lagi. Syabas Malaysia.

    Pelihara lembu dah macam pelihara kucing

    Posted: 29 Dec 2010 06:00 AM PST





    macam-macam ragam manusia...


    Cara letak watermark di monitor

    Posted: 29 Dec 2010 05:00 AM PST




    amacam boleh buat....

    Bukti bau kasut boleh menyebabkan pengsan

    Posted: 29 Dec 2010 04:00 AM PST

    5efbc7f0fbe44de41e796b5d059126b1549d8725
    Sampai pengsan kucing ini di buatnya…..mesti 'paing' gila bau kasut ni

    Kebolehan yang luarbiasa

    Posted: 29 Dec 2010 03:30 AM PST

    Manusia mempunyai kebolehan dan ke unikan tersendiri
    termasuk mereka -mereka ini...










    Nelayan mati di heret ikan kerana kaki terbelit tali pancing

    Posted: 29 Dec 2010 02:40 AM PST


    Sudin, 55, seorang penduduk Dusun Keperan,di Jawa Timur Indonesia, dilaporkan terkorban ketika memancing ikan.

    Nelayan tradisional ini meninggal dunia akibat kedua kakinya terlilit tali pancing dan diseret oleh ikan yu ke dalam air laut selama kira-kira satu jam.

    Mayat mangsa dilaporkan berjaya diangkat dari dalam laut tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Malah ikan yu hasil tangkapanya seberat kira-kira 200 kg juga berjaya diangkat.

    Busyairi 35, menantu mangsa mengatakan, setiap hari dia akan memancing ikan yu bersama mertuanya dengan menggunakan motorbot.

    Pada Isnin kelmarin, sebaik sahaja tiba di tengah laut, dia dan mertuanya melepaskan pancing yang sudah dipasang umpan ke laut. Setelah menunggu beberapa minit, umpan pancing mertuanya disambar ikan yu yang cukup besar.

    Menurut laporan akhbar Kompas, ikan yu hasil tangkapan mertuanya itu sebenarnya sudah berjaya dinaikkan ke dalam bot. Namun, masih terus meronta untuk melepaskan diri dari mata kail pancing di mulutnya. Tidak lama kemudian, ikan tersebut berjaya melompat kembali ke laut dan Sudin yang sedang memegang tali, diseret bersama ke dalam laut.

    "Padahal saya sudah melarang agar bapak tidak berdiri di atas tali pancing," kata Busyairi. Melihat kejadian itu, Busyairi secara spontan terus terjun ke laut untuk menolong mertuanya, sekaligus menangkap kembali ikan hiu tersebut.

    Namun, ikan tersebut terus meronta-ronta. "Ada sekitar satu jam terseret dan tenggelam di laut," jelas Sudin.

    Ikan hiu menjadi kegemaran nelayan di Situbondo lantaran harganya yang disifatkan sebagai mahal oleh penduduk setempat "Daging ikan yu ketikat ini harganya mencapai Rp 4.500 per kilogramnya," kata Supriyanto (35), jiran kepada mangsa yang terbunuh.

    "Beberapa saksi sudah kami minta keterangannya dan mangsa tewas akibat diseret ikan yu hasil pancingannya," kata seorang pegawai Polis.


    Sumber: Kompas

    [Berani] Cuba bunuh diri dengan melompat dari balkoni parlimen untuk nyatakan bantahan

    Posted: 29 Dec 2010 01:30 AM PST

    Seorang lelaki bernama Adrian Sobaru  cuba membunuh diri dengan melompat daripada balkoni di parlimen semasa wakil-wakil rakyat di Romania sedang bersidang sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Bagaimana pun cubaan membunuh dirinya dikatakan gagal apabila dia sekadar memperolehi kecederaan minor yang tidak mengancam nyawanya.

    Sebelum melompat untuk membunuh diri pada ketinggian 23 kaki, lelaki berkenaan menjerit kepada wakil-wakil rakyat yang sedang bersidang dengan mengatakan "kamu semua telah membunuh generasi masa hadapan!".

    Tindakan lelaki tebabit yang juga merupakan seorang ayah yang memiliki dua orang anak dikatakan kerana membantah langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan berikutan negara berkenaan menghadapi bebanan hutang negara yang besar.






    Beli seluar dalam terpakai dapat klip video gadis membuka seluar dalam

    Posted: 29 Dec 2010 12:40 AM PST

    gambar hiasan

    Seorang pelajar kojej berusia 19 tahun di Singapura menjual seluar dalam terpakai secara online pada harga S$45 (RM104) setiap satu.

    Dia juga memberikan bonus tambahan untuk pelanggan yang membeli dua seluar dalam - mereka akan menerima video klip percuma gadis tersebut yang sedang membuka seluar dalamnya namun tanpa menunjukkan wajahnya.

    Gadis yang hanya dikenali dengan nama Felica, telah memulakan perniagaan ini sejak bulan lalu melalui blognya.

    Pada mulanya dia menjual seluar dalamnya dengan harga S$30 (RM70)setiap satu, namun dia telah menaikkan harganya bermula pada 1 Disember lalu.

    Felica menulis entry di dalam blognya dengan memaparkan gambar-gambarnya dari paras leher ke bawah dengan memakai pelbagai jenis seluar dalam termasuk jenis T-black dan rekaan biasa dengan design yang comel.

    Setakat ini gadis tersebut dipercayai telah menjual sebanyak 16 pasang seluar dalamnya dan menerima kira-kira 200 komen dari pembaca-pembaca blognya itu.

    Menurutnya, dia melakukan perniagaan itu untuk menampung sedikit perbelanjaan serta membayar yuran pengajiannya.

    "Semua seluar dalam yang dijual akan dipakai olehnya sekurang-kurangnya selama 12 jam" Katanya kepada sebuah akhbar.

    Bagaimanapun gadis itu enggan untuk tampil ditemuramah dan akan berhenti daripada memberikan video klip percuma.

    "Saya tidak boleh mendedahkan identiti saya dan membenarkan orang mengenali siapa saya," Katanya lagi.

    Sumber: Sin Chew Daily

    [Pelik] Ceraikan isteri kerana kejutkan daripada tidur untuk pergi kerja

    Posted: 28 Dec 2010 11:45 PM PST

     Seorang lelaki menceraikan  isterinya setelah cuba membangunkannya untuk pergi  kerja di suatu pagi.

    Lelaki Arab Saudi yang identitinya dirahsiakan dan berusia 23 tahun ini untuk ketiga kalinya menceraikan isteri dengan alasan yang sama dan juga kerana anaknya yang nakal.

    "Ketika isterinya membangunkannyauntuk segera pergi bekerja dia kemudian sangat marah dan menceraikan isterinya sektika itu juga," demikian tulis sebuah akhbar tempatan.

    Dia cuba meminta maaf dan berharap agar pernikahannya boleh kembali namun orang tua si isteri menolak menerimanya kembali. "Dia sudah cuba bertemu dengan keluarga isterinya namun mereka mengatakan dia tak akan pernah melihatnya lagi," demikian disampaikan seorang sumber. Dalam hukum Islam,  suami bioleh menjatuhkan talak kepada isteri dengan kata-kata tersebut sebanyak tiga kali.-Tribunnews.com 

    Bangsawan Inggeris marah kebunnya jadi tempat gay adakan hubungan seks

    Posted: 28 Dec 2010 10:31 PM PST

    Sir Beville Stanier

    Seorang bangsawan Inggris bernama Sir Beville Stanier merasa marah setelah kebunnya digunakan untuk melakukan hubungan seks oleh beberapa pasangan homoseks. Kerabat kerajaan tersebut segera meminta polis dan pemerintah daerah untuk mencegah "kegiatan" itu agar tidak berulang lagi.

    Kebun luas nan menghijau itu sebenarnya sudah dipagari dengan kawat keliling namun kebelakangan ini rosak. Setelah di siasat ternyata kebun itu menjadi tempat favourite para homoseks melakukan hubungan intim sesama jenis di semak-semak.

    Kebun yang luas itu berada di Shotover Estate dekat Oxford merupakan harta warisan dari ayahnya bernama Sir John Miller yang dulu setiausaha istana.

    Sir Beville (76) pun harus mengeluarkan ribuan poundsterlling untuk membuat pagar yang lebih ketat lagi agar para homoseks tidak bioleh memanfaatkan kebun tersebut untuk melampiaskan nafsunya.

    Pagar keliling itu berulangkali dirosak dan dibengkokkan oleh lelaki-lelaki homoseks untuk menceroboh dan melakukan seks di dalam kebun  itu.

    Polis setempat berjanji memperketat kawalan agar para homoseks tidak lagi menceroboh ke dalam kebun itu.(link)

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS