Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Nora serik

Posted: 31 Jan 2013 07:17 AM PST

Asyik dikaitkan dengan aktor yang digandingkan bersama dalam produksi membuatkan Nora Danish, 31, rimas hingga membuatkannya lebih selesa keluar bersama rakan bukan selebriti.

Bukan mahu menjarakkan hubungan dengan teman seperjuangan, sebaliknya pelakon yang menyandang status ibu tunggal itu enggan persahabatan di luar waktu kerja disalah erti, sekali gus mengundang rasa kurang selesa mana-mana pihak.

Terbaru, sekali lagi Nora menjadi topik perbualan apabila gambarnya bersama pengacara, Qi Razali, 36, yang dikongsi menerusi Instagram dikatakan sebagai tanda mereka punya hubungan.

Seperti gosip terdahulu membabitkan beberapa artis seperti Adi Putra, Shaheizy Sam dan Anuar Zain, tegasnya, mereka dianggap tidak lebih daripada kawan.

"Saya memang suka berkongsi gambar di lokasi dengan peminat, termasuk ketika menjalani penggambaran filem terbaru, Bencinta, di Langkawi yang menggandingkan saya dengan Farid Kamil dan Qi.

"Bagi saya, gambar itu macam paparan lain juga. Tambahan pula, kami sama-sama solo, jadi rasanya tidak salah berkongsi detik di set sebagai antara promosi filem terbabit.

Bagaimanapun, saya tak sangka selepas itu kami dicop makin intim.
"Kadang-kadang saya kasihan juga kepada mereka. Kalau bujang, ia masih boleh diterima. Jika sudah bergelar suami orang, seperti Adi, sedikit sebanyak ia boleh memberi kesan kepada orang lain," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan koleksi Hari Kekasih Pandora, di Ampang, semalam.

Selain Nora, majlis yang dikendalikan Datuk Yasmin Yusoff itu turut diserikan kehadiran pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, selain Marsha Milan Londoh.

Walau diasak 1,001 persoalan mengenai kehidupannya, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, tetap memberi jawapan dengan tenang, sesekali kedengaran tawa kecilnya. Sempat berseloroh, dia mahu lebih bersedia sebelum menjalani penggambaran drama arahan Michael Ang, Mac depan, apabila pasangannya nanti ialah aktor Indonesia, Randy Pangalila.

"Nampaknya selepas Qi, 'kekasih' saya selepas ini tentu saja aktor seberang, Randy (Pangalila).

Apatah lagi drama itu nanti berkisar mengenai percintaan," katanya yang turut menafikan sedang didekati seorang usahawan.

Bagaimanapun, bicaranya kembali serius tatkala menyentuh pembikinan Bencinta, yang dianggap memperlihatkan dari sisi berbeza bersama watak Fathia, isteri teraniaya yang bangkit membalas kekejaman suami.

Demi tuntutan watak, aktres itu sanggup menjalani latihan fizikal dan seni mempertahankan diri selama dua bulan, malah di set Nora sanggup melakukan sendiri semua babak pergaduhan.

"Filem ini memang sesuatu yang baru bagi saya. Bukan sebelum ini tidak pernah membawakan watak wanita lasak, cuma kali ini saya betul-betul bertinju dan menendang 'suami' lakonan Farid.

"Sampai satu babak, Farid benar-benar tertolak dahi saya ke meja dan benjol itu masih kelihatan sampai hari ini. Berkali-kali dia minta maaf, tapi ia kemalangan kecil saja kerana saya sendiri tersilap percaturan. Apa pun, saya puas," ulasnya mengenai pembikinan yang mengambil masa dua minggu untuk disempurnakan.

Tambahnya lagi, bukan lelah mahupun sakit melakukan adegan lasak membuatkan air matanya berlinang, sebaliknya rindu terhadap Rayqal membuak-buak kerana julung kali berjauhan anak tercinta.

"Saya tak pernah berpisah lama dengan Rayqal. Menitis juga air mata terkenangkan anak, tetapi selepas hari ke-10, keluarga membawanya ke Langkawi. Kami sama-sama berpelukan macam bertahun tak jumpa," ceritanya.

Ditanya kekerapan Nora bercuti bersama bekas mentua hingga peminat tertanya-tanya, katanya mereka tetap keluarga biarpun hubungannya dengan Jejai sudah berakhir.

"Mommy dan Daddy saya anggap seperti ibu bapa sendiri.

Seperti percutian ke Dubai, baru-baru ini, mereka mengajak saya dan takkan saya mahu mengecilkan hati mereka? Biar apa yang terjadi, mereka tetap keluarga saya," katanya.

Sharnaaz buntu

Posted: 31 Jan 2013 07:09 AM PST

Enggan 'memanaskan' keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah.

Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat. Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat.

Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai 'biadap' selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila.

Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu.

"Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak.

Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal?

Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Sharnaaz Ahmad Tetap Akan Nikah Shila Amzah Walaupun Dihalang Keluarga

Posted: 01 Feb 2013 12:36 AM PST

Posted: 1 February 2013 at 4:36 pm  

shila-amzah-dan-sharnaaz-ahmad

Dengan segala kontroversi serta dugaan yang melanda, Sharnaaz Ahmad nampaknya tidak mudah untuk berputus asa.. Sharnaaz Ahmad dikatakan akan tetap dengan pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isterinya walaupun mendapat halangan keluarga.. Jelas Sharnazz lagi, dia akan terus menunggu respon positif daripada kedua orang tua Shila Amzah dengan penuh sabar dan hormat untuk meneruskan niat sucinya itu..

"Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,"

Tambah Sharnazz lagi, dia tidak akan sesekali berganjak daripada hasratnya untuk mengahwini Shila Amzah walaupun di tentang ramai pihak..

"Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan semua orang lain.

"Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah,"

Bagaimanapun, Sharnazz Ahmad akan tetap menunggu kepulangan Shila Amzah dari China untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai perhubungan mereka..

"Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut," katanya yang kini sibuk di lokasi filem Gila Baby arahan Kabir Bhatia.

Sumber:Mstar

Aznil Haji Nawawi Kini Bergelar Datuk

Posted: 01 Feb 2013 12:03 AM PST

Posted: 1 February 2013 at 4:03 pm  

datuk Aznil Nawawi

Tahniah kepada Aznil Haji Nawawi, pengacara yang amat dikenali di Malaysia kerana beliau telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.. Dengan penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran 'Datuk' kepada Aznil Nawawi..

Datuk Aznil Nawawi telah menerima anugerah ini bersama 40 orang yang lain di Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang telah diadakan di Istana Negara, Jalan Duta oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pagi tadi..

Tahniah sekali lagi buat Datuk Aznil Nawawi, lepasni boleh la tukar nama rancangan ke 'macam-macam Datuk Aznil'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS