Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Rahsia cinta

Posted: 19 Jan 2013 02:58 PM PST

Liyana Jasmay akui menaruh hati pada Fathuddin sejak usia 13 tahun

Di celah kesibukan melunaskan baki persiapan majlis perkahwinan mereka yang kurang dua minggu lagi akan berlangsung, pelakon Liyana Jasmay (LJ), 25, dan bakal suaminya, Fathuddin Mazlan (Din), 29, cuba mencuri masa seharian untuk merakam gambar praperkahwinan mereka di Hyatt Regency Kuantan Resort pada Isnin lalu.

Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 itu sengaja memilih tempat kelahirannya sebagai mengabadikan momen dan memori indah itu. Malah, atas bantuan teman baiknya, Izuan Mokhtar serta Ashraf Rahman, hotel berkenaan sudi menaja bilik Presidental Suite yang berharga lebih RM8,000 semalam bagi sesi fotografi berkenaan.

Pasangan yang bakal diijabkabulkan pada 2 Februari ini di Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur jam 9 pagi itu juga cuba memilih gaya ringkas untuk gambar praperkahwinan yang dirakam syarikat fotografi Candidsyndrome.com (milik Saiful Nang).

Seramai tujuh krew termasuk Saiful Nang turun padang untuk agenda berkenaan. Ia turut membabitkan tiga krew
videografi The Malaya Production (www.weddingmalaya.com), manakala jurusolek kesayangannya, Deq Sha dibantu Jija Anuar dan Pejoy Yahaya dipilih untuk mencantikkannya.

Hampir seharian berada di sana, B*POP yang turut berpeluang melihat sendiri sesi fotografi itu memperlihatkan
Liyana begitu berseri dan bagaikan teruja menantikan detik bahagianya yang tidak sampai dua minggu lagi. Lagu Cinta Bersatu dendangan Liyana sendiri kerap berkumandang sebagai lagu latar. Seperti sebahagian bait lirik lagu berkenaan berbunyi;

"Ku sempurna bagimu... tak kurang sesuatu... cinta bersatu,
demikian juga kisah cinta
mereka yang hampir sempurna...."

Pantas mencipta keserasian

Din yang kelihatan makin susut berbanding hari pertunangan Mac tahun lalu berkata, bakal isterinya begitu sempurna di mata hingga mereka pantas mencipta keserasian. Seperti ceritera cinta yang sering ditonton, hikayat mereka juga hampir serupa.

Berkongsi satu planet, tinggal di kawasan kejiranan yang sama, satu sekolah di mana Din bergelar senior kepada Liyana, anak kesayangan Habsah Simpon dan Datuk Jasmay Md Shah itu mengakui sebenarnya sudah mula
menaruh perasaan kepada Din sejak berusia 13 tahun lagi.

"Kebetulan juga ketika itu, kakak saya berkawan dengan kakaknya. Lucunya selepas keluarga saya berpindah di kawasan kejiranan sama dengannya, saya hanya nampak beliau dalam beberapa kali saja. Ketika itu juga saya akan berlari ke tepi jendela untuk memandangnya dari kejauhan.

"Ketika itu cinta hanya tersemat dalam hati. Tak sangka pula sejak Januari tahun lalu kami boleh bertemu semula.

Saya juga sempat bertanyakan seorang teman yang juga berkawan dengannya sama ada dia masih single atau sudah berpunya, selain berkirim salam dan seterusnya berlanjutan hingga bertukar nombor telefon.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS