Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Terlibat nahas, ibarat ajal sudah tiba - DJ Lin

Posted: 09 Jul 2013 12:08 AM PDT

DJ LIN... Penyiar Suria FM ini terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan keretanya berpusing dan merempuh pokok di ibu negara pagi tadi.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Penyampai radio yang mengendalikan rancangan Suria Cinta di Suria FM, DJ Lin merasakan seperti ajalnya sudah hampir tiba pagi tadi, setelah terlibat dalam satu kemalangan kecil sewaktu dalam perjalanan untuk menghadiri satu sesi fotografi.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Parlimen di sini kira-kira pukul 11.45 pagi tadi menyaksikan kereta Proton Persona miliknya mengalami kerosakan teruk apabila sisi kiri kereta tersebut bertembung dengan sebatang pokok.

"Sejujurnya saya merasakan seperti bakal kehilangan nyawa sewaktu kenderaan itu berpusing sebelum menghentam sepohon pokok di tepi jalan.

"Tetapi mujurlah bahagian sebelah kiri yang bertembung dan bukannya bahagian kanan iaitu sebelah pemandu," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Sebelum kemalangan tersebut berlaku, penyampai radio yang baru-baru ini melancarkan single sulungnya iaitu Ranting Kenangan itu, baru sahaja selesai menghantar barang-barang ke lokasi perniagaannya di Busana Mall, Medan Mara di sini.

Tambah DJ Lin lagi, mujurlah hanya kenderaannya sahaja yang mengalami kerosakan teruk iaitu sisi kiri kenderaannya remuk, cermin depan dan kiri pecah selain tayar belakangnya turut pecah.

"Saya bernasib baik hanya mengalami kecederaan ringan sahaja iaitu sedikit kesakitan di bahagian pinggang, selain daripada itu saya tidak menerima kecederaan lain," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Artis sekarang terbela

Posted: 09 Jul 2013 12:20 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

GOLONGAN artis sentiasa diraikan selain mendapat bantuan serta dana daripada kerajaan demi mempertingkatkan mutu dan taraf hidup mereka dalam masyarakat.

TIDAK banyak bezanya antara kemeriahan dunia hiburan dulu dan sekarang. Kemunculan penyanyi, pelakon atau pemuzik saling silih berganti dalam bidang masing-masing.

Paling ketara apabila tibanya bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun. Cuma yang membezakannya adalah daripada segi persiapan serta kemampuan mereka untuk meraikannya.

Rata-rata golongan artis lama menyifatkan taraf hidup dan nasib artis generasi muda hari ini lebih baik berbanding mereka dahulu. Ini antaranya ada kaitan dengan peningkatan taraf hidup serta teknologi yang semakin canggih.

Menurut penyanyi era tahun 1960-an, Datuk A. Rahman Hassan, dia dan anggota kumpulannya, Orkes Nirwana Johor Bahru pernah melalui zaman kegemilangan dalam bidang muzik tanah air lebih 40 tahun lalu.

Namun katanya, kemeriahan itu tidak mampu menyamai keadaan yang dinikmati oleh artis-artis zaman sekarang termasuklah daripada segi pendapatan lumayan yang mereka raih berbanding dahulu.

"Kalau semasa zaman saya dulu, bayaran untuk mengadakan persembahan pentas sekitar RM50 sahaja. Itupun kena dibahagi-bahagikan dengan anggota-anggota kumpulan yang lain. Jadi berapa sangatlah yang kami dapat.

"Apa lagi persembahan pentas pula biasanya lebih banyak pada hujung minggu. Tidak macam sekarang tawaran menyanyi tidak kira hari, siang atau malam. Malah, bayarannya juga sangat tinggi sampai RM30,000 untuk satu jam.

"Sebab itu saya katakan artis-artis sekarang lebih beruntung berbanding dulu. Saya cakap macam ini bukan sebab cemburu ke apa ke tetapi ia adalah realiti. Zaman sudah berubah," katanya kepada Hits semasa ditemui baru-baru ini.

Kata penyanyi pop yeh-yeh berusia 67 tahun itu, paling ketara sewaktu zaman popularnya dahulu, ada di kalangan mereka yang terpaksa berjimat cermat dan hidup sederhana biarpun bergelar artis.

Rahman yang berasal dari Johor Bahru menambah, sikap suka menabung itu telah diterapkan di kalangan Orkes Nirwana Johor Bahru terutama sewaktu tibanya bulan puasa dan juga semasa perayaan Hari Lebaran.

"Dalam kumpulan ini kami telah membuat satu tabung khas yang dikutip daripada duit bayaran mengadakan persembahan. Ketika itu paling banyak pun kami boleh menabung sampai RM1,800 pada satu-satu masa.

"Duit itu kami gunakan untuk membantu ahli-ahli yang sakit atau memerlukannya. Ini kerana pendapatan menyanyi tidak menentu walaupun ada di antara kami yang mempunyai kerja tetap. Semua cuma tinggal kenangan sahaja.

"Sekarang ini mana ada kumpulan yang buat macam itu kerana pendapatan artis sekarang boleh dikatakan mewah. Cuma bezanya mahu bekerja keras atau tidak sahaja. Kalau ada bakat dan rajin banyaklah rezeki," ujarnya.

Perkembangan

Taraf hidup dan kemeriahan artis zaman dulu dan sekarang juga banyak dipengaruhi oleh kepesatan bidang penyiaran terutamanya saluran-saluran televisyen dan radio yang semakin bertambah kini.

Pelakon veteran Abu Bakar Omar misalnya menyifatkan faktor itu antara yang banyak membantu mempertingkatkan pendapatan serta taraf hidup golongan artis generasi muda pada hari ini.

Ketika usianya 65 tahun kini, dia bukan sahaja masih berlakon drama dan filem, tetapi pada masa sama menganggap golongan artis hari ini lebih baik berbanding sewaktu pembabitan awalnya sebagai pelakon pada awal 1980-an dulu.

"Pada zaman saya dulu saluran televisyen hanya ada dua sahaja iaitu TV1 dan TV2 . Siarannya pula bukannya 24 jam. Tetapi bermula dari petang hingga tengah malam sahaja. Jadi slot untuk drama atau program hiburan terhad.

"Secara tidak langsung tidak banyak drama atau program hiburan diterbitkan. Dulu bilangan syarikat produksi juga tidak banyak macam sekarang. Perkara itu menyebabkan pelakon tidak mempunyai banyak peluang berlakon.

"Zaman itu, pelakon secara tidak langsung terpaksa bersaing untuk mendapatkan peluang berlakon. Sebab itu hanya pelakon yang popular dan berbakat sahaja yang lebih mudah mendapat tawaran berlakon ketika itu," jelasnya.

Walaupun kekurangan saluran televisyen, syarikat produksi serta peluang berlakon, Abu Bakar yang mula berlakon pada 1981 tetap bersyukur kerana dengan bakatnya itu dia masih mampu bertahan hingga hari ini.

Malah, atas kekurangan dalam dunia penyiaran pada zaman dia mula menceburi bidang lakonan menyebabkan para peminat memberi sokongan kepadanya. Ternyata kekurangan itu memberi kesan besar kepadanya.

Katanya, pelakon dahulu agak susah termasuklah untuk mengadakan penggambaran terutama di kawasan luar bandar. Ini tidak seperti pelakon sekarang yang mendapat layanan dan kemudahan yang lebih selesa.

"Saya dahulu pernah menjalani penggambaran drama bertajuk Malam Syahdu di Parit Sembrong, Batu Pahat, Johor. Sehari sebelum itu radio di Johor telah mengumumkan tentang kami yang akan menjalani penggambaran di situ.

"Apa lagi semasa kami tengah berlakon ramai orang kampung yang datang ke lokasi sampaikan kami tidak boleh berlakon. Kami kena tunggu sampai subuh selepas mereka balik barulah penggambaran dapat diadakan.

Kurang pembelaan

"Mereka mahu lihat sendiri pelakon pujaan mereka berlakon depan mata. Walaupun tiada layanan kelas pertama daripada pihak produksi tetapi kami terasa dihargai kerana para peminat memang tahu bakat sebenar kami," ungkapnya.

Golongan artis pada zaman sekarang bukan sahaja mempunyai pendapatan yang tinggi, malah mempunyai pelbagai medium bagi mengangkat populariti serta kebajikan mereka. Kelebihan itu banyak menjamin kualiti hidup mereka.

Contohnya perkembangan media massa seperti televisyen, radio dan juga akhbar-akhbar dan majalah-majalah hiburan arus perdana yang banyak membantu mereka mempromosikan diri serta produk masing-masing.

Menurut penyanyi pop tahun 1980-an, Salwa Abdul Rahman, 48, artis-artis sekarang juga banyak dilindungi oleh akta-akta hak cipta serta dilindungi oleh undang-undang yang banyak memihak kepada kepentingan mereka.

Tidak seperti di zamannya dulu, golongan artis yang celik undang-undang bukan sahaja tidak ramai. Malah, tidak ramai di antara mereka yang mempunyai pengurus peribadi mahupun peguam yang dilantik khusus buat mereka.

"Semasa zaman saya dulu golongan artis terdedah dengan macam-macam fitnah dan penindasan. Misalnya daripada pihak penganjur persembahan pentas yang banyak menipu kami. Malah, kami juga berdepan dengan banyak gosip liar.

"Tetapi kami tidak tahu hendak ketengahkan kepada siapa permasalahan kami itu. Saya sendiri pernah melalui pengalaman pahit apabila bapa saya, Abdul Rahman Ali meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada tahun 1987.

"Arwah terkejut selepas terbaca gosip liar yang tidak berasas tentang saya dalam sebuah akhbar tabloid. Bagi saya itu kes besar. Sedangkan artis sekarang kes kecil pun mereka akan akan bawa ke mahkamah kerana faktor tersebut," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Akim nak lamar Stacy?

Posted: 08 Jul 2013 04:34 PM PDT

Bekas pelajar AF seloroh mahu merisik rakan seperjuangan pada Aidilfitri ini

Sehingga ke hari ini status hubungan dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), Akim Ahmad dan Stacy Angie, masih menjadi tanda tanya. Biarpun hangat dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu, namun dua penyanyi ini tidak pernah mengesahkan perkara itu.

Sikap mereka yang suka berselindung mula menimbulkan rasa kurang senang di hati peminat sehingga ada yang menggelarkan Akim dan Stacy hipokrit dan penipu.

Apakan tidak, dalam rancak menafikan gosip yang bertiup kencang, pasangan ini dilihat ligat memuat naik gambar mesra mereka bersama anak angkat penyanyi wanita itu, Bella Deluna Valentina, di Instagram.

Baru-baru ini, seorang wanita yang mendakwa dirinya peminat Stacy menghantar kiriman e-mel kepada wartawan B*Pop, mendedahkan mengenai keakraban pasangan itu. Dia mendakwa Akim dan Stacy sudah saling mengunjungi keluarga masing-masing dan hubungan mereka mendapat restu keluarga.

Diajukan pertanyaan berhubung perkara itu kepada Akim, yang ditemui pada majlis pelancaran drama Kampung Girl untuk slot Zehra di TV3, anak muda dari Johor itu tidak menafikan hubungan akrabnya dengan keluarga Stacy. Malah, dia turut berseloroh berkemungkinan akan melamar gadis itu pada Aidilfitri nanti.

"Memang saya pernah berkunjung ke rumah keluarga Stacy di Sabah, manakala pada Hari Raya tahun lalu Stacy meluangkan masa menziarah keluarga saya di Johor. Insya-Allah jika tiada aral melintang mungkin kami akan beraya bersama tahun ini. Mana tahu kunjungan kali ini menjadi acara merisik pula?" kata Akim berseloroh.

Keakraban dipertikai
Mungkin menyedari kata-katanya boleh menimbulkan spekulasi, segera Akim membetulkan kembali kenyataannya dengan mengatakan, hubungan dengan Stacy tidak lebih daripada seorang kawan.

Kata Akim lagi, mungkin kerana mereka berlainan jantina, masyarakat begitu mudah menelah dia dan Stacy mempunyai hubungan istimewa.

"Saya juga rapat dengan Hafiz, tetapi orang tidak heboh pula sebab kami sama jantina. Tapi disebabkan Stacy perempuan, jadi keakraban kami dipertikaikan.

"Saya mengaku senang berkawan dengannya, malah hubungan dengan keluarganya juga baik. Saya suka dengan keluarga Stacy kerana mereka melayan saya dengan baik. Begitu juga saya suka dengan budaya masyarakat Sabah.

"Keluarga saya juga tiada masalah dengan Stacy. Seandainya ditakdirkan ada jodoh antara kami, saya tidak menolak kerana soal jodoh pertemuan, ajal maut bukan kuasa kita," kata Akim yang bergandingan dengan Nad Zainal dalam drama arahan Heykal Hanifah itu.

Jadi pengacara pula

Berbicara mengenai dunia seni seni pula, Akim akui kerjayanya tidak begitu menyerlah jika dibandingkan sebelum ini.

Dia yang baru saja muncul dengan lagu berjudul Menunggu berkata, peluang berlakon di dalam Kampung Girl untuk siaran waktu perdana mungkin dapat menyerlahkan kembali namanya dalam industri.

Selain itu, Akim turut menceburi bidang pengacaraan demi mengembangkan lagi kerjaya seninya. Dia diberikan tugas mengendalikan program realiti Mencari Ramli, juga siaran TV3.

Shila Amzah terkilan

Posted: 08 Jul 2013 04:31 PM PDT

Penyanyi Patah Seribu hairan nama dikaitkan kisah putus cinta Awi Rafael, Hanez Suraya

Shila Amzah, 23, terkilan apabila namanya diheret ke dalam kancah perpisahan antara Awi Rafail dan Hanez Suraya. Shila juga menafikan antara dirinya dan Awi pernah terjalin hubungan istimewa.

Luah Shila, penyebaran gosip tidak berasas itu bukan hanya meruncingkan lagi situasi, malah boleh mencetuskan prasangka buruk orang ramai.

"Saya dan Awi hanya berkawan, tidak lebih daripada itu. Kami mula kenal kira-kira dua tahun lalu ketika saya mencari teman duet. Kebetulan dia juga menghasilkan lagu sendiri. Kami mempunyai minat sama lalu selesa bertukar pendapat terutama mengenai penciptaan lagu.

"Cuma untuk fasa selanjutnya, jujur saya katakan kami tidak serasi. Jadi, tiada isu kami pernah bercinta. Malah, kisah saya dan dia ditimbulkan pada waktu yang tidak sesuai. Saya kasihan kepada Hanez. Bagi yang tidak tahu, mungkin akan percaya," katanya selepas majlis pra dengar album barunya yang berjudul Shila Amzah.

Berlangsung di Redbox Plus Pavilion, empunya nama Nur Shahila Amir Amzah yang berkelana ke Shanghai, China selepas bernaung di bawah Shanghai Media Group (SMG), nyata semakin terbuka berbicara mengenai apa saja termasuk soal hati.

Walaupun ketika sidang media, ayahnya, ND Lala seakan memberi lampu hijau andai dia ingin berteman selagi tidak tergelincir daripada agama dan adat serta komitmen bersama SMG, Shila menyerahkan soal jodoh kepada keluarga.
Bukan berjauh hati, sebaliknya sambil tersenyum, anak sulung daripada empat bersaudara itu yakin andai tiba masanya dia tidak mampu menolak jodoh, tidak bermakna segala-galanya ditentukan keluarga kerana dia tetap ada suara.

"Memang saya secara seloroh pernah memaklumkan kepada ibu untuk mencarikan jodoh. Tetapi kalau saya bertemu dengan lelaki pilihan, saya akan ketemukan dulu dengan keluarga. Saya pastikan dia menghormati orang tua saya serta dapat membimbing ke arah kebaikan. Apapun, ia bukan sekarang," katanya.

Semakin petah, dia juga melihat peristiwa lalu sebagai pengajaran. Namun, akuinya, jangan terkejut andai kematangan hidup mengubahnya menjadi individu lebih lantang terutama membabitkan kepentingan diri serta keluarga.

"Setiap orang merasai pengalaman suka duka yang menjadikan diri semakin kental. Dulu saya berhati-hati dalam setiap kenyataan. Namun, biarpun bersikap jujur serta memohon maaf dia atas kejadian yang berlaku, orang tetap melemparkan pandangan negatif.

"Jangan salahkan saya kalau sekarang saya lebih vokal. Ini kerana tiba masanya saya menjaga perasaan sendiri. Saya sudah penat menjelaskan segala perkara. Mujur peminat faham dan meminta saya memandang ke hadapan," katanya yang menerbitkan sendiri album barunya itu melalui syarikatnya, Shila Amzah Entertainment (SAE).

Album suka duka perjalanan seni

Sementara itu, album Shila memuatkan lima lagu nukilan sendiri iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf yang memaparkan pengalaman lalu termasuk perjalanan cintanya.

"Lima lagu yang saya kongsi lebih kepada penceritaan. Saya kategorikan diri sebagai penyanyi country kerana album ini saya lakarkan sebagai kanvas hidup. Ada pengalaman sendiri, tidak kurang suka duka insan terdekat termasuk memori jatuh hati pada zaman persekolahan.

"Ia tidak menjurus kepada seorang individu saja. Bagi saya, jika ada yang mengaitkan album ini dengan orang tertentu, itu semua saya sudah berulang kali ulas.

"Album ini adalah penceritaan saya tidak kira pahit atau manis. Ia luahan hati ketika itu, bukan sekarang," ulasnya bermakna.

Mengenai album, Shila yang bakal ke Shanghai semula pada hari kedua Ramadan, puas apabila album Melayunya ini disempurnakan 100 peratus oleh dirinya sendiri dengan Helen Yap serta Aubrey Suwito.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS