Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Gaya Rambut Miyavi, Trend Visual-Kei Yang Popular

Posted: 16 Aug 2012 05:00 PM PDT

Miyavi atau nama sebenarnya Takamasa Ishihara, 30, merupakan seorang penyanyi dan juga pemain gitar yangg bergerak secara solo. Dia mula menjejak ke dunia hiburan seawal umur 17 tahun apabila dia diterima masuk ke dalam kumpulan indie, Dué le Quartz's.

25 Julai yang lepas, Miyavi telah turun ke Malaysia untuk konsert mininya yang diadakan di The Stage, Avenue K, Kuala Lumpur. Dengan wajah yang kacak dan gaya yang menarik, Miyavi sememangnya mempunyai daya penarik yang unik. Namun bukan itu yang OHBULAN! mahu beritahu, tetapi gaya rambut Miyavi yang sentiasa bertukar dan kelihatan bergaya setiap masa.

Jika anda seorang peminat trend Visual-Kei, Miyavi adalah salah seorang selebriti yang sentiasa tampil dengan fesyen terkini dan unik. Dibawah, OHBULAN! letakkan beberapa keping foto stail-stail rambut Miyavi yang sentiasa kelihatan segar.

Menarik kan? Anda boleh lihat banyak kali gaya rambut Miyavi dengan mencari namanya di laman Google.

Video : Iklan Minyak Wangi Lady Gaga, “Fame”

Posted: 16 Aug 2012 04:55 PM PDT

Mungkin minyak wangi ini boleh dikatakan minyak wangi yang paling 'jahat' antara minyak wangi lain. Minyak wangi yang berjenama penyanyi paling sensasi dan kontroversi di dunia, Lady Gaga ini bakal menguasai seluruh pasaran.

Sebelum ini, sebuah iklan telah dilancarkan dan menampilkan Gaga yang separuh bogel sambil badannya dipanjat oleh lelaki-lelaki kerdil. Iklan itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan bantahan segelintir peminat. Kali ini, sebuah iklan komersial untuk kaca televisyen pula telah dilancarkan di Youtube dan ia menarik perhatian ramai penonton.

Antara komen-komen para penonton termasuklah, "Cuma Gaga seorang yang boleh menghasilkan iklan wangian sebegini. Dia memang genius." – POPROYALTY91

"Ini adalah seni, efek dan visual yang sangat luarbiasa. Komersial ini mungkin salah satu idea yang paling terbaik buat masa kini." – DiiJaeProductions

Untuk pengetahuan, minyak wangi Fame adalah minyak wangi pertama yang dicipta dalam warna hitam. Menurut sumber, minyak wangi ini dihuraikan sebagai "black like the soul of fame, but invisible once airborn." "Fame" dijangkakan ke pasaran pada September 2012 ini.

Jom saksikan iklan "Fame" selepas ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Wanita ini melakukan bedah caesar pada dirinya sendiri

Posted: 16 Aug 2012 09:30 PM PDT



Satu-satunya Wanita Di Dunia Yang Sukses Melakukan Operasi Bedah  Terhadap Dirinya Sendiri.

Kasih Ibu, kepada beta
Tak terhingga sepanjang masa
Hanya memberi, tak harap kembali
Bagai sang surya menyinari dunia.Begitulah  lirik lagu yang memang benar adanya dengan contoh kes di bawah ini.

Inés Ramírez Pérez, Satu-satunya wanita di dunia yang berhasil melakukan operasi bedah  pada dirinya sendiri.



Inés Ramírez Pérez (1960) adalah seorang wanita Mexico yang berasal dari Provinsi Oaxaca yang telah menyita perhatian publik kerana keberhasilannya melakukan bedah se terhadap dirinya sendiri pada tahun 2000, membuat dirinya menjadi satu2nya orang di dunia yang diketahui sukses melakukan bedah sesar tersebut.

Ines Ramírez Pérez adalah seorang petani yang tinggal di pinggiran Mexico. Dia dapat berbahasa Zapotec dan sedikit bahasa Sepanyol. Meskipun dirinya tidak memiliki pengetahuan di bidang medik, namun dia telah sukses melakukan bedah caesar pada dirinya sendiri, Dia dan bayinya selamat 

sumber 

Seorang Wanita Duduk di toilet Selama 2,5 Tahun

Posted: 16 Aug 2012 09:15 PM PDT



Apakah yang anda rasakan jika harus tinggal selama ratusan hari sambil makan dan minum di dalam sebuah toilet? Ya, menjijikkan bukan? Tapi seorang wanita di China mampu hidup dan tinggal dalam toilet selama dua setengah tahun!

Mee Yan Leong, duduk di atas toilet di kamar mandi rumahnya pada tanggal 25 March 2009, dan selanjutnya, selama 902 hari berikutnya, Yan Leong memutuskan untuk tinggal, makan dan tidur di tempat tersebut, sebelum akhirnya di paksa keluar oleh suaminya dan anak-anaknya untuk kemudian dilarikan ke rumah sakit dekat kediaman mereka di Singapura.

"Mereka datang ke tempat tinggal saya, memeganginya, kemudian membungkusnya menggunakan tuala sebelum akhirnya membawanya ke rumah sakit menggunakan kerusi sorong" ujar sang suami Kian Ann Ong, seperti yang dilansir Daily Mail.

Menurut keterangan Ong, isterinya menolak keluar dari kamar mandi dan duduk di atas toilet tersebut kerana merasa ada kekuatan yang menariknya untuk tinggal di sana. Bahkan menurutnya, tinggal di tempat tersebut sangat nyaman.

Selama tinggal di tempat tersebut, Yan Leong tidak mengenakan sehelai pakaian di tubuhnya dan hanya mandi sebanyak 18 kali. Ong menceritakan bahawa sang istri sering mengatakan kalau dia meninggalkan toilet, maka akan ada orang yang melemparinya dengan batu dan menyiramnya dengan air.

sumber

Jutawan Saudi Rela Bayar Demi Sholat Tarawih di Belakang Imam Masjidil Haram

Posted: 16 Aug 2012 09:00 PM PDT


Boleh sholat Tarawih di Masjidil Haram adalah kebahagiaan tersendiri bagi seorang muslim. Dari 1 billion lebih umat islam di dunia, tak berapa orang yang beruntung mengecap kebahagiaan tersebut. Kebahagiaan itu akan bertambah jika boleh sholat di shaff pertama di dekat Ka'bah, tepat di belakang imam masjid ini yang terkenal dengan bacaannya yang merdu.

Untuk merasakan sensasi  tersebut, tak sedikit orang yang rela mengeluarkan banyak wang. Sabtu lalu (04/08/2012), portal berita al-Sabaq Arab Saudi melaporkan ada beberapa bussinessman di negeri minyak tersebut yang mengeluar wang sebanyak 30.000 Riyal  untuk men'cater' tempat sholat di belakang Masjidil Haram di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

Menurut laporan wartawan Abdul Ilah al-Qahthani, para jutawan tersebut membayar orang-orang tertentu untuk mengkavling tempat buat mereka. Orang-orang bayaran itu kemudian akan mencaterkan tempat dari sebelum sholat maghrib hingga subuh. Umumnya, para jutawan tersebut datang dari luar kota Mekkah.

Dan ternyata, kebiasaan seperti ini sudah berlangsung beberapa tahun terakhir, dan tidak hanya terjadi di Masjidil Haram, tapi juga di Masjid Nabawi.  Wallahu A'lam.

Lelaki India ini nikah dengan 60 orang perempuan untuk dijadikan pelacur

Posted: 16 Aug 2012 08:45 PM PDT



Di Darjeeling, sebuah distrik dimana terdapat kebun teh pegunungan di propinsi Bengal Barat India, seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditangkap kerana pembodohan 60 perempuan agar menikahi dia dan kemudian menjual mereka ke pelacuran.
Bikky Biswarkarma berpura-pura menjadi tentara dengan gaji tinggi yang sedang bercuti ketika selama  lima tahun, ia menikah setidaknya 60 gadis dan kemudian dijual ke rumah pelacuran di Mumbai dan Pune, kota-kota di negara barat Maharastra, dengan harga 70,000-100,000 rupee .

Ia mengaku sebagai seorang tentara bercuti dan ingin menikah sebelum ia kembali bekerja. Dia akan sering mengubah taktik untuk memikat gadis-gadis dari keluarga miskin di kebun teh dan desa-desa, "kata ketua polis distrik, Debendra Prasad Singh.

Biswakarma termasuk jenis orang yang tega. Dia akan menyuruh isteri barunya naik kereta api, mengatakan dia ingin isterinya bertemu saudara. Seorang pemilik rumah pelacuran kemudian akan tiba di tempat kejadian dan memujuk dia untuk pergi bersamanya. Pahlawan kita ini kemudian akan meninggalkan isteri barunya dan mencari lagi yang lain.

Sulit bagi polis untuk mengambil tindakan dalam kes ini, kerana sedikit sekali laporan yang diterima dari keluarga korban yang tak tahu menahu kemana anak gadisnya, sehingga tak memberikan khabar.

Polis telah berhasil menemukan sembilan perempuan sejauh ini dan ia telah didakwa dengan pelanggaran serius, termasuk perdagangan manusia. Diharapkan bahawa pengantin lain akan ditemukan segera terutama kerana Biswaarma telah ditangkap. indiadaily

sumber

Gadis kecil ini boleh mati jika berciuman

Posted: 16 Aug 2012 08:30 PM PDT


Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru

Posted: 16 Aug 2012 08:15 PM PDT

DUNGUN - Gara-gara mengejek guru, seorang pelajar tingkatan satu pecah gegendang telinga selain turut cedera akibat ditampar beberapa kali oleh guru berkenaan.

Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit, Muhammad Bazly Burhan, 13, sedang menduduki peperiksaan pentafsiran di salah sebuah sekolah berasrama berdekatan bandar Dungun.

Menceritakan kejadian berkenaan, Bazly berkata, detik hitam itu dipercayai berpunca akibat dia mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap gurunya menyebabkan guru Bahasa Inggeris itu 'naik minyak' sebelum memanggilnya lalu menarik kedua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipi pelajar tingkatan satu itu.

Katanya, ketika ditampar guru berkenaan, dia tidak melawan, malah meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang mengguris hati guru tersebut.

Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan beberapa rakannya yang juga mengikuti peperiksaan selain beberapa rakan lain yang berada di luar kelas.

"Ketika dia menampar pipi, sambil menahan kesakitan, saya beberapa kali memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu namun dia terus menampar pipi saya.

"Telinga saya kemudiannya terasa sakit sebelum darah keluar, apabila melihat darah keluar, baru dia berhenti menampar saya," kata Bazly yang juga bekas murid Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kemaman.

Menurut Bazly, selepas kejadian itu dia balik ke asramanya lalu menyapu ubat minyak gamat di tempat lukanya itu.

Bazly berkata, kejadian itu tidak diberitahu kepada ibu bapanya sehinggalah ibunya mendapat tahu daripada ibu kepada rakannya yang turut bersekolah di situ mengenai kejadian menimpa anak ketiga daripada tujuh beradik itu, yang pernah mencatat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.

Sebaik mendapat tahu kejadian tersebut, bapa Bazly, Burhan Abdullah, 46, datang mengambilnya di asrama lalu menghantar anaknya itu untuk mendapat rawatan awal di sebuah klinik swasta dekat Paka.

Hasil pemeriksaan doktor, gegendang telinganya didapati telah pecah lalu bapanya membawa Bazly untuk mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Pakar Kuantan sebelum merujuk semula kesnya ke Hospital Dungun.

Kejadian berkenaan turut dilaporkan di Balai Polis Paka Ahad lalu.

Sementara itu, bapa Bazly, Burhan yang juga seorang eksekutif di syarikat minyak dan gas berkata, dia kesal dengan kejadian berkenaan, apatah lagi ia berlaku di sebuah sekolah berasrama yang mempunyai tahap moral yang tinggi pada persepsi masyarakat umum.

"Selepas kejadian itu, guru sekolah tersebut sepatutnya menghubungi saya, berbincang, kalau perlu memohon maaf, minta maaf.

"Ini tidak sehingga hari ini, mereka masih membisu, kalau anak rakan isteri saya tidak memberitahu saya, hingga hari ini saya tidak tahu kejadian yang berlaku," kata Burhan.

Sinar Harian juga difahamkan Burhan sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes anaknya itu.

sumber : sinar harian

Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati'

Posted: 16 Aug 2012 08:00 PM PDT


Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati'
Tony Nicklinson kelihatan menangis apabila mengetahui keputusan mahkamah menolak permohonannya. - Foto ihsan irishtimes.com
Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati'
Tony Nicklinson yang memfailkan permohonan untuk menamatkan hidupnya. - Foto ihsan CNN
LONDON - Seorang lelaki British, yang lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah ekoran strok tujuh tahun lalu, kalah dalam permohonan untuk mendapatkan hak untuk mengakhiri hidupnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi London menolak permohonan yang dibuat oleh Tony Nicklinson, 58, untuk 'mati' mengikut masa dan tarikh pilihannya.

Dia memohon hak dari segi perundangan untuk mendapatkan seorang doktor yang boleh menamatkan nyawanya tanpa pegawai perubatan yang bakal dipilihnya itu dikenakan didakwa.

Laporan CNN menyebut bahawa sejak mengalami strok pada 2005, Nicklinson, seorang bekas pemain ragbi, berhadapan dengan sindrom 'locked-in'.

Sindrom 'locked-in' merujuk kepada satu keadaan di mana seorang pesakit sedar dan terjaga tetapi tidak boleh bergerak atau berinteraksi secara lisan ekoran keadaan lumpuh penuh yang dialaminya.

Mahkamah juga menolak kes yang serupa dibawa oleh seorang lagi lelaki yang berhadapan dengan sindrom 'locked-in'. Pemohon kedua itu hanya dikenali sebagai Martin, berusia 47 tahun.

"Mahkamah iktiraf kes-kes yang bersangkutan dengan isu-isu etika, sosial dan perundangan yang sukar, tetapi mendapati bahawa sebarang pindaan ke atas undang-undang menjadi urusan Parlimen untuk putuskan," kata kenyataan mahkamah.

Tiga hakim yang mendengar kedua-dua kes itu menyifatkan situasi dialami mereka sebagai sesuatu yang "tragis."

Keputusan itu mengecewakan Nicklinson, yang menitiskan air mata.

Isterinya, Jane memberitahu media bahwa keluargarnya "sangat kecewa" dan akan memfailkan rayuan.

"Anda boleh lihat sendiri reaksi Tony yang sangat kecewa," kata Jane dipetik portalirishtimes.com.

Dalam kenyataan dibuat menerusi komputernya, Nicklinson berkata: "Itu bukan keputusan yang saya harapkan. Ia sama sekali (sesuatu yang) saya tidak menjangkakan."

"Hakim, seperti juga ahli politik, adalah pihak yang bergembira apabila mereka dapat mengelak daripada berhadapan dengan isu-isu yang sebenar. "Penghakiman ini bukan sesuatu yang terkecuali (daripada hakikat sebenar)," katanya lagi.

Dia seterusnya menulis, "saya percaya pasukan guaman saya yang bertindak bagi pihak saya bersedia untuk berjuang habis-habisan, tetapi malangnya bagi saya, ini satu lagi situasi fizikal yang tidak selesa bagi diri saya."

Anak-anak perempuannya menulis menerusi Twitter menggesa orang ramai memulakan petisyen menyokong hak untuk mati dengan penuh maruah.

Dalam tempoh  beberapa jam seramai lebih 2,200 orang melahirkan sokongan kepadanya.

Jane berkata, suaminya tidak berhasrat untuk ke Switzerland, negara yang ada undang-undang bunuh diri.

Katanya, selain mahal, dia berpandangan bahawa suaminya tidak harus ke luar negara untuk menamatkan hidupnya.
sumber : sinar harian

Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya

Posted: 16 Aug 2012 07:45 PM PDT

KUANTAN - "Saya terpaksa melakukannya kerana amat memerlukan wang." Demikian pengakuan seorang lelaki kepada mahkamah sebagai alasannya mencuri enam helai jubah milik seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Negeri di sini 7 Ogos lalu.
 
Alasan tertuduh, Jairi Mohd Anuar, 34 dari Taman Desa Mayang, Jeram, Selangor itu bagaimanapun tidak dapat diterima mahkamah sebaliknya Majistret Rini Triany Mohamd Ali menegur perbuatannya yang dianggap kurang bijak.
 
"Perbuatan mencuri bukan satu tindakan bijak walaupun kamu benar-benar terdesak sebaliknya banyak pekerjaan lain yang boleh kamu lakukan untuk mencari wang bagi menyambut Aidilfitri," katanya.
 
Mengambil kira rayuan dan kesalahan tertuduh, Rini dalam keputusannya mengarahkan lelaki itu dipenjara sebulan dari tarikh tangkap dan denda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskannya.
 
Tertuduh yang pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan didakwa memasuki ruang menyimpan stok jubah milik peniaga bazar Ramadan itu lalu mengambil satu ikatan pakaian tersebut.
Kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu bagaimanapun disedari pemilik gerai  berusia 32 itu lalu dia bertindak mengejar tertuduh yang cuba melarikan diri bersama barang yang dicuri.
 
Nasib tertuduh tidak baik apabila berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis pada hari yang sama.
 
Tertuduh yang mengalami masalah pendengaran kelihatan terpinga-pinga ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam mahkamah itu semalam.
 
Disebabkan masalah yang dihadapi, juru bahasa terpaksa berada berhampiran kandang tertuduh bagi mengulanginya bacaan  pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.
 
Sementara itu di mahkamah sama, seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah komputer riba, wang tunai RM1,500 dan empat telefon bimbit milik seorang penduduk di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, kelmarin.
 
Tertuduh, Wan Amir Azuwa Wan Azman, 20 dari perkampungan sama didakwa bersama seorang rakan yang masih bebas melakukan perbuatan tersebut antara jam 8.20 hingga 10.15 malam, 13 Ogos lalu.
 
Akibat perbuatan mereka, pemilik rumah berusia 54 tahun kerugian kira-kira RM3,000.
 
Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda.
 
Tertuduh yang minta dibicarakan ditawarkan ikat jamin RM4,000 bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM3,300 selepas dia membuat rayuan berhubung jumlah jaminan itu dengan alasan pendapatan rendah sekitar RM600 sebulan sebagai pencuci kereta.
 
Mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh pra bicara kes tersebut dalam mahkamah sama.

sumber : sinar harian

Galaksi hasilkan banyak bintang ditemui

Posted: 16 Aug 2012 07:30 PM PDT


WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat telah membuat penemuan menakjubkan apabila mereka menemui sebuah ibu kosmik yang jauh di cakerawala.
Ibu kosmik itu merupakan sebuah galaksi tidak bernama yang melahirkan lebih banyak bintang sehari berbanding galaksi Bima Sakti.
Bima Sakti menghasilkan bintang selama setahun.
Kumpulan ahli astronomi berkenaan menggunakan teleskop X-Ray Chandra milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk melihat galaksi gergasi itu.
Ia melahirkan sekitar 740 bintang baharu dalam tempoh setahun.
"Galaksi itu amat ekstrem kerana melahirkan terlalu banyak bintang baharu," kata seorang ahli astronomi Universiti Harvard yang turut bersama menulis kajian tersebut, Ryan Foley.
Menurutnya, bilangan bintang baharu yang dihasilkan itu jauh lebih besar berbanding Bima Sakti yang melahirkan cuma sebuah bintang baharu pada setiap tahun.
Ibu kosmik itu berada sekitar 5.7 bilion tahun cahaya dari pusat gugusan galaksi yang ditemui baru-baru ini.
Gugusan galaksi itu memancarkan sinaran X-ray paling terang yang pernah dilihat oleh ahli-ahli astronomi.
Penemuan tersebut disiarkan dalam jurnal saintifik Nature kelmarin. - AP

sumber : myMetro

Budak peroleh RM31.28 sehari di jalanan

Posted: 16 Aug 2012 07:15 PM PDT


KATHMANDU, Nepal - Seorang budak lelaki, Drumpal Choudhary dan dua saudaranya memperoleh pendapatan AS$10 (RM31.28) sehari dengan membuat pelbagai persembahan tarian di jalanan di sini.
Dia datang dari India lima tahun lalu.
Menurut Choudhary, keluarganya seramai 10 orang tinggal di sebuah pondok tanpa tandas yang sempurna dan keperluan asas. - Reuters
sumber : kosmo online

Mahasiswa potong rambut kali pertama selepas 10 tahun kerana mahu jadi pensyarah

Posted: 16 Aug 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang mahasiswa yang menyiapkan ijazah kedoktorannya memotong rambut untuk kali pertama selepas kali terakhir melakukannya 10 tahun lalu.
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).

Timothy Price, 29, kini mengikuti kursus kajian teologi dan ketuhanan di Universiti Aberdeen.


Kali terakhir dia ke kedai gunting rambut ialah pada Januari 2002. Dia memutuskan untuk menukar fesyen rambut sebagai persediaan menghadiri temu duga bagi mencari pekerjaan sebagai pensyarah. Price mahu memanfaatkan rambut itu dengan menawarkannya kepada sesiapa yang memerlukan rambut palsu. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mula menyimpan rambut sejak di universiti - satu amalan yang lazim di kalangan mahasiswa. "Kemudian saya berasa selesa dan gembira dengan gaya rambut panjang," katanya. Bagaimanapun, berdepan dengan temu duga untuk mendapatkan pekerjaan, Price berpendapat, lebih baik dia memulakan 'hidup baru' tanpa rambut panjang. Walaupun 10 tahun tidak bergunting, Price berkata, dia tidak gementar ketika rambutnya dipotong.

"Saya cukup bersedia berubah dan mahukan sesuatu yang berbeza," katanya. Sementara itu, isteri Price, Joy, 25, mengakui terkejut melihat wajah baru lelaki itu tanpa rambut panjang.


"Sejak berkenalan dengan Price, saya tak pernah nampak dia berambut pendek," katanya. - TS


sumber : myMetro

Jauhi kekasih panas baran

Posted: 16 Aug 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Kalau ada perangai marah-marah atau bentuk keganasan ditunjukkan pasangan sebelum berkahwin, jauhilah insan seperti ini kerana anda menempah sengsara jika diteruskan," kata pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
Beliau berkata, individu normal tidak akan bertindak ganas terhadap pasangannya termasuklah mereka yang berstatus kekasih atau bertunang walaupun berdepan pelbagai dugaan akibat tekanan dihadapi, sebaliknya menghadapinya dengan tenang.

"Kalau dilihat dalam senario berlaku, sudah menjadi kebiasaan kekasih bertindak ganas dan kejadian pukul memukul semakin berleluasa. Bila sesuatu perhubungan itu ada kejadian 'angkat tangan', maka orang seperti ini patut dijauhi.


"Sebab itu, kalau nak diteruskan juga perhubungan, memang anda sendiri menempah sengsara bukan saja di dunia, malah di akhirat Saya anggap ia sebagai penyakit barah (perbuatan ganas terhadap kekasih) dan tidak mudah diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian tragis menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.


Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkannya terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.



Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Mengulas lanjut, Mat Zaki berkata, teman lelaki anaknya itu terkenal dengan sikap panas baran dan kuat cemburu, malah pernah beberapa kali memukul mangsa hingga lebam sepanjang percintaan merekaselama setahun setengah.


Katanya, kejadian menimpa remaja berkenaan perlu dijadikan iktibar kerana Allah nak tunjukkan bahawa pasangannya tidak sesuai, selain tidak berbaloi jika diteruskan hubungan berkenaan.

"Kalau masa bercinta sudah menunjukkan belang inikan pula selepas perkahwinan," katanya.


Menurutnya, Islam menganjurkan setiap umatnya memilih pasangan dengan memenuhi empat kriteria utama termasuk kecantikan, keluarga baik (keturunan), kekayaan (harta) dan agamanya.


"Empat kriteria itulah yang dipesan Nabi Muhammad dan menjadi asas sebelum mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, kita juga perlu mencari pasangan yang dapat memahami dan menerima diri kita seadanya, selain mampu bertolak ansur.


"Manusia Allah jadikan pasangannya berlainan perwatakan untuk kedua-duanya saling lengkap melengkapi. Kalau orang tergesa-gesa, pasangannya orang yang sabar. Pasangan yang suka buat sepah mendapat jodoh yang pandai kemas," katanya.


Beliau berkata, pasangan yang bahagia adalah pasangan yang mendapat reda kedua ibu bapa, sebaliknya pelbagai masalah akan dihadapi sekiranya mereka tidak mendapat restu kedua-duanya termasuk menempah masalah dunia dan akhirat.


"Didapati 80 peratus pasangan yang tidak mendapat reda kedua ibu bapa mudah bercerai berai, manakala 20 peratus pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa kerana bukan kriteria pilihan atau bukan calon disukai," katanya.


sumber : myMetro

Wanita putar alam ditahan

Posted: 16 Aug 2012 06:30 PM PDT


KOTA BHARU: Tindakan licik seorang suri rumah yang menyembunyikan diri hampir tiga bulan selepas melakukan penipuan dengan memberi cek berkaitan bayaran keuntungan barang kemas tanpa boleh ditunaikan akhirnya tumpas selepas dia ditahan di Kajang, Selangor, petang kelmarin.
Suspek berusia 35 tahun, berasal dari Gua Musang ditahan di kampung berkenaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, sebaik menerima maklumat, kira-kira jam 2 petang.

Ketua jabatan itu, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, sebelum itu suspek melakukan penipuan terhadap dua peniaga masing-masing seorang lelaki dan wanita sehingga menyebabkan kerugian hampir RM32,000 pada 27 Mei lalu, di Gua Musang.

"Mangsa lelaki berusia 22 tahun kerugian RM25,500 apabila tujuh keping cek yang diterima tidak boleh ditunaikan kerana akaun bank suspek sudah ditutup.


"Mangsa wanita berusia 56 tahun turut ditipu suspek dengan taktik sama sehingga kerugian RM6,500. Kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada 30 Julai lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.



Suspek akhirnya ditahan selepas dikesan melarikan diri ke Selangor.

Selain itu, Mohamed Zulmazi menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran daripada individu tertentu.


"Kita tidak menafikan, suspek menggunakan taktik tertentu untuk mencari mangsa walaupun kebanyakan yang ditipu adalah golongan profesional atau kakitangan kerajaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes penipuan juga diminta melaporkan segera kepada polis bagi memudahkan tindakan segera diambil," katanya.


sumber : myMetro

Padah tegur mentua

Posted: 16 Aug 2012 06:15 PM PDT


GOMBAK: Seorang bapa mentua sanggup membelasah menantu hanya kerana wanita berkenaan mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan anaknya menggunakan pili air untuk mencuci longkang di kediaman mereka di Rawang, di sini, kelmarin.
Lebih malang, mangsa berusia 37 tahun itu bukan sahaja menerima sepak terajang bapa mentuanya berusia 50-an malah adik iparnya turut cuba menyerangnya dengan parang selain mengugut ingin melanggarnya dengan kereta hingga mati.

Bimbang dengan tindakan terbabit, mangsa yang tidak bekerja membuat laporan di Balai Polis Rawang.


Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang sedang menonton televisyen kira-kira jam 2 petang terdengar bapa mentua menengking anaknya yang sedang mencuci longkang di luar rumah.

"Terkejut dengan tindakan itu, mangsa kemudian keluar dan bertanya punca bapa mentuanya bertindak sedemikian, namun turut dimarahi konon anaknya itu membazir air kerana mencuci longkang.


"Mangsa yang tidak berpuas hati cuba menegur secara baik, namun tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu bertambah marah kerana mangsa cuba mempersoalkan tindakannya menyebabkan dia terus menyerang dengan menumbuk perut dan menendang mangsa," katanya.



Menurut sumber, mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan namun tidak diendahkan menyebabkan dia bertindak berani menolak lelaki terbabit sebelum berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

"Sangkaan mangsa bapa mentuanya akan berhenti memukulnya ternyata meleset apabila lelaki itu bagaikan dirasuk terus menendang pintu bilik sehingga pecah dan membaling mangkuk kaca ke arahnya namun sempat mengelak.


"Tidak cukup dengan itu, adik iparnya turut datang dengan membawa sebilah parang dan cuba menetak mangsa, namun tidak sempat apabila ibu mentuanya sempat menghalang meleraikan pergaduhan terbabit," katanya.

Sumber berkata, adik ipar mangsa turut mengugut akan melanggar mangsa dengan kereta hingga mati selepas ini gara-gara tidak berpuas hati mangsa menegur perbuatan bapanya itu.



sumber : myMetro

Wanita dibelasah jiran ketika jemur pakaian

Posted: 16 Aug 2012 06:00 PM PDT


GOMBAK: Seorang wanita dibelasah jiran lelakinya ketika sedang menjemur pakaian apabila lelaki itu tiba-tiba datang dan membuang baju di ampaian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Idaman, Batu Caves, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun sedang menjemur baju di luar rumahnya sebelum jirannya yang tinggal di blok sama datang dan menghamburkan kata-kata kesat dan memarahinya.

Kedua-dua keluarga terbabit sebelum ini sering bertengkar akibat perselisihan faham dan dalam kejadian terbaru, lelaki itu bertindak lebih kejam apabila menyerang dan memukul mangsa.


Menurut sumber, lelaki itu gagal mengawal kemarahannya bertindak membuang pakaian mangsa yang masih basah ke lantai menyebabkan mangsa geram dan terus menolak lelaki itu.

"Lelaki itu balas dengan menumbuk muka mangsa beberapa kali selain menarik rambut menyebabkan wanita terbabit menjerit kesakitan," katanya.


sumber : myMetro

Dituduh perkosa

Posted: 16 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Seorang pemotong rumput didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tiga pertuduhan merogol pelajar tingkatan empat di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Dungun.
Tertuduh, Mohd Affendi Ahmad, 25, dari Permaisuri, Setiu, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Mohd Rusli Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Affendi didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah yang dalam pembinaan di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun, jam 10 malam pada 8 Ogos lalu.


Tertuduh mengulangi perbuatan sama dua kali terhadap mangsa di lokasi sama jam 10.30 malam pada 8 Ogos lalu dan jam 2.30 petang pada keesokan harinya.

Bagi setiap kesalahan itu, Mohd Affendi berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Mohd Rusli menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi manakala Mohd Affendi tidak diwakili peguam.

sumber : myMetro

Pelawak mati yang di sangka melawak

Posted: 16 Aug 2012 05:30 PM PDT

Pada 15 April 1984, dia melawak pada acara LWT Live From Her Majesty's di teater Her Majesty's di London. Pada pertengahan pertunjukkan, ketika dia dan pembantunya berusaha memakaikan Cooper baju, dia  pengsan. Ironisnya, para penonton di teater tersebut, dan juga pembantunya, tertawa melihat kejadian tersebut kerana menyangka Cooper sedang bergurau. Namun setelah beberapa minit tidak bergerak, Jimmy Tarbucks pengacara dan beberapa orang lainnya membawanya ke belakang pentas dan berusaha memberinya pertolongan.

Ketika pertolongan tersebut gagal, Cooper akhirnya dibawa ke hospital terdekat. Cooper  meninggal dunia ketika dalam perjalanan kerana serangan jantung dan penyakit yang dideritanya kerana selalu meminum minuman keras. Cooper meninggalkan seorang isteri Gwen dan dua anak Thomas dan Vicky, dan juga seorang cucu bernama Tam. Thomas, seperti Tommy adalah seorang yang ketagihan alkohol. Empat tahun kemudian Thomas meninggal dunia setelah ia mengalami hemofilia.






Inilah reaksi bila HORMON AWEK "HORMON ESTEROGEN" di SUNTIKKAN ke badan Lelaki

Posted: 16 Aug 2012 05:15 PM PDT


This guy took the female hormone estrogen for 14 months. See what he looked like after the transformation.
1The Results of Months of Estrogen
2The Results of Months of Estrogen
3The Results of Months of Estrogen
4The Results of Months of Estrogen
5The Results of Months of Estrogen
6The Results of Months of Estrogen
7The Results of Months of Estrogen
8The Results of Months of Estrogen
9The Results of Months of Estrogen
10The Results of Months of Estrogen
11The Results of Months of Estrogen

Bila malas menguasai diri

Posted: 16 Aug 2012 05:00 PM PDT

Sifat malas satu sifat yang ada kepada setiap manusia tapi kemalasan yang melampau boleh mengakibatkan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain.


Seperti Pak Cik bomba ini yang begitu malas berdiri
semasa memadamkan kebakaran.Apa akan terjadi kalau anggota
bomba di negara kita bersikap begini.


Ini betul-betul mempunyai sifat pemalas yang melampau.
Disitu tempat makan,buang sampah,tempat kerja dan berapa banyak tikus
atau lipas dah beranak pinak.

Dan ini yang paling pelik dan melampau.Malas nak beli setem
tampal duit syiling sebagai ganti setem.


Ratu aerobik minum air kencing sendiri untuk nampak fit

Posted: 16 Aug 2012 04:45 PM PDT

Sejak lima tahun Vicky Burki telah melakukan terapi urine(air kencing). Kata instruktur aerobik ternama itu, urinenya sendiri boleh membuat tubuh jadi lebih segar. Ketika sakit Vicky tetap meneguk air kencing sendiri.

Staminanya semakin bertambah dan kalau dia sakit ,dia meminum air kencing tiga kali sehari.

Ratu Aerobik se-Asia tahun 1988 itu menambahkan, urine di pagi hari lah yang paling baik diminum demi kesihatan kerana masih bersih, dan merupakan sisa pembakaran hari sebelumnya.Lebih -lebih lagi jika banyak meminum air putih dimalam harinya

Selain terapi urin, selebriti kelahiran 17 Jun 1965 tersebut kembali aktif di dunia aerobik. Sehari saja tidak bererobik, Vicky merasa aneh.

sumber : ruangzhati.com

Niat di hati ingin melamar tapi apakan daya lamaran ditolak dengan penampar

Posted: 16 Aug 2012 04:30 PM PDT

Niat di hati ingin melamar tapi apakan daya lamaran ditolak
dengan penampar....




Dendam,lelaki ini sebar gambar telanjang bekas kekasihnya ke 15,000 alamat email

Posted: 16 Aug 2012 04:15 PM PDT

ROME- Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Milan, Itali, dipenjarakan dua tahun empat bulan kerana menyebarkan gambar telanjang bekas kekasihnya kepada 15.000 alamat e-mail.

Dalam melaksanakan aksinya, lelaki yang dirahasiakan namanya ini membuat web khusus berisi gambar gambar erotis bekas kekasihnya. Gambar itu diambil ketika dia masih menjalin hubungan dengan wanita tersebut.

Tidak hanya gambar, lelaki ini juga meletakkan nombor telefon bekas kekasihnya "Dia juga menulis beberapa ancaman kepada wanita ini dan orangtuanya," ungkap seorang hakim seraya mengatakan bahawa tindakan kriminal itu dilakukan sebagai aksi balas dendam terdakwa yang tidak rela putus cinta.

Belum ada komen dari terdakwa mahupun mangsa atas kes itu. Merujuk pada kes ini, sejumlah pengamat internet Itali mengingatkan kepada para wanita untuk lebih berhati-hati saat menjalin hubungan asmara dengan seseorang.

"Bekas kekasih boleh mengeksploitasi kita untuk balas dendam," kata seorang analis internet.

Patung silikon mirip artis dijadikan objek seks disebuah kelab

Posted: 16 Aug 2012 04:00 PM PDT

Seorang wartawan menyamar mengunjungi sebuah outlet hiburan di Hu Lu Dao di daerah Liaoning terpana melihat boneka di ruang dalam tempat hiburan tersebut.

Disana terpajang banyak Patung SILICONE yang mirip bintang film China Gong Li dan Zhang Ziyi. Mereka menyediakan "layanan seks" di RM 10 per jam.

Sang wartawan ini ragu-ragu tapi bos tempat hiburan kemudian memberinya demonstrasi dengan memegang payudara patung tersebut dan patung itu menjawab (benci, dengan nada malu-malu) "tao yan!".
Benar-benar seperti aslinya.



Manajer tempat hiburan itu mengatakan patung, dilengkapi dengan sistem suara yang dikendalikan oleh komputer, akan membuat suara yang berbeza sesuai dengan gerakan. Dan hampir sama dengan suara artis aslinya.

Ia mengatakan ia merancang untuk memperluas bisnisnya untuk wanita dengan menyediakan boneka Chow Yuen Fat dan Jackie Chan kerana patung tersebut mendapat tanggapan yang luar biasa di kalangan wanita.

Alamak minah ni tengah berak pun nak bergambar,siap posing lagi

Posted: 16 Aug 2012 11:00 AM PDT

macam tak ada tempat lain nak bergambar?????

Kopi Buat Dada Perempuan Mengecil

Posted: 16 Aug 2012 10:30 AM PDT


Meminum kopi ternyata memberi kesan pada bentuk tubuh perempuan. Sebuah penelitian membuktikan bahawa meminum kopi membuat ukuran dada perempuan lebih kecil.
Penelitian itu dilakukan oleh para peneliti berasal Sweden dari Universiti Lund.  Helena Jernstrom, seorang ahli tumor yang memimpin penelitian. Awalnya penelitian ini betujuan untuk mengetahui pengaruh kopi bagi para perempuan.

Hasilnya cukup menggembirakan. Kerana ternyata meminum kopi tiga cawan sehari dapat mengurangi risiko kanser payudara pada perempuan. Namun dalam penelitian itu, bukan hanya hal tersebut yang di dapat. Dalam penelitian tersebut juga terungkap bahawa kopi mempengaruhi ukuran dada perempuan.

Dari penelitian terungkap bahawa kopi juga boleh membuat ukuran dada perempuan lebih kecil. Perempuan dengan berat badan yang normal namun memiliki payudara yang besar biasanya memiliki jumlah Mammary Gland (zat penghasil susu .red) yang banyak. Jumlah mammary gland tersebut yang biasanya menaikkan risiko kanser payudara.

Meminum kopi secara teratur dapat mengurangi jumlah mammary gland tersebut. Namun hal tersebut otomatis juga membuat ukuran payudara jadi lebih kecil.(kee/eny)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS