Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sharifah Jasmine Soraya Gadis Melayu Kini Dah Insaf

Posted: 07 Oct 2010 05:46 PM PDT

6 Oktober 2010 lalu telah mempertemukan Budiey dengan seorang bekas peserta Gadis Melayu musim kedua yang dulunya menggemparkan industri dengan kontroversi panas gambar terlampaunya yang tersebar di internet.

Masih ingat lagi dengan Sharifah Jasmine Soraya? Budiey tak nak letak gambar panas tu kat sini sebab tak nak bawa isu kontroversi yang dah lapuk. Bak kata Jasmine, yang lepas biarlah lepas, yang nak kita hadapi adalah hari ini, esok dan masa depan.

Kalau anda tak ingat, tidak mengapa kerana bagi Sharifah Jasmine Soraya, kini lembaran baru telah dibuka dan beliau nekad untuk melupakan segala kenangan pahit dulu menjadi pengajaran berharga buat dirinya. Yang lepas itu, biarlah berlalu. Sikit pun, Jasmine tak kesal dengan apa yang berlaku. Itu kata gadis yang masih lagi belajar dalam bidang Mass Komunikasi dan Pengurusan Media dari Kolej Antarabangsa Taylors.

Sharifah Jasmine Soraya

Tragedi itu menjadikan beliau kini lebih menjaga tingkah laku, setiap langkahnya diperhatikan dan semahunya dia akan menjaga maruah diri dan keluarga. Dia juga tak nak melayan kalau ada orang mahu mengungkit kisah gambar lama yang hot itu. Kena berfikiran positif. Orang ada mulut, orang boleh cakap, kita tak boleh halang. Apa yang penting, Jasmine rasa bersyukur kerana beliau mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga dan kawan rapat.

Kini, Sharifah Jasmine Soraya telah kembali menjadi hos sebuah program automotif di TV3 iaitu AUTO yang ditayangkan mulai 3 Oktober lalu setiap Ahad, jam 5 petang.

Jauh di sudut hati, kontroversi gambar aksi panasnya itu tak mengganggu karier dan kehidupannya sekarang kerana beliau sudah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sharifah Jasmine Soraya rasa bertuah kerana terpilih menjadi pengacara AUTO kerana antara ramai-ramai peserta Gadis Melayu, beliau dipilih. Sangat mencabar katanya kerana ini adalah kali pertama Jasmine mengacara secara serius. Yang seronok, beliau memang sudah lama meminati sukan permotoran. Dia juga suka mengacara program yang lasak.

Bukan senang untuk mengacara AUTO kerana beliau perlu buat homework, buat kajian terperinci untuk tidak tersilap semasa mengacara kerana ianya melibatkan fakta-fakta tentang setiap kereta atau motor.

Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Jasmine Soraya

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anak Penari Linda Jasmine
  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Gambar Linda Jasmine Pakai Barang Kemas Habib Jewels
  • Gambar Sekitar Pelancaran Gadis Melayu TV9
  • Sinopsis Ku Milikmu Lakonan Eira Syaziera dan Zizan Nin
  • Siapa Pemenang Gadis Melayu Musim Ke-2
  • Gambar Jasmine Michael Pelakon Filem ESTET
  • Susuk, Jin Notti & Brainscan 21 di TV3
  • Gambar Anak Sofea Jane Yang Comel
  • Siapa Juara Gadis Melayu Musim Kedua
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    Menangi iPad dalam Peraduan Cornetto Show Your Love

    Posted: 07 Oct 2010 08:54 AM PDT

    Cerita Di Sebalik Lagu Wall's Cornetto 'Inilah Cinta' di Astro RIA Bermula Oktober Ini!
    Saksikan perkembangan hubungan antara Akim dan Juliana Evans yang kian menakjubkan

    Istimewa bulan Oktober ini, Wall's Cornetto bersama Astro RIA dengan bangganya mempersembahkan sebuah lagi rancangan drama mini bersiri hiburan terbaru berjudul Cornetto Inikah Cinta?

    Drama mini bersiri 5 minit ini bakal menemui penonton 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.55 malam bermula 9 Oktober 2010 menerusi saluran 104.

    Akim Juliana Evans

    Dipetik dari judul lagu yang di popularkan oleh Akim, "Inilah Cinta", yang juga lagu tema kempen Wall's Cornetto, drama mini bersiri ini mezahirkan rasa dan pengalaman cinta yang selari dengan bait-bait lirik yang tertera didalamnya. Dilakonkan sendiri oleh Akim bersama bintang muda yang semakin melonjok namanya, Juliana Evans, drama bersiri 16 episod ini berkisarkan kisah dua insan yang bertemu dalam keadaan yang tidak diduga dan melalui siri pengalaman yang menarik sehingga mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

    "Sebagai jenama yang melambangkan cinta dan persahabatan, kami sentiasa mendahului usaha untuk mengeratkan persaudaraan, mewujudkan peluang baru dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.

    Sejak bertahun-tahun lamanya, kami memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memperlihatkan cinta mereka.

    Akim Juliana Evans

    Tahun ini, kami bukan sekadar mahu menggalakkan mereka menunjukkan cinta, malah merebut peluang dan mengambil langkah pertama untuk menunjukkan perasaan sebenar mereka," kata Chan Meng Yang, Pengurus Kanan Jenama, Wall's Ice cream, Unilever.

    "Kami juga mahu mengambil peluang ini untuk menggambarkan ciri-ciri Wall's Cornetto melalui situasi yang nyata dan sering dialami golongan pemuda masa kini." tambah Chan.

    Konsep drama mini bersiri ini adalah hasil kerja sama penaja Wall's Cornetto and pihak Astro.

    Pengurus Saluran Ria, Azlin Reza Azmi berkata, "Kami yakin pertaruhan untuk menggunakan tajuk lagu sebagai sebuah drama mini bersiri akan dapat menarik perhatian ramai peminat terutamanya peminat Akim kerana pengaruhnya yang kuat serta tayangan klip video yang kerap kali dimainkan.

    Drama mini bersiri yang bakal ditayangkan ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah diikuti bersesuaian dengan sasaran penonton."

    Akim memegang watak seorang pelajar kolej tahun akhir yang mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan bersama rakan-rakan bandnya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi satu masa nanti. Juliana pula merupakan seorang gadis yang baru sahaja berdepan dengan pengalaman pahit dalam percintaan yang membuatkannya hilang kepercayaan terhadap lelaki.

    Kedua-duanya mempunyai latar belakang yang berbeza. Hanya satu persamaan yang mereka kongsi bersama iaitu kedua-duanya menggemari aiskrim Wall's Cornetto.

    Satu hari, mereka berdua bertemu dalam keadaan yang tidak dijangka seterusnya mengundang beberapa insiden yang membuatkan mereka bertelagah setiap kali bersua muka.

    Namun, setelah melalui beberapa detik pertemuan, perasaan cinta mula berputik dalam hati mereka. Adakah mereka akhirnya berjaya disatukan dan menghadapi setiap cabaran yang mendatang?

    Para peminat juga berpeluang untuk menyertai peraduan Cornetto Show Your Love yang bakal dilangsungkan dari tarikh 1 Oktober sehingga 31 Disember 2010.

    Peserta-peserta hanya perlu menikmati aiskrim Wall's Cornetto, kumpulkan sebanyak mungkin penutup aiskrim dan calon yang mengirimkan koleksi yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.

    Hadiah-hadiah seperti Ipad, Astro Beyond berserta pakej langganan saluran HD selama setahun, Ipod Touch 8Gb, T-shirt kekasih dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti pemenang-pemenang setiap bulan. Peserta digalakkan melayari www.facebook.com/iluvcornetto untuk maklumat lanjut.

    Senarai hadiah bulanan:
    Hadiah utama: iPad x 3 unit/bulan
    Hadiah pertama: Astro Beyond Decoder x 3 unit/bulan
    Hadiah kedua: iPod Touch 8GB x 10 unit/bulan
    Hadiah ketiga: Wall's T-shirt Kekasih x 100 set/bulan

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama mini bersiri Cornetto Inikah CInta? pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.55 malam bermula pada 9 Oktober ini, hanya di Astro RIA (saluran 104). Selamat menonton!

    Akim Juliana Evans

    Akim Juliana Evans
    Akim Juliana Evans

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Gambar Stacy Juara AF6 @ Press Conference Konsert Cornetto Love Sparks
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks
  • Win iPad with AXE Wake n' Win Contest
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Gambar Gita Gutawa @ Konsert Cornetto Love Spark
  • Pemenang Peraduan Menangi Album Waheeda – Melodi Ahlan
  • Peraduan Menangi Terapi Kesihatan Tubuh AsterSpring
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Raja Azura Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu

    Posted: 06 Oct 2010 11:56 PM PDT

    RAJA AZURA BERCERAI TALAK SATU

    Nampaknya rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Engku dan suami, Adzmin Tan Sri Osman tidak dapat diselamatkan lagi walaupun mereka sudah mengikuti khidmat kaunseling kerana mereka dilaporkan telah sah bercerai talak satu pada 28 September lalu.

    Seperti yang dilaporkan, mereka bercerai melalui satu prosiding tertutup yang dibuat di sebuah Mahkamah Syariah di Selangor.

    Kepada Raja Azura, kami harap anda bersabar dan redha dengan semua ini. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku.

    Artikel terdahulu yang berkaitan: Rumah Tangga Raja Azura Masih OK! Isu Cerai Hanya Spekulasi

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    (Behind The Scene!) Koleksi Gambar Pra Perkahwinan Sheikh Muszaphar Shukor & Harlina

    Posted: 07 Oct 2010 08:00 PM PDT

    Kami godek-godek koleksi gambar pra perkahwinan angkasawan kita, Sheikh Muszaphar Shukor & Harlina, terjumpa beberapa shot gambar yang tidak pernah lagi disiarkan dalam mana-mana blog selebriti. Menurut laman web rasmi CandidSyndrome, mereka telah mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih dan menjalani pengambaran selama 4 jam di sana. Gambar-gambar yang terhasil akan dipaparkan semasa berlangsung'nya hari persandingan nanti.

    Still, anda bernasib baik. Tak perlu tunggu sampai hari persandingan, kuasa google membolehkan kami terjumpa dengan blog tuan kamera, KhairulHazwan dari team CandidSyndrome yang bertugas mengambil gambar eksklusif di sebalik tabir sesi gambar pra perkahwinan kedua-dua mempelai ini.

    Senyuman mengoda Sheikh Muszaphar selepas ini. Enjoice!

    Kredit foto : CandidSyndrome, KhairulHazwan

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    (Share Pliz!) Lisa Surihani & Sazzy Falak Sebelum Mereka Popular

    Posted: 07 Oct 2010 09:41 AM PDT

    Hasil kerja awesome empunya blog Freedom of Association, Mr.Obefiend berjaya mengenal pasti beberapa artis popular Hollywood & tempatan di saat awal penglibatan mereka dalam industri hiburan. Artikel ini bakal membuat Mr.Obefiend menjadi calon pilihan utama ibu-ibu di luar untuk jadikan menantu. (Bro, kami tiada b*obies nak offer dekat kau, ha ha)

    Isnin lepas, kami bertentang mata dengan Lisa Surihani sehingga membangkitkan bibit-bibit cinta (oh, melankolik). Tak sangka juga, si cantik yang berada di depan kami ini rupanya pernah muncul dalam iklan ayam goreng Mcd & Hotlink bersama Siti Nurhaliza beberapa tahun dahulu. Satu lagi yang kami pasti anda tidak pernah perasan, di saat kemunculan awal Lisa Surihani, beliau pernah berlakon dalam drama "Ayah Kami" dan iklan bedak botol kecik yang kami terlupa tajuk'nya.

    Megan Fox, bukan hanya menganas bersama robot sahaja. Tanpa di'sangka, beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun telah muncul dalam filem Bad Boys II memegang watak sebagai party animal. High five! Nice!

    P/s: Lawak teka-teki di waktu pagi

    Blog Widget by LinkWithin
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    'Saya pasrah'....Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin

    Posted: 07 Oct 2010 10:53 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, menganggap perceraian yang berlaku dalam hidupnya suratan takdir walaupun situasi itu sangat berat untuk ditempuhi.

    SAAT BAHAGIA...Kak Engku bersama Adzmin dan tiga anak mereka.
    SAAT BAHAGIA...Kak Engku bersama Adzmin dan tiga anak mereka.
    Sambil menyifatkan jodoh antara dia dan bekas suami, Adzmin Osman, 37, hanya sekadar 'di sini' (sembilan tahun), Raja Azura atau Kak Engku tetap pasrah malah bertawakal agar Tuhan memberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.

    "Saya seboleh-bolehnya tidak mahu komen langsung mengenai perkara ini. Saya sedar kebenaran itu kadangkala sangat pahit untuk ditelan, tapi saya tetap pasrah menerima dugaan terhebat dalam hidup saya ketika ini.

    "Cuma saya mohon, buat masa ini, berilah ruang privasi kepada saya untuk bertugas seperti biasa, menenangkan fikiran dan berdampingan dengan anak-anak," katanya dalam nada sebak ketika dihubungi.

    Raja Azura atau Kak Engku (KE) bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata, dia mungkin membuat sidang media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar agar situasi tidak menjadi keruh selain menghindari spekulasi.

    Semalam, Harian Metro memaparkan laporan eksklusif perceraian Raja Azura dan Adzmin selepas rumah tangga yang dibina sejak 10 Mac 2001, gagal diselamatkan lagi.Sebelum ini, sumber mengesahkan, Raja Azura dan Adzmin bercerai talak satu di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada 28 September lalu dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan terbabit.


    Pada 6 Ogos lalu, pengacara program Ewah-Ewah itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah berkenaan tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti dihebohkan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan krisis rumah tangga.

    Hasil perkongsian hidup, Raja Azura dan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, dikurniakan tiga anak, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

    Sementara itu, Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said, ketika dihubungi semalam berkata, dia tiada hak memberi komen lanjut mengenai masalah rumah tangga membabitkan kakitangannya itu. Kata Rostam, ia masalah peribadi dan biarlah Raja Azura sendiri menjawabnya.

    "Saya tidak mahu komen. Setakat ini, Raja Azura datang kerja seperti biasa dan mampu menjalankan tugasnya sebagai penyampai radio dengan baik. Selagi dia tidak membuka mulut memaklumkan kisah peribadinya, selagi itu saya takkan memberi apa-apa komen.

    "Saya harap semua orang memahami perasaan Raja Azura. Saya menghormatinya sebagai penyampai yang sangat komited, rajin dan berdisplin," katanya. Sementara itu, rakan baik Raja Azura yang juga pengacara popular, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar berkata, biarpun persahabatan mereka erat, Raja Azura tidak pernah memberitahu secara mendalam mengenai masalah rumah tangganya apa lagi soal perceraian.

    "Kalau bercerita pun, yang biasa-biasa saja, bukan secara keseluruhan sebab adat setiap pasangan berkahwin, mesti ada salah faham. Tapi, saya tak sangka mereka sampai bercerai-berai. Semua ini ketentuan Tuhan. Hari ini, dugaan untuk Raja Azura, esok lusa belum tentu siapa pula. Justeru, sebagai manusia saya sentiasa berdoa yang terbaik untuk diri, keluarga dan sahabat.

    "Saya harap sekalipun sudah berpisah, Raja Azura dan Adzmin teruslah berbaik demi anak-anak. Mengenali Raja Azura, saya yakin dia seorang yang sangat tabah," katanya.

    Ditanya apakah dia tidak gusar jika Raja Azura tidak dapat hadir pada saat-saat akhir untuk mengacarakan majlis persandingan Datuk Wan Mohamad Sani Salleh dan pasangan, Fatimah Dalilah Omar di Ri-Yaz Heritage & Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Terengganu, Ahad ini, Sharifah Shahirah yakin Raja Azura pasti mengotakan janji.

    "Kami sudah tempah tiket pesawat dan insya-Allah semua akan baik," katanya.

    Apabila tersiarnya berita perceraian itu semalam, beberapa wakil media terus memburu Raja Azura di Pusat Penyiaran Asia (ABC), Bukit Jalil sebaik saja dia selesai dari tugasan pagi di konti Sinar FM.

    Namun, usaha mereka untuk mendapatkan komen dan pengesahan gagal kerana dia berjaya mengelakkan diri, dipercayai terlalu bersedih sekalipun tetap ceria tatkala ke udara di radio.

    Hadir serah diri bersama peguam

    Posted: 07 Oct 2010 10:51 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Selepas bersembunyi dan menjadi buruan polis sejak identitinya didedahkan Isnin lalu, wanita paling dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditahan polis sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, petang semalam.

    ANGKAT...ratusan fail dari pejabat suspek utama diangkat masuk ke dalam lori, semalam.
    ANGKAT...ratusan fail dari pejabat suspek utama diangkat masuk ke dalam lori, semalam.
    Jesyntha, 27, yang alamat terakhirnya di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor, sebelum ini gagal dikesan dan bersembunyi selepas menjadi buruan polis.

    Difahamkan, dia yang juga isteri kedua kepada seorang daripada suspek kes pembunuhan kejam itu dikehendaki kerana dipercayai mempunyai maklumat mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

    Jesyntha hadir menyerah diri bersama peguamnya kira-kira jam 5 petang dan polis menahannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik terbabit.

    Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam, melalui laman web facebook rasmi PDRM memaparkan maklumat terkini mengenai penahanan terbabit, namun beberapa pegawai PDRM yang dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya enggan memberi ulasan.

    Difahamkan, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap wanita terbabit hari ini.Selasa lalu, wajah dan maklumat wanita itu tersebar kepada umum melalui media dan orang ramai diminta membantu polis untuk mengesannya.


    Sementara itu, tiga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya ditahan semula semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang awal tahun ini.Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini berkata, tempoh tahanan reman peguam dan adiknya serta seorang lagi suspek bergantung keperluan siasatan.

    Namun, dipercayai polis akan memohon lanjutan tempoh tahanan reman mereka bagi membantu kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilapor hilang bersama rakan niaganya, April lalu.

    Isteri Syafiq, Samson Nahar Mohamed Dali, 35 dilaporkan sudah membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di IPD Kuala Muda, Sungai Petani.

    Kes itu dipindahkan ke Balai Polis Petaling kerana suaminya dipercayai hilang di kawasan itu dan difahamkan, ketiga-tiga suspek kini ditahan di lokap balai polis berkenaan bagi membantu siasatan.

    Sebelum ini, ketiga-tiga mereka direman hingga semalam berhubung kes kehilangan seorang ahli perniagaan warga India, A Muthuraja yang datang ke negara ini untuk membuka perniagaan.

    Dalam perkembangan berkaitan, peguam suspek, Ravi Neeko berkata dia dihubungi seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memaklumkan penahanan semula anak guamnya.

    "Pagi tadi (semalam) saya dihubungi seorang pegawai polis dan memaklumkan anak guam saya akan ditahan semula dan mereka kini berada di dalam lokap di sebuah balai polis di Kuala Lumpur sehingga esok.

    "Dijangka kedua-dua mereka (suspek utama dan adiknya) akan disambung reman esok atau lusa bersama enam yang lain," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Difahamkan, kedua-dua suspek kini di bawah siasatan IPK Kuala Lumpur dan bukan lagi IPK Selangor bagi membantu siasatan kes kehilangan Syafiq dan rakannya memandangkan soal siasat mengenai kes Sosilawati dan Muthuraja selesai.

    Muthuraja, 34, dilapor hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di negara ini 18 Januari lalu.

    Sebelum berita kehilangan Muthuraja dan Syafiq dilaporkan, negara digemparkan dengan pembunuhan kejam seorang jutawan kosmetik dan tiga yang lain dipercayai dilakukan tiga suspek berkenaan dan lima yang lain.

    Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

    Berdentum lalu terbalik

    Posted: 07 Oct 2010 09:36 PM PDT

    SITIAWAN: "Ketika kejadian kami semua sedang tidur di dek bot apabila terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkan bot terbalik dan terlangkup.

    TERLANGKUP...bot nelayan  terbalik selepas berlanggar dengan kapal dagang, semalam.
    TERLANGKUP...bot nelayan terbalik selepas berlanggar dengan kapal dagang, semalam.
    "Dalam keadaan kelam-kabut itu kami berusaha menyelamatkan diri dan berpaut pada bahagian bawah bot yang masih terapung di tengah laut selama sembilan jam sebelum diselamatkan," kata Surasak, 38, seorang daripada 10 awak-awak yang terselamat dalam kejadian bot karam berlanggar dengan kapal dagang menyebabkan dia maut di perairan Selat Melaka berhampiran Sabak Bernam, awal pagi semalam.

    Selain dua yang maut dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam itu, empat lagi awak-awak bot pukat jerut berkenaan masih hilang.

    Ketika kejadian, bot pukat jerut itu dinaiki 16 nelayan terdiri daripada tujuh warga tempatan dan sembilan warga Thailand berusia antara 22 hingga 55 tahun.

    Surasak yang juga warga Thailand berkata, sebaik berjaya menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam dek bot, dia bersama rakan lain berpaut pada bahagian bawah bot yang terapung itu selama hampir sembilan jam.

    "Sepanjang tempoh itu, saya bersama rakan berdoa cepat diselamatkan. Kira-kira sembilan jam kemudian, kami diselamatkan sepasukan anggota dari Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang tiba di lokasi bot kami," katanya ditemui di Markas Operasi PGM, Kampung Acheh selepas diselamatkan di sini semalam.Sementara itu, Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1, Batu Uban, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi dan mengarahkan sepasukan anggota dari Markas Operasi PGM, Kampung Acheh, di sini, melancarkan operasi menyelamat.


    "Pasukan penyelamat terdiri daripada tiga pegawai, 22 anggota bersama tiga bot peronda serta dibantu pasukan Unit Selam dengan sebuah helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi."Setiba di tempat kejadian, kami berjaya menyelamatkan 10 nelayan terdiri dua warga tempatan dan lapan warga Thailand. Mereka dikenali sebagai Suber, 52; Surasak, 38; Samsudin, 42; Somcha, 33; Padri, 22; Ahmad, 34 dan Ahkom, 33," katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Menurutnya, enam daripada mereka dibawa balik ke Markas Operasi PGM, Kampung Acheh, sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing manakala Ahkom yang cedera di kepala, dihantar ke Hospital Manjung dekat sini, untuk rawatan.

    Tiga mangsa lain iaitu Ah Tek, 35; Kee Chua, 55 dan seorang warga Thailand yang belum dikenal pasti identitinya cedera dan masih dirawat di Hospital Sabak Bernam, Selangor.

    Zainul berkata, mayat dua nelayan yang maut dipercayai lemas, dikenali sebagai Ahmad, 40, (warga Thailand) ditemui kira-kira jam 12 tengah hari manakala mangsa kedua, Akuang, 38, (warga tempatan) ditemui kira-kira jam 4.30 petang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

    "Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat. Kita masih menjalankan gerakan mencari empat lagi nelayan. "Mereka yang dilaporkan masih hilang dikenali sebagai Ah Huat, 50, iaitu tekong bot; Ah Peng, 47; Lim Lian Sy, 30 dan Ah Cheng, 55," katanya.

    Beliau berkata, siasatan awal dan maklumat daripada awak-awak bot berkenaan, kemalangan berlaku akibat pelanggaran dengan sebuah kapal dagang yang kemungkinan gagal melihat bot berkenaan kerana cuaca gelap.

    "Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti kapal dagang terbabit," katanya.

    Kulit tersiat diseret peragut

    Posted: 07 Oct 2010 09:35 PM PDT

    KLANG: "Saya rasa kulit seperti tersiat-siat selepas diseret atas jalan. Peragut itu tak mahu mengalah dan tarik beg serta hampir mencekik leher saya," kata mangsa ragut, Lim Peh Ching, 33.

    SAKIT...Lin bersama aktivis masyarakat, Peter Tan (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
    SAKIT...Lin bersama aktivis masyarakat, Peter Tan (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
    Dia yang juga guru tuisyen berkata, kejadian berlaku jam 3.45 petang, di Jalan Kasawari 4, Taman Eng Ann, di sini, Sabtu lalu, ketika dia berjalan berseorangan selepas pulang daripada membeli minyak di sebuah pam minyak tidak jauh dari situ berikutan kenderaannya kehabisan petrol.

    Ketika itu seorang peragut yang menunggang motosikal dengan memakai topi keledar bertutup penuh tiba-tiba muncul dan menyambar beg tangannya menyebabkan dia jatuh tergolek di atas jalan tar.

    Mangsa mendakwa diheret hampir 400 meter dan melepasi kira-kira 23 rumah teres di situ sebelum peragut terbabit melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai RM18 dan dua telefon bimbit.

    Menceritakan kejadian, Lim mendakwa, ketika berjalan dia menyilang beg pada bahu bagi mengelakkan jenayah peragut.

    "Ketika tarik-menarik beg itu tidak tanggal daripada badan saya menyebabkan tali beg hampir mencekik leher sebelum terlepas."Ketika itu saya terbayang wajah tiga anak dan mati," kata yang luka hampir seluruh badan selain kaki terseliuh.


    Berikutan itu, dia terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang selama empat hari sebelum dibenarkan pulang kelmarin.Lim mendakwa beberapa penduduk yang melihat kejadian itu cuba mengejar suspek terbabit, tetapi gagal sebelum menghantarnya ke klinik berhampiran.

    Katanya, dia yang lemah dan luka masih berdarah pada badan pergi ke Balai Polis Bandar Baru Klang membuat laporan kejadian itu, namun kecewa kerana terpaksa menunggu lebih sejam sebelum dilayan.

    Dekati Islam melalui muzik

    Posted: 07 Oct 2010 09:33 PM PDT

    NAMA penyanyi Sweden berketurunan Lubnan, Maher Zain, 28, mungkin agak asing buat peminat dunia seni tanah air tetapi lagunya seperti Thank You Allah mungkin sering didengar.

    pix_middle

    MAHER...sampai mesej menerusi lagu. IKTIRAF...Maher bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inteam Records, Izham Shah (kiri) dan CEO Awakening Records, Shariff Hassan Albanna pada majlis penyerahan platinum. FENOMENA BARU...Maher artis Sweden berketurunan Lubnan.


    IKTIRAF...Maher bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inteam Records, Izham Shah (kiri) dan CEO Awakening Records, Shariff Hassan Albanna pada majlis penyerahan platinum.
    Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, Thank You Allah dan Baraka Allahu Lakuma mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu.

    Tidak cukup dengan itu, laman web, YouTube yang memaparkan klip video, Insha Allah nyanyiannya mencatat sejarah tersendiri apabila menerima lebih dua juta pengunjung.

    Lagunya menjadi nada dering popular di kalangan remaja Islam, khususnya di Asia Barat dan sering disiarkan di radio tempatan. Boleh dikatakan penyanyi tinggi lampai yang tampil dengan konsep lagu Islam dan mesej kerohanian ini, turut mencetuskan fenomena baru di Malaysia.

    Graduan jurusan Kejuruteraan Penerbangan ini memilih untuk membabitkan diri dalam dunia muzik selepas menamatkan pengajian.

    Bagi dirinya, muzik sebahagian daripada kehidupannya sejak zaman kanak-kanak lagi. Malah, minat mendalam pada muzik tidak pernah padam sehingga membuatkan dia membabitkan diri sebagai produser muzik.Dari sisi peribadinya, Maher yang ditemui pada majlis sidang media sempena Maher Zain Save The Soul Showcase di Menara Kuala Lumpur, memaklumkan dia juga seorang insan biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.


    Dia pernah melalui kehidupan gelap kerana terjebak dengan pelbagai gejala negatif disebabkan tersilap memilih kawan. Namun, mujur Tuhan masih lagi memberi petunjuk untuk berubah."Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

    "Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.

    "Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber untuk mendekatkan diri dengan Islam.

    "Selepas mendapat peluang bekerjasama dengan rakan produser, RedOne, akhirnya saya berpindah ke New York. Ketika pulang ke Sweden untuk lawatan jangka pendek, saya berpeluang bertemu beberapa rakan di masjid yang turut menjadi pendorong untuk saya berkarya dalam muzik.

    "Pada pandangan saya, muzik sebahagian daripada kehidupan harian kita. Ketika mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam, saya mendapat inspirasi mencipta lagu. Saya juga mahu menjadikan lirik lagu yang dihasilkan ini sebagai inspirasi kepada pendengar.

    "Tidak hanya kepada masyarakat Muslim, malah bukan Muslim juga dapat menerima melodi lagu yang cuba saya sampaikan. Konsep yang cuba saya ketengahkan menerusi muzik cukup mudah, ringkas dan mempunyai melodi catchy," katanya.

    Biarpun mengakui perjalanan dalam bidang seni masih baru bermula ­dengan beberapa perancangan sedang giat ­dijalankan, artis bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Awakening Records ini berharap penampilan bersama album solo dapat diterima semua peminat muzik.

    Tanpa mempunyai sumber inspirasi tetap, dia mengakui banyak mempelajari melodi muzik daripada produser berpengalaman seperti RedOne yang pernah berkerjasama dengan bintang Hollywood seperti Lady Gaga dan Kat Deluna.

    Menurut Maher, membesar dalam persekitaran dunia Barat cukup mencabar, malah sentimen seperti Islamofobia yang merujuk kepada prasangka dan ­diskriminasi pada Islam dan Muslim tetap ada di mana-mana. Namun terpulang kepada cara individu atau masyarakat yang menilainya.

    "Saya melihat perkembangan Islam di Sweden semakin kuat. Tidak ada unsur diskriminasi atau paksaan. Masyarakat diberi kebebasan untuk menuntut ilmu. Hampir setiap minggu, ada sahaja program atau ceramah yang diadakan di masjid. Ajaran Islam cukup menarik dan agama yang lengkap," katanya.

    Buat julung kali Maher didatangkan khas ke Malaysia untuk menjayakan persembahan Maher Zain Save The Soul Showcase yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini. Konsert anjuran Raudhatus Sakinah Pusat Bimbingan Remaja Puteri dengan kerjasama wakil pengedar di Malaysia, Inteamrecords. Difahamkan, pihak penganjur memaklumkan tiket untuk menyaksikan persembahan solo artis itu sudah habis terjual.

    Penampilan menerusi konsert itu sebagai pengenalan buatnya. Kehadiran selain menyempurnakan majlis pelancaran album, ia juga sebagai peluang bertemu peminat di Malaysia. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan menerusi showcase berkenaan, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mempunyai perancangan untuk menjayakan konsert berskala besar pada masa akan datang.

    Mengenai perancangan masa depan pula, Maher memberitahu, buat masa ini, dia mahu terus menghasilkan lagu dengan konsep yang segar dan boleh diterima masyarakat semua peringkat.

    Ketika proses menyiapkan lagu untuk album pertama, dia turut mendapat kerjasama daripada pemuzik bukan Muslim, malah mereka memberi sokongan yang cukup padu untuk berusaha menampilkan pilihan lagu terbaik.

    "Memang saya mempunyai perancangan untuk menghasilkan album kedua selepas ini. ­Begitupun, semuanya masih dalam peringkat mengumpul material. Begitupun, saya juga mempunyai beberapa tajuk lagu yang bakal dirakamkan seperti Ya Allah dan Masya Allah," katanya yang mendirikan rumah tangga pada Jun, tahun lalu.

    Sememangnya kunjungan ke Malaysia buat julung kali turut memahatkan memori indah buatnya. Selain melebarkan sayap seni di rantau Asia, ia juga peluang buatnya mengenali budaya masyarakat Malaysia.

    Maher turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis antarabangsa pertama yang menerima tajaan kereta Proton Persona untuk kegunaan harian sepanjang dua minggu kunjungannya ke Malaysia.

    Ternyata sentuhan muzik yang disampaikan Maher berbeza daripada artis Muslim seperti Yusuf Islam dan Sami Yusof. Begitupun, mereka memperjuangkan mesej kerohanian yang sama. Ia turut diakui Maher, menyifatkan Yusuf dan Sami melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik iaitu menyampaikan mesej menerusi lagu.

    Selain menjayakan persembahan, Maher juga terbabit dalam beberapa aktiviti promosi dan jelajah. Dia juga dijadualkan menjayakan persembahan amal Maher Zain Save A Soul anjuran Islamic Information & Services Foundation di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 12 Oktober jam 8 malam.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Noraini 03-42604160 atau 0133654829, Rosmalina 03-42518792 atau 019-2240995.


    PROFIL
    Nama sebenar: Maher Zain
    Tarikh lahir: 1982
    Tempat lahir: Lubnan
    Umur: 28 tahun
    Status: Berkahwin
    Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
    Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
    Label: Awakening Records
    Album: Thank You Allah (2009)
    Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)


    Thank You Allah

    I was so far from you
    Yet to me you were always so close
    I wandered lost in the dark
    I closed my eyes toward the signs
    You put in my way
    I walked everyday
    Further and further away from you

    Ooooo Allah, you brought me home
    I thank You with every breath I take.

    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah.

    I never thought about
    All the things you have given to me
    I never thanked you once
    I was too proud to see the truth
    And prostrate to you

    Until I took the first step
    And that's when you opened the doors for me
    Now Allah, I realized what I was missing
    By being far from you.
    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah.

    Allah, I wanna thank You
    I wanna thank you for all the things that you've done
    You've done for me through all my years I've been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    And did you give me hope

    O Allah, I wanna thank you
    I wanna thank You for all the things that you've done
    You've done for me through all my years I've been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    I wanna thank You for bringing me home

    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah.

    Artist: Maher Zain
    Album: Thank You Allah
    Copyright: Awakening Records 2009

    Hafiz, Hasli bidik perak

    Posted: 07 Oct 2010 09:32 PM PDT

    GANDINGAN Hafiz Adzha dan Hasli Izwan Amir Hassan menghadiahkan satu lagi pingat perak buat kontinjen negara di Lapang Sasar Dr Kami Singh acara 25m Rapid Fire, semalam.

    BANGGA...Hasli (kiri), Hafiz bersama  gandingan India (tengah) dan  Australia.
    BANGGA...Hasli (kiri), Hafiz bersama gandingan India (tengah) dan Australia.
    Mereka mengumpul 1,144 mata, jumlah yang gagal mengatasi penembak tuan rumah, Vijay Kumar dan Gurpareet Singh yang mencipta rekod baru temasya dengan catatan 1,162 mata. Pingat gangsa pula dimenangi pasangan Australia, David Chapman dan Bruce Quick yang mencatat 1,125 mata.


    Pingat itu yang ketiga buat skuad menembak negara selepas Bibiana Ng dan gandingan Benjamin Khow Cheng Jie dan Khor Seng Chye memenangi dua pingat gangsa, kelmarin.


    Jurulatih, Hashim Desa membayangkan Hasli mampu ulangi pencapaian itu dalam acara individu hari ini.


    "Bagaimanapun, sukar untuk Hasli menggondol emas kerana peserta India terlalu hebat. Pastinya dia akan mencuba sebaik mungkin tapi dalam apa jua keadaan, dia pastinya bakal mencuba sebaik mungkin," katanya.


    Hasli memenangi pingat gangsa di Melbourne empat tahun lalu. Namun, kali ini gandingan tuan rumah terlalu hebat buat mereka.


    "Prestasi semasa lebih baik berbanding empat tahun lalu. Namun, pencapaian ini tidak boleh dibanggakan kerana kami pernah mencatat keputusan lebih baik. "Bagaimanapun, pasangan India harus dipuji kerana catatan yang mereka lakukan hampir sempurna. Pingat perak ini umpama mangkin buat saya sebelum bertanding dalam acara individu. Harap-harap saya berjaya menyumbang satu lagi pingat buat negara," katanya.


    Hasli dan Hafiz bermula cemerlang dan mendahului selepas pusingan pertama dengan 579 mata, tiga mata di depan pasangan India. Namun, Gurpreet dan Vijay kemudian merubah nasib mereka di pusingan kedua, termasuk catatan sempurna 100 yang dilakukan Gupreet menebus kesilapannya pada pusingan awal. Prestasi Hasli dan Hafiz pula agak merudum selepas itu dan harapan Malaysia menggondol emas berkubur.

    Proton mahu geran R&D

    Posted: 07 Oct 2010 09:32 PM PDT

    PROTON Holdings Berhad (Proton) berharap kerajaan menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menggalakkan inovasi selaras pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB).

    Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
    Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
    Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya kini dalam usaha menghasilkan kereta hibrid dan sejumlah wang sudah dibelanjakan bagi tujuan itu.


    Beliau berkata, Proton bakal memperkenalkan kereta hibrid keluarannya menjelang 2012 pada harga berpatutan supaya mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.


    "Setakat ini, Proton sudah memperuntukkan kira-kira RM180 juta bagi menjalankan R&D untuk kereta hibrid dan berharap dalam Bajet 2011 nanti, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi geran supaya Proton dapat meneruskan R&D ini sekali gus mengeluarkan kereta hibrid negara.


    "Kira-kira 50 kereta hibrid bakal dihasilkan dalam fasa pertama menjelang 2012, malah yang paling penting kereta itu kelak akan lebih murah berbanding kereta hibrid lain di pasaran," katanya pada temui sempena majlis Rumah Terbuka Proton di Kuala Lumpur, kelmarin.


    Hadir sama Pengerusi Kumpulan Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

    Menanti cabaran Suzuka

    Posted: 07 Oct 2010 09:29 PM PDT

    DENGAN hanya baki empat perlumbaan dan kedua-dua gelaran pemandu dan pengeluar masih belum dipastikan, perlumbaan Formula Satu kini menuju ke litar legenda, Suzuka untuk Grand Prix Jepun, hujung minggu ini.

    pix_middle

    Fernando Alonso Mark Webber Lewis Hamilton


    Fernando Alonso
    Penontonnya begitu fanatik, dan treknya dianggap sebagai antara yang terbaik dalam kalendar F1, malah turut mempunyai taman tema khas untuknya.Tidak hairan jika semua orang di paddock tidak sabar untuk ke sana. Ikuti komen pemandu mengenai perlumbaan itu dan peluang mereka di sana.


    Rubens Barrichello, ­Williams
    Kelayakan 2009 - tempat kelima, Perlumbaan 2009 -ketujuh


    "Saya suka menyertai perlumbaan ini, ia berada dalam tiga tempat teratas keutamaan kami. Sukar untuk ke sana, apatah lagi jika anda dari Brazil tetapi anda boleh segera melupakannya sebaik anda masuk ke gear pertama dan meninggalkan garaj buat kali pertama.Suzuka adalah sebuah litar yang hebat. Sebuah trek kelajuan tinggi dan mempunyai selekoh tajam. Anda perlu berwaspada sepanjang masa. Saya bernasib baik pernah berlumba di Jepun sejak 1993 dan seronok dapat kembali. Kami perlu tunggu dan lihat bagaimana pencapaian kami tetapi saya optimis kami boleh mencapai keputusan baik hujung minggu ini."



    Nico Hulkenberg, Williams

    Kelayakan dan perlumbaan 2009 -tidak bertanding

    "Saya tidak pernah ke Jepun sebelum ini. Banyak perkara baik yang saya dengar mengenainya jadi saya tidak sabar menantikan perlumbaan ini.

    Memandangkan saya tidak pernah memandu di litar ini, saya berlatih menggunakan simulator di kilang. Saya juga mengkaji data dengan jurutera supaya saya boleh berada dalam keadaan terbaik apabila berada di sana. Kelihatannya litar berkenaan menyeronokkan untuk dipandu."


    Robert Kubica, Renault
    Kelayakan 2009 -ketujuh, Perlumbaan 2009 - kesembilan


    "Suzuka adalah litar yang cukup mencabar dan terlalu pantas. Jika anda mengira bilangan selekoh berkelajuan tinggi dengan menggunakan gear keempat atau lebih, saya fikir ia mengalahkan mana-mana litar dalam kalendar.

    Anda tidak boleh membuat kesilapan di Suzuka kerana kerana sebaik anda melakukan kesilapan, kereta akan terbabas ke tembok kerikil. Seringkali bila anda berada di luar kereta, anda tidak akan sedar pelumba lain juga melakukan kesilapan kerana mereka cepat masuk ke dalam litar. Suzuka tidak seperti itu, bila anda tersilap tidak mungkin anda dapat kembali."


    Vitaly Petrov, Renault
    Kelayakan dan Perlumbaan 2009 -tidak bertanding


    "Saya pulang ke Eropah sebaik berakhirnya perlumbaan di Singapura. Saya berlatih seperti biasa dan kembali ke UK untuk melawat kilang dan berbincang dengan jurutera mengenai apa yang berlaku di Singapura dan mempelajari sesuatu daripadanya.

    "Saya tahu Suzuka adalah sebuah litar yang terkenal dan gembira dapat ke sana buat kali pertama. Sukar untuk saya katakan lebih banyak kerana saya tidak tahu apa yang patut saya jangkakan di sana. Ia akan memberi pengalaman baru tetapi daripada apa yang bincangkan dengan jurutera, litar berkenaan cukup mengelirukan."


    Kamui Kobayashi, BMW Sauber
    Kelayakan dan Perlumbaan 2009 -tidak bertanding


    "Saya seorang Jepun dan pusingan di Suzuka adalah perlumbaan di tempat sendiri, biarpun tidak banyak masa yang saya luangkan di Jepun sejak tujuh tahun lalu. Saya berusia 17 tahun ketika kali terakhir saya berlumba di Jepun.

    "Sudah tentu saya tahu selok belok litar itu selepas memandu di sana tahun lalu bersama Toyota dalam ujian bebas sebelum menyertai Grand Prix. Keadaan di litar begitu baik, saya sukakannya. Ia satu trek yang mencabar dalam setiap pusingan. Saya fikir kereta kami akan cemerlang di Suzuka."


    Nick Heidfeld, BMW Sauber
    Kelayakan 2009- keenam, Perlumbaan 2009 - keenam


    "Saya tidak sabar menanti perlumbaan di Suzuka. Ia litar Formula Satu kegemaran saya dan memandangkan ini perlumbaan kedua saya bersama pasukan ini, sudah tentunya pengetahuan mengenai kereta akan membantu.

    Selain itu, saya juga suka ke Jepun. Kali ini saya tidak hanya akan melawat Jepun tetapi juga Suzuka di mana biarpun tidak banyak yang berlaku di sana, saya masih sukakan Jepun. Saya sukakan makanan, budaya serta keterujaan peminat. Mereka sukakan Grand Prix Jepun dan ini seronok dilihat."


    Adrian Sutil, Force India
    Kelayakan 2009 -keempat. Perlumbaan 2009 -ke-13.


    "Suzuka adalah antara litar kegemaran saya, jadi saya tidak sabar ke sana. Tambahan pula kembali ke Jepun bagaikan pulang ke rumah sendiri kerana saya tinggal di sana selama setahun pada 2006 ketika bertanding dalam F3 Jepun. Saya berlumba empat kali di litar Suzuka.

    Trek itu sendiri adalah ujian sebenar buat pemandu. Anda boleh bayangkan setiap selekoh mempunyai cabaran tersendiri. Biarpun kereta kini lebih kompetitif di pelbagai permukaan trek tetapi kami masih mempunyai kelebihan dari segi konfigurasi 'downforce' yang rendah jadi saya harap kami boleh kembali kompetitif seperti di Spa dan Monza tahun ini."


    Vitantonio Liuzzi,
    Force India
    Kelayakan 2009 - tempat ke-19, Perlumbaan 2009 ke-14


    "Saya sudah memahami litar Suzuka kerana saya pernah memandu di sana pada 2006 dan sekali lagi tahun lalu. Ia adalah antara litar lama yang masih kekal dalam kejuaraan seperti Spa dan Monza, ia litar untuk lelaki sejati dan antara yang paling sukar sepanjang tahun.

    Kita lihat tahun lalu bahawa keadaan litar yang basah boleh mengganggu keseimbangan, jadi ia menjejaskan tumpuan anda serta perlu berada dalam keadaan terbaik. Saya sukakan selekoh teknikal berkelajuan tinggi terutama di selekoh pertama di mana anda perlu membuat perkiraan tepat."


    Nico Rosberg, Mercedes GP
    Kelayakan 2009 - tempat ke- 11, Perlumbaan 2009 - kelima


    "Suzuka adalah litar perlumbaan yang hebat dan secara peribadi ia adalah yang terbaik dalam kalendar. Secara teknikalnya ia mencabar, begitu pantas dan litar pemandu sejati yang memerlukan anda melakukan pemanduan terbaik.

    Sektor pertama menjadi tumpuan setiap pusingan dan apa yang membuatkan litar itu cukup mencabar. Kami memperoleh keputusan sederhana berdasarkan persembahan kami dengan sekali di tepat keenam dan dua kali di tempat kelima jadi kami berharap dapat mengulanginya di Suzuka."


    Michael Schumacher,
    Mercedes GP
    Kelayakan dan perlumbaan 2009- tidak bertanding


    "Suzuka sentiasa menjadi antara litar pilihan saya sepanjang tahun kerana pemanduan di trek ini cukup sensasi. Secara teknikalnya, Suzuka begitu mencabar dan mempunyai kombinasi selekoh yang menarik jadi seronok apabila semuanya ada pada satu litar.

    Saya ke Jepun dengan kenangan hebat memandangkan trek di Suzuka memberikan perlumbaan terbaik buat saya. Jelas sekali saya berharap kami boleh menambahnya dan saya bersedia menghadapi cabaran itu. Saya pasti kami akan cuba menghasilkan sesuatu yang maksimum hujung minggu ini."


    Jenson Button, McLaren
    Kelayakan 2009 - ketujuh, perlumbaan 2009 -kelapan


    "Saya menghabiskan banyak masa dalam karier Formula Satu di Jepun hingga saya menganggapnya sebagai rumah kedua. Tokyo adalah antara bandaraya terhebat dunia, banyak yang boleh diterokai dan Suzuka adalah adalah venue terhebat untuk Grand Prix Jepun.

    Saya mendapatkan ­keputusan hebat di Suzuka tetapi tidak pernah menang di Jepun. Ini adalah litar yang menepati cara saya, perlu memandu sepantas ­mungkin melepasi selekoh dan mengekalkan rentak yang tepat dan lancar. Jika anda lakukan kesilapan, anda terpaksa mengembalikan momentum untuk beberapa selekoh berikutnya. Ia ­menghukum kesilapan anda."


    Lewis Hamilton, McLaren
    Kelayakan 2009 -ketiga, perlumbaan 2009 -ketiga


    "Dua perlumbaan Grand Prix Jepun yang saya sertai dalam Formula Satu ­diadakan di Fuji Speedway. Biarpun ia satu trek yang hebat, Suzuka yang diperkenalkan tahun lalu adalah antara trek perlumbaan terhebat dunia.

    "Suzuka bagaikan urusan yang belum selesai buat saya. Saya melakukan pemanduan sebaik mungkin tahun lalu tetapi kereta kami tidak cukup pantas. Tahun ini saya tidak akan bersikap teragak-agak, saya perlukan keputusan meyakinkan untuk mengembalikan peluang meraih gelaran dan ia menjadi tumpuan utama saya sebaik duduk di kokpit pada pagi Jumaat."


    Heikki Kovalainen, Lotus
    Kelayakan 2009 - ­kesembilan, Perlumbaan 2009 -ke-11


    "Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelumba Williams kerana dengan insiden yang berpunca daripada mereka, menyebabkan impian saya di Singapura musnah. Saya melalui pengalaman menarik memadamkan api sendiri dan itu adalah cara terbaik untuk menangani situasi berbahaya, bayangkan jika saya terus memandu ke pit.

    "Saya sukakan Jepun, ia sedikit gila tetapi dengan cara yang baik. Penyokong mereka begitu hebat, mereka lebih mengenali pemandu lebih daripada nada dan trek itu juga begitu hebat. Saya fikir kami akan cemerlang di sini. Ia pantas dan anda perlukan rentak yang baik untuk mencatat masa pusingan terpantas tetapi pengalaman dan tumpuan cukup penting dan saya tidak sabar untuk masuk semula ke dalam kereta."


    Jarno Trulli, Lotus
    2009 Qualifying - 2nd, 2009 Race - 2nd


    "Kembali ke Jepun adalah sesuatu yang saya nantikan. Saya sukakan litar itu dan tahun lalu saya berada di podium sebagai naib juara. Saya sedar kami tidak akan mengulanginya tahun ini tetapi saya fikir segalanya baik saja.

    Semua orang dalam pasukan ini bersedia untuk beberapa perlumbaan terakhir dan kami mahu menewaskan pesaing terdekat. Kami berjuang dengan baik dan penyokong turut membantu jadi kami akan memberikan yang terbaik untuk membalas budi mereka."


    Mark Webber, Red Bull
    Kelayakan 2009 - ke-20, perlumbaan 2009 ke-17


    "Saya optimis kami akan cemerlang di Jepun dan keputusan pasukan cukup baik di sana tahun lalu. Ketika ini Ferrari memberi saingan sengit dengan dua kemenangan berturut-turut tetapi saingan merebut mata masih terbuka.
    "Suzuka adalah sebuah litar yang disukai pemandu dan saya tidak sabar menantinya. Saya fikir kami akan kembali kompetitif, kami perlu memberikan keupayaan maksimum."


    Sebastian Vettel, Red Bull
    Kelayakan 2009 - pertama, perlumbaan 2009 -pertama


    "Suzuka pastinya serasi buat kereta kami tetapi kami masih perlu membuktikannya sekali lagi. Saya fikir kami mempunyai kereta yang kompetitif tahun ini di setiap litar, ia menjadikan kami bertambah yakin.

    Tahun lalu cukup bagus dan saya fikir kami akan mendapat keputusan yang baik sekali lagi. Ferrari kini semakin meningkat dalam beberapa perlumbaan ­kebelakangan ini, jadi mereka akan memberi cabaran. Begitu juga dengan McLaren."


    Timo Glock, Virgin
    Kelayakan 2009 - ke-14, Perlumbaan 2009 Race - tidak bertanding


    "Kami ke Jepun selepas mempamerkan prestasi membanggakan di Singapura. Peringkat pertama peningkatan kereta nampaknya berjaya dan saya memandu dengan baik dalam keadaan litar basah atau kering.

    "Saya fikir kami boleh jangkakan cuaca lembap di Jepun, ramalan awal menunjukkan kemungkinan besar hujan sewaktu ujian dan mungkin hujan ketika perlumbaan, Kini kami di peringkat kedua peningkatan kereta dengan perkembangan aerodinamik yang mungkin akan membantu kami."


    Lucas di Grassi, Virgin
    Kelayakan 2009 -tidak bertanding, perlumbaan 2009 -tidak bertanding


    "Suzuka adalah litar paling teknikal sepanjang musim perlumbaan dan saya berharap dapat memandu lebih pantas seperti yang dilakukan di Singapura.
    "Ia trek yang baru bagi saya tetapi saya gembira dapat menyesuaikan diri ­dengan litar yang tidak ­pernah saya lalui setakat ini."

    Oksana terbayang maut

    Posted: 07 Oct 2010 09:28 PM PDT

    LOS ANGELES: Bekas teman wanita Mel Gibson yang mendakwa dia ditumbuk dan dicekik pemenang Oscar itu mendedahkan pengalamannya kepada media untuk kali pertama, semalam.

    BAHAN BUKTI...Oksana menunjukkan giginya yang patah akibat ditumbuk Gibson.
    BAHAN BUKTI...Oksana menunjukkan giginya yang patah akibat ditumbuk Gibson.
    SAAT BAHAGIA...Gibson bersama Oksana ketika hubungan mereka belum bermasalah.
    SAAT BAHAGIA...Gibson bersama Oksana ketika hubungan mereka belum bermasalah.
    Kata Oksana Grigorieva, berdasarkan keadaannya diserang, dia menyangka Gibson memang berniat untuk menamatkan riwayatnya.


    "Gibson nampak darah mengalir keluar dari mulut saya selepas kena tumbuk.


    "Ketika itu saya yakin dia memang mahu membunuh saya," katanya menceritakan kejadian di kediamannya di Malibu pada Januari lalu.


    Menurut pemain piano dan pencipta lagu dari Russia itu, dia amat bimbangkan keselamatan nyawa diri dan anak perempuannya, Lucia, yang lahir pada 2009 hasil perkongsian hidup dengan Gibson sebelum ini.


    Kata Oksana, 40, dia terkena dua tumbukan Gibson, masing-masing pada kepala dan mulutnya.


    "Ketika itu apa yang saya bimbangkan adalah keselamatan Lucia.


    "Saya terjatuh ke katil ketika cuba melindungi anak saya," katanya.


    Dalam keadaan begitu, kata Oksana, Gibson, 54, tidak berpuas hati, malah terus mencekik sambil menjerit di depan mukanya.


    Ketika itu, katanya, dia ternampak ada sedikit darah pada dagu Lucia.


    "Kemudian dia menunjukkan pistol yang ada di tangannya," katanya.Oksana berkata, ketika Gibson menyerahkan Lucia kepadanya sebulan kemudian, aktor Braveheart itu juga berkata: "Ambil dia atau saya mungkin akan mencederakannya.

    Merendah diri, sentiasa tambah ilmu

    Posted: 07 Oct 2010 09:27 PM PDT

    IBARAT sang pelukis yang bebas bermain warna pada kanvas untuk melakarkan lukisan indah, kreativiti jurusolek juga tiada batasan untuk menzahirkan gaya yang diidamkan.

    BERBAKAT...(dari kiri) Surya, Camiellia, Irene dan Shahidah menjadi kebanggaan jenama masing masing.
    BERBAKAT...(dari kiri) Surya, Camiellia, Irene dan Shahidah menjadi kebanggaan jenama masing masing.

    CAMIELLIA...gembira dapat membantu wanita tampil lebih menawan. SURYA...jurusolek perlu sentiasa berani mencuba pelbagai idea dan teknik baru. SHAHIDAH...berpeluang menyolek kumpulan Pussy Cat Dolls. IRENE...bahagikan masa sebaiknya antara keluarga dan kerjaya. JOYCE...jurusolek yang bagus perlu mendengar apa yang dimahukan pelanggan.


    CAMIELLIA...gembira dapat membantu wanita tampil lebih menawan.
    Dengan kemahiran yang dimiliki serta penggunaan produk jenama berkualiti tinggi, ternyata hampir tiada apa yang mustahil untuk mereka hasilkan.

    Luah apa saja gaya yang dimahukan dan mereka pastinya berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya.

    Solekan sama ada gaya semula jadi, ringkas, futuristik mahupun anggun menawan memang mampu dijelmakan semuanya hasil kemahiran serta sentuhan kreatif mereka.

    Menariknya, kerjaya sebagai jurusolek mempunyai kedudukan tersendiri dalam masyarakat kerana merekalah yang bertanggungjawab menyempurnakan solekan serta penampilan pelbagai golongan sama ada golongan atasan, selebriti dan orang awam.

    Sinonim dengan watak penting di belakang pentas, personaliti minggu ini menampilkan jurusolek wanita berpengalaman yang disegani di negara ini.Jurusolek kebanggaan Mac Malaysia, Shahidah Abdul Rahman, 32, berkata, minatnya terhadap dunia kecantikan sebenarnya bercambah ketika dia berkecimpung dalam bidang peragaan secara separuh masa sekitar 1997.


    Dia sering membantu menyolekkan model lain ketika pertunjukan dan dari situ, minat terhadap solekan mula timbul."Sejak itu, saya menyedari minat sebenarnya pada solekan dan bukannya bidang peragaan.

    "Tanpa membuang masa, saya mengikuti pengajian solekan di peringkat diploma untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan serta kemahiran sebelum menyertai bidang kecantikan sepenuh masa tidak lama selepas itu.

    "Diam tak diam, tahun ini genap 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini," kata wanita yang menjadikan Pengarah Solekan Mac, Gordon Espinet sebagai idola kerjayanya.

    Shahidah yang baru saja dinaikkan pangkat kepada eksekutif jualan berkata, meskipun kini menggalas tanggungjawab menjaga bahagian jualan korporat serta kumpulan jurusolek profesional, dia tetap turun padang melakukan solekan sekiranya ada permintaan.

    Sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, dia berpeluang menyolek kumpulan Pussy Cat Dolls sewaktu Anugerah MTV Asia, dua tahun lalu.

    "Selain itu, saya juga terbabit untuk menyiapkan solekan pelakon teater Puteri Gunung Ledang dan Cuci the Musical.

    "Lebih manis, saya juga berpeluang menjayakan banyak minggu fesyen antarabangsa di China, Australia, New Zealand dan Cape Town.

    "Pengalaman bekerja dengan barisan peragawati serta jurusolek terkenal di acara antarabangsa memang mahal harganya dan tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit," katanya yang pernah mengikuti kursus perakaunan.

    Cinta mendalam terhadap seni warna membawa Joyce Lee berada pada kedudukan yang diidamkan ramai seperti sekarang.

    Menurut Ketua Artis Solekan Estee Lauder Malaysia ini, dia menyertai jenama terkenal itu tujuh tahun lalu dan sepanjang tempoh itu pernah terbabit dalam pelbagai bengkel dan kursus solekan di seluruh dunia.

    Dia juga mengetuai pasukan jurusolek jenama berkenaan sepanjang empat tahun pencarian model jenama itu, selain turut membantu menyiapkan lebih 11,000 wajah sejak ia bermula.

    Terkini, Joyce terbang ke bumi Perancis untuk mendalami ilmu bersama Pengarah Kreatif Solekan, Tom Pecheux di samping berpeluang bertukar idea bersama kumpulan jurusolek antarabangsa.

    Joyce berkata, solekan adalah mengenai peluang untuk menerokai kepelbagaian gaya.

    "Saya menjadikan pengasas jenama iaitu Estee Lauder sebagai idola kerana beliau berjaya menukar gaya pelanggan dengan sentuhan tersendiri.

    "Selain itu, Estee juga mendengar kemahuan pelanggan dan saya berpendapat itulah antara kunci untuk menjadi seorang jurusolek berjaya," katanya.

    Joyce mengakui hingga kini dia masih bekerjasama dengan beberapa pelanggan setia sejak tujuh tahun lalu. Dia gembira dengan apa yang dilakukan sekarang dan bersyukur kerana kemahirannya dihargai pelanggan.

    "Tanggungjawab sebagai jurusolek bukan saja untuk membantu pelanggan kelihatan cantik menawan tetapi lebih daripada itu, kami turut berkongsi maklumat mengenai penjagaan kecantikan terutama di sekitar wajah.

    "Dengan sentuhan solekan, penampilan seseorang itu boleh berubah dan apa yang lebih penting, ia juga membantu menyerlahkan kejelitaan dalaman yang dimiliki," katanya yang pernah bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal tempatan seperti Daphne Iking, Yasmin Yussof, Amber Chia, Chelsea Ng, Linda Jasmine dan Jojo Struys.

    Dalam pada itu, Camiellia Choo, 27, percaya setiap jurusolek mempunyai gaya solekan sendiri dan bagi dirinya, dia lebih menggemari gaya solekan yang elegan, sentiasa diminati serta campuran fusion iaitu gabungan gaya Perancis dan Jepun.

    Dia yang sudah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang itu berkata, idolanya ialah Michelle Phan yang juga jurusolek video Lancome pertama.

    "Walaupun baru berusia 22 tahun, video Michelle mampu membangkitkan kesedaran dalam bidang solekan terhadap golongan muda menerusi YouTube.

    "Dia juga sangat kreatif dan mempunyai gaya tersendiri," katanya yang juga salah seorang anggota kumpulan jurusolek elit, Lancome Colour Design Artists, yang diketuai Artis Mekap Kebangsaan Malaysia untuk Lancome, Zamri Zainol.

    Camiellia mengakui, dia gembira dengan kerjaya berkenaan kerana dapat membantu wanita tampil cantik di depan khalayak.

    "Kerjaya ini adalah minat dan impian saya sejak kecil lagi. Jadi, jika perlu berada di luar negara sekali pun, saya sanggup bagi memastikan tanggungjawab yang diberikan terlaksana," katanya.

    Ibu kepada sepasang anak berusia lima dan tiga tahun, Irene Khoo, 27, pula berkata, dengan tunjuk ajar mentor, Zamri serta rakan seperjuangan, dia berjaya menyertai kumpulan elit LCDA.

    Kata Irene, jurusolek adalah kerjaya pertamanya dan dia kini ditugaskan di kaunter jenama itu di pusat beli-belah Subang Parade, Selangor.

    Jadual kerja jurusolek fleksibel kerana semuanya sudah mengikut jadual yang disediakan.

    "Keutamaan saya kepada kerjaya dan keluarga. Memandangkan anak masih kecil, saya perlu membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan rumah tangga.

    "Pernah ketika berada di luar daerah untuk satu tugasan, anak saya jatuh sakit dan menyebabkan saya begitu risau hingga hampir menangis.

    "Mujurlah ibu ada untuk membantu menjaga mereka dan amat menghargai sokongan keluarga terhadap kerjaya saya ini," katanya yang menganggap sifat rendah diri perlu ada dalam diri setiap jurusolek meskipun sudah menceburi bidang itu bertahun-tahun lamanya.

    Sementara itu, pengalaman Surya Zainol, 34, dalam bidang solekan selama lebih 15 tahun pula diiktiraf jenama antarabangsa, Shu Uemura.

    Kreativiti dan kemahiran yang dimiliki jurusolek bebas ini melayakkannya diundang jenama itu untuk menyertai barisan jurusolek unggul, Black Book Artist.

    Menurut Surya, pahit maung sepanjang bergelar jurusolek sedikit sebanyak mematangkan dirinya dalam usaha menjadi jurusolek terbaik suatu hari nanti.

    Katanya, antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan hingga kini ialah peluang menyolek Raja Permaisuri Agong tidak lama dulu.

    Selain itu, dia turut berdepan dengan saat sukar apabila pelanggan menipu selepas khidmatnya tidak dibayar biarpun sudah melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

    "Itu semua antara cabaran yang dihadapi apabila kita bekerja dengan orang ramai.

    "Suka atau tidak, kita perlu hadapinya dengan profesional kerana apa yang penting, tugas yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sebaik mungkin," katanya yang turut menerima berus edisi khas daripada jenama berkenaan sebagai tanda pengiktirafan kemahirannya.

    Ditanya mengenai kewujudan jurang kreativiti antara jurusolek lelaki dan wanita, Surya berkata, dia tidak nampak sebarang perbezaan besar kerana semuanya bergantung kepada kreativiti dan usaha jurusolek itu sendiri.

    Kehadiran ramai jurusolek tidak kira lelaki atau wanita di dalam industri kecantikan negara memang sentiasa dialu-alukan kerana ia mendorong persaingan sihat antara mereka.

    Katanya, pelanggan hari ini sudah bijak dan untuk itu, jurusolek sepertinya harus bekerja keras dan sentiasa berani mencuba pelbagai idea baru bagi memenuhi aliran gaya semasa.

    "Saya bermula sebagai pembantu abang (yang juga jurusolek terkenal) 15 tahun lalu dan dari situ, saya pelajari sedikit demi sedikit gaya serta teknik solekan.

    "Memang tidak dapat dinafikan, bukan mudah untuk berada di tempat sekarang dan saya akui hanya minat mendalam yang membantu saya di tahap hari ini.

    "Jadi, kepada yang bercita-cita untuk menjadi jurusolek, anda perlu kuatkan semangat serta tekad dan jangan putus asa untuk belajar kerana bidang ini amat luas dan sentiasa ada benda baru untuk dipelajari setiap hari," kata penggemar gaya solekan jurusolek terkenal, Sofea Bee ini lagi sebelum mengakhiri perbualan.

    Rumah mendap

    Posted: 07 Oct 2010 08:57 PM PDT

    GOMBAK: "Sejak hakisan ini berlaku, kami tidak dapat tidur lena dan ketakutan terutama apabila hujan lebat untuk jangka masa panjang," kata Robiah Mohd Ali, 50, mengenai masalah hakisan tebing sungai berhampiran rumahnya di Batu 8, di sini.

    BERBAHAYA...Robiah menunjukkan hakisan di belakang rumahnya.
    BERBAHAYA...Robiah menunjukkan hakisan di belakang rumahnya.
    RETAK...Robiah menunjukkan rumahnya yang retak akibat hakisan tanah di belakang rumahnya.
    RETAK...Robiah menunjukkan rumahnya yang retak akibat hakisan tanah di belakang rumahnya.
    Menurutnya, masalah itu berlaku sejak tiga bulan lalu berikutan kerja timbunan tanah di situ dilakukan tanpa penghadang kukuh. "Mereka (pemaju) hanya meletakkan guni pasir, tetapi di sebelah dalam sekadar timbunan pasir yang semakin lama mula terhakis akibat banjir setiap kali hujan.


    "Pada mulanya saya tidak menyedari perkara ini, tetapi apabila adik ipar memberitahu dan melihat sendiri hakisan itu mula runtuh sedikit demi sedikit serta semakin menghampiri rumah, saya mula risau," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.


    Robiah yang menetap di situ sejak 52 tahun lalu, mengakui pelbagai masalah berlaku di situ termasuk hakisan tanah, pembuangan sampah ke dalam sungai dan berharap pihak bertanggungjawab segera melakukan sesuatu.


    "Kami sudah mengadukan perkara ini kepada Ketua Penghulu di sini serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor. Mereka datang beberapa kali membuat pemantauan, namun masih tiada tindakan berkesan yang diambil," katanya ketika ditemui.


    Seorang lagi penduduk, Rosnita Mohd Ali, 41, berkata tiga rumah yang paling terjejas dengan hakisan terbabit termasuk rumahnya.


    "Sebelum ini, kedudukan rumah saya sama tinggi dengan jalan, bagaimanapun akibat hakisan dan banjir yang sering berlaku menyebabkan rumah semakin lama semakin mendap," katanya.


    Sehubungan itu, dia berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih serius.


    Sementara itu, jurucakap JPS Gombak, ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam proses membersihkan sungai berkenaan bersama beberapa kontraktor yang dilantik.


    "Selepas menerima aduan penduduk, kami segera ke tempat kejadian dan kerja pembersihan sungai giat dilakukan di samping membuang rumpun buluh yang tumbang pada hari kejadian.


    "Punca utama banjir dipercayai sikap segelintir penduduk yang sesuka hati membuang sampah di sungai ini," katanya.Menurutnya, berikutan masalah itu apabila hujan lebat sungai tidak dapat mengalir dengan baik yang menyebabkan air naik dan berlakunya hakisan tanah di tebing sungai.

    Ashraf Muslim Jelaskan Gosip Bercinta Dengan Linda Hashim

    Posted: 07 Oct 2010 08:57 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan dramatis Linda Hashim.

    Kata Ashraf, dia dan Linda hanya sekadar teman rapat iaitu ketika sama-sama menjayakan sebuah drama berjudul Gerakan Marin dan hanya bertemu ketika di lokasi penggambaran sahaja.

    "Saya dan dia hanya sebagai rakan artis, tidak lebih dari itu. Kami berlakon bersama dalam drama Gerakan Marin beberapa bulan lalu.

    "Memang ketika penggambaran kami rapat seperti pelakon-pelakon yang lain juga, namun selepas habis penggambaran kami tidak pernah berjumpa," jelasnya yang telah menunaikan umrah hujung Ramadan lalu.

    Dalam pada itu, Ashraf mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa selepas berpisah dengan pelakon Sherry Ibrahim tahun lalu.

    "Bukan saya memilih tapi saya belum jumpa yang benar-benar membuatkan hati saya terbuka semula untuk bercinta. Selain itu saya juga kini lebih fokus kepada kehidupan sebagai seorang muslim.

    "Siapa yang tidak mahu bercinta tapi biarlah ia datang sendiri, semasa di Tanah Suci, Mekah, ada juga saya meminta agar dipermudahkan perjalanan dan dipertemukan dengan seorang perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri," katanya.

    Bercerita tentang pengalaman ketika mengerjakan umrah, Ashraf memberitahu banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana.

    "Banyak peristiwa yang memberi kesedaran kepada saya sepanjang di Tanah Suci. Kita dapat lihat semua orang di sana benar-benar ingin menunaikan ibadat.

    "Ada juga peristiwa yang memberi keinsafan kepada saya sebagai hambanya, saya dapat lihat kebesaran Allah di depan mata dan rasa terlalu kerdil," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Perbuatan Khianat Buat Almy Nadia Mahu Bersara Jadi Pelakon

    Posted: 07 Oct 2010 08:56 PM PDT

    Almy Nadia

    PELAKON Almy Nadia Aminuddin Shah atau Almy Nadia mengakui hipokrasi yang bermaharajalela dalam dunia seni tanah air membuatkannya kecewa sehingga pernah terfikir untuk kembali menjalani kehidupan normal sebagai masyarakat biasa.

    Menurut Almy, walaupun dia sayangkan bidang lakonan dan percaya masih banyak perkara yang mampu dikecapinya dalam bidang ini tetapi beberapa hal yang berlaku membuatkan gadis berusia 24 tahun ini jemu dengan status kehidupan glamor.

    "Ada waktunya saya betul-betul terfikir untuk berundur diri dan berhenti berlakon saja selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sejak bergelar pelakon.

    "Beberapa perkara besar yang terlalu peribadi untuk dihuraikan berlaku kepada saya membuatkan saya jemu dan tak berdaya untuk terus menghadapinya," katanya.

    Almy lantas diminta untuk mengulas perkara-perkara yang dimaksudkannya itu dengan lebih terperinci tetapi sekadar menjawab beberapa perkara tersebut adalah hal yang berkaitan dengan periuk nasi dan karier lakonannya.

    "Sepanjang bergelar pelakon selama hampir lima tahun ini, saya tidak pernah kacau atau ganggu orang lain tetapi saya pelik tetap ada individu dan pihak lain yang sentiasa tak berpuas hati atau dalam istilah kasarnya ingin melihat saya 'jatuh'.

    "Bukan saja ada pihak yang sengaja menabur fitnah dan menokok-tambah sesuatu cerita untuk mencalar reputasi saya. Malah ada juga yang lebih berani hingga sanggup melakukan perbuatan 'khianat'.

    "Saya mencuba nasib di dalam bidang ini untuk mencari rezeki dengan bakat dan peluang yang ada dan langsung tiada niat lain. Jika hal begini berterusan, lebih baik saya kembali semula kepada kehidupan lama saya saja. Mungkin tidak senikmat seperti apa yang saya kecapi hari ini tetapi sekurang-kurangnya hidup saya lebih tenang," katanya.

    Ditanya adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya itu, Almy berkata, sekiranya tawaran lakonan yang diterima terus tidak meyakinkan dan 'kekusutan' yang bersarang kian membelenggu, mungkin dia tidak akan ragu-ragu mengambil keputusan itu kelak.

    Isteri Gugur, Hasrat Ady Putra Dapat Bayi Kembar Tiga Musnah

    Posted: 07 Oct 2010 08:54 PM PDT

    Ady Putra

    PETALING JAYA: Hasrat pelakon Ady Putra untuk bergelar bapa tidak kesampaian apabila isterinya Aida Yusof yang mengandung kembar tiga mengalami keguguran buat kali keempat, tiga hari lalu.

    Keguguran itu berlaku ketika kandungan Aida baru masuk tiga bulan.

    Menurut Ady yang ditemui di Menara Star, Khamis, berita itu amat menyedihkannya kerana sebelum ini sudah tiga kali dia dan isteri diuji dengan kejadian berkenaan.

    Bagaimanapun, berita tersebut tidak membuatkan pelakon filem Hanyut itu kecewa dan luluh hati kerana dia semakin tabah dan kuat selepas beberapa kali hasratnya untuk bergelar bapa tidak menjadi kenyataan.

    "Ini semua sudah tertulis dan ketentuan tuhan. Sebagai hambanya, saya reda dan menerima berita itu dengan hati terbuka. Saya memang bersedih tetapi tidak sampai ke tahap kecewa atau luluh.

    "Memandangkan sudah tiga kali isteri saya mengalami keguguran sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kalau ada rezeki, memang saya terima sepenuh hati tapi kalau memang belum rezeki, saya terimanya dengan hati yang terbuka," katanya yang telah berkahwin dengan Aida selama empat tahun.

    Ady dan isterinya Aida Yusof pada majlis persandingan mereka empat tahun yang lalu.

    Mengulas tentang keguguran yang dialami isterinya itu, Ady berkata, perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor kandungan yang tidak kuat.

    "Mujur juga ia gugur secara keseluruhan, di mana gumpalan daging yang baru berusia tiga bulan itu jatuh sepenuhnya.

    "Jika tidak, mungkin isteri saya akan lebih sakit lagi sebab terpaksa melalui pelbagai proses rawatan susulan. Ketika kejadian itu, saya memang kebetulan berada di rumah. Jadi, keadaan lebih terkawal dan dapat hantar isteri ke hospital secepat mungkin. Dia kini berehat di rumah," katanya.

    Ady dan isterinya menjalani kaedah persenyawaan luar rahim ataupun In vitro Fertilization (IVF) selepas mereka gagal mendapat anak sejak sekian lama.

    Balu M.Rajoli Terima Sumbangan RM5,000

    Posted: 07 Oct 2010 08:54 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga pelakonveteran, Allahyarham M.Rajoli yang meninggal dunia pada 17 September lalu.

    Timbalan Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Mohammed Mohd. Daud berkata,sumbangan yang diberikan itu adalah sebagai penghargaan Allahyarhamyang sudah terbabit dalam bidang seni untuk tempoh yang cukup lama.

    "Seperti yang semua sudah sedia maklum, jasa Allahyarham sepanjangpembabitannya dalam dunia lakonan cukup bermakna dan kehilangan beliaumemang amat dirasai oleh penggiat seni tanah air.

    "Saya menyifatkan beliau seorang individu yang sentiasa ceria dan mesraserta mudah didekati," ujarnya ketika menyampaikan sumbangan kepadabalu Allahyarham, Hashimah Mohd. Din, Khamis.

    Allahyarham M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. RajabMohamed meninggal dunia pada di Hospital Ampangsetelah tiga tahun menderita akibat menghidap kanser kelenjar otak.

    Menurut Mohammed, sumbangan yang disampaikan itu adalah melalui TabungKebajikan Penggiat Seni yang telah ditubuhkan tiga tahun lalu denganjumlah peruntukkan sebanyak RM 3 juta untuk tabung berkenaan.

    Katanya, tabung tersebut tidak hanya terhad kepada artis sahaja,tetapi mana-mana individu yang terbabit dalam semua cabang seni layakuntuk menerima sumbangan atau bantuan melalui tabung berkenaan.

    Sementara itu, balu Allahyarham, Hashimah ketika menerima sumbangantersebut meluahkan rasa syukur dan terharu kerana masih ada lagipihak yang tetap mengingati jasa suaminya itu.

    "Inilah sumbangan pertama yang diterima selepas Allahyarham meninggaldunia dan wang ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian danbelanja untuk mengadakan kenduri tahlil," katanya.

    George Benson Datang KL 29 Oktober

    Posted: 07 Oct 2010 08:53 PM PDT

    PETALING JAYA: Penyanyi veteran George Benson dijangka berkunjung ke ibu negara bagi mengadakan sebuah persembahan khas pada Majlis Makan Malam Amal anjuran Institut Tengku Ampuan Afzan (Intaz) di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, 29 Oktober ini.

    Penyanyi yang sinonim dengan petikan gitarnya itu dilaporkan bakal mengadakan persembahan selama tiga jam bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak istimewa dan kurang upaya kelolaan Intaz.

    Majlis makan malam tersebut dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah yang ke-80.

    Benson yang juga pemenang anugerah Grammy dijangka menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti This Masquerade, Breezing, Give Me The Night dan banyak lagi pada majlis itu nanti.

    Melanie Brown Bersenam Lewat Malam

    Posted: 07 Oct 2010 08:53 PM PDT

    Melanie Brown.

    BEKAS ahli kumpulan Spice Girl, Melanie Brown dikatakan keluar pada lewat malam semata-mata untuk bersenam di gimnasium.

    Bagaimanapun persoalannya sejauh mana kebaikan bersenam pada waktu malam?

    Menurut seorang pelatih kecergasan dari Kelab Sukan New York, Monica Vazquez, kadar denyutan jantung yang tinggi pada waktu malam akan menyebabkan seseorang itu mengalami keresahan.

    Sementara itu, Jay Cardiello yang juga jurulatih sukan berkata, secara saintifiknya, bersenam pada waktu pagi dapat meningkatkan metabolisme selama 24 jam.

    Brown barangkali tidak sempat bersenam pada waktu pagi. Ini kerana dia sibuk mempromosikan rancangan televisyen serta permainan Playstation.

    Ibu kepada dua anak berusia 3 dan 11 tahun itu turut melancarkan kelas senaman Get Fit with Mel B baru-baru ini.

    Charlize Theron Bercinta Dengan Pemilik Kebun Sayur?

    Posted: 07 Oct 2010 08:52 PM PDT

    Charlize Theron menyaksikan perlawanan antara Rafael Nadal dari Sepanyol dan Novak Djokovic dari Serbia dalam kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat di New York, bulan lalu.

    PELAKON jelita, Charlize Theron khabarnya bercinta dan sering bersama dengan model serta pelakon Eric Thal yang juga pemilik sebuah kebun di New York.

    Theron yang pernah memenangi anugerah Oscar membujang selepas berpisah dengan kekasih lama, Stuart Townsend pada Januari lalu.

    Menurut kawan Thal, kedua-dua selebriti itu mempunyai banyak persamaan.

    "Thal ialah seorang petani yang menanam sayur-sayuran sementara Charlize dibesarkan di ladang di Afrika Selatan.

    "Mereka berdua gemar keluar dari Hollywood dan pergi ke kebun di New York," katanya kepada media.

    80 Penyertaan Sempena Festival Filem Dokumentari Kedua

    Posted: 07 Oct 2010 08:51 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 penyertaan terpilih untuk menyertai Festival Filem Dokumentari Malaysia kedua yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Studio Digital Mix Stage, Finas Sabtu ini.

    Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim (gambar) berkata festival itu terbahagi kepada empat kategori iaitu Dokumentari Ilmiah dan Sejarah yang mencatatkan 30penyertaan, Dokumentari Kesenian dan Kebudayaan (17), Dokumentari Isu Semasa danKemasyarakatan (17), Dokumentari Alam Semula Jadi dan Pelancongan (16).

    Beliau berkata pemenang bagi empat kategori yang dipertandingkan ituakan menerima wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil penyertaan yang akandisampaikan pada malam penganugerahan tersebut.

    "Pemenang bagi keempat-empat kategori yang dicalonkan juga bakal merebutgelaran juara keseluruhan iaitu Dokumentari Terbaik Keseluruhan (Anugerah Cipta)yang akan disampaikan pada malam anugerah FFM ke-23 bermula dari 20 hingga 24 Oktoberini di SACC Mall Shah Alam, Selangor," katanya pada sidang media Festival FilemDokumentari Malaysia kali kedua di sini Khamis.

    "Seperti pada tahun lepas, Finas akan mencalonkan anugerah bagi kategoriPenyuntingan Terbaik Keseluruhan, Skor Muzik Terbaik Keseluruhan, SinematografiTerbaik Keseluruhan, Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik dan Jurukamera Terbaikdi mana masing-masing akan menerima wang tunai RM3,000 serta trofi dan sijilpenghargaan," katanya.

    Pada tahun lepas, sebanyak 60 penyertaan diterima dan dimenangi oleh BumiPribumi (Finas & Q-Plez Communication) bagi Filem Dokumentari Terbaik danpenyertaan pada kali ini meningkat sebanyak 20 penyertaan.

    Finas mengadakan penganugerahan tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutanFestival Filem Malaysia FFM Ke-23 itu.

    Jones Dedah Kecurangan Ashton Kutcher

    Posted: 07 Oct 2010 08:37 PM PDT

    PELAKON Hollywood, Ashton Kutcher sedang berhadapan dengan gosip kecurangannya.

    Biarpun sudah menafikan beberapa kali, namun khabar tersebut terus menjadi perbualan apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Britney Jones tampil membuat kenyataan.

    Jones berkata bahawa Kutcher telah memberitahu tentang kehidupan seks mereka kepada isteri pelakon tersebut iaitu aktres Demi Moore secara terperinci.

    "Kutcher juga sering menceritakan bahawa Moore tahu tentang kehidupannya bersama perempuan lain namun tidak menghiraukannya" ujarnya seperti dipetik Showbizspy.

    Biarpun begitu pengakuan Jones tidak langsung mempengaruhi rumah tangga pasangan tersebut.

    Sebaliknya pengakuan tersebut dianggap khabar angin semata-mata dan pasangan tersebut kini lebih mesra ketika berada di hadapan umum.

    Maher Zain pernah jauh dari Islam, lupa baca al-Fatihah

    Posted: 07 Oct 2010 08:36 PM PDT

    Nama Maher Zain sudah tidak asing lagi kepada peminat seni hiburan, apatah lagi album pertamanya, Thank You Allah, mendapat sambutan yang amat membanggakan.

    Penyanyi berasal dari Lubnan ini, berharap akan dapat berkongsi sesuatu bersama peminat-peminatnya menerusi album yang memuatkan 14 buah lagu itu.

    Berhasrat agar lagu-lagu bercorak ketuhanan semakin dekat di hati pendengar di seluruh dunia, penyanyi yang berusia 28 tahun ini tidak lokek berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan album tersebut.

    "Saya mahu sesuatu yang baru dan segar untuk pendengar. Saya mahu mereka terkesan apabila mendengar bait-bait lirik lagu yang saya nyanyikan.

    "Lagi pula, tiga tahun lalu, saya pernah leka dalam menunaikan tanggungjawab saya sebagai Muslim. Saya jauh dengan Allah dan pernah terlupa bagaimana untuk membaca surah al-Fatihah. Saya rasa seperti orang lain," katanya pada sidang media pelancaran albumnya di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Menurutnya lagi, kehidupannya di negara Barat banyak mengajarnya untuk lebih dekat dengan Allah.

    "Saya pernah tersilap memilih kawan dan mengakibatkan hidup saya tidak ada arah tuju. Bukan mudah untuk saya hidup di negara orang. Jika tak ada iman yang kukuh pasti boleh jauh tersesat," ceritanya yang mula berhijrah ke Sweeden bersama keluarganya seawal usia lapan tahun.

    Selain hadir untuk melancarkan album, Maher Zain juga akan mengadakan konsert mini Save The Soul bagi membantu mengutip dana untuk Raudhatus Sakinah sebuah institusi yang menjadi pelindung kepada mangsa sosial.

    Konsert mini tersebut akan di adakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini.

    Tiada usaha berbaik daripada Rita: Ruzie

    Posted: 07 Oct 2010 08:35 PM PDT



    Isu rumah tangga pelakon Rita Rudaini, 33, dan bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 23, menjadi semakin 'tegang' dan 'panas' setelah Rita tampil membuat pelbagai kenyataan bagi membela dirinya.

    Selain mendakwa dirinya masih tidak diterima keluarga Aidil, Rita juga mendakwa suaminya itu langsung tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan yang lalu.

    Malah, Rita turut mempertikaikan tanggungjawab Aidil sebagai suami kerana tidak mampu mempertahankan haknya sebagai isteri.

    Rita juga meluahkan rasa kecewa setelah anak kecil mereka, Airit Rayyan Rizqin, turut menjadi mangsa dalam pergolakan rumah tangga yang sering diuji itu.

    Bagaimanapun, Aidil sehingga ke hari ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, melainkan menerusi kakaknya, Ruzie Abd Radzak, 39, yang menjadi orang tengah.

    Namun, yang pasti pergolakan rumah tangga mereka berkait rapat dengan keluarga Aidil yang sejak awal lagi tidak merestui perkahwinan mereka sehingga pasangan ini terpaksa berkahwin di Songkhala, Thailand, dua tahun lalu.

    Bagi mendapat penjelasan daripada pihak Aidil, Sinar Harian menghubungi Ruzie untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai isu yang semakin hangat dan terus diperkatakan.



    Bagaimanapun dengan keadaan Aidil sekarang?

    Ruzie: Saya tak nak komen tentang Aidil. Tapi, apa yang saya tahu, dia sekarang berada di Kuala Lumpur dan menjalankan tugasnya seperti biasa.



    Apakah reaksi anda sekeluarga setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan Rita?

    Ruzie: Biarlah, dia mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekali pun, menyalak bukit ke apa ke saya tidak kisah kerana jika saya beritahu hal yang sebenarnya pun ia tidak akan mengubah apa-apa yang telah terjadi.



    Boleh jelaskan bagaimana hubungan sebenar keluarga anda dengan Rita?

    Ruzie: Saya memang tak nak komen tentang perkara ini. Sebab kalau saya cakap terlalu banyak nanti ada sahaja orang yang akan mempersoalkan kembali statement yang saya keluarkan. Jadi ada baiknya saya tutup mulut.



    Apakah keluarga anda sendiri memang tidak mahu berbaik dengan Rita dan sampai bila hubungan dingin ini akan berlarutan?

    Ruzie: Perkara ini sepatutnya ditanya kepada Rita. Sepanjang dua tahun dia berkahwin dengan Aidil apa usaha yang dia lakukan untuk berbaik dengan keluarga kami?

    Sudah dua tahun kami cuba usaha damai, kalau setakat nak cerita buruk, tak payahlah. Kalau tak cerita buruk tentang famili saya, timbul cerita buruk tentang suami dia (Aidil) pula.

    Semasa dia melahirkan anak, saya dan ayah ada datang menjenguk. Sekarang ini siapa yang tidak mahu berbaik?



    Apa komen anda, apabila Aidil dikatakan langsung tidak pulang ke rumahnya sejak lebih sebulan lalu?

    Ruzie: Soal Aidil tidak pulang ke rumah atau apa sahaja, ia adalah hal rumah tangganya dengan Rita tidak ada kena-mengena dengan kami sekeluarga.

    Tapi, apa yang saya tahu, Aidil itu sentiasa sibuk dan jadualnya sangat padat dengan pelbagai latihan dan aktiviti lain.



    Jadi benarlah Aidil tidak pulang ke rumah seperti apa yang didakwa Rita atau keluarga anda sendiri yang tidak benarkan Aidil pulang?

    Ruzie: Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini. Itu kena tanyakan sendiri dengan Aidil dan kami tidak ambil tahu sama ada Aidil pulang ke rumahnya atau tidak. Itu hanya Aidil sahaja yang tahu.



    Setelah apa yang berlaku, masih ada harapan untuk berbaik dengan Rita?

    Ruzie: Kalau sebagai famili, sudah pastinya saya berharap perkara yang baik. Kalau betul-betul nak berbaik, datanglah berbincang. Kalau setakat buat kenyataan dalam akhbar, itu bukan dapat selesaikan masalah, tetapi lagi mengeruhkan keadaan.

    Pemburu haram berdepan hukuman berat

    Posted: 07 Oct 2010 08:34 PM PDT

    GOPENG – Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang dibentangkan April lalu akan dikuatkuasakan mulai akhir tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas.

    Beliau berkata, penguatkua- saan undang-undang itu me- nyaksikan hukuman lebih tegas akan dikenakan ke atas pemburu hidupan liar yang dikategorikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

    Menurutnya, rang undang-undang yang dipinda daripada Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu juga menyediakan hukuman yang lebih berat terhadap pemburu haram yang masih terus aktif menjalankan aktiviti pemburuan.

    "Rang undang-undang sebelum ini sudah ada, tetapi didapati lemah dari segi penguatkuasaan, selain ada kelonggaran dalam aktanya.

    "Oleh itu, kita akan sediakan peraturan-peraturan tertentu supaya semua pemburu pemburu haram ini mendapat hukuman yang lebih setimpal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pengujian Asap Kenderaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di sini, semalam.

    Hadir sama, Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibrahim, Pengarah JAS Negeri, Abu Hassan Mohd Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

    Douglas berkata, di bawah undang-undang baru itu, sesiapa sahaja yang memburu atau ada menyimpan haiwan liar dilindungi boleh didenda sehingga RM100,000, berbanding denda RM5,000 sebelum ini.

    Buruh mengaku rogol adik

    Posted: 07 Oct 2010 08:33 PM PDT

    KOTA BHARU – Buruh binaan berusia 21 tahun dipenjara 18 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya di Pasir Puteh, 22 September lalu.

    Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap, Muhamad Rosli Rosdi berjalan mulai tarikh tangkapan 26 September lalu.

    Muhamad Rosli mengaku salah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, pada jam 10 malam, tarikh berkenaan.

    Buruh binaan yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak berusia setahun dan tiga tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

    Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

    Dalam penghakimannya, Rofiah berkata, Muhamad Rosli melakukan kesalahan keji terhadap adik kandungnya yang baru berusia 14 tahun dan merosakkan keharmonian keluarganya dan mangsa.

    "Sepatutnya abang yang patut melindungi adik di rumah yang menjadi tempat paling selamat bagi seorang adik, namun sebaliknya berlaku.

    "Walaupun tertuduh mengaku bersalah dan mendakwa insaf atas perbuatannya mahkamah perlu mengambil kira kepentingan masyarakat dalam kes ini.

    "Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan mulai tarikh tangkapan terhadap kamu," katanya.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman memohon mahkamah mengenakan hukuman berat bagi menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan peringatan kepada masyarakat.

    "Ini kerana kes sumbang mahram semakin meningkat, terutama di Kelantan. Walaupun tertuduh mengaku bersalah kepentingan masyarakat perlu diutamakan dalam kes jenayah ini.

    "Kesalahan ini keji dan dosa yang sukar dimaafkan mana-mana agama, sepatutnya sebagai abang yang sudah berkeluarga tertuduh menjadi teladan baik kepada adiknya," katanya.

    Dalam fakta kes, Muhamad Rosli memanggil adiknya masuk bilik pada hari kejadian lalu dia menanggalkan seluar dan tuala yang dipakainya.

    Tertuduh kemudian memegang mangsa dengan kuat dan merogolnya, mangsa yang kesakitan tidak melawan sebab takut.

    Berikutan kejadian itu, pada 26 September lalu, adik mangsa bertindak lari dari rumah dan ke Masjid Sri Aman Pasir Puteh kerana takut dirogol tertuduh seperti apa yang berlaku terhadap kakaknya itu.

    Adik mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum bapa mereka membuat laporan polis.

    Hasil pemeriksaan yang dijalankan di hospital mendapati terdapat beberapa koyakan lama pada kemaluan mangsa.

    Harga susu dijangka naik

    Posted: 07 Oct 2010 08:33 PM PDT


    harga produk susu di pasaran tempatan mungkin naik jika bahan mentah hasil tenusu di pasaran dunia meningkat. - Gambar hiasan


    SEREMBAN – Kerajaan menjangkakan harga jualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan harga susu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang di negara ini terpaksa menanggung kos belian import hasil tenusu yang tinggi.

    "Jika kita membeli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi.

    "Pun begitu, pengguna tidak perlu rasa bimbang kerana buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa dan belum lagi ada sebarang kenaikan," katanya selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di Seremban 2 di sini semalam.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS