Adsense

Khamis, 7 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar terbaru Akim AF dan Juliana Evans

Posted: 06 Oct 2010 09:31 PM PDT



google: akim af dan juliana evans, akim af dan juliana evans bercinta, akim af dan juliana evans berlakon bersama, gambar lakonan akim af dan juliana evans, gambar terkini akim af dan juliana evans, skandal akim af dan juliana evans, foto akim af dan juliana evans,

Raja Azura suami berpisah

Posted: 06 Oct 2010 06:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

"Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh," kata sumber itu.


Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.


Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

"Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya," katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

google: raja azura, raja azura berpisah, raja azura bercerai, raja azura dan suami, raja azura dan anak anak, raja azura rumahtangga bergolak, raja azura permohonan cerai, raja azura mahkamah, raja azura tuntutan cerai

Syarat Fasha buat Jejai

Posted: 06 Oct 2010 04:10 PM PDT


SEJAK membuat pengakuan berani matinya tiga bulan lalu mengenai hubungan cinta antara aktres jelita Fasha Sandha, 26 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, tanpa berselindung, pasangan itu kembali muncul di khalayak ramai.

Bertempat di Restoran Bora Ombak, Ampang, majlis Aidilfitri yang dianjurkan Fasha lebih bermakna apabila kekasih hatinya itu hadir memenuhi undangannya.

Tiada lagi yang perlu disembunyikan, pasangan yang dihimpit pelbagai kontroversi sejak keruntuhan rumah tangga Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai bersama Nora Danish itu tampak mesra berbual manja.

Kemesraan itu membuatkan wartawan media yang hadir terus menerpa Fasha sejurus tamatnya majlis itu untuk bertanyakan status terkini hubungan mereka selepas Jejai sekeras-kerasnya enggan ditemubual.

Diana, Zamarul menanti kelahiran

Posted: 06 Oct 2010 04:08 PM PDT


BERDEBAR, risau, cemas dan gembira mungkin itulah adunan rasa yang bermain di fikiran pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham sementelah selang beberapa minggu sahaja lagi mereka bakal menimang cahaya mata sulung.

Ketika ini, jelas Zamarul, usia kandungan isterinya telah pun mencecah 34 minggu dan dia sebagai suami turut merasai debaran yang sama seperti mana yang dirasai oleh Diana.

Momen-momen manis berperingkat turut merasai perubahan yang dialami oleh wanita hamil yang lain bagi Diana suatu keajaiban yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Apatah lagi inilah pengalaman pertama dia menjalani fasa kehamilan biarpun mengakui sehingga kini dia tidak mengalami sebarang alahan kecuali mengalami masalah jerawat di muka pada bulan pertama kehamilan.

Tidak seperti ibu hamil yang lain, Diana tidak betah dengan hanya duduk diam di rumah. Malah ketika ditemui pada majlis doa selamat bagi kelahiran bayinya itu Diana masih lagi bebas bergerak melayani tetamu yang hadir.

Keadaan ini sedikit sebanyak akui Zamarul menimbulkan kebimbangan di hati kecilnya.

Menjawab pertanyaan tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan, jelas mereka kemungkinan besar adalah bayi lelaki.

Melihat kepada keadaan Diana yang kurang gemar bersolek, lasak menjalani aktiviti di rumah serta gemar bermain permainan kereta lumba menguatkan lagi andaian bahawa kandungannya itu adalah bayi lelaki.

"Daripada ujian imbasan, doktor mengatakan anak kami lelaki namun, saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan kerana apa yang penting bayi sihat dan Diana selamat melahirkan nanti.

"Saya adalah orang yang paling gembira apatah lagi inilah bayi sulung saya bersama Diana.

"Banyak yang saya lihat perubahan dalam diri Diana terutama tentang sikapnya dan ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi kami," kata Zamarul.

Berehat seketika daripada aktiviti seni sejak tiga bulan lalu jelas Diana, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga apatah lagi, pertambahan berat badan daripada 46 kilogram (kg) kepada 61kg kini membuatkan dia cepat berasa penat.

Mengakui semakin berdebar menanti saat kelahiran, jelas Diana, dia banyak bertanya, berkongsi cerita dan pengalaman bersama rakan-rakannya, Nabila Huda dan Dynas tentang kehamilan serta kelahiran.

Ditebak pertanyaan tentang anak lelaki, seperti Zamarul dia juga tidak kisah tentang jantina.

"Ramai orang kata anak sulung sebaiknya biarlah lelaki kerana mereka umpama pewaris.

"Apatah lagi, daripada pengalaman adik-beradik dan kawan-kawan, ramai yang kata menjaga bayi lelaki tidak susah sebab mereka tidak banyak kerenah.

"Tambahan pula apabila besar nanti kita boleh bergantung harap kepada mereka untuk menjaga kita kelak," kata Diana.

Terbiasa dengan jadual kerja yang padat sehari-harian membuatkan Diana cukup lasak biarpun ketika ini dia sudah mencapai tempoh sarat.

Biarpun tugas mengemas rumah dan menguruskan anak-anak kini diambil alih oleh Zamarul, Diana masih lagi melakukan tugas utama iaitu memasak.

"Sepanjang hamil, Diana tidak banyak kerenah. Cuma kadang kala apabila saya mengemas dia pun sibuk mengemas sama.

"Apapun, Diana tetap memasak untuk kami sekeluarga sebab saya tak boleh jika tidak makan masakan dia," kata Zamarul yang bakal bercuti seminggu menemani Diana di saat kelahiran bayi mereka.

google: diana rafar dan zamarul, gambar terbaru terkini diana rafar dan zamarul, foto diana rafar dan zamarul, diana rafar mengandung, diana rafar pregnant, diana rafar hamil, diana rafar berbadan dua, diana rafar facebook, diana rafar blog, diana rafar twitter, diana rafar seksi, diana rafar hot,

Ella sertai Search, Wings

Posted: 06 Oct 2010 04:04 PM PDT


ELLA membuktikan bahawa dia merupakan penyanyi rock wanita tempatan yang berjaya mengekalkan popularitinya sejak terbabit dalam bidang nyanyian pada tahun 1984.

Selepas hampir 26 tahun nama anak kelahiran Klang, Selangor ini juga masih utuh dalam persada muzik rock tanah air sehingga menjadi tumpuan para peminatnya walau di mana-mana juga.

Malah, Ella yang mendapat gelaran Ratu Rock Malaysia juga menjadi buruan ramai penganjur pertunjukan pentas termasuklah daripada kalangan rakan seperjuangannya.

Penyanyi kumpulan rock Wings, Awie misalnya, menjemput Ella pada Konsert Red On Black (KROB) anjuran syarikatnya, Awie Entertainment Sdn. Bhd., yang akan diadakan 15 Oktober ini.

Menurut Awie, pada konsert yang akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang bersama Wings dan Search itu, dia menyifatkan Ella sebagai 'sekuntum bunga'.

"Walaupun Ella sudah lama bergelar penyanyi, tetapi saya anggap dia sebagai 'sekuntum bunga' yang masih segar dan menawan. Ella merupakan suatu kelainan dalam konsert ini.

"Sebelum ini Wings dan Search telah mengadakan Konsert Double Troble (DT) tetapi hanya dua kumpulan ini sahaja. Kami harap penampilan Ella ini akan menarik lebih ramai penonton.

"Sebab itu konsert Search dan Wings kali ini tidak dipanggil DT sebaliknya KROB featuring Ella," katanya sewaktu ditemui Hits pada sidang akhbar KROB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KROB anjuran bersama syarikat penganjur pertunjukan pentas, Red On Black Sdn. Bhd., itu kali pertama dianjurkan membabitkan tiga artis rock terbabit dengan tiket berharga RM57.

Jelas Awie, KROB berbeza dengan DT kerana ia menampilkan barisan artis undangan yang berlainan selain tarikan-tarikan lain yang mampu menarik perhatian para peminat rock tempatan.

"Saya anggap KROB sebagai suatu jenama baru selain DT. Pada masa sama DT masih ada dan akan diteruskan pada masa depan. Buat masa ini, kami mahu mencuba jenama KROB dulu.

"Banyak kelainan pada KROB, antaranya pada pembukaan konsert itu kami akan menjemput ahli-ahli kelab kereta Ferrari dan Lamborghini Malaysia hadir bagi memeriahkan lagi suasana.

"Malah, KROB boleh menampilkan sesiapa juga artis undangan selain persembahan utama daripada Search dan Wings. Banyak elemen kejutan dalam jenama konsert ini," ujarnya.

Sementara itu, Ella yang ditemui selepas sidang akhbar tersebut berasa teruja apabila diundang menjayakan KROB apatah lagi ia diadakan di negeri di Pantai Timur itu.

Biarpun tanpa dianggotai kumpulan pemuzik asalnya iaitu The Boys, tetapi penyanyi rock kecil molek ini yakin dengan kemampuan para pemuzik undangan yang akan mengiringinya kelak.

"Ella rasa teruja untuk menjayakan konsert ini kerana ia turut dijayakan oleh Search dan Wings yang juga tidak asing lagi di kalangan peminat rock di negara ini termasuklah di Pahang.

"Ella juga teruja kerana sudah lama tidak buat konsert di sana. Ella harap, bukan sahaja para peminat di Pahang sahaja tetapi dari Kelantan dan Terengganu juga akan datang," katanya.

Difahamkan, pada KROB tiga artis terbabit akan saling berduet menerusi lagu popular masing-masing di mana Ella contohnya akan berduet dengan Awie dalam lagu Permata Biru.

Pada konsert yang akan mengambil durasi sekitar dua jam 30 minit itu, Wings, Search dan Ella akan menyanyikan sekitar 30 buah lagu popular mereka secara keseluruhannya.

Pemain dram Search, Yazit Ahmad yang mewakili kumpulannya pula berharap KROB mampu mencetuskan fenomena baru selepas DT berjaya menarik ramai peminat rock menyaksikannya.

Kata anggota asal kumpulan berasal dari Johor Bahru ini, KROB mampu mengingatkan nostalgia para peminat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur pada tahun 1980-an dan 1990-an.

"Saya anggap KROB ini sebagai suatu penghargaan buat kami dan para peminat. Ia mengingatkan zaman artis-artis rock bergabung misalnya dalam Battle of the Bands dulu.

"Kami harap konsert ini akan jadi satu lagi sejarah dalam penganjuran konsert artis-artis rock seperti kami. Malah, saya yakin KROB mampu berjaya seperti konsert DT," jelasnya.

Konsert DT yang dimulakan pada 1 Mei lalu di Bukit Kiara, Kuala Lumpur berjaya menarik hampir 20,000 peminat selepas lebih 15 tahun Wings dan Search tidak bergabung di atas satu pentas.

Ekoran kejayaan konsert itu, beberapa siri konsert DT turut diadakan di Johor Bahru, Limbang, Sarawak dan Tawau, Sabah baru-baru ini turut mendapat sambutan hangat para penonton.

Mohd. Solih Toha yang merupakan Pengarah Urusan Red On Black Sdn. Bhd. selaku penganjur bersama KROB yakin konsert itu mampu menarik perhatian para peminat di Pantai Timur.

Ini kerana, katanya, Wings dan Search sudah lama tidak mengadakan konsert di sana selain faktor lokasinya yang mampu menarik para peminat termasuklah dari Selangor dan Kuala Lumpur.

"Para peminat dari Kuala Lumpur juga tiada masalah untuk datang kerana jaraknya ke Kuantan cuma dua jam perjalanan sahaja. Selain itu, tiket untuk konsert ini hanya RM57 sahaja.

"Ia agak murah, apatah lagi untuk menonton konsert ini. Tiket konsert DT yang hanya disertai Search dan Wings pun harganya RM70," kata usahawan muda ini penuh yakin.

(GAMBAR)Pra Perkahwinan Sheikh Muzaffar Dan Dr Halina

Posted: 06 Oct 2010 03:58 PM PDT




google: sheikh muszaphar dan dr halina, pre wedding sheikh muszaphar dan dr harlina, pra perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, gambar foto pre wedding sheikh muszaphar dan dr harlina, gambar terbaru sheikh muszaphar dan dr harlina, foto terkini sheikh muszaphar dan dr harlina, pernikahan sheikh muszaphar dan dr harlina, lokasi perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, tarikh perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, siara langsung perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, penaja perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, persiapan perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, sheikh muszaphar dan dr harlina video, sheikh muszaphar dan dr harlina biodata, sheikh muszaphar dan dr harlina facebook

Gambar perkahwinan jimmy shanley dan Nursuhaila di KLCC

Posted: 06 Oct 2010 03:52 PM PDT










google: jimmy shanley, jimmy shanley di KLCC, perkahwinan jimmy shanley dan nursuhaila, persandingan jimmy shanley dan nursuhaila di KLCC, gambar foto persandingan jimmy shanley dan nursuhaila, foto gambar perkahwinan jimmy shanley dan nursuhaila, majlis persandingan perkahwinan jimmy shanley dan nursuhaila di KLCC,

Scha al Yahya dalam Awan Dania 3

Posted: 06 Oct 2010 03:44 PM PDT

Lama sudah kita tak mendengar kisah hidup Scha ni, semenjak kisahnya dengan Awal di Bali beberapa bulan yang lalu, melainkanlah mereka yang rajin ke Facebook miliknya. Pelakon manis ini tak lama lagi akan sekali lagi menjadi pelakon dalam drama bersiri Awan Dania ke-3. Gandingan Marsha Londoh dan Dynas mejadikan Awan Dania lebih ceria. tapi penulis katakan, tak pernah lihat Awan Dania siri pertama sampai ke saat ni. Haha.





google: awan dania 3, siri awan dania 3 terbaru, awan dania 3 traier, video youtube awan dania 3, promosi awan dania 3, scha al yahya dan awan dania 3, scha al yahya dan pelakon awan dania 3, cerita awan dania 3, episod awan dania 3, siri awan dania 3

Siti Nurhaliza naik kereta Ferrari

Posted: 06 Oct 2010 03:38 PM PDT

Acara majlis SimplySiti baru-baru yang lepas, memang banyak kejutan, tidak dari penampilan Siti, Aksi Ezlynn dan yang terkini Siti menaiki kereta Ferrai model baru yang harganya mencecah RM1.2 Juta yang didatangkan khas oleh syarikat permotoran Naza. Mungkin hanya sebagai promosi untuk kereta berkenaan sahaja. Dengan warna kemerahan kepada Siti dan Ferrari menampakkan keserasian yang menarik. Tapi yang tak bestnya, bukan Datuk K pula yang pandu.






google: siti nurhaliza, siti nurhaliza dan ferrari, siti nurhaliza naik kereta ferrari, gambar siti nurhaliza dan ferrari, siti nurhaliza dan kereta, siti nurhaliza kereta baru

Siaran Langsung Perkahwinan Sheikh Muszaphar Ahad Ini

Posted: 06 Oct 2010 03:30 PM PDT


PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan secara langsung majlis persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,38, bersama pasangannya Dr. Harlina Mohd. Yunos,29, pada Ahad ini.

Siaran langsung itu akan dipancarkan dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 9 malam selama sejam yang meliputi daripada susunan atur cara majlis, ketibaan pengantin dan juga istiadat menepung tawar.

TV3 dalam satu kenyataannya berkata, selain acara persandingan, pada pukul 2 petang siaran tertunda majlis akad nikah kedua mempelai yang dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada sebelah paginya akan disiarkan menerusi slot Nona yang bersiaran pukul 2 petang

Dalam rancangan khas perkahwinan angkasawan itu, beberapa segmen istimewa akan disiarkan seperti kisah belakang tabir majlis gilang-gemilang itu dan kisah menarik pasangan mereka berdua.s

Bekas Pengacara TV3 Bercerai Talak Satu

Posted: 06 Oct 2010 03:29 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu.

Perceraian secara baik itu dilafazkan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya, Sulaiman bersetuju untulk melafazkan cerai.

Menurut Mohd Zaidi, persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu.

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman.

Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya.

Bagaimanapun, demi keselamatan anak itu, dia haruslah diiringi dengan pengawal keselamatan yang disediakan.

Perjanjian itu juga melibatkan persetujuan Nadia untuk mengugurkan tuntutan edah, nafkah tertunggak, mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman yang merupakan pengarah jualan VW Cars Sdn Bhd akan menarik semula permohonan nusyuz yang difailnya.

Nadia hadir bersendirian di mahkamah dan diwakili peguam syarie Wan Akram Zainal Abidin manakala Sulaiman hadir bersama ayahnya dan dikawal oleh enam pengawal peribadi.

Pada 28 Disember 2008, Nadia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah rendah syariah atas dakwaan tiada persefahaman, campur tangan pihak ketiga dan berlaku penganiayaan tubuh badan.

Bagaimanapun, Sulaiman menafikan dakwaan mengasari tubuh badan bekas isterinya menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya dan mendakwa dirinya kesal dengan tindakan Nadia yang meninggalkan keluarga selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

google: nadia shahrul anuar, nadia shahrul anuar facebook, nadia shahrul anuar twitter, nadia shahrul anuar blog, nadia shahrul anuar myspace, nadia shahrul anuar seksi, nadia shahrul anuar hot, nadia shahrul anuar bogel, nadia shahrul anuar wiki, nadia shahrul anuar biodata, nadia shahrul anuar biography, nadia shahrul anuar mhi tv3, nadia shahrul anuar bercerai, nadia shahrul anuar berpisah, nadia shahrul anuar dan bekas suami, nadia shahrul anuar skandal, nadia shahrul anuar sosial, gambar terbaru nadia shahrul anuar, foto terkini terbaru nadia shahrul anuar

Ahmad Idham Dapat Anak Lelaki

Posted: 06 Oct 2010 03:24 PM PDT


PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mendapat seorang lagi anak apabila isterinya yang mahu dikenali sebagai Amy, selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Gleanigles Intan pada pukul 11 pagi, Rabu.

Beritahu Ahmad Idham, anaknya yang lahir dengan berat 3.5 kilogram itu diberi nama Ahmad Khalif. Dia bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, isteri dan anak saya selamat. Isteri saya juga tidak ada sebarang masalah komplikasi ketika melahirkan Khalif.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi rezeki kepada kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.



Nama Ahmad Khalil diberi oleh isteri Ahmad Idham, Amy.
Tambah Ahmad Idham, dia tidak kisah jika dikurniakan anak lagi pada masa akan datang.

"Anak itu sebenarnya adalah amanah daripada Allah dan kita harus menerima seadanya. Jadi, saya tak pernah hadkan berapa jumlah anak yang perlu kami ada. Kalau ada rezeki lagi, ada la.

"Apa pun, saya tak panik seperti dulu, ketika kelahiran anak pertama saya," ujarnya yang gembira mendapat anak keempatnya itu.

google: ahmad idham, ahmad idham dapat anak lelaki, gambar bayi ahmad idham, foto baby ahmad idham, ahmad idham dan isteri, ahmad idham dan keluarga, ahmad idham dan anak, anak anak ahmad idham

Faizal Tahir Luka & Bengkak Kaki Akibat Kemalangan

Posted: 06 Oct 2010 03:21 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin.

Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok.

"Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian.

"Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board).

"Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu.

Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan.

Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya.

Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan.

google: faizal tahir, faizal tahir kemalangan, faizal tahir cedera parah,  faizal tahir luka, faizal tahir dimasukkan hospital, gambar faizal tahir kemalangan, foto kemalangan faizal tahir,

Dr. Rozmey "Balas Dendam" Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Posted: 06 Oct 2010 03:18 PM PDT


PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila seri9ng dikritik mengenai filem 2 Alam.

Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, biarlah pihak media berasa pedih apabila tidak memperoleh berita sensasi daripadanya.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.

"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukup sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela," katanya dalam SMS tersebut.

mStar Online petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan mengenai filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.

google: 2 alam, 2 alam poster,2 alam trailer, 2 alam soundtrack, pelakon 2 alam, pengarah 2 alam, penerbit 2 alam, 2 alam ost, tayangan 2 alam, sinopsis 2 alam, 2 alam dr rozmey, 2 alam download, 2 alam youtube, 2 alam 20 juta