Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Seribu Kali Cinta & Putera Katak

Posted: 23 Nov 2010 09:42 PM PST

Di mana ada cinta, di situlah derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Begitulah ungkapan cinta yang sering didengari ataupun dilafazkan. Menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 mempersembahkan dua kisah cinta yang romantis di slot Akasia "SERIBU KALI CINTA" dan slot Lagenda "PUTERA KATAK" menyaksikan perjalanan cinta Nizam dan Miasara yang penuh dugaan serta nasib Putera Amar dalam mencari cinta sejatinya.

SERIBU KALI CINTA telah bersiaran sebanyak 5 episod bermula 15 November 2010 lalu di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang. Drama cinta romantis yang menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.

Seribu Kali Cinta-logo

Nizam pada asalnya yang mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam agar pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat beliau. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.

Nizam tidak sanggup untuk meninggalkan Miasara. Dia yakin dengan naluri hatinya dan amat menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang terpaksa melayan karenah isteri yang akan melupakan siapa dirinya setiap pagi? Saban hari, Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan bahawa dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, bingung dan kekalutan.

Seribu Kali Cinta (28)

SERIBU KALI CINTA diterbitkan oleh Rozie Othman daripada SRS Production Sdn Bhd. Drama siri yang mempunyai 24 episod tersebut diarahkan oleh Haris Kadir turut membariskan barisan pelakon handalan tanahair seperti Norkhiriah, Cat Farish, Marsha Milan Londoh, Rozie Othman, Abu Bakar Omar, Aida Haleda, Shaharuddin Thambi, Idris Mat Diah, Sheila Mambo, Priya Ana dan ramai lagi.

Menyusuli "Ulek Mayang" slot Lagenda bakal menyiarkan "PUTERA KATAK' yang diadaptasi daripada cerita dongeng "The Frog Prince" mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang. Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

PUTERA KATAK diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

Terus menonton SERIBU KALI CINTA di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang dan jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah PUTERA KATAK di slot Lagenda mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang di TV3 dan siaran ulangan PUTERA KATAK jam 8.30malam di TV9.

Picture 55

Seribu Kali Cinta (24)

Picture 17

Picture 5

Picture 63

Picture 10

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu Emil Emilda
  • Drama Duyong Aridinata
  • Cerita Dongeng Asia di TV2
  • Penari Seribu Satu Malam Seksi Nampak Pusat
  • Drama Prince Hours Lakonan Kang Doo, Heo Yi Jae di 8TV
  • Opening Act Coda, Saida dan Sairah di Konsert Seribu Warna
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Monster House, Kermit's Swamp Years, Open Season
  • Charm School Realiti TV 8TV Untuk Lelaki Sejati
  • Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

    Posted: 23 Nov 2010 05:10 PM PST

    Semalam, jam 7.30 malam telah diadakan Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju. Dihadiri oleh sebilangan para pelakon utama, krew dan juga para media, pra tonton ini dimulakan dengan acara makan malam di Kunyah Cafe, Wangsa Walk.

    Filem arahan Mamat Khalid ini akan mulai menghantui pawagam mulai 9 Disember 2010. Sila baca sinopsis, tengok trailer yang mengancam dan lihat gambar still movie yang mengiurkan di SINI.

    Selamat maju jaya buat abang Mamat Khalid, Budiey.com ucapkan. Semoga filem ini mendapat kutipan yang memberangsangkan.

    Budiey.com rasa, filem yang menjadi kesinambungan dari filem Zombi Kampung Pisang ini cukup kelakar giler. Mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

    Kredit gambar diberikan kepada sahabat Budiey: Ieja M Salleh. Terima kasih Ieja.

    DSC_0602

    DSC_0603

    DSC_0604

    DSC_0605

    DSC_0610

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik
  • Sinopsis Malam Jumat Kliwon
  • Foto Readers ToGether Gather Sensasi Selebriti ke-2
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Pra-Tonton Gempak Universe
  • Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah
  • Gambar Bersama Pembaca di Pra Tonton Filem CONGKAK
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    Posted: 23 Nov 2010 09:22 PM PST

    IMG 3924 455x682 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    Kami yakin, gambar tunang Mizz Nina & Noh Hujan sebelum ini standard dicopy-paste oleh media-media hiburan. Tak percaya, sila google.

    Namun, kali ini kami paparkan hasil kerja kreatif jurugambar Joe Zakaria yang berpeluang mengambil gambar pertunangan Mizz Nina & Noh Hujan dalam keadaan spontan, 100% lain daripada yang ada di media hiburan.

    Kami difahamkan, Joe Zakaria sudah berkecimpung dalam bidang fotografi sejak tahun 2007, pernah diberi kepercayaan untuk cover majlis Sultanah Selangor, Merdeka Raksasa. Selain itu, beliau turut menjadi jurufoto rasmi untuk album pertama penyanyi Aizat satu ketika dahulu.

    Enjoice 5 keping gambar luar biasa Mizz Nina & Noh Hujan bertunang, halakan kursor anda ke Joe Zakaria dan ucapkan hi kepada beliau.

    Noh10 455x3031 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    IMG 3739 455x303 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    Noh8 455x303 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    Noh9 455x351 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    IMG 42151 455x682 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

    pixel Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    (Gossip) Pengarah Lagenda Budak Setan Lupa Bayar Tenaga Penyunting Drama?

    Posted: 23 Nov 2010 08:53 PM PST

    images2 (Gossip) Pengarah Lagenda Budak Setan Lupa Bayar Tenaga Penyunting Drama?Sedikit cerita tidak sedap di'dengar berkenaan filem Lagenda Budak Setan yang baru memenangi Breakthrough Local Feature Award, di Shout! Awards 2010.

    Tarantella Picture & Sharad Sharan, pihak yang bertanggungjawab membawa Lagenda Budak Setan ke layar perak dikatakan berhutang & tak bayar penyunting video drama bersiri Lagenda Budak Setan, kerana kesuntukan wang. Namun dalam pada masa yang sama, mereka tidak beragak-agak untuk membelanjakan wang tersebut untuk meraikan kemenangan dengan membuat majlis makan-makan.

    Menurut sumber, pihak produksi kerap berbelit-belit dalam isu pembayaran yang bukan sedikit tempoh masa'nya, lebih dari sebulan dua. Penyunting drama tidak berpuas hati, sepatut'nya pihak produksi lebih mengutamakan pembayaran wang perkhidmatan mereka, daripada berbelanja tidak tentu pasal.

    Ini bukan cerita kosong, sumber menghantar screenshot perbualan sebagai bukti untuk anda nilaikan. Adakah pihak produksi Lagenda Budak Setan sudah bersedia menjawab gossip ini?

    LBS tak bayar penyunting (Gossip) Pengarah Lagenda Budak Setan Lupa Bayar Tenaga Penyunting Drama?

    pixel (Gossip) Pengarah Lagenda Budak Setan Lupa Bayar Tenaga Penyunting Drama?
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Gambar Rabecca Nur Al Islam yang sungguh menyeksakan

    Posted: 23 Nov 2010 10:43 AM PST

    menjadi seorang artis yang terlalu seksi bukannya elok sangat,mengundang kata kata yang kurang manis...

    Sensasi pun tak faham apa yang ada dalam fikiran mereka untuk berpakaian seksi begini..nak tunjuk atau nak buktikan apa?nak tayang aset ke?hadoi...

    yang paling pelik,Rabecca menggunakan nama nya sebagai Rabecca Nur al-Islam seperti yang dinamakan oleh ayahandanya..

    Isu Rabecca menggunakan nama nya Al-Islam tetapi menunjukkan imej yang sungguh bertentangan membuatkan dirinya sering dilanda kontroversi..namun Rabecca tak kisah pun...
    hhmmmmm...










    Video Gadis yang histeria tak dapat menyanyi Lagu Whitney Houston

    Posted: 23 Nov 2010 08:59 AM PST



    terkejut sensasi tengok video nie..boleh plak jadi histeria bila tak dapat menyanyi dengan baik...haha

    Rumahtangga Jimmy Shanley berantakan,Jimmy pergi ke Mahkamah Syariah

    Posted: 23 Nov 2010 08:41 AM PST

    Pasangan ini sejak sebelum kahwin memang banyak gossip dan cerita yang timbul.Namun akhirnya mereka ke jinjang pelamin.

    Setelah berkahwin,perkahwinan yang baru dibina dikatakan bergelora sehingga dikatakan Isteri Jimmy melarikan diri dari rumah mereka.Namun Jimmy memang mengaku rumahtangganya dilanda badai namun taklah sampai Isterinya lari..

    Kemudian kita dikhabarkan yang isteri Jimmy telahpun mengandung...

    Belum pun surut terbaru,kedengaran gossip dari rakan media mengatakan yang Jimmy telah pergi ke mahkamah syariah baru baru ini bersama peguamnya...

    Ada yang mengatakan bahawa untuk mmfailkan cerai...namun tue semua hanya andaian sahaja..

    Mungkin Jimmy ke Mahkamah syariah untuk mendapatkan khismad nasihat dan kaunselling berkaitan rumahtangganya kini...

    Apa pun,Sensasi harap mereka menyelesaikan dengan baik,maklumlah,anak sulung dalam kandungan.Jangan terlalu ikutkan darah muda dan tak mahu mengalah...

    Justin Bieber Upah orang ajar cara untuk "Flirting" (mengorat)

    Posted: 23 Nov 2010 08:32 AM PST

    Terbaru, Justin Bieber mengupah pelatih peribadi untuk mengajarnya cara untuk menarik perhatian ,atau menggoda(flirting) dengan perempuan.

    Penasihat Justin Bieber, Ryan mengajar Justin bagaimana untuk mempamerkan dirinya dan kelakuannya supaya lebih disukai ramai,terutamanya wanita.Menurut sumber Ryan mengajar justin cara untuk berjalan,berkcakap,menggoda,bahkan cara utk memakai topi utk menarik sebanyak mungkin peminat perempuan.

    Walaupun Justin memerlukan bantuan dalam hal tersebut,gadis gadis terus menggilai Justin Bieber ,dan menjadi histeria dan sampai terjatuh dan mcm macam lagi hal berlaku ketika mereka melihat Justin Bieber di khalayak ramai.

    Namun menurut Justin Bieber,yang sebenarnya dia adalah seorang yang bodoh2 tak pandai nak mengorat perempuan,nerd,dan kekok dengan perempuan..


    "I'm not even that cool, like seriously,"Kata Justin ketika sesi autograf untuk buku barunya First Step 2 Forever

    "What (about me) is so cool (that the fans) freak out? These girls crying, it's like I can't believe that, I'm so honored that you're crying but, I don't know, it's crazy to me!"

    Suri Cruise, anak selebriti 4 tahun yang bersikap DIVA

    Posted: 23 Nov 2010 10:48 AM PST



    Suri Cruise memang dimanjakan oleh kedua ibu bapa selebriti iaitu Tom Cruise dengan Katie Holmes.

    Sebagai anak selebriti yang hidup dalam kemewahan bak sang puteri raja,kita pun menyangkakan Suri akan bersikap seperti anak diraja yang sentiasa mementingkan kesopanan ,"classy" dan lemah lembut...namun lain pula jadinya,,

    Suri dilaporkan media sebagai "out of control" sukar untuk dikawal apabila berada di set penggambaran dengan ibunya Katie Holmes dalam filem terbarunya Jack and Jill.

    Apa saja yang Suri inginkan,pasti dia akan dapat...Perkara ini telah meracuni akal si kecil yang tidak mampu membezakan perkara baik dan buruk dan dibiarkan tanpa kawalan oleh ibu bapa nya yang sensasi rasa amat kurang bijak buat mcm nie,,

    menurut "National enquirer", kanak kanak 4 tahun itu sering mengarah arah orang dengan suara yang keras,marah marah,dan tidak padan dengan umurnya yang baru 4 tahun,Jika tak dapat apa yang dihajatinya dia akan membaling baling barang bahkan menyepak dan memukul orang sekelilingnya....Ibu bapanya sendiri dan krew penggambaran tak mampu menolak kehendaknya,

    Pada mulanya semua org rasa Suri sangat kiut dan comel bila dia memberi isyarat diam dengan membuat bunyi "syhhh" kepada krew semasa camera rolled,namun setelah Suri merasa selesa dengan persekitarannya ,dia mula mengarah arah org dan mengajar org sekelilingnya,sambil marah marah dan membaling barang,,,

    Sensasi cukup pelik dengan Tom cruise dan Katie Holmes..kenapa nak spoil anak mcm nie...dia masih kecil lagi,tentulah akalnya belum matang dan tidak faham,patutnya ibu bapanya mendidik dan memberi batas dan panduan bagaimana nak bersopan,menjaga kelakuan dan sebagainya,tapi kini mak bapak semua di bawah telunjuk Suri yang berusia 4 tahun tue..ish ish,,

    Perkara-perkara yang anda TIDAK harus katakan pada Teman Wanita anda!

    Posted: 23 Nov 2010 07:24 AM PST

    1.Jangan tiba-tiba nak ckp I Love you,semasa tengah bergaduh...perempuan akan jadi lebih emosi dan rasa nak merajuk dengan lebih lagi....errr..betul kew?sensasi pun tak pasti la..haha

    2.Jangan asyik tak nak buat apa2 keputusan asyik asyik ckp "Its up to you!" ...Borink ok...tanya nak makan kat mana,up to you,nak tgk cita apa,up to you,nak lepak mana,up to you,..semua segala galanya up to you...nie dinamakan pemalas nak fikir....mcm tak kisah and tanak amik peduli,....sebenarnya sikap begini amat membosankan,.,,

    Sepatutnya lelaki mesti tunjukkan minat dalam apa2 yang ingin dilakukan bersama kekasih..jangan asyik ckp up to you saja...sama-sama fikirkan,berikan idea dan pendapat..janganla bg idea tangkap muat saja...

    perempuan amat menghargai pendapat kekasihnya dalam memilih sesuatu..

    3.Bila bergaduh ke atau perempuan dalam keadaan tension,jangan tetiba nak suruh pompuan tue "Relax,you nie menggelabah sgt"..atau ckp "relaks la,hal kecik je"...seboleh bolehnyer dengar dulu perempuan tue meluahkan atau cerita papa..and ckp im owes here for you syg...or kalau bergaduh cuba ckp " Im sorry,we'll try to fix this problem i promise.."kan manis gitu...kekeke

    4.Bila dengan teman wanita asyik nak diam je...tanak cakap.takde benda nak stori,atau time bergaduh buat pekak dan bisu..memang tension dibuatnyer....huhuhu...

    5. Jangan komplen penampilan wanita tue straight forward,atau kutuk atau tegur tanpa berlapik,wanita akan berasa moody,nak merajuk atau terasa hati...cuba tegur dengan cara yang berlapik,kalau x suka rambut dia ckp la,"syg nanti try buat fashion rambut nie,sesuai dengan u.."..jangan cakap, "apsal rambut you nie buruk/kusut/kusam/byk split end.?",,hehe...atau kalau tak suka pompuan tue nyer bau x wangi...gi la kedai ckp "sayang ,i suka bau nie,nanti u pakai ye"..tak payah la terus cakap "apsal bau you nie masam sgt"..haha...confirm dat gerl rasa down and xhepi....yang ganas sikit,confirm kene lempang la korang..

    6.Jangan cakap,ala takda masalah,atau hal kecik je...contohnyer bila pompuan tue risau dengan pelajaran korang sebab korang asyik main game HON atau RO,so pompuan tue risau la ,then korang ckp,ala taula i ...padahal korang memang x stadi pun..
    atau korang kuat merokok,pompuan tue nasihat ckp merokok tue bahaya la..si lelaki plak ckp ala i boleh berenti la nanti...

    Padahal dah sah sah rokok tue menyebabkan org ketagih,nak berenti rokok bukannya mudah..jangan la asyik ckp,semua under control..cuba la tunjuk perubahan sikit..



    7.Jangan nak memuji muji perempuan lain,atau terpesona dengan kecantikan perempuan lain..memang tak berhati perut lah laki yang buat mcm nie dengan teman wanita..korang memang lelaki yang tak peka dan sensitif dengan perasaan perempuan...Jangan buat kekasih anda terasa mcm tak disukai,tak menarik etc2.

    8.Jangan nak komplen kata perempuan tue emosional time die tengah meluahkan atau cuba membincangkan sesuatu..kadang kadang cuba dengar dan fahami apa maunya kekasih hati tue..apa yang kurang,apa yang tak puas hati....lelaki patutnya mempunyai keinginan untuk membahagiakan kekasih bukan untuk meng"ignore je..mcm nie pompuan pun boleh lari...
    Bila dia tengah emosional cuba la dengar dan cuba pujuk..jangan nak terus suruh dia berhenti emo...memang perempuan akan rasa give up ngan korang,sebab bad communication...

    Slalu org membincangkan pasal isu komunikasi menyebabkan kurang sefahaman,,sebab nie la..sebab laki malas nak dengar luahan hati si perempuan...

    9.Jangan nak compare atau kutuk teman wanita korang,pastu ckp mcm tue "perangai awak dengan mak awak sama jer.." huh..memang memanaskan telinga sungguh...atau compare dengan girlfren org lain ckp "kenapa girlfren si A lembut je,awak nie mcm kasar je" (contoh)
    memang sux la laki yang compare mcm tu.tengok perangai korang dulu la sebelum nak compare ur gf ngan org lain kan...

    10.Jangan kutuk pompuan tue buncit...korang memang mencarik nahas....

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Gambar Rebecca Nur Islam Yang Boleh Bikin ‘Berdarah Hidung’

    Posted: 23 Nov 2010 06:38 PM PST

    GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

    Oh! Otak kami dah beku sampai tak tahu nak tulis apa. Jadi korang layankan je lah gambar-gambar Rebecca Nur Islam yang boleh bikin berdarah hidung kat bawah ni. Itupun kalau nak tengok la. Takut nanti betul-betul berdarah hidung macam mamat sorang ni. Tak pasal-pasal dapat tisu free.

    GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

    GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

    GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

    GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

    Sebenarnya kami malas nak komen apa-apa dengan pakaian yang dikenakan oleh artis kita terutama yang sudah sampai ke tahap menjolok mata tu sebab komen macam mana pun dan nasihat bagai nak rak sekali pun, last-last keluar kat paper "itu hak saya, suka hati sayalah nak pakai apa". Sigh!

    PSSTT: Hilang tension kami lepas tengok reaksi terkejut yang kelakar giler ni

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS