Adsense

Selasa, 23 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Helah pusat urut

Posted: 22 Nov 2010 12:00 PM PST

je 04.1 Helah pusat urut

ANTARA gadis seksi dan genit dari China, Vietnam dan Indonesia ditahan dalam operasi di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Tiada papan tanda perniagaan diletakkan dan hanya pelanggan tetap yang bukan beragama Islam sahaja dibenarkan memasuki premis ini.

Itulah taktik yang digunakan sebuah pusat urut tidak berlesen di Jalan Kuchai Maju menerusi Jalan Kuchai Lama di sini bagi mengelak kegiatan haram mereka daripada dikesan.

Namun, helah pusat urut itu akhirnya terbongkar apabila ada orang awam tampil membuat aduan kepada polis yang kemudian menyerbu premis itu kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Badrul Hisham Bakri berkata, pusat urut haram itu yang menyediakan khidmat urutan batin dikesan sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, premis terbabit menyediakan gadis-gadis seksi dari China, Vietnam dan Indonesia sebagai tukang urut kepada pelanggan yang dihadkan hanya kepada lelaki tempatan bukan Islam.

"Premis ini memang tidak mempunyai papan tanda perniagaan kerana urus niaga dilakukan secara lisan iaitu pekerja premis akan menemui pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan.

"Pelanggan kemudian akan menyebarkan perkhidmatan itu kepada rakan-rakan mereka. Hanya mereka yang biasa datang sahaja dibenarkan memasuki pusat urut itu kerana pintu masuknya dikawal secara elektronik," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.

Menurut Badrul Hisham, dalam serbuan tersebut, pihaknya menahan lima wanita warga China, dua Vietnam dan seorang Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut di situ.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 39 tahun memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi menyalahgunakan dokumen perjalanan itu untuk bekerja sebagai tukang urut.

Semasa serbuan, katanya, terdapat tujuh pelanggan lelaki sedang mendapatkan khidmat urutan batin termasuk seorang yang ditemui sedang diurut dalam keadaan bogel.

///utusanmalaysia///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.