Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Video “Saya Suka Malaysia” Cecah 1 Juta Dalam 3 Minggu!

Posted: 21 Sep 2011 11:21 PM PDT

Ingat lagi tak sebelum ini kami pernah menulis mengenai Video : Apa Yang Anda Suka Mengenai Malaysia? Pertandingan video "Saya Suka Malaysia" anjuran Petronas dengan kerjasama Zenith Media telah disertai lebih 300 penyertaan dari seluruh Malaysia.

Selebriti-selebriti seperti Cheryl Samad, Indi Nadarajah, dan K K Wong turut turun padang dan menemubual rakyat Malaysia mengenai perasaan dan apa yang mereka suka mengenai Malaysia.

Ketika menghadiri sidang media pengumuman pemenang video "Saya Suka Malaysia" di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) baru-baru ini,  Senior General Manager Of Group Corporation Affairs Division, Encik Mohammad Medan Abdullah berkata,

"Pertandingan ini dianjurkan untuk meraikan semangat Merdeka dan berkongsi bersama rakyat Malaysia. Petronas percaya dengan inovasi berterusan dan ini terbukti dengan pertandingan "Saya Suka Malaysia" apabila Facebook rasmi Petronas telah mencecah 1 juta pageviews dan telah menyentuh hati lebih 7.5 juta rakyat Malaysia melalui media sosial."

Turut terlibat dalam video "Saya Suka Malaysia" adalah pencipta lagu "Saya Anak Malaysia", dR Sam yang lagunya telah digunakan untuk program ini.

Pemenang-pemenang pertandingan video "Saya Suka Malaysia" masing-masih telah dihadiahkan dengan wang tunai berjumlah RM5,000 setiap seorang dan Petronas turut menyumbangkan dana  kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih untuk menyemarakkan lagi sambutan merdeka pada tahun ini.

Untuk melihat video menyentuh hati yang telah dihantar oleh peserta-peserta dari seluruh Malaysia, sila lawat Facebook "Saya Suka Malaysia" dan tekan pada tab "Saya Suka Malaysia sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Kekasih Nasihat Elakkan Berzina” – Arrora Salwa.

Posted: 21 Sep 2011 11:06 PM PDT

Desas-desus daripada sebuah portal hiburan mengenai pelantun lagu Ahmad, Arrora Salwa yang dikatakan bercinta dengan seorang ahli kumpulan Max 24:7, Alloi rupanya adalah benar. Ini disahkan sendiri oleh Arrora Salwa apabila ditanyakan kesahihan spekulasi tersebut oleh editor OHBULAN!, lewat malam tadi.

"Ya, memang saya sedang bercinta dengan Alloi, atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari. Sebenarnya, hubungan kami masih baru lagi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Nak cerita pasal kahwin, rasanya belum ke arah itu lagi. Tapi, saya harapkan hubungan kami berdua direstui oleh semua pihak," ujar Arrora Salwa yang tampak ceria.

Arrora turut berkongsi ciri-ciri yang terdapat pada Alloi sehingga membuatkannya jatuh hati terhadap jejaka tersebut.

"Ciri-ciri matang yang terdapat pada sifat Alloi membuatkan saya jatuh hati kepadanya. Kami sering bersependapat dalam pelbagai hal dan sering bertukar-tukar fikiran. Banyak topik yang kami bincangkan, antaranya isu serius seperti penzinaan yang sering berlaku di kalangan anak muda masa kini. Antara kata-katanya yang masih saya ingat ialah, "Mesti elakkan berzina, kalau tak nanti rumahtangga tidak akan bahagia."

"Lagipun kami berdua pernah mengalami proses perceraian. Ia memang satu pengalaman yang menyakitkan," ujar Arrora Salwa lagi.

Pada masa yang sama, Arrora menafikan dakwaan bahawa percintaan membuatkan mereka berdua lalai dalam kerjaya nyanyian.

"Tidak, tidak sama sekali. Kami berdua profesional dalam urusan kerja. Malah, kami hanya sempat berjumpa 5 kali sahaja sejak mula bercinta. Itupun, kalau secara kebetulan kami berdua jumpa di acara media atau nyanyian.

"Mengenai kareer, video klip rasmi lagu Ahmad akan dilancarkan dalam masa terdekat. Single terbaru pula masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman," tambah Arrora mengakhiri temubual bersama editor OHBULAN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sidang Media Konsert Kemuncak Raya Suria Fm 2011 & Rumah Terbuka

Posted: 21 Sep 2011 10:33 PM PDT

SEKITAR SIDANG MEDIA KONSERT KEMUNCAK RAYA SURIA FM 2011 DAN RUMAH TERBUKA

Sekali lagi Suria FM dengan bangganya bakal menganjurkan konsert tahunan Suria FM yang akan berlangsung pada 1 Oktober 2011, Sabtu bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya. Bertemakan raya, Konsert Kemuncak Raya 2011 ini dianjurkan bagi menghargai pendengar-pendengar yang setia dan sentiasa menyokong Suria FM.

Suria FM amat berbesar hati untuk mengumumkan MYEG – Penyedia Perkhidmatan Kerajaan Elektronik selaku penaja utama untuk 'Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG'. Selain itu, Perbadanan Putrajaya juga sudi berkerjasama untuk kali yang kedua bersama dengan Suria FM dan tidak dilupakan pada penaja bersama, Knock4Six.

SURIA FM

'Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG' tahun ini menampilkan artis-artis popular seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dato' M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Yazer, Adira dan juga Awi Rafael. Sesi promosi jelajah mini konsert ini juga telah berlangsung dengan jayanya di Kuantan Parade dan Komtar Walk Pacific Pulau Pinang pada 16 dan 17 September yang lalu manakala sesi promosi akan datang pula berlangsung di Batu Pahat Mall, Johor dan Dataran Hadhari Lumut pada 24 dan 25 September 2011.

Pada 'Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG' yang akan berlangsung 1 Oktober ini, acara akan dimulakan oleh DJ Rezz dan DJ Naim dengan acara 'DJ SPINNING'. Ia disusuli pula dengan persembahan artis baru Ashwan, Kumpulan Hotsound Stereo dan 10 buah band-band Indie antaranya Dazmelon, Stubborn, Tonawarna, Classmate dan ramai lagi. Acara ini akan dihoskan oleh penyampai segmen Rock Guru BOB Ringgo dan Naim dari jam 4.30 petang hingga 7 malam. Konsert utama pula akan berlangsung pada jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain daripada Konsert ini, SuriaFM juga baru-baru ini telah melancarkan 'Kuiz Kereta dan Duit Raya SuriaFM'. Kuiz ini dilancarkan sebagai salah satu tanda penghargaan kami kepada semua pendengar. Kuiz yang bermula pada 29 Ogos 2011 yang lalu merakan pendengar bertuah yang bakal memenangi sebuah 'kereta raya' Proton Inspira dan duit raya. Pendengar hanya perlu meneka di manakah 'Kerinting Three' melarikan Proton Inspira tersebut melalui segmen Breakfast@Suria. Klu akan diberikan dari semasa ke semasa melalui penyampai Suria FM secara 'on-air', Laman Web Suria FM, Facebook Suria FM dan Twitter Suria FM. Setelah mendapat semua klu, pendengar hanya perlu SMS Suria FM dan penyampai akan menghubungi pendengar bertuah tersebut untuk mendapatkan jawapan lokasi tersebut.

Setiap pendengar yang memberikan jawapan lokasi dengan tepat akan berpeluang memenangi satu 'kunci' untuk ke acara finale pada 29 September 2011, jam 3 petang di Tropicana City Mall untuk mengetahui siapakah yang bakal pulang dengan Proton Inspira.

Selain itu, semalam telah berlangsung Rumah Terbuka Suria FM yang berlangsung di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay dimana ia dihadiri oleh para artis, pendengar bertuah, warga kerja Suria FM dan juga klien yang terlibat. Bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang, Rumah Terbuka Suria FM disambut dengan penuh meriah dan riang gembira. Antara barisan artis yang telah memeriahkan rumah terbuka ini ialah Shila Amzah, Iqa Mentor, Arora Salwa, Hattan, Kumpulan Hujan, Kumpulan Max 24:7 dan ramai lagi.

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Mimi & One Nation Emcees di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Peraduan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 – Sensasi Selebriti
  • Gambar Anuar Zain di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Konsert Kemuncak Suria FM 2010
  • Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder
  • Gambar Mimi One Nation Emcees Makin Kurus
  • Mini Kemuncak Suria FM Penang & Perak Meriah
  • Selebriti di Rumah Terbuka Suria FM & Red FM 2010
  • 1 Juta Money Drop Astro

    Posted: 21 Sep 2011 09:54 PM PDT

    RM1,000 000 Money Drop uji pengetahuan am dan kemahiran para peserta

    Peluang anda dan pasangan untuk bergelar jutawan!

    Sejajar perkembangan industri penyiaran tempatan dan antarabangsa, Astro tidak mahu ketinggalan untuk bersaing secara sihat dalam menawarkan program-program terbaik untuk ditayangkan kepada para penonton. Sejajar dengan itu, Astro akan membawakan sebuah racangan permainan terbaru berjudul RM1,000,000 Money Drop yang bakal memulakan sesi ujibakat di Malaysia tidak lama lagi.

    RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan yang mengkehendaki satu pasangan peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang difikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya dibeberapa buah petak. Jika jawapan mereka betul pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika salah pelaburan tersebut akan hilang.

    Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, "Astro sentiasa peka dengan permintaan para pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia yang sentiasa dahagakan program terbaik untuk dipertontonkan kepada mereka. Setelah sekian lama disajikan dengan pelbagai rancangan berbentuk hiburan, kami menambah lagi pilihan rancangan dengan sebuah program yang mencabar pengetahuan awam para peserta disamping berkongsi ilmu dengan penonton di rumah.

    Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang bukan sahaja menguji minda para peserta, tetapi dapat mendidik mereka dan para penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan. Kami turut menjangkakan program ini bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan dan bakal menyaksikan penyertaan yang menggalakkan.

    Pihak produksi akan berkunjung ke tiga buah lokasi seperti berikut:

    NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
    1. Pulau Pinang Hotel Pearl View, Butterworth 24 & 25 September 2011
    2. Johor Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru 1 & 2 Oktober 2011

    3. Selangor Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 8 & 9 Oktober 2011
    ** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

    Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Hadirkan diri di lokasi ujibakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpewatakan ceria.

    RM1,000,000 Money Drop ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada bulan Disember ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mad Money Trailer, Synopsis & Movie Poster
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Movie Day Out Filem WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS
  • AXN Beyond HD, National Geographic Wild & Saluran Baru Astro
  • About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee
  • Jennifer Lopez Filmed New Album – Do It Well
  • AirAsia Virgin Racing Preparing For Service
  • Finalis Akademi Quran Season 4
  • Menang RM1 juta Dalam Jangan Lupa Lirik Musim Kedua
  • Tune Group Media Night 2010
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Demi Anjing, Sebuah Keluarga Renjis Air Kencing Sekeliling Rumah

    Posted: 21 Sep 2011 09:00 PM PDT


    Kerana putus asa mencari anjing mereka yang hilang, sebuah keluarga menyebarkan atu merenjiskan air kencing mereka disekitar kawasan rumah mereka untuk membantu si anjing pulang ke rumah.

    Simon, seekor anjing Labrador hilang dari rumahnya di Bristol pada hari Sabtu dan semua usaha yang dilakukan keluarga Baltesz untuk menemukannya tak berhasil.

    Dan usaha tanpa hasil itu membuat keluarga itu memutuskan untuk pergi ke pakarnya haiwan dan meminta nasihat.

    Seperti yang diberitakan Femalefirst.co.uk, si pakar haiwan itu memberikan nasihat agar mereka mengisi botol-botol dengan air kencing mereka sehingga si anjing boleh menghidu bau tersebut.

    Dan kerana nasihat itu semua keluarga yang terdiri dari 4 orang itu melakukan hal yang disarankan oleh si pakar dan menyebarkan air kencing mereka di sekitar rumah untuk membuat Simon kembali.

    "Dia tak pernah belajar bagaimana melalui sebuah pintu tanpa mengenai/ menjatuhkan semuanya atau semua orang dan meluncur di sekitar lantai dapur seolah-olah kalau lantai itu adalah ais.

    Kami bahkan merindukan rengekannya dan nyalakkan awal di pintu dari lantai bawah" ujar keluarga itu kepada ThisisBristol.co.uk.
    Sehingga berita ini ditulis tidak di ketahui anjing sudah pulang atau belum.

    sumber : ThisisBristol.co.uk

    Remaja lelaki 13 tahun tembak kekasih sejenisnya kerana cemburu

    Posted: 21 Sep 2011 08:40 PM PDT


    MANILA: Gara-gara cemburu dalam hubungan cinta sejenis, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak temannya - berusia 16 tahun - dalam sebuah kompleks beli-belah semalam, sebelum menembak kepalanya sendiri.

    Kejadian itu menyebabkan kedua-dua remaja lelaki terbabit tidak sedarkan diri kerana otak masing-masing tidak lagi berfungsi.


    Ketua Polis Mexico, Wilson Santos, berkata berdasarkan nota ditinggalkan remaja 13 tahun itu, pihak berkuasa yakin ia bermotifkan cemburu.


    "Polis melihat kes ini berpunca daripada cinta tiga segi dan cemburu," katanya.


    Santos berkata, tembakan dilepaskan menggunakan pistol yang dipercayai diseludup masuk ke kompleks berkenan yang terletak tidak jauh di utara Manila.


    Insiden itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap amalan pemilikan senjata api di Filipina.



    Kata Santos, nota berkenaan agak panjang tetapi isinya menjurus kepada cemburu.


    "Penyerang marah kerana pasangannya menjalin hubungan dengan orang ketiga dan menegaskan tiada sesiapa boleh merampas kekasihnya itu," katanya.


    Sementara itu, jurucakap hospital berkata, disebabkan keadaan remaja terbabit tidak dapat diselamatkan, doktor mula mengambil organ kedua-dua mereka untuk didermakan kepada sesiapa yang memerlukan.


    Kejadian semalam turut membimbangkan Presiden Filipina, Benigno Aquino.


    Ia adalah kejadian serangan kedua membabitkan pistol di kompleks beli-belah dalam tempoh enam hari. - AFP

    Wanita ini merasa diaibkan kerana rambut Afronya

    Posted: 21 Sep 2011 07:25 PM PDT


    ATLANTA: Seorang wanita mengalirkan air mata sejurus selepas dia dibenarkan melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang hanya kerana rambut keriting melampaunya.

    Pendandan rambut, Isis Brantley, dilaporkan berjalan menuruni eskelator di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta, Georgia, apabila dia ditahan pegawai keselamatan di situ.


    Sebelum itu, Isis dibenarkan ke dewan menunggu apabila melepasi alat pengimbas keselamatan.


    Kata Isis, dia terkejut apabila terdengar seseorang menjerit ke arahnya dan menyuruhnya berhenti.


    "Dua anggota keselamatan mengarahkan saya berhenti untuk memeriksa rambut kerana disyaki menyembunyikan bahan letupan," katanya.


    Berasal dari Dallas, Texas, Isis berkata, dia terpaksa menurut kehendak anggota keselamatan itu dan membiarkan mereka memeriksa rambutnya dengan teliti.



    Katanya, dia menangis kerana malu diperlakukan begitu.


    "Sepatutnya mereka boleh membawa saya ke tempat tertutup sebelum menjalankan pemeriksaan lanjut," katanya.


    Menurut Isis, dia rasa terhina diperlakukan begitu.


    Selepas disahkan selamat, Isis dilepaskan semula, tetapi dia membuat aduan rasmi kepada penyelia keselamatan di lapangan terbang itu.


    Pegawai di situ kemudian meminta maaf atas perbuatan kakitangannya.


    Sering mengunjungi pelbagai bandar raya di seluruh Amerika Syarikat untuk bertemu pelanggannya, Isis berkata, rambut keriting itu adalah semula jadi dan disimpannya sejak 20 tahun lalu.


    Katanya, selama ini rambut lebatnya itu tidak pernah menimbulkan kecurigaan atau dianggap mengancam keselamatan sehinggalah dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson semalam.


    "Insiden itu menyebabkan saya ketakutan kerana ada kemungkinan saya dimalukan sekali lagi," katanya.


    Sementara itu, pegawai keselamatan berkata, walaupun peralatan keselamatan dipasang di lapangan terbang mampu memastikan ketenteraman awam terjaga, kadang-kadang langkah tambahan diperlukan.


    "Pemeriksaan lanjut mungkin diperlukan ke atas pakaian, topi atau rambut yang mungkin digunakan untuk menyembunyikan objek larangan," katanya.


    Jurucakap itu berkata, kakitangan keselamatan menawarkan Isis ke bilik pemeriksaan tetapi dia menolaknya. - DM

    sumber : myMetro

    Doktor jumpa 270 cacing kerawit seberat 1.5 kg dalam perut kanak-kanak berusia 5 tahun

    Posted: 21 Sep 2011 06:35 PM PDT


    SUMATERA: Pakar bedah di daerah Mana di Bengkulu menemui 270 cacing kerawit yang seberat 1.5 kilogram dalam perut seorang kanak-kanak berusia lima tahun ketika membedahnya.

    "Kami diberitahu mengenai penemuan cacing kerawit itu selepas doktor dan pasukan perubatan di Hospital Daerah Mana membedah perut anak saya," kata Sudirman, bapa pesakit berkenaan, Haikal.


    Menurutnya, Haikal mengalami sakit perut menyebabkan dia membawa kanak-kanak itu ke hospital Isnin lalu.


    Doktor mendapati ada objek aneh dalam perut Haikal dan mengambil keputusan membedahnya.


    Sudirman berkata, meskipun bertani, dia dan isterinya tetap memastikan kebersihan makanan dan minuman anak mereka. - AP

    sumber : myMetro

    Ayah Kandung Ajak Anak Sendiri Berhubungan Seks Melalui Facebook

    Posted: 21 Sep 2011 05:49 PM PDT


    Seorang ayah cabul di Pennsylvania, AS, ditangkap kerana mengajak anak kandungnya sendiri berhubungan seks melalui pesan di Facebook.

    Tersangka bernama John Forehand (39) menyebut dirinya "Bad Daddy" saat berkorespondens dengan anaknya yang masih berusia 13 tahun. Polis mengatakan, Forehand secara terbuka merayu dan mengajak anaknya berhubungan seks.

    Lancester Online melaporkan, Forehand kepada anaknya mengatakan, dia mempunyai impian tidak pantas terhadap anaknya dan menulis, "Saya akan memperlakukan anak gadis kecil saya dengan sangat baik."

    Fox News melaporkan, Forehand mengajak anaknya bertemu dan menjelaskan secara terperinci tentang posisi berhubungan seks. Ia mengatakan, "Tidak banyak ayah dan panaknya berani, jadi mereka akan beruntung memiliki pengalaman menyenangkan ini."

    Jaksa Agung Pennsylvania Tom Corbett mengatakan, gadis itu melaporkan pesan ayahnya kepada sang ibu yang kemudian meneruskannya kepada polis. Polis menangkap Forehand setelah mengatur scenario seolah-olah anaknya bersedia menemuinya. Ia ditangkap di tempat yang telah disepakati untuk bertemu anaknya pada 7 Oktober. Polisi menyita sebuah kamera, tripod, dan kotak berisi kondom dari kereta Forehand.


    "Evolusi" Yang Paling Ditakuti Para Wanita [Foto]

    Posted: 21 Sep 2011 11:00 AM PDT





    sumber : idbite.com

    sumber asli : Dailypicdump

    OMG..Michael Lallana Masukkan Air Mani Ke Minuman Teman Sekerjanya Dan Didenda $27,000

    Posted: 21 Sep 2011 10:30 AM PDT


    Michael Lallana yang dihukum melakukan ejakulasi kedalam botol air minum teman kerjanya akhirnya diperintahkan untuk membayar kepada teman kerjanya seorang perempuan sebanyak $ 27,000.

    Hakim memerintahkan Michael Lallana untuk membayar kepada si wanita atas kehilangan upah, terapi dan juga biaya perubatan. Lelaki tersebut dihukum awal tahun atas 2 buah pertuduhan.

    Pihak pendakwa mengatakan Michael Lallana menyimpan air maninya dua kali tahun lalu dalam botol air rakan sekerja di Northwestern Mutual Mortgage Co. di Newport Beach.

    Seperti yang diberitakan dari Huffingtonpost, si wanita itu minum dari botol itu 2 kali, membuang yang pertama setelah mendeteksi adanya rasa yang aneh. Dan yang kedua kalinya, dirinya mengirimkah botol berisi mani itu ke laboratorium untuk diuji.

    Michael Lallana ditahan pada Julai 2010 setelah hasil DNA miliknya sesuai dengan botol minuman itu

    Dikoyak-koyak Anjing, Lintah Selamatkan Wanita Ini

    Posted: 21 Sep 2011 09:30 AM PDT


    INILAH.COM, Stockholm – Seorang wanita mendapat luka serius di bahagian muka akibat koyakan gigitan anjingnya sendiri. Doktor di Sweden menggunakan ratusan lintah guna menyelamatkannya.

    Seorang wanita buru-buru dilarikan ke hospital kerana anjingnya sendiri secara tak terduga menyerang dan mengoyak sebahagian besar mukanya mulai dari bibir atas hingga mata seperti dilaporkan UPI.

    Setelah doktor berupaya keras 'memasang' kembali bahagian yang terlepas itu, ratusan lintah dipasang guna membantu mengembalikan sirkulasi darah wajah wanita itu.

    "Hal terpenting adalah mengalirkan darah kembali ke bahagian tubuhnya itu dan kami berhasil melakukannya dalam operasi yang berlangsung selama satu jam itu," ujar pakar Stina Klasson.

    Sebanyak 358 lintah berhasil membantu proses ini melalui penghisapan darah dan pemberian cairan penjarangan darah. Dokteor mengklaim operasi ini merupakan suatu keberhasilan meski prosedur pembaikpulihan harus dilakukan.

    Lelaki 55 tahun ini didakwa kerana gosok kemaluannya dipunggung seorang wanita ketika berbaris

    Posted: 21 Sep 2011 08:45 AM PDT


    Gara-gara mengesat/menggosok alat kelaminnya di punggung atau bontot seorang wanitaketika berbaris, seorang lelali di Indiana didakwa di mahkamah.

    Andre Ladale Deloney, 55 tahun, secara sengaja menggosokkan daerah genitalnya ke bahagian bontot seorang wanita yang lagi berbaris didepannya di kedai Dollar Tree dikota Griffith.

    "Jika kamu menyentuhku lagi aku bakal memukul kepalamu dengan payungku," ujar si wanita, seperti yang dijelaskan polis.

    Awalnya si cewek mengira Andre tak sengaja melakukannya, tapi ketika dirinya bergerak kedepan lagi, Andre masih juga melakukannya.

    Kerana ketahuan atas kelakuannya oleh orang ramaiAndre pun segera keluar dari toko dan dikejar oleh beberapa pelanggan.

    Seperti yang diberitakan metro.co.uk, Andre menyatakan dia tak sengaja mengenai wanita itu, tapi kemudian Andre mengira kalau wanita itu 'menyukai itu dan mulai mendekatiku, jadi aku secara sengaja melakukannya untuk kedua kalinya".

    Adapun Ande hanya mengatakan : "aku minta maaf".

    sumber : metro.co.uk,

    16 Tahun Wanita Ini Tinggal di Dalam Keranjang

    Posted: 21 Sep 2011 07:40 AM PDT


    SHANXI - Seorang wanita dari Changzhi bahagian utara provinsi Shanxi, China, selama 16 tahun hidup di dalam sebuah keranjang.

    Mo Hongping tinggal di sebuah keranjang berukuran panjang 1,2 meter dan lebar 0,5 meter sejak usianya 11 tahun.

    Menurut ibunya Wang Xiuhua, ketika Mo berusia 20 hari dia mengalami demam yang sangat parah.

    Namun, mereka tidak boleh pergi ke hospital, kerana saat itu sedang musim dingin dan jalan di daerahnya tertutup salji. Ketika mereka akhirnya boleh ke hospital Mo didiagnosa mengalami meningitis.

    Meski Mo akhirnya selamat, sejak saat itu dia selalu mengalami kejang-kejang dan mengalami masalah pertumbuhan tubuh.

    Seperti dilansir Orange, Rabu (21/9/2011), pada saat musim panas tiba, Wang meletakkan Mo ke dalam sebuah keranjang dan dia sangat terkejut ketika melihat puterinya nampak bahagia.

    "Sejak saat itu kami mengetahui bahawa keranjang tersebut dapat membantunya mengurangi rasa sakit di tubuhnya. Hingga akhirnya dia kini tinggal di dalam keranjang tersebut yang kini sudah dilengkapi dengan roda," jelas Wang.(rhs)

    sumber : international.okezone.com

    Datuk Meninggal Tahun 1949-an Masih Ditagih Cukai

    Posted: 21 Sep 2011 06:25 AM PDT


    PARIS - Seorang wanita dari Perancis merasa terkejut ketika mendapatkan surat tagihan tunggakan cukai atas nama datuknya, kerana datuk sudah meninggal 60 tahun lalu.

    Surat tunggakan itu ditujukan kepada Pierre Barotte, yang sudah meninggal pada tahun 1949. Barotte diharuskan membayar cukai beserta tunggakannya sebesar 13 euro .

    "Kami sudah menyelesaikan semuanya dengan baik pada saat itu dan tidak ada tagihan dari pejabat cukai," ujar Martine Courtois seperti dilpor Telegraph, Rabu (21/9/2011).

    Petugas cukai mengatakan bahawa sangat wajar dan hal itu selalu terjadi ketika hutang cukai belum dibayarkan.

    "Ketika cukai tersebut tidak dibayarkan, maka mesin akan terus melakukan penagihan," ujar salah seorang petugas cukai yang tidak mau menyebutkan namanya.

    Courtois tidak langsung membayarkan tunggakan cukai datuknya, dia malah mengirimkan surat balasan kepada pejabat cukai yang berisi, "Datuk saya meninggal tahun 1949, silakan lakukan apa yang perlu dilakukan."(rhs)

    sumber : international.okezone.com

    Drama TV Tayangkan Adegan Bogel "PM Australia"

    Posted: 21 Sep 2011 05:45 AM PDT


    CANBERRA - Australia digegarkan dengan tayangan drama komedi televisyen yang menampilkan artis yang berperanan sebagai Perdana Menteri (PM) Julia Gillard.
    Dalam sebuah adegan, nampak adegan PM Gillard bersama pasangan dalam keadaan telanjang namun tertutup bendera Australia.

    Episode ketiga dari drama satir "At Home With Julia" yang ditayangkan oleh stesen televisyen Australian Broadcasting Corp (ABC), mengundang kritikan dari para pegawai dan media.

    Mereka menganggap acara itu telah menghina bendera Australia dan institusi PM. Drama yang terdiri dari empat siri ini, dianggap tidak lucu dan menunjukan pelecehan seksual terhadap PM perempuan pertama di Negeri Kangaroo tersebut.

    Tetapi PM Gillard sendiri menolak untuk terlibat dalam kontroversi bendera ini.

    "Saya tidak akan menonton episode ini dan tidak berniat untuk mengomennya Saya punya masalah yang lebih besar untuk diselesaikan," ungkap PM Gillard seperti dikutip Nine Network, Rabu (21/9/2011).

    Gillard sendiri awalnya sempat antusias mengenai drama televisyen ini. Bahkan dia memberi produser drama acara tersebut, untuk mengambil gambar di kediaman rasminya di Canberra.

    "Semua yang mengenal saya tentunya mengetahui, kalau saya memiliki selera humor yang bagus. Jadi tentunya akan penuh gelak tawa saat menyaksikan acara itu," jelas Gillard sebelum drama ini dimulai.

    Tak pelak, kecaman pun datang dari Parti Buruh yang dipimpinnya dan pihak oposisi. Mereka mengecam adegan bendera yang kontroversi itu. Melihat adegan telanjang dari artis yang berperanan sebagai Gillard dan pasangan hidupnya yang berbalut bendera Australia, tentunya membuat geram banyak pihak.

    Orang kepercayaan Gillard, Bill Shorten menilai, memang ada beberapa episode yang lucu, tetapi dirinya beranggapan berbeza saat bendera nasional dilibatkan.

    "Saat ada menggunakan perdana menteri dan bendera nasional sebagai bahan lawak, secara peribadi hal tersebut bukanlah sesuatu hal yang lucu," tutur Shorten.

    Sementara pejabat oposisi John Forrest mendesak agar ABC menarik episode tersebut.

    Sedangkan ABC sendiri membela diri atas episode ini, yang mereka nilai bukan bentuk penghinaan. "Bila beberapa membungkus tubuh mereka dengan bendera dalam beberapa kesempatan, kami menilai hal tersebut tidak menjadi masalah dilakukan kepada perdana menteri (Gillard) sebagai bentuk rasa cinta," pernyataan ABC.

    Gillard memang mendapatkan perhatian dalam dunia politik Australia. Dia menjadi PM perempuan pertama Australia, dan belum menikah. Gillard menjadi satu-satunya PM yang tinggal di kediaman resmi perdana menteri dengan pasangan hidupnya Tim Mathieson.
    (faj)

    sumber : international.okezone.com

    Origami Mini yang Seukuran Hujung Jari

    Posted: 21 Sep 2011 04:00 AM PDT

    Miniatur Origami ini hasil karya seorang artist Anja Markiewicz, dengan menggunakan tusuk gigi dan kertas yang tidak lebih besar dari satu inci. Bahkan kecilnya, origami yang membutuhkan waktu berhari-hari dalam pembuatannya ini dapat muat pada hujung jari sesorang.

    Anja Markiewicz, seorang artis berusia 24 tahun menghabiskan waktu berhari-hari untuk membuat miniatur origami, atau seni melipat kertas dari negeri Sakura, Jepang.


    Untuk mempertahankan tingkat kosentrasinya, Anja beristirahat setiap dua jam dan berhasil membuat sekitar 500 buah karya origami yang dijualnya dengan harga 10 euro pada website-nya.






    Sumber : dailymail

    Unik!! Bunga Ini Boleh Menanam Benihnya Sendiri

    Posted: 21 Sep 2011 03:00 AM PDT

    Sebuah tanaman kecil yang membungkuk untuk mengubur benihnya sendiri baru-baru ini ditemukan di bagian timur laut desa Bahia, Brasil, salah satu daerah dengan keanekaragaman biologis di dunia.

    Si mungil berbunga pink dan putih itu tumbuh di halaman belakang seorang kolektor tanaman lokal dan botani amatur, Alex Popovkin, telah menarik perhatian seorang tukang yang bekerja untuk Popovkin, José Carlos Santos Mendes. Setelah tanaman itu ditempatkan di ambang jendela, Santos meengambil gambarnya dan meng-uploadnya secara online.

    Beberapa ahli taksonomi kemudian membantu untuk mengidentifikasi keluarga dan jenis tanaman itu. Seorang ahli botani Brasil menyarankan bahawa tanaman itu boleh jadi merupakan spesies baru. Para ilmuwan dari Rutgers University, State University di Feira de Santana, Bahia, dan Western Carolina University kemudian berkolaborasi untuk mengkonfirmasi jika tanaman itu memang spesies baru.


    "Sangat mudah untuk berfikir bahwa kita telah menemukan dan menjelaskan sebahagian besar spesies tanaman di dunia, tetapi penemuan ini menunjukkan bahawa ada begitu [banyak] yang tinggal di luar sana tanpa nama dan pengakuan," Lena Struwe, seorang pakar tanaman keluarga Loganiaceae di Rutgers University, mengatakan dalam sebuah pernyataan. Struwe bekerja sama dengan Santos dan Popovkin untuk mengidentifikasi jenis tanaman itu, Spigelia.

    Para peneliti menemukan hanya beberapa tanaman kecil di ladang Popovkin selama tahun pertama. Tanaman-tanaman mati di musim kemarau yang kemudian muncul kembali di tempat yang sama pada awal musim hujan. Hal ini diketahui dari propagasi sifat unik tanaman, karakteristik yang dikenal sebagai geocarpy.

    Ketika tanaman membentuk buah, tanaman perlahan-lahan membungkok. Cabangnya yang berbuah melengkung, menempatkan topi-topi benihnya dengan hati-hati ke atas permukaan tanah dan kadang-kadang mengubur mereka dalam lumut. Geocarpy, yang juga dipraktekkan oleh tanaman kacang tanah, menjamin bahawa benih akan tumbuh menjadi tanaman baru di dekat pohon induk selama musim berikutnya.

    Kerana ketangkasan tanaman itu, kolaborator memutuskan untuk menamai spesies baru itu sebagai Spigelia genuflexa.

    Pasangan suami isteri ini buat sweater daripada bulu anjing-anjingnya yang dah mati

    Posted: 21 Sep 2011 02:35 AM PDT


    Pasangan dari Newcastle, Inggris menghidupkan kenangan dengan anjing-anjing peliharaan mereka yang sudah mati dengan membuat sweater dari bulu-bulu anjing mereka.

    Baju-baju itu dibuat dari bulu-bulu anjing mereka yang lebat dan dikumpulkan untuk dipintal oleh Mallisa Mcguire dan dijadikan benang .

    Beth Willis (71), si pemilik anjing kemudian merajutnya dan menjadikannya sweater.

    Tahun 1990, Beth pertama kalinya membuat baju hangat dari bulu anjing milik Kara yang mati 12 tahun lalu. Kemudian ia membuat baju lain lagi dari bulu anjing peliharaannya yang lain, Penny.

    Meski sudah lebih dari 12 tahun, namun sweater buatan Beth masih awet dan boleh terus dipakai.

    Selain itu menurut Brian Willis (79 tahun) sweater-sweater itu cukup hangat dan tahan air.

    sumber : bbc.co.uk

    Lawak...bau kentut babi disangka bau paip gas bocor

    Posted: 21 Sep 2011 01:45 AM PDT


    Babi yang kembung membuat kekuatiran mengenai gas di Australia selatan, ketika seorang petani keliru mengira bau kentut haiwan itu sebagai kebocoran paip gas, kata beberapa pegawai.
    Sebanyak dua trak dan 14 petugas pemadam dikerahkan ke satu peternakan di Axedale di negara bagian Victoria tengah, setelah memperolehi laporan mengenai kebocoran gas, kata Dinas Pemadam Kebakaran Negara Bahagian itu.
    "Ketika kami tiba di sana, sewaktu kami memandu di jalan raya, ada babi betina yang sangat besar ini, babi betina dengan berat sekitar 120 kilogram, dan sangat jelas dari mana gas itu berasal," kata kapten pemadam Peter Harkins.
    "Kami bukan hanya dapat menciumnya, tapi kami juga mendengarnya dan itu sungguh lucu," katanya.
    Harkins mengatakan, pemilik babi tersebut agak malu untuk mengatakan apa-apa, dan memerlukan sedikit waktu untuk menenangkan diri.
    "Sangat jelas apa penyebabnya. Saya kira kami menanganinya dengan cukup profesional dan agak merasa geli ketika kami pulang ke pejabat," katanya kepada stesen radio ABC.

    Pelik..Wanita ini suruh orang ramai pegang payudaranya

    Posted: 21 Sep 2011 12:46 AM PDT




    Pelik apa tujuannya ..mungkin untuk sesuap nasi...
    manusia semakin pelik....

    Kesian nenek 70 tahun terkunci dalam toilet selama 12 jam

    Posted: 20 Sep 2011 11:45 PM PDT


    Yorkshire - Kejadian unik terjadi di Yorkshire Utara ketika seorang nenek berusia 70 tahun, Gwyneth Coles terkunci dalam sebuah tandas selama 12 jam.

    Nenek malang tersebut terkunci setelah penjaga toilet tersebut menguncinya ketika malam dan hendak pulang ke rumah. Sang penjaga sempat menanyai apakah ada orang di dalam tandas tersebut namun dari dalam jawapan sang nenek untuk menunggu sebentar tidak terdengar oleh sang penjaga.

    Menurut situs Ananova, si nenek malang tersebut akhirnya lepas setelah sang penjaga membuka kembali tandas tersebut pada pagi esoknya.

    sumber : dailymail

    Gempak..Juara Baca Al-Quran, 4 Anak Dapat Hadiah Senjata Automatik dan Granat

    Posted: 20 Sep 2011 10:50 PM PDT

    Sebuah stesen radio di Somalia milik gerakan Islam militan, al-Shaabab, memberikan hadiah senjata api automatik kepada anak-anak sebagai pemenang pertandingan baca Al-Quran.


    Seperti dikutip dari BBC, empat anak mendapatkan hadiah pertama wang sebanyak US 700 dollar dan senjata automatik. Hadiah untuk juara kedua juga senjata. Sementara dua granat diperuntukkan bagi juara ketiga dan keempat. Para pemenang juga mendapatkan buku-buku keagamaan.

    Stesen radio Andulus dijalankan oleh kelompok al-Shaabab yang terkait dengan al-Qaida. Al-Shabaab mengatakan, anak-anak harus menggunakan satu tangan untuk pendidikan dan satu lagi untuk memegang senjata guna membela Islam.

    Kelompok ini berjuang menghadapi pemerintahan lemah Somalia yang didukung oleh PBB. Kelompok al-Shabaab baru-baru ini menjadi lemah kerana gangguan kekurangan bekalan di daerah yang mereka kuasai.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS