Adsense

Rabu, 21 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sidang Media Konsert Kemuncak Raya Suria Fm 2011 & Rumah Terbuka

Posted: 21 Sep 2011 10:33 PM PDT

SEKITAR SIDANG MEDIA KONSERT KEMUNCAK RAYA SURIA FM 2011 DAN RUMAH TERBUKA

Sekali lagi Suria FM dengan bangganya bakal menganjurkan konsert tahunan Suria FM yang akan berlangsung pada 1 Oktober 2011, Sabtu bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya. Bertemakan raya, Konsert Kemuncak Raya 2011 ini dianjurkan bagi menghargai pendengar-pendengar yang setia dan sentiasa menyokong Suria FM.

Suria FM amat berbesar hati untuk mengumumkan MYEG – Penyedia Perkhidmatan Kerajaan Elektronik selaku penaja utama untuk 'Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG'. Selain itu, Perbadanan Putrajaya juga sudi berkerjasama untuk kali yang kedua bersama dengan Suria FM dan tidak dilupakan pada penaja bersama, Knock4Six.

SURIA FM

'Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG' tahun ini menampilkan artis-artis popular seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dato' M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Yazer, Adira dan juga Awi Rafael. Sesi promosi jelajah mini konsert ini juga telah berlangsung dengan jayanya di Kuantan Parade dan Komtar Walk Pacific Pulau Pinang pada 16 dan 17 September yang lalu manakala sesi promosi akan datang pula berlangsung di Batu Pahat Mall, Johor dan Dataran Hadhari Lumut pada 24 dan 25 September 2011.

Pada 'Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG' yang akan berlangsung 1 Oktober ini, acara akan dimulakan oleh DJ Rezz dan DJ Naim dengan acara 'DJ SPINNING'. Ia disusuli pula dengan persembahan artis baru Ashwan, Kumpulan Hotsound Stereo dan 10 buah band-band Indie antaranya Dazmelon, Stubborn, Tonawarna, Classmate dan ramai lagi. Acara ini akan dihoskan oleh penyampai segmen Rock Guru BOB Ringgo dan Naim dari jam 4.30 petang hingga 7 malam. Konsert utama pula akan berlangsung pada jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain daripada Konsert ini, SuriaFM juga baru-baru ini telah melancarkan 'Kuiz Kereta dan Duit Raya SuriaFM'. Kuiz ini dilancarkan sebagai salah satu tanda penghargaan kami kepada semua pendengar. Kuiz yang bermula pada 29 Ogos 2011 yang lalu merakan pendengar bertuah yang bakal memenangi sebuah 'kereta raya' Proton Inspira dan duit raya. Pendengar hanya perlu meneka di manakah 'Kerinting Three' melarikan Proton Inspira tersebut melalui segmen Breakfast@Suria. Klu akan diberikan dari semasa ke semasa melalui penyampai Suria FM secara 'on-air', Laman Web Suria FM, Facebook Suria FM dan Twitter Suria FM. Setelah mendapat semua klu, pendengar hanya perlu SMS Suria FM dan penyampai akan menghubungi pendengar bertuah tersebut untuk mendapatkan jawapan lokasi tersebut.

Setiap pendengar yang memberikan jawapan lokasi dengan tepat akan berpeluang memenangi satu 'kunci' untuk ke acara finale pada 29 September 2011, jam 3 petang di Tropicana City Mall untuk mengetahui siapakah yang bakal pulang dengan Proton Inspira.

Selain itu, semalam telah berlangsung Rumah Terbuka Suria FM yang berlangsung di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay dimana ia dihadiri oleh para artis, pendengar bertuah, warga kerja Suria FM dan juga klien yang terlibat. Bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang, Rumah Terbuka Suria FM disambut dengan penuh meriah dan riang gembira. Antara barisan artis yang telah memeriahkan rumah terbuka ini ialah Shila Amzah, Iqa Mentor, Arora Salwa, Hattan, Kumpulan Hujan, Kumpulan Max 24:7 dan ramai lagi.

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Mimi & One Nation Emcees di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Peraduan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 – Sensasi Selebriti
  • Gambar Anuar Zain di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Konsert Kemuncak Suria FM 2010
  • Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder
  • Gambar Mimi One Nation Emcees Makin Kurus
  • Mini Kemuncak Suria FM Penang & Perak Meriah
  • Selebriti di Rumah Terbuka Suria FM & Red FM 2010
  • 1 Juta Money Drop Astro

    Posted: 21 Sep 2011 09:54 PM PDT

    RM1,000 000 Money Drop uji pengetahuan am dan kemahiran para peserta

    Peluang anda dan pasangan untuk bergelar jutawan!

    Sejajar perkembangan industri penyiaran tempatan dan antarabangsa, Astro tidak mahu ketinggalan untuk bersaing secara sihat dalam menawarkan program-program terbaik untuk ditayangkan kepada para penonton. Sejajar dengan itu, Astro akan membawakan sebuah racangan permainan terbaru berjudul RM1,000,000 Money Drop yang bakal memulakan sesi ujibakat di Malaysia tidak lama lagi.

    RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan yang mengkehendaki satu pasangan peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang difikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya dibeberapa buah petak. Jika jawapan mereka betul pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika salah pelaburan tersebut akan hilang.

    Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, "Astro sentiasa peka dengan permintaan para pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia yang sentiasa dahagakan program terbaik untuk dipertontonkan kepada mereka. Setelah sekian lama disajikan dengan pelbagai rancangan berbentuk hiburan, kami menambah lagi pilihan rancangan dengan sebuah program yang mencabar pengetahuan awam para peserta disamping berkongsi ilmu dengan penonton di rumah.

    Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang bukan sahaja menguji minda para peserta, tetapi dapat mendidik mereka dan para penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan. Kami turut menjangkakan program ini bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan dan bakal menyaksikan penyertaan yang menggalakkan.

    Pihak produksi akan berkunjung ke tiga buah lokasi seperti berikut:

    NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
    1. Pulau Pinang Hotel Pearl View, Butterworth 24 & 25 September 2011
    2. Johor Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru 1 & 2 Oktober 2011

    3. Selangor Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 8 & 9 Oktober 2011
    ** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

    Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Hadirkan diri di lokasi ujibakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpewatakan ceria.

    RM1,000,000 Money Drop ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada bulan Disember ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mad Money Trailer, Synopsis & Movie Poster
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Movie Day Out Filem WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS
  • AXN Beyond HD, National Geographic Wild & Saluran Baru Astro
  • About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee
  • Jennifer Lopez Filmed New Album – Do It Well
  • AirAsia Virgin Racing Preparing For Service
  • Finalis Akademi Quran Season 4
  • Menang RM1 juta Dalam Jangan Lupa Lirik Musim Kedua
  • Tune Group Media Night 2010