Nuffnang

Penerbit Ibnu Al-Manhar

sumber :-

Penerbit Ibnu Al-Manhar


60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam? (BUKU BARU)

Posted: 27 Jun 2010 09:24 PM PDT







MAKLUMAT BUKU

TAJUK: 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam ?

PENULIS: Ahmad Henry

PENERBIT: Pustaka Ibnu Al Manhar

PENGEDAR UTAMA: GB Gerak Budaya Enterprise Sdn Bhd dan Crecent News

ISBN: 978-967-5915-00-0

HALAMAN: 160

HARGA: RM 16.50 (SM) RM 19.00 (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS:

"Umat Islam di Palestin menegakkan Islam dengan susah payah. Mereka terpaksa menggunakan Briged Al-Qassam, Atfal Al-Hijarah (kanak-kanak yang bertempur dengan tentera Yahudi) dan roket-roket usang yang apabila dilancarkan entah mendarat atau tidak, entah meletup atau tidak. Sebab apa? Sebab di sana ada Yahudi.

Di Malaysia tidak ada Yahudi. Tidak ada orang kafir yang menentang Islam secara terang-terangan. Tapi apakah perundangan Islam terlaksana? Bukalah mata hati anda sebelum menjawanya "ya..terlaksana sangat-sangat!". Sekadar mengislamkan bangunan dan institusi dalam kempen pilihan raya tidak menjamin manusianya turut menjadi Islamik. Manusia hanya benar-benar menjadi Islamik apabila suasana Islamik itu ada di sekitarnya. Ia dimulakan dengan penegasan. Tegaskan kepada orang banyak bahawa inilah peraturan Islam. Kemudian laksanakanlah peraturan itu. Jangan dialmarikan saja.

Meskipun segelintir Melayu radikal (sejahtera ke atas mereka) mendakwa Perlembagaan Malaysia merupakan tinggalan penjajah, sekurang-kurangnya ada sedikit ruang dalam piagam tersebut yang mengistimewakan kedudukan agama Islam di Malaysia. Namun, peluang yang ada itupun tidak dimanfaatkan oleh segelintir golongan yang berperut besar. Di sebalik itu, ada dalang besar yang bertanggungjawab menjauhkan umat Islam di Malaysia daripada kehidupan Islamik. Siapakah dalang tersebut? Buku kecil ini akan membincangkan siapakah dalang yang dimaksudkan."

KANDUNGAN


KATA PENGANTAR OLEH USTAZ NASRUDDIN HASSAN
(Ketua Pemuda Pas Pusat)

PRAKATA

MUKADIMAH

BAB 1
SEJARAH RINGKAS UMNO-BN DAN PERJUANGAN ISLAM

UMNO dan Perikatan
UMNO dan Orang Melayu
UMNO dan Perjuangan Islam

BAB 2
Kemajuan yang Sepatutnya

Mengapa Menyalahkan Pemerintah?

BAB 3
BENARKAH ISLAM TIDAK TERBELA?

Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan
Pemerintahan Islam
Akidah dan Pemerintahan

Islam Agama Fitrah


BAB 4
BEBERAPA TRAGEDI

BN Hentikan Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
BN Tutup Sekolah Agama di Terengganu
Peristiwa Pembunuhan Ustaz Ibrahim Mahmud
BN Luluskan Lesen Judi Bola Sepak Sempena Piala Dunia
Koleksi Bukti Pemimpin UMNO Menghina Islam

BAB 5
UMNO-BN DAN MEDIA ARUS PERDANA

Maksud Kebebasan Media yang Dikelirukan
Punca


BAB 6
BARAT YANG DIAGUNGKAN

Penyakit Kemaruk Budaya Barat

BAB 7
GENERASI SARKAS

Sarkas dalam Politik

BAB 8
PENTINGNYA SUASANA

Al Kisah Raja Tidak Berhidung
Suasana dan Pengaruhnya Terhadap Iman dan Amal
Membina Suasana

BAB 9
PERJUANGAN KEMERDEKAAN UNTUK KALI YANG KEDUA

Gerakan Kemerdekaan
Menyokong Atau Menubuhkan Parti Islam Sebagai Permulaan
Demonstrasi
Menyemai Kesedaran Untuk Mengundi
Mempromosi Media Alternatif
Mitos Pelik Kakitangan Kerajaan


PENUTUP


BIBLIOGRAFI



ANDA BERMINAT UNTUK MEMILIKI BUKU INI?

Emelkan/SMS maklumat berikut:

Nama Penuh
Alamat Tetap
No. Telefon
Tajuk buku yang hendak dibeli
Cara Pos=Biasa atau Pos laju

ke mey_abu@yahoo.com atau SMS Ahmad Henry 013 4660895

Cara Penghantaran/Pos/shipping:

Pos Biasa=PERCUMA
Pos Ekspress= RM 4.30

Masukkan wang ke akaun berikut:
Maybank 1580 8822 6793 (Henry Bin Rudy Armady)

Selepas masukkan wang, sila emelkan/SMS masa dan hari anda masukkan wang. Untuk lebih selamat, scan resit bayaran dan emelkannya ke alamat emel di atas.

Selamat Membeli Buku


PENGEDAR DIPERLUKAN

Ingin Menjadi Ejen Pemasaran Internet?

Sistem Affiliate merujuk kepada corak pemasaran maya (melalui internet) dengan menjadikan bloger atau pemilik laman web tertentu sebagai ejen promosi bagi sesuatu produk. Bagaimanapun, pemilik produk perlu memasangkan satu sistem yang biasanya dikenali sebagai Sistem Affiliate. Corak pemasaran yang kami lakukan ini tidak jauh berbeza dengan sistem ini. Justeru kami namakan ia sebagai Sistem Affiliate Tradisional. Tradisional kerana ia dibuat tanpa mengaplikasikan pemasangan Sistem Affiliate. . .he he!

Melalui kaedah ini, anda tidak akan menanggung sebarang kerugian. Hanya sedikit usaha, anda akan dibayar sebanyak RM 6.00 bagi setiap naskah yang terjual. Anda bertindak seperti penjual buku, tetapi anda tidak perlu membeli, malah memegang buku.

Bagaimana ia berfungsi:

Mula-mula, anda hantarkan maklumat diri anda kepada kami. Maklumat tersebut ialah:

Nama Penuh, URL Blog/Website, No H/P, dan No Akaun Bank.

Selepas anda menghantar maklumat tersebut, kami akan memberikan anda NOMBOR EJEN sebagai bukti bahawa anda adalah ejen pemasaran kami.

Seterusnya . . .

Pasangkan banner di bawah ini (iklan) di dalam blog/website anda.



Letakkan banner di tempat yang strategik supaya mudah dilihat oleh pengunjung blog anda. Selepas itu, masukkan maklumat tentang buku ini di dalam blog/website anda. Maklumat buku boleh didapati di sini. (Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat buku). Anda copy keseluruhan maklumat tersebut, kemudian pastekan ke blog anda sebagai post entri.

Di dalam maklumat itu, anda akan dapati terdapat beberapa maklumat berkaitan CARA BAYAR (Ditulis dalam huruf biru). Antara maklumatnya ialah NOMBOR H/P KAMI DAN EMEL KAMI. Anda perlu tukarkan maklumat tersebut (Nombor h/p dan emel kami) kepada maklumat milik anda. Maksudnya, pengunjung yang nak beli buku akan berurusan dengan anda sepenuhnya. Bukan dengan kami. BAGAIMANAPUN, anda perlu kekalkan nombor akaun kami kerana bayaran hanya akan dibuat ke dalam akaun kami. SELESAI BAHAGIAN INI.

Selepas itu, Linkkan (sambungkan) Banner tadi dengan maklumat buku yang telah anda pastekan ke dalam blog anda. Anda perlu mempunyai sedikit kemahiran untuk menukar kod HTML pada banner; supaya banner yang anda pasang boleh disambungkan ke maklumat buku yang anda paste sebagai post entri tadi. Jika anda tak reti buat, boleh bertanya kepada kami. SELESAI BAHAGIAN INI.


APA YANG PERLU ANDA BUAT BILA ADA ORANG BELI BUKU?


PERTAMA, anda jangan membunuh diri. Hanya dapatkan maklumat diri pembeli. Maklumat tersebut ialah:

1) NAMA PENUH

2) ALAMAT TETAP

3) NOMBOR TELEFON dan,

4) JUMLAH NASKAH YANG HENDAK DIBELI

KEDUA, arahkan pembeli masukkan wang (bank-in) ke akaun kami. Kemudian minta maklumat (bukti) bayaran seperti masa (jam) dan tarikh bayaran. Kalau perlu, suruh scan resit dan emelkan kepada kami.

KETIGA, semua maklumat yang anda ambil tadi termasuk bukti bayaran serahkan kepada kami. Kami akan menghantar buku kepada pembeli berdasarkan maklumat yang anda beri itu.

KEEMPAT, Hantarkan sekali maklumat diri anda untuk urusan pembayaran komisyen. Maklumat yang anda perlu hantar ialah, Nama Penuh, No Ejen, dan No Akaun Bank.

NOTA: Kami lebih suka berurusan menggunakan SMS.

PENGEDAR KEDAI BUKU

Pengedar boleh membeli buku ini pada harga borong iaitu RM 10.00 senaskah. Jumlah belian minimum ialah 5 naskah. Jika anda berjaya menjual sehingga habis, dan anda ingin membelinya lagi, harga belian akan menjadi lebih murah iaitu RM 9.00 senaskah. Tetapi anda perlu membuat belian melebihi 10 naskah.

Bagi pengedar yang membeli melebihi 50 naskah, harga belian cuma RM 8.00 senaskah iaitu pada hampir setengah harga.

Pengedar perlu mengemukakan NAMA PENUH dan NOMBOR KAD PENGENALAN sebagai rujukan bagi pihak Penerbit Ibnu Al Manhar.

PERHATIAN!!! . . .Jika anda gagal menjual kesemua buku melebihi tempoh SATU (1) TAHUN, anda boleh memulangkan semula buku-buku tersebut kepada Pustaka Ibnu Al Manhar. KAMI AKAN MEMULANGKAN WANG ANDA, JIKA BUKU MASIH BERKEADAAN ELOK.

PENGHANTARAN ke rumah atau ke kedai anda adalah PERCUMA! Kecuali bagi Pos Laju atau Pos berdaftar.

Harap Maklum


UMNO Kini Lebih Islamik Daripada Pas

Posted: 27 Jun 2010 06:46 AM PDT


Oleh: Pustaka Al Manhar

Penyertaan 40 orang ulama ke dalam UMNO sudah cukup untuk membuktikan UMNO sebagai parti politik Melayu yang Islamik. Ini sekaligus melenyapkan imej Pas yang sejak dahulu diterajui oleh golongan ulama, atau sekurang-kurangnya disertai oleh orang yang berkehendakkan hukum Islam tertegak di Malaysia.

Ada beberapa hujah yang merelevankan UMNO sebagai parti Islamik. Pertamanya berkenaan kata kunci '40'. Jumlah 40 orang Ulama itu sudah cukup untuk mengIslamkan UMNO. Tidak perlu tunggu '100'. Sejak dulu UMNO selaku komponen dalam BN memang sudah terkenal dengan imej Islamiknya. UMNO-BN telah bersusah payah membina imej Islamik dengan mengislamkan bangunan-bangunan dan institusi. Misalnya ada UIAM, Tabung Haji, Bank Islam, IKIM, dan sebagainya. Namun, jarang sekali umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam sebenar bersyukur dengan susah payah UMNO-BN ini. Mereka lebih suka menyokong Pas kerana Pas ingin menegakkan hukum Allah s.w.t.

Kedua, ulama yang masuk Pas ini ialah pensyarah dan cendekiawan serta lulusan luar negara. Tidak seperti Pas. Pas hanya dipimpin oleh individu yang mempunyai kelayakan membuat fatwa. Mereka setaraf mufti. Mana mungkin Pas layak dilabel sebagai parti Islamik kerana Pas dipimpin oleh individu setaraf mufti. Nanti Pas boleh keluar fatwa. Boleh kata judi itu haram, maksiat itu dosa. Macam mana negara nak maju kalau semua itu haram….Owhhh…Pas tak Islamik. UMNO yang Islamik.

Ketiga, UMNO ada tokoh agama seperti Rosmah, Shahrizat, Azlina dan yang seangkatan dengannya. Mereka ini tokoh yang sangat Islamik. Namun mereka tak suka menonjolkan imej Islamik seperti Pas. Ini benar seperti yang didakwa oleh Mahathir. Ahli partinya tidak suka menonjol-nonjol imej Islamik. Mereka lebih toleran. Sebab itu mereka seksi.

Akhir kata, saya bawakan petikan tokoh ulama yang baru sahaja masuk UMNO yang Islamik itu. Renungkanlah apa yang dikatakan oleh beliau.

"Tujuan asal kami masuk UMNO adalah untuk berdakwah bukannya berlandaskan politik walaupun kami sertai parti politik. UMNO kami gunakan untuk memperkasakan lagi dakwah. Kami tidak masuk Pas kerana dalam Pas sudah ramai ustaz dan ulama, tapi yang penting saya harap nanti ada kerjasama." –Penasihat Agama IJN, Fathrul Bari Mat Jahya (Sinar Harian, 26 Jun)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS