Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Now Everyone Can Fly to Australia Air Asia X

Posted: 02 Feb 2011 08:26 AM PST

BERSIAP SEDIALAH! 8TV DAN AIR ASIA X AKAN MEMBAWA ANDA MERASAI PENGALAMAN UNIK DI AUSTRALIA

Menjelajah dunia dan mempelajari budaya yang berbeza membantu kita untuk menjadi lebih berpengetahuan, mencabar diri sendiri, melepasi daya batasan kita dan menghargai kenikmatan dunia.

Samada anda berharap untuk terbang tinggi, mengalami pengalaman liar, atau penjelajahan di ke tanah tinggi, Australia adalah tempat untuk anda merasai pengalaman penuh adrenalin ini.

AirAsia X Australia

Terkenal di dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai keajaiban alam dan ruang yang terbuka lebar, pantai, gurun, daerah pendalaman, Australia juga mempunyai struktur perbandaran yang moden yang menjadikannya sebagai salah satu tempat yang sempurna untuk dikunjungi.

Kali ini, 8TV bersama-sama dengan Air Asia X akan membawa anda merasai pengalaman baru ke Australia melalui sebuah program baru – Now Everyone Can Fly to Australia.

Program ini bakal memaparkan lokasi terbaik dan tempat yang paling menarik untuk dikunjungi di Australia. Program ini juga bertujuan mendalami adab dan budaya di Australia di samping berkunjung ke tempat-tempat yang menarik tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak.

Now Everyone Can Fly to Australia adalah sebuah program terbitan 8TV yang bekerjasama dengan Air Asia X.

Setiap isi kandungan episod sudah semestinya disesuaikan dengan matlamat Air Asia yang ingin mempromosikan tawaran pakej istimewa mereka yang cukup berbaloi dan menguntungkan penonton setia. Bersama-sama Ng Kar Yoon yang bertindak sebagai hos, anda dapat melihat pengembaraan hebat beliau dari yang bermula dari Gold Coast, Melbourne, Tasmania hingga ke Perth!

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami iaitu Air Asia X. Kami percaya banyak tempat di Australia yang boleh diterokai. Sekarang dengan Now Everyone Can Fly to Australia kami mempunyai alasan kukuh untuk menjelajah ke Australia! Saya berharap anda semua bersemangat seperti saya yang tidak sabar-sabar untuk menonton Now Everyone Can Fly to Australia yang akan mula brsiaran pada 13 Februari 2011, jam 7.00 malam secara eksklusif di 8TV" kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

AirAsia X Australia

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, En Azran Osman-Rani

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, En Azran Osman-Rani berkata,

"Kami merasa teruja dengan pakatan kerjasama kami dengan 8TV dan bahagian pelancongan di Australia untuk memastikan program ini dapat disiarkan pada masa yang ditetapkan.

Kerjasama ini sesungguhnya adalah sebahagian dari usaha pasukan pemasaran AirAsia X untuk mempromosikan Australia secara agresif bagi menepati sasaran `tagline' kami – "Everyone Can Fly To Australia".

Kami berharap agar mendapat tindakbalas positif terhadap permintaan penerbangan ke Gold Coast, Melbourne dan Perth dari rakyat Malaysia dan juga rantau Negara terdekat yang ada menawarkan perkhidmatan AirAsia melalui hasil program kerjasama ini. Untuk makluman semua, kami menawarkan penerbangan terus setiap hari melalui penerbangan bernombor A330.

Penerbangan istimewa ini semestinya dapat memberikan pengalaman yang indah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap tetamu. A330 adalah pilihan terbaik yang menawarkan pilihan istimewa iaitu Premium Flatbed dan tempat duduk ekonomi yang telah di naikkan taraf dengan kepelbagaian pilihan makanan yang menarik, pilhan hiburan terbaik dan kemesraan tiak berbelah bagi dari krew kabin kami.

Kami berharap agar kerjasama ini dapat berterusan dan dilanjutkan pada organisasi-organisasi pelancongan yang lain dan juga 8TV bagi memastikan program seumpama ini berjaya."

"Bahagian Pelancongan Australia dan ibu pejabat Pelancongan disini juga berbesar hati mendapat peluang bekerjasama dengan AirAsia X dan 8TV untuk memperkenalkan Australia pada rakyat Malaysia menerusi 10 siri episod program kembara ini.

Melalui program ini, kami berpeluang menonjolkan tempat-tempat dan pengalaman berharga dan tempat-tempat menarik yang boleh rakyat Malaysia dapati apabila melancong ke Australia.

AirAsia X Australia

Cik Maggie White, Pengurus Besar Bahagian Asia Tenggara, Pelancongan Australia.

Kami menjemput rakyat Malaysia meneroka 16 tarikan menarik kami yang terkenal didunia, menjelajah ke 600 lokasi National Park kami, melawati keindahan bandar-bandar utama, memanjakan diri dengan menikmati kepelbagaian pilihan makanan atau merasai sendiri pengalaman meneroka setiap pelusuk Bandar kecil, daerah dan negeri-negeri di serata Australia," jelas Cik Maggie White, Pengurus Besar Bahagian Asia Tenggara, Pelancongan Australia.

Tambah beliau lagi, "Malaysia adalah salah satu penyumbang utama pelancongan Ausralia. Jumlah ini dapat anda lihat dari penambahan yang besar yang berlaku dari Disember 2009 hingga November 2010 di mana seramai 235,100 rakyat Malaysia telah melawat Australia.

Peningkatan sebanyak 13% dimaklumkan dari tahun sebelumnya pada jangkamasa yang sama. Kami percaya AirAsia X turut menyumbang pada peningkatan ini dan menjadikan Autralia tarikan lawatan utama rakyat Malaysia. Kami berharap agar kerjasama ini berterusan." tambah Cik White.

AirAsia X Australia

Hos program

Nikmati budaya Australia yang cukup terkenal dengan pantai yang putih dan bersih, serta pemandangan matahari terbenam di gurun merah dalam Now Everyone Can Travel to Australia. Program 10 episod ini akan membawa anda meneroka tempat-tempat menarik di seluruh Australia!

Jangan lupa untuk menonton Now Everyone Can Travel to Australia, setiap Ahad, bermula 13 Februari 2011, jam 7.00 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

AirAsia X Australia

AirAsia X Australia

Pada majlis sidang media ini juga, pihak media yang hadir telah berpeluang untuk memenangi pakej melancong ke Australia selama 5 hari di sana. Hanya seorang sahaja yang dipilih menerusi cabutan bertuah. Dan… siapa sangka nama Budiey dipanggil untuk menerima pakej pelancongan ke Australia itu. Memang rezeki Budiey pada hari tu. Rasa seronok juga sebab dapat melancong berdua. Eh, siapa tak seronok kalau dapat durian runtuh macam ni. Pakej ni termasuk dengan 2 tiket pergi balik dan penginapan di sana.

Budiey diberi pilihan samada untuk terbang ke Gold Coast, Tasmania dan Melbourne. Ramai member Budiey kata, Gold Coast la best. Tapi itu bergantung pada anda, ikut selera dan citarasa masing-masing. Kalau diberi pilihan macam tu, Budiey memang nak pilih Gold Coast.

Terima kasih kepada Air Asia X dan Australia Tourism serta 8TV yang menaja pakej pelancongan ini.

Budiey Menang Cabutan Bertuah

Budiey Menang Cabutan Bertuah

Budiey Menang Cabutan Bertuah

Budiey Menang Cabutan Bertuah

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Pelakon Delimawati Tak Kenang Budi?
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • Video Pembaca Budiey.com di Australia Bersama IZ OIAM
  • AirAsia X Returns With Amazing Low Fares
  • HP and Cartoon Network LaunchToon Creator Awards 2010
  • Universal Networks International Launches Diva Universal In Asia
  • Lagu Single Iz OIAM – Gonna Be Alright
  • Quotes of The Day: Leona Lewis Win Breakthrough Artist
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Filem Blockbuster di TV2 Tahun Baru Cina

    Posted: 02 Feb 2011 08:04 AM PST

    9 FILEM BLOCKBUSTER TEMUI PENONTON TV2 TAHUN BAHARU CINA INI

    Bagaimanakah sambutan perayaan dapat mengeratkan hubungan? Pastinya pelbagai pendekatan diambil semua pihak dalam merealisasikan impian mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan apatahlagi menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan seluruh penganut agama Buddha pada 3 dan 4 Februari depan.

    Namun seolah satu kewajiban pihak stesen TV menjanjikan variasi tayangan filem-filem hebat yang bakal disiarkan menerusi saluran Dunia Ria, TV2 sepanjang perayaan ini. Bermula pada 2 Februari 2011, jam 9.00 malam penonton terutama dikalangan penggemar filem-filem animasi dijanjikan dengan tayangan filem Storm Rider : Clash Of The Evils yang plot ceritanya diambil dari cerita asal dua watak utama iaitu Wind dan Cloud. Kemudiannya pada hari sama jam 11.00 malam, filem Shrek The Third pula mengambil tempat menghiburkan penonton dengan kisah Putera Charming berada di atas pentas sebuah dewan. Dia diejek apabila peralatan set terjatuh. Charming terus meninggalkan dewan tersebut dengan kecewa dan bersumpah suatu hari nanti akan menjadi seorang raja.

    Keesokkannya pada 3 Februari 2011, saksikan pula filem Rob – B – Hood, sebuah filem aksi komedi mengisahkan penculikan seorang bayi oleh kumpulan perompak yang dianggotai oleh Thong dan Octopus. Penculikan ini dilakukan bagi pihak sebuah kumpulan kongsi gelap. Thong dan Octopus telah menjaga bayi itu sebelum diserahkan kepada kumpulan tersebut. Namun sanggupkah keduanya menyerahkan bayi comel itu kepada mereka setelah rasa sayang timbul di hati untuk menyelamatkan bayi itu? Dibintangi oleh Jackie Chan, Louis Koo dan Micheal Hui, filem ini menemui penonton jam 9.00 malam. Seterusnya menyusul filem hebat Toy Story yang disiarkan jam 11.00 malam yang meminjam suara pelakon terkenal Tom Hanks sebagai Woody, Tim Allen sebagai Buzz Lightyear dan Don Rickles sebagai Mr. Potato Head. Filem animasi ini mengisahkan Woody, patung 'cowboy' yang menjadi ketua kepada sekumpulan permainan kanak-kanak. Permainan tersebut adalah kepunyaan seorang kanak-kanak lelaki bernama Andy. Kumpulan patung ini bertukar menjadi seperti manusia apabila tiada orang di sekeliling mereka.

    Kisah Puak Huns yang diketuai oleh Shan Yu yang sangat kejam menceroboh Puak Han di China, memaksa Maharaja China member notis kerahan tenaga kepada semua rakyat jelata yang mana setiap keluarga perlu menghantar seorang ahli keluarga mereka menjadi askar pula melatari filem Mulan 2 yang disiarkan pada 4 Februari 2011, jam 9.00 pagi. Kisahnya berlanjutan dengan watak Fa Mulan yang mendengar kerahan tersebut, dia rela untuk menggantikan bapanya, Fa Zhou. Dia bertindak menyamar menjadi lelaki bernama Ping. Bapanya berdoa kepada nenek moyang mereka untuk meminta perlindungan. Nenek moyangnya menghantar naga untuk menjaga Mulan. Sebelah malamnya, jam 12.00 malam pula filem RV yang mengisahkan Bob Munro, seorang eksekutif di sebuah syarikat minuman di California. Bob berdepan dengan keluarga yang tidak teratur dengan dua orang anaknya. Ketika percutian yang dianjurkan oleh syarikatnya, mereka sekeluarga terlibat dengan kemalangan dan mereka telah bertembung dengan sebuah keluarga lain. Apakah yang berlaku di antara mereka? Saksikan kesudahan filem menarik lakonan hebat Robin William, Jojo dan Victoria Heilman ini seterusnya.

    Pada 5 Februari 2011 pula penonton berpeluang menyaksikan tiga filem berturut-turut iaitu The Emperor's New Groove (jam 10.00 pagi), Go Home (jam 4.00 petang) dan National Treasure : Book Of Secret (jam 11.00 malam) yang berbeza genre untuk seisi keluarga. The Emperor's New Groove, sebuah filem animasi komedi, Yzma merancang untuk membina sebuah taman air baru untuk dirinya sendiri sempena hari lahirnya. Lalu apakah yang terjadi selanjutnya? Mengisi slot Saturday Nite Special On 2, filem National Treasure : Book Of Secret mengajak penonton menghayati situasi berlaku lima hari selepas tamat Perang Sivil, John Wilkes dan Micheal O'Laughlen ahli Kelab KGC, berjumpa Thomas Gates, seorang pakar dalam menyelesaikan masalah. Thomas diberi kod dari diari Booth untuk diterjemah. Pada masa sama, Booth telah meninggalkan Teater Ford's untuk membunuh Presiden Abraham Lincoln. Apabila Thomas sudah memperolehi tanda tersebut, kod it menunjukkan lelaki itu pergi ke Cibola yang dikenali Bandar Emas dan mempunyai niat jahat untuk mendapatkan harta karun.

    Bagi mengetahui apakah kesudahan dan plot-plot menarik ingin dikongsi sembilan filem-filem hebat ini, pastikan anda meluangkan masa sepanjang perayaan ini dengan menonton saluran Dunia Ria, TV2.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Flem CJ7: Movie Blockbuster Untuk Tahun Baru Cina 2008
  • Selamat Tahun Baru Cina 2011
  • Rating Jumlah Penonton TV Program Raya 2009
  • Blockbuster Aidilfitri : Fantastic Four: Rise Of The Silver Surfer
  • Program TV Menarik Sempena Tahun Baru Cina di TV3
  • DRIVING MISS WEALTHY & FUN WITH DICK AND JANE
  • Opening Nite Pirates of the Caribbean: At World's End
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rafflesia
  • Program Menarik TV3 Sempena Tahun Baru Cina 2010
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Suami Dapat SMS dari Wanita, Isteri Gantung Diri

    Posted: 02 Feb 2011 09:00 PM PST




    Seorang ibu yang mempunyai seorang anak telah gantung diri. Disyaki, wanita muda itu melakukan aksi nekad setelah membaca SMS dari seorang wanita di handphone suaminya.

    Ibu muda itu bernama Fitri (22), warga Telukbetung Barat, Bandarlampung. Dia didapati meninggal setelah menggantung dirinya di pintu dapur rumahnya.

    Menurut suaminya, Sopyan (24), dirinya sama sekali tidak menyangka isterinya melakukan perbutaan itu. Terakhir dia tahu isterinya membaca SMS dari salah seorang teman wanitanya yang selama ini menjadi teman perniagaannya di Pasar Kotakarang.

    Menurut Sopyan, pagi itu dia membawa anaknya yang berumur 2 tahun ketempat perniagaannya. Rupanya handphone yang biasanya disimpan di saku baju tertinggal di bilik.

    Sopyan baru sedar beberapa jam kemudian bahawa HP-nya tidak dibawa. Sopyan pulang ke rumah untuk mengambilnya.

    Di rumah berulangkali Sopyan mengetuk pintu sambil memanggil-manggil nama isterinya. Tidak ada jawaban. Sopyan curiga lalu mengintip dari tingkap.

    Betapa terkejutnya Sopyan melihat tubuh isterinya sudah tergantung di pintu dapur dengan kain gendongan yang biasa dipakai untuk menggendong anaknya.

    Sopyan menjerit minta tolong. Jiran-jiran berlari ke rumah Sopyan. Pintu rumah dipecahkan dan di bawah tempat jasad Fitriani ditemukan handphone Sopyan.

    Setelah jasad isterinya diturunkan, seorang jiran memberikan handphone Sopyan. Dari situ diketahui ternyata isteri Sopyan baru saja membaca SMS dari salah seorang temannya yang kebetulan perempuan yang isinya hanya gurauan. Diduga inilah yang membuat isteri Sopyan cemburu.

    Jasad Fitri dilarikan ke Hospital Umum Daerah Abdoel Moleuk untuk di bedah siasat. Dari hasil  bedah siasat ditemukan luka  di leher akibat jeratan tali, bukan kain gendongan seperti yang ditemukan di lokasi.-inilah.com

    Madonna Menemukan Kedamaian Dalam Islam

    Posted: 02 Feb 2011 08:46 PM PST

    Kelahiran dan kematian anak perempuannya menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Ketika tahu dirinya hamil, Madonna Johnson tahu bahwa dia akan menjadi orang tua tunggal. Jika kerana bukan rasa cinta, pengabdian dan dukungan dari ibunya, Madonna mungkin tidak akan pernah boleh menghadapi semua persoalan hidupnya.

    Namun Madonna harus kehilangan putri yang baru dilahirkannya. Pada usia 5 bulan, bayinya meninggal akibat "Sudden Infant Death Syndrome" (SIDS) yang dalam dunia kedoktoran dikenal sebagai kematian tiba-tiba pada anak kecil yang tidak diketahui penyebabnya. Kematian anak perempuannya yang mendadak, membuat Madonna sangat berduka.

    "Saya belum pernah mengalami rasa sakit seperti itu, panik dan merasa sangat hampa. Tapi ketika pemakaman, saya mengatakan pada orang-orang bahawa saya percaya sepenuh hati Tuhan tidak akan memberikan rasa sakit jika Dia tidak memiliki sesuatu yang luar biasa untuk saya di masa depan, apa yang harus saya lakukan adalah tetap berada di jalan yang benar dan Tuhan akan menunjukkannya begitu saya siap," ujar Madonna mengenang saat pemakaman bayinya.

    Dia mengatakan ketika itu teman-temannya mengatakan bahawa dia akan bertemu dengan anakya lagi kelak. Madonna menanyakan bagaimana orang tahu bahwa dia akan masuk syurga? Hanya kerana dia seorang Kristian, tidak ada jaminan dia masuk syurga apalagi dia bukan seorang Kristian yang taat. Begitu banyak pertanyaan Madonna yang tak terjawab. Tanpa sedar dia mula mempertanyakan soal "satu agama yang benar" yang boleh menjaminnya masuk syurga untuk bertemu lagi dengan anaknya.

    Madonna sejenak melupakan pertanyaan itu. Dia mendapat pekerjaan di sebuah bar di Indianapolis dan bertemu seorang perempuan yang kemudian menjadi sahabat baiknya. Temannya itu memiliki sejumlah bisnis, tapi bisnisnya tidak terlalu sukses. Suatu hari, temannya itu menanyakan apakah Madonna mahu pergi ke Malaysia. Dia mengatakan memerlukan tenaga Madonna untuk membeli busana model Malaysia, membuat foto-fotonya dan mencari sesesorang yang boleh menangani ekspor impor. Tanpa pikir panjang, Madonna menerima ajaka temannya itu.

    "Saya tiba di Kuala Lumpur di pertengahan bulan Ramadan. Saya belum pernah mendengar soal agama Islam dan tidak tahu bahawa Malaysia adalah negara Muslim. Saya melihat hampir semua perempuan menutup kepalanya dengan tudung bahkan dalam cuaca yang sangat panas. Saya juga menyaksikan bagaimana orang-orang berusaha bersikap baik pada saya," tutur Madonna.

    "Seorang sahabat yang sangat spesial menjelaskan pada saya bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan Muslim meyakini jika mereka berbuat baik pada orang lain, Allah akan senang dan akan memberikan pahala bagi mereka di Hari Akhir nanti," sambungnya menirukan penjelasan sahabat spesialnya.

    Di sisi lain Madonna melihat sisi negatif Islam, seperti pandangan orang-orang yang sebenarnya tidak banyak tahu tentang Islam. Ia lalu membeli beberapa buku Islam, termasuk Al-Quran dan mulai mempelajari Islam. Banyak pertanyaan yang diajukannya tentang ajaran Islam, misalnya; mengapa perempuan harus menutup seluruh tubuhnya kecuali tangan dan wajah, mengapa muslim sangat bahagia dan mahu berpuasa sepanjang siang hari, mengapa ada orang mahu berlapar-lapar dan itu membuat mereka bahagia? Madonna merasa tidak ada orang yang boleh berbahasa Inggris dengan baik untuk menjelaskan jawaban atas pertanyaan-pertanyaannya itu, sehingga Madonna memilih untuk mencarinya dalam Al-Quran.

    "Semakin saya mendalami agama Islam, saya makin sering bertanya-tanya apakah ini jalan untuk bertemu dengan anak perempuan saya, apakah agama ini akan membawa saya ke surga?" imbuh Madonna.

    Ganjalan terbesar bagi Madonna tentang Islam adalah perbezaan konsep Yesus (Nabi Isa) dalam Kristian dan Islam. Ia membayangkan betapa sulitnya menjelaskan pada keluarganya soal perbezaan itu. "Saya punya persoalan di sini, haruskah saya mengambil tentangan ini ... menjadi seorang muslim dan berjalan menuju syurga? Atau saya menolak kebenaran yang telah saya yakini dalam hati hanya kerana takut akan penentangan dari keluarga dan teman-teman saya ... dan hanya untuk tinggal di neraka selama-lamanya?" hati Madonna masih risau.

    Fikiran apakah ia seharusnya segera masuk Islam atau tidak membuatnya merasa gelisah setiap hari. Bagi Madonna, keputusan itu tidak mudah. Islam bukan agama separuh waktu, seorang muslim sejati tidak mengikuti Islam satu kali seminggu. Islam adalah agama yang menyeluruh dengan tentangan dan perjuangan yang berat, tapi juga memberikan banyak keindahan. "Makin banyak Anda belajar dan memahami (Islam), semakin Anda menyedari bahawa Anda hanya harus memulai sebuah langkah, yang membuat Anda harus berusaha keras dan belajar lebih banyak lagi," ungkap Madonna.

    Dan sampailah dia pada suatu hari dimana dia dengan mantap mengatakan,"Ok, saya yakin, saya akan masuk Islam" dan sejak itu segala keresahan dan kegundahannya sirna. "Alhamdulillah. Semua rasa pedih yang saya alami di masa lalu, termasuk rasa sakit akibat kematian anak saya, semuanya sirna. Tak ada lagi mimpi buruk dan saya merasakan kedamaian yang luar biasa," tandas Madonna.

    Madonna mengunjungi PERKIM, sebuah organisasi muslim di Malaysia dan dia di sana  mengucapkan dua kalimat syahadat. "Hati saya diliputi kedamaian dan rasa cinta pada Allah Swt. Alhamdulillah," tegasnya.

    "Tentu saja tentangan masih menghadang. Menjadi seorang muslim bukan bererti saya tidak menghadapi masalah. Tapi menjadi seorang muslim, saya punya solusi atas semua persoalan yang menghampiri saya, dengan mengikuti jalan kebenaran, jalan Islam. di hujung jalan ini, terbentang syurga, ada anak saya dan banyak kenikmatan lainnya."

    "Segala puji bagi Allah Swt. yang telah membawa saya ke dalam kebenaran dan atas rahmat-Nya yang telah menjadikan saya seorang muslim," kata Madonna.

    Foto Unik dan Lucu Dari Aksi Demo di Mesir Tuntut Mubarak Undur

    Posted: 02 Feb 2011 07:00 PM PST

    Krisis politik yang terjadi di Mesir ketika ini yang menuntut undurnya Presiden Hosni Mubarak yang sudah berkuasa selama 30 tahun ternyata ada hal-hal unik yang terakam kamera wartawan pada para demonstrasi. Berikut kumpulan foto-foto unik sepanjang krisis Mesir terjadi sampai dengan hari ini di himpun dari berbagai sumber.






















    sumber : ruanghati.com

    Dah kena penjara pun nak suntikan botox

    Posted: 02 Feb 2011 06:25 PM PST

    Macam-macam hal...itulah akibat bila penguatkuasaan kurang ketat
    banduan pun boleh dapat suntikan botox...
    saya petik dari myMetro

    MEXICO CITY: Terkurung dalam penjara tidak menghalang seorang 'ratu' kartel dadah daripada mendapatkan perkhidmatan Botox, kata pihak berkuasa semalam.

    Menurut pentadbir penjara Mexico City, seorang doktor diseludup masuk ke Penjara Wanita Santa Martha Acatitla pada bulan lalu untuk melakukan 'prosedur yang tidak dibenarkan ke atas tahanan'.


    Dalam kenyataan pendakwa pula, doktor terbabit memberikan suntikan Botox kepada Sandra Avila Beltran yang lebih dikenali di kalangan kartel dadah Sinaloa sebagai 'Ratu Pasifik'.


    Sandra dipenjara sejak 2007 kerana disyaki bersubahat dengan pengedar dadah, mengubah wang haram serta menganjurkan jenayah.



    Seorang hakim membebaskan Sandra daripada tuduhan berkenaan pada Disember lalu tetapi pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.


    Dia juga mungkin diekstradisi ke Amerika Syarikat berhubung rampasan lebih sembilan tan kokain dalam kapal nelayan di perairan Mexico pada 2001.

    Dah ada hotel untuk burung

    Posted: 02 Feb 2011 05:45 PM PST

    Dulu hotel untuk kucing..sekarang dah ada hotel untuk burung.
    saya petik dari kosmo online

    seorang pembantu begambar dengan hotel burung

    TORONTO, Kanada - Seorang lelaki, John Looser (gambar kecil) mencipta beberapa hotel kecil untuk pelbagai jenis burung seperti perling di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Salah satu hotel itu mengandungi 103 bilik dan sebuah kolam renang manakala sebuah lagi mempunyai terowong yang membolehkan haiwan tersebut terbang.

    Harga hotel itu boleh mencecah sehingga AS$24,000 (RM73,008) dan dijual kepada peminat burung. 

    "Saya menyanyangi burung dan apabila saya bersara awal, saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu.

    "Justeru, saya mendapat idea untuk membina kediaman untuk burung," kata Looser berusia 46 tahun.

    Dia membuat kediaman burung itu supaya haiwan berkenaan hidup dengan selesa di bandar ini. - Agensi

    Anak kecil 3 tahun berjaya selamatkan nyawa ibu kandungnya

    Posted: 02 Feb 2011 04:32 PM PST

    Seorang anak kecil perempuan berusia tiga tahun berhasil menyelamatkan nyawa ibunya dengan menelefon 911. "Saya menelepon 911," demikian kata Gracie Gross ketika diwawancara dengan suara yang lugu.

    "Dia terjatuh dan terbaring di lantai," katanya sembari mengangguk saat ia ditanyai wartawan apakah ia takut saat itu.

    Tammy Adamson, petugas yang menerima panggilan telefon itu memberikan penjelasan mengenai laporan yang masuk ke 911. "Dia mengatakan  ibunya jatuh dan dia tidak boleh menjelaskan mengapa,"katanya. Kejadian itu berlangsung ketika dia hanya bertiga dengan ibu dan kakaknya di rumah.

    Ayah, Larry Gross, memberikan semangat kepada anaknya setelah berhasil menyelamatkan nyawa sang ibu, Catherine Gross. Meski dia tidak boleh menyebutkan alamat tempat tinggalnya, petugas berhasil mencari lokasi rumah keluarga Gross melalui nombor telefon yang masuk dan terpampang di layar petugas 911.

    Pakai macam ni jual apa pun laku

    Posted: 02 Feb 2011 10:01 AM PST





    sumber gambar : mran3238.wordpress.com

    Lesen jururawat ini ditarik kerana adakan hubungan seks dengan pesakit

    Posted: 02 Feb 2011 09:30 AM PST

    Seorang jururawat perempuan terpaksa kehilangan lesennya dalam jangka masa 20 tahun setelah mengaku mengadakan hubungan seks dengan peskitnya yang sedang sakit. Parahnya lagi,pesakit ini sudah berkahwin.

    Lesen Amber Van Brunt (33) ditarik lembaga Oklahoma Nursing Board, pada Ogos tahun lalu. Kini, dia meminta melalui pengadilan Oklahoma County, Amerika Syarikat (AS) untuk mengembalikan kembali lesen itu setelah skandal tersebut terjadi.

    Dalam perbicaraan itu sebuah pertanyaan muncul, apakah seorang jururawat diizinkan berhubungan seks dengan pesakitnya? Pengacara Van Brunt mengatakan kepada hakim bahawa hubungan seks dengan pesakit adalah masalah peribadi dan bukan dilakukan ketika sedang tugas. Dia mengunjungi pesakit sebagai teman dan bukan ketika sedang merawatnya.

    Pesakit bernama Chris Reiter (43) menderita penyakit Lou Gehrig. Dia mengaku digoda oleh jururawat itu. Van Brunt bekerja di RS Angelic Family Hospice, Shawnee. Dia mulai bekerja merawat Reiter yang sebelumnya bekerja sebagai salesman Hershey Foods, November 2009.Isterinya, Liz Reiter (41) mula curiga suaminya berselingkuh.

    Pada awalnya sang suami menolak tuduhan itu tetapi ia menemukan sesuatu di komputernya antara suami dan pesakitya setelah s suami mengaku cuba bunuh diri.


    Sumber: newsok.com

    [Pelik] Mulut anak lembu seperti mulut serigala

    Posted: 02 Feb 2011 08:45 AM PST

    Seekor anak lembu aneh menggegarkan warga Madura. Anak sapi jantan itu lahir dengan bahagian mulut mirip mulut serigala.




    Lidah anak sapi tersebut menjelir keluar dan rahang bawah jauh lebih pendek. Bahkan, secara terus menerus mengangga seperti serigala yang mencari mangsa.

    Aksi dua ekor harimau bintang gigi ekor dan kepala ular

    Posted: 02 Feb 2011 07:00 AM PST



    kesian ular itu dijadikan barangan mainan sahaja...

    Boleh tak cari mana satu katak dalam gambar ini

    Posted: 02 Feb 2011 06:30 AM PST

    boleh tak nampak atau cari kataknya? 

    v


    v


    v


    v





    inilah rupa katak itu....

    Kesian budak ni kena rantai di tempat kerja ibubapa dia

    Posted: 02 Feb 2011 05:40 AM PST

    Budak ini dirantai di kerusi tempat kerja ibubapanya kerana
    tskut dia bermain dijalanraya...tak pasti budak ni cacat mental atau normal..






    [Hebat] Robot pengusir lebah

    Posted: 02 Feb 2011 04:00 AM PST

    Takut dengan lebah dan tak tahu cara untuk menyingkirkannya? Tenang kini ada robot punk yang mampu mengusir haiwan  itu.

    Ya, robot berambut Mohawk ini diciptakan oleh seorang profesor teknik yang bernama Hisashi Sekine dari Universitas Teikyo Jepun. Robot tersebut sengaja dibuat setelah Sekine mengalami kejadian buruk iaitu tersengat lebah sebanyak 90 kali ketika akan membersihkan sarang haiwan tersebut.

    Robot yang dinamai Mohican ini dikendalikan oleh remote yang mampu memanjat tangga dan menyembur ubat pengusir lebah secara langsung tanpa harus khuatir akan disengat. Mohican yang memiliki tinggi 6 inch ini dibuat dari logam ringan, beberapa material kayu dan memiliki motor di bahagian sendi.

    Lalu kenapa diberi rambut ala anak punk?  Sekine mengatakan bahawa secara ilmiah gaya rambut Mohawk mampu menakutkan para serangga yang agresif. Namun tak hanya sekedar berambut Mohawak, Sekine mengatakan robot buatannya boleh berbicara seperti anak punk lainnya.

    Anjing dengar vuvuzela sampai terkencing

    Posted: 02 Feb 2011 03:50 AM PST



    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Canggih buka beg duit dengan cap jari

    Posted: 02 Feb 2011 02:00 AM PST


    Ingin keamanan ektra pada beg duit anda? Berikut adalah beg duit berteknologi canggih yang melindungi anda dari tangan jahil sipeyeluk saku.

    Beg duit Dunhill ini, seperti dikutip PC World, melindungi isi  sehingga tak mudah diambil orang lain. Benda itu memiliki fitur keamanan biometrik di casing serat karbonnya. Jadi, hanya pemiliknya saja yang boleh membukanya.

    Anda harus menekankan jari ke sensor pembaca cap jari beg duit untuk membukanya. Hal ini serupa pembaca biometrik laptop.

    Beg duitt ini juga dilengkapi Bluetooth yang terhubung langsung dengan perangkat handphone pengguna.

    Fungsinya agar beg duit boleh merasakan keberadaan perangkat nandset pengguna dalam jarak lebih dari lima meter sehingga ketika dicuri, pemiliki boleh mengetahuinya. Dompet ini dijual dengan harga cukup mahal yakni US$ 825.

    Namun, jika seseorang memang berniat mengamankan wang dalam beg duit yang jumlahnya lebih besar dari harga itu, dompet Dunhill ini sangat berguna.

    Wow!!! Bil makan tengahari RM162,319

    Posted: 02 Feb 2011 01:00 AM PST

    NEW YORK – Seorang pemilik sebuah restoran di sini memperoleh 'durian runtuh' apabila premisnya dikunjungi pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich. lapor sebuah akhbar.

    Abramovich yang juga bilionair Rusia membayar £28,793 (RM162,319) untuk makan tengah hari di restoran makanan Itali, Nello bersama teman wanitanya, Dasha Zhukova, anak lelakinya, Arkady dan tiga orang rakan niaga kelmarin.
    ROMAN ABRAMOVICH bergambar bersama Nello Balan di New York Jumaat lalu manakala gambar kecil ialah bil makan tengah hari bilionair itu.

    "Apabila mereka mula membuat pesanan, saya faham bahawa mereka mahukan yang terbaik dan harga bukan persoalannya," kata pemilik restoran tersebut, Nello Balan.

    Mereka menjamu selera dengan hidangan mewah seperti kulat trufel, limpa dan pasta makanan laut dipadankan dengan beberapa jenis wain termahal di dunia.

    Lebih hebat kata seorang saksi, Abramovich langsung tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila beliau melihat bil hidangan mereka.

    Sebaliknya, lelaki ke-51 terkaya di dunia menurut majalah Forbes itu bertanya dengan sopan, sama ada bil tersebut termasuk caj perkhidmatan sebelum dimaklumkan caj perkhidmatan untuk hidangan mereka ialah £4,468 (RM25,188). – Agensi

    sumber : mran3238.wordpress.com

    Lukisan budak yang pertama dimerdekakan sebagai hamba

    Posted: 02 Feb 2011 12:30 AM PST

    Inilah lukisan pertama tentang seorang budak yang   dimerdekakan di Inggeris. Lukisan tersebut akan tetap b disimpan di Inggris untuk lima tahun ke depan.

    Lukisan William Hoare yang menggambar wajah seorang budak bernama Ayuba Suleiman Diallo --juga dikenal Job ben Solomon-- itu dibeli oleh Qatar Museums Authority (QMA) pada 2009. Pemerintah Inggeris tahun lalu melakukan larangan eksport sementara kerana nilai sejarah potret itu bagi sejarah Inggeris.

    Pemerintah Inggeris berusaha untuk membeli kembali lukisan tersebut. QMA menolak permintaan tersebut. Namun demikian, Mereka sepakat untuk meminjamkan lukisan bersejarah itu untuk  lima tahun ke depan.

    Wang, yang berhasil dikumpulkan oleh National Portrait Gallery untuk membeli kembali lukisan tersebut, akan dikembalikan kepada para penyumbang. Begitu pun juga dengan wang dari dana loteri nasional mahupun yayasan Art Fund.

    Lukisan itu dibuat untuk menghormati warga Afrika sebagai manusia yang sedarajat.Pengarah National Portrait Gallery di Inggeris, Sandy Nairne, mengatakan lukisan itu memberi pemahaman baru akan pertukaran budaya dan intelektual di separuh abad pertama abad 18.

    [Gila] Wanita ini hisap rokok sambil isi minyak

    Posted: 01 Feb 2011 11:45 PM PST

    image

    image

    image
    memang selamba saje wanita ini…bila diketahui gambarnya diambil barulah
    dia nak sorokkan rokok itu…..

    Sue Watson, Misionaris,pendeta yang kini menyerahkan hidupnya untuk Islam

    Posted: 01 Feb 2011 10:00 PM PST


    "Apa yang terjadi padamu?" Pertanyaan itu kerap diterimanya ketika bertemu bekas teman-teman sekolah, teman dan pendeta ketika mengetahui dirinya telah memeluk Islam. Mereka hairan dan tak habis berfikir mengapa Sue Watson, seorang profesor, pendeta, dan misionaris, yang pantas disebut sebagai fundamentalis radikal, kini telah menjadi seorang Muslimah. Silahkan baca artikel di bawah ini yang dipetik dari republika.co.id untuk lebih jelasnya.

    Tapi itulah jalan hidup. Hidayah menghampiri Watson, membuatnya menjadi tertarik pada Islam, dan akhirnya memeluk agama yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW ini. Semua itu bermula ketika dia baru saja lulus dari pendidikan pasca sarjana. Lima bulan setelah mendapatkan gelar Master of Divinity (Ketuhanan) dari pusat pengajian ternama, dia bertemu seorang wanita yang pernah bekerja di Arab Saudi dan telah memeluk Islam.

    Jiwa misionarisnya muncul. Dia pun cuba bertanya-tanya kepada wanita itu dengan maksud menjalankan misi kristiannya. Kepada wanita itu, Watson bertanya tentang perlakuan Islam terhadap wanita. "Saya terkejut dengan jawapannya. Jawapan itu bukan yang saya harapkan, jadi saya bertanya lagi tentang Tuhan (Allah SWT) dan Muhammad," ujarnya. Namun wanita itu tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut. Wanita itu  mengajak Watson untuk berkunjung ke Islamic Center kerana di sana ada orang yang boleh menjawab pertanyaan itu dengan lebih baik.

    Selama lapan tahun, Watson kuliah di sekolah teologi. Sebagai seorang penganut Kristian yang taat, dia memandang Islam sebagai agama setan. Dalam setiap doanya, dia meminta kepada Yesus agar dilindungi dari roh-roh jahat. Namun setelah peristiwa di atas dan dia kemudian berdialog di Islamic Center tersebut, dia seperti mendapatkan pandangan lain tentang Islam. "Saya cukup terkejut dengan pendekatan mereka (umat Islam), kerana indah dan tegas. Tidak ada intimidasi, pelecehan (terhadap agama lain), dan tak ada manipulasi psikologis," kisahnya.

    Bahkan, Watson menceritakan, ulama atau ustaz di Islamic Center itu menawarkan dirinya untuk mempelajari Alquran di rumahnya. "Ini seperti studi tandingan untuk injil. Saya tak percaya, mereka kemudian memberikan beberapa buku mengenai Islam dan mengatakan jika saya memiliki pertanyaan maka mereka akan bersedia menjawabnya di pejabat," katanya.

    Malamnya, Watson langsung membaca semua buku itu. Itulah untuk kali pertama, dia membaca buku tentang Islam yang ditulis oleh seorang Muslim sendiri. Selama ini, dia hanya membaca buku-buku mengenai Islam yang ditulis oleh orang Kristian. Keesokan harinya, dia kembali menemui Ustaz itu untuk menanyakan beberapa hal mengenai Islam yang didapatnya dari membaca buku itu. Hal itu terus terulang setiap hari selama seminggu. Hingga tanpa terasa, dia telah membaca sebanyak 12 buku dalam tempoh seminggu  itu.

    Dari situ, dia mulai memahami mengapa Muslim itu merupakan orang yang paling sulit di dunia ini untuk diajak memeluk Kristian. "Mengapa? Kerana tak ada lagi yang boleh ditawarkan kepada mereka (Muslim). Islam mengajarkan hubungan dengan Tuhan, pengampunan dosa, keselamatan, dan janji kehidupan yang kekal," paparnya.

    Selama menjalani proses dialog itu, secara alamiah, pertanyaan pertamanya terpusat kepada Allah, Tuhan-nya umat Islam. Siapakah Allah yang disembah kaum Muslim ini? Sebagai seorang Kristinn, dia diajarkan bahawa Allah itu merupakan Tuhan palsu. Namun setelah membaca buku Islam dan berdialog, dia baru mengetahui bahwa Allah itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui, dan Allah itu Esa. Tak ada Tuhan lain yang mendampingi Allah.

    Lantas, pertanyaan penting tentang Muhammad. Siapa ini Muhammad? Dia baru mengetahui bahwa umat Muslim tidak berdoa kepada Muhammad, seperti orang Kristian berdoa kepada Yesus. Dia (Muhammad) juga bukan seorang perantara, sehingga dilarang berdoa kepadanya. Dia pun mengetahui bahawa umat Islam juga percaya pada Yesus sebagai seorang nabi seperti Muhammad. Menurutnya, banyak kesalahfahaman dari penganut Kristian tentang Islam.

    Tanpa disedarinya, dia mulai mengakui kebenaran Islam. "Tapi saya tidak beralih memeluk Islam pada waktu itu juga kerana saya belum percaya sepenuhnya di dalam hati. Saya terus pergi ke gereja, membaca Alkitab, tapi di satu sisi juga belajar Islam di Islamic Center. "Saya benar-benar meminta petunjuk Tuhan, kerana tak mudah untuk pindah agama. Saya tak mahu kehilangan keselamatan," ucapnya.

    Dua bulan setelah proses pengenalannya tentang Islam, Watson masih terus meminta kepada Tuhan agar diberikan petunjuk. Hingga akhirnya, suatu ketika, dia merasakan ada sesuatu yang jatuh meresap ke dalam dirinya. "Saya lantas terduduk, dan itulah untuk kali pertama saya menyebut nama Allah SWT. Ada kedamaian yang dirasakan. Dan sejak itu, empat tahun lalu hingga sekarang, saya percaya bahkan Engkaulah satu-satunya Tuhan dan hanya Engkau Tuhan yang sesungguhnya," tuturnya.

    Keputusannya memeluk Islam bukannya tanpa risiko. Setelah menjadi mualaf, Watson dipecat dari pekerjaan sebagai pengajar di dua Perguruan Tinggi Kolese, djauhkan oleh bekas teman-temannya di sekolah Teologi dan sesama profesor teologi, dan tidak diakui lagi oleh keluarga suaminya. Pilihannya itu juga di pandang negatif oleh anak-anaknya yang sudah dewasa dan dicurigai oleh pemerintahnya sendiri.

    "Tanpa adanya kekuatan iman, mungkin saya sudah tak sanggup menghadapi itu semua," ujarnya. "Saya sangat berterima kasih kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya sebagai Muslim. Dan saya berharap hidup dan mati sebagai Muslim."

    Bekas misionaris yang kini telah bergantii nama menjadi Khadijah Watson itu, sekarang bekerja sebagai seorang guru untuk melayani kalangan perempuan di salah satu pusat dakwah di Jeddah, Arab Saudi.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS