Adsense

Rabu, 2 Februari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Artis Indonesia : Dewi Persik dan Julia Perez Bergaduh !

Posted: 02 Feb 2011 08:54 AM PST

JAKARTA: Perselisihan faham antara Dewi Persik(gambar)dengan Julia Perez di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Karawang menimbulkan polemik yang cukup panjang.
Dewi Persik turut dikatakan tidak profesional oleh pengurusnya sendiri.


Pengurusnya Shangker tidak bersetuju dengan sikap Dewi Persik yang terlalu membesar-besarkan masalah kecil.


"Perkelahian ketika saat adegan pergaduhan adalah perkara biasa, dia seperti seorang yang tidak profesional kerana membesar-besarkan perkara itu," katanya.
Ketika adegan pergaduhan Dewi Persik dan Julia Perez, Shanker berusaha mendamaikannya, namun Dewi membawa perkara itu dengan melaporkan kepada pihak polis serta memanggil wartawan.


"Pada saya sikap Dewi ini hanya memalukan dirinya sendiri, padahal perkara kecil ini boleh diselesaikan dengan baik," katanya.



Info : Mstar


ZoOm : Lantak la...Tapi teruk juga artis-artis yang terkenal dengan keseksian di seberang ni...!!

Filem seram The Rite atasi No Strings Attached

Posted: 02 Feb 2011 08:23 AM PST

Marta Gastini dirasuk

LOS ANGELES 31 Jan. - Filem seram penghalau hantu The Rite lakonan Anthony Hopkins mengungguli carta box office Amerika Utara hujung minggu lalu dengan kutipan AS$15 juta (RM46.5 juta).
Ditayangkan kira-kira di 3,000 pawagam, filem itu berjaya menempatkan diri di tangga teratas carta walaupun mendapat ulasan negatif pengkritik.


Filem romantik No Strings Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher jatuh ke tangga kedua setelah sekadar mengumpul jualan tiket AS$13.7 juta (RM42.47 juta).
Filem aksi The Green Hornet dan The Mechanic seri di tempat ketiga dengan kutipan sama sebanyak AS$11.5 juta (RM36 juta).


Trailer : 



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kutipan Filem Khurafat 7 Juta Sehingga Semalam !!!

Posted: 02 Feb 2011 07:35 AM PST

PETALING JAYA: Kutipan filem Khurafat – Perjanjian Syaitan yang mencecah RM7 juta sehingga Selasa membuatkan pengarah Syamsul Yusof merancang untuk mengarah filem Khurafat 2 pada tahun ini.
Dengan kejayaan sambutan filem tersebut sejak ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu, Syamsul sudah dapat menarik nafas lega dan mula lena tidur.
Kutipan filem tersebut telah melepasi kos produksi sebanyak RM1.7 juta.


zOoM : tAHNIAH Syamsul !!! Apa kata anda yang dah menonton filem ini ?


Konsert "Triple Malaysia In Concert " Bermula Mac Depan

Posted: 02 Feb 2011 07:06 AM PST

Satu lagi konsert yang diatur untuk peminat irama rock di luar sana kerana ada pihak yang akan menampilkan beberapa kumpulan rocak bersama masyarakat di luar sana. Konsert yang menampilkan kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan bermula di Dataran Masyarakat Gemenceh, Negeri Sembilan.


"Salah satu objektif utama konsert ini adalah untuk mengangkat kembali muzik rock 80-an yang sebenarnya masih mempunyai ramai peminat terutamanya di luar bandar," jelas Mohd Asri Ramli, pengarah urusan syarikat penganjur, Triple Trouble Entertainment.
"Konsert ini adalah merupakan konsert dalam karnival di mana pelbagai agensi kerajaan akan membuka gerai pameran yang dapat dilawati para pengunjung. Ia juga diharapkan dapat memberi informasi yang berfaedah kepada mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan belia," tambahnya.
"Ini juga merupakan salah satu cara kami untuk mengetengahkan imej positif rock kapak yang sering disalah anggap sejak zaman kegemilangan lagi,"
Info : Mstar 


Dan Tiket berharga RM50 dan boleh didapati dipejabat Undangan Negeri dan juga kedai muzik disekitar kawasan konsert akan diadakan.


ZoOm : Apa Kata Anda ?

[PIC] Gadis yang menjolok mata

Posted: 01 Feb 2011 07:31 PM PST

Huh...terkejut juga bila ada orang yang selamber menjolok mata dia macam ni, entah mata dia dah kebal atau dah lalu dengan jari-jari dia kot. Letih sebab semalam sibuk berniaga dekat UPTOWN dekat Kelana Jaya, layan gambar dan cerita lucu dapat merehatkan badan dan minda anda.

Artis Indonesia Indra L. Bruggman Tolak Filem Seks

Posted: 01 Feb 2011 07:21 PM PST

Macam-macam juga cerita artis dari seberang kalau sebelum ini hukuman vokalis Peterpan iaitu Ariel dipersoalkan oleh sesetengah pihak kerana terlalu ringan. Namun bagi ZoOm ada lagi pihak diluar sana yang perlu dikenakan hukuman selain daripada si pelaku yang kantoi. 


Contohnya macam cerita artis bernama Indra daripada Indonesia ini yang khabarnya ditawarkan untuk beraksi panas dalam filem terbaru, namun beliau menolaknya. Berikut diantara "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan mengenai kariernya.

"Beberapa bulan lalu saya dapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem. Setelah berbincang dan mengetahui filem itu ada unsur seks, saya menolaknya. Tak kisahlah kalau saya tak dapat tawaran berlakon kalau tawarannya sebegitu," kata Indra kepada Mangga Online semasa ditemui di Jakarta baru-baru ini.

ZoOm : Kalau boleh si pengarah, penerbit dan siapa-siapa sahaja yang terbabit sehingga  adanya lakonan atau aksi panas. Apa pula Kata Anda di ZoOmartis ?

Zizie Ezette di Tahan Di Hospital Ampang Suspek Denggi !!!

Posted: 01 Feb 2011 07:04 PM PST

Menurut isteri kepada YB Bung Mokhtar ini beliau dimasukkan ke hospital pakar Ampang isnin lalu kerana suspek denggi. Khabarnya beliau berseorangan dirumah kerana suami berada di Sabah ketika beliau tengah demam teruk, nasib baiklah ibu Zizie ada dan menghantar ke Hospital Ampang.


Zizie juga mengatakan mungkin beliau dijangkiti ketika bercuti di Filipina bersama suami tersayang yang sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai YB. 


Nak buat macam mana suami jauh dan perlu berkhimat untuk masyarakat dan Negara khasnya.


Apa-apa pun semoga sihat walafiat.