Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 RalliArt, RM135400

Posted: 24 Oct 2010 04:24 AM PDT

Ini cubaan pertama kami untuk menulis artikel berkenaan kereta, bukan mudah sebenarnya kerana kami tidak mempunyai kemahiran teknikal seperti yang dimiliki oleh rakan media, Paultan.org.

Belum test-drive, hati kami terus tertawan dengan bentuk sporty yang dimiliki oleh keluaran terbaru Mitsubishi, Lancer Sportback Ralliart. Terdapat 2 versi bagi kategori ini, iaitu Lancer Sportback dan Lancer Sportback Ralliart – Limited Edition yang masing-masing berharga OTW RM132,980 dan RM134,500.

Lancer Sportback Ralliart dilengkapi dengan enjin MIVEC 2.4L, untuk kereta seberat 1.9 tan enjin ini memang mempunyai cukup tenaga untuk memecut ketika di lebuh raya mahu pun ketika memotong. Dari segi exterior, kereta ini disifatkan cukup seksi melengkapi citarasa seorang eksekutif muda yang inginkan perhatian daripada gadis-gadis di luar sana di samping mengekalkan mood seorang pemecut tegar.

Didatangi dalam 3 warna, iaitu Lightning Blue, White Sold dan Black Mica, 3 variasi warna yang popular ini menjadi pilihan Mitsubishi. Selain itu, saduran chrome pada ekzos melengkapkan ciri awesome sebuah kereta bernama Lancer.

Dari segi interior pula, sekali masuk, fuh selesa habis. Tempat duduknya jenis sporty dibaluti dengan kulit Nappa yang kerap kali diguna pakai dalam kenderaan kelas mewah. Macam duduk dalam kereta menteri beb!

Lagi gambar tangkap leleh Lancer Sportback selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sentuhan jari ganti berus

Posted: 24 Oct 2010 05:07 PM PDT




BERKELULUSAN Sarjana Muda Sumber Manusia di National Conservatory of Arts and Crafts (CNAM), Paris, jejaka tinggi lampai David Arbid tidak pernah kesal dengan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan kerjaya yang stabil dalam dunia perbankan.

Jejaka berusia 32 tahun itu malah berbangga apabila dia kini menikmati kepuasan hidup dengan mempertaruhkan bakat dan sentuhan seni kreatif dalam dirinya.

Kerjayanya bermula sebagai pegawai pembantu sumber manusia di salah sebuah bank di Paris. Tidak membayangkan tugas itu bakal membentuk profil kerjaya untuk selama-lamanya, David mengambil keputusan untuk menyertai Akademi Make Up For Ever (MUFE) di tengah kota fesyen tersebut.

"Tanpa melepaskan jawatan di bank tersebut, saya membahagi waktu untuk mengikuti kelas solekan di akademi tersebut selama setahun.

"Salah satu sebab yang membuatkan saya tergerak hati untuk fokus ke arah dunia solekan adalah kerana mengikut gerak hati dan percaya pada kurniaan bakat melukis saya sejak kecil.

"Saya rasa skil menyolek wajah seseorang seolah-olah sedang melukis. Ini kerana anda sentiasa bermain dengan berus dan warna," katanya yang mencari kelainan dengan mengasah skil solekan menggunakan calitan jari.

Menurut David, keluarganya merestui dirinya menceburi bidang solekan berbanding lukisan secara sepenuh masa kerana prospek pendapatan yang lebih lumayan.

Tamat sahaja pengajian di akademi MUFE, David meletakkan jawatan utamanya di bank demi memenuhi permintaan orang ramai yang mahukan sentuhannya.

Sewaktu itu, David lebih banyak bergerak sendirian tanpa terikat dengan mana-mana syarikat kosmetik. Sungguh pun begitu, dia tidak pernah kehilangan punca pendapatan.

Bahkan, ada sahaja jemputan yang memerlukan perkhidmatan jurusolek seperti di Milan, London dan Seoul.

"Setelah banyak masa diluangkan dengan bergerak sendirian, saya mula mendapat perhatian jenama kosmetik Make Up For Ever.

"Bermula Jun 2007, secara rasmi saya bergelar sebagai jurusolek antarabangsa untuk jenama itu," ujarnya bangga namun merendah diri.

Tanpa berselindung, David turut mengakui bahawa dia sedikit pun tidak berasa gusar melepaskan jawatan di bank.


DAVID yakin dengan sentuhan jarinya untuk meratakan solekan.


Dia berpendapat, kehidupan sebagai jurusolek sungguh menghiburkan. Kelebihan mengelilingi ke seluruh pelosok dunia menghadiahkan dirinya dengan pengalaman yang mengujakan.

Bertemu dengan ramai orang dan sering berkomunikasi membuatkan David semakin yakin berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

"Bukan itu sahaja, apabila saya mendapat pujian daripada pelanggan, ia akan membuatkan diri semakin berkobar-kobar untuk menghasilkan solekan yang lebih cantik dan artistik," ungkapnya sambil menunjukkan beberapa produk MUFE yang tersusun di atas meja.

Di sebalik kegembiraan itu, David tidak menafikan tentang hakikat dan cabaran kerja yang perlu dihadapinya. Paling dirindui jejaka itu adalah peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati hidangan istimewa di tanah airnya.

Disebabkan terlalu kerap berkunjung ke negara asing, David menyatakan perkara paling tidak disukainya adalah pertukaran waktu tidur.

Masalah itu menyebabkan dia sukar untuk melelapkan mata sekali gus akan keletihan akibat tidak cukup tidur.

Solekan berkualiti

Rancak berkongsi pengalaman sambil menunggu persiapan modelnya mendandan rambut dan menukar persalinan, David telah memperkenalkan produk MUFE yang terbaru iaitu Aqua (produk kosmetik kalis air) dan HD (berformatkan definisi tinggi).

Katanya, kedua-dua produk tersebut mempunyai kepentingan berlainan. Misalnya, bagi Aqua, penggunaannya cukup membanggakan apabila solekan wajah tidak akan terjejas meskipun terkena air.

"Kalau menyelam dengan menggunakan produk Aqua solekan mampu bertahan minimum dua jam," ulasnya sambil melakukan demonstrasi mekap Aqua menggunakan air.

Sama juga situasi bagi kaum wanita yang ingin bersukan tetapi risau jika mekap mereka akan rosak dan sebagainya. Aqua masih mampu bertahun walaupun anda diliputi dengan titisan peluh.


MASYARAKAT Asia Barat menggemari solekan pembayang mata, kata David.


Mungkin kedengarannya janggal, namun jenis solekan sebegitu banyak gunanya untuk golongan atau acara tertentu seperti ahli pasukan renang berirama mahupun ketika pertunjukan fesyen kreatif.

Sementara itu, produk HD pula sering digunakan untuk menyolek selebriti atau tetamu yang muncul di program televisyen. Solekan HD menampakkan hasil yang lebih lembut dan semula jadi.

Tambahnya, kunci ramuan HD adalah ia dilindungi mikro pigmen yang mampu mengelakkan sebarang komplikasi kulit.

"HD mampu mengekalkan kelembapan kulit. Bukan hanya pada krim asas, malah bedak yang digunakan juga mengandungi seratus peratus silika," terang David.

Solekan dramatik

Setelah menerangkan serba sedikit mengenai produk MUFE, David lebih senang menunjukkan keberkesanan kosmetik tersebut ke atas wajah model.

Dimulakan dengan campuran bacuhan krim asas, jurusolek profesional itu mempunyai gaya tersendiri. Kelengkapan yang perlu ada bukanlah berus solek tetapi bekas khas yang digunakan untuk meletakkan warna air.

"Wanita sering tersalah pilih warna bedak asas. Mereka memilih warna yang tidak bersesuaian dengan ton kulit mereka.

"Kesalahan berkenaan menyebabkan wanita kadangkala tampil dengan solekan bedak asas yang terlalu putih, terlalu merah jambu dan ada ketikanya terlalu gelap untuk wajah mereka," nasihat David.

Sambil membuat sentuhan solekan, seperti biasa David yang berperwatakan peramah memberikan beberapa tip supaya solekan tidak mudah rosak.

Krew Stailo yang melihat sendiri cara solekan jurusolek itu mengakui sememangnya ia agak berlainan kerana dia mengutamakan bahagian mata terlebih dahulu.

Mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyiapkan solekan mata, David menyatakan, tujuan utama dia tidak menyapukan krim asas terlebih dahulu kerana kemungkinan pembayang mata yang digunakan akan terkena pada wajah anda.


DAVID memiliki 58 jenis berus untuk kegunaan berbeza.


"Saya tidak mahu buat kerja dua kali, jadi saya utamakan bahagian mata yang ingin kelihatan lebih glamor. Begitu juga dengan penggunaan penyamar noda," ulasnya.

Tekun melihat pergerakan tangannya yang ingin menghasilkan sentuhan menakjubkan, penggunaan penyamar noda akan digunakan pada bahagian zon T, bawah mata dan sekeliling bibir.

"Walaupun anda tidak mempunyai masalah kulit muka, amalkan penggunaan penyamar noda untuk bahagian itu," ujarnya ringkas.

Setelah selesai dan berpuas hati dengan sentuhannya itu, David meletakkan berus yang dipegang sekali lagi menunjukkan gaya tersendiri dengan meratakan solekan itu menggunakan jari tangan.

David memberitahu, sentuhan terakhir mestilah disempurnakan dengan tangan jurusolek dan bukannya dengan berus. Ia bagai satu signatur profesional.

Bijaksana suai padan

Posted: 24 Oct 2010 05:06 PM PDT


GABUNGAN imej vintaj dan moden sesuai untuk aktiviti bersiar-siar.


SEHELAI baju T, kemeja atau dres yang mempunyai potongan ringkas boleh diubah suai untuk menjadikan gaya pemakaian anda kelihatan lebih ranggi. Meskipun begitu, apabila kerap memakainya, mungkin anda mula bosan dengan penampilan yang sama.

Semuanya gara-gara ilham berfesyen tidak 'kunjung tiba'. Pakaian itu akhirnya disimpan begitu sahaja memenuhi almari peribadi hanya kerana anda masih menyayanginya lantaran ia masih dalam keadaan baik.

Stailo mengesyorkan, jangan meminggirkan terus pakaian tersebut kerana anda boleh mengubahnya menjadi sesuatu yang luar biasa.

Kalau kena pada olahannya, mungkin juga rakan-rakan akan memberi pujian apabila melihat anda tampil berbeza.


HIMPUNAN kemeja dan baju T yang memenuhi selera generasi muda.


Terbaru, pertunjukan jenama yang sering menjadi pilihan remaja masa kini iaitu Pull & Bear banyak menekankan aspek kebijaksanaan konsep suai padan.

Misalnya, dres labuh flora tanpa lengan dipadankan dengan pemakaian jaket kulit sekali gus gaya pemakainya kelihatan lebih urban.

Pull & Bear menampilkan lima kategori fesyen wanita iaitu Women My Beloved Watson yang menetapkan ciri jahitan dan fabrik klasik seperti Harris Tweed.

Seterusnya Bonnie and Clyde pula mengambil inspirasi daripada filem gengster Bonnie and Clyde yang popular sekitar tahun 1967. Kesemua koleksinya bercirikan ringkas tetapi mempunyai elemen lasak.


GAYA lasak ala seorang peninju.


Pilihan warna yang digunakan adalah kelabu, merah dan biru. Meskipun terdapat unsur warna merah, ia sebenarnya tidak terlalu terang malah terjalin baik dengan rona lain.

Bagi kategori Love Story, gaya yang diutamakan mengangkat tema romantis. Baju kot yang mempunyai bulu di bahagian leher meningkatkan lagi aura manis si pemakai.

Pin-Up Granny pula menampilkan gaya hebat era 50-an yang tersohor dengan fesyen retro. Sentuhan potongan vintaj diutamakan dengan imej binatang, bunga-bunga kecil dan objek.

Akhir sekali bagi fesyen wanita adalah Montgomery High School. Gambaran tepat yang anda boleh bayangkan adalah koleksi baju pinafor, penggunaan fabrik berasaskan bulu biri-biri, seluar paras pinggang dan sarung kaki.

Dalam pada itu, gaya lelaki macho turut tidak ketinggalan untuk dipersembahkan di butik Pull & Bear, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kehangatan koleksi kali ini dipecahkan kepada lapan kategori. Antaranya ialah Men's Mod yang berasaskan fesyen dan muzik.


PELBAGAI seleksi kasut untuk jejaka.


Ia seolah-olah mengangkat gaya selebriti Small Faces, The Kinks, The Who dan The Action. Pilihan seterusnya adalah Soho mampu memberi kepuasan kepada jejaka yang gemar untuk tampil kasual.

Selain itu, jejaka yang sudah lama mengimpikan memakai baju berleher tinggi lebih sesuai dengan kategori Sea Wolf yang mengekalkan ciri klasik melalui warna celoreng dan lambang lanun.

Hapus Aedes di setiap penjuru

Posted: 24 Oct 2010 05:04 PM PDT


DARI KIRI: Pengarah Hal Ehwal Kerajaan dan Undang-UndangTesco Malaysia, Azlam Shah Alias, Rosnah dan Gary menyampaikan risalah mengenai denggi kepada penduduk setempat.


PERJUANGAN menentang wabak denggi tidak pernah dilupakan sama sekali. Lebih daripada itu, peringatan sering dilaungkan bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya penyakit pandemik global itu.

Namun, sejauh manakah keberkesanan kempen yang dianjurkan dalam pelbagai bentuk itu jika masyarakat masih mengamalkan sikap lepas tangan?

Kalau di kawasan taman perumahan, masing-masing saling menuduh dengan mempertikaikan bahawa rumah jiran yang kotor hingga menyebabkan kawasan mereka menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku malah penerimaan teguran terbuka dan saling mengingati antara satu sama lain mampu menjamin kehidupan yang lebih sihat.

Daripada satu sudut lain, timbul juga sikap sebilangan masyarakat yang tidak peka dalam mendapatkan rawatan segera apabila menghidapi demam ataupun tanda-tanda jangkitan wabak denggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Rosnah Hadis, sebanyak 20 peratus daripada jumlah kematian akibat demam denggi disumbangkan faktor tersebut.

"Jumlah kes terkini wabak denggi berjumlah 39,932 kes dengan peningkatan sebanyak 17 peratus. Kes kematian kini meningkat kepada 114 kes iaitu peningkatan sebanyak 61 peratus berbanding 71 kes dicatatkan sepanjang tempoh sama tahun lepas.

"Selangor masih kekal sebagai negeri tertinggi dengan mencatatkan statistik 13,837 kes denggi," kata Rosnah.


ROSNAH (tengah) turun padang menjayakan kempen menentang Aedes dan denggi.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican sempena majlis Program Membanteras Aedes bersama syarikat Sara Lee Malaysia dan Tesco Malaysia Sdn. Bhd..

Majlis tersebut memilih pangsapuri Seksyen 7, Kota Damansara sebagai lokasi kempen bergerak dari rumah ke rumah kerana ia merupakan kawasan 'panas' denggi.

Antara intipati kempen yang diadakan sehingga bulan depan adalah setiap kakitangan syarikat itu akan mengunjungi penduduk setempat untuk memberi nasihat mengenai bahaya denggi selain mengedarkan produk racun serangga.

"Penduduk harus tahu, sekiranya kawasan rumah mereka bersih, ia tidak bermakna tiada wabak denggi. Disebabkan persekitaran taman perumahan itu tidak dijaga maka ia akan menjejaskan keseluruhan tempat itu," jelas Naib Presiden Kanan Sara Lee Malaysia, Gary Brown.

Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah dengan menggunakan racun serangga aerosol di dalam rumah sebagai amalan mingguan membunuh nyamuk dewasa.

Jenama racun serangga itu sudah sekian lama terlibat secara aktif dalam kempen membantu masyarakat mengekang wabak denggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Diana Amir Berambut Pendek Demi Filem 321 Cinta

Posted: 24 Oct 2010 05:42 PM PDT

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 321 CINTA

Korang jangan terkejut kerana itu sememangnya Diana Amir. Seperti info yang diberikan kepada kami, dia berambut pendek ni demi filem 321 Cinta dan dalam filem tu dia memegang watak sebagai seorang tomboy. Kalau nak tahu lebih-lebih, kenalah tengok filem tu nanti. Huhu..

Lagi gambar Diana Amir dengan rambut pendek'nya kat bawah ni. Jom usya.

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 3 2 1 CINTA

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 3 2 1 CINTA

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 3 2 1 CINTA

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 3 2 1 CINTA

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 3 2 1 CINTA

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 321 CINTA

GAMBAR DIANA AMIR BERAMBUT PENDEK DEMI FILEM 3 2 1 CINTA

Psstt: Jom terjah www.zonbebas.com

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-23

Posted: 24 Oct 2010 09:35 AM PDT

KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-23

Sebentar tadi telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia (FFM) yang ke-23 dimana ianya adalah untuk mengiktiraf hasil karya para karyawan dan juga mengiktiraf bakat seni para pelakon. Berikut merupakan keputusan penuh Festival Filem Malaysia yang ke-23

Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia Ke-23

1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika (KRU Studios)

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Filem Magika)

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas (Filem Magika)

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran (Filem Estet)

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking (Filem Belukar)

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don (Filem Magika)

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin (Filem Adnan Sempit)

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Evolusi KL Drift 2)

11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim (Filem Magika)

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy (Kru Studios)

Keputusan Anugerah Utama Festival Filem Malaysia Ke-23

Anugerah Khas Juri FFM23:

- Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
- Filem Woohoo – Astro Shaw
- Filem Estet – Naga VSX
- Filem Muallaf – NZX Film

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik – Jumaatun Azmi (Filem Haq)

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

15. Anugerah Sinematografi Terbaik – Raja Mukhriz (Filem Niyang Rapik)

16. Anugerah Penyunting Terbaik – Hisyam Jupri & Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Magika)

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik – Buas

19. Anugerah Dokumentari Terbaik – Suatu Ketika Laskar Senoi (Astro Entertaiment)

20. Anugerah Filem Pendek Terbaik – Project

21. Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23 – Seniman Tamam Idris

22. Filem Boxoffice FFM23 – Filem Adnan Sempit

23. Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 – Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

24. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 – Johari Ibrahim

25. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Bront Palarae (Filem Belukar)

26. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)

27. Anugerah Pengarah Filem Terbaik – Shamsul Yusof (Skop Productions)

28. Anugerah Filem Terbaik FFM23 – Filem Magika

Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Error establishing a database connection

Posted:

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Kisah benar,adik beradik kongsi isteri

Posted: 24 Oct 2010 09:07 PM PDT

Amar dan Kundan Singh Pundir adalah adik beradik kandung. Amar bekerja sebagai pemecah batu, sedangkan Kundan, abangnya bekerja sebagi petani iaitu pekerjaan warisan orangtua mereka di Himachal Pradesh, India.



Mereka yang berusia dalam 40-an  tinggal bersama. Mereka berkongsi apa saja, rumah, pekerjaan, bahkan berkongsi isteri. "Sudah menjadi tradisi kami sejak awal untuk memiliki keluarga dari lima atau 10 orang. Dua bersaudara dengan satu istri," kata Kundan.

Amalan seperti ini disebut fraternal polyandry, adik beradik dari satu keluarga berkahwin dengan perempuan yang sama. Biasanya, pernikahan seperti ini bermotif tradisi dan ekonomi.Bagi kebanyakan orang, cara seperti ini memang salah, namun tidak bagi dua ratus orang yang tinggal di desa tersebut. Kebanyakkan mereka mengamalkan tradisi ini termasuklah Kundan dan Amar.


Kampung ini terletak di sebuah bukit setinggi hampir 180 meter. Sebahagian besar penduduknya hidup bercucuk tanam. Di wilayah yang terpencil dan sempit ini membuat mereka sukar untuk keluar apalagi untuk mencari isteri dan membahagikan harta. Jadi, daripada mencari isteri dan membahagikan harta warisanlebih baik  mereka  menikah dengan perempuan yang sama. Dengan begitu, tanah warisan tidak terbahagi-bahagi lagi.

Indira Devi, mengaku hidup dengan dua suami bukan perkara mudah. "Kami sering bertengkar," katanya. Sama seperti keluarga lain, pertengkaran mereka biasanya kerana masalah hidup. "Biasanya memang masalah sehari-hari, seperti mengapa kamu tidak melakukan ini atau itu," katanya.

Hal yang membuat mereka selalu bersetuju bersama adalah punya anak. Dengan Kundan dan Amar, Indira memiliki tiga anak, dua laki-laki dan satu perempuan. Bagaimana dengan kehidupan seks mereka? "Kami membuat shift, bergilir setiap malam. Kalau tidak begitu, tak akan berjalan baik," kata Kundan.

"Agar kehidupan berkeluarga berjalan dengan baik, kami harus melakukannya.Kami boleh melakukan dengan baik supaya tidak ada yang berkecil hati"ujar Amar

Ketika ditanya ayah kandung setiap anak, Amar dan Kundan mengaku tidak tahu. Anak-anak mereka pun tidak peduli. "Sama saja kerana ibu dan ayah adalah dewa bagi saya," kata Sunita Singh Pundir, 17, anak perempuan keluarga itu.

Anak pertama dan ketiga Pundir yang lelaki ingin meneruskan tradisi tersebut. "Tentu saja," kata Sonha, anak tertua. Dia dan adik lelakinya mengatakan sudah membicarakan itu dan akan segera menikah dengan perempuan yang sama. Namun tidak demikian dengan Sunita. Dia menegaskan tak ingin meneruskan tradisi itu. "Saya ingin punya satu suami saja," sahutnya.

Hanya, ketika dihadapkan pada cinta dan tradisi, Sunita mengaku memilih tradisi. "Saya tak akan pernah meninggalkan tradisi meski harus mengabaikan cinta. Saya tak akan merendahkan martabat orangtua dan saudara lelaki saya," lanjut Sunita.

Biasanya, pernikahan seperti itu sudah diatur dan rata-rata para perempuan di desa itu juga memiliki dua suami. Bahkan ada yang punya tiga atau empat suami, bergantung pada jumlah adik beradik yang dimiliki keluarga suami mereka.

Fraternal polyandry sebenarnya tindakan yang melanggar hukum di India, walupun secara sosial dapat diterima bagi sebahagian masyarakat di sana. Tak ada satupun pejabat pemerintah yang terganggu dengan para penduduk yang melanggar hukum itu. "Sudah terjadi sejak lama. Saudari tiri saya juga punya dua suami, begitu juga dengan ibu tiri saya," kata Indira.

Lelaki ganggu siaran langsung hanya untuk bertanya dimana tandas?

Posted: 24 Oct 2010 08:35 PM PDT

Seorang lelaki Belanda yang sedang menonton rancangan  "Pauw &Whiterrman" telah bangun daripada tempat duduknya semata-mata untuk bertanya "Di mana tandas" kepada pengacara rancangan yang sedang menemubual jemputannya.Ganguan itu berlaku selama 15 saat dan rancangan itu disiarkan secara lansung...






Lelaki tersangkut tangan di lubang tandas ketika ambil handphone

Posted: 24 Oct 2010 07:32 PM PDT

Seorang lelaki dari Daerah Jiangsu di China bernasib malang kerana tangannya tersangkut di lubang tandas ketika cuba mengambil handphonenya yang terjatuh kedalam lubang tandas itu.Pasukan penyelamat terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan tangannya....(link)






Gunting rambut tanpa memakai baju

Posted: 24 Oct 2010 06:10 PM PDT

Sebuah salun di Sydney menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju.

Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.

Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.

"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.

Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki.-kosmo online









bk-semakin maju dunia ,pemikiran manusia semakin mundur kebelakang.KENAPA?






Aksi menarik tentera India dan Pakistan di batasan sempadan

Posted: 24 Oct 2010 05:25 PM PDT

Aksi yang sungguh menarik....




Buang tuala wanita bersepah -sepah

Posted: 24 Oct 2010 04:00 PM PDT

Kesian lelaki ini....
akibat buang tuala bersepah-sepah ..
habis helmet dia..



Berani one by one lah....

Posted: 24 Oct 2010 11:01 AM PDT

5 lawan 1,MACAM NI HABISLAH...
BERANI ONE BY ONE LAH.....


Keluarga penagih

Posted: 24 Oct 2010 10:01 AM PDT

Satu keluarga menjadi penagih...







35 tahun tak mandi untuk mendapatkan anak lelaki

Posted: 24 Oct 2010 09:01 AM PDT

Berbagai cara dilakukan untuk mencapai keinginan. Seperti yang dilakukan seorang lelaki di India yang rela tidak mandi, demi mendapatkan seorang anak laki-laki. Tujuh orang anak perempuan belum memuaskan hati lelaki yang berusia 63 tahun ini.

Kailash "Kalau'" Singh, sudah tidak mandi semenjak 35 tahun. Dia mengganti mandi dan menggosok gigi dengan "mandi api" setiap siang. Caranya, dia berdiri dengan satu kaki di samping api unggun, menghisap mariyuana, dan berdoa kepada Dewa Shiwa.Mandi api dapat membunuh kuman dan infeksi di tubuh alasan yang diberikannya.

Kalau (63), yang tinggal di luar kota suci Varanasi, telah menolak ritual mandi di Sungai Gangga saat saudara lelakinya meninggal dunia lima tahun lalu.

Kebanyakan masyarakat India menginginkan anak laki-laki  untuk menyambung hidup dan mencari nafkah. Sementara anak perempuan kerap dianggap sebagai beban.

Sehati sejiwa

Posted: 24 Oct 2010 08:30 AM PDT

betul-betul sehati sejiwa...



Chopsticks dengan bentuk yang pelik tapi dwi fungsi

Posted: 24 Oct 2010 07:00 AM PDT

 Chopstick Glasses

 Sauce Dispensers

Forkchops

 Collapsible Chopsticks

The Chopstick Bra

Recycled Baseball Bats

 Samurai Swords

 Lightsabers

Pocky

Clothespins

Zoo Animals

Chimpsticks

Jika di suruh mengayakan fesyen rambut begini,sanggupkah kita?

Posted: 24 Oct 2010 06:00 AM PDT












ada yang sanggup?


Tertelan gunting

Posted: 24 Oct 2010 05:07 AM PDT


Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak-kanak.Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang berukuran 4in (10 cm).

Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil gigi setelah makan tetapi akibat ada dianatara kawannya ynag berbuat lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan masuk kekerongkongnya.

Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke hospital di Putian China.

Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah masuk kaedalam kerongkongnya.

Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya di keluarkan.Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di bahagian kerongkongnya.


Model terbaru jeans,sexy

Posted: 24 Oct 2010 04:31 AM PDT

Inilah model terbaru jeans..
unik tetapi terlampau lucah...
tak sesuai dengan budaya kita....




Kucing yang menjadi fotografer

Posted: 24 Oct 2010 03:00 AM PDT

Cooper adalah seekor kucing biasa berusia 4 tahun yang tinggal di Seattle. Setiap seminggu sekali dia alan di pakaikan dileher sebuah kamera digital dan kemudian kucing ini akan berjalan.Kamera digital ini  akan mengambil gambar secara automatik setiap 2 minit sekali.






dan inilah hasil gambar yang di amabil melalui 
kamera digitalnya.....






Korban kemarahan wanita

Posted: 24 Oct 2010 02:30 AM PDT

Terlebih dulu ingin meminta maaf....
mungkin gambar ini agak kelihatan  lucah tetapi sebenarnya 
tiada niat untuk berbuat perkara yang tidak senonoh...
cuma ingin berkongsi kesan daripada amarah yang tidak terkawal...
kepada sesiapa yang terganggu dengan gambar ini..sekali lagi
mohon kemaafan.....korban daripada kemarahan
wanita.....Jangan sesekali kita mencabar kesabaran
insan yang di panggil wanita......



Kejadian dan manusia aneh di pasar raya

Posted: 24 Oct 2010 12:33 AM PDT






Bertarung dengan burung sendiri kena penjara

Posted: 23 Oct 2010 11:12 PM PDT

Jackson, Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat, berusia 49 tahun terpaksa  duduk di penjara  gara-gara "bertarung" dengan burung nuri peliharaannya yang diletakkan di dam beg pinggangnya.


Menurut seorang saksi, Jackson menggoncang burung yang berbulu warna-warni itu dengan kuat sehingga bulu-bulunya tercabut.

Polis bertindak kerana aduan yang di buat oleh  tiga orang yang melakukan panggilan kecemasan ke 911 berkaitan dengan "insiden burung nuri" itu.

 Leftenan Renee Bush, mengatakan, burung nuri itu seperti "menjerit" ketika polis datang menghampiri pemilik burung itu. Burung itu seperti  melawan tuannya serta melukakan tangan pemiliknya sehingga berdarah.

Burung pun "cedera", matanya merah dan ada juga bulu-bulunya yang tercabut. Polis itu pun mengatakan, burung  berada seperti dalam kesakitan.

Ketika ditanya, mengapa ia sampai berbuat sekasar itu pada burung? Pemuda yang terpaksa harus merengkok di penjara wilayah Washtenaw itu mengaku, dia sebenarnya sedang melatih  burung miliknya untuk "belajar disiplin".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS