Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Video : Kemaafan Lebaran – FIRDAUS feat Youk Bunkface & Faris Awanband

Posted: 26 Aug 2011 09:07 PM PDT

Home > Video > Video : Kemaafan Lebaran – FIRDAUS feat Youk Bunkface & Faris Awanband

Kemaafan Lebaran, sebuah video klip yang menampilkan kumpulan Firdaus bersama Youk Bunkface & Faris Awanband telah dilancarkan untuk tontonan umum pada 12 Ogos yang lepas. Lagu ini turut mendapat sentuhan AG Coco, produser serta orang di belakang tabir band Hujan.

Menampilkan konsep Rock Raya, lagu Kemaafan Lebaran yang berdurasi 4:14 ini amat awesome dijadikan playlist anda ketika pulang ke kampung nanti. Enjoice the video after this jump!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in Video (1 of 99 articles)

Marion Caunter Dilantik Sebagai Duta Estee Lauder

Posted: 26 Aug 2011 08:44 PM PDT

Home > General > Marion Caunter Dilantik Sebagai Duta Estee Lauder

Estee Launder, produk kecantikan & penjagaan wajah wanita telah melantik Marion Rose Caunter sebagai duta produk, semalam.

"Marion Caunter dilantik kerana dia mempunyai senyuman, keunggulan serta sikap yang positif yang mencerminkan kriteria wanita elegan & moden, amat sesuai dikaitkan dengan produk-produk Estee Lauder," kata Katrina Liew, Pengurus Besar Penjenamaan, Estee Lauder Malaysia.

Marion Caunter akan dipaparkan dalam beberapa siri kempen iklan bermula Julai 2011 dan turut serta sebagai pengacara untuk program Estee Lauder Model Search 2011.

Selebriti ini mula mencipta nama sebagai hos untuk rancangan popular "8TV Quickie" sebelum menjadi hos untuk program seperti "One In A Million", "Channel V International", dan yang terkini, E! News Asia. Kini, Marion Caunter telah bergelar seorang isteri kepada CEO Naza Group, SM Nasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in General (1 of 995 articles)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Majlis Berbuka Puasa Faizal Tahir & Rockensteiners

Posted: 24 Aug 2011 05:10 AM PDT

MAJLIS IFTAR ROCKENSTEINERS CLUB BERSAMA FAIZAL TAHIR & RUMAH AMAL KASIH BESTARI

Rockensteiners Club (RC), Kelab Peminat Rasmi Faizal Tahir (FT) telah menganjurkan Majlis Iftar Rockensteiners Club Bersama Faizal Tahir dan Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB) pada hari Jumaat, 19 Ogos lalu bertempat di Tiara Rini Ballroom, The Royale Bintang The Curve, Mutiara Damansara. Majlis bertujuan merapatkan silaturrahim sesama peminat serta meraikan 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari. Selain itu dua buah tabung sumbangan telah diedarkan bagi diserahkan kepada RAKB dan kemanusiaan Konvoi Aqsa2Gaza2, anjuran Aqsa Syarif.

Faizal Tahir

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang amat meriah ini telah mendapat tajaan dari The Royale Bintang The Curve, Dutch Lady, SG Men, Kumpulan Media Karangkraf, Cake Studio, The 8 Unit dan Monkey Bone. Ia telah diacarakan oleh Anas Tahir dan Alif Azfar. Seramai 140 jemputan khas dan peminat telah hadir. Antara tetamu khas yang hadir pada majlis itu adalah Ahmad Izham Omar, Audi Mok, Omar K, Jennifer Thompson, Jacynta Au-Yong serta wakil penaja Dutch Lady, Kumpulan Media Karangkraf dan Cakes Studio. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan dari pengacara majlis serta wakil Rockensteiners Club. Sejurus selepas itu Faizal Tahir menyampaikan bacaan doa manakala Anas Tahir melaungkan azan bagi menandakan masuknya waktu berbuka puasa dan solat maghrib. Royale Bintang Hotel menyajikan hidangan buffet berbuka puasa yang menarik untuk santapan mereka yang hadir.

Selepas hadirin menunaikan solat maghrib disamping menjamu selera, pembuka tirai persembahan pada malam itu merupakan sebuah persembahan daripada sekumpulan peminat Faizal Tahir yang menggelarkan diri mereka sebagai Semesta Sisters. Mereka telah menyampaikan lagu "Bencinta" dengan iringan alunan keyboard. Majlis turut diselang-selikan dengan cabutan nombor bertuah yang mana hadiahnya ditaja oleh SG Men, The 8 Unit dan Monkey Bone. Seramai 5 orang peminat bertuah telah berjaya memenangi cabutan tersebut. Disamping itu, beberapa peminat terpilih juga berpeluang menujukan ucapan khas kepada Faizal Tahir yang berada di hadapan pentas.

Seterusnya hadirin dihiburkan oleh artis jemputan pada malam tersebut iaitu Iqa (Mentor) dan Zizan. Iqa yang kini bernaung di bawah label KRU Studios menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu tribute untuk Faizal Tahir, "Sampai Syurga" dan single beliau sendiri, "Di Penghujungnya". Zizan pula berjaya mencuit hati hadirin dengan aksi dan lawak jenakanya yang bersahaja. Anak-anak RAKB juga telah berjaya memukau hadirin dengan sebuah persembahan khas alunan nasyid yang sunguh merdu dan mengasyikkan. Sesungguhnya anak-anak ini memang berbakat walaupun rata-rata mereka baru berumur 12 tahun ke bawah.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan istimewa daripada Faizal Tahir dan The Royale FT Force. Faizal telah menyampaikan lagu dendangan asal Ebiet G. Ade berjudul "Berita Kepada Kawan", "Hanyut" dan "Selamat Malam". Menurut Faizal, persembahannya pada malam itu merupakan persembahan eksklusif untuk RC dan anak-anak RAKB kerana dia kini sedang berehat dari menerima sebarang jemputan nyanyian pada Ramadhan dan Hari Raya kali ini. Bagi menjadikan majlis lebih sempurna Faizal,

Azfar, Anas dan Iqa berkolaborasi menyampaikan lagu "Selamat Hari Raya" sebagai persembahan penutup.

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah penyampaian sumbangan ikhlas duit raya dari Faizal dan penaja iaitu Cakes Studio serta 'goody-bag' kepada anak-anak RAKB yang ditaja Ducth Lady dan Kumpulan Media Karangkraf. Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikankan sendiri oleh Faizal dan dibantu oleh wakil RC. Sebanyak RM 1,700.00 berjaya dikumpul menerusi kutipan tabung yang diedarkan sepanjang majlis berkenaan untuk disumbangkan kepada Rumah Amal Kasih Bestari dan misi kemanusiaan Konvoi Aqsa2Gaza2, anjuran Aqsa Syarif.

Terima kasih sekali lagi kepada penaja utama kami iaitu The Royale Bintang The Curve kerana sudi menjadi penaja bersama untuk majlis ini. Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada penaja –penaja hadiah dan 'goody-bag' yang diedarkan kepada para hadirin pada malam itu, iaitu Dutch Lady, SG Men, Kumpulan Media Karangkraf, Cake Studio, The 8 Unit dan Monkey Bone. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat lagi kita bersua di masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Astro 2011
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Senarai Program Menarik di RTM Sempena Merdeka Raya

    Posted: 24 Aug 2011 04:38 AM PDT

    LEBIH 100 PROGRAM KHAS MENARIK TEMUI PENONTON DAN PENDENGAR SETIA RTM SEMPENA AIDILFITRI, HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA

    KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bertemakan "Rayakan Merdeka", Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini menghimpunkan lebih 100 program khas menarik di tiga saluran TV merangkumi TV1, TV2 dan TVi serta radio-radionya sempena sambutan Aidilfitri, Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang disambut sepanjang Syawal 1432H.

    Menjelang raya pada 29 Ogos hingga 16 September 2011, penonton diajak menyaksikan variasi program-program khas disediakan. Jumlah program Raya ; TV1 menyediakan 58 program, TV2 dengan 30 program dan TVi menyajikan 12 program kesemuanya.

    Manakala program Merdeka pula menjanjikan 5 program di TV1, 7 program di TV2 dan sebuah program menerusi TVi. Tidak ketinggalan 3 program istimewa dalam meraikan Hari Malaysia.

    Tahun ini TV1 tampil dengan tagline "Syawal Dirai, Merdeka Dihayati" manakala TV2 pula bertemakan "Ceria Raya Merdeka". Tidak ketinggalan tahun ini juga menyaksikan TVi juga bakal menghiburkan penonton sepanjang perayaan ini dengan tagline "Setulus Perjuang Seindah Lebaran".

    MENJELANG RAYA (29 OGOS 2011 / ISNIN)

    Perutusan Khas Y.A.B Perdana Menteri yang disiarkan jam 9.00 malam mendahului siaran program khas Aidilfitri menjelang Raya pada 29 Ogos 2011 (Isnin) dan disusuli dengan laungan Gema Takbir, jam 9.30 malam di TV1.

    Menarik di saluran TV2 ; telemovie Puasa Terakhir, jam 12.30 tengah hari lakonan hebat Wan Maimunah, Ako Mustafa, Elly Mazlein, Heryanto, Shahrolnizam, Salina Salibi dan Siti Elizad yang mengisahkan Mak Ani yang dilupakan oleh anak-anaknya dan diletakkan di sebuah rumah jagaan orang tua. Keinginannya untuk bersama anak-anaknya dalam menyambut Ramadan menjadi kenyataan apabila Jamal, seorang sukarelawan menjemput anak-anaknya untuk berbuka bersama. Hakikatnya kesempatan itu adalah yang terakhir bagi mereka.

    Ceriakan Aidilfitri anda pada malam raya menerusi saluran sama dengan program Raya Sama-Sama secara langsung jam 10.00 malam. Program ini menampilkan pengacara Saiful Apek, Adibah Nor, Linda On dan Jep Sepah berkongsi ucapan raya di studio di samping mengundang Sepah, Sarah Raisuddin, Shila Amzah, Tomok, Black, Kristal, Farahwaheeda dan Wakaka Crew. Aizat, Tomok, Sharifah Aini, Faizal Tahir dan Misha Omar.

    Pastikan juga anda meluangkan masa berkongsikan kemeriahan sambutan menjelang raya dengan program disiarkan TVi berkonsepkan temubual serta ucapan raya orang ramai, personaliti dan warga RTM bertajuk Bingkisan i, jam 11.05 pagi. Program ini menampilkan pengacar Sonic dan Mimie Ibrahim (DJ KLfm) di samping mengundang artis ; Mila, Amir Sofaz dan Ernie Zakri.

    takbir raya bersama-sama di Morocco

    RAYA PERTAMA (30 OGOS 2011 / SELASA)

    Awal pagi 1 Syawal 1432H diraikan TV1 dengan menyiarkan Siaran Langsung Solat Sunat Aidil Fitri dari Masjid Negara mulai jam 8.00 pagi dan kemudiannya sebelah malam pula jam 11.30 malam penonton berpeluang menyaksikan Solat Sunat Aidil Fitri dari Masjidil Haram.

    Tayangan filem dan telefilem istimewa dari pagi hingga malam bersama Panggung Raya memeriahkan Raya Pertama dengan empat telefilem khas bermula dengan Shah Rukh Khan Malaysia pada jam 9.00 malam di TV1 lakonan Iqram Dinzly, Intan Ladyana, Afzan Abdul Rahman, Noor Hashimah, Mohd Yusmanja, Mohd Zaidin dan Widyawati. Drama komedi ini mengisahkan pemuda bernama Shah Rizal yang sangat meminatidan taksub dengan filem-filem Hindustan terutama Shah Rukh Khan dan sering mendengar lagu-lagunya. Minatnya yang mendalam terhadap filem dan lagu Hindustan membuatkannya lupa tentang tanggungjawabnya sebagai anak dan pelajar.

    Di saluran sama turut menyiarkan telefilem Panggung Raya : Hero Desa, jam 2.00 petang memaparkan plot tercetus dalam sebuah produksi yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung terpaksa mencari pelakon bidan terjun setelah pelakon asal menarik diri saat akhir. Setelah ujibakat diadakan, Ramli (Danny X Factor) seorang yang lurus bendul telah terpilih. Kehadiran heroin terkenal Lia Sandra (Julia Ziegler) menyebabkan hubungan Ramli dengan teman baiknya (Airis Yasmin) terganggu.

    Menyusul telemovie menarik di TV2, Berakhirnya Satu Penantian, jam 2.00 pagi yang mengajak penonton menghayati kisah seorang ibu lakonan Fauziah Nawi yang sentiasa merindui kepulangan anak tersayang yang terpisah jauh sejak sekian lama. Berkat doa dan kesabaran ibunya telah berjaya menginsafkan anaknya untuk pulang kepangkuannya. Turut membintangi drama ini Jalil Hamid, Fizz Fairuz, Ayu Raudhah, Eizlan Yusof dan Rozita Che Wan.

    Nantikan juga siaran telefilem Raya Sakan, jam 5.05 petang menerusi TVi mengisahkan konflik yang berlaku dalam senuah keluarga dalam membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman berhari raya.

    Sementara itu penonton TV2 berpeluang menyaksikan slot Movie Raya dengan tayangan filem Setem disiarkan jam 10.30 malam khas tontonan seisi keluarga yang membariskan pelakon hebat Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palare dan Rashidi Ishak.

    Seterusnya rancakkan Aidilfitri pertama dengan keseluruhan 3 program hiburan bermula di TV2 dengan program terbitan Unit Hiburan TV yang menggandingkan dua diva yang masing-masing miliki ramai pengikut bertajuk Sensasi 2 : Ramlah Ram & Alyah pada jam 9.00 malam yang menyampaikan lagu popular masing-masing.

    Stesen TVi tidak kurang meriahnya dengan tayangan program i Bagus Ba Khas Raya, pada jam 9.00 pagi dan Ha Ha Ha Raya Gitu, jam 9.00 malam. Menariknya i Bagus Ba Khas Raya sebuah persembahan khas radio Sabah fm secara langsung.

    Program-program majalah dan dokumentari di TV1 menyusul kemudiannya dengan dua program khas tonggak RTM yang sememangnya popular sepanjang Ramadan dan disiarkan episod khasnya Aidilfitri ini ; Ketuk-Ketuk Syawal disiarkan jam 12.00 tengah hari yang mengundang pelawak Ebby Yus dan Achong menunjukkan kemahiran mereka memasak.

    Penonton kemudiannya diajak menyaksikan program Syahadah Khas Raya, jam 7.01 malam yang menjalani penggambaran di Maghribi di mana turut dirakamkan momen indah melaungkan takbir Raya bersama kedutaan dan rakyat Malaysia di sana.

    RAYA KEDUA (31 OGOS 2011 / RABU)

    Dalam menyemarakkan sambutan Merdeka yang bakal tiba seiring dengan Aidilfitri tahun ini, RTM menyiarkan telemovie Bunga Raya Untuk Su Tin lakonan Wan Hanfi Su, Louisa Chong dan Maimun Talib, jam 12.30 tengahari di TV2.

    Ceriakan Raya Kedua dengan tayangan sebuah filem popular di mana TV1 menyiarkan filem Papadom lakonan berkesan Afdlin Shauki bergandingan dengan artis remaja Liyana Jasmay pada jam 9.00 malam.

    Jalinan terus dieratkan antara Raya dan Merdeka dengan menyiarkan program-program hiburan TV2 yang mengajak penonton berhibur dengan Candawara Khas Raya : Aktif 5 Raya pada jam 4.30 petang dan hiburan menarik Sensasi 2 : Misha Omar & Tomok, jam 9.00 malam.

    Candawara Khas Raya : Aktif 5 Raya, program berteraskan muzik di samping menerapkan unsur humor yang mengetengahkan artis Rina Azhar, Memey Suhaiza, Kilafairy, Izwan Pilus, Iqram Dinzly, Diana Amir, Adie 6ixth Sense, Mus May dan Nurul.

    Sementara itu TVi pula berkongsi pentas Konsert Rockustika Rock Selamba, jam 9.00 malam yang menampilkan empat kumpulan rock ; Khalifah, Kristal, Terra Rossa dan Royce termasuk pemain gitar Rosli Muhalim sempena Aidilfitri yang mendapat kerjasama daripada stesen radio Muzik fm sebelum menyusul kemudiannya program Bintang Kecil Peringkat Negeri Sabah pada jam 9.00 malam.

    RAYA KETIGA (01 SEPTEMBER 2011 / KHAMIS)

    Kemeriahan sambutan Aidilfitri ketiga di RTM diteruskan dengan program-program hiburan Bersama penyanyi nombor satu negara, konsert sempena 15 tahun Dato' Siti Nurhaliza dalam industri seni ; CT 15 pada jam 11.05 pagi dan luangkan masa juga berhibur dengan Sensasi 2 : Datuk Jeffreydin & Mas Idayu pada jam 9.00 malam menerusi TV2.

    Sementara itu hiburan di TVi diteruskan dengan program Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah pada jam 4.05 petang.

    Saksikan kemudiannya tayangan filem V3 Samseng Jalanan lakonan Farid Kamil, Bront Palare, Aqasha, Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Radhi OAG yang disiarkan jam 10.30 malam menerusi saluran TV2.

    Begitu juga penonton diajak menyaksikan telemovie Sesuci Aidilfitri, jam 2.00 pagi menerusi saluran sama yang memaparkan hukum anak susuan antara wanita muslim dengan anak angkat yang bukan muslim. Ia sangat menarik kerana melibatkan budaya corak hidup orang Melayu dan India dan raya yang menyatukan mereka.

    Selain itu peminat TVi saksikan telemovie Ratu Hati di Aidilfitri, jam 5.05 petang yang sarat dengan adegan mencuit hati apabila Pak Arif yang sudah lama menduda menjadi rebutan Senah Dan Salbiah. Drama ini lakonan Kaza, Zila Bakarin, Liza Abdullah, Achong, Siti Fazurina dan Wan Shuhaimi.

    Kemudiannya ikuti perbincangan dari perspektif Islam dalam Forum Perdana Khas Raya yang mengupas tajuk Langsir Baru Semangat Baru, jam 10.00 malam.

    Kisah pejuang kemerdekaan yang tercabar semangatnya kerana cucunya sendiri yang ingin menggadaikan tanah kepada penjajah turut menemui penonton mengisi slot Khas Merdeka Raya ketiga bertajuk Tanah Ini Tanah Merdeka, jam 2.05 petang sebelum kemudiannya diteruskan dengan berkongsi doku drama Dimana Bendera Saya – RTM Sabah, jam 6.00 petang di TV1.

    Kesuma Jiwa (Artis Kesuma) (2)

    RAYA KEEMPAT (02 SEPTEMBER 2011 / JUMAAT)

    Istimewa Raya keempat disiarkan hiburan Gegar Raya Kg. Pening Lalat, jam 9.00 malam di TV1 menampilkan Saiful Apek dan Dato' Siti Nurhaliza selain artis undangan Sepah, Dayang Nurfaizah dan Azlan & The Typewriter. Sketsa komedi yang berlatar belakangkan Kampung Pening Lalat ini turut diselitkan dengan lagu-lagu Raya dan Merdeka yang diaraikan.

    Usah ketinggalan menyaksikan dua telemovie berbeza genre terbitan Unit Drama TV RTM bermula dengan drama menyentuh jiwa menerusi TV1 bertajuk Kesuma Jiwa, jam 2.00 petang yang mengisahkan Kesuma, gadis pekak dan bisu yang bercita-cita menjadi pemain biola namun tidak mendapat sokongan keluarga. Perkenalannya dengan Khali telah memberi harapan baru dalam hidupnya namun dia kecewa setelah mengetahui diri Khali yang sebenar. Drama menarik ini lakonan Syarifah Aleesha, Nabila Huda, Ann Abdullah, Johan, Rozie Rashid, Illya Buang dan Rahim Omar.

    Seterusnya menerusi TV2 pula, saksikan drama Kelapa Dot Com, jam 9.00 malam berkongsi kisah Jihan membawa diri ke bandar kerana tidak tahan dihina dan dicemuh oleh penduduk kampung hanya kerana dia bekerja di ladang kelapa. Setelah 3 tahun berada di bandar,berkat usaha gigihnya Jihan berjaya menjadi seorang usahawan dan dia juga merupakan seorang saudagar kelapa yang membeli hasil daripada perusahaan kelapa milik penduduk kampung. Penduduk kampung pula pada mulanya tidak mengetahui siapa saudagar kelapa tersebut. Persoalan terjawab apabila Jihan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

    Mungkin pengajaran drama saluran TVi bertajuk Menantu Mak, jam 5.05 petang ini boleh dikongsi sama dengan penonton apabila drama menyiarkan kisah seorang mentua yang tidak sukakan menantu-menantunya selama 10 tahun hingga menyebabkan mereka merajuk hati tidak pulang ke kampung. Namun apabila Syawal ini dia terpaksa berdepan dengan mereka. Apakah yang berlaku seterusnya?

    RAYA KELIMA (03 SEPTEMBER 2011 / SABTU)

    Konsert gabungan artis Malaysia dan Singapura, Simfoni Lebaran (RTM/MediaCorp) yang disiarkan jam 9.00 malam menemui penonton TV1 yang menyajikan sepenuhnya koleksi lagu-lagu Raya baru dan lama berkonsepkan 'Live Orchestra'. Konsert ini menyatukan artis Norynn Aziz, Nora, Hardy Mirza, Rahayu, Taufik Batisah, Sarah Aqilah dan ramai lagi.

    RAYA KEENAM (04 SEPTEMBER 2011 / AHAD)

    Isitimewanya RTM menerusi TV1 menghadiahkan tayangan Tiada Lama Tiada Baharu Raya, jam 9.00 malam berkonsepkan rumah terbuka dan Didie Alias meruapakan tuan rumah yang merajuk gara-gara anak-anaknya lewat pulang berhari raya. Didie Alias akhirnya menjemput tetamu yang terdiri daripada artis popular. Pelbagai insiden lucu telah berlaku antara mereka. Antara lagu yang dipersembahkan Dendang Perantau, Indahnya Beraya Di Desa, Balik Kampung dan banyak lagi yang menampilkan artis Datuk David Arumugam, Datuk Jeffreydin, Noraniza Idris, Ramlah Ram, Datuk A.Rahman Hassan dan Mas Idayu.

    Tidak ketinggalan program popular menampilkan pengacara Zamzarina Zambri di studio, Apa Kata Wanita Khas Aidilfitri turut menemui penonton jam 2.00 petang.

    5 SEPTEMBER / ISNIN

    Masih lagi dalam mood meraikan lebaran, saksikan juga telemovie Panggung RTM : InsyaAllah pada jam 9.00 malam di TV2 membariskan pelakon Arman Graseka, Airis Yasmin, Badrul Munir dan Carl Iqmal Hazali yang berkongsi kisah Rahman, anak kampung yang hidup susah tetapi bijak dalam pelajaran. Dia kemudiannya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan memperoleh kerjaya yang hebat.pada masa sama dia berdepan dugaan apabila anak-anaknya ada yang diserang sakit dan meninggal dunia. Lalu bagaimanakah dia berdepan dengan kenyataan tersebut?

    Sementara itu TVi menjanjikan program KL Aktif Khas Raya disiarkan jam 9.00 pagi bersama DJ Sonic dan Mimie Ibrahim di samping artis undangan di studio ; Mila dan Zul Handy Black.

    KHAS HARI MALAYSIA

    Dalam usaha menyemarakkan sambutan dan sekaligus meraikan Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun, RTM menyediakan tiga program khas buat penonton setia saluran TV1.

    Saksikan telemovie Hujan Tak Berhenti, pada 16 September 2011 (Jumaat), jam 3.05 petang di TV1 terbitan Unit Drama TV yang berlatar belakangkan negeri Sabah yang memaparkan nilai-nilai persefahaman dan nilai kepimpinan melalui kisah sekumpulan anak muda yang giat berlatih zapin untuk membuat persembahan sempena sambutan Hari Malaysia. Aman telah menawarkan diri untuk menjadi guru zapin kepada Bella dan rakan-rakannya namun hasrat Aman sering mendapat halangan. Lalu bagaimanakah kesudahannya?

    Menyusul kemudiannya Panggung Sabtu : Teater Tun Mahathir pada 17 Ogos 2011, jam 3.05 petang yang berkongsi kisah suka duka mantan Perdana Menteri Malaysia dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.

    Kepada penonton-penonton cilik dalam menyemarakkan semangat cintakan negara, saksikan Konsert Adik-Adikku pada 18 Ogos 2011, jam 4.00 petang yang sarat pengisian peserta-peserta Adik-Adikku membuat persembahan seperti berpuisi dan bersajak tentang kemerdekaan negara.

    InsyaAllah (Gambar Artis)

    STESEN RADIO RTM

    Sambutan Aidilfitri dan Merdeka RTM yang bertemakan Merdeka Raya Bersama Radio RTM bakal menemani anda sepanjang perjalanan pulang ke kampung mahupun berkunjung ke rumah sanak saudara tahun ini menerusi 35 stesen di seluruh negara. Suara bergema yang berkumandang di udara menghiburkan pendengar di hari kemenangan ini.

    Dengarkan rangkaian program-program terbaik ke udara menerusi Klasik Nasional ; Drama Khas Hari Raya & Merdeka (30 Ogos 2011 /Hari Raya Pertama / jam 12.30 tengah hari) dan Dendang Keluarga Klasik Nasional (1 – 2 September 2011 / Hari Raya Ketiga & Keempat / jam 2.15 petang).

    Stesen MUZIKfm pula berkongsi dengan pendengar setia mereka dengan dua program menghiburkan ; Memori Merdeka (1 – 31 Ogos 2011 / dua kali setiap segmen) dan Rockustika Raya Rock Selamba MUZIKfm (1 & 2 September 2011 / Hari Raya Ketiga & Keempat / jam 2.00 petang).

    ASYIKfm menghiburkan pendengar dengan dua program ; Salam Aidilfitri Asyik (30 & 31 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / Kedua / jam 8.00 malam) dan Nyob Wira Jasamu Dikenang (4 September 2011 / jam 6.15 petang).

    Seterusnya satu-satunya saluran radio berbahasa Tamil di RTM, MINNALfm menyiarkan program Menjalin Muhibah (30 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / jam 8.30 malam) dan Raya dan Merdeka (31 Ogos 2011 / Hari Raya Kedua / jam 8.30 malam).

    Kepada pendengar di ibu kota dengarkan KLfm yang menyediakan program khas ; Mutiara KL – Mai Raya Merdeka (Malam Menjelang Raya / jam 12.00 tengah malam) dan Syoknya Raya@KLfm (30 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / jam 9.30 malam).

    Stesen berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm pula dimeriahkan dengan program Wishes From The World (SSIG) disiarkan 24 – 31 Ogos 2011 / sejam sekali dan Merdeka Poem Recital (1 Ogos – 1 September 2011 / sejam sekali.

    Diakhiri Aifm yang bakal menghiburkan pendengar setianya dengan program Drama Khas : Program Khas Aidilfitri (29 & 30 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / jam 2.15 petang) dan Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik (1 hingga 31 Ogos 2011 / Setiap Sabtu sepanjang Bulan Kemerdekaan / jam 4.00 petang).

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Khas Sempena Merdeka Ke-52 di 8TV
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • LINTAS LANGSUNG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51
  • Shopping Hari Raya & Berbuka Puasa di AMCORP MALL
  • Astro Bakal Perkenalkan Saluran HD Terbaru
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Gambar Bunga Api di Sambutan Merdeka Dataran Merdeka
  • Pakej Istimewa Sempena Musim Raya di Portal Tonton
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Dikejar Singa, Kucing Ini Sanggup Panjat Pokok Kaktus

    Posted: 26 Aug 2011 09:00 PM PDT


    ARIZONA - Demi menyelamatkan nyawanya dari terkaman seekor singa gunung, kucing hutan ini mengamankan dirinya.

    Dia pun nekad memanjat batang kaktus setinggi 15 meter di Gurun Sonora Arizona, Arizona, Amerika Syarikat. Bahkan dia bertahan di hujung kaktus selama enam jam.

    Mungkin rasa takut yang menghantuinya mengalahkan rasa sakit dari duri-duri yang menusuk-nusuk badannya.

    Curt Fonger (69), seorang fotografer yang beruntung mengabadikan momen ini, mengatakan kucing tersebut tertatih-tatih menaiki batang kaktus tersebut demi keberlangsungan hidupnya.

    Kucing itu bertahan berada di hujung batang kaktus selama enam jam guna memastikan, seekor singa lapar yang mengikutinya telah benar-benar jauh dari sekitarnya.

    "Singa itu tidak mengejar kucing hutan tersebut sampai ke atas kaktus tetapi berputar-putar di bawahnya sambil beberapa kali menggeram selama beberapa minit, kemudian berbalik dan berlari ke arah dia datang," ujar Fonger, sebagaimana dikutip Dailymail, Jumaat (26/8/2011).(rhs)

    Kesian..anak ini telah dirantai oleh ibunya selama 23 tahun

    Posted: 26 Aug 2011 08:00 PM PDT


    CHONGQING - Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

    Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

    Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

    Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

    Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

    Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

    Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

    Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

    Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak. - Agensi

    Wanita 50 tahun kena pakai baju saiz kanak-kanak berusia 10 tahun kerana berat hanya 38kg

    Posted: 26 Aug 2011 07:00 PM PDT


    MANCHESTER - Seorang wanita, Carole French (gambar), mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.

    Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun.

    Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.

    "Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya.

    Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.

    Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Uniknya laluan basikal ini

    Posted: 26 Aug 2011 06:00 PM PDT


    CHESHIRE, Britain - Para penunggang basikal di Warrington terpaksa menggunakan laluan separuh bulat bagi mengelakkan mereka dilanggar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Lebih membingungkan, laluan tersebut amat pendek dan direka dengan menggunakan kapur putih.

    Menurut seorang pengajar kenderaan, Dave Horgan, pihak majlis perbandaran perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat lambang yang mengelirukan seperti laluan basikal itu. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Lift yang paling mengerikan di dunia

    Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT






    Wow..besarnya tikus yang kena bunuh ni

    Posted: 26 Aug 2011 04:00 PM PDT


    NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

    Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

    "Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.

    Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

    Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.

    Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Ini brand kereta apa ye?

    Posted: 26 Aug 2011 11:01 AM PDT


    Untuk majlis kahwin pun nak mencuri

    Posted: 26 Aug 2011 10:30 AM PDT


    CENTRE HALL - Seorang pasangan yang hendak melakukan pernikahan ditangkap polis kerana mencuri bahan makanan yang dijual di kedai untuk pernikahan. Bahan makanan itu akan dihidangkan dalam pesta pernikahannya.

    Arthur Phillip dan Brittany M Lurch yang berasal dari Centre Hall, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) ditangkap setelah mereka memuat keranjang belanjaannya dengan bahan yang harganya mencapai USD1049 dan meninggalkan kedai tanpa membayarnya.

    Aksi pencurian ini tertangkap lewat kamera . Terlihat kedua pasangan ini menaruh seluruh belanjaannya di keranjang dan masuk ke keretanya tanpa membayar.

    Pasangan yang sudah menikah pada 18 Ogos lalu menyatakan, mereka akan menggunakan bahan p curian ini sebagai hidangan di resepsi pernikahannya yang akan dilaksanakan pada Minggu 28 Ogos Demkian seperti diberitakan News Core, Jumaat (26/8/2011).

    Pasangan ini juga didakwa atas tuduhan pencurian dan penerimaan barang curian. Polis setempat juga menemukan straw dengan sisa ganja di dalamnya ketika menggeledah kereta Phillip. Phillip pun didakwa atas kepemilikan ubat-ubatan terlarang.(rhs)

    Implan Payudara Wanita In Pecah Kerana Main Paintball

    Posted: 26 Aug 2011 09:45 AM PDT


    LONDON - Nahas! Maksud hati ingin bersenang-senang bersama teman-temannya dengan bermain paintball di Whyteleafe, London Selatan, seorang wanita berusia 26 tahun terluka setelah dadanya tertembak peluru paintball.

    Implan payudara wanita tersebut pecah di bawah kulit kerana tembakan di dadanya.

    Pada awalnya dia berfikir dadanya hanya memar, demikian sebagaimana dilansir orange, Jumaat (26/8/2011). Tapi ketika dia pergi ke doktor beberapa hari kemudian, ternyata tembakan senapang paintball telah merobek implannya.

    Insiden ini diyakini pertama kalinya terjadi di Inggris dan menyebabkan 50 arena bermain paintball di Inggris mengintruksikan kepada para wanita dengan payudara implan memakai pelindung ekstra.(rhs)

    Kronologi Remaja Yang Dimakan Beruang Hidup-hidup

    Posted: 26 Aug 2011 08:20 AM PDT


    Detik-detik terakhir kehidupan remaja ini, didengarkan oleh ibunya sendiri melalui telefon. Selama satu jam, sang ibu mendengarkan puterinya dimakan hidup-hidup oleh ibu beruang dan tiga anaknya.

    Olga Moskalyova (19) berteriak-teriak di telefon dan sang ibu, Tatiana, hanya boleh pasrah mendengarkan puterinya itu. "Bu, beruangnya memakan tubuhku! Bu, ini sakit sekali. Tolong, bu!" teriak Olga. Mulanya, Tatiana menyangka puterinya hanya bergurau.

    Namun, Tatiana yang masih terus mendengarkan, menangkap ketakutan dan kesakitan di suara Olga. Tatiana makin pucat saat mendengar geraman beruang dan suara haiwan itu sedang mengunyah. "Saya boleh saja mati saat itu kerana terkejut mendengarnya," ujar Tatiana.

    Tatiana tak tahu beruang itu sudah membunuh suaminya yang ayah tiri Olga, Igor Tsyganenkov. Igor mengalami patah leher dan tengkoraknya pecah kerana 'dibanting' si beruang. Olga yang sedang berlatih menjadi psikologi, menyaksikan si beruang menyerang Igor.

    Namun, si induk beruang berhasil mengejar dan menangkap kakinya ketika Olga berusaha menyelamatkan diri. Saat diseret, Olga menelepfon Tatiana. Sebaliknya Tatiana, berusaha menghubungi Igor, tanpa tahu lelaki itu sudah meninggal.

    Akhirnya Tatiana memberitahu polis dan keluarganya di dekat Desa Termalniy, Siberia Timur. Ia meminta mereka segera ke sungai untuk menolong Olga dan Igor. Keduanya ke sungai untuk mengambil pancingan milik Igor yang tertinggal.

    Pada panggilan telefon kedua, Olga berbicara terengah-engah. "Bu, beruangnya kembali. Ia kembali dan membawa ketiga anaknya. Mereka.. memakanku." Selanjutnya, Olga menelefon untuk ketiga kalinya sekitar sejam setelah telefon pertama.

    Saat telefon ketiga inilah Olga sadar dirinya sekarat. Si keluarga beruang sudah meninggalkannya. "Bu, sudah tak sakit lagi. Aku tak merasakan sakit. Maafkan aku untuk segalanya, aku sangat mencintaimu," kata Olga.

    Setengah jam kemudian, abang Olga, Andrei, datang bersama polis dan mendapati si beruang masih memakan tubuh Igor. Sementara Olga yang tubuhnya terkoyak-koyak, sudah tergeletak tak bernyawa. Enam pemburu kemudian dikirim untuk membunuh keempat beruang itu.

    Serangan beruang merupakan hal biasa di penjuru Russia. Tatiana saat ini amat sedih mengenang puterinya. "Puteri saya amat menyenangkan. Ia ceria, ramah dan hangat. Baru lulus dari sekolah musik dan mendapatkan lesen memandu-nya beberapa hari lalu," ujar Tatiana, bersiap memakamkan Olga dan Igor.

    sumber: inilah

    Wuih! Garam Ternyata Boleh Buat Kita Ketagih

    Posted: 26 Aug 2011 07:50 AM PDT


    INILAH.COM, – Bukan hanya rokok dan dadah saja yang boleh membuat Anda ketagihan. Garam ternyata juga memiliki efek yang sama, sebuah kajian menyebutkan.

    Para ilmuwan yang bergabung dalam sebuah penelitan mengatakan bahawa kecanduan terhadap garam merangsang otak seperti halnya kecanduan terhadap obat-obatan keras atau rokok.

    Mereka menemukan bahawa keinginan menyantap garam memicu gen, sel-sel otak dan koneksi otak yang sama seperti keinginan terhadap ubat-ubatan dan alkohol.

    Pemuan ini dapat membantu menjelaskan mengapa banyak orang yang kesulitan mengurangi penggunaan garam. Meskipun, mereka menyedari adanya bahaya tekanan darah dan kesihatan jantung.

    Seperti dikutip dari Dailymail, untuk kajian ini, ilmuwan Australia dan Amerika melakukan penelitian terhadap tikus yang diatur menjalani diet rendah garam.Aktiviti dalam otak kemudian dibandingkan dengan pada tikus yang makan secara normal. Mereka juga mempelajari otak tikus yang telah kelaparan akan garam selama tiga hari dan kemudian diberi air asin untuk diminum.

    Ketika tikus itu masih memerlukan garam, sel-sel otak memicu protein yang biasanya berhubungan dengan kecanduan zat seperti heroin, kokain, dan nikotin.

    "Dalam kajian ini, kami menunjukkan bahawa salah satu naluri klasik, keinginan mengasup garam, memicu saraf yang juga berkaitan dengan kecanduan ganja dan kokain," kata Prof Derek Denton, dari University of Melbourne.

    Penelitian ini juga mengungkapkan bahawa setelah asupan garam dikurangi, otak percaya bahawa keperluan itu telah dipenuhi sebelum terpenuhi secara fizik.

    Dengan kata lain, perubahan yang disebabkan oleh keingianan menyantap garam akan menghilang jauh sebelum garam boleh meninggalkan usus, memasuki darah, dan sampai ke otak

    Bedah Plastik Kini Menjadi Popular di Kalangan Haiwan

    Posted: 26 Aug 2011 06:45 AM PDT


    Ada trend baru yang sedang marak dilakukan di dunia. Tidak hanya mendandani binatang peliharaan mereka dengan pakaian ataupun aksesoris lucu, sekarang binatang peliharaan pun memerlukan bedah atau operasi plastik untuk meningkatkan rasa percaya diri mereka.

    Operasi yang dilakukan antara lain adalah operasi hidung, operasi kelopak mata, ataupun sedut lemak. Namun, untuk sedut lemak, dr. Brett Boatsman, doktor haiwan, lebih menganjurkan pemberian pil diet, bukan dengan jalan operasi.

    Selain itu, operasi Neuticles pun ramai dilakukan. Neuticles adalah operasi pemberian testikel palsu yang terbuat dari silikon padat, dalam berbagai ukuran, untuk para anjing yang telah dikebiri agar tetap bisa merasa bangga dan memiliki harga diri.

    Sejak tahun 1995, telah ada lebih dari 250.000 haiwan yang telah melakukan operasi Neuticles di seluruh dunia.

    Sebenarnya, prosedur operasi yang dilakukan dengan penggunaan anestesi umum untuk haiwan ini dapat mengancam nyawa haiwan itu sendiri.

    Doktor haiwan asal Amerika Marty Becker pun menjelaskan bahawa operasi biasanya tidak dilakukan kecuali ada alasan medik yang mendasari pelaksanaan operasi tersebut.

    Sebagai contoh, operasi pengangkatan wajah untuk mengurangi jumlah kulit yang kendur pada wajah anjing agar memungkinkan dia untuk melihat lagi. Lalu, operasi hidung untuk mengatasi masalah pernafasan pada haiwan peliharaan yang memiliki hidung rata.

    Sumber: huffingtonpost

    Kesian..doktor salah buang otak lelaki ini

    Posted: 26 Aug 2011 05:40 AM PDT


    Kesilapan dalam operasi pengangkatan tumor di kepala berakibat fatal. Seorang pesakit kehilangan sebagian otak yang berfungsi sebagai pusat penglihatan serta daya ingat, kerana dokter mengiranya sebagai tumor lalu mengeluarkannya.

    John Tunney

    Parahnya lagi, setelah keadaan pesakit membaik barulah diketahui bahwa tumor tersebut sebenarnya tidak perlu dioperasi. Pemberian obat-obat kemoterapi sudah cukup untuk mengawal keadaan pesakit, kerana tumornya tidak terlalu ganas dan belum menyebar.

    Meski keadaannya sudah membaik, pesakit bernama John Tunney tersebut harus menderita cacat permanen di otaknya. Kemampuan melihatnya rosak sebagian, sedangkan ingatannya juga banyak yang terhapus sehingga mengalami amnesia atau hilang ingatan.

    Lelaki 63 tahun asal Coventry, Inggris Tengah ini menjalani operasi otak tersebut pada tahun 2008 di University Hospital. Meski cacat permanen, keadaannya saat ini memang lebih baik dibandingkan setelah dioperasi ketika otaknya mengalami perdarahan parah.

    "Kerosakan otak John telah menghancurkan hidupnya. Sebelumnya dia orangnya santai dan sangat aktif. Sangat mengecewakan melihat ia berubah kerana kesalahan yang tidak semestinya terjadi," ungkap isteri John, Pamela seperti dikutip dari Foxnews, Khamis (25/8/2011).

    Bahagian otak yang diangkat dalam operasi tersebut sebenarnya tidak terlalu banyak karena baru akan digunakan untuk keperluan biopsi atau pemeriksaan jaringan. Namun bukan jaringan tumor yang terangkat, dokter bedah justru mengambil jaringan sihat dari otak John.

    Baru setelah jaringan tumor yang sesungguhnya diambil, dokter menyimpulkan bahawa sebenarnya tumornya tidak perlu diangkat. Tumor yang belum terlalu ganas itu masih boleh dijinakkan dengan ubat-ubat kemoterapi, sehingga tidak perlu ada operasi pembuangan.

    Melalui pengacaranya, John dan keluarganya berniat mengajukan saman hukum ke pengadilan. Apalagi pihak hospital telah mengakui terjadinya kesalahan prosedur .

    Bila dah gila dengan barang branded

    Posted: 26 Aug 2011 04:00 AM PDT

    Kemunculan Kereta Hantu Pada Setiap Musim Panas Di Jepun

    Posted: 26 Aug 2011 03:00 AM PDT


    Ketika musim panas tiba di Jepang, salah satu keretapi di stesen Kyoto akan kedatangan penumpang yang penampilannya akan membuat anak-anak kecil ketakutan, mereka adalah para pakerja yang mengenakan kostum hantu-hantu menyeramkan dari Jepun (atau orang sana menyebutnya Yokai). Mereka ini akan meramaikan sebuah kereta hantu yang sengaja diadakan setiap setahun sekali di musim panas.

    Ini jadinya jika gaya atu pose model ditiru oleh orang biasa

    Posted: 26 Aug 2011 02:00 AM PDT

    Model-model profesional yang sering kita lihat di majalah memang tampak mempesona dengan berbagai pose tubuh yang dibuat semenarik mungkin. Namun tahukah kamu bahAwa sebenarnya pose tersebut Nampak menggelikan apabila dilakukan oleh orang biasa di tempat umum? Mari kita lihat bagaimana seniman asal Madrid, Yolanda Dominguez, membuktikan hal tersebut.

    Jaket boleh buat lelaki boleh merasakan bagaimana rasanya hamil.

    Posted: 26 Aug 2011 01:00 AM PDT


    INILAH.COM, London – Di semua buku dan pelajaran sekolah, disebutkan hanya wanita yang boleh hamil. Namun kini,lelaki juga boleh merasakan bagaimana rasanya hamil. Bagaimana?

    Peneliti berhasil menciptakan jaket yang dikatakan mampu meniru bagaimana rasanya memiliki bayi di dalam tubuh. Jaket 'Mummy Tummy' ini meniru efek penambahan berat badan selama sembilan bulan di sekitar perut dan dada seperti ditulis Dailymail.

    Bahkan, jaket ini mampu meniru sensasi bayi menendang dan orang yang mengenakan jaket ini boleh menenangkannya dengan mengelus perutnya. Namun jaket yang tampak seperti jaket tentera ini tak bisa meniru perasaan mual, ngidam atau melahirkan itu sendiri.

    Pasukan kajian dari Kanagawa Institute of Technology (KAIT) di Atsugi, Jepun mengatakan, jaket ini paling mendekati kenyataan. Selama pengujian, ketua peneliti Takayuki Kosaka menemukan, 80% ibu mengatakan jaket ini sesuai seperti saat hamil.

    Meski masih dalam tahap prototip, Kosaka berharap jaket ini boleh segera diedarkan di hospital untuk mendorong lelaki lebih bersimpati pada pasangannya.

    Seorang Lelaki Ditahan Setelah Mencuri Ular Yang Disembunyikan dI Dalam Seluarnya

    Posted: 26 Aug 2011 12:00 AM PDT


    Apa yang terakhir kamu harapkan berada didalam seluarmu? Ular! - maksud saya tentu saja ular sebenar. Kebanyakan orang akan berfikir seperti itu, tapi seorang lelaki dari Arizona sengaja memasukan beberapa ular ke dalam seluarnya demi mendapat wang tambahan.



    Eric Fiegel, 22, ditahan polis hari ini pada pukul 3:40 waktu setempat kerana didapati mencuri bayi ular Boa Albino dan beberapa reptilia lainnya dari kedai Predator's Reptile Center di Mesa, Arizona pada tanggal 30 Julai kemarin. Caranya mencuri juga tidak biasa, ular-ular itu diseludup keluar kedai dengan memasukan dan menyembunyikan mereka kedalam seluarnya. Untungnya, kamera pengawas berhasil merakam kejadian dimana Fiegel melakukan aksi tersebut sebanyak 2 kali dalam satu hari.

    Menurut polis, beberapa ular curiannya dijual kembali seharaga $175 . Ia juga menjual sebuah tanki ular dalam harga yang sama.

    Seorang saksi berhasil mendapatkan nombor kendaraan yang digunakan pencuri dan polissegera menggunakan informasi tersebut untuk menemukan Fiegel.

    Fiegel lalu dinyatakan bersalah setelah dipastikan oleh dua orang saksi dan juga dari pengamatan polis terhadap kamera CCTV yang menjadi korban kejahatannya.


    sumber: azcentral.com

    Wow, Gaun Pengantin Ini Berusia 127 Tahun

    Posted: 25 Aug 2011 11:00 PM PDT


    VIVAnews - Sebagian besar pengantin wanita pasti akan disibukkan dengan memilih pakaian pengantin yang akan dikenakan pada hari istimewa. Tetapi, Allison Rinaldi tak melalui ini kerana ia sudah memiliki gaun pengantin luar biasa.

    Wanita asal Amerika Syarikat ini, memilih untuk mengikuti tradisi keluarga yang mengenakan gaun pengantin turun-menurun. Usia gaun tersebut sudah 127 tahun dan dulu dipakai pada pernikahan nenek moyangnya.

    Gaun ini pertama kali dibeli oleh nenek moyang Allison, Nellie Campbell, dan dikenakan saat ia menikah pada 1884. Setelah itu, gaun dipakai dalam empat pernikahan, yaitu tahun 1941 dan 1975. Lalu dipakai lagi pada pernikahan Mimi, yang merupakan ibunda dari Allison pada 1982, dan pada 2011 di pernikahan Allison.

    "Aku selalu ingin memakainya. Ini adalah tradisi keluarga aku ingin menjadi sebahagian dari itu," kata Allison seperti dikutip dari today.msnbc.msn.com.

    Gaun ini memiliki model high neckline dan dengan ukuran lengan 3/4. Terbuat dari bahan brokat sutra dan berpola bunga krisan, gaun ini disimpan dalam lapisan kain linen dan diletakkan dalam almari khusus. Meskipun gaun telah dibuat seratus tahun lalu, saat dikenakan Allison di hari pernikahannya, gaun tetap terlihat indah dan sang pengantin sangat cantik

    Kisah Keluarga Yang Miliki 18 Anak Kandung

    Posted: 25 Aug 2011 10:00 PM PDT


    VIVAnews - Filosofi banyak anak banyak rezeki nampaknya mengilhami pasangan Gil dan Kelly Bates untuk membangun keluarga besar. Walau sudah memiliki 18 anak kandung, pasangan asal Tennessee, Amerika Syarikat, itu masih berencana menambah anggota keluarga baru lagi.

    Anak tertua dalam keluarga itu berusia 22 tahun. Sedangkan yang terkecil masih 11 bulan. "Kami tidak pernah merencanakan untuk memiliki 18 anak," kata Gil Bates seperti dikutip ABC News.

    Keluarga Bates merupakan penganut Kristen Evangelis yang tidak percaya dengan penggunaan kontrasepsi buatan. Kelly yang kini berusia 44 tahun hampir selalu hamil setiap tahun selama 22 tahun terakhir. "Kami biarkan Tuhan menentukan berapa banyak anak untuk kami," kata Kelly.

    "Semakin banyak anak semakin banyak berkat," Gil yang kini berusia 46 tahun menambahkan.

    Sebanyak 18 anak itu adalah Zach (22), Michaella (21), Erin (20), Lawson (19), Nathan (18), Alyssa (16), Tori (15), Trace (14), Carlin (13), Josie (12), Katie (10), Jackson (9), Sipir (8), Yesaya (6), Addallee (5), Ellie (4), Callie (2), dan Judson (11 bulan). "Mereka semua begitu berbeda, tak ada yang sama wajahnya," kata Kelly.

    Tanpa anak kembar, Kelly melewati 18 kali persalinan secara normal semenjak menikah dengan Gil. Bahkan, 14 persalinan dilakukan di rumah berkat bantuan bidan, yang ertinya tanpa suntikan anestesi atau metode persalinan modern.

    Hampir semua persalinan berjalan lancar tanpa kendala, kecuali persalinan anak ke-15. "Addallee adalah anak spesial kami kerana lahir prematur dan hampir tak boleh bertahan hidup. Addallee sempat berhenti bernafas dan jantungnya terhenti ketika lahir," ujarnya.

    Keluarga Bates tinggal bersama di sebuah rumah dengan lima bilik tidur. Dengan 20 orang hidup dalam satu atap, mereka harus berbagi perhatian dan fasiliti rumah.

    Awal tahun ini, Kelly sebenarnya hamil anak ke-19. Namun, janinnya gugur di minggu-minggu awal usai tes kehamilan positif. "Awalnya semuanya nampak baik. Kami bahkan melihat detik jantung," kata Kelly yang bersama keluarganya sangat kehilangan janin yang mereka namai Sion.

    Sembari terus berdoa, mereka mencuba berbagai upaya medik agar Kelly boleh hamil lagi. Kelly menjalani terapi hormon untuk mempertahankan kesuburannya. "Kami melakukan upaya untuk memaksimalkan kesempatan hamil lagi," kata Kelly.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS