Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pendapatan Lumayan Dengan Menulis Skrip Drama TV Secara Part Time atau Sepenuh Masa

Posted: 15 Feb 2012 05:16 PM PST

Sekarang ni, Budiey perhatikan semakin ramai orang kita berminat untuk menonton drama TV. Setiap minggu ada sahaja drama baru yang bermutu keluar di kaca TV. Tambahan pula sekarang, fenomena luar biasa telah tercetus apabila drama adaptasi dari novel telah mengambil tempat di hati penonton kita. Sekadar ingin memberi contoh, dengarnya drama Gemersik Kalbu yang sedang ditonton di TV3 juga mendapat rating yang tinggi dan diperkatakan oleh ramai peminat di Twitter dan Facebook.

Itulah perkembangan positif yang ingin kita lihat. Di sebalik itu juga, ramai pula yang berminat untuk menulis skrip drama. Ternyata, setakat ni dah ramai yang bertanyakan tentang Budiey, bagaimana cara untuk menulis drama dan bagaimana untuk menghubungi pihak TV untuk menghantar drama. Mulanya Budiey agak panik sebab tak tahu bagaimana nak cakap sebab sudah tentu untuk menulis skrip yang bermutu dan diterima oleh produksi itu memerlukan ilmu yang khusus dan perlu belajar betul-betul dengan penuh minat dan tekun.

Lalu, Budiey apa lagi, google la… dan Budiey bertemu dengan sumber yang Budiey yakin ia sangat berguna kepada anda yang berminat untuk menulis skrip. Budiey ingin berkongsi kepada anda semua satu laman web yang menceritakan satu e-book berjudul Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh.

E-book ini ditulis oleh seorang penulis skrip yang sungguh berpengalaman luas bernama Shafiuddin b Sharif yang pernah memenangi tujuh dari lapan hadiah utama yang dipertandingkan di Anugerah Skrin yang pertama menerusi drama ANAK ANGKAT. Selepas itu, pada tahun 1999 sekali lagi drama TV yang ditulis oleh beliau memenangi anugerah Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3. Judulnya Jutawan Segera lakonan M. Rajoli.

Kini, Anda Boleh Merealisasikan Impian Sebagai Penulis Skrip Drama TV

Jadi, sebelum menulis skrip, Budiey rasa apa yang anda patut tahu ialah:

  1. Jenis-jenis cerita yang dicari oleh stesen TV.
  2. Gaya penceritaan yang dikehendaki oleh stesen TV
  3. Garis panduan yang dibenarkan atau dilarang dalam penerbitan drama TV.
  4. Konsep yang sesuai untuk setiap rangkaian TV. Contohnya pendekatan TV3 lebih moden, semasa dan ranggi. Manakala TV9 pula lebih sederhana dan Islamik.
  5. Penonton sasaran yang menjadi penonton setia setiap rangkaian TV.
  6. Rahsia pergi pitching di TV. Pitching ialah istilah di mana penulis skrip mempersembahkan sinopsis mereka secara lisan kepada stesen TV.

Dan segalanya, akan diajar secara mendalam dalam e-book Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh.

Namun, lebih dari itu, untuk menjadi penulis skrip yang berjaya sama ada sepenuh masa atau part time anda memerlukan beberapa kriteria iaitu:

  1. Ilmu menulis skrip TV.
  2. Isi cerita yang sesuai dengan kehendak stesen TV.
  3. Menulis/mempersembahkan sinopsis yang boleh memikat panel TV.
  4. Menyiapkan skrip dalam masa yang dijanjikan dengan pihak penerbit.
  5. Konsisten dalam bidang penulisan, tidak mudah patah hati jika tidak berjaya.

Tanpa itu semua anda akan teraba-raba dalam dunia penulisan yang penuh pancaroba dan persaingan ini. Bukan untuk mengipas atau membodek, tapi apa yang penting sekarang ini, anda perlukan seseorang yang sudah pun mempunyai pengalaman luas dalam menulis skrip. Dari situ, secara tak langsung anda akan mendapat motivasi dan keyakinan untuk memulakan karier sebagai penulis skrip. Sekurang-kurangnya, anda ada model atau idola untuk anda ikuti. Penulis skrip seperti Shafiuddin Sharif ini pastinya tak kedekut dengan ilmu dan mahu berkongsi pengalaman untuk memberi panduan apakah cerita yang dicari-cari oleh stesen TV yang boleh dijual dan akan mendapat rating jumlah penonton yang tinggi.

Okay, secara ringkas, untuk menjadikan anda semua lebih bermotivasi dan bersemangat untuk berkarier sebagai penulis skrip, Budiey nak sentuh sikit tentang berapa RM gaji atau pendapatan seorang penulis skrip di Malaysia. Pasti ramai betul pembaca yang nak tahu, kan?

Apa Yang Boleh Budiey Katakan, Pendapatan Penulis Skrip Drama TV Memang Sangat Lumayan.

Haaa… itu pun kalau kena dengan caranya ya.

Menurut kata Shafiuddin b Sharif, beliau berkata

"Tanya penulis skrip professional. Kalau mereka bukan kaki joli mereka hidup senang. Saya menjadi penulis lakonTV sejak tahun 1988 dan masih lagi menulis. Kenapa? Penulis skrip yang boleh menulis skrip mengikut piawaian industri sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang baru belajar menulis dan terpaksa belajar semula menulis mengikut piawaian industri. Ini memakan masa dan penerbit-penerbit program TV jarang ada kesabaran sebab mereka dikejar oleh stesen TV untuk menyiapkan produk mereka."

Slot drama TV dibahagi kepada beberapa jangkamasa.

  1. Slot telemovie (120 minit)
  2. Drama bersiri (jumlah episod x 30 minit)
  3. Drama bersiri (jumlah episod x 45 minit)

Harga berbeza-beza atas kemampuan kewangan syarikat.

  1. Telemovie sekitar RM2,000 – RM5,000
  2. Slot 30 minit sekitar RM600 – RM1,000. Jika satu musim ada 13 episod pendapatan anda ialah antara RM7500.00 – RM13,000 untuk satu-satu musim.
  3. Slot 45 minit sekitar RM1,200 – RM2,000. Jika satu musim ada 26 episod pendapatan anda ialah RM31,200 – RM52,000.
  4. Kalau filem, harga lakonlayar sekitar RM10,000 – RM30,000

Tahukah anda? Kebiasaannya stesen TV akan memilih cerita dari dua sumber:

  1. Penonton sasaran mereka.
  2. Para pengiklan yang akan menaja sesuatu slot rancangan TV itu.

Maklumat ini hanya dimiliki oleh mereka yang berkerja dalam setesen TV. Dan penulis e-book ini pernah berada di persada itu selama tujuh tahun.

Jadi, pasti ada faktor yang boleh membuatkan skrip yang dihasilkan itu dikatakan tidak bermutu?

  1. Cerita anda mungkin hebat tapi ia tidak kena dengan penonton yang disasarkan. Cerita anda mungkin berkait dengan penonton yang disasarkan tapi ia tidak senada dengan para pengiklan yang akan menaja slot cerita itu. Anda gagal! Ramai penulis yang gagal.
  2. Cerita anda mungkin memenuhi kedua-dua syarat tapi apabila anda mempersembahkan cerita anda depan panel cara anda bercerita menimbulkan kebosanan kepada panel. Panel menganggap cerita anda membosankan. Anda gagal. Ramai penulis gagal ketika pitching!
  3. Cerita anda diterima oleh stesen TV. Dan anda perlu menulis skrip dalam tempoh dua minggu. Anda tidak berupaya menulisnya dalam jangkamasa yang terhad. Anda gagal. Skrip anda tertangguh. Pihak TV tidak minat lagi dengan skrip anda.
  4. Skrip anda telah siap dan akan diterbitkan. Akan tetapi cara anda menulis menimbulkan masalah kepada penerbit. Skrip anda kurang dramatik. Bajetnya tinggi. Pelakon ramai. Lokasi banyak. Maka pengarah drama terpaksa cincang skrip anda supaya menepati bajet yang diperuntukan. Bila anda tonton drama anda kecewa sebab ia tidak seperti yang anda tulis.
  5. Semuanya ini boleh anda hindari jika anda memiliki ilmu yang benar dalam menulis skrip TV. Ilmu menulis skrip TV yang saya olah tidak serupa dengan apa yang anda pelajari di bengkel-bengkel atau di kelas-kelas yang formal atau yang terdapat dalam buku-buku yang dijual di kedai-kedai.

Rahsia Menulis Skrip yang Memenuhi Kehendak Pengarah, Penerbit & Stesen TV Kini Telah Didedahkan. Ianya EKSLUSIF…

Memperkenalkan… Panduan Eksklusif – PENULISAN SKRIP – TULIS, JUAL & TERBIT 

skrip
Dalam e-book ini ada disediakan Pelan Induk Langkah-Demi-Langkah untuk menulis skrip:
  1. Mulakan kerjaya sebagai Penulis Skrip untuk Drama TV hari ini juga secara Sambilan atau Sepenuh Masa:
  2. Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Menulis Skrip Drama TV
  3. Berdasarkan Pengalaman Peribadi oleh Sifu Dalam Bidang ini
  4. Ditulis Dalam Bahasa Mudah Agar Mudah Difahami – Dijamin!
  5. Harga Yang Anda TIDAK AKAN Dapat di mana-mana dalam Malaysia!
  6. Keuntungan Lumayan Yang Selama Ini Terselindung Di Celah Teks Skrip Kini Bakal Menjadi Milik Anda!

Format e-book adalah PDF yang boleh dibaca melalui komputer dengan menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak e-book ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun.

Dalam e-book ini juga ada 5 Modul Lengkap E-Book

Didatangkan dengan 5 modul yang mengandungi panduan penting bagi setiap aspek dalam membina kerjaya sebagai Penulis Skrip Drama TV! Antara isi kandungan yang terdapat dalam E-book ini ialah:

  1. Ia menghuraikan dengan tepat dan jelas hubungkait cerita, treatment dan skrip. 3 komponen inilah yang paling penting dalam menghasilkan sebuah cereka TV/filem
  2. Kandungannya tidak ditiru atau dicopy-paste atau diterjemah dari mana-mana ebook atau buku teks yang ada dalam pasaran.
  3. Ianya hasil dari pemerhatian, pengalaman dan tunjuk-ajar yang diperolehi oleh penulis selama 20 tahun berkecimpung dalam seni menulis cereka TV/filem tanah air.
  4. Contoh-contoh sinopsis, treatment dan skrip juga dilampirkan untuk kemudahan anda mengkajinya.
  5. Ebook ini bukan setakat dibaca. Ianya patut dibaca berulang-kali, dikaji dengan teliti dan barulah anda dapat menggenggam mutiara yang tersembunyi di dalamnya. Lebih mudah anda print/cetak kerana anda mudah mencatat nota-nota berbangkit ketika membaca atau mengkajinya.

Budiey tak nak cakap banyak sebab segala info lanjut boleh dapatkan di:

www.penulisanskrip.com

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Penulis Skrip SITI JASMINA IBRAHIM
  • Drama Best of the East Slot On Air di 8TV
  • Ayu Akademi Fantasia 6 Calon Akhir
  • Drama Duranni lakonan Raja Farah di Astro Ria
  • Profile Wisran Hadi – Penulis Skrip Teater Nyonya
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?
  • Editor CNN Dibuang Kerja Gara-Gara Twitter
  • Deejay Radio Ditangkap Hisap di Pesta Ganja?
  • Dari Sharad Sharan Pengarah Diva
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Ucapan Valentines Day oleh Sazzy Falak timbulkan kurang senang pengikut Twitternya.

    Posted: 15 Feb 2012 07:15 AM PST

    sazzy status valentine

    Pengikut Twitter Sazzy nampak nya kurang senang dengan ucapan Sazzy.

    Yelah maklumlah sekarang kita sudah sedia maklum tentang sejarah Hari Valentines yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam dan cukup sinonim dengan paderi Kristian iaitu Saint Valentine.

    Nampaknya Sazzy kene lebih peka kerana Hari Kekasih nie dah diharamkan oleh fatwa,dan sangat dilarang agama untuk menyambutnya,jadi rasanya tak perlulah nak wishing wishing sangat..buat dunno je dengan hari tersebut .


    sazzy status valentine

    Aliff Aziz Mengaku bercinta dengan Anne Ngasri, Zarina Anjoulie meroyan

    Posted: 15 Feb 2012 07:00 AM PST

    First and foremost ,Sensasi nak suruh korang cube tengok fesyen kening terbaru Zarina nie..seswai ke nyahhh?? nampak cam sangat mengada..bukan takat fesyen,Sensasi pasti ramai yang sudah mula jelek dengan sikap mencari publisiti murahan Zarina Anjoulie Lavocah katenyer..Okey cukup dengan bulu kening terbelah tue,terbaru Zarina berasa tertipu kerana Aliff Aziz tak layan dia lagi dan beralih kepada Anne Ngasri..

    Zarina AnJoulie cukup marah dan mengugut Aliff Aziz di twitter ..Zarina mengaku dirinya gila dan Aliff Aziz berani untuk carik pasal dengannya..huhu

    Kerana bengang Aliff Aziz tidak menghiraukannya dan tidak menghubunginya kerana kini bercinta dengan Anne Ngasri, Zarina mengeluarkan tweet yang dia memiliki bukti-bukti (untuk mengugut Aliff) dan ada menyimpan Video Aliff Aziz mabuk.


    Sebelum nie sensasi ada tulis satu entri tentang Anne Ngasri sudah punya pengganti dan mahu berkahwin,rupanya Aliff Aziz lah gerangan jejaka yang kini rapat dengannya..


    Pengakuan Aliff Aziz tentang hubungan dengan Anne Ngasri

    Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 21, berkata sejak dia berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan kerjaya nyanyian, Anne banyak membantu selain menjadi teman bercerita ketika mengisi kesunyian.

    "Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini.

    "Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa," katanya

    Ketika ditanya mengenai Anne yang berstatus ibu tunggal itu Aliff berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh menghalang mereka daripada berkawan.

    "Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.

    "Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan," katanya.

    Diusik mengenai reaksinya berhubung dakwaan orang ramai yang kerap melihat mereka keluar berdua-duaan, Aliff berkata dia tidak kisah dilihat bersama kerana ia adalah lumrah kehidupan selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

    "Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk.

    "Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun," katanya.

    Sempat diusik mengenai perkembangan kes kontroversi antara dia dan pelakon Zarina Anjoulie yang tercetus baru-baru ini, Aliff menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut buat masa ini dan hanya akan tampil menjawab kontroversi itu pada waktu paling sesuai kelak.

    "Orang boleh cakap apa sahaja tentang kes itu tetapi saya tidak akan memberi penjelasan pada waktu ini. Syarikat rakaman Sony Music sedang meneliti kes ini dan apabila sampai waktu saya akan umumkan kepada semua.

    "Namun, itu tidak bermakna saya seorang yang pengecut atau mahu lari daripada masalah. Saya lelaki yang tidak akan lari daripada masalah yang melibatkan saya. Cuma kena tunggu waktu yang sesuai," katanya.

    Azza mengaku bercerai dengan Ehsan kerana tidak matang dan fitnah orang

    Posted: 15 Feb 2012 06:39 AM PST

    Azza berkahwin dengan bekas suaminya iaitu Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Edruce,jejaka sarawak yang kalau tak silap Sensasi bekas suami penyanyi Camelia pada usia muda iaitu 23 tahun.Disebabkan hubungan jarak jauh dan hasutan orang ketiga Azza telah hilang pertimbangan dan meminta cerai daripada bekas suami,

    Kerana perceraian juga Azza mengalami tekanan dan kemurungan...


    "Waktu itu saya muda lagi dan tak fikir panjang. Apa saja orang cakap, saya terus percaya sedangkan Ehsan suami yang baik. Tanpa kepercayaan, hubungan jarak jauh sangat menyukarkan. Saya sayangkan Ehsan tetapi saya mudah terkena hasutan kerana saya belum matang untuk berhadapan dengan cabaran.

    "Saya akui banyak melakukan kesilapan dan sepatutnya saya yang berkorban untuk berada di samping suami tetapi waktu itu saya hanya fikirkan diri sendiri dan kerja saya saja sampai tak tahu macam mana mahu membahagikan masa dengan rumah tangga."Selepas apa yang berlaku, baru saya sedar fitnah itu boleh membunuh. Oleh kerana saya dah tak tahan, saya yang minta cerai dan sebab itulah saya merahsiakan perceraian itu daripada keluarga terutama emak saya, Rahmah Abdullah kerana saya berasakan semuanya salah saya.


    "Selain sibuk berlakon, sukar untuk saya membuat keputusan untuk tinggal bersama suami di Sarawak atau menetap di Kuala Lumpur kerana saya rapat dengan emak dan tak sanggup berjauhan dengannya. Lalu saya ambil jalan tengah duduk seorang diri di Kuala Lumpur. Saya juga bersifat keanak-anakan dan suka mengambil tindakan terburu-buru.

    "Dulu saya juga tidak ada ramai kawan, kalau adapun dengan anggota Elite saja. Selepas habis kerja, saya terus balik rumah dan tiada siapa yang menasihatkan saya apa yang perlu dibuat dan perkara yang sepatutnya saya elakkan. Saya asyik fikir yang buruk saja.

    "Selepas mengerjakan umrah pada 2003, barulah saya tenang sedikit tetapi hubungan kami tidak boleh dibaiki lagi," katanya yang hanya sempat melayari bahtera rumah tangga selama lima tahun.

    Kini Azza sedar hubungan dalam rumah tangga bukan berdasarkan cinta semata-mata tetapi kesabaran, toleransi, percaya dan saling memahami perlu ada. Apabila semua rencah itu ada, tanpa mengira di mana pasangan kita berada, kita tidak bimbang melepaskannya seorang diri.

    "Kerja Ehsan memerlukan dia bertemu dengan ramai orang termasuk lelaki dan perempuan. Saya tak faham dan tidak cuba untuk memahaminya sehingga membuatkan saya cemburu. Perkara yang kecil saya besar-besarkan, pada hal ia tak ada apa pun.

    "Selepas bercerai, saya terus mengurung diri di rumah, tak mahu berjumpa sesiapa. Segala masalah saya simpan dalam hati dan kesan perceraian itu sangat menyakitkan. Tambahan ketika itu keluarga tidak tahu, jadi bayangkan bagaimana setiap kali berjumpa emak dia bertanyakan Ehsan sehingga saya terpaksa mencipta pelbagai alasan sedangkan hakikatnya kami tidak sebumbung lagi.

    "Ada kawan-kawan dan wartawan yang tahu saya sudah bercerai tetapi mereka berpegang pada janji untuk tidak menghebahkannya. Emak tahu pun selepas dua tahun perceraian itu terjadi apabila dia terbaca berita mengenainya dalam majalah. Saya berani 'buka' cerita selepas kawan-kawan menasihatkan saya supaya bercakap perkara yang sebenar kerana mereka kasihankan keadaan saya yang sangat teruk waktu itu.

    "Siapa yang mengenali saya dan Ehsan, tak percaya yang kami bercerai kerana Ehsan melayan saya dengan baik. Tiba-tiba saja tahu kami sudah bercerai. Emak pun tak terkata apa kerana ia sudah pun berlaku. Sekarang apabila difikirkan semula berdosanya saya kerana minta cerai dengan suami.

    "Apa yang terjadi memberi pengajaran pada saya dan semoga tidak berulang pada perkahwinan saya yang kedua nanti. Saya akan belajar dari kesilapan lalu dengan lebih banyak bersabar, bertolak ansur dan tidak bertindak terburu-buru. Jika ada perkara yang dirisaukan, tanya kepada pasangan anda sendiri dan bukannya merujuk kepada orang lain kerana ia mengundang bahaya.

    "Sebelum kami bercerai, saya ambil anak angkat perempuan yang diberi nama Marissa Jannah yang kini berusia tujuh tahun. Saya membina semula kekuatan diri apabila melihat wajah comelnya dan emak kata, kalau saya tak keluar bekerja macam mana saya nak dapat duit untuk membesarkan Marissa.

    "Saya bercerai pada 2005 dan pada 2008 barulah saya beroleh kekuatan untuk keluar dari kesedihan dan kemurungan. Itupun disebabkan kawan-kawan terutama Roslan Shah yang setiap hari pujuk saya keluar berjumpa orang, berlakon dan menyanyi semula.

    "Kalau Roslan mendapat jemputan membuat persembahan dia akan heret saya sekali sehinggalah saya benar-benar rasa bersemangat semula. Daripada situlah saya rasa hidup ini kembali bermakna kerana ada juga kawan yang sudi berkongsi kesedihan saya. Sejak itu saya tidak menoleh ke belakang lagi dan dengan sokongan keluarga serta kawan-kawan saya mulakan langkah baru," katanya.

    Selepas berusaha meninggalkan segala kenangan pahit, Azza sekarang terus aktif berlakon di mana setiap bulan ada saja tawaran berlakon yang datang kepadanya.

    Berderet drama lakonannya yang sedang menunggu masa untuk disiarkan. Nama Azza kembali diingati selepas dia berlakon sebagai Wan dalam drama komedi popular, Kiah Pekasam bergandingan dengan Rozita Che Wan.

    "Dalam drama itu , Wan adalah saingan kepada Kiah iaitu watak yang dipegang oleh Rozita. Sejak itu pengarah mula 'nampak' akan kewujudan saya dalam bidang lakonan yang agak tenggelam seketika.

    "Rezeki Kiah Pekasam kerana ia terus disambung daripada satu kisah ke pada satu kisah yang lain dan insyaAllah dalam perancangan penggambaran siri Kisah Pekasam yang baru akan dirakamkan di Jepun," katanya.

    Bakal berkahwin dengan Pramugara Air Asia



    SELEPAS enam tahun menjanda, Noor Azzarima Zawari atau Azza, 34, bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang pramugara, Azlan Zulaili yang muda beberapa tahun daripadanya.

    Namun Azza yakin perbezaan usia itu bukan halangan untuk mereka mendirikan rumah tangga bahagia kerana apa yang penting saling memahami dan menghormati.

    "Saya tidak bimbang dengan jarak usia kami kerana selama berkawan, saya dapati Azlan lelaki yang baik dan bertolak ansur. Saya yakin dia akan jadi suami dan bapa yang baik kepada anak-anak kami nanti.

    "Saya akan berkahwin pada masa terdekat dan sedang mencari tarikh yang sesuai. Persiapan sedang dibuat, tiba hari bahagia itu nanti saya akan beritahu semua. Saya berharap jodoh saya dengan Azlan akan berpanjangan.

    "Insya-Allah detik yang bahagia itu akan tiba tidak lama lagi dan kami sedang membuat persiapan. Semoga jodoh saya kali ini kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang sihat serta comel," katanya.

    Rita kenal siapa Bob_Azuan dan mengarahkannya memohon maaf secara terbuka

    Posted: 15 Feb 2012 06:24 AM PST




    Aktres terkenal yang juga merupakan isteri pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Moktar menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.

    Rita menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.

    "Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf dengan segera. Saya telah diaib dengan kata-kata kesat berbaur penghinaan menerusi komen-komennya dalam akaun tersebut.

    "Antara kata-kata kesat dan mengaibkan yang dilemparkan kepada saya termasuklah menggelar saya dengan perkataan 'Ritaik'," ujar Rita yang dipetik dari laman mStar.

    Selain itu juga, pemilik akaun tersebut yang menggunakan gambar profil Twitter adik ipar aktres iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak turut mendakwa akan mendedahkan kisah dan gambar yang bertujuan untuk mengaibkannya.




    Antara kata-kata @bob_azuan di Twitter.


    Rita yang dikatakan mengenali pemilik Twitter berkenaan memaklumkan bahawa individu tersebut telah memohon maaf melalui seorang teman dan menutup akaun tersebut selepas dihentam teruk oleh peminat Rita yang mengkritik dan marah dengan tindakannya.

    "Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia adalah rakan kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam masalah rumah tangga saya," katanya.

    Individu tersebut mendakwa bekerja sebagai seorang jurugambar syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

    Seperti diketahui ramai, masalah rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan yang merupakan kembar kepada Zaquan Adha masih hangat diperkatakan dan belum selesai selepas suaminya bertindak keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

    Rita dan Aidil Zafuan telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan terbina, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 10 bulan.

    Sementara itu Zaquan Adha menerusi Twitter miliknya enggan mengulas panjang mengenai kejadian yang berlaku, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.



    Gambar yang dikatakan diambil oleh jurugambar
    tersebut yang juga pemilik akaun @bob_azuan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    [GILA]Demi mendapatkan keturunan, Relakan Isteri sebilik dengan lelaki lain Selama 2 Bulan

    Posted: 15 Feb 2012 09:15 PM PST

    Demi mendapatkan keturunan, Pujo Relakan Isteri Sebilik dengan Lelaki Lain Selama 2 Bulan.
    TUBAN - Demi memiliki keturunan, Pujo Sumarto (49), warga Desa Prunggahan Wetan, Kecamatan Semanding, Tuban, Jawa Timur, rela melakukan apa sahaja. Termasuk, merelakan isterinya, Rustami (45), berduaan dalam bilik bersama Mat Tohari, seorang lelaki asal Gresik yang mengaku kiai dan boleh membantu memberikan anak.

    Di dalam bilik itu, Gus Mat, panggilan Mat Tohari, mengaku sedang melakukan ritual sembahyang malam khusus bersama Rustami selama 45 minit dalam keadaan gelap, supaya keinginan itu dikarunikan seorang anak dapat terwujud. Namun, selama dua bulan ritual aneh tersebut dilakukan, Rustami tak juga hamil.

    Kegiatan ini mula di ketahui penduduk sekitar hingga membuat kemarahan penduduk yang ingin supaya kiai dengan ritual aneh tersebut diusir dari kampung mereka. "Jelas ritual seperti itu tidak masuk akal dan menyalahi ketentuan agama Islam. Kenapa mesti di dalam bilik berduaan dengan isteri orang lain pada tengah malam," kata Rosyid, salah seorang penduduk kampung itu.

    Kerana itu,jugalah penduduk melaporkan kegiatan ini ke pejabat desa setempat supaya Gus Mat diusir dari Prunggahan Wetan agar tidak lagi merosakkan iman penduduk lainya.

    Akhirnya semua pihak sepakat bahawa Gus Mat harus dihalau dari Desa Prunggahan Wetan. "Telah disepekati bahawa Mat Tohari yang selama ini tinggal di rumah Eko harus keluar dari Desa Prunggahan Wetan.

    Isteri minta cerai sebab suami tulis namanya 'Guantanamo" di telefonnya

    Posted: 15 Feb 2012 09:00 PM PST

    Hati-hati jika mencantumkan nama isteri ke dalam memori telepon genggam Anda. Nama isteri terkadang ditulis dengan "Mama", "Bonda di Rumah", "Sayang", atau nama-nama sebutan manis dan menyenangkan lainnya. 

    Berbeza dengan lelaki Arab ini, dia menuliskan nama "Guantanamo" dalam memori buku telepon di telepon genggamnya untuk menyebut sang isteri tersayang. Guantanamo adalah nama penjara AS yang berisi teroris. 

    Media-media menggambarkan keadaan di Guantanamo menyeramkan, dengan penyiksaan terhadap para tahanan. Demikian menurut harian Al-Watan edisi Minggu . Nama panggilan "kesayangan" untuk isterinya itu ditemukan sang isetri secara tidak sengaja saat membuka-buka telepon suami ketika suami tidak di rumah. 

    Walaupun pasangan itu telah menikah selama 17 tahun, isterinya tetap naik darah. Kerana terlampau berang dan marahnya, isteri "Guantanamo" itu langsung meminta cerai. 

    Terlalu Rajin Bersihkan Rumah, Suami Dicerai Isteri

    Posted: 15 Feb 2012 08:45 PM PST

    Umumnya ,  suami paling malas disuruh membersihkan rumah seperti menyapu atau mengemop lantai Dan  kalau ada cuma satu atau 2 orang aja yang rajin.

    Tapi suami yang satu ini malah rajin membersihkan rumah, hingga sang isteri malah minta cerai.

    Seperti yang diberitakan Metro.co.uk , seorang wanita di Jerman terpaksa menceraikan suaminya yang sudah 15 tahun dinikahinya, gara-gara sang suami hampir setiap saat selalu melakukan pekerjaan rumah sehari-hari, bersih-bersih, menyusun perabot.

    Puncak kesabaran isteri berakhir saat sang suami merobohkan dinding dan kemudian membangunnya lagi kerana alas an dinding itu kotor.

    Chrisitan Kropp, Hakim sidang dari pusat kota Sondershausen bahkan menganggap kes cerai itu sebagai hal yang pelik.

    "Aku tak pernah mengalami seorang meminta cerai dengan alasan seperti itu," ujarnya.

    Lelaki waras ini tinggal di rumah sait jiwa selama 8 dekad

    Posted: 15 Feb 2012 08:30 PM PST


    Seorang lelaki waras dari Romania telah tinggal di rumah sakit jiwa selama 80 tahun setelah masuk saat masih anak-anak ketika dirinya ditinggalkan ibunya.

    Illie Ciurcov, 87 tahun ditemukan masih hidup di sebuah fasiliti Romania yang percuma selama audit rutin rumah sakit jiwa  yang dilakukan dalam rangka untuk mencari cara untuk memotong perbelanjaan.

    "Aku selalu  bermaksud untuk pergi tapi tempat itu begitu nyaman sehingga aku terus  tetap tenang," canda Illie.

    Lelaki itu mengaku kepada seorang penjaga rumah sakit jiwa di sana sebagai seorang anak setelah ditinggal pergi ibunya.

    Kucing Tertua Sedunia Yang Disuntik Mati Kerana Dikira Sakit Dan Liar

    Posted: 15 Feb 2012 08:15 PM PST


    Hidup salah satu kucing tertua sedunia, Miez Maz harus berakhir tragik hanya kerana seorang doktor haiwan  mengira dirinya kucing liar dan sakit yang harus ditidurkan selamanya. 
    Miez Maz, akhirnya dipaksa dicabut nyawanya setelah hidup lama sebagai salah satu kucing tertua sedunia oleh seorang doktor haiwan di Swiizerland yang salah mengira Miez sebagai kucing liar dan penyakitan.

    Miez Maz diambil seorang pejalan kaki setelah kucing itu melarikan diri dari rumahnya di Tagerwilen, Switzerland
    Menurut laporan di kota kecil  itu, Miez Maz telah tinggal di sebuah stesen kereta api tempatan dimana para pekerja di sana memberinya makan dan merawatnya.

    Namun, seorang doktor haiwan setempat khabarnya mengira kucing itu liar dan mengambilnya untuk ditidurkan selamanya - yang kemudian menyebabkan kemarahan dari penduduk tempatan dan staf stesen tersebut.

    Lawak..lelaki buruan polis telefon pejabat sheriff kerana kehabisan minyak

    Posted: 15 Feb 2012 08:00 PM PST


    Seorang buruan berusia 59 tahun harus kembali meringkuk di balik jeriji besi setelah dia kehabisan minyak di Wyoming, dan menelefon pejabat sheriff setempat untuk mendapatkan bantuan di pinggir jalan.


    Wyoming Highway Patrol mengatakan pada Selasa (14/02) bahawa orang tersebut adalah Richard Vincent dari Prineville, Oregon, yang menjadi buruan di Georgia kerana melanggar pembebasan bersyarat pada kes pembunuhan dan diyakini sedang melarikan diri.


    Saat kehabisan bahan bakar, Vincent kemudian menghubungi Uintah County Sheriff untuk mengirim salah satu petugas guna membantunya. Ketika mereka mengetahui bahawa Vincent memiliki surat perintah penahanan atas kejahatan dari Atlanta, ia kemudian langsung dibawa ke tahanan.


    Dikutip dari huffingtonpost, Vincent sedang ditahan oleh polis dari Georgia untuk segera di ekstradisi.

    Percaya tak inilah kenderaan untuk golongan VIP di Somalia

    Posted: 15 Feb 2012 07:45 PM PST

    Ternyata kerana kemiskinan kenderaan untuk golongan VIP  di Somalia adalah begini...







    Video Lawak Orang Bunuh Diri di Hong Kong Yang Menggemparkan

    Posted: 15 Feb 2012 07:30 PM PST

    Seorang lelaki  di Hong Kong berniat bunuh diri dengan melompat dari bangunan yang tinggi.Paramedik serta petugas pemadam kebakaran pun datang untuk membuat lelaki itu mengurungkan niatnya.Tetapi apakan daya.


    Maut terjatuh dari tingkat 14

    Posted: 15 Feb 2012 07:15 PM PST


    KUALA LUMPUR - Selepas dikejutkan dengan kejadian 14 buah motosikal hangus angkara perbuatan khianat kelmarin, penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak sekali lagi tersentak dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat 14 semalam.
    Mayat Wong Tong Sing, 69, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di Blok B kawasan perumahan itu pada pukul 11.30 pagi oleh penduduk.
    Mayat Tong Sing ditemui lengkap berpakaian dan dia mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
    Difahamkan, mangsa hidup sebatang kara dan isterinya juga gagal dikesan selepas wanita itu melarikan diri dari pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    Menurut jiran, sebelum terjatuh, dia ternampak Tong Sing menuju ke tingkat paling atas itu sebelum berbaring di atas tembok sambil menghadap ke luar bangunan.
    Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku kemudian telah menjerit ke arah lelaki itu supaya turun, namun tidak dipedulikan mangsa.

    sumber : kosmo online

    Dicekup dalam semak

    Posted: 15 Feb 2012 07:00 PM PST


    KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima padah apabila dia didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

    Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh kerana melakukan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki yang bukan suaminya.

    Mohd Nazri turut memerintahkan perempuan berumur 18 tahun itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh ditangkap bersama lelaki sebayanya di dalam sebuah Perodua Kembara dalam semak di tepi lebuh raya Kampung Padang Luas pada jam 1.05 tengah hari, 24 Disember tahun lalu.

    Ketika ditangkap tertuduh baru selesai menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah manakala pasangannya beralamat di kampung sama tidak bekerja.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu yang boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

    Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa syariah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan lebuh raya Kampung Padang Luas (menghala ke Lata Tembakah) dan melihat sebuah kereta Perodua Kembara yang diletakkan dalam semak berhampiran kebun getah.

    Setelah menghampiri kereta itu, penguat kuasa mendapati tidak kelihatan orang di dalamnya tetapi manakala semua pintu dan cermin tertutup rapat serta enjin dan pendingin hawa dihidupkan.

    Penguat kuasa merapati kenderaan tersebut melalui pintu sebelah kanan pemandu dan mendapati kedua-dua kerusi hadapan direbahkan sepenuhnya. Nik Mohd Shahrul Irwan memberitahu mahkamah lagi, penguat kuasa bertindak mengetuk cermin dan membuka pintu menyebabkan mereka terkejut dan gelisah.

    Lelaki ketika memakai baju T dan tanpa memakai seluar manakala tertuduh perempuan memakai baju T lengan panjang tanpa memakai seluar dan tudung.
    Sehelai seluar dalam dan seluar trek yang dijadikan barang kes milik perempuan turut dibawa ke mahkamah untuk pengesahan.

    Perempuan terbabit menangis ketika berada dalam kandang tertuduh apabila Mohd Nazri menegur perbuatannya yang telah melukakan hati ibu bapanya. Dia hadir ke mahkamah dengan ditemani abangnya.

    Pasangannya pula turut dijatuhkan hukuman yang sama dalam perbicaraan berasingan pada minggu lalu.

    Mak Nyah kena serang enam lelaki

    Posted: 15 Feb 2012 06:45 PM PST

    KUANTAN - "Saya hanya mampu menjerit apabila hayunan rantai besi yang berikat mangga itu terkena tepat di kepala," kata juru mekap yang menjadi mangsa serangan enam lelaki di depan Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, semalam.

    Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata, dia bersama rakannya, Shasha sedang berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum didatangi enam lelaki menaiki motosikal.

    "Tanpa sebarang amaran, tiga daripada mereka terus memukul saya menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga, manakala yang lain berada di atas motosikal," katanya.

    Rozita berkata, begnya disentap hingga putus sebelum pukulan bertubi-tubi hinggap di bahagian belakangnya.

    Katanya, dia tidak mampu melawan dan ketika itu, rakannya Shasha datang membantu, tetapi turut menjadi sasaran tiga lelaki yang memakai baju dan jaket serba hitam.

    Rozita, yang ketika itu berlumuran darah, lari menyelamatkan diri, tetapi apabila menyedari rakannya juga dipukul, dia kembali ke arah rakannya sebelum rebah di situ.

    "Selepas lebih lima minit, enam lelaki itu menghilangkan diri dengan motosikal. Ketika itu saya hanya separa sedar di pangkuan Shasha," katanya.

    Sementara itu, Shasha yang masih lagi trauma dengan serangan itu, tidak menyangka kumpulan lelaki itu tergamak memukul mereka dengan besi dan topi keledar.

    Katanya, dalam keadaan kelam kabut dan darah yang mengalir di kepala, ada individu yang kebetulan lalu di jalan itu dan menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

    "Ketika itu saya memang tidak berdaya sementelah melihat rakan yang hampir pengsan di pangkuan. Nasib baik ada orang lalu di kawasan itu dan membawa kami ke hospital," katanya.

     Akibat serangan itu, Rozita menerima enam jahitan di kepala, luka di dahi, lebam di bahagian bahu, belakang dan lengan, manakala Shasha pula luka di bahagian kepala dan lengan.

    Rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Bakri, 50-an berkata, kumpulan mak nyah itu menggelar lelaki yang menyerang mereka Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini kira-kira 12 kali kejadian sama berlaku membabitkan 10 mangsa.

    Katanya, kumpulan lelaki itu akan bertindak di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, tetapi tidak mengambil barang penting atau beg duit dan hanya menyerang serta memukul mangsa.

    "Kes ini sebenarnya sudah berlaku enam bulan lalu, tetapi kini lebih kerap terutama di Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang dan Lorong Pasar.

    "Mereka selalu diserang dan menggunakan senjata sama. Mereka tidak mengambil wang, tetapi akan mencederakan mangsa," katanya.

    Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Sim Chon Siang berharap, kum­pulan mak nyah itu mendapat pembelaan sewajarnya kerana menjadi mangsa kejam lelaki tidak berperikemanusiaan itu.

    "Walau siapa pun mereka, kita berharap mak nyah ini dapat hidup selesa tanpa gang­guan lelaki yang bersikap ganas seperti ini," katanya ketika melawat Rozita dan Shasha di sini.

    Dalam pada itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi

    Superintendan Kamaruz­zaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

    Pelik..nenek jadi anak dara sunti

    Posted: 15 Feb 2012 06:30 PM PST

    SANGLANG – Pelik tetapi benar. Seorang nenek yang mempu­nyai empat anak, 19 cucu dan tujuh cicit, didaftarkan sebagai perempuan yang baru berusia 15 tahun.

    Puan Ahmad, yang sepatutnya kini berumur dalam lingkungan 90 tahun itu sendiri tidak menyedari nombor dalam MyKadnya, iaitu 960412-02-0058, menunjukkan dia kononnya dilahirkan pada 1996.

    "Rahsia' itu terbongkar apabila cucu Puan, Siti Noor Atikah Mat Yusop, 21, membawanya ke klinik untuk rawatan tahun lalu.

    "Saya sendiri tidak ingat umur yang sebenar, tetapi saya ingat anak sulung berumur 72 tahun. Semua dokumen lama pun sudah hilang entah ke mana," katanya ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, di sini, semalam.

    Siti Noor Atikah berkata, mereka sekeluarga tidak mengetahui bahawa MyKad yang dimiliki neneknya bermasalah sehingga dia membawa neneknya ke hospital.

    "Saya mula sedar berkenaan kesilapan pendaftaran umur nenek saya ketika seorang jururawat bertugas bertanyakan kepada saya mengenai umur nenek

    "Setelah mengetahui masalah berkenaan tahun lahirnya, saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk memaklumkan kesalahan tarikh lahir nenek yang ada pada MyKad itu, tetapi saya dimaklumkan MyKad nenek saya boleh digunakan.

    "Selepas itu saya dan ahli keluarga yang lain pun biarkan begitu sahaja," katanya.

    Anak ketiga Puan, Mat Yusop Kamis, 64, berkata, kesilapan catatan dalam MyKad itu menyebabkan ibunya tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagaimanapun mereka sudah membuat rayuan.

    "Saya memohon BR1M kepada ibu saya, namun kami menerima surat menyatakan permohonan ibu saya untuk mendapatkan BR1M tidak diluluskan kerana tidak layak.

    "Kemudian semasa saya menerima BR1M, saya diminta untuk membuat rayuan, namun nasib tidak menyebelahi ibu saya kerana permohonan kali kedua juga ditolak," katanya.

    Whitney Houston lesbian

    Posted: 15 Feb 2012 06:15 PM PST


    LOS ANGELES: Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu.
    Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh. 
    Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

    Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya.




    Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.

    "Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.

    "Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.

    "Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah.

    "Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu," " kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

    Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.

    Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford.

    Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati.

    Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

    Robyn menulis: "Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa.

    'Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

    "Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi."
    Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons.

    Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

    Adik Bobby, Tina Brown berkata: "Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali."

    Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

    "Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi," kata Brown.

    Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown.

    Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

    Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu.

    Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.

    Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

    Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: "Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay." - DM



    sumber : myMetro

    Lebih cerah kulit lebih mahal

    Posted: 15 Feb 2012 06:00 PM PST


    KUALA LUMPUR - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.
    "Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.
    Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.
    "Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.
    Abdul Jalil menjelaskan, kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.
    "Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

    sumber : kosmo online

    Wanita adu didera kekasih hilang sejak Januari

    Posted: 15 Feb 2012 05:45 PM PST


    KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang pernah membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, Julai tahun lalu kerana didera teman lelakinya dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi rakannya sejak Januari lalu.
    Wanita dikenali sebagai Phang K M, 21, dilaporkan hilang oleh rakan sekelasnya sejak awal tahun ini selepas meminjam wang daripada mereka.

    Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong ketika mengadakan sidang media di Wisma MCA, di sini, berkata, rakan mangsa yang bimbang dengan keselamatan Phang datang berjumpanya 9 Februari lalu bagi memaklumkan kehilangan wanita itu.


    "Semasa mangsa datang berjumpa kami Julai lalu, dia dalam ketakutan berikutan didera teman lelakinya selain diperas ugut untuk menyebarkan gambar bogel miliknya sekiranya meninggalkan lelaki terbabit.

    "Justeru, hingga Disember tahun lalu, mangsa sentiasa berhubung dengan kami dan memberitahu teman lelakinya tidak lagi mengganggunya," katanya.


    Menurut Chong, rakan-rakan hanya bimbangkan keselamatan mangsa berikutan tahu kejadian menimpanya tahun lalu dan takut berlaku perkara tidak diingini terhadap mangsa.




    "Mereka tidak peduli dengan wang dipinjam itu, sebaliknya hanya mahu mangsa berada dalam keadaan selamat dan seterusnya menghabiskan pengajiannya di kolej," katanya.

    Sehubungan itu, Chong menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Phang menghubungi pejabatnya di talian 03-21618044



    sumber : myMetro

    Warga emas selamba kelentong pendududk

    Posted: 15 Feb 2012 05:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Berbekalkan perwatakan disenangi dan dihormati penduduk setempat, seorang warga emas berjaya memperdaya 20 jirannya sebelum lesap bersama wang tunai bernilai lebih RM400,000 dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras, di sini.
    Lelaki berusia 58 tahun itu memancing mangsa dengan menawarkan bantuan untuk mendapatkan rumah PPR baru di tujuh kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor termasuk Bukit Jalil, Pandan Indah dan Taman Melawati pada harga serendah RM15,000 seunit. 
    Difahamkan, warga emas itu sudah menipu mangsa sejak 2009 hingga akhir tahun lalu dan memilih mangsa yang rata-rata kurang berpendidikan dan warga emas hingga sanggup mengeluarkan wang simpanan serta meminjam dengan rakan serta saudara-mara.

    Untuk memudahkan urusan kelulusan permohonan, setiap mangsa perlu membayar RM4,000 sebagai bayaran pendahuluan dan jika mangsa berminat memiliki unit tambahan mereka perlu membayar lebih dan ada di antaranya sudah melabur RM100,000.



    Menceritakan kembali modus operandi warga emas terbabit, seorang mangsa yang juga suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mey, 29, berkata, dia tidak mempunyai rumah sendiri ditegur lelaki berkenaan ketika berada di kawasan perumahan itu


    sumber : myMetro

    Jurulatih kaki cabul

    Posted: 15 Feb 2012 05:15 PM PST

    PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa.


    Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.

    Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini.


    Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah.

    "Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan," katanya.


    Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad.




    "Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul," katanya.

    Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek.


    Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


    "Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit," katanya.


    Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).



    sumber : myMetro

    Janda jual air liur kebas RM5,000

    Posted: 15 Feb 2012 05:00 PM PST


    KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.
    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.
    Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

    "Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.



    "Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.


    sumber : myMetro

    Tak sanggup air sum-sum anak diambil

    Posted: 15 Feb 2012 04:45 PM PST


    SUNGAI SIPUT: "Saya tidak rela doktor mengambil air tulang sum-sum anak saya. Biarlah kami sekeluarga berusaha mengubatinya menggunakan kaedah perubatan Islam dan tradisional," kata Zamziba Zabidi, 46, bapa kepada remaja, Muhammad Alif Syafiq, 18, yang menghidap penyakit misteri.
    Muhammad Alif kini buta mata kanan selepas mengalami bengkak luar biasa sebesar bola tenis sejak 10 bulan lalu hingga menyebabkan matanya tersembul.

    Derita ditanggung remaja berkenaan pernah dipaparkan Harian Metro pada 14 Januari lalu, namun hingga kini penyakit dihidapinya belum menampakkan tanda-tanda sembuh.


    Kali terakhir, remaja berkenaan mendapatkan rawatan tradisional Islam dan moden di Melaka dan mendakwa bengkak dihidapi menunjukkan tanda-tanda susut, namun hanya sementara sebelum kembali membengkak.

    Zamziba berkata, berdasarkan laporan perubatan terakhir, doktor pakar mengesyaki anaknya menghidap barah dan diminta menjalani rawatan kemoterapi.


    Menurutnya, pihak hospital mengarahkan anaknya menjalani proses mengambil air tulang belakang bagi mengenal pasti penyakit sebenar




    "Saya dan isteri pasrah dengan keadaannya, malah berharap dia kembali sihat seperti sebelumnya.

    "Sebagai bapa, saya menaruh harapan tinggi terhadapnya memandangkan dia anak sulung," katanya.


    Derita Muhammad Alif sedikit terubat selepas menerima kunjungan Yayasan Bina Upaya (YBU) di rumah keluarganya di Kampung Tersusun Kledang Utama, di sini.

    Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Datuk Zainal Abidin Omar sempat meluangkan masa melawat remaja berkenaan selain menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebannya. Menurut Zainal Abidin, pihaknya prihatin dengan derita remaja berkenaan dan berharap ada pihak tampil membantu memberikan sumbangan.


    "Kami akan cuba membantu Muhammad Alif dan pada masa sama berharap ada pihak lain turut serta memandangkan penyakit dihidapi remaja itu memerlukan kos rawatan tinggi," katanya.



    sumber : myMetro

    Pemandu bas tampan dan seksi dari China yang menjadi sensasi di internet

    Posted: 15 Feb 2012 04:30 PM PST

    Seorang pemandu bas berusia 27 tahun disebut-sebut paling tampan dan seksi di China setelah fotonya beredar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan (27) dan  tinggal di Wuhan, China.

    Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah user di beberapa forum mengatakan dia mirip dengan idola remaja Hongkong, Daniel Wu.

    Dengan tinggi 180 sentimeter, Xiong telah memandu selama tujuh tahun setelah dia lulus dari sekolah. Orang ramai menyebutnya Shuai Xiong atau si tampan Xiong dan dia digambarkan sangat fashionable dan cute.

    Tidak hanya dari segi fizik. Xiong juga seorang pemandu yang sangat hati-hati dan memperlakukan penumpang dengan baik. sebagai tambahan, selama dia menjalankan tugas,a ia belum pernah mengalami kemalangan.

    Meski digilai perempuan dan gadis muda, Xiong menyatakan jika dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus memperlakukan penumpang seperti keluarga kita. Kami ingin memastikan jika mereka merasa nyaman di bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan,

    Dia juga menegaskan dirinya tidak pernah berusaha mencari perhatian seperti yang di tuduh. "Di dalam industri, kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang seperti tuduhan pesaing dengan mengatakan berusaha mencari perhatian," kata Xiong.

    Sumber: udn.com

    [Pelik]Remaja disambar petir pada pukul 13.13 ,haribulan 13 pada usia 13 tahun

    Posted: 15 Feb 2012 04:15 PM PST

    Banyak orang percaya, angka 13 adalah pembawa sial. Dan tak ada yang boleh membuktikan mitos ini. Lebih dramatik lagi seorang remaja Inggeris (namanya tak disebutkan) disambar petir pada hari Jumaat, 13 Ogos 2010, tepat pukul 13.13. Dan ketika kejadian remaja ini  berumur 13 tahun.Remaja ini disambar kilat ketika menonton Festival Udara Lowestoft Seafront .

    Namun remaja ini berjaya diselamatkan oleh seorang sukarelawan St. John Ambulance Yang menakjubkan, mangsa hanya menderita luka terbakar yang ringan dan dirawat di Hospital James Paget.

    Rex Clarke, ketua pasukan St. John Ambulance, mengatakan ketika petir menyambar, sepanjang hari itu  hujan turun dengan lebatnya.

    Menurut Clarke, selain remaja itu, ada dua orang lagi yang disambar petir di lokasi itu. "Ketiganya mangsa itu  memegang payung yang menjadi konduktor elektrik."

    Clarke sendiri terkejut melihat keadaan emaja itu. Menurut pengalamannya sebagai paramedik, disambar petir adalah kecelakaan serius yang boleh membawa kesan serius kepda jantung mangsa "Namun ketika kami sampai di sana, mangsa dalam keadaan sedar dan bernafas," katanya.

    Clive James, pakar pertolongan pertama St. John Ambulance menjelaskan dampak terberat dari sambaran petir adalah berhentinya detak jantung dan pernafasan dengan seketika. "Jika ini terjadi, beri korban nafas buatan secepatnya dan langsung hubungi ambulans," ia memberi tips.

    Ditambahkan James, sambaran petir juga bisa menyebabkan luka bakar atau cedera benturan. "Jika korban tidak bisa berjalan, pindahkan ia secepatnya dari lokasi. Sebab, kilat bisa menyambar di tempat yang sama," katanya.

    Bukti kenapa pasang iklan di Afrika lebih murah di Jepun

    Posted: 15 Feb 2012 04:00 PM PST

    image
    Ini iklan yang dipasang di Jepun…canggih dan pasti kosnya yang tinggi

    image
    Ini iklan yang dipasang di Afrika…cantik dan kosnya murah….

    Gugurkan bayi kembar lelaki kerana nak anak perempuan

    Posted: 15 Feb 2012 03:45 PM PST

    Sepasang suami-isteri yang sangat teringinkan bayi perempuan terpaksa menggugurkan bayi kembar laki-laki yang masih berusia sangat muda.

    Pasangan yang sudah memiliki tiga anak laki-laki ini masih berduka kerana mereka kehilangan anak perempuan yang meninggal ketika baru saja dilahirkan. Mereka kemudan memutuskan ke Victorian Civil and Administrative Tribunal, Australia, agar mereka boleh memilih jenis kelamin anak mereka menggunakan metode IVF.

    Sayangnya, keinginan mereka ini ditolak oleh panel yang disebut Patient Review Panel. Pasangan yang identitinya dirahsiakan ini mengatakan mereka sudah mengambil keputusan dramatik namun tidak ingin terus memiliki anak dalam jumlah yang tak terbatas. Mereka dengan tegas mengatakan jika keinginan mereka ini ditolak maka mereka akan ke Amerika Syarikat (AS) agar boleh mengandung bayi perempuan.

    Perempuan yang berada di usia 30-an ini mengatakan dia sangat mencintai tiga anak laki-lakinya namun akan melakukan apapun agar boleh memperolehi anak perempuan.

    Perempuan mengaku jika dia sangat terobsesi memiliki anak perempuan dan ini menjadi sangat vital bagi keadaan kesihatan psikisnya terutama setelah dia kehilangan anak perempuan yang baru saja dilahirkannya.

    [Kesian] Selama tiga tahun tuala bersarang di usus wanita ini

    Posted: 15 Feb 2012 03:30 PM PST

    Kes aneh dialami seorang wanita India yang sering mengalami sakit perut. Setelah dibedah doktor ternyata menemukan tuala yang  telah bersarang di ususnya selama tiga tahun setelah pembedahan caesar yang pernah dilakukannya.

    Tuala tersebut bersarang  di usus Sabnam Praveen, wanita berusia 30 tahun berasal Bilaspur, Chhattisgarh, India.

    Sabnam dibawa ke Chhattisgarh Institute of Medical Sciences (CIMS) di kota Bilaspur, Chhattisgarh, setelah mengeluh sakit perut parah yang telah berlaku selama tiga tahun.

    Yang sangat mengejutkan, pasukan doktor bedah yang dipimpin oleh Dr Neeraj Sindey, melakukan pembedahan dan menemukan tuala dengan bahagian-bahagiannya yang telah membusuk di usus Sabnam.

    Suami Sabnam, Nassibuddin, mengatakan telah menghabiskan lebih dari 100 ribu rupee untuk melakukan perjalanan ke berbagaihospital dan klinik untuk mengetahui penyebab sakit di perut isterinya, tapi ternyata hanya sia-sia.

    "Sebahagian besar wang itu adalah pinjaman untuk membawa isteri saya ke beberapa hospitaldi India," jelas Nassibudin, suami Sabnam.

    Nassibudin mengatakan, di kebanyakan hospital para doktor mengatakan bahawa mungkin ada tumor di perut isetrinya, tetapi doktor di CIMS menegaskan bahawa ada handuk di usus Sabnam setelah di periksa.

    Sabnam yang masih berada di bilik bedah CIMS, kini merancang untuk menemukakan saman kepada doktor di sebuah hospital di kota Ambikapur, keranna dia dan suaminya percaya bahawa doktor tersebut telah meninggalkan tuala di dalam perutnya ketika dia melakukan operasi caesar pada akhir tahun 2007.

    Kesalahan berfashion yang serius

    Posted: 15 Feb 2012 03:15 PM PST

     

    image

    Wanita ini ingin berfashion tetapi salah cari penasihat…….

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS