|  Syahrini mahukan 'Imam'   Posted: 26 Nov 2010 04:46 PM PST |  
 |  | SYAHRINI  
 | 
 PENYANYI yang seorang ini seakan sudah berada dalam pakej yang  lengkap. Cantik, seksi dan masih solo membuatkan wanita berusia 29 tahun  ini sentiasa didekati kumbang.  Menurut Syahrini, ramai jejaka yang mahu mendekati dirinya bahkan ada yang menyuarakan isi hati untuk meminangnya. "Yang berusaha dekat memang ada. Yang mahu meminang juga ada.  Bohonglah kalau saya kata tiada. Tetapi adakah mereka cukup kuat untuk  berhadapan dengan pekerjaan saya sekarang? Kalau sudah menikah kelak,  pilihan hati saya itu harus menjadi imam dan saya sangat berharap agar  mendapat lelaki yang baik," ujar Syahrini jujur.  Lebih lanjut lagi, penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Rini  ini menyatakan bahawa dia mahu terus menyanyi walau pun sudah mendirikan  rumahtangga kelak.  "Kalau diizinkan, saya tetap mahu berkarya. Saya jenis yang tidak  boleh duduk diam di rumah. Untuk permulaan perkahwinan mungkin boleh  tetapi selepas itu saya mahu pasangan saya mendokong kerjaya saya,"pinta  Syahrini. | 
  |  Insurans RM1 b   Posted: 26 Nov 2010 04:45 PM PST Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun
KUALA  LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion  setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan  mereka yang meningkat setiap tahun. Statistik Bank Negara dalam  Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans  hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak  empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion  (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.            Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas  perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat  terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.   Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas  perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat  terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.   Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat  yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj  perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat.      Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta  boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj  terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan  rakyat.  "Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan  Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital  swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu  rasional," katanya.  Sementara itu, sumber industri berkata,  tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal  terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan  gaya hidup masyarakat.  "Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak," katanya.   Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan  perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau  kemalangan.  Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga  Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau  kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital  swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan.   Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun  pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah  terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya  mengatasi masalah itu.  Presiden Persatuan Perubatan Malaysia  (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada  doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta  Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi  perubatan swasta terbabit.  Katanya, ini menyebabkan caj  rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah  pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti  lokasinya. | 
  |  Saham PChem naik RM5.72 seunit   Posted: 26 Nov 2010 04:43 PM PST Kaunter paling aktif semalam dengan 637 juta saham diurus niaga hari pertama WAN ZULKIFLEE memalu gong sambil diperhatikan  (dari kanan) Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak,  George Ratilal, Tengku Mahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS,  Datuk Shamsul Azhar Abbas pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa   Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.SAHAM  PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) melonjak sehingga RM5.72 seunit  ketika memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, premium  52 sen atau 10 peratus berbanding harga rujukannya iaitu RM5.20 sesaham  yang juga harga tawaran awam permulaan (IPO) kepada pelabur institusi. Paras itu juga adalah 67 sen atau 13.3 peratus lebih tinggi  berbanding harga IPO yang ditawarkan kepada pelabur runcit iaitu RM5.04  sesaham.Kaunter anak syarikat kedua PETRONAS pada tahun ini yang disenaraikan di  bursa itu, dibuka pada RM5.71 sesaham, naik 51 sen atau 8.9 peratus,  sebelum melonjak ke paras tertinggi RM5.71 seunit sejurus selepas itu.             Bagaimanapun keadaan sentimen pasaran Asia yang kembali terjejas ekoran  kebimbangan terbaru berhubung ketegangan politik di Korea pada tengah  hari semalam menyaksikan kemunculan aktiviti pengambilan untung di  kaunter berkenaan khususnya pada sesi dagangan petang. PChem ditutup pada RM5.31 sesaham, naik 11 atau 2.12 peratus berbanding harga rujukan RM5.20 sesaham. Sejumlah 637 juta saham bernilai RM3.52 bilion diurusniagakan pada  hari pertama dagangannya, sekali gus menjadikannya sebagai kaunter  paling aktif semalam, di sebalik situasi pasaran saham keseluruhan yang  tidak menentu. Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Eksekutif Kewangan  PETRONAS, Datuk George Ratilal, berkata premium dicatatkan mencerminkan  keyakinan pelabur terhadap potensi perniagaan unit petrokimia PETRONAS  itu pada masa depan.     "Premium sekitar 10 peratus pada pembukaan adalah sesuatu yang  memberangsangkan," katanya pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa  Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi PChem, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan  Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Tengku Mahamad Tengku  Mahamut. Sementara itu, Tengku Mahamad berkata, penyenaraian PCHem akan  menambah dengan ketara permodalan pasaran Bursa Malaysia dan menjadikan  PChem antara 10 syarikat dengan permodalan pasaran terbesar di bursa  saham tempatan. PCHem katanya, akan dimasukkan sebagai komponen utama indeks penanda aras utama pasaran saham tempatan, FBM KLCI Isnin ini. "Kami satu-satu syarikat petrokimia yang disenaraikan di Bursa  Malaysia, menawarkan peluang pelaburan  kepada pelabur dari dalam dan  luar negara," katanya. | 
  |  Lelaki paling seksi   Posted: 26 Nov 2010 04:41 PM PST Wajah, sikap kelakar Ryan Reynolds pikat juri
JIKA dicari  pasangan selebriti paling menarik ketika ini, jawapannya mungkin terarah  kepada rumah tangga Ryan Reynolds dan Scarlett Johansson. Tidak lama  selepas si isteri dinamakan Babe of the Year oleh majalah GQ, si suami  pula dinobat sebagai Lelaki Paling Seksi  2010 oleh majalah People. Pada usia 34 tahun, Ryan yang mencipta nama menerusi filem The  Proposal, yang menyaksikan dirinya berganding dengan ratu filem, Sandra  Bullock, kini mampu duduk sebaris dengan beberapa aktor ternama  Hollywood lain yang sebelum ini diberikan gelaran sama termasuk Johnny  Depp, Brad Pitt, George Clooney, Richard Gere, Mel Gibson dan Matt  Damon.Walaupun ketampanan dan susuk tubuhnya mendapat pengiktirafan, aktor  dari Kanada itu nyata merendah diri apabila mengulas gelaran yang baru  diterima. "Nampaknya, seluruh anggota keluarga bolehlah mengejek sepanjang hayat  saya nanti," katanya yang gemar bergurau tatkala ditemubual, sebagaimana  didedahkan pasukan penganjur.         Namun begitu, Ryan tetap berasakan wujudnya aspek positif daripada  gelaran yang baru disandang. Isterinya, yang sememangnya tidak asing  dengan gelaran seksi, kini bolehlah menggunakan gelaran berkenaan untuk  menyuruhnya melakukan sesuatu perkara. Dia membayangkan, Scarlett akan bersuara: "Lelaki paling seksi, sila angkut sampah ini ke luar." Begitupun, dia juga risau sekiranya perbualan dengan orang asing  selepas ini hanya berkisar kepada gelaran terbabit, bukannya mengenai  topik lebih serius, mahupun soal kerjayanya.    Anugerah Lelaki Paling Seksi muncul sebagai isu paling popular majalah  People sejak 1985. Dan, hos program ABC, 25 Years of Sexy, Kim  Kardashian percaya, majalah berkenaan membuat pemilihan yang tepat pada  tahun ini. "Dia begitu kacak dan kelakar. Dia memiliki pakej yang sempurna dan  saya berasakan, itulah ciri-ciri yang sebenarnya dicari oleh majalah  People," kata bintang realiti itu. Pada pemilihan kali ini, nampaknya Ryan berjaya mengatasi beberapa  nama hebat lain termasuk pelakon Leonard DiCaprio, Jon Hamm, Will Smith  dan Patrick Dempsey, begitu juga pereka fesyen dan pengarah filem Tom  Ford.  Bagi memberikan kelainan pada edisi kali ini, People turut  menyenaraikan lima lelaki yang boleh diundi pembaca serta peminat  menerusi Facebook. Wakil khas majalah itu, Julie Jordan, berkata Vin  Diesel mendapat undian hebat di kalangan calon Facebook, yang turut  mengandungi bintang realiti Jersey Shore, Pauly D; atlit, Chad  Ochocinco; penyanyi, Enrique Iglesias; dan bintang Old Spice Guy, Isaiah  Mustafa. Julie turut mendedahkan, Ryan berada pada tangga teratas lelaki  seksi yang disenaraikan kerana ciri-ciri yang dimilikinya, selepas  setahun pemilihan dilakukan. Selain keyakinan diri yang tinggi, Ryan  juga memiliki wajah yang tampan dan berkahwin pula dengan bintang  anggun, Scarlett Johansson. Begitupun, bukan sekadar wajah yang diperhatikan panel pemilih.  Mereka nyata mahukan lelaki yang pandai berjenaka, merendah diri, serta  berhati mulia. Semua ciri itu, kata Julie, ada pada lelaki yang bertubuh  tegap berkenaan.  "Dia nampaknya cukup seronok dengan semua itu, dan dia lelaki yang baik. Itulah lelaki yang kami cari," katanya. | 
  |  Jalan songsang   Posted: 26 Nov 2010 04:38 PM PST        SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.     RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam. PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya  menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini  selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat  di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.     Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga  Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa  bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam  Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.
     Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam  kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang  disampaikan lelaki itu.
 Selepas mereka selesai bersolat,  penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan  itu yang turut membabitkan beberapa wanita.Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya  ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan  mereka warga Indonesia.
         Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed  Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak  1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah  yang diamalkan di negara ini.
 
 Menurutnya, ajaran itu dibawa  dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang  terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri  dengan Allah.
 
 "Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah  tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan  ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar," katanya ketika dihubungi,  semalam.
 
 Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya  selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu  cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang  Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.
 
 Menurutnya,  tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah  makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.
 
 Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah  melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh  Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai  markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.
 
 "Jais serius untuk  memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami  menempatkan 'orang kita' dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan  solat Jumaat tadi (semalam).
 
 "Dengan tindakan itu, Jais  berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka  dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi  pengikut ajaran yang difatwakan sesat," katanya.
 
 Sementara  itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan  antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja  mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.
 
 Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah,  menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika  bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di  perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.
 | 
  |  Kecewa lagi...   Posted: 26 Nov 2010 04:36 PM PST        KECEWA...Shahida bersama bapanya keluar dari Jabatan Pendaftaran Negara Perlis, semalam.  KANGAR: "Saya sudah serah surat pengesahan kelahiran anak (Shahida)  yang dikeluarkan seorang tok neban (penghulu) di Thailand, tetapi  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  masih tidak berpuas hati dan mahu  surat pengesahan baru yang dialih bahasa ke Bahasa Malaysia," kata  penoreh getah, Othman Omar, 64, semalam.   Dia bersama anak keduanya, Shahida dari Wang Kelian, dekat sini,  yang hadir ke pejabat JPN Perlis di Wisma Persekutuan, di sini, pagi  semalam, terpaksa pulang hampa kerana masalah birokrasi ditimbulkan  pihak terbabit yang masih mahu surat pengesahan kelahiran baru dari  Thailand.
   "Hasrat Shahida untuk melangsungkan perkahwinan pada Januari ini  pasti tertangguh untuk kali ketiga kerana tiada pengenalan diri dan saya  sudah berputus asa untuk berurusan dengan JPN yang masih berkeras mahu  surat pengesahan kelahiran Shahida yang sah.
 "Lima tahun lalu,  masalah sama ditimbulkan, malah surat dikeluarkan tok neban pada ketika  itu ditolak mentah pegawai JPN kerana berlaku kesalahan ejaan yang  dianggap kecil pada surat terbabit."Saya rasa mereka (JPN) tidak mahu mengeluarkan kad pengenalan  atau MyKad untuk anak saya dengan menggunakan pelbagai alasan yang tidak  munasabah.
         "Biar dia (Shahida) menjadi gadis tanpa negara dan soal jodoh,  saya berserah kepada takdir," katanya ketika ditemui selepas berurusan  selama hampir sejam dengan pegawai JPN di sini.
 
 Turut menemani  keluarga berkenaan  Pegawai Khas kepada Exco Tanah dan Perhutanan  Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim, Mohd Yusof Masri dan Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wang Kelian, Razak  Daud.
 
 Bagaimanapun, Pengarah JPN Perlis tiada di pejabat dan  keluarga berkenaan hanya dilayan seorang pegawai kanan wanita yang  enggan memberi sebarang ulasan.
 
 Rabu lalu, Harian Metro  melaporkan dilema seorang gadis yang tidak dapat melangsungkan  perkahwinan dengan teruna pilihannya kerana tiada pengenalan diri atau  MyKad hingga digelar gadis tanpa negara.
 
 Kesilapan berlaku selepas dia dilahirkan di kampung halaman ibunya, Shamsiah Desa, 45,  di Thailand.
 
 Shahida sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 15 November lalu,  tetapi dilanjutkan sehingga Januari ini selepas bertunang selama dua  tahun dengan seorang anggota tentera yang berkhidmat di Kem Majidee,  Johor kerana imam enggan meneruskan pernikahan selepas tiada dokumen  pengenalan diri.
 
 Dia terpaksa melupakan hasrat melanjutkan  pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah sama. Manakala kakak  dan dua adiknya sudah mempunyai MyKad dan sijil lahir Malaysia. Othman  adalah warga Malaysia.
 
 Othman berkata, dia tidak berpuas hati  dengan penjelasan JPN yang berkeras mahukan sijil kelahiran yang dialih  ke Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk melayakkan Shahida mendapatkan  MyKad.
 
 "Saya sudah beberapa kali menyerahkan sijil berkenaan,  tetapi ada saja kesilapan perlu diperbetulkan. Jika mereka mahu tolong,  sudah tentu tidak timbul masalah," katanya.
 
 Dia dan Shahida  terpaksa ke pejabat Konsul Thailand di Pulau Pinang untuk pengesahan  terhadap sijil kelahiran yang ditulis dalam Bahasa Thai untuk dialih ke  Bahasa Malaysia dalam tempoh terdekat.
 
 Sementara itu, Razak  berkata, dia sudah beberapa kali menemani keluarga terbabit mendapatkan  MyKad Shahida, malah pihaknya sudah menghantar pengesahan sijil  kelahiran terbabit di Ibu Pejabat JPN di Kuala Lumpur, beberapa tahun  lalu.
 
 "Sebagai Pengerusi JKKK, saya amat prihatin dengan  masalah mereka dan saya rasa pintu sudah tertutup untuk Shahida  mendapatkan Mykad," katanya.
 | 
  |  Batu delima kebas duit   Posted: 26 Nov 2010 04:35 PM PST        HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.  KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia lewat 30-an bersama dua 'pelakon  tambahan' dipercayai menjadi dalang kepada dua kes penipuan batu delima  merah palsu di sekitar daerah ini membabitkan kerugian RM26,000.   Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan  mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara 'tarik duit'.
   Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu  ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya  kemerahan.
 Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot  berkata, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan  objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila dipicit.Menurutnya, dua individu yang juga teman subahat lelaki terbabit  pula berlakon sebagai pembeli dan beria-ia mahu membelinya dengan harga  RM350,000 daripada mangsa.
         "Polis menerima laporan pertama pada 22 April lalu membabitkan  seorang warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa sindiket ini.
 
 "Mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum dihampiri  dan ditawarkan batu delima merah yang kononnya diperoleh ketika  menggali kubur di Melaka serta didakwa mampu digunakan untuk upacara  tarik duit," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi,  semalam.
 
 Menurutnya, mangsa yang mendakwa seolah-olah terpukau kemudian  pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas isterinya bernilai RM20,000  sebelum diserahkan kepada ketiga-tiga lelaki terbabit.
 
 Pada Isnin lalu, seorang lagi lelaki warga emas, menjadi mangsa membabitkan kerugian RM6,000.
 
 "Mangsa berusia 71 tahun dan suspek utama merendam batu delima itu  ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya  kemerahan.
 
 "Suspek utama mengatakan dia hanya akan menjualnya kepada mangsa  selepas mendapat firasat warga emas berkenaan individu paling sesuai  menyimpan batu delima itu," katanya.
 
 Osman berkata, pada masa sama, seorang lelaki yang dipercayai  rakan suspek tiba-tiba muncul dan mengatakan mahu membeli batu delima  itu pada harga RM350,000.
 
 Berikutan itu, mangsa terus ke Melaka untuk mengeluarkan wang  pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM6,000 sebagai  bayaran mendapatkannya.
 | 
  |  Lancar album solo sulung   Posted: 26 Nov 2010 04:33 PM PST                   BERGELAR selebriti tidak hanya mempertaruhkan bakat dan komitmen pada kerja semata-mata.  Pada khalayak, selebriti menjadi idola dan sering menarik tumpuan ramai. Atas  sebab itu, selebriti perlu menjaga penampilan mereka agar tidak disalah  erti masyarakat hingga menjurus pada pandangan negatif dan mencetuskan  kontroversi.
 Bagi penyanyi yang makin meningkat nama menerusi bidang lakonan,  Nadia Aqilah, segelintir berpandangan gadis berusia 25 tahun ini cukup  berani mendedahkan sebahagian tubuhnya ketika hadir pada acara hiburan. Namun,  Nadia menyatakan dia bukan mahu bersikap kurang sopan seperti mana  tanggapan orang sekeliling yang memandangnya.  Sebaliknya, dia percaya  selebriti harus peka dengan penampilan mengikut konsep serta tema majlis  yang dihadiri.
 "Soal imej, saya sendiri ambil berat dengan  apa yang dipakai setiap kali muncul depan khalayak. Mungkin saya  dikatakan seksi, tetapi saya masih tahu menjaga penampilan diri agar  tidak keterlaluan."Ketika di luar bukan atas komitmen kerja, saya selesa mengenakan baby-T dan jean. Saya memang suka penampilan ringkas sebegini.
 "Buat  masa ini, saya tidak pernah ditegur penampilan yang sangat seksi.  Namun, saya tetap ambil perhatian pada pandangan orang lain pada saya.
         "Saya percaya pandangan mereka juga penting dan membantu meningkatkan  imej saya agar lebih baik. Tidak kira di mana saya berada, saya lebih  berhati-hati dengan penampilan sendiri. "Saya tidak mempunyai  perunding imej, tetapi saya sering melakukan kajian di Internet termasuk  mendapatkan pandangan pereka fesyen," katanya.
 Menyelami  perjalanan kerjayanya, Nadia menyatakan dia kini sibuk dengan persiapan  melancarkan album debut yang mengambil judul namanya pada 8 Disember  nanti.
 Tampil dengan genre R&B, dia mahu memperkenalkan  diri sebagai penyanyi solo berbanding pembabitan bersama kumpulan  Luscious ketika menyertai program realiti, Gang Starz musim pertama,  empat tahun lalu.
 "Ramai yang menyokong perjuangan karier solo saya. Begitu juga menghasilkan album umpama mengejar mimpi yang menjadi kenyataan.
 "Walaupun  solo, hubungan saya bersama anggota Luscious, Nur Shafinaz Mokhtar dan  Ruzana Ibrahim masih baik. Sebenarnya mereka juga mempunyai fokus pada  matlamat lain.
 "Memang tidak dapat dinafikan, pengalaman  bersama Luscious dan Gang Starz banyak membantu saya mengorak langkah  sebagai penyanyi.
 "Saya percaya Luscious dan Gang Starz  memberikan jenama kuat pada perkembangan karier saya hingga dikenali  ramai. Mungkin jika ada rezeki pada masa akan datang, kami akan  bergabung semula menyanyi di pentas," katanya.
 Mengenai album  baru, Nadia pernah berhasrat tarik diri untuk terus jadi penyanyi kerana  merasai cabaran menghasilkan album begitu mencabar dan memerlukan  belanja yang banyak.
 "Mempunyai album debut solo ini adalah  impian yang saya tunggu selama ini.  "Berbanding penyanyi lain yang  menghasilkan single, saya bertuah kerana muncul bersama album penuh.
 "Saya  bersyukur kerana label Lakefront Record mahu bekerjasama dan menyokong  usaha saya menghasilkan album ini. Menariknya, mereka menanggung kos  penerbitan album ini.
 "Sejujurnya saya sangat puas dengan  hasil album ini. Banyak pengalaman berharga saya timba dari awal  pembikinan lagu hingga album ini siap.
 "Pengalaman ini cukup  menarik dan untuk memberi kepuasan, label memberikan saya kebebasan  untuk tonjol kreativiti saya sendiri.  "Sebanyak 10 lagu baru  ditampilkan dalam album saya ini. Semua lirik adalah hasil karya saya  sendiri termasuk bekerjasama dengan komposer Daniel Veerapan.
 "Saya  menampilkan dua single iaitu D.I.V.A untuk lagu Melayu manakala Free  dalam bahasa Inggeris. Sebanyak tujuh lagu dalam bahasa Inggeris dan  tiga lagu Melayu termasuk Percaya dan Teman.
 "Sebenarnya, saya  memang berminat menulis lirik sejak zaman sekolah. Bagi saya, membaca  dan menulis adalah terapi terbaik untuk diri sendiri.
 "Album  ini boleh dikatakan luahan ekspresi hidup saya yang mengisahkan  perjalanan hidup saya termasuk kisah cinta, persahabatan dan kegagalan  yang pernah dilalui," katanya.
 Kata Nadia, pemilihan lebih  banyak lagu bahasa Inggeris dalam album ini adalah idea label sebagai  strategi pemasaran terbaik untuk menembusi pasaran antarabangsa.
 "Untuk  lagu Free, saya juga duet bersama penyanyi rap antarabangsa, Chrome  Cats. Label ini sebenarnya mempunyai cawangan di Los Angeles.
 "Adanya  lagu sebegini, ia memberi peluang untuk pasarkan lagu saya ke sana.  Bagi saya, muzik sepatutnya tiada jurang menerusi bahasa tertentu.
 "Saya  percaya jika pemasaran dilakukan dengan strategik dan saya sendiri  mengukuhkan jenama dan imej di sini, lagu kita mempunyai potensi  diminati peminat luar negara," katanya.
 Mengenai lakonan,  Nadia berkata dia mahu berehat seketika untuk memberi fokus pada promosi  album debutnya ini. Namun, dia berharap dapat kembali berlakon pada  tahun depan.
 "Kini, saya juga terbabit dengan satu pementasan  teater muzikal. Maklumat mengenai pementasan ini masih belum boleh  diceritakan dan tunggu saja pengumuman dari pihak produksi nanti.
 "Antara  berlakon teater dan drama, kedua-duanya memberi keseronokan dan  pengalaman berbeza. Jika drama lebih pada cabaran beraksi depan kamera,  teater pula lebih mencabar ekspresi diri berlakon secara langsung depan  penonton.
 "Sejak mula terbabit dalam bidang seni, saya suka mencuba apa saja bidang termasuk pernah menjadi penari dan penyanyi latar.
 "Atas  komitmen pada nyanyian dan lakonan, saya harus memberi fokus  sepenuhnya. Soal kahwin, saya rasakan belum sampai masanya lagi.
 "Apa  yang penting, saya mahu kerja keras untuk capai kejayaan dalam bidang  seni ini dan mungkin suatu hari nanti, saya ingin mencapai impian  terbesar menghasilkan konsert solo," katanya.
 
 
 >PROFIL:
 NAMA: Nadia Aqilah Bajuri
 TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1985
 USIA: 25 tahun
 ASAL: Subang Jaya, Selangor
 KERJAYA: Penyanyi, penari dan pelakon
 STATUS: Bujang
 DRAMA: Emil Emelda, Sindarella, Merah Putih dan Tari Tirana
 TEATER: Puteri Gunung Ledang The Musical (2005) dan P Ramlee The Musical (2008)
 PENCAPAIAN: peserta Gang Starz musim pertama (2006)
 | 
  |  Jalan rosak angkara lori kuari   Posted: 26 Nov 2010 04:32 PM PST              SUNGAI BULOH: "Sia-sia turap puluhan kali pun kerana jalan di sini  akan rosak semula," kata Aishah Muda, 38, penduduk Jalan Matang Pagar,  di sini, berhubung keadaan jalan di kawasan terbabit yang teruk dan  membahayakan pengguna.     Menurutnya, jalan di situ beberapa kali diturap semula,  bagaimanapun ia semakin teruk dengan kehadiran puluhan lori yang  menjadikan laluan itu sebagai jalan alternatif untuk ke tapak kuari  berdekatan. "Mereka memandu laju hinggakan lubang atau bonggol jalan dilanggar begitu saja.
    "Kadangkala, bahan kuari yang dibawa terkeluar dari kenderaan  menyebabkannya terkena pada kenderaan lain yang mengekori atau  diletakkan dibahu jalan," katanya menambah beberapa kejadian kemalangan  maut pernah berlaku di situ membabitkan lori kuari.     Peniaga yang  hanya mahu dikenali sebagai Lina, 23, berkata dia kerap melihat  kemalangan kecil membabitkan penunggang motosikal dan kenderaan lain di  sepanjang laluan itu berikutan struktur jalan yang teruk. "Pernah seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam lubang dan dia  hampir dilanggar lori.    "Keadaan bertambah sesak apabila waktu  bekerja. Lori akan keluar dan masuk di jalan ini untuk ke kuari  berhampiran," katanya.
 Sementara itu, tinjauan Harian Metro  di jalan itu mendapati dalam 10 minit, sekurang-kurangnya 30 lori kuari  menggunakan jalan terbabit.Pemandu terbabit bukan saja memandu melebihi had laju, malah memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna lain.
 Ia bertambah parah apabila struktur jalan yang sangat teruk dengan  lubang di sepanjang jalan selain kesan turapan semula yang pecah.
 | 
  |  Liu tawar diri kahwin   Posted: 26 Nov 2010 04:30 PM PST                    SUPERSTAR China, Liu Xiang memberikan harapan buat berjuta-juta  peminat wanita yang menyintainya, mengumumkan dia bersedia untuk  menamatkan zaman bujangnya, tetapi memberikan beberapa syarat  perkahwinan yang perlu diikuti.  Mana-mana wanita yang mahu menjadi isterinya perlu menghormati  kedua-dua ibu bapanya, sanggup tinggal serumah dengan mereka dan mahu  sekurang-kurangnya dua orang anak sebelum 2015, kata Liu dalam satu  temuramah dengan portal Internet ternama, Tencent. "Tidak,  saya tidak memiliki seorang teman wanita, memang benar saya tiada, jika  ada, saya tidak akan menyembunyikannya," kata Liu.
  "Ia bergantung kepada takdir. Teman wanita saya patut seorang yang  berbudi bahasa, sopan dan menghormati kedua-dua ibu bapanya dan ibu bapa  saya."  Sejak memenangi pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan  Asia Guangzhou Rabu lalu dengan masa 13.09 saat - catatan masa  terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada perlumbaan peringkat awal  pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008 - Liu sekali lagi menjadi  tumpuan utama media. Kemenangan itu tidak dinafikan  menjadikan pelari kaya itu, bekas juara Olimpik dan pemegang rekod  dunia, sebagai seorang bujang paling diingini di China.
 "Kerana saya anak tunggal dilahirkan sekitar 1980-an, saya membesar  tanpa rakan sepermainan. Jadi saya fikir dua orang anak sudah mencukupi,  saya mahukan dua orang anak," kata Liu."Saya akan tinggal dengan ibu dan bapa saya, mereka boleh menjaga  anak-anak saya kerana saya amat sibuk... saya masih sukakan masalah  ibu."  Liu berkata dia tidak akan melanggar undang-udang berkaitan  polisi perancangan keluarga "seorang anak" di China dan merujuk kepada  perubahan terbaru terhadap undang-undang itu yang membolehkan pasangan  memiliki dua orang anak jika kedua-dua ibu bapa mereka adalah anak  tunggal.
 "Nilai keluarga saya amat penting, keluarga lebih penting daripada segala-galanya," katanya.
          "Keluarga diibaratkan sebuah pelabuhan yang selamat, tidak kira apa  yang berlaku terhadap anda di luar, anda boleh kembali ke rumah dan  melupakan mengenai segala-galanya."  Liu berkata dia bercadang untuk  terus bertanding hingga sekurang-kurangnya Kejohanan Dunia pada 2015. "Pada 2015, saya akan berusia 32 tahun, dan sebagai orang biasa saya  sepatutnya sudah berkahwin dan memiliki anak-anak, itulah kehidupan,"  katanya.
 Liu, yang dilahirkan pada 13 Julai 1983 di Putuo,  Shanghai, melakar sejarah apabila muncul atlet olahraga pertama China  memenangi pingat emas dalam sukan itu pada temasya Sukan Olimpik Athens.
 Dia juga atlet pertama China meraih "tiga mahkota" dalam sukan olahraga: pemegang rekod dunia, juara dunia dan juara Olimpik.
 Liu, yang lebih suka merendah diri, menderma kira-kira 2.5 juta yuan (RM1.18 juta) kepada mangsa gempa bumi Sichuan pada 2008.
 | 
  |  Cipta personaliti sendiri   Posted: 26 Nov 2010 04:28 PM PST        SELESA...ruang dalam gedung Bossini.  REKAAN pakaian musim sejuk mungkin agak asing bagi masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa. Namun ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada sesetengah golongan yang mementingkan gaya dan penampilan. Mengambil  kira faktor berkenaan, jenama pakaian terkemuka, Bossini berusaha  menghasilkan rekaan baru yang unik dan lain daripada yang lain khusus  bagi memenuhi keperluan penggunanya di seluruh negara.  Pengurus Besar  Bossini Malaysia, Barbara Chan, berkata koleksi musim sejuk kali ini  akan menampilkan rekaan yang berwajah ceria sesuai dengan tema dibawanya  sejak mula bertapak di negara asal, Hong Kong yang hingga kini  menjengah usia 23 tahun.
         IKON...Lee dan Janice ceria selepas pengenalan mereka sebagai personaliti kempen Bossini, Be Happy Me.  JELITA...Janice selesa menjadi dirinya sendiri dengan koleksi Bossini tersarung di badan.  RANGGI...antara pilihan kemeja-T juga celana yang padan dengan gaya muda-mudi masa kini.
 "Koleksi musim sejuk Bossini tidak pernah suram kerana kami sentiasa  berusaha tampil dengan rekaan terkini yang memainkan warna ceria.  "Ini  kerana kami percaya ia lebih menaikkan mood musim sejuk, berbanding  jaket labuh bersama padanan warna gelap. "Menerusi 50 pereka  khas beribu pejabat di Hong Kong, rekaan pakaian Bossini akan sentiasa  diperbaharui mengikut musim.  "Tenaga pakar inilah yang bertanggungjawab  memerhati trend fesyen di Eropah dan tempatan untuk digabungkan menjadi  sesuatu yang diterima ramai.
 "Paling utama, setiap ilham  rekaan mesti menekankan keselesaan, bergaya dan direka khusus supaya  menepati cuaca tropika untuk pasaran Asia," katanya.Bercerita lanjut, Barbara memberitahu ciptaan kali ini memberi lebih  peluang kepada pelanggan untuk mencipta gaya dan personaliti mereka  sendiri yang sesuai serta selesa bagi digayakan sepanjang cuti musim  sejuk sehingga Februari.
 Menerusi koleksi baju-T yang  berwarna-warni dengan rekaan grafik berbeza pada setiap satunya,  pelanggan pelbagai peringkat usia boleh menterjemahkan gaya yang mereka  inginkan bersama denim berpotongan menarik mengikut cita rasa semua.
         Tidak ketinggalan hoodie yang sentiasa memanaskan badan ketika  dingin. Namun di Malaysia, pemakaiannya tentu saja bergantung kepada  cuaca, tetapi tidak mustahil ia dilihat sebagai satu fesyen sekiranya  pemakai bijak menggayakannya. Ketika ini, Bossini turut  melancarkan potongan sehingga 40 peratus bagi hoodie berharga antara  RM129 dan RM139, selagi stok masih ada.
 Bermula 4 November  lalu, koleksi musim sejuk Bossini sudah mula memasuki pasaran serantau  termasuk China, Singapura dan Malaysia selepas dilancarkan secara  rasminya di gedung Bossini di Mong Kok, Hong Kong.
 "Pelanggan  dijanjikan kepuasan berpanjangan ketika melangkah ke gedung beli-belah  yang mempamerkan jenama kami dan mereka tentu lebih teruja dengan  koleksi pakaian yang menceriakan," katanya.
 Serentak  pelancaran itu, Bossini turut mengadakan kempen Be Happy Me yang  menampilkan wajah baru personaliti terkemuka Hong Kong.
 Antaranya  adalah pelakon yang juga penulis lagu, Aarif Lee; aktres dan model  popular, Janice Man; pemain bola sepak, Chan Siu Ki serta pengembara  merangkap pengacara televisyen, Helen To.
 Pemilihan itu turut  memperlihatkan semua personaliti popular terbabit sebagai ikon kempen  yang akan berkongsi pengalaman masing-masing memilih gaya yang dapat  menterjemahkan kegembiraan selain keselesaan dan keyakinan diri.
 Wajah  mereka turut disematkan dalam katalog musim sejuk Bossini, Be Happy Me,  sekali gus menjadi panduan kepada pelanggan dalam menata rias diri  masing-masing.
 | 
  |  Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam   Posted: 26 Nov 2010 04:25 PM PST                Dr Rozmey Che Din PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta. Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya  DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi  persepsi buruk kepada filem Melayu lain. "Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini. "Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini. "Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem  Melayu yang lain," ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang  enggan nama sebenar mereka didedahkan media. Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem. "Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak  seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari  filem ini. "Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan  kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan  memenuhi piawaian sahaja," katanya.   Barisan pelakon filem 2 Alam Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin  mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu  membosankan. "Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan. "Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang,  pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan  bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,"  ujarnya. Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah  Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat  duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang  dari sepuluh penonton sahaja. Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam. Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional  Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau  RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang  dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta. | 
  |  Tetap Pendirian: Ayu Enggan Pamer Suami dan Anak   Posted: 26 Nov 2010 04:23 PM PST    Ayu kini sibuk dengan rakaman lagu bagi album keduanya. 
 PETALING JAYA: Juara One In A Million (OIAM) kedua, Norayu  Damit atau lebih dikenali sebagai Ayu, 21, menegaskan bahawa dia tidak  akan mempamerkan suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, dan anaknya,  Syed Nashrul Haikal, 1, kepada umum. Walaupun telah mengaku statusnya sebagai isteri dan ibu pada April  lalu kepada pihak media, Ayu tetap dengan pendiriannya, enggan  keluarganya ditonjolkon dalam dunia glamor hiburan tempatan. Menurut Ayu, keputusan itu dibuat atas dasar permintaan suami dan kedua-dua belah pihak keluarganya. "Bagi saya, keluarga adalah bersifat peribadi. Mereka enggan ditonjolkan secra terang-terangan. "Lagipun saya menghormati permintaan suami dan keluarga. Kalau nak  kata saya sembunyikan mereka tidak juga. ini kerana bila kami keluar   berjalan macam biasa dan orang ramai boleh namapk. Cuma mereka tidak  dipamerkan dalam mana-mana media cetak atau elektronik. "Alhamdulillah, setakat ini suami juga memberi sokongan dan  merestui kerjaya nyanyian saya," katanya yang ditemui di studio rakaman  milik penerbit lagu, Rudy Muhammad, di sini, Jumaat. Dalam pada itu, Ayu mengakui bahawa kehidupannya kini lebih mencabar berbanding sebelum dirinya berkahwin. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu di usia yang muda sedikit sebanyak mengubah karakternya. "Sekarang ini saya hanya fokus pada dua perkara sahaja iaitu kerja-kerja di rumah serta karier. "Diakui, menjadi seorang isteri dan ibu bukan mudah. Malah karakter saya juga berubah kepada seorang yang kuat membebel. "Lagipun ibu yang menjaga anak saya di kampung buat masa ini.  Malah ibu saya menetapkan saya boleh mengambil anak ketika usianya dua  tahun. Maklumlah, kini saya sedang dalam proses kemunculan semula dengan  album baru, jadi ia memerlukan fokus yang lebih. "Apa yang tidak seronoknya, anak saya memanggil ibu saya dengan  panggilan mak dan saya pula anak panggil kakak. Rasa sedih dan pada masa  sama juga kelakar," selorohnya yang sedang sibuk dengan pembikinan  album keduanya.   Ayu bersama penerbit album keduanya, rudy Muhammad. Kemunculan semula dengan album kedua Ayu pasti akan dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya. Membawa sebanyak enam lagu saduran dan sebuah lagu baru, Ayu  gembira kerana dia tidak sabar melihat respon yang diberi oleh  masyarakat. Dengan kesediaan 100 peratus, Ayu yakin bahawa album kedua kali  ini bakal menjadi langkah pertama untuknya kembali bertapak dalam  industri muzik tempatan. "Dalam album ini, saya ingin menunjukkan bahawa saya masih lagi ada bakat dan boleh menyanyi lagi. "Menariknya, lagu-lagu lama yang pernah popular seperti Flora  Cinta yang dinyanyikan oleh Min Malek dan Salam Buat kekasih (Nadia)  akan diberi nafas baru. "Kemudian, selepas selesai album ini saya akan pulang ke Sabah dan  hanya membuat persembahan di Sabah sahaja. Semua ini demi anak, saya  mahu meluangkan masa dengannya. "Bagaimanapun, saya tidak akan lama, cuma dalam masa enam bulan saya tinggal di Sabah dan akan berulang-alik ke Kuala Lumpur. "Dengan cara itu juga saya dapat merapatkan hubungan dengan peminat di sana pula," tuturnya. Selain lagu Flora Cinta dan Salam Buat Kekasih, lagu seperti  Penghujung Rindu, Dendam Dalam Diam, Setia kekasih dan Kabut Serangkai  Mawar turut dimasukkan dalam album kedua Ayu. | 
  |  Angelina Jolie Jadi Nama Kuil Di Kemboja   Posted: 26 Nov 2010 04:23 PM PST               SIFAT murni pelakon jelita, Angelina Jolie semakin dihargai  oleh penduduk di Kemboja dengan menamakan sebuah kuil Hindu bernama Kuil  Angelina Jolie. Aktres ini mendapat penghormatan tersebut kerana mengambil anak  angkat dari negara itu iaitu, Maddox. Masyarakat Kemboja menyatakan rasa  cintanya kepada pelakon tersebut ketika beliau sedang mengadakan  penggambaran di sana. Perkara ini diberitahu oleh Presiden Universal Society of Hinduism,  Rajad Zen bahawa kuil tersebut dibina pada abad ke 12 dan telah diberi  nama Ta Phrom. Namun kini ia telah ditukar nama kepada Angelina Jolie. Jolie dilihat sebagai seorang wanita suci di mata masyarakat Kemboja. "Saya harap ini juga memberi tanggungjawab kepada Jolie selepas ini,  dia juga akan lebih memberi bantuan dan melakukan kerja-kerja kebajikan  di sini," katanya. | 
  |  Aamir Khan Bergandingan Dengan Rani, Kareena Kapoor   Posted: 26 Nov 2010 04:22 PM PST               PELAKON Aamir Khan bakal beraksi dalam filem terbaru garapan  Reema Kagti dan bakal bergandingan dengan Kareena Kapoor dan Rani  Mukherjee. Biarpun belum memulakan sebarang penggambaran namun filem Farhan  Akhtar dan Ritesh Sidhwani ini telah menjadi buah mulut umum kerana  bakal dibintangi oleh Aamir. Dia merupakan salah seorang nama besar Hollywood yang sering  dinantikan, malah masyarakat lebih teruja untuk mengetahui siapa heroin  yang bakal menjadi pasangannya. Jika nama pelakon jelita Kareena Kapoor  telah disebut-sebut bakal  bergandingan dengan pelakon itu, nama-nama pelakon wanita lain seperti  Priyanka Chopra, Deepika Padukone, dan Katrina Kaif turut berlumba-lumba  untuk merebut watak lain dalam filem tersebut. Namun bintang Kuch Kuch Hota Hai, Rani Mukharjee yang dipilih untuk bergandingan dengan Aamir dan Kareena Kapoor. Filem ini dijangkakan akan memulakan penggambaran pada awal tahun depan. | 
  |  Jaclyn Tak Harap Pergi Jauh Dalam Bidang Lakonan   Posted: 26 Nov 2010 04:19 PM PST   PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menyatakan perasaan kurang yakin terhadap bidang lakonan yang diceburinya kini akan pergi lebih jauh. Jelas Jac, ramai pelakon baru yang lebih layak dan mampu untuk  memegang pelbagai watak berbanding dirinya yang hanya boleh mampu  memegang watak gadis India. "Wajah saya hanya sesuai sebagai watak gadis India, jadi saya rasa peluang untuk pergi lebih jauh agak kurang. "Tak kan pula ada pengarah yang akan membuat satu watak India untuk  saya di setiap filem, lain lah jika wajah saya ada kacukan mukin lebih  mudah untuk setiap watak," katanya yang baru keluar dengan filem arahan  Afdlin Sauhki berjudul Appalam. Bagaimanapun, menurut Jac, lakonan merupakan cabang baru bagi  dirinya. Biarpun tidak mengharapkan akan pergi lebih jauh, namun dia  tetap mencuba untuk memberikan yang terbaik. "Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam bidang ini. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk berlakon. "Jika diberi pilihan saya lebih berminat untuk berlakon teater kerana ia benar-benar memberi kepuasan. "Bagaimanapun sebagai anak seni saya hanya  mencuba pelbagai bidang,  tapi fokus utama masih lagi dalam bidang nyanyian," ujarnya yang bakal  keluar dengan album terbaru berjudul Tiga Suara. Kata, Jac dia kini masih menunggu album gabungan tiga suara iaitu bersama Ning Baizura dan Shila OIAM. Album yang memuatkan sembilan buah lagu baru itu akan menampilkan kolaborasi suara ketiga-tiga artis tersebut. "Album tersebut sudah siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.  Album kali ini lebih istimewa kerana kali pertama gabungan suara artis  dimuatkan dalam sebuah album," ujarnya. | 
  |  Kena tipu RM26,000 mentol ajaib   Posted: 26 Nov 2010 04:18 PM PST |  
 |  | SEORANG pegawai polis melakukan demonstrasi menunjukkansebiji mentol bercahaya selepas direndam di dalam air di Kota Tinggi semalam.
 
 | 
 KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang  disangka 'batu geliga delima' kononnya boleh digunakan untuk menyedut  duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki  berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga  RM1. Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami  kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas  mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang  memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot  berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi  dengan merendamkan 'batu' tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan  cahaya kemerah-merahan.  'Batu' tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1. | 
  |  Guna pistol palsu minta wang   Posted: 26 Nov 2010 04:18 PM PST  PEMILIK kelab malam di Jalan Chow  Kit Kuala Lumpur ini terus menghubungi polis selepas suspek meminta wang  pelindungan sebanyak RM200 semalam.  
 KUALA LUMPUR – Hasrat seorang penjenayah tegar yang mempunyai 24  rekod jenayah untuk memungut wang perlindungan sebanyak RM200 dengan  menggunakan sepucuk pistol mainan daripada sebuah kelab malam di Jalan  Chow Kit di sini tidak kesampaian apabila dia diberkas di premis itu  semalam. Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila suspek yang  mempunyai sebanyak 24 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah itu  pergi ke kelab malam tersebut sebelum mengugut pemiliknya dengan pistol  yang diambil dari sebuah beg yang dibawanya. Sebelum itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah  memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta RM200 kononnya sebagai  wang perlindungan daripada mangsa yang baru hendak memulakan  perniagaannya. Jurucakap polis memberitahu, suspek turut mengugut akan mengapa-apakan mangsa sekiranya enggan mengikut arahan. | 
  |  Chong Eu seorang negarawan - Kabinet   Posted: 26 Nov 2010 04:17 PM PST  KERANDA mendiang Chong Eu diusung dengan penuh penghormatan ke  Dewan Sri Pinang di Pulau Pinang semalam.  
 KUALA LUMPUR - Jemaah menteri yang bermesyuarat semalam merakamkan  penghargaan tinggi terhadap sumbangan mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu  (gambar) sepanjang hayatnya dalam politik dan pentadbiran kerajaan  khususnya di Pulau Pinang. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais  Yatim berkata, sumbangan Chong Eu sentiasa terakam dalam memori negara  ini, dan menyatakan mendiang adalah seorang negarawan, pencipta kemajuan  negeri Pulau Pinang, dan pejuang parti MCA dan Gerakan dalam Barisan  Nasional. "Jemaah menteri menyatakan secara ikhlas sebagai anggota masyarakat  kita hargai semua jasa, khidmat dan perjuangan beliau," katanya kepada  pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini  semalam. | 
  |  Teruskan bina jambatan bengkok   Posted: 26 Nov 2010 04:16 PM PST  TUN MAHATHIR (tengah) menerima  sumbangan bagi Tabung Gaza Palestin daripada Pengerusi Pertubuhan Belia  Islam Kepong, Norizan Ali di Kepong, Kuala Lumpur semalam.  
 KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  berkata, tiada sebab mengapa projek pembinaan jambatan menggantikan  Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura tidak boleh  diteruskan. Beliau berkata, ini kerana semasa perancangan dan perundingan dengan  kerajaan Singapura, projek itu tidak menghadapi masalah perundangan dan  tentangan daripada negara jiran itu. "Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan  jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji  segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura,  saya telah cuba meminta Singapura bersetuju supaya kita bangunkan  jambatan ini bersama tetapi setelah dua tahun berlalu tiada respons  menunjukkan mereka tak berminat. "Dengan itu saya rancang sama-sama dengan arkitek-arkitek tertentu  untuk mengadakan jambatan ini di sebelah Malaysia sahaja tak melibatkan  Singapura dan mereka tidak bantah, kita sebenarnya dah luluskan projek  ini dalam Kabinet dan kerja-kerja telah dibuat bersama-sama kontrak  CIQ," katanya. | 
  |  Petisyen bekas Sultan ditolak   Posted: 26 Nov 2010 04:14 PM PST  TUANKU ISMAIL PETRA  
 PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan bahawa  Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila sultan  negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang diperuntukkan oleh  Perlembagaan Negeri Kelantan. Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang  mengetuai panel tiga hakim, berkata, Perlembagaan Negeri Kelantan juga  memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan  walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan. "Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," kata beliau. | 
  |  Penjenayah keji tiga serangkai   Posted: 26 Nov 2010 04:13 PM PST  KUMARAN (kiri), Ramesh (tengah) dan Karthik berjalan keluar dariMahkamah Sesyen selepas dituduh dengan lima pertuduhan termasuk
 merogol dan meliwat mangsa semalam.
 
 SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 31 Januari  tahun depan bagi sebutan semula kes terhadap tiga lelaki atas pertuduhan  merompak, menculik, merogol, meliwat dan menyamar sebagai anggota polis  di Rawang pada 27 September lalu. Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob yang tidak membenarkan  ketiga-tiga tertuduh diikat jamin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan  dua tertuduh, S. Ramesh, 27, dan P. Kumaran, 27, melantik peguam.  Seorang lagi tertuduh, T. Karthik, 23, diwakili peguam bela, S.  Karthigesan. Ketiga-tiga tertuduh masing-masing menghadapi jumlah pertuduhan yang  berbeza namun Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Ab. Rahim memohon  untuk menggabungkan perbicaraan kes tersebut dengan alasan akan  mengemukakan saksi yang sama memandangkan kejadian jenayah itu dilakukan  oleh mereka pada masa, lokasi dan juga mangsa yang sama. | 
  |  Teringat kenangan pisang goreng   Posted: 26 Nov 2010 04:11 PM PST |  
 |  | AMIR  mencium ibunya, Kamisah selepas  Istiadat  Konvokesyen UiTM  di Dewan Sri Budiman, Shah Alam semalam.  
 | 
 SHAH ALAM - Bagi membalas jasa ibu yang terpaksa menyara keluarga  dengan berniaga pisang goreng sejak kematian bapanya, 14 tahun lalu,  Amir Abdul Azim Jamaluddin berazam belajar bersungguh-sungguh bagi  memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya. Berkat kesungguhan menimba ilmu, Amir Abdul Azim, 24, semalam  menerima Anugerah Naib Canselor bagi Ijazah Sarjana Muda Sains  (Kepujian) Pengurusan Hotel dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA)  3.66 pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 di Dewan Sri Budiman di sini  semalam. Kata Amir Abdul Azim, dengan kecemerlangannya itu, beliau berazam  untuk terus mencipta kejayaan dalam pengajian dan kerjaya seterusnya  bagi membalas jasa ibunya, Kamisah Sooki, 44. "Ibu sebagai ibu tunggal banyak berkorban untuk menyara kami empat  beradik dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dan berniaga pisang  goreng sejak bapa meninggal akibat kanser. "Jadi, dengan kejayaan ini, saya akan bekerja dan memastikan hidup  ibu saya tidak lagi susah," katanya yang berasal dari Johor Bahru. | 
  |  Jaga anak cacat   Posted: 26 Nov 2010 04:11 PM PST  FATIMAH bersama  anaknya Rafie yang mengalami cacat mental sejak lahir di Felda Endau, Mersing semalam.  
 MERSING - Seorang ibu tunggal terpaksa mengurung anak lelakinya Rafie  Idrus, 46, yang mengalami kecacatan mental di dalam rumah sejak  kematian suami 20 tahun lepas. Itulah pengorbanan yang dilakukan Fatimah Husin, 70, bagi mengelak  anak kedua daripada empat beradik itu merayau-rayau ke rumah jiran dalam  keadaan berbogel jika terlepas. Katanya, sejak kematian suaminya, Idrus Ismail, dia kini tidak  melakukan sebarang pekerjaan kerana menjaga anaknya itu seorang diri  termasuk makan minum dan pakaiannya. "Sebelum ini, semasa arwah suami ada, saya membantunya di ladang kelapa sawit dan dapatlah sumber kewangan bagi kami sekeluarga. "Kini, selepas dia tiada (suami), ladang kepala sawit dijaga oleh  seorang penduduk dan hasilnya dibahagi dua," katanya ketika ditemui di  rumahnya di Felda Endau di sini semalam. | 
  |  Biskut cip coklat gamat diperkenal   Posted: 26 Nov 2010 04:09 PM PST  HASRUHA  menunjukkan biskut cip coklat gamat keluaran syarikatnyadi Langkawi semalam.
 
 LANGKAWI - Sebuah syarikat tempatan di sini mengambil inisiatif  mempelbagaikan produk berasaskan gamat dengan memperkenal biskut cip  coklat gamat yang kini dijual di pasaran. Langkawi sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk gamat seperti minyak, air, bam dan sabun. Produk keluaran Roha Zara Enterprise berasaskan gamat itu dicampur halia dan herba, sesuai sebagai makanan kesihatan. Pengurus Roha Zara Enterprise, Hasruha Othman, 41, berkata, beliau  mengambil peluang ke atas keluaran gamat yang banyak di Langkawi untuk  mengeluaran biskut tersebut. "Berbekal modal sebanyak RM5,000, saya memulakan pengeluaran yang  pada mulanya secara kecil-kecil untuk memperkenal biskut itu," katanya  kepada Bernama ketika ditemui semasa menyertai pameran dan jualan  Juara Rakyat Bulan Petani, Penternak dan Nelayan di pekarangan Kompleks  Nelayan Penarak di sini semalam. |