Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Mencari Peserta Sejuta Impian TV3

Posted: 28 Feb 2011 09:46 PM PST

PENCARIAN PESERTA KINI BERMULA!
Rebutlah Peluang Merealisasikan Impian Demi Kebaikan Bersama

Berita baik kepada semua yang berminat untuk menyertai program realiti, SEJUTA IMPIAN! Rebutlah peluang merealisasikan impian anda dengan mengahdiri sesi ujibakat yang bakal berlangsung di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara bermula 5hb Mac ini!

Satu kolaborasi di antara stesen no. 1 Negara, TV3 bersama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M), program SEJUTA IMPIAN bakal disiarkan bermula Mei 2011 nanti dan menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.

Pencarian untuk para peserta SEJUTA IMPIAN akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor Bahru (Johor) pada 5 dan 6 Mac (Sabtu & Ahad) dan kemudian akan bergerak ke Kelantan, Terengganu, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah) pada 12 Mac (Sabtu) dan di Kuantan (Pahang) pada 13 Mac (Ahad).

Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun ke bawah harus ditemani oleh ibubapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.

Berikut adalah lokasi sesi ujibakat untuk program SEJUTA IMPIAN:

5 Mac 2011 Zon Tengah
AEON AU2, Setiawangsa, KL
1 Utama, New Wing Bandar Utama
Taman Tasik Titiwangsa, KL

5 Mac 2011 Zon Utara
Queensbay Mall, Pulau Pinang
AEON Seberang Jaya, Pulau Pinang

5 Mac 2011 Zon Selatan
AEON Tebrau City, Johor
AEON Bukit Indah, Johor

6 Mac 2011 Zon Tengah
Pasar Besar Cheras, KL
Sunway Pyramid, Petaling Jaya
AEON Bukit Tinggi, Klang

6 Mac 2011 Zon Utara
Alor Star Mall, Kedah
AEON Jusco Kinta City, Perak

6 Mac 2011 Zon Selatan
WETEX Parade, Muar, Johor
Mahkota Parade, Melaka

12 Mac 2011 Zon Pantai Timur
KB Mall, Kelantan
Giant Kuala Terengganu

12 Mac 2011 Zon Sabah
Warisan Square, Kota Kinabalu
1 Borneo, Kota Kinabalu

12 Mac 2011 Zon Sarawak
The Spring, Kuching
Boulevard, Kuching

13 Mac 2011 Zon Pantai Timur
East Coast Mall, Kuantan

Selain daripada menghadiri sesi ujibakat yang diadakan di seluruh Negara, pihak produksi juga mengalu-alukan penyertaan secara online menerusi emel di alamat rasmi sejutaimpian@tv3.com.my yang dibuka sekarang hingga 13 Mac 2011. Calon-calon yang berjaya disenarai pilih akan dihubungi oleh pihak produksi kelak.

Setiap episod akan dibahagikan kepada 3 elemen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian ataupun hasrat yang ingin ditunaikan kepada masyarakat mahupun golongan yang disasarkan dan akhir sekali, keputusan panel juri. Bersesuaian dengan pemilihan para peserta yang terdiri daripada berlainan bangsa dan latarbelakang, barisan panel juri yang bakal memikul tugasan berat untuk menilai dan mampu mengubah kehidupan mereka yang terlibat juga terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai aspek dan bidang industri tempatan termasuklah selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademia dan ramai lagi.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar menjelaskan, "Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak TM & rakan di DB1M, SEJUTA IMPIAN bukan sekadar sebuah program televisyen tetapi merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian dan hasrat terpendam selama ini.

Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan.

Seterusnya program ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan kerana kami percaya melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan melalui segmen dan konsep SEJUTA IMPIAN, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda kita semua untuk berusaha meningkatkan potensi diri dan mengubah nasib bangsa."

Ikuti SEJUTA IMPIAN, satu platform positif untuk rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang yang dipilih dan diberi peluang untuk merealisasikan impian ataupun hasrat yang terpendam. SEJUTA IMPIAN bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan akan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei 2011, setiap hari Ahad jam 7.30 petang. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini juga boleh melayari laman web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Qi & Izzati Jadi Pengacara Impian 1Malaysia
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Ujibakat Program Musical Game Show Ewah-Ewah TV3
  • Ujibakat Akademi Al-Quran Musim 5
  • Sebalik Tabir Ujibakat The Biggest Loser Asia
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelancaran Muka Depan Majalah EH! Edisi DIVA dan AMAL

    Posted: 28 Feb 2011 09:28 PM PST

    Pelancaran Muka Depan EH! Edisi DIVA dan AMAL

    Majlis pelancaran Muka Depan EH! Edisi DIVA dan AMAL telah berlangsung di Ruang Legar KLCC pada 19 Februari 2011 yang lalu. Turut hadir bersama adalah selebriti DIVA yang menghiasi muka hadapan Majalah EH! keluaran Mac, wakil PAPITA dan juga Pengarang Majalah tersebut, Puan Asiah Mion.

    Event EH!

    Seperti yang kita ketahui, jumlah penghidap penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, diabetes, tekanan darah tinggi, jantung dan juga barah di negara ini meningkat kita-kira 10 peratus dan ianya berlaku pada kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

    Masalah ini turut menimpa para penggiat seni tanah air seperti penyanyi, pemuzik dan juga penggubah lagu. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa melalui saat getir dalam hidup dan terus berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

    EH! telah mengeluarkan isu istimewa untuk keluaran Mac bertemakan DIVA dan AMAL.

    Kelebihan untuk keluaran ini, majalah EH! dengan alat solek DIOR telah bekerjasama dalam membuat kutipan amal, yang mana bagi setiap gincu DIOR Addict terbaru yang terjual, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada PAPITA bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

    Tempoh kutipan ini akan berlangsung selama sebulan bermula daripada majalah ini berada di pasaran iaitu pada 1 Mac 2011 hinggalah 31 Mac 2011.

    Event EH!

    Event EH!

    Event EH!

    Event EH!

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Dato' Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Filem Avatar Edisi Khas dalam 3D
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan
  • AstroView Membawa Hiburan Di Luar Skrin TV
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Linda Onn, Adibah Nor dan Ezlynn di Pelangi Kasih Sempena Aidilfitri
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Guru Cabul 12 pelajar sebelum rotan

    Posted: 28 Feb 2011 11:49 AM PST

    Berani betul cikgu nie mencabul pelajar perempuan,12 org pulak tue..bukan skolah rendah lagi,sekolah menengah dah.Takkan dia tak tahu risiko perbuatannya mungkin akan dilapor kepada polis?
    Pelajar perempuan nie pun,bila cikgu tue nak mencabul takkan masing-masing diam je? pelik + bodoh je mendengarnya.Patutnya mereka menjerit atau melawan bila cikgu tue cuba berlaku serong...




    Gara-gara mahu menjadi 'doktor', seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

    Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.


    Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

    Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.


    "Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.


    "Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan," katanya.Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.


    "Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

    "Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama," katanya.


    Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


    "Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.


    "Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan," katanya.


    Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


    "Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.


    Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .


    Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

    Ekin sanggup bayar berapa sahaja untuk cari Mawi

    Posted: 28 Feb 2011 11:43 AM PST


    Dah lama sensasi tak dengar cerita Mawi dan Ekin,rasanya terakhir cerita pasal Ekin sedang dalam rawatan tradisional untuk berusaha dapatkan anak,kemudian mungkin nak guna IVF kalau tradisional tak berjaya,ini semua kerana sebelum nie Ekin pernah keguguran 2 kali.


    Terbaru ceritanya Ekin mencari Mawi.Dan lebih lagi ekin cakap sanggup bayar berapa saja untuk dapatkan Mawi.

    mungkin ada yang berpendapat Mawi hilang setelah dah dua kali keluar gossip Mawi berkahwin lain dulu.huhu.
    Tapi sebenarnya,kasih sayang Ekin dan Mawi tetap utuh.

    Ekin dikatakan sedang sibuk mencari plat kereta MAW1 untuk dijadikan hadiah hari lahir kepada suaminya itu. Amboi, kelas sungguh hadiah Ekin untuk buah hatinya itu.

    Ekin sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan plat kereta tersebut. Berapa sahaja ok!

    Kalau bukan sembarangan orang, memang tak mampu nak sebut berapa sahaja. Bukan apa, kalau orang tu letak beratus ribu ringgit, pitam juga nak membayar tu.

    Maria Farida cakap Shahz Jazzle kaki perempuan

    Posted: 28 Feb 2011 11:36 AM PST

    Gambar kiri adalah gambar kenangan Maria Farida dan Shahz Jazzle,manakala gambar belah kanan pulak gambar Shahz dengan Neelofa,juara Dewi Remaja yang membintangi Filem Azura.

    Dengar cerita jugak yang kononnya shahz menghantar SMS kepada Maria memberitahu dia mahu putus cinta kerana sudah bersama Neelofa.ish3..betul ke nie? kalau betul la..memang agak keparat disitu..



    Sebelum ini Maria Farida dan Shahz pernah putus cinta apabila Shahz dikatakan berkucupan dengan wanita lain di Anugerah Skrin yang lepas.Dan wanita yang dikatakan adalah Wan sharmila.Tp Gossip nie takda bukti sahih,cuma cerita oleh org yg pernah melihat kejadian ini.

    Sebelum ini, pernah putus juga sekejap tapi sambung balik. Kali ini, dramatis Maria Farida betul-betul nekad berpisah dengan kekasihnya yang juga pelakon baru, Shah Jaszle.

    Tegas ibu tunggal yang masih jelita dan bergetah itu, jangan sesekali mengaitkan namanya lagi dengan Shah Jaszle.

    Biarlah lelaki itu bahagia dengan kehidupan barunya apatah lagi dia mendakwa Shah Jaszle sudah mempunyai teman wanita baru yang juga heroinnya dalam filem Azura 2011, Neelofa.

    Amboi, marah betul Maria dengan Shah Jaszle. Malah sepanjang perbualan dengannya, Maria lebih selesa menggelarkan pelakon berusia 22 tahun itu dengan panggilan 'dia'.

    " Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Tak mungkin saya jatuh cinta lagi dengan lelaki muda selepas ini." katanya


    Kenapa suara lemah saja dan bunyi macam sedih sangat?

    Saya tak sihat. Saya sedang sakit sekarang ini.

    Sakit sebab putus cintakah?

    Tak adalah (ketawa manja). Saya baru habis penggambaran drama. Itu yang penat sangat.

    Nak tanya ni, betulkah Maria dan Shah Jazle sudah putus cinta atau saja buat cerita?

    Kenapa tanya saya? Kenapa tak tanya 'dia' dulu. Saya tak nak komenlah.

    Tapi Shah Jaszle kata cinta kalian sudah berakhir, iyakah?

    Biarlah 'dia' bercakap apa yang dia nak cakap. Saya tak nak terlibat dengan dia lagi, jangan babitkan saya dengan dia. Kami memang sudah putus cinta dan semuanya sudah berakhir, saya tak mahu ada kaitan apa-apa dengan dia lagi.

    Bila putus ni? Masa sebelum dia ke Paris atau selepas dia jumpa kekasih baru di sana?

    Masa dia buat penggambaran di sanalah. Di situlah bermula cerita dia dengan perempuan tu.

    Betulkah Shah Jaszle yang hantar SMS untuk minta putus?

    Entahlah, saya rasa sudah tak penting untuk saya bercakap soal itu sekarang ini. Biarlah dia dengan hal dia, saya pun ada hidup sendiri.

    Orang kata awak ni kuat cemburu, budak muda mana suka wanita cemburu?

    Itu dakwaan yang tak betul. Saya putus cinta dengan dia bukan sebab cemburu buta. Awak nak tahu kenapa kami putus? Sebenarnya saya sudah meluat dengan perangai dia.

    Perangai macam mana? Teruk sangat ke?

    Perangai buruk dia yang kaki perempuan. Tak habis-habis. Cukuplah!

    Tapi Neelofa ada kata Maria selalu telefon dia nak tanya pasal Shah Jaszle? Berani pula dia kata macam tu?

    Alah, pada saya senang saja. Biasalah, budak baru nak naik. Cari kontroversi untuk popular. Kita kenalah faham.

    Mungkin Maria boleh kongsi pengalaman cinta bersama Shah Jaszle?

    Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Saya ingat dia matang walaupun umur dia muda lagi. Rupa-rupanya perangai macam budak-budak. Awak tahu tak, sejak jumpa dia, hidup saya kucar-kacir. Saya kena cakap benda ini supaya orang tahu perkara sebenar.

    Shah Jaszle di mata Maria sebagai kekasih?

    Dulu saya tak percaya nasihat kawan-kawan agar jangan berkawan dengan dia. Kawan-kawan kata sebagai artis baru, sudah tentu dia nak gunakan saya, tapi saya tak dengar kata kawan-kawan. Akhirnya sekarang saya tahu juga, memang betul dia suka kontroversi. Setiap lokasi berlakon, mesti saya dengar cerita dia dengan heroin yang berlakon sekali dengan dia.

    Maria rasa diperguna-gunakan?

    Entahlah, tapi saya rasa memang silap besar sebab saya pernah jatuh cinta dengan dia.

    Lepas ni kalau jatuh cinta lagi, masih nak dengan lelaki muda juga?

    Taklah kot. Dia yang pertama dan terakhir untuk saya bercinta dengan lelaki muda.

    Mungkin isu putus cinta dengan Maria merupakan strategi dia untuk popular, boleh menang Pelakon Lelaki Baru Paling Popular?

    Saya tak tahulah. Mungkin juga.

    Maria berkahwin dan bercerai pun tak kecoh macam sekarang. Bercinta dengan 'budak-budak' tiba-tiba jadi kecoh pula. Apa yang Maria rasa?

    Saya memang tidak suka dengan kontroversi. Saya seorang artis yang clean sebelum ini. Saya mahu kehidupan saya kembali normal. Tolonglah jangan kait nama saya lagi dengan dia selepas ini.


    Bila sensasi dengar komen maria tentang budak baru nak naik,teringat dengan lagi nie..mcm seswai je...cerita kedai kopi~




    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Contoh Yang Terpuji!!! Anak Berbakti, Bawa Ayahnya Ketika Kuliah

    Posted: 28 Feb 2011 09:00 PM PST

    BEIJING - Kasih seorang gadis ini terhadap ayahnya memang patut dipuji. Ketika dirinya terjebak dalam kesibukan kuliah, dirinya masih menjaga ayahnya yang lumpuh sebahagian tubuhnya.

    Xu Dahui yang ketika ini tengah belajar mendalami teknik elektro dan mekanik di Institut Bioengineering Wuhan, terus membawa ayahnya yang sedang sakit ketika dia sedang mengikuti kuliah. Tidak hanya ketika ia sedang kuliah, Xu juga menjaga ayahnya ketika dirinya bekerja di kantin kampusnya.

    Meskipun sibuk membahagi waktu mengurus orang tua dan belajar, secara mengagumkan Xu terus berada di peringkat teratas dalam hampir seluruh mata kuliahnya.

    "Keadaan tidak mempersulit hidup saya. Saya anak satu-satunya, jika berhenti kuliah, siapa yang akan menjaganya (ayah Xu).

    Xu memutuskan untuk membawanya ke kampus kerana ibunya juga tidak mampu merawat ayahnya, kerana sakit yang dia derita. Ayah Xu menderita pendarahan otak akut, yang menyebabkan sebelah badannya mengalami kelumpuhan parsial.

    Selama merawat kedua orang tuanya, Xu selalu dipenuhi dengan jadual yang padat. Dimulai bangun pagi untuk membeli sarapan, yang kemudian dilanjutkan membangunkan ayahnya dan mengurusnya sebelum hendak ke kampus. Perjalanan dari rumah ke kampus pun memakan waktu sekira satu jam.

    Ketika kembali dari kuliah pun, Xu harus memasak untuk makan malam bagi ibu dan ayahnya. Sebelum belajar pada malam hari mahasiswi manis ini juga membiasakan untuk memicit ayahnya selama 30 minit, sebelum  ayahnya tidur.

    Pihak universiti yang tersentuh dengan kisah hidup XU, akhirnya menawarkan apartemen universiti untuk keluarga Xu tinggal secara gratis. Dia juga bekerja di kantin kampus dan menjual kad telepon selama tiga jam, selama  perkuliahan.
    source :okezone.com

    Remaja ini diancam dengan kematian setelah menghina korban gempa di Facebooknya

    Posted: 28 Feb 2011 08:00 PM PST


    Remaja dari New Zealand ini menghadapi ancaman kematian setelah menghina korban gempa di halaman Facebook. Bahkan ibunya juga mengaku tidak suka dengan perbuatan anaknya.

    Amy Knowles, 16, memicu reaksi malu dari ibunya setelah halaman Facebook Amy diserang dengan pesanan dari warga New Zealand yang marah. Amy yang berasal dari Canterbury mengunjungi Christchurch ketika gempa terjadi.

    "Mencuri ais krim, mabuk-mabukan dan berkeliling untuk melihat orang melakukan hubungan seksual. Gempa tidaklah buruk," tulis Amy di Facebook.

    "Hampir semua orang menyuruh saling mengasihi di Rangiora. Sialan kalian semua. Saya mempunyai kekuatan, air dan dapat melakukan apapun," tulisnya lagi di Facebook, seperti dikutip dari Daily Mail.

    Ibunya, Yvone Knowles menunjukkan kebencian atas perilaku anaknya di Facebook. "Saya malu untuk mengakui kamu sebagai anak saya." Yvone juga mengatakan anaknya tidak mencuri ais krim dari kedai. Amy hanya menemukannya di lantai. Namun tetap saja, Yvone mengatakan anaknya tidak boleh melakukan itu.

    Amy Knowles sudah meminta maaf dan menghapus akaun Facebook kerana tidak tahan atas reaksi kemarahan dari masyarakat.

    Setidaknya 147 orang mati ketika gempa berkekuatan 6,3 SR di Christchurch, New Zealand. Lebih dari 200 orang hilang dan ilmuwan memperingatkan sepertiga bangunan harus segera diruntuhkan untuk mencegah korban bertambah.

    sumber : dailymail.co.uk

    Gambar burung helang bawa seekor kambing terbang

    Posted: 28 Feb 2011 07:35 PM PST

    Helang.(telegraph)

    TEMPO Interaktif, Seekor burung helang jenis Golden Eagle besarditangkap gambar kamera tengah mencengkam  seekor kambing semasa terbang. Kambing yang terlihat berdarah itu diperkirakan akan menjadi santapan si helang.

    Foto menakjubkan ini diambil di pegunungan pulau Mull, Scotland. Foto ini kemungkinan foto pertama yang berhasil mengabadikan seekor helang raksasa dengan rentang sayap dua meter membawa mangsa berupa kambing.

    Foto ini dibuat oleh seorang pengamat burung yang enggan disebutkan namanya. Dia juga menolak menyebutkan lokasi  foto ini diambil. Dia takut petani yang marah kerana haiwannya menjadi mangsa akan memburu burung itu.

    Burung helang jenis ini memang termasuk burung dilindungi Mereka ada sekitar 30 ekor dan dilindungi dalam area khusus yang tahun lalu habitat mereka sempat tercemar.
    Sebelum mengambil foto ini, pengamat burung dan isterinya melihat beberapa burung helang yang berputar.  "Ada beberapa kereta yang parking di dekatnya, mereka lalu berputar-putar di udara," kata pengamat burung itu.

    Tiba-tiba ada seekor helang besar yang terlihat membawa sesuatu. Ketika melihat melalui teropong mereka menduga itu seekor arnab gunung. Tapi setelah semakin mendekat ternyata itu seekor kambing.
    "Sebuah peristiwa yang sangat aneh dan tidak mungkin saya lupakan," kata pengamat burung itu. Helang berjenis Golden Eagle dikenal sebagai pemangsa haiwan berukuran besar dengan cara menjatuhkan mangsanya dari ketinggian

    [Kesian] Bayi Lahir dengan Otak Terburai

    Posted: 28 Feb 2011 06:30 PM PST


    GROBOGAN- Seorang bayi laki-laki lahir dengan keadaan otak terburai di Hospital Umum Doktor Soedjati, Grobogan, Jawa Tengah. Keluarga bingung kerana tidak memiliki wang untuk membiayai pembedahan  Buah Hati mereka.

    Bayi  yang baru berusia 13 hari ini masih berada di ruang perawatan Cempaka RSU Dokter Soedjati Purwodadi. Anak pasangan Paryadi dan Susilowati, warga Desa Randu Kecamatan Geyer, Kabupaten Grobogan, ini mengalami kelainan di kepala.

    Susilowati hanya boleh menangis ketika melihat kepala anaknya yang sangat meyedihkan. Menurut Susilowati, ketika berada dalam kandungan keadaan janin sihat dan tidak ada tanda-tanda aneh. Bahkan dia rutin membuat pemeriksaan ke bidan.

    Orangtua bayi yang hanya bekerja sebagai buruh kini dihantui ketakutan kebingungan kerana tidak mampu membiaya untuk pembedahan anaknya.

    "Saya sudah habis-habisan dan tiak punya biaya lagi untuk mengubati anak sayaagar sembuh normal. Sudah 13 hari saya di hospital, sementara suami hanya buruh yang penghasilanya tidak cukup untuk makan," keluh Susilowati, Isnin (28/2/2011).

    Menurut doktor pakar kanak-kanak RSU Soedjati, Muhadjir, kelainan pada kepala bayi tersebut merupakan bawaan sejak lahir dan disebabkan beberapa faktor seperti lingkungan yang tidak sihat dan pola hidup ibunya.

    "Biasanya penyebab terjadinya kelainan pada kepala bayi tersebut adalah faktor lingkungan dan adanya faktor genetik. Satu satunya jalan untuk penyembuhan  harus dengan pembedahan," terang Muhadjir kepada wartawan.

    Susilowati berharap agar pemerintah dan dermawan membatu meringankan beban biaya pembedahan anaknnya meski sudah memiliki kad Jamkesda.

    Sumber : http://www.okezone.com

    'Perempuan Serigala' ada di Thailand

    Posted: 28 Feb 2011 05:15 PM PST

    BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.

    "Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.

    Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.

    Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.

    Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi
    sumber saya petik dari kosmo online

    “Kalau Bukan kerana Allah, Saya Sudah Gila”

    Posted: 28 Feb 2011 04:20 PM PST

    SIAPAPUN orangtua melihat  buah hatinya terlantar tak berdaya kerana sakit 16 tahun, tentu sedih. Itulah yang dialami Iryani (46).Anak sulung perempuan yang saban hari pekerjaannya mencuci pakaian ini dinyatakan doktor diserang kanser otak, sejak 16 tahun lalu. Dia mengaku terkejut mendengar vonis doktor itu.  Namun dia berusaha tabah.   "Saya kuatkan hati ini," kata Iryani.

    Umur Nurul Hikmah, demikian nama anak itu, kini sudah masuk 24 tahun. Sebagai ibu, Iryani jujur mengatakan tak tahan melihat penderitaan anak pertamanya itu, yang hanya boleh berbaring tak berdaya. Kadang dia hanya boleh menangis dan berdoa agar anaknya segera diberikan kesembuhan dan normal seperti sedia kala.

    Namun di sisi lain, Iryani juga bersyukur. Sebab, selama sakitnya yang bertahun tahun itu, anaknya tidak pernah mengeluh. Bagi Iryani dan Yahdi (suaminya), atau bagi sesiapapun,  penantian selama 16 tahun bukanlah waktu yang singkat. Namun mereka tetap berusaha bersabar dan menerima segalanya kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala

    "Kalau bukan kerana Allah, mungkin saya sudah gila,"kata Iryani, sambil menitikkan air mata. Dia mengucapkan itu seraya tersenyum dan mengelus kaki anaknya.

    Hingga kini Yahdi, Iryani, dan Yandi (anak kedua) tak  bosan-bosannya menjaga dan mendampingi Nurul. Ada kalanya mereka menggantikan pakaian dalam Nurul ketika sedang datang bulan, membersihkan buang air yang kadang kala bercampur darah, menyuapi makan, dan memandikannya.

    Syukurnya, Nurul bukan anak yang lekas putus asa. Di pembaringannya, ia tetap istiqamah menjalankan solat 5 waktu, puasa Isnin Khamis, dan menunaikan solat Tahajjud sambil berbaring. Zikir pun dia tak lekang, terutama saat rasa sakit menyerang kepalanya. Kadang-kadang kuatnya dia menekan tasbih, mungkin kerana menahan rasa sakit yang hebat, bulir-bulir tasbihnya yang setiap saat dipilinnya itu menjadi hancur. Kerana belum ada ganti tasbihnya, dia berzikir memakai tangan. Ada bekas di jari-jarinya, barangkali juga kerana tekanan yang begitu kuat. "Saya ibadahnya hanya boleh begini, mudah-mudah Allah menerima ibadah dan doa saya," tutur Nurul mengiba.

    Sakalipun tak berdaya. Semangat hidupnya tak meredup. Bahkan dia pun masih punya hasrat untuk menikah suatu ketika. "Iya, hasrat ada. Apalagi kalau mendengar teman-teman saya yang dulu, sudah  nikah dan punya anak," kata Nurul lemah. "Saya mahu sembuh, biar pun tak 100 peratus. Yang penting oleh berjalan," sambungnya, suaranya bersih.

    Nurul dirawat di rumah ibunya di Jl Al-Busyro, RT 04 Rw 01, Desa Citayam, Kota Depok, Jawa Barat. Iryani tak membawa anakya ke hospital, kerana tak punya wang.

    Maklum, Iryani dan Yahdi terolong keluarga miskin. Yahdi perkerjaannya tak menentu. Kadang-kadang jadi ojek,  lain hari menjadi tukang bangunan, lain kali lagi jadi tukang batu.

    Sedangkan Iryani, sebagai tukang cuci di Perumahan Asri Permai Komplek Pertanian Citayam Depok, setiap hari berangkat pagi, pulang kalau sudah tengah hari. Dia masih mampu mencuci pakai di antara 2 sampai 3 rumah. Jenis layanan pencucian yang ia terima macam macam, ada selimut dan segala jenis pakaian. Sebulan dalam 1 rumah ada yang member Rp 300 ribu.

    Selain itu, ia kadang disuruh seterika baju orang. "Sekali menggosok pakaian ada yang memberi Rp 20 atau Rp 30 ribu," kisah Iryani. Dari situlah andalan sumber kewangan mengalir, termasuk untuk sekolah anak bungsunya, Yandi Sulaiman (16 tahun) yang kini duduk di bangku SMK, dan untuk makan sehari hari. */Sahid

    Sumber : http://www.hidayatullah.com

    Gambar-gambar pelik yang hanya ada di Jepun

    Posted: 28 Feb 2011 10:01 AM PST














    Ada Hantu Perempuan Muncul Tiba-tiba di Satu Siri Televisyen

    Posted: 28 Feb 2011 09:01 AM PST


    TRIBUNNEWS.COM – Mengerikan. Sesosok yang diduga hantu perempuan nampak di satu episode seri drama terbaru berjudul Rippling Blossom yang disiarkan oleh stesen televisyen Television Broadcasts Limited,TVB,  di Hongkong.

    Seorang netizen melihat gambar itu dan mem-posting-nya di forum online. Nampak seperti seorang perempuan yang bersembunyi di dalam kabinet dapur di mana Cheung Chi-lam dan Michael Tse sedang shooting sebuah adegan.

    Netizen itu malah memberikan  jika hantu itu muncul di minit ke 42 pada episode ke-14. Ketika wartawan menunjukkan itu ke Cheung, dia mengaku sangat terkejut. "Adegan itu diambil di TVB dan ketika saya melihat foto itu, bulu roma saya berdiri. Namun, saya kira gambar itu hanya sebuah refleksi dari sesuatu. Saya sedikit kecewa,"kata Cheung, lagi. Dia menambahkan proses shooting berjalan lancar dan tak ada gangguan.

    Gadis Remaja Minta Dirinya Dijadikan Seorang Lelaki

    Posted: 28 Feb 2011 08:25 AM PST

    CANBERRA – Seorang gadis berusia 17 tahun di Australia akhirnya memenangkan haknya untuk mendapatkan perawatan hormon menjadi seorang lelaki.

    Gadis remaja yang diberi nama Rosie tersebut didiagnosa mengalami gangguan jenis kelamin dan diyakini bahwa pada ketika masih bayi dirinya adalah seorang laki-laki.

    Pengadilan pun mendengarkan kesaksian dari Rosie yang mengatakan bahawa pada ketika usianya dua tahun dia meminta agar dirinya dioperasi agar mendapatkan penis.

    Pada usia tiga tahun dia pun menolak dipakaikan pakaian perempuan dan meminta orang tuanya memberinya nama laki-laki.

    Pada saat dirinya beransur dewasa, Rosie merasa makin tertekan, dia selalu mengenakan pakaian ketat agar payudaranya tidak tumbuh.

    Hakim Linda Dessau mengatakan bahwa Rosie mulai merasa dirinya tersiksa, marah dan anti sosial, demikian lapor Strait Times.

    Dia mengatakan bahawa dia memutuskan Rosie untuk memulai perawatan hormon menjadi lebih mudah kerana didukung orang tua dan doktornya. Tapi keputusan tersebut tetap tidak boleh membuat Rosie mengganti jenis kelaminnya.

    Sumber : http://www.okezone.com

    Ada restoran melarang anak kecil menangis

    Posted: 28 Feb 2011 07:25 AM PST

    Larangan dibuat demi kepentingan bisnes untuk memberi kenyamanan kepada pelanggan.
    Sebuah restoran di Carolina Utara menjadi cemuhan publik setelah mengeluarkan aturan yang melarang tangis histeria anak-anak ketika makan. Larangan ini jelas menerima kritikan tajam dari sejumlah komuniti orangtua yang memiliki anak kecil.

    Brenda Armes, pemilik restoran bernama Olde Salty, itu mengatakan, larangan itu dibuat demi memberi kenyamanan kepada pelanggan. "Ini demi bisnes, agar lebih ramai pelanggan yang datang," katanya kepada jaringan NBC, seperti dikutip dari laman Shine.

    Armes menambahkan, bagaimanapun setiap orangtua pasti memiliki kemampuan untuk mengawal perilaku anak-anak mereka yang masih kecil. Menurutnya, ada batas-batas toleransi berkait anak menjerit, menangis, bebisik. Tak hanya di restoran, tapi juga kawasan awam lainnya seperti di pesawat.

    Lain lagi di Brooklyn, New York. Sebuah restoran bernama Union Hall membuat marah sejumlah orang yang memiliki anak kecil lantaran melarang  kereta bayi masuk ke dalam.

    Sementara bar Double Windsor memberi larangan membawa bayi setelah jam 5 petang. Kali ini cukup masuk akal kerana memang bayi tak cukup umur untuk menikmati suasana tempat rekreasi yang menyajikan minuman beralkohol.

    Sebuah tinjauan pendapat yang baru-baru ini dibuat Skyscanner menunjukkan, hampir 60 peratus penumpang pesawat setuju jika di dalam kapalterpang disediakan zon khusus bagi keluarga yang membawa anak kecil. Hampir 20 peratus  berharap terbang tanpa ada gangguan suara anak kecil.

    (vivanews)

    Hargailah guru semasa mengajar, jangan seperti murid-murid ini!!

    Posted: 28 Feb 2011 06:00 AM PST





    Walaupun tak suka cikgu atau bosan..
    janganlah sampai berperangai seperti mereka ini....

    Atlet judo yang mengantung diri dengan talipinggang hitamnya sendiri

    Posted: 28 Feb 2011 05:31 AM PST

    Bintang judo England yang disiapkan untuk meraih pingat di Sukan Olimpik 2012 menggantung diri dengan talipinggang  hitamnya sendiri setelah kecewai kerana putus dengan kekasihnya. Petugas Pemadam kebakaran Robert "Robbie" Gallagher, 23, begitu berbakat dalam seni bela diri dia tercatat sebagai salah satu olahragawan amatur yang diharapkan bersinar selamaSukan Olimpik London nanti.

    Dia dikenal di seluruh dunia untuk menjuarai Judo dalam kategori berat 66kg dan merupakan salah seorang pemain  judo yang top di Britania pada tahun 2005, ketika dia berada di skuad junior England. Namun  pada dini hari Tahun Baru dia ditemukan meninggal di rumahnya di Mold, Wales Utara.

    Ayahnya Robert Gallagher Snr, berkata: "Kami sebagai keluarga sangat sedih oleh kematian mendadak Robbie dan kami sangat merindukannya. Dia sedang mempersiapkan dirinya dan menjadi pesaing untuk Olimpik 2012 dan menjadi petugas pemadam kebakaran, berharap memiliki masa depan penuh waktu di pemadam kebakaran.

    "Dia orang ceria dan menikmati hidupnya, Dia ingin mencapai yang terbaik. " Mr Gallagher mulai berlatih judo ketika dia berumur lima tahun sebelum kemudian mengambil olahraga di tingkat tertinggi. Dia juara England judo tiga kali dan mewakili North Wales Fire and Rescue Service di 2008 World Games Pemadam Kebakaran di Echo Arena, Liverpool.

    Seorang juru cakap British Judo Association mengatakan setelah ':mereka sangat sedih dan kehilangan Robbie Gallagher. Sebuah penyiasatan mendengar bagaimana Robbie dengan kekasihya Sophie Bell tinggal selama empat tahun, dan bersama-sama mereka berbahagi rumah dan Evie anaknya.
    Ketika hubungan mereka rosak, dia pindah kembali ke rumah keluarganya di mana aia memulai program ubat anti-tekanan. Miss Bell berkata kepada sidang bekas pasangan mengancam untuk bunuh diri pada beberapa kesempatan, menjelaskan: "Dia sekali menelefon saya pada pukul 4 pagi untuk mengatakan dia telah overdose tablet ubat tidur.

    'Lalu dia datang ke rumah saya dan dan melambaikan talipinggang judo ke saya mengatakan dia akan mengambil hidupnya sendiri. " pemeriksaan di Mold mendengar bagaimana dia telah pergi ke sebuah pub di Malam Tahun Baru  dengan beberapa teman tapi lalu kembali ke rumah untuk menggantung diri.

    Ayahnya berkata dia tidak menyedari anaknya pulang ke rumah dini sampai dia pergi ke luar membeli rokok setelah tengah malam, dan mendengar suara dari garaj mereka. Dia melangkah masuk dan melihat  anaknya tergantung dengan tali pinggang judo sendiri.

    Robbie adalah salah satu atlet yang paling berbakat di sekolah kami. Dia unggul di judo dan mewakili Wales dan England. "Dia adalah seorang pemain judo yang sangat baik dan pada suatu waktu dia berada di kelompok atas untuk usianya."

    Awas!!! Ayam seksi sedang berendam

    Posted: 28 Feb 2011 04:30 AM PST

    image
    bikin gempak ayam ni……

    Adoi!!! mak sakitnya

    Posted: 28 Feb 2011 03:45 AM PST




    LETAK MAKLUMAT IKLAN
    dah macam nangka busuk jatuh.....

    [Gila] Nenek 72 tahun bercinta dengan cucu sendiri

    Posted: 28 Feb 2011 02:25 AM PST

    Seorang nenek berusia 72 tahun, Pearl Carter, dikhabarkan bercinta dengan cucunya sendiri yang berusia 26 tahun, Phil Bailey. Bahkan, keduanya bakal mempunyai bayi yang dikandung seorang wanita lainnya.

    Menurut berita yang dilapor majalah New Idea di New Zealand, Pearl akan membayar US$ 54 ribu  kepada wanita yang akan mengandung anaknya dengan Bailey. "Saya tidak peduli dengan pendapat orang. Saya mencintai Phil dan dia juga mencintai saya. Tidak lama lagi saya akan menggendong anak saya dan Phil akan menjadi ayah yang bangga," ujar Pearl.

    Phil adalah anak dari anak perempuan Pearl, Lynette Bailey. Lynette merupakan anak kandung Pearl ketika dia masih berusia 18 tahun. Kerana ketika itu masih muda dan tinggal di keluarga Katolik yang kuat di Indiana, akhirnya Pearl menyerahkan Lynette ke tempat untuk dijadikan anak angkat.

    Lynette menjadi orang tua tunggal bagi Phil, yang kini menjadi tukang kayu. Ketika Lynette meninggal dunia Phil mencari neneknya. Setelah bertemu, Phil dan Pearl menjalin hubungan asmara.

    Pearl mengatakan, "Saya memanggil Phil ke bilik tidur saya. Mendudukkannya di kursi dan saya bertumpu kepadanya dan menciumnya. Saya awalnya menduga dia akan menolak. Tetapi ternyata dia malah balas mencium saya."

    Kepada New Idea, Phil mengatakan, "Saya ingin menciumnya di sana saat itu. Perasaan saya luar biasa."

    "Saya mencintai Pearl sepenuh hati saya. Saya memang tertarik dengan wanita yang lebih tua. Dan saya rasa Pearl cantik. Kini, saya akan menjadi seorang ayah. Saya tidak sabar lagi menanti itu. Kami memang sempat ditertawakan dan dicemuh ketika pergi ke luar dan bercumbu di depan publik. Tetapi kami tidak peduli. Anda tidak boleh menentukan kepada siapa Anda bakal jatuh cinta," lanjut Phil.

    Setahun yang lalu, Phil mengatakan kepada Carter bahwa dia ingin seorang anak. Carter juga mengaku ingin memiliki anak. Akan tetapi, keinginan untuk memiliki anak dari benih mereka berdua tidak mungkin terwujud kerana Carter sudah menopause.

    Pasangan tersebut akhirnya memutuskan untuk menggunakan wang pencen Carter untuk mencari wanita yang bersedia mengandung dan mendermakan ovumnya. Mereka pun memasang iklan untuk mencari wanita tersebut. Iklan tersebut pun dijawab Roxanne Campbell, 30 tahun.

    "Awalnya saya terkejut," ujar Campbell mengenai hubungan darah Phil dan Carter. "Tetapi mereka pasangan yang cerdas dan saya melihat mereka saling mencintai. Saya juga sadar bayinya akan dicintai juga."



    Gagal curi kereta gara-gara pemilik kereta bogel

    Posted: 28 Feb 2011 01:41 AM PST

    image
    Di London Seorang pencuri kereta terpaksa membatalkan niatnya untuk mencuri sebuah kereta  disebabkan pemilik kereta yang mengejar pencuri itu sambil telanjang. 
    Russell Stuart yang sedang terlelap tidurnya, tiba-tiba terbangun setelah mendengar bunyi dekat keretanya. Dia melihat pencuri kereta berusaha untuk mencuri kereta kesayangannya tersebut. 
    Stuart segera bangun dari tidurnya, membuka pintu penumpang dan duduk disamping kerusi tepat disebelah pencuri yang hendak mencuri itu. Namun lucunya, Stuart tidak sedar jika dirinya belum menggunakan pakaian sama sekali.
    Setelah pencuri tersebut melihat yang dia bogil, dia langsung membuka pintu dan lari dari Stuart. "Saya langsung bangun dari tidur dan menuju ke kereta, buka pintu dan duduk disebelahnya," ungkap Stuart.
    "Dia mungkin hairan mengapa ada orang yang berbadan besar dan telanjang duduk disampingnya. Tetapi ketika kereta kepunyaan kita berusaha dicuri, saya tak perlu berfikir tetapi langsung bertindak," kata Stuart.
    Setelah pencuri itu lari, lelaki berusia 51 tahun tersebut sempat mengelilingi kota Kent, dalam keadaan telanjang untuk mencari pencuri itu. Namun dia menghentikan aksinya kerana dalam keadaan bogel mengganggu ketenangan kota.

    Delphine LaLaurie Wanita Bangsawan Penyiksa Budak

    Posted: 28 Feb 2011 12:20 AM PST

    Delphine LaLaurie (1775 – 1842) adalah wanita bangsawan kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya mempunyai banyak ruangan yang penuh dengan ketakutan.
    Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan pemadam kebakaran menemukan 2 budak yang dirantai pada dapur masak, dimana diyakini merekalah yang sengaja membuat kebakaran untuk mendapatkan perhatian.

    Pemadam kebakaran dipandu oleh budak yang lain menuju keloteng dimana terdapat hal yang lebih mengejutkan. Lebih daripada 12 orang budak cacat dan kudung terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa orang daripada mereka menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bahagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan terlihat seperti kepiting, dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya tambalan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu.

    Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemukan mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa memohon untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia diadili dan dia tidak pernah tertangkap.

    Kini Lalaurie Mansion, bangunan bekas tempat tinggal Delphine Lalaurie di New Orleans, adalah satu dari sekian banyak bangunan di Amerika yang berhantu. Bangunan ini pernah dibeli oleh aktor terkenal Nicolas Cage, namun dia tidak pernah tinggal disitu hingga bangunan ini dijual kembali untuk menutupi sebahagian hutang-hutangnya.

    AL QURAN selamatkan lelaki ini daripada tembakan penyokong Gaddafi

    Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST

    Ada banyak kejadian unik ataupun 'keajaiban' dalam setiap peristiwa-peristiwa yang terjadi di seputar revolusi rakyat yang telah melanda negara-negara Arab ketika ini.

    Pada revolusi rakyat Mesir, peristiwa unik terjadi di mana sepasang demonstran melangsungkan akad nikah pernikahan mereka di tengah ratusan ribu orang demonstran anti pemerintah di Tahrir Square. Masih di revolusi Mesir, sempat juga beredar rekaman video yang menunjukkan adanya "hantu berkuda" yang muncul di tengah-tengah para demonstran anti Mubarak.

    Dan sekarang kejadian yang boleh dikatakan sebuah "keajaiban" terjadi juga di revolusi rakyat Libya yang menuntut presiden mereka yang telah berkuasa selama empat dekad untuk mundur, Muammar Gaddafi.

    Web Mufakarah Islam melaporkan bahawa telah beredar rakaman video yang telah dipost di Youtube berkait "keajaiban" yang telah terjadi dalam revolusi Libya.

    Dilaporkan bahawa seorang demonstran anti Gaddafi terselamatkan nyawanya dari tembakan para pro Gaddafi oleh sebuah Al-Quran.

    Sepertinya Al-Quran itu dibawa oleh seorang demonstran anti Gaddafi dibalik bajunya, dan sebuah tembakan peluru menghentam tubuhnya. Namun Subhanallah, peluru tidak jadi bersarang di tubuh demonstran tersebut kerana peluru yang ditembakkan ke arah demonstran itu  menghentam Al-Quran yang dia bawa.

    Dalam rakaman video diperlihatkan bahawa tembakan peluru yang menghentam Al-Quran dan menyelamatkan nyawa demonstran anti Gaddafi itu tidak tembus mengenai tubuhnya dan hanya sempat menembus beberapa surat awal yang ada di Al-Quran, mulai dari Al-Fatihah hingga surat An-nisaa.

    Kalau Allah sudah berkehendak segala sesuatu boleh saja mungkin terjadi, dan peristiwa selamatnya nyawa demonstran Libya oleh sebuah Al-Quran atas izin Allah ini sebagai buktinya, Allahu Akbar!(fq/imo)

    [Aneh] Gadis Remaja Ini Punya Wajah Tua Sebelah

    Posted: 27 Feb 2011 10:41 PM PST

    TEMPO Interaktif, Jakarta – Seorang gadis berusia 11 tahun setengah wajahnya kelihatan tua. Christine Honeycutt dari Carolina Utara, Amerika, disahkan menderita sindrom Parry-Romberg yang tak ada ubatnya. Sistem imunitasnya memakan jaringan subcutaneous antara otot, tulang dan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan elastik dan kekecangannya sehingga tulangnya tak boleh tumbuh normal.

    Seiring waktu, sebahagian wajahnya menjadi lebih kecil, dan hampir hanya terlihat kulit yang membungkus tengkorak. Penyakit ini juga boleh  menyerang bahagian tengkorak dan membuatnya buta dan mengalami sinus. Ibu Christine, Vicki Honeycutt awalnya tak menyedari apa yang dialami anak perempuannya. Ketika Christine berusia lima tahun, dia melihat ada tanda abu-abu di kening Christine, tepat dibawah garis rambutnya. Ia juga melihat seperti ada lebam di lehernya.

    Doktor dia temui hanya menyarankan agar memberi krim cortizone. Tetapi dia menolaknya, kerana ada enam tanda lainnya yang memperlihatkan ada yang salah. Beberapa bulan kemudian tanda-tanda itu berkembang menjadi garis yang melintas keningnya. Pada 2006 lalu anaknya pun mengalami kerosakan ukuran wajah.

    "Saya selalu berkata, dia punya telinga yang lucu, tapi satu malam ketika saya menciumnya, saya melihat salah satunya berukuran lebih kecil," kata Vicki. Dia pun menemui dokor ahli gen yang memberikan diagnosa mengejutkan, bahawa tidak ada ubat untuk penyakitnya.

    Christine boleh dibedah plastik setelah penyakitnya berhenti mengganggu wajahnya. Dia lalu menemui seorang doktor yang pernah membedah pesakit dengan penyakit sindrom Parry-Romberg juga. Dia mengatakan Christine oleh dibedah tanpa harus menunggu penyakitnya berhenti merusak wajahnya. Dia pun akhirnya menjalani pembedahan selama 9 jam untuk merubah wajahnya.

    Operasi itu berjalan lancar dan garis abu-abu diwajahnya telah pudar, meskipun tidak hilang sama sekali. Penyakit itu tidak akan sembuh tetapi dengan operasi lanjutan, setidaknya penyakit boleh dikendalikan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS