Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Faizal Ismail Hos Apa Saja FBI Ikhwan Hos Galaksi

Posted: 09 Feb 2011 09:40 PM PST

KOMBINASI HANGAT MALAM JUMAAT

Pada jam 11 pagi tadi, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 iaitu Apa Saja… FBI dan Galaksi musim baru telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Hujung minggu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat yang inginkan masa untuk berehat dan bersantai bersama keluarga mahupun orang tersayang di rumah atau di mana sahaja. Hari minggu inilah TV9 mengambil kesempatan untuk memulakan pengembaraan bersama penonton menerusi dua buah rancangan menarik dan sensasi untuk tatapan semua iaitu Apa Saja… FBI yang sudah pun bermula pada 28 Januari 2011 dan Galaksi pada 4 Februari 2011 lalu.

Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Noordin, berkata, "Malam Jumaat kini semakin hangat di TV9 dengan kombinasi program yang sensasi dan mencuit hati di mana ia dijangka dapat sambutan yang menggalakkan kerana kandungan kedua-duanya yang lebih bersahaja tetapi padat dengan hiburan yang dikehendaki oleh penonton setia kami. TV9 dengan berbesar hati ingin memperkenalkan dua deejay radio Hotfm terkenal iaitu Faizal Ismail dan Khairul Ikhwan Rosli yang akan menjadi teman anda pada setiap hari Jumaat. Ia akan bermula pada waktu malam selepas Berita TV9 dan merupakan back-to-back dari jam 8.30 malam sehinggalah jam 10 malam."

"Penglibatan Faizal dan Ikhwan di TV9 ini memantapkan lagi kolaborasi di antara dua stesyen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad iaitu TV9 dan Hotfm. Kedua-dua stesyen ini bekerjasama untuk memberi hiburan terbaik untuk sasaran penonton mereka yang sama iaitu penonton muda yang lebih berfokus kepada para belia dan remaja. Kami ingin mewar-warkan kepada semua untuk terus menonton ruangan ini kerana pelbagai hiburan akan dihidangkan bersesuaian dengan cita rasa penonton dan pendengar. Pelbagai aspek telah diambil kira dan sememangnya perubahan atau penambahan yang diatur merupakan yang terbaik untuk penonton TV9," tambah beliau lagi.

Malam minggu anda bermula dengan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam di mana anda semua akan digeletek dengan lawak Faizal Ismail, deejay terkenal Hotfm dan Anugerah Juara Lagu. Kepetahan dan keceriaan beliau telah berjaya membuatkan penonton di studio dan di rumah terhibur apatah muka bersahajanya ketika membuat jenaka di hadapan penonton. Ini dapat dibuktikan menerusi dua episod yang telah berlangsung yang mengetengahkan topik panas dan sensasi seperti "Suami Muda" dan "Terkenal di Youtube" baru-baru ini yang berjaya mendapatkan lebih 500,000 ribu jumlah penonton. Rancangan Apa Saja… FBI diterajui oleh Roslina Abdul Rahman sebagai penerbitnya.

Menerusi Apa Saja… FBI ini, segmen Terkono Den juga diperkenalkan di mana Faizal sendiri akan ke luar studio dan berlakon untuk "mengenakan" orang ramai. Seakan 'panggilan hangit' tetapi penonton dapat melihat reaksi muka dan gelagat orang yang dikenakan oleh Faizal sendiri. Biar pun sudah "dikenakan", namun ia sekadar gurauan sahaja selari dengan taglinenya "Yang penting Happening, jangan pening!". Satu lagi kelainan rancangan ini adalah ia tidak sahaja memanggil artis-artis untuk diwawancara, malah turut menemuramah mereka yang terdiri dari orang ramai yang bukan artis tetapi terkenal menerusi laman you tube seperti Cikgu Shida serta Paku dan Belacan dalam episod 'Terkenal Di You Tube".

Selesai bergelak tawa bersama FBI, Ikhwan Hotfm pula menyusul bersama Galaksi, sebuah rancangan yang menyentuh tentang isu-isu semasa artis tempatan tanah air. Bersesuaian dengan tahun baru yang baru sahaja tiba, Galaksi juga tidak terlepas dengan sentuhan barunya seperti konsep, set, kandungan dan juga pengacaranya.

Ikhwan merupakan pengacara lelaki pertama bagi Galaksi dan pelbagai perancangan telah dibuat di antara Ikhwan dan krew penerbitan terutamanya penerbit Galaksi kini iaitu Nasir Ahmad atau lebih dikenali dengan Abg Nas. Pengalaman Abang Nas di dalam rancangan-rancangan berbentuk hiburan pastinya dapat membangkitkan pembaharuan terhadap Galaksi di samping pengacara sensasi yang sangat dikenali menerusi radio Hotfm.

Terdahulu, Galaksi pernah dibawakan oleh Irma Hasmie, Sazzy Falak, Nadia Shahrul Anuar, Sharifah Shahirah, Nana Mahazan serta pengacara jemputan seperti Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Serina Redzuawan. Ikhwan kini diberi kepercayaan untuk menghembus nafas baru kepada Galaksi yang sudah bersiaran sejak 5 tahun yang lalu. Pasti ramai yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk mendapat pelbagai informasi menarik dalam Galaksi pada setiap minggu.

Kedua-dua rancangan hiburan yang berjaya meraih lebih daripada 500,000 ribu penonton ini pastinya dapat meluangkan masa yang berkualiti penonton setia kami bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Jangan lepaskan peluang menghangatkan lagi malam Jumaat anda bersama dua rancangan hiburan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam diikuti dengan Galaksi musim terbaru pada jam 9.00 malam menerusi saluran Di Hatiku!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia: Ikhwan Hot FM & Jam Tangan Quicksilver
  • Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?
  • Sambutan Ulang Tahun Pertama Hot FM – Big Jam 2007
  • Drama Bong Musim ke 6 Lakonan Ikhwan, Mustapha Kamal, Jasmin Hamid
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM
  • Sekitar Perlawanan AM Krew VS Jawa Rangers Di Tasik Titiwangsa
  • Penyampai Radio Hot FM Tahun 2008
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Farish Aziz, Syawal, Farah Diana Dalam HOT FM RADIOPERA – Macam-Macam Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Wings Mahu Cipta Sejarah di Konsert Opera Hidup

    Posted: 09 Feb 2011 05:05 PM PST

    WINGS MENCIPTA SEJARAH DI ISTANA BUDAYA MENERUSI KONSERT OPERA HIDUP BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN

    Wings telah banyak mengharungi 'Opera Hidup' sebagai kumpulan rock tanah air selama 25 tahun di dalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama kelompok peminat yang mereka kumpul hingga kini.

    Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black merantau serta menerokai musik rock dengan lebih rakus dan berani demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera musik mereka agar tetap hidup didalam jiwa dan ingatan peminat-peminat.

    16 album dari Belenggu Irama hingga Live at Planet Hollywood, pelbagai rentak dan melodi rock telah dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka.

    Pic Wings

    Dari pentas Fun-Fair hingga ke pentas Konsert selama 25 tahun mereka memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini, pada 29 April hingga 1 Mei 2011 di Panggung Istana Budaya bakal tercipta sejarah di dalam Opera Hidup Wings dan peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

    Bombay Worldwide dan Anggerik Event akan menganjurkan konsert ini bersama Red On Black dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari. Dengan berlatarkan pentas ekslusif, Panggung Sari Istana Budaya, Wings akan memberikan persembahan yang amat istimewa lagi ekslusif yang mampu memberi impak yang besar kepada peminat-peminat mereka semua.

    Selaku pengarah konsert, Bombay yang telah banyak menjayakan konsert dan event yang berprestij berkata 'Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan' adalah satu sejarah yang diciptakan buat Wings untuk peminatnya dan industri musik tanahair.

    Gabungan idea dari Bombay dan sentuhan kreatif dari Joe Wings bakal menghidangkan satu karya ekslusif yang belum pernah disaksikan sebelum ini oleh semua. Menurutnya lagi, pejuangan Joe yang ingin Wings bersama dirinya untuk menghasilkan karya persembahan mereka ke tahap yang lebih tinggi maka terciptalah KONSERT WINGS OPERA HIDUP di Istana Budaya.

    Konsep persembahan dan genre musik yang akan dibawa oleh Wings digabungkan bersama Ex-Wings ialah Rock Klasik Versi Orkestra sepenuhnya dan adalah dari lagu-lagu hits Wings. Bagaimanapun, memandangkan tiket adalah terhad, hanya 7000 peminat bertuah saja berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya unggul yang boleh dianggap sebagai satu sejarah khususnya untuk mereka yang selama ini mengaku penggemar setia kumpulan Wings.

    Sejarah ini tidak akan tercipta tanpa kerjasama Ketua Pengarah Istana Budaya Encik Juhari Shaarani, pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Budaya. Dengan itu, Bombbay Worldwide ,Anggerik Event dan Red On Black serta tenaga kerja produksi Konsert Wings Opera Hidup akan menjayakan konsert yang bersejarah ini bersama-sama.

    Jesteru, bagi peminat yang ingin membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan istimewa Wings ini, anda boleh melayari laman sesawang www.ticket2u.bz dan www.sayap2wings.com. Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 (Ekslusif bersama Wings).

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Aida Husin – 012 2166 873

    Sidang media khas untuk mengumumkan tentang konsert Wings ini diadakan pada petang ini.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert Double Trouble Search & Wings Stadium Larkin, Johor Bahru
  • Konsert Double Trouble Wings & Search
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Pavarotti Opera Legend Dies At 71
  • KONSERT RADIO ROSAK 2009 Ditangguhkan 6 Mac 2010
  • Senarai Lagu Popular Ella di Konsert Ella
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Konsert Radio Rosak 2009 Pada 26 Disember Ini di Stadium Negara
  • Tribute to Rock Kangkang 2010
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    (Lirik & Lagu) Luar Biasa – Shahir AF8

    Posted: 09 Feb 2011 07:21 AM PST

    LIRIK LAGU LUAR BIASA SHAHIR AF8

    Buat peminat Shahir AF8, ini khas untuk anda. Lirik lagu terbaru Shahir iaitu Luar Biasa. Ada juga video (kat bawah lirik) kalau rasa nak dengar suara Shahir menyanyikan lagu Luar Biasa ni. Apa-apa pun, jom layan..

    LUAR BIASA – SHAHIR AF8

    Seandainya mengalir di sini
    Yang sejernih apa yang terkunci
    Pastinya di dalam diari
    Bagailah kasih
    Hati ke hati bersemadi

    Segala
    senyumanmu mengusikku
    Oh mengapa
    Tak terhidu
    Kucupanmu berlagu merdu

    (Chorus)
    Luar biasa
    Landah senja suria
    Padamu

    Lalu menusukku
    Luar biasa
    Suara siksa membisu
    Akhirnya membunuhmu

    Hidup ini puas dipenuhi
    Yang sesali tiada berganti
    Natijah rasa dizahiri

    Bagai dimensi dan hipokrasi berselari
    Segala senyumanmu mengusikku
    Oh mengapa
    Tak terhidu
    Kucupanmu
    Berlagu merdu

    (Ulang Chorus)

    Tanpa kata
    Tanpa rela
    Biarkannya
    Jatuh ke riba

    Takkan pudar
    Kisah kita
    Luar biasa tampak dimatanya

    Lalu menusukku

    Luar biasa
    Penjara
    Siksa sesalan
    Dikucupnya virus

    (Ulang Chorus)


    Kredit: Shahir AF -Luar Biasa (Lagu Baru)

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

    Posted: 09 Feb 2011 06:01 PM PST


    "Suami saya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Norwati Sadali (Watie), " kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

    Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

    Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

    Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, 'Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.'

    Kredit berita: Berita Harian

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai, Dikenakan Waran Tangkap.

    Posted: 09 Feb 2011 05:16 PM PST

    Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai, Dikenakan Waran Tangkap.

    Laporan Mstar hari ini memberikan sedikit kejutan kepada kami. Selama ini, kami bermati-matian ingatkan Zakiah Anas sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohamad Yusof. Rupanya, kedua-dua pasangan suami isteri ini masih dalam proses penceraian, dan semalam Hakim Mahkamah Rendah Syariah menasihatkan Mohamad Yusof supaya menceraikan Zakiah Anas.

    Nasihat tersebut dilontarkan oleh Hakim Syarie Ghazali Ahmad ekoran kegagalan Jawatankuasa Pendamai untuk memujuk personaliti TV3, Zakiah Anas & suaminya meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

    Walau bagaimanapun, lafaz cerai tersebut tidak berlaku seperti yang dinasihatkan kerana Mohamad Yusof tidak hadir ke perbicaraan mahkamah, semalam. Ekoran kegagalan dia, satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh Ghazali selepas dipohon oleh peguam syarie Zakiah Anas, Abdullah Anuar Sahri.

    Mahkamah menetapkan tarikh 9 Mac untuk sebutan semula dengan kehadiran suami Zakiah Anas di lokasi.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    aReaL&Celebrity

    sumber :-

    aReaL&Celebrity


    Ibu Campak Anak Lima Tahun Dari Tingkat 6 Sebelum Bunuh Diri Dengan Terjun Dari Tingkat 10

    Posted: 08 Feb 2011 09:56 PM PST

    SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

    Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.


    Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

    Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.


    Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.


    "Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

    "Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta," katanya.



    Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

    "Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

    "Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

    Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

    "Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

    "Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala," kata ketika ditemui di sini, semalam.

    Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Copy/Paste 100% Dari hMetro






    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    [Sedih] Kisah wanita cantik yang dipasung selama 20 tahun

    Posted: 09 Feb 2011 09:30 PM PST

    Perempuan berparas cantik itu hanya duduk di atas tempat tidur kayu dalam ruangan 2x2 yang menjadi tempat pemasungannya, ketikaTribun Medan melihatnya wartawan melihat melalui tingkap wanita itu adalah Siti Nuryalina Purba (41), yang sudah 20 tahun hidup dalam pasungan. Di sebelahnya, adiknya, Janter juga mendapat perlakuan yang sama. Keduanya dipasung pihak keluarga lantaran memiliki kelainan jiwa.

    Terpasung dengan rantai besi selama 20 tahun

    Kaki kiri Siti Nuryalina Purba, yang juga dipanggil Butet, diikat rantai besi sepanjang satu meter. Mereka berdua menghabiskan seluruh waktunya di dalam pasungan, termasuk untuk urusan buang hajat. Hasilnya, bau tak sedap menyelubungi dari dalam ruangan.  "Good morning, good morning, sini-sini foto aku lah, kan artis," ujarnya spontan saat melihat kamera. Butet lebih reaktif daripada sang adik Janter, yang hanya diam ketika diberikan kue dan buah.

    Ibu Butet, Bungani Boru Saragih Munthe, menceritakan kisah sedih yang dijalani anak-anaknya hingga berakhir di pasungan. Ketika bercerita, Bungani berkali-kali menitiskan air mata, terutama ketika Butet ditemukan melahirkan sendiri di dalam pasungan.

    Butet tinggal bersama bibinya di Lawe Deski, Kampung Karo, Aceh Tenggara, hingga tamat SMA. Ketika itu, bibinya sering bertindak kasar pada Butet. Sebenarnya, penyakit jiwa Butet mulai muncul sejak duduk di bangku SMA. Usai tamat menyelesaikan pendidikan tingkat SMA, perilaku aneh dan kasar Butet makin menjadi-jadi, seperti mencuri barang-barang tetangga, hingga menganiaya ibunya.

    Tetangga yang tak senang melihat perilaku Butet, mengadu ke kepala desa, yang selanjutnya diteruskan ke pihakTNI. Pihak TNI pun menganiaya ayah Butet dan memaksa agar ayahnya, Samsudin Purba, memasung anaknya agar tidak mencuri dan menganiaya tetangga lagi.

    Akhirnya sejak 1990, Butet pun dipasung oleh ayahnya."Kami tak punya wang untuk membawanya berubat, dan terpaksa kita ikuti permintaan tetangga," katanya. Sejak itu dunia Butet hanya sebatas kamar berukuran dua kali dua meter.

    Di kamar yang dindingnya terbuat dari kayu dan berjarak sekitar 20 meter dari rumahnya itulah Butet melalui hari-harinya dengan kaki kiri dirantai. Kepedihan hidup Butet tak berhenti sampai di sini. Suatu malam, ketika tertidur, sekumpulan pemuda tidak dikenal mengopek dinding papan tempat Butet dipasung. Butet pun diperkosa bergilir oleh pemuda-pemuda keji di kampungnya.

    "Butet menceritakan kejadian tersebut kepada kami, tetapi kami tak percaya kerana menganggap Butet masih gila. Hingga akhirnya Butet hamil," kata ibu Butet, Bungani Boru Saragih Munthe, sambil mengelap air matanya ketika menceritakan kisahnya kepada wartawan.

    Lagi-lagi lantaran alasan kewangan, orangtua Butet tidak pernah membawa putrinya ke bidan. Hingga saat pagi mereka dikejutkan tangis seorang bayi dari bilik Butet. "Malam itu hujan kami tidak mendengar suara atau jeritan Butet. Padahal ketikat itu Butet tetap dalam pasungan. Kami pun hanya memanggil dukun beranak untuk membantu persalinan Butet," kata Bungani sambil menarik nafas dalam-dalam.

    Tak sempat menimang anaknya, orangtua Butet menyerahkan anaknya kepada famili yang belum mempunyai anak. Berharap anak Butet diurus dengan baik dan dapat hidup normal. Untuk menghindari perbuatan keji dari pemuda setempat, Butet pun dipindahkan orangtuanya ke tempat lain, tetapi masih di sekitar Kota Cane, Aceh Tenggara.

    Sejak saat itu orangtua Butet berusaha sekuat tenaga untuk menyembuhkan Butet. Tanah, rumah, dan semua harta benda yang dimiliki Samsudin Purba dijual. Mulai dari paranormal hingga doktor sudah didatangkan. Tapi, Butet tak kunjung sembuh.

    Bahkan, ketika dibawa ke Rumah Sakit Jiwa di Medan, Butet hanya bertahan dua minggu kerana kerap disetrum. Butet pun dikembalikan ke pasungannya. Sejak Samsudin Purba meninggal dunia 2005 lalu, Butet pun tak pernah lepas dari pasungan.

    Sialnya, Butet kembali diperkosa oleh orang tak dikenal. Janda Bungani lalu membawa Butet dan tiga anaknya pindah ke Hutan Bah Liran, Nagori Siborna, Kecamatan Pane, Simalungun. Sudah lima tahun hidup di Simalungun, pasung Butet pun tak pernah dilepas meskipun keadaannya lebih baik. Dia sudah boleh diajak bicara oleh tetangga dan tak pernah mengalami perkosaan lagi.

    Beruntung, meskipun tak ada perhatian pemerintah terhadap Butet yang dianggap gila, warga dan tetangga Bungani kerap membantu kehidupan janda lima anak yang ditinggal mati suaminya sejak tahun 2005 silam tersebut. Menurut pengakuan Bungani kepada wartawan ada warga yang rutin memberikan makanan dan wang kepada Bungani agar dapat bertahan hidup.

    Naas memang, dari kelima anaknya, ada tiga yang mengalami gangguan jiwa. Namun, hanya dua orang yang dipasung, Butet dan Janter. Sementara Epinal ketika ini telah sembuh dan boleh hidup normal. Butet dipasung sejak tahun 1990, sedangkan Janter sejak tahun 1995. Keduanya dipasung di tempat berbeza, tetapi berdekatan.

    Penyakit kejiwaan yang dialami ketiga anaknya merupakan keturunan dari suaminya, Samsudin Purba. Tiga saudara kandung suaminya pun mengalami penyakit kejiwaan. Bungani mengaku hanya pasrah melihat keadaan kedua anaknya yang masih terpasung di belakang rumah. Dia sangat berharap anaknya dapat sembuh dan hidup normal. "Setidaknya aku boleh lihat anakku mati di hadapanku. Daripada mati dibunuh orang di luar nanti, makanya terus dipasung," ujar Bungani sambil terus menitiskan air mata.
    Dia pun berharap banyak dari Pemerintah Kabupaten Simalungun untuk memberikan bantuan kepada dua anaknya. "Mahu bantuan untuk makanan mahupun pengobatan, atau apa pun tidak pernah diberikan pemerintah, tapi saya sangat berharap pemerintah mahu bantu," ujar Bungani.

    Camat Pane Jan Petrus tak mengetahui ada warganya yang sudah dipasung sekitar lima tahun di wilayah yang dipimpinnya. "Saya tidak tahu, saya baru tahu kerana baru diberi tahu," ujar Jan Petrus yang dihubungi  melalui telefon seluler. Jan Petrus yang baru menjawa jawatant sebagai camat sekitar dua bulan berjanji akan mengoordinasikan permasalahan tersebut dengan jabatan yang terkait. "Saya kan masih baru, lebih kurang sekitar 2 bulan," ujarnya-ruang hati.com

    Ada tak pekerja TNB yang berani repair lampu macam ni?

    Posted: 09 Feb 2011 08:30 PM PST

    image

    Mungkin ada yang berani…tapi cara macam ni betul-betul merbahaya.
    Walaupun demi tugas keselamatan perlu dijaga….

    Ada bayi lahir tanpa tempurung kepala

    Posted: 09 Feb 2011 07:42 PM PST

    GUNUNGKIDUL – Seorang bayi laki-laki anak dari pasangan Sukitman dan Warsiti, memiliki kelainan ketika dilahirkan. Bayi itu tidak memiliki tempurung kepala.

    Ironisnya, Hospital Daerah Wonosari menyuruh orangtua membawa anak mereka pulang. Menurut pihakhospital, harapan hidup bayi malang ini hanya 10 peratus.

    "Terkejut sewaktu disuruh membawa pulang anak saudara saya, padahal keadaannya sangat membimbangkan. ," sesal Sardi pak cik bayi itu.

    Bayi ini tidak memiliki hidung dan bernafas lewat mulut, kerana itu setiap bernafas selalu terdengar bunyi. Sementara isi bahagian belakang kepala terlihat jelas.

    Sardi menjelaskan bayi tersebut dilahirkan pada Selasa, 8 Februari, sekira pukul 12.00 dan langsung dibawa pulang pukul 17.00 WIB. Sardi mengaku hairan dengan anak yang dilahirkan Warsiti. Padahal secara rutin adiknya memeriksa kandungan ke bidan desa setempat. Segala makanan untuk  Ibu juga dipenuhi.

    "Adik saya rutin memeriksa kandungannya ke bidan, dan usia kelahirannya juga normal," jelas Sardi.

    Namun sebagai petani kecil dan  orangtua bayi tidak mampu membiayai, jika bayi mereka harus dirawat di hospital.

    "Beginilah keadaan kami jika harus dirawat di hospitalt, sedangkan ibunya saja masih di sana, bagaimana dengan biayanya?" sambung Sardi.

    Sementara itu ketika  dihubungi  Kabid Pelayanan Medik dan Keperawatan RSUD Wonosari dr Triyani Heny Astuti membantah jika pihaknya dianggap membiarkan pesakit.

    Menurutnya pihak hospital sudah memberikan penjelasan mengenai harapan hidup bayi yang belum diberi nama itu kepada orangtua. Selain itu pihak keluarga juga sudah setuju anak itu dibawa pulang.

    "Kepulangan pesakit sudah dengan persetujuan keluarganya. Mereka sudah menandatangani surat perjanjian, dan jika ingin dibawa kembali ke RSUD kami siap melayani," katanya.

    Sumber : http://www.okezone.com

    Wow!! Sudah ada helmet untuk cukur kepala

    Posted: 09 Feb 2011 06:00 PM PST

    Ciptaan yang hebat .... saya petik daripada
    kosmo online

    NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

    Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.

    Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.

    Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.

    Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi



    Mati akibat suntik untuk besarkan punggung

    Posted: 09 Feb 2011 05:40 PM PST

    Macam-macam manusia ini ..tak pernah bersyukur degan apa yang 
    ada....saya petik daripada kosmo online

    PHILADELPHIA - Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat kelmarin. 

    Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn. 

    Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung. 

    Pada Isnin lalu, salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan. 

    Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul. 

    Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia kelmarin. 

    Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan. 

    Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut. 

    Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet. - Agensi

    Dua remaja bunuh ayah mereka kerana perhiasan

    Posted: 09 Feb 2011 04:35 PM PST

     Holly Robinson

    Dua remaja sanggup menikam ayahnya hingga tewas sebanyak 15 kali gara-gara perhiasan ibunya. Demikian dilaporkan Daily Mail.

    Dua anak perempuan kejam berasal dari Wales, bernama Ashleigh Robinson (19) dan Hollie (16) yang membunuh ayahnya, Antoni Robinson (61), keranana bertengkar mengenai perhiasan yang dimiliki ibunya. Sesudah membunuh, Ashleigh mengirimkan ibunya pesanan melalui  SMS yang isinya," sesuatu terjadi, dia sudah tak ada lagi, maafkan saya bu. xxxx"

    Dalam serangan yang sangat ganas itu, si ayah ditikam dengan pisau dapur dengan panjang tujuh inchi oleh satu dari kekasih dua remaja ituketika tidur. Tak hanya itu, kekasih mereka memotong urat leher dan kemudian dia tewas ditempat kejadian.

    Hakim Griffith Williams menganggap dua gadis ini sangat ganas. "Ia meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan dan malah mereka berpesta dengan kematian  ayah mereka,"jelas hakim. Robinson berpisah dari ibu kedua anak perempuannya, Joanne Barr, setelah 25 tahu berumah tangga dan selalu dipenuhi pertengkaran. Holly mendapat hukuman penjara 40 tahun.

    Hello adik ini kondom bukan belon

    Posted: 09 Feb 2011 10:01 AM PST





    [Gambar Ngeri ]Tangan budak yang termasuk kedalam pengisar daging

    Posted: 09 Feb 2011 09:30 AM PST





    Wrote the submitter: "In arrangement with the paramedics present, the onduty fire brigade removed the meat grinder from the arm with an angle sander (while cooling with distilled water). There was no other way to remove it. You can clearly recognize the further injuries that resulted from this method in the final picture."
    sumber : rotten.com

    Kanak-kanak ini terselamat setelah jatuh dari apartment setinggi 100 meter

    Posted: 09 Feb 2011 08:35 AM PST

    CHONGQING – Seorang gadis cilik berusia lima tahun secara menakjubkan berhasil selamat setelah terjatuh dari tingkap setinggi 30 meter di apartmentnya di tingkat 10.

    Ye Zixu hanya mengalami lukadan lebam setelah terjatuh dari ketinggian 100 meter dari tingkap apartmentnya di kota Chongqing, China.

    Yan, salah seorang penjual mengira hanya patung yang jatuh dari jendela tersebut, tapi ketika menyentuh kanopi suaranya terdengar sangat kuat.

    "Saya baru menyedari itu seorang anak kecil ketika seseorang berteriak bahawa ada anak kecil terjatuh dari tingkap," ujarnya.

    "Kami berfikir anak kecil tersebut tidak akan selamat, tapi akhirnya kami mendengar ada tangisan di atas kanopi," lanjutnya.

    Seseorang mengambil tangga untuk melihat ke atas dan dia terkejut ketika melihat gadis cilik tersebut sudah boleh berdiri.

    Ye Zixu merangkak ke pinggir kanopi merengek meminta turun, tapi akhirnya terjatuh. Untungnya ada yang membantu untuk menangkapnya, seorang dokter gigi Jiang Yuansheng, yang langsung membawa anak kecil  tersebut ke hospital.

    Doktor pun menyatakan keadaannya dalam keadaan baik.

    Pencuri ditangkap kerana pakai selipar Hello Kitty

    Posted: 09 Feb 2011 07:25 AM PST

    Polis Jepun berhasil menangkap seorang pencuri kerana lelaki itu senang menggunakan selipar Hello Kitty. Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu trak itu diduga terlibat dalam ratusan aksi pencurian antara tahun 2004 dan 2010 di sebuah daerah di Tokyo.

    Bukti-bukti yang dikumpulkan polis di rumah-rumah yang pernah dimasukinya menunjukkan jejak sandal Hello Kitty. Lelaki bernama Masakazu Kanda itu kemudian tertangkap ketika seorang anggota polis kebetulan melihat dia sedang berjalan kaki di daerah yang sama, mengenakan selipar Hello Kitty berwarna merah muda.

    Anggota polis tersebut mencurigai Kanda, kerana barang-barang bergambar Hello Kitty biasanya dipakai anak-anak perempuan. Jejak yang sandal Hello Kitty miliknya ternyata sesuai dengan jejak yang ditemukan di berbagai lokasi pencurian.

    Hello Kitty, kucing kartun putih yang , sudah menjadi sebahagian dari budaya popular Jepang selama tiga puluh enam tahun.-tribunnews.com

    sumber: BBC.co.uk

    Gadis ini tidur dengan harimau

    Posted: 09 Feb 2011 06:00 AM PST

     Remaja berasal dari Florida, Amerika Syarikat, Felicia Frisco punya teman tidur istimewal namanya: Will. Tapi Will yang ini bukan manusia, dia seekor harimau Bengal berusia 6 bulan. "Setiap hari bulu-bulu Will memenuhi tempat tidurku, sering kali masuk ke hidungku," kata Felicia seperti dikutip dari Daily Mail.

    Felicia memelihara Will sejak harimau itu lahir. "Membesarkan dia seperti memelihara seekor anjing, dia senang sekali menjilatiku," kata Felicia yang merancang tidur ditemani Will sampai harimau itu berusia 1 tahun.
    Felicia boleh punya harimau berkat orang tuanya  sebagai aktivis perlindungan haiwan. Orang tua Felicia menjalankan projek Tiger Encounter. Sejak kecil hidup Felicia pun selalu dikelilingi binatang, seperti gajah, kuda dan harimau.

    Meski Will sudah jinak, orang tua Felicia selalu mengingatkan, jangan percaya sepenuhnya dengan binatang. "Kamu harus waspada dan tahu risikonya," ujar Felicia menirukan ucapan orang tuanya.
    Will bukanlah teman tidur Felicia yang pertama. Sebelumnya, ayah Will, Daruba yang menemani Felicia tidur sampai Daruba berusia 1 tahun. Ketika Will lahir, Felicia langsung merawatnya, dia memberi makan, bermain dan berjalan-jalan dengannya. "Aku sungguh terikat dengannya, seperti anak sendiri," katanya.-tempo

    Jor-jor ikan yang boleh main alat muzik

    Posted: 09 Feb 2011 05:25 AM PST

    WISCONSIN – Mungkin akan terdengar aneh namun unik. Tapi memang itulah yang terjadi.

    Seekor ikan mas yang diberi nama Jor Jor ternyata memiliki kemampuan lain yang tak dimiliki ikan lainnya. Ikan mas ini mampu bermain muzik.

    Mungkin Jor Jor adalah ikan yang pertama yang boleh bermain musik di dunia ini.



    Haiwan yang hidup di air itu dapat memainkan  lonceng yang dipasang di atas akuariumnya.

    Uniknya, ikan tersebut hanya memainkan lonceng, ketika si ikan mendengar penyanyi Barbara Streisand melantunkan lagu Moon River.

    Ketika mendengar lagu, si ikan segera menarik tali loceng yang dibiarkan menjuntai ke dalam akuarium.

    Lalu ditariklah tali tersebut, dan Jor Jor akan membunyikan bel sesuai dengan harmoni lagu yang dibawakan penyanyi tersebut. Demikian seperti diberitkan dari The Sun.

    Pemilik ikan bernama Diane Rains yang berasal dari Hudson, Wisconsin, Amerika Syarikat mengatakan Jor Jor memang sudah dua tahun ini dilatih untuk memainkan nada melalui lonceng tersebut.

    Ikan itu memainkan akord dan harmoni hanya dengan menggunakan mulutnya. Diane mengaku bangga dengan haiwan peliharaannya tersebut.

    "Jor Jor adalah pemuzik yang unik. Dia sangat suka mendengarkan dan kemudian mendapatkan inspirasi untuk memberikan kontribusi," kata Diane memuji ikannya tersebut.

    Wanita berusia 54 tahun ini sedang berpikir untuk mempersiapkan kompilasi musik Jor Jor itu ke CD.  www.suaramedia.com

    Jangan pandang luarannya sahaja

    Posted: 09 Feb 2011 04:00 AM PST





    walaupun luarannya monitor ini teruk tapi masih boleh digunakan...


    Kucing terkena tendangan maut

    Posted: 09 Feb 2011 03:00 AM PST


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Bagaimana perasaan anda bila jumpa tikus tidur macam ni?

    Posted: 09 Feb 2011 02:43 AM PST

    tidur dalam roti macam ni...anak beranak lagi....

    Otak terkeluar akibat terkena kipas helikopter

    Posted: 09 Feb 2011 01:00 AM PST







    sumber : rotten.com

    ngeri betul helmet pun boleh pecah.....

    Disebat 1000 kali kerana cerita kehidupan seksualnya kepada orang awam

    Posted: 09 Feb 2011 12:38 AM PST

     Seorang lelaki di Arab Saudi, Mazen Abdul Jawad, dikenakan hukuman 5 tahun penjara dan 1.000 kali sebatan. Pasalnya, dia memnceritakan kehidupan seksualnya pada suatu siaran televisyen beberapa bulan lalu.

    Lelaki yang merupakan orang tua tunggal dari empat anak tersebut secara terbuka menceritakan kehidupan seksualnya termasuk kisah meninggalkan pekerjaan pada usia 14 tahun.

    Wawancara ekslusif Abdul itu disiarkan oleh stasen televisyen Lebanese Broadcasting Corporation (LBC) yang berpusat di Lebanon beberapa bulan lalu.

    Pemerintah Arab Saudi yang menerapkan hukum syariah itu menilai tindakan Abdul yang melakukan hubungan seks sebelum menikah adalah haraml. Apalagilelaki dan wanita yang tidak memiliki hubungan keluarga tidak diizinkan bergaul.

    Akibat lain, pemerintah Arab Saudi menutup pejabat LBC di Jeddah dan Riyadh setelah menyiarkan wawancara terhadap Jawad dalam program populer "A Thick Red Line"itu.

    Sedangkan Abdul ditangkap dan didakwaan melanggar aturan publikasi Arab Saudi. Dalam program tersebut, pegawai di sebuah  penerbangan itu juga menunjukkan ruang tidurnya yang didekorasi dengan tokoh kartun Mickey Mouse dan boneka beruang yang ditata dalam posisi sedemikian rupa.

    Tayangan itu sangat popular sekaligus kontroversial di kawasan Timur Tengah kerana membicarakan kehidupan seksual merupakan sesuatu yang tabu dan tidak pernah dibicarakan di depan awam. Namun, video tersebut diunggah di laman YouTube dan telah ditonton ratusan ribu orang.

    Pengacara Abdul belum mahu memberi komen tent hukuman yang dijatuhkan hakim terhadap kliennya itu.

    Wow baru 14 tahun dah terbitkan majalah

    Posted: 08 Feb 2011 11:50 PM PST

    CORBY – Dua orang remaja berusia 14 tahun diyakini menjadi penerbit termuda di dunia. Gelar itu diraih setelah mereka menerbitkan majalah yang boleh memberikan pendapatan atau pulangan .

    Sean Spooner dan Louis Porter membuat majalah dwi mingguan Corby enam bulan yang lalu dan kini telah memiliki jumlah pembaca mencapai 5 ribu orang.

    Kedua remaja tersebut menghabiskan waktu lapang mereka dengan mengerjakan isi majalah di bilik, menggunakan laptop dan juga telepon bimbit.

    Majalah tersebut memberikan berita mengenai berita lokal, berita dan kompetisi di wilayah Corby, Northants (England), dan mereka berhasil menghasilkan wang melalui iklan.

    "Ini sepenuhnya merupakan idea kami. Kami memproduksi majalah ini sendiri dan membiayainya dari iklan. Ini sangat teruja melihat majalah tersebut terbit dan dibaca oleh semua orang," ujar Sean,

    Sean bertanggung jawab sebagai editor dan juga menangani penulisan dan produksi, sementara Louis merupakan sales dan juga direktur bisnis dan juga memasarkan ruang iklan yang kosong kepada peniaga tempatan.

    "Sangat sulit sekali mencari iklan untuk pertama kalinya kerana majalah ini masih baru dan saya harus memastikan kejayaannya," kata Louis.

    Majalah pertama yang terbit pada bulan Jun, hanya memiliki 12 halaman dan dicetak sebanyak 200 buah. Namun kini edisi keempat telah berhasil mencetak 36 halaman dan berhasil menngedarkan majalah tersebut ke hampir seribu rumah.

    bk-bila agaknya ada remaja dinegara kita berfikiran seperti mereka ini...

    [Ngeri] Akibat mabuk dan degil

    Posted: 08 Feb 2011 10:30 PM PST

    image
    Kejadian ini berlaku di sempadan Mexico dan Amerika……

    Ceritanya disini :


    "This picture was taken on [...] in Nogales, Arizona. The Mexican guy here was drunk and pissed off that he could not cross the border into the U.S from Mexico, so he jumped in front of the train. His wish was granted, as the train dragged him into U.S. jurisdiction. This picture was given to me by the Customs agent who took the photo."
    sumber : rotten.com

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS