Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Video Comel: Despicable me..BANANA

Posted: 22 Jun 2011 10:14 AM PDT



serius comellll sgt..hahaha..derang sume tergila2 kan banana...
BANANA je excited sgt...kekeke

layan...mesti korang tersenyum tengokk

Raja Azmi mahu saman Jawi kerana kes Khalwat

Posted: 22 Jun 2011 10:02 AM PDT


Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tidak teragak-agak untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekiranya keputusan kes khalwat yang membabitkan dirinya dan Muhammad Roslin Hashim, 39, berterusan ditangguhkan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia mengalami trauma selain terpaksa menanggung malu atas perkara dia tidak melakukannya.

"Jika sampai sekarang belum ada keputusan sehingga beberapa kali ditangguhkan, hidup saya terus menjadi tidak tenteram.

"Pihak Jawi sengaja melengahkan siasatan malah perkara (dakwaan khalwat) itu sebenarnya telah berlaku lebih setahun lalu," kata Raja Azmi ketika dihubungi di sini semalam.

“OPEN 4 INCUBUS” , Contest memilih Band untuk pembukaan Konsert INCUBUS & Cara Menangi Tiket Konsert INCUBUS

Posted: 14 Jun 2011 04:59 AM PDT



Tahun 2011 memang meriah dengan Konsert-konsert dari artis dan Band antarabangsa.Kali ini sekali Lagi Tune Talk membawakan Konsert yang bakal berlangsung pada 23 July 2011,Sabtu di Stadium Negara Pada pukul 8 malam.

Bagi peminat music Rock ,pasti anda menantikan Konsert INCUBUS .


Menangi Ticket ke Konsert INCUBUS??


Anda Boleh menangi Tiket ke Konsert INCUBUS melalui Radio Fly.Fm dan juga Hot.FM,ada dua jenis iaitu Rockstar Ticket dan Normal Ticket.

Rockstar tickets (exclusive) : Bagi pemegang Tiket Rockstar anda akan diambil oleh pemandu dalam kereta Mewah ke Konsert tersebut,anda akan menjadi antara yang pertama dibenarkan masuk ke tapak Konsert jadi anda boleh pilih nak duduk mana sebab free seating, pre-cocktail, sesi berjumpa dan bermesra dengan Band Incubus.

VIP tickets (limited) :
ada pre-cocktail,dan masuk ke tapak Konsert awal.





Tunggu..bukan tue jer,akan ada lagi kejutan buat peminat semua…


Likes Facebook Tunetalk untuk maklumat Lanjut (http://www.facebook.com/tunetalk)








Contest Band yang bakal beraksi untuk Pembukaan Konsert INCUBUS

Apa yang menariknya untuk Konsert Kali ini,satu 'Contest' Battle of The Bands akan diadakan untuk memilih satu Band yang bakal beraksi untuk 'pembukaan' Konsert INCUBUS.

Bagi mereka yang mempunyai Band ,Inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat dan merebut peluang beraksi di hadapan ribuan peminat Rock Band Amerika yang terkenal INCUBUS,sekaligus membuka mata produser-produser music dan peluang anda untuk berkembang dengan lebih lagi dalam industry ini..

Entries Period : 13 June 2011 (00:01hours) – 26 June 2011 (23:59hours)

Bagaimana nak menyertai??


1) Kontest ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

2) Pada tempoh Entries Period ini peserta boleh mendaftar/register di Facebook Tunetalk (http://www.facebook.com/tunetalk) di application Open 4 Incubus

3) Setiap Band hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

4) Band haruslah mengupload "Music Video' atau "Audio Recording" untuk Vocal Performance mereka di www.Youtube.com dan share link melalui Applikasi FB tersebut semasa tempoh ini.

Pada 27 June 2011, Tune Talk dan Panel hakim yang terpilih akan senarai pendek 10 Top Band yang bakal meneruskan perjuangan mereka.

10 Top Band ini akan di umumkan di Facebook Tune Talk pada 27 June 2011

VOTING TOP 10 Period : 4 July 2011 (00:01hours) – 10 July 2011 (23:59hours)


Untuk Top 10 Bands ini .mereka akan dibantu oleh Astro Hits,dan diberikan masa Seminggu untuk menghasilkan Music Video mereka beraksi.Video ini akan di 'upload' di Tune Talk Facebook Fan Page pada 3July 2011 untuk di undi/voting
Anda nak Undi,ada 2 cara:-


1) Melalui Applikasi Facebook
Voting Application akan diletakkan di Facebook Fan Page Tune Talk.Hanya 1 Vote dibenarkan untuk setiap pengguna Facebook.

2) Melalui SMS
Terbuka kepada pengguna Tune Talk. Untuk mengundi Taipkan ' Nama Band' dan hantar ke 7777. (setiap SMS di caj RM0.20)
Tiada Limit untuk SMS bagi setiap pengguna. Tunggu apa lagi cepat-cepatlah jadi pengguna Tune Talk untuk mengundi!!

5 Band yang mendapat undian tertinggi bakal meneruskan perjuangan ke peringkat TOP 5 Bands


VOTING TOP 5 Period : 4 July 2011 (00:01hours) – 10 July 2011 (23:59hours)
Top 5 Bands akan beraksi di Grand Finale ground Event pada 16 July 2011 yang bakal diadakan di Klang Valley (tempat bakal diberitahu nanti).

**Kos pengangkutan penginapan dan lain-lain ditanggung sendiri oleh peserta


Point awal akan diberikan kepada setiap Band berdasarkan undian sebelum ini.bagi Band yang mendapat undian terbanyak sebelum ini akan mendapat 6 point,seterusnya 5 ,4,3,2 point masing-masing.

INCUBUS akan membuat pilihan Final dan menyumbangkan 4 point kepada kumpulan yang mereka pilih. Jadi kumpulan dengan Point paling banyak akan Berjaya dan menjadi Band yang bakal membuat persembahan Pembukaan semasa Konsert INCUBUS nanti…

Sidang Media untuk memperkenalkan Band Persembahan Pembukaan akan diadakan pada 22 July dimana Band yang Berjaya harus ada di Sidang Media bersama INCUBUS,dan bakal beraksi pada 23 July 2011.

Kisah Dakwah yang memikat hati

Posted: 12 Jun 2011 10:54 PM PDT

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

"Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata
"Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah
"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu
"Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
"Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini"

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Lagi cerita AC Konsortium (Gelang Magnet), selebriti lepas jawatan sebagai jurucakap syarikat

Posted: 12 Jun 2011 10:11 PM PDT


SEBELUM ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai.

Menjual gelang magnet dengan harga 'super' lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya.

Bagaimanapun AC dengan sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu dan kekal dengan pendiriannya. Menurut AC, dia menjalankan bisnes untuk membantu orang Melayu. Kata AC, dia tidak mahu kaya seorang diri sebaliknya bersama-sama dengan pihak lain memperoleh kekayaan.

Malah, di belakang pengacara Maharaja Lawak itu, ada beberapa artis muda yang sanggup mempertahankan majikannya.

Artis-artis ini dengan penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat.

Enam artis yang pernah bernaung di bawah ACK itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.

Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.

Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan.

Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini.

Semuanya diluahkan dalam laman sosial facebook masing-masing.

Tidak mahu terus berteka-teki tentang situasi berkenaan, Pancaindera bergegas mendapatkan komen daripada salah seorang bekas speaker.

"Saya tak dibenarkan memberi komen buat masa sekarang. Kena tutup mulut. Nanti-nantilah saya cerita. Bila tiba masanya, kenalah tunggu," ringkas Lan Kristal dalam perbualan Khamis petang lalu ketika diminta untuk mengulas tentang isu berkenaan.

Vokalis kumpulan Kristal ini juga beberapa kali menekankan pernyataan 'tiada komen' saat diasak dengan situasi keruh melibatkan perniagaan itu.

Cubaan Pancaindera untuk mendapatkan komen dari lima lagi artis juga menemui jalan buntu apabila masing-masing enggan memberi sebarang kenyataan. Talian telefon dibiarkan berbunyi sehingga ke akhiran.

AC Mizal adalah pemilik syarikat ACK yang ditubuhkan pada 2009 yang mana dia bertindak sebagai pengerusinya dengan bisnes bernilai RM200 juta.

Syarikat itu menjadi pembekal gelang dan rantai kesihatan berasaskan magnet jenama AC Mizal.

Sementara itu, difahamkan keenam-enam artis yang menganggap dirinya sebagai mangsa itu hanya akan 'membuka mulut' tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi.

Sidang akhbar itu sekali gus akan berlangsung bersama perjanjian mereka sebagai duta bagi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS).

Surat jemputan media berkaitan pengumuman penamatan jawatan mereka di AC Konsortium dan sidang akhbar pelantikan duta AUCMS telah pun diedarkan kelmarin.

Majlis berkenaan bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada hari Rabu bersamaan 15 Jun, pukul 4 petang.

"Apakah punca dan sebab utama artis-artis ini meninggalkan AC Konsortium secara mengejut? Benarkah mereka juga menjadi mangsa penipuan?

"Segala-galanya akan terjawab dalam sidang media itu nanti. Datang, dengar dan tanyalah apa saja soalan, mereka akan jawab," kata orang kuat di sebalik penganjuran acara berkenaan kepada Mingguan Malaysia.

Alyah Melecur teruk dari perut ke peha terkena air panas

Posted: 12 Jun 2011 09:55 PM PDT

Kalau dulu bulan May,Kaki Jasmin Hamid Melecur di Set Penggambaran,kali ini Alyah pula dilaporkan melecur teruk dari perut hingga ke peha. Huui bahaya air panas skrg nie..so berhati-hatilah semua jangan cuai mengendalikan air panas ke,iron panas ke...




Alyah telah dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara pagi kelmarin (10/6) akibat terkena air panas. Kejadian jam 10 pagi itu berlaku ketika Alyah sedang membuat air sebelum keluar menghadiri sebuah rakaman program di NAR Studio.

Ekoran kejadian itu, Alyah melecur teruk dari bahagian perut ke peha sehingga menyukarkannya untuk berjalan. Difahamkan Alyah terpaksa didukung turun ke kenderaan sebelum dibawa ke hospital.

Keadaan Alyah masih lemah dan terpaksa dimasukkan 'air'. Menurut pengurus Alyah, doktor memaklumkan bahawa Alyah masih tidak merasai kesakitan tersebut kerana masih terkejut. Namun, Alyah akan merasainya kemudian apabila luka itu mula menggelembung.

Doktor juga dijangka akan membalut luka Alyah dengan plastik khas untuk mengelakkan luka tersebut dari dijangkiti kuman

Cikgu Shida dulu miming,sekarang berlakon untuk drama Astro

Posted: 12 Jun 2011 09:46 PM PDT

Kalau dulu Cikgu Shida terkenal dengan Video miming,sehingga mendapat hits 2 juta.
Ada yang suka,ada yang terhibur dan tak kurang juga yang meluat.adatlah dalam hidup bukan semua orang suka.

Kerana berani menjadi "gila-gila" dalam youtube, Cikgu Shida diberi peluang untuk berlakon Drama yang bertajuk www.cikgushida.com arahan Isqandar Jebat.

Gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut 'memecahkan perut' kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu shida senorok dapat berlakon walaupun penat.


"Mana tak penatnya, kadangkala 'shooting' (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok 'scene' (babak) baru kena hafal dialog lagi.


"Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik 'cut' (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya," katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

Kad Jemputan Kahwin Noh Hujan & Mizz Nina

Posted: 12 Jun 2011 09:22 PM PDT



Tak lama je lagi,Noh Hujan dan Mizz Nina yang telah mengikat tali pertunangan pada November tahun lepas akan bergelar suami isteri.Menghitung hari je nie,maklumlah mereka berdua bakal diijab kabulkan pada 1 Julai 2011,iaitu tarikh lahir Mizz Nina.Mereka akan dinikahkan di rumah kediaman keluarga pengantin perempuan di Ampang.

Kad kahwin dahpun diedarkan kepada para jemputan.Comel dan berbentuk Kimono Pink.

Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.


Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.

Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

Sensasi rasa majlis perkahwnan merek nie mestila gah dan mewah maklumlah Mizz Nina kan anak jutawan Tan Sri Azman,Pengerusi Ambank dan org ke-12 terkaya di Malaysia :O



Tauke (Jambu) sudah putus cinta,masih berstatus suami orang?

Posted: 12 Jun 2011 08:56 PM PDT







Sejak ada kekasih ni, nampaknya hidup Tauke semakin ceria dan bahagia. Tak gitu?

Alhamdulillah. Baik-baik saja.

Kekasih Tauke tu orang mana? Cuba cerita sikit. Bukan apa, satu Malaysia dah tengok gambar mesra Tauke dalam internet dengan dia?

Nama dia Nur Azura. Saya panggil dia Noy. Dia orang Papar, Sabah dan berusia 24 tahun. Tapi saya ada pembetulan nak buat. Dia bukan kekasih saya....buat masa sekarang.

Maksudnya?

Saya dan dia berkenalan awal tahun lalu. Masa tu ada sebuah program berlangsung di Sabah. Di situ kami mula berkenalan dan sempat bertukar-tukar nombor telefon dan Facebook. Asalnya memang kami kawan. Kemudian bercinta dan kemudian jadi kawan balik.

Adakah ini cubaan untuk selamatkan diri?

Begini, saya dan dia memang bercinta ketika itu. Tapi hubungan itu cuma berlangsung lebih kurang empat bulan sahaja. Lepas tu, kami jadi kawan sampai sekarang.

Kenapa cinta sekerat jalan?

Semuanya kerana hubungan kami mendapat tentangan daripada keluarga Noy. Saya pun tak pasti sebab apa, sebab hanya Noy sahaja yang tahu. Dia pun seolah-olah sudah menjauhkan diri daripada saya. Kadang-kadang, kalau ada waktu, saya akan menghubungi dia. Cuma telefon sahajalah yang mendekatkan kami sebab Facebook pun dia dah tak guna. Mungkin sebab keluarganya pantau kot. Apa pun, saya hormati keputusan keluarga Noy.

Iyalah, Tauke kan masih lagi suami orang, mestilah keluarga dia tak restu.

Terus-terang saya katakan, bukan niat saya mahu sembunyikan apa-apa daripada umum. Susah untuk saya katakan saya ini masih suami orang atau tidak, saya tak boleh cakap. Semuanya sebab keadaan memaksa saya jadi begini.

Keadaan memaksa ke atau malu nak mengaku yang Tauke ni dah ada enam anak di rumah tu? Mudah nak lepaskan diri dari tanggungjawab .

Orang tak faham. Sebenarnya, saya dalam proses bercerai dengan isteri. Tapi saya tak boleh cakap lebih lanjut mengenai hal ini takut mengganggu proses di mahkamah. Saya serba salah nak jelaskan situasi sebenar. Apa yang boleh saya katakan, tak salah untuk saya bercinta dengan mana-mana wanita memandangkan saya sekarang ini boleh dianggap solo.

Cepat betul Tauke cari pengganti. Padahal proses mahkamah masih belum selesai, perlu ke nak tayang kekasih sana sini?

Saya memang dah tahu gambar tu terlepas di Internet, tapi terus-terang saya cakap, saya tak marah pun. Saya lebih suka. Sekurang-kurangnya saya tak mengelak bila orang tanya saya pasal isu ini. Bagi mereka yang tahu mengenai status rumah tangga saya, tahulah mereka. Bagi yang tak tahu, saya tak kisah pun dengan apa yang mereka akan kata. Yang tak tahu, suka hati merekalah nak cakap apa. Saya serahkan kes rumah tangga pada kuasa Allah SWT. Kalau ada jodoh maka adalah.

Ada niat nak berbaik semula dengan isteri?

Saya cuma kenangkan nasib anak-anak sajalah. Saya terima semuanya kalau ada jodoh lagi antara kami. Tapi saya agak kecewa juga bila ada yang kata saya abaikan isteri dan anak-anak, padahal bukan itu yang berlaku.

Betul ke Tauke ni panas baran, selalu pukul isteri?

Yang mengata tu ahli keluarga saya ke? Saya tahu semua ni datangnya dari mulut ke mulut. Ya, saya mengaku memang saya panas baran dan garang. Malah, kuat cemburu. Tapi itu semua dulu. Masa itu saya mengaku otak belum matang. Tapi saya dah banyak berubah sekarang. Sifat tu dah dibuang sikit demi sikit.

Tak rasa segan mengaku panas baran? Biasanya artis kita ni selagi boleh tak nak mengaku benda negatif yang mereka buat.

Bagi saya, InsyaAllah... saya tidak akan mengelak untuk mengaku benda yang memang saya lakukan. Tapi saya harap janganlah label saya panas baran sebab saya dah buang sifat tu. Kalau boleh, saya tak mahu ia wujud dalam diri saya lagi.

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR..?

Posted: 08 Jun 2011 06:33 AM PDT

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,

Sadis: Ibu Kucing menangis melihat anak-anaknya dibunuh

Posted: 08 Jun 2011 06:26 AM PDT


The poor mother cat kept licking the kittens, hoping it would revive the kittens. According to the family that adopted the stray cat, on the morning of the 11th when they heard thecat's tragic cries, they rushed downstairs to discover this stray cat's four kittens abused to death, and even placed in front of the mother cat. The kittens' bodies were covered with bullet holes, with blood all over. One of the kittens had its neck tied with a rope and elongated, its chest cut open, heart exposed, while the other three kittens' heads were stepped on.

Sensasi: Kesian sangat2 tengok ibu kucing nie terus menjilat-jilat anak-anaknya yang telah mati dibunuh dengan kejam di depannya...Semoga manusia yang hina itu mendapat balasan tuhan di dunia dan akhirat..amin.

Jokes Karangan: Kemalangan Paling Ngeri

Posted: 08 Jun 2011 06:21 AM PDT

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat

suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu

dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu

saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan

sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi

saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah

saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer

kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak

sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari

arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia

menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori

tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak

saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula

terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda

kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori

itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah

feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu

feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire

pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori

itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak

saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting

Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri

yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri

semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori

sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia

menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia

menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan

kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik

ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg

tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang

putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun

sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri

itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang

telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia

menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan

semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih

ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu

kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran

yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya

terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di

rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah

saya lihat sebelum saya mati.

Video lawak: oprah Parody dalam Filem Scary Movie 4

Posted: 05 Jun 2011 08:55 PM PDT

Scary Movie adalah filem berunsur parody ,kebanyakkan scene atau cerita dalam Scary Movie diambil sikit demi sedikit dari filem-filem lain..memang kelakar la kalau korang dah penah tgk filem yang lain-lain tue pastu tgk "parody' yang dibuat dalam Scary Movie.

Nama je Scary Movie tapi ceritanya lawak je,boleh la release tension,tapi citer nie sangat kurang sesuai untuk seisi keluarga..huhu..18 tahun ke atas je layak tengok.

dalam Scary Movie 4 ada satu scere parody Oprah dengan Tom Cruise..hahaha kelakar..

Sebab masa tue kan Tom Cruise tengah hangat bercinta dengan Katie Holmes,so dia mcm over react la siap lompat2 atas kerusi lagi..so Scary Movie ambik la part nie utk dijadikan bahan lawak..memang kelakar je...kahkah..

Layan..



Nie plak Oprah dan Tom Cruise yang sebenar..



Prince William dan Kate bercerai selepas 5 minggu berkahwin?

Posted: 05 Jun 2011 11:46 AM PDT

Dengar ceritanya Prince William dan Kate Middleton nak bercerai selepas 5 minggu berkahwin...Sensasi tak sure la nie citer betul ke palsu nie..

Kononnya,Perkahwinan mereka adalah satu kesilapan dan William tak mencintai Kate...eh,bukanke derang berchenta 8 tahun bagai nak rak...nie mesti just citer nak kasik hangat je kot...well,just wait and see what is the real story lah..


Menurut sumber,sekiranya William dan Kate berpisah,Kate bakal menerima duwet yang banyak.huhu...Sensasi rasa tak mungkin lah Queen nak bagi William buat mcm tue..sedangkan bapaknya Charles pun dikawal oleh Queen kan kene paksa kahwin dengan Lady Diana dulu..huhu.,.

jom baca citer yang tak sure sahih ke tak nie..


LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2

Photo: internet

billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.


Kate Middleton — The High Cost of Royal Divorce

Prince William can't protect the royal fortune with a simple prenup — those docs aren't legally totally binding in the U.K. — which means if Willy ever divorces Kate Middleton … she could own half of the kingdom.

Here's the deal — we're not insinuating the marriage is doomed … but if things go awry, money could be a HUGE issue … due to the fact that Will's grandma is reportedly worth around $450 million.

We've spoken with multiple legal experts who specialize in U.K. family law — who tell us prenups have been considered virtually worthless, due to the fact that English law was based upon the idea that a married couple should be together for life and their property should be shared.

Translation — from the second a couple is married, they're each entitled to half of the couple's wealth … unless a judge decides the traditional 50/50 arrangement is unfair.

Now there is a catch — The Supreme Court of the U.K. recently made a landmark decision honoring a multi-million dollar prenup … and the ruling could change the laws regarding divorce agreements forever.

So what does that mean for William??? The experts tell us he'll probably get a prenup anyway — just to be safe … but whether the marriage survives or not, being in the Royal family definitely pays off.

Lagu Russian Roulette dan makna tersirat nya

Posted: 05 Jun 2011 09:00 AM PDT



Okey memang lately Sensasi sgt susah curi masa utk hapdet blog..but by next week habis Exam so dptla konsentrate kat blog yg dah ter-abandon nie..oh sedihnyerr..sian my blog..huuhu..


Okey,ramai yang ingat lagu Russian Roulette nie berkisar tentang "Suicidal' atau bunoh diri..

hmm,sebenarnye Russian Roulette adalah sejenis permainan. Dan Russian Roulette nie banyak diamalkan zaman dulu oleh askar Soviet Russia yang kejam..

Mereka letak satu peluru dalam pistol yang ada 6 tmpt isi peluru,lepas tue pusingkan tmpt peluru supaya tak tahu peluru tadi kat silinder yang mana..dimana 6 org 'mangsa' akan berdiri,lepas tue picu akan ditarik,kalau masa tembak tue takda peluru,org tue bernasib baik la tak mati.. kalau ada peluru,maknanya mati lah dia..so masing2 sangat takut dan trauma la nak mati.

Selain soviet,Nazi pun menggunakan kaedah nie menakutkan mangsa,mereka bunuh org esuka hati je..tak kira,mak ke ,anak ke,bapak org...main bunuh je ikut nasib...kdg2 dia paksa anak tembak mak bapak sendiri,kdg2 paksa kawan tembak kawan sendiri dgn cara russion roulette nie,dan mcm2 lagi...kejam..isk3..
nasib kita tak hidup dizaman tue kat sana.

Dalam lagu Rihanna nie,dia ckp bila dia bukak mata dia tengok lelaki tue masih ada lagi,maknanya dia tak mati...so dia makin seram dengan kemungkinan dia akan mati...huhu..

Pernyimbah Asid ,menerima hukuman butakan mata-Qisas

Posted: 03 Jun 2011 03:43 AM PDT


Seorang lelaki di Iran akan dibutakan kedua matanya sebagai balasan kerana telah membutakan mata seorang wanita. Namun, perlaksanaannya ditunda kerana banyak protes yang menentang hukuman ini.

Dimbil dari laman Asian News Internasional, lelaki bernama Majid Movahedi pada awalnya dijatuhkan hukuman dibutakan matanya kerana menyimbah asid kepada Ameneh Bahrami, 32, pada Sabtu, 14 Mei 2011, di bawah pengawasan pengadilan Iran. Bahrami akan menyuntikkan 20 titis bahan ke dalam mata Mohavedi hingga dia buta sebagai bentuk hukuman Qisas.

Hukuman ini diberikan kepada Movahedi setelah dia terbukti bersalah telah menyiramkan asid ke wajah Bahrami pada 2004 lalu lantaran lamarannya ditolak. Akibat tindakan ini, mata Bahrami menjadi buta dan seluruh wajahnya hancur. Untuk menyembuhkan luka-lukanya, Bahrami menjalani 19 kali pembedahan di Sepanyol.

Tidak terima diperlakukan demikian, Bahrami menuntut diberlakukannya hukuman Qisas atas Movahedi. Akhirnya, pada 2008, pengadilan Iran mengabulkan permintaan Bahrami.

Pengadilan Iran memberikan kesempatan bagi Bahrami untuk mengubah hukuman tersebut. Namun dia menolak, tetap pada pendiriannya semula. "Saya dengan tegas tetap akan melakukan Qisas. Saya mahu Qisas, dengan begitu saya akan ikhlas" ujarnya.

Pada perancangannya hukuman ini akan dilangsungkan pada petang Sabtu. Namun menurut sumber yang tidak ingin disebutkan namanya, hukuman ini ditunda oleh pengadilan Iran. "Hukuman Qisas Movahedi telah ditunda untuk jangka waktu yang tidak diketahui," ujar sumber diambil dari pejabat berita ISNA.

Tidak ada keterangan jelas mengapa hukuman tersebut ditunda. Menurut laman Daily Mail penundaannya terjadi akibat banyaknya protes dan kritikan dari dalam maupun luar negeri. Salah satu organisasi yang menentang hal ini adalah Amnesty International.

Hassiba Hadj Sahraoui, wakil direktor Amnesty International Program Timur Tengah dan Afrika Utara, mengatakan bahawa pemerintah Iran memiliki kewajiban di bawah hukuman antarabangsa untuk tidak melakukan hal tersebut.

"Terlepas dari penderitaan yang diterima oleh Ameneg Bahrami, hukuman membutakan matanya dengan asid adalah siksaan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan," ujar Sahrou

KL Gangster Ulasan filem

Posted: 03 Jun 2011 03:40 AM PDT


















BINTANG
Keseluruhan: 4
Plot: 3.5
Lakonan: 3.5
Efek Khas: 3
Sinematografi: 3.5

Tonton Filem ini jika anda suka: Expendables, Die Hard 4.0

"KL Gangster" sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat-peminat filem aksi pada tahun ini. Selepas kejayaan filem seram pertamanya "Khurafat", Syamsul Yusof kembali dengan filem aksi yang ternyata hebat dan tidak mengecewakan. Jika kebiasaan filem arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia itu sering menerapkan unsur percintaan dalam setiap filemnya, tetapi berbeza pula dengan KL Gangster kerana elemen tersebut sama sekali tidak wujud.

Mengenegahkan isu kongsi gelap, gangster, ketamakkan seseorang terhadap kuasa dan wang dan isu pergolakan kekeluargaan antara adik-beradik menjadikan filem ini sebuah filem yang tidak bosan dan mudah difahami oleh penonton.

Ada beberapa faktor atau kekuatan yang membuatkan filem "KL Gangster" dilihat sangat menarik antaranya ialah dari segi lakonan. Boleh dikatakan lakonan yang ditampilkan oleh pelakon sangat menjiwai watak gangster dengan berkesan.

Selain itu, sebagai pengarah, percaturan Syamsul meletakkan Zizan Raja Lawak dalam filem ini sememangnya harus dipuji. Zizan yang memegang watak sebagai Abang Long Fadil, sikapnya yang gila-gila dan konon-kononnya gangster hebat, membuatkan filem ini tidak bosan. Kehadiran Zizan sentiasa membuatkan para penonton tidak kering gusi melihat gelagatnya.

Walaupun ada sesetengah dialog kedengaran agak kasar, tetapi ia dilihat sangat sesuai digunakan kerana dari dialog tersebut ia dapat menggambarkan situasi atau keperibadian seseorang gangster itu. Ianya bukanlah satu isu yang besar sebab pengarah cuba menonjolkan kisah sebenar kehidupan gangster & kongsi gelap kepada penonton.

Selalunya bagi filem aksi, sudah pasti aksi-aksi yang ditonjolkan dalam sesebuah filem aksi itu menjadi taruhan dan dinanti-nantikan oleh peminat filem aksi. Bagi filem "KL Gangster", aksi yang ditonjolkan sangat ganas dan nampak real. Bagi sesetengah filem, aksi yang cuba ditampilkan agak keterlaluan. Dari segi sinematografi pula tidak memeningkan kepala terutama sekali ketika babak lawan.

"KL Gangster" mengisahkan tentang Shark (Shamsul Yusof) merupakan seorang gangster yang kejam, tamak. Dalam pada masa yang sama sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) supaya dapat memiliki kuasa serta menjadi 'raja' gangster di Kuala Lumpur (KL). Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur. King dan Malek berkawan rapat. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek. Bagi Shark, Malek punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai( Adi Putra) iaitu adik Malek yang juga gangster serta anak buah Shark untuk menghapuskan abangnya.

"Kl Gangster" diterajui oleh Syamsul Yusof, Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan dan ramai lagi. Filem ini akan mengganas dipawagam pada 9 Jun 2011.

Video Kelakar:Anak beruang yang sangat penakut

Posted: 03 Jun 2011 02:48 AM PDT



Alala,comelnyer anak beruang nie...takut sampai mcm tue skali..
Bayang2 sendiri pun takut..hehe..enjoyz

Kebusy-an sehingga June 2011

Posted: 26 May 2011 10:53 AM PDT

lately sangat busy,letih dan memenatkan..eh mcm sama je ayat..
Okey sensasi nie bukan apa,tak lama lagi nak exam nie..hu takut je...
Doakan saya berjaya ye.. :) lepas exam which is on middle june,i'll be active blogging again...

Semasa dalam kesibukan dengan kerja dan belajar dan kehidupan seharian yang penuh pancaroba,me and my sweetheart break off la,biasala kan sedangkan lidah lagi tergeget...bila break off memang rasa sakit la,..music dapat mententeramkan jiwa jugak,dgr lagu2 yang buat u all rasa tak pedulikan si dia..



tapi skrg ktrg dah okey,.hepi je..luv strong..maaf dan memaafkan ,adalah penting dlm sesebuah hubungan..kene rendahkan ego demi sayang..so thats what we did..and again the world is ours...i love you AI..its been 2 years and my heart is still jumping when im thinking of you.. you drive me crazy..

Gambar-gambar hantu yang menyeramkan dalam Filem Karak

Posted: 24 May 2011 03:54 PM PDT

Membawakan konsep genre seram hardcore, "Karak" adalah cubaan pertama filem seram buat penerbit KRU Studios.


Berdasarkan kisah lagenda dan mitos tentang lebuhraya Karak, filem ini merupakan filem keempat arahan Yusry Abdul Halim.

Diterajui oleh barisan pelakon baru seperti Shahir AF8, Shera Ayoub, Along Eyzendy dan Kilafairy, "Karak" mengisahkan empat pelajar koleh yang ingin pulang ke Kuantan selepas bermalam di Kuala Lumpur telah terperangkap dalam kesesakan yang teruk sepanjang lebuhraya Karak. Oleh kerana perlu menghadiri kuliah penting keesokkan harinya, mereka membuat keputusan untuk menggunakan jalan lama tanpa menyedari keputusan tersebut bakal memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Apa kata kita tengok gambar koleksi hantu-hantu yang ditampilkan dalam filem "Karak". Jangan lupa saksikan "Karak" di pawagam bermula 26 Mei 2011!








Jokes: Rezeki makan nasik dengan ayam

Posted: 22 May 2011 08:56 AM PDT

ahahaha....sadis je nasib mereka berdua nie...klik gambar utk baca komik

Chaz Bono ,anak perempuan Cher tukar jantina jadi lelaki

Posted: 18 May 2011 04:38 PM PDT

Cher and Chastity
Cher and Chastity


Presenting... Chaz
Presenting... Chaz




Iniah anak perempuan Cher dengan bekas suaminya Sonny bono,iaitu Chastity..Kini Chastity dah fully transform jadi lelaki setelah membbuat pembedahan menukar jantina menjadi Lelaki...ewww..sebelum nie kita pernah dengar Lelaki banyak tukar jantina jadi perempuan,kali nie Perempuan pulak jadi lelaki.


Chastity kini menggunakan nama Chaz Bono,dan bakal berkahwin dengan kekasihnya Elia yang telah bercinta 6 tahun bersama,


Elia mengaku dia seorang Biseks dan lebih tertawan dengan Chasity sekiranya Chastity adalah seorang lelaki.Jadi chatsity pun pegi la wat pembedahan now dah jadi Chaz Bono..huhu


Pada mulanya Cher susah menerima hakikat anak perempuannya kini dah tak wujud sebab kini dah jadi lelaki.Namun Cher kini dah okey dan menerima hakikat itu dan gembira melihat kebahagiaan anaknya,

Isk2 tak sakit ke buat pembedahan nie semua dan tak menyesal ke?hmmm...Mat salleh memang mcm2 hal.

Gurauan Pak Nil ,suruh kebumikannya?

Posted: 18 May 2011 01:16 PM PDT

Baru 2 hari lepas,Sensasi bergegas ke Subang Jaya kerana Mak Lang meninggal dunia ,(Al-Fatihah buat arwah Mak Lang)
Sensasi siap amik MC lagi sebab malas ambik emergency leave..bgtau doctor kene food poisoning :P tetiba doc nak cucuk sbb katanya kalau food poisoning,makan ubat nanti muntah balik so x berkesan.tapi of cos i refuse to be injected.Tp dpt la MC :P

Pagi Isnin pegi ke subang Jaya dari Penang,Selasa Sensasi balik penang semula.Hari rabu pagi nie,Mak sensasi call menangis2.Rupanya tok (nenek) sensasi pula pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah tok.Bergegas lagi ke Subang Jaya.Sedih tetapi dua hari lepas masa di subang Jaya,masa tue tok hidup lagi..Badan tok sejuk sangat dari paras kaki ke tangan,dada dan kepala masih panas.Mak sensasi mcm dah syak,sebab kita tahu nyawa manusia ditarik slowly dari kaki,naik ke pinggang naik ke dada dan ke rongga hidung.Tak sangka rupanya memang nyawa Tok dah hampir ke penghujung. :'(

Berbalik kepada gossip asal Pak Nil baru-baru nie membuat satu statement yang kontroversi.maklumlah main2 ckp tentang ajal dan maut nie,kadang-kadang seolah satu petanda.Ada org berpendapat org yang nak meninggal kdg2 dapat merasakan sesuatu.Gelisah Resah tapi tak tahu bagaimana nak sampaikan keresahan yang dirasakan lalu akan mula la bercakap ,"aku nie mcm dah tak lama hidup kot" terpacul dari mulut sebab kegelisahan yang amat.tup2 memanng berlaku..

Tapi tak semestinya la berlaku,kdg2 org yang putus cinta la,kecewa pun suka ckp,aku rasa aku nie hidup tak lama lagi..tp padahal hidup sampai ke anak cucu cicit.hee.

Apapun janganla bergurau mcm nie Pak Nil,sebab ramai yang sayangkan Pak Nil dah sedih mendengar twitter Pak Nil yang minta dikebumikan sekiranya tak bangun esok..






Kaki Jasmin Hamid Melecur

Posted: 17 May 2011 12:51 PM PDT

Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.

Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.

Sheera Iskandar dipukul dan dibelasah Kekasih

Posted: 17 May 2011 11:36 AM PDT

apa nak jadi,lelaki zaman skrg dah 'ramai' yang mula pandai dan berani naik kaki tangan kat kekasih...itu belum bergelar isteri dah buat mcm2...masih lagi ke nak kawen dgn lelaki yang mcm nieeee?

Cerita nie cuma khabar angin yang kedengaran dikalangan wartawan.Mungkin betul,mungkin tidak..jom baca cerita si Raja tentang kes pukul Sheera Iskandar


Raja terkedu mendengar cerita kurang enak mengenai Sheera dan kekasihnya, baru-baru ini. Kalau daripada mulut orang lain, mungkin Raja tidak percaya dan menganggapnya fitnah yang mahu mengucar kacirkan hubungan mereka tetapi apabila Sheera sendiri membuka mulut meluahkan keluh kesah hatinya yang sering dibelasah oleh buat hatinya itu, Raja memang terkedu.

Bagaimanapun, Raja tidak mahu percaya seratus peratus selagi tidak mendengar daripada mulut empunya diri.

Khabarnya, teruk juga Sheera dibelasah, dia ditendang, ditampar dan dipukul bertalu-talu, tetapi mujurlah tidak cedera teruk. Mukanya lebam dan perutnya sakit, betul ke Sheera? Ini khabar yang Raja dengar. Kejadian berlaku di sebuah tempat letak kereta di ibu kota hinggakan Sheera terpaksa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan.

Raja dengar kejadian pukul memukul bukanlah perkara baru, malah Sheera kerap kali kena bantai hingga kaki naik ke muka. Iye ke, takkan sampai macam tu... kalau cerita ini betul, Raja berharap Sheera mahupun kekasihnya tidak berkecil hati dengan pendedahan ini.

Malah, Sheera boleh buat laporan polis kerana diri dicederakan secara fizikal. Raja bukannya mahu memalukan mereka, sebaliknya Raja mahu mereka sedar bergaduh di khalayak ramai hingga ada mata yang memerhati mengundang pandangan tidak manis, apatah lagi membabitkan Sheera, seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Pasangan kekasih mana yang tidak bergaduh, malah suami isteri pun tidak terlepas daripada pergaduhan besar tetapi janganlah sampai naik kaki tangan dan mencederakan. Kalau pun cemburu menjadi penyebab, tahanlah api kemarahan. Sheera dan kekasihnya dah lama berkawan, dah tentu kenal hati budi.

Raja dengar mereka juga merancang mahu mendirikan rumah tangga, jadi jangan sampai angan-angan tak jadi kenyataan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS