Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Filem Nasi Lemak 2.0 – Buah Tangan Pertama Namewee

Posted: 08 Sep 2011 08:14 PM PDT

FILEM NASI LEMAK 2.0 NAMEWEE

Namewee, nama yang pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan menghina lagu Negaraku kini muncul dengan filem cereka pertama arahannya berjudul Nasi Lemak 2.0 yang mula ditayangkan di seluruh negeri mulai semalam, 8 September 2011.

Menurut Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, dia berharap agar para penonton tidak prajudis dengan kontroversi yang telah dicetuskannya itu, sebaliknya berkata Nasi Lemak 2.0 merupakan karyanya yang berkonsepkan masyarakat 1Malaysia.

"Saya tidak mahu para penonton mengaitkan kontroversi yang menimpa saya itu dengan filem ini. Saya juga tidak mahu mereka keliru dengan kontroversi itu dan terus memberi persepsi yang tidak elok terhadap saya dan filem ini. Ia adalah dua perkara yang berbeza senarionya.

"Saya anggap kontroversi yang pernah berlaku ke atas saya itu kerana ia banyak diprovokasi oleh pihak media massa," komennya sewaktu ditemui selepas pratonton Nasi Lemak 2.0 di pawagam MBO Subang Parade, Subang Jaya, Selangor petang Rabu.

Filem yang turut dilakonkan oleh Namewee serta ramai pelakon popular seperti Afdlin Shauki, Adibah Noor, Datuk David Arumugam, Karen Kong dan Reshmonu itu akan ditayangkan di 60 pawagam seluruh negara di mana durasi tayangannya ialah 1 jam 48 minit.

Jelas pengarah filem berasal dari Muar, Johor ini, dia yakin Nasi Lemas 2.0 mampu menarik perhatian para penonton kerana ia menampilkan para pelakon popular yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India dengan jalan ceritanya yang dekat di hati masyarakat Malaysia.

"Sebelum Nasi Lemak 2.0 ditayangkan di Malaysia, pada Hari Raya Aidilfitri lalu saya telah menayangkan filem ini di Melbourne, Australia. Ramai pelajar dan rakyat Malaysia di sana yang terhibur menonton filem ini. Adibah Noor juga turut menontonnya di sana," ujarnya.

Sinopsis:

Nasi Lemak 2.0 mengisahkan tentang watak Chef Huang lakonan Namewee yang berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya.

Namun, sewaktu berdepan dengan masalah masakan kurang popular itu, dia yang dikenali sebagai Hero Huang di kawasan kejiranannya serta banyak membantu komunitinya menyebabkannya terjebak dalam masalah untuk perniagaan restoran tersebut.

Chef Huang kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai seorang wanita Melayu yang penuh misteri (lakonan Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya tidak lama selepas itu. Selanjutnya, anda kena tonton sendiri filem ni.

Trailer:

Related Posts with Thumbnails

Wak AG & Usop (Hot FM) Nak Bagi Duit Raya!

Posted: 08 Sep 2011 04:42 PM PDT

DUIT RAYA HOT FM

Berita baik kepada semua terutamanya pendengar setia Hot FM dimana lebih daripada RM60,000 bakal dihadiahkan oleh dua penyampai Hot FM iaitu Wak AG dan Usop. Ianya sebagai berkongsi kegembiraan sempena Syawal ini.

Selama tiga minggu bermula 12 September 2011, stesen radio Hot FM bersama akhbar Berita Harian akan mengadakan peraduan 'Beraya bersama Wak AG dan Usop'. Pendengar hanya perlu setia bersama Hot FM dan menantikan isyarat yang diberi (isyarat memanggil dan isyarat SMS).

Jika ia isyarat memanggil, anda perlu menjadi pemanggil kelima yang berjaya menembusi talian Hot FM. Untuk isyarat SMS pula, anda perlu menaip kata laluan WAKAGUSOP dan hantar ke 33399. Pengirim SMS terpantas akan dihubungi penyampai Hot FM.

Kemudian, pendengar perlu meneka tajuk lagu untuk lirik yang dinyanyikan secara bersama oleh Wak AG dan Usop. Lirik yang dinyanyikan adalah lirik dari lagu yang sama, cuma kedua-dua karektor ini menyanyikannya mengikut gaya mereka tersendiri.

Bersesuaian dengan tema peraduan iaitu 'Beraya bersama Wak AG dan Usop', lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka adalah berkisarkan tentang Raya.

Sekiranya pendengar dapat meneka lagu tersebut dengan tepat, RM500 akan menjadi kepunyaannya. Jika gagal memberikan tajuk lagu dengan tepat, wang RM500 itu akan dibawa ke sesi seterusnya.

Yang perlu diingati:

1. Kempen bermula 12 September hingga 2 Oktober 2011 selama 3 minggu.

2. Kempen akan berlangsung lapan kali sehari dari Isnin hingga Jumaat, dan dua kali sehari dari Sabtu hingga Ahad.

3. 10 tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Isnin – Jumaat) dan lapan daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

4. Enam tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Sabtu dan Ahad) dan empat daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

+ Lebih lanjut KLIK DI SINI

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Awie di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz

Posted: 08 Sep 2011 07:56 PM PDT

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2011 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.2

Tawaran Hebat Untuk Jemaah Haji dari Maxis

Posted: 08 Sep 2011 07:06 PM PDT

JEMAAH MALAYSIA YANG MENGERJAKAN HAJI BOLEH MENGHUBUNGI ORANG TERSAYANG DENGAN MUDAH MELALUI MAXIS
Maxis menawarkan jemaah Haji masa bercakap percuma selama 40 minit dengan kad SIM Saudi Telecom;
Pelanggan pascabayar Maxis menikmati diskaun sebanyak 30% untuk panggilan perantauan ke Malaysia

Jemaah Malaysia yang akan mengerjakan ibadah Haji dapat menghubungi orang yang tersayang di Arab Saudi dan di Malaysia dengan mudah melalui pelbagai perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Maxis Berhad ('Maxis'). Bersempena dengan musim Haji yang akan datang, Maxis, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, akan menawarkan SIM kad khas dari Saudi Telecom Company (STC) yang membolehkan para jemaah membuat atau menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Arab Saudi pada kadar tempatan. Kad SIM ini dimuatkan dengan kredit prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dan menawarkan para pelanggan masa bercakap percuma selama 40 minit.

maxis

Dengan bantuan daripada pihak Tabung Haji, kad SIM ini akan diagihkan secara percuma kepada jemaah Haji di beberapa lokasi balai berlepas, iaitu di Selangor (Kelana Jaya), Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, sebelum mereke berangkat ke Arab Saudi. Secara keseluruhan, Maxis akan mengedarkan 17,000 SIM kad khas STC kepada jemaah Haji.

Di samping itu, pelanggan pascabayar Maxis boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 30% untuk panggilan suara perantauan yang dibuat ke Malaysia, untuk kedua-dua nombor tetap dan mudah alih. Tawaran ini sah dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2011. Pelanggan pascabayar perantauan Maxis juga dapat menikmati perantauan data tanpa had untuk RM48 sehari pada masa yang sama.

Penawaran perkhidmatan baru daripada Maxis ini diumumkan bersempena dengan pelancaran program 'Sahabat Korporat Tabung Haji' yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji, dan telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mewakili Maxis pada majlis tersebut ialah Mariam Bevi Batcha, Naib Presiden Hubungan Korporat Maxis, yang menyampaikan sebuah cek bernilai RM750,000, iaitu nilai sumbangan Maxis dalam bentuk perkhidmatan dan produk komunikasi kepada Lembaga Tabung Haji, sebagai salah satu daripada rakan korporat tahun ini untuk musim Haji tahun 2011. Maxis amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam program 'Sahabat Korporat Tabung Haji' untuk tahun ke-empat berturut-turut.

Ibadah Haji dan Umrah merupakan pengalaman yang paling memperkayakan dari segi rohani bagi umat Islam. Maxis berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka, dengan menyediakan jemaah Haji perkhidmatan komunikasi yang membolehkan mereka berhubung dengan lancar dengan orang yang tersayang di Arab Saudi dan di Malaysia, terutamanya semasa dalam perjalanan. Maxis telah menjadi rakan korporat program 'Sahabat Korporat Tabung Haji' sejak 2008. Ia komited untuk terus meningkatkan tawaran perkhidmatan kami untuk para jemaah supaya mereka menikmati ketenangan fikiran semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

Tawaran baru ini berikutan perkhidmatan Maxis yang baru diperkenalkan pada bulan Ramadan, yang termasuk perkhidmatan mZakat. Perkhidmatan ini telah memberikan kemudahan kepada pelanggan Muslim dengan membolehkan mereka untuk membayar Zakat Fitrah melalui SMS, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Maxis juga bekerjasama dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) bagi menawarkan para pelanggan perlindungan insurans Islam tambahan (takaful) bernilai RM2,000 untuk segala isi kandungan rumah mereka dari 1 Ogos hingga 16 September 2011.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Dokumentari Inside Mecca Di TV1
  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Krisdayanti Ucap Selamat Naik Haji Buat Siti Nurhaliza?
  • Khabar Haji di Astro Oasis
  • Maxis Delivers Revolutionary BlackBerry® Storm™ in Malaysia
  • PRICE MAXIS IPHONE 3G LAUNCH KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
  • Maxis Lancar Google Nexus S Keluaran Samsung
  • SALAM BAITULLAH
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Cinta Shahz Jaszle Terhadap Miera Liyana Berbalas!

    Posted: 08 Sep 2011 11:00 PM PDT

    Pelakon drama Tahajjud Cinta, Shahz Jaszle mengakui pernah mencintai Miera Liyana ketika di zaman Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail satu ketika dahulu. Namun, Shahz Jaszle yang ketika itu berada di tingkatan 5 terpaksa memendamkan perasaannya terhadap Miera Liyana (tingkatan 2) kerana kawan baiknya turut meminati gadis berkulit cerah itu.

    Menurut Shahz Jaszle, perawatakan Miera Liyana yang tidak hipokrit serta matang apabila berkata-kata membuatkan dirinya jatuh cinta dengan gadis berumur 18 tahun itu. Walaupun Miera Liyana kerap dilanda pelbagai kontroversi, Shahz Jaszle mengkategorikan gadis itu sebagai baik & mudah diajak berbincang bersama.

    Kedua-dua pelakon ini menjalinkan hubungan semula sebagai kawan biasa sejurus selepas menceburi bidang lakonan. Keakraban mereka dikatakan bermula selepas Shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama bekas kekasih, Maria Farida, lapan bulan kemudian.

    Sudah ditakdirkan, mereka berdua digandingkan sebagai kekasih dalam filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul, Rentaz. Tidak kekok melakonkan watak sebagai kekasih, malah Mamat Khalid sendiri pernah memuji lakonan Shahz Jaszle & Miera Liyana nampak 'hidup'. Nampaknya, kedua-dua pelakon ini tidak melepaskan peluang meluahkan perasaan cinta di lokasi.

    Adakah mereka berdua akan memulakan cinta lokasi kelak? – Kredit berita : Gua Malaysia.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    K-Pop : (Video) Fans MBLAQ Di Brazil Betul-Betul Gila!

    Posted: 08 Sep 2011 10:33 PM PDT

    Semua orang tahu fenomena K-Pop sangatlah mengujakan di seluruh dunia. Tidak kira di Korea, Japan, China, Amerika dan juga Malaysia sendiri yang turut terkena tempias fenomena ini dengan kemunculan "boy band" seperti Max 24:7 yang tersasar sedikit.

    Tapi bagi kumpulan MBLAQ (Music Boys Live in Absolute Quality) yang diasaskan oleh Rain dibawah J.Tune Company, mereka sedang mencipta nama dan sedang mengejar populariti Super Junior yang popular dengan lagu "Sorry, Sorry".

    Baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Seung Ho, G.O, Joon, Cheondoong/Thunder dan juga Mir ini telah menerima sambutan dan sokongan padu oleh peminat mereka di Brazil sempena "K-Pop Cover Dance Festival 2011″. Mereka yang sedang berada didalam bilik hotel di Sao Paulo telah dikejutkan dengan jeritan peminat yang berada di jalanraya berhadapan balkoni bilik hotel mereka.

    Peminat-peminat mereka menjerit-jerit memanggil nama anggota kumpulan MBLAQ dan juga "We want MBLAQ". Kebanyakan peminat mereka adalah wanita dan juga pada minit 0.55, kelihatan seorang wanita Brazil memakai spek berbaju ungu sedang menjerit-jerit sambil membuat isyarat "love". Ouh, kami ketawa melihat gelagat wanita itu sebenarnya. Haha. Saksikan video amatur penuh 'histeria' peminat MBLAQ selepas ini!

    p/s : Kami terbayang macam mana pula sambutan peminat Max 24:7 ya?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Sering Derma Sperma, Lelaki Ini Miliki Ratusan Anak

    Posted: 08 Sep 2011 09:30 PM PDT


    VIVAnews - Cynthia Daily tidak pernah membayangkan puterinya yang berusia tujuh tahun akan memiliki saudara satu ayah hingga 150 orang. Ia tidak menyangka ada ratusan perempuan yang juga menerima donor sperma dari ayah biologis puterinya.

    "Sungguh terasa liar ketika kami melihat mereka bersama, mereka semua nampak mirip," kata Daily kepada New York Times, seperti dikutip dari laman Shine. "Semua anak-anak itu berasal dari sperma lelaki yang sama."

    Fenomena derma sperma di sejumlah kawasan di Amerika menimbulkan masalah baru. Perempuan penerima derma tidak hanya sulit mendeteksi faktor genetik yang menurun ke buah hatinya, tapi juga sulit mengawal jumlah anak yang terlahir dari sperma lelaki yang sama.

    Keadaan tersebut dianggap mengacaukan konsep keluarga, ketika seorang anak memungkinkan memiliki saudara satu ayah hingga ratusan orang yang sulit diidentifikasi. Belum lagi munculnya kemungkinan anak-anak yang memiliki hubungan darah itu bermukim di kawasan sama.

    Berdasar kajian Universiti Cambridge, hampir semua anak-anak hasil derma sperma tidak boleh mengenali saudaranya yang berasal dari ayah sama. Bahkan, tidak menutup kemungkinan mereka menjalani hubungan terlarang atau pernikahan incest tanpa sedar kerana memiliki ikatan darah.

    "Ketika saya berkencan, saya akan tetap membangun fikiran bahawa ada kemungkinan dia saudara tiri saya," kata seorang perempuan 30 tahun yang lahir setelah ibunya menerima derma sperma. "Sungguh menyedihkan memiliki saudara yang tidak saling kenal."

    Sejauh ini, belum ada aturan hukum di Amerika Syarikat yang membatasi seorang lelaki mendermakan spermanya. Ertinya, satu lelaki boleh membantu kelahiran 150 anak bahkan lebih. Seperti kes seorang penderma sperma era 1980-an, Dr Kirk Maxey, yang terbukti menjadi ayah biologis sekitar 400 anak.

    Gempak beb..moyang besarkan payudara selepas kematian suami

    Posted: 08 Sep 2011 08:45 PM PDT


    LONDON: Seorang moyang yang menjalani pembedahan komestik untuk membesarkan payu dara dan kini berpacaran dengan lelaki semuda 24 tahun.

    Joan Lloyd mengambil keputusan menjalani pembedahan itu kerana dia tidak suka buah dadanya yang kecil sejak dulu lagi.

    Moyang berusia 65 tahun itu membesarkan buah dadanya daripada saiz A ke saiz F. Dia berkata pembedahan itu telah memberikannya kehidupan baru.

    Katanya, dia sekarang berpacaran dengan lelaki berusia antara 24 dan 50 tahun.



    Bekas atlit dan model itu masih cergas dan boleh membuat senaman tekan tubi 150 kali dua kali sehari mengambil keputusan membesarkan payu daranya selepas suaminya mati tahun lalu. - Agensi.

    sumber : myMetro

    Gila beb..bilik pejabat kilang ubat ni macam istana

    Posted: 08 Sep 2011 07:35 PM PDT


    HARBIN, China - Sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia.

    Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas.

    Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis.

    Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang.

    Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan.

    Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China.

    Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.

    Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius.

    - Agensi

    sumber : kosmo online

    Inilah wanita yang dinobat secara rasmi sebagai wanita paling gemuk

    Posted: 08 Sep 2011 06:46 PM PDT


    SACRAMENTO, Amerika Syarikat (AS) - Setelah berat badannya mencecah 317.51 kilogram (kg), Pauline Potter dengan rasminya disenaraikan sebagai wanita paling berat di dunia oleh pihak pengurusan Guinness Book of Records, lapor sebuah akhbar semalam.

    Namun, wanita berusia 47 tahun itu memberitahu, dia mahu menurunkan berat badan agar dapat menikmati kehidupan hariannya semula.

    Potter pernah mendakwa bahawa lelaki menganggapnya sebagai 'dewi seks' dan dia mengadakan hubungan 'seks yang hebat' pada setiap hari.

    Namun, dia kini sukar untuk menjalani kehidupan harian kerana tidak dapat mengalihkan badannya ketika berada di atas katil atau memasuki keretanya.

    Potter mahu menurunkan berat badannya sehingga 226kg supaya dia dapat pergi menari, melancong dan duduk di kerusi pawagam untuk menonton wayang.

    Wanita itu turut menyalahkan cara dia dibesarkan sebagai punca dia menjadi gemuk melampau.

    "Ibu bapa saya selalu menyajikan saya dengan makanan. Berat ibu melebihi 181kg manakala berat bapa saya pula lebih 272kg," kata Potter.

    "Saya mempunyai lapan adik-beradik dengan semuanya memiliki berat melebihi 181kg kecuali seorang," tambahnya.

    - Agensi

    sumber : kosmo online

    Wow! Taman Bermain ‘Angry Birds’ Dibuka di China

    Posted: 08 Sep 2011 05:45 PM PDT


    INILAH.COM, Beijing – Sebuah taman 'Angry Birds' telah dibuka di China. Taman ini menawarkan pengunjung kesempatan menggunakan barangan nyata untuk menjatuhkan babi seperti pada game.

    Beruntungnya, burung dan babi yang ada di taman ini tak memiliki kepandaian seperti dalam game. Menurut laporan CNNGo, taman ini akan dibuka pada 1 September di Hunan sebagai bagian festival sebulan bersantai.

    "Taman ini bertujuan memberi kebahagian pada pengunjung," ujar pejabat taman itu pada Gamesky. perusahaan pembuat game ini, Rovio, diduga akan mendapat bayaran dari penggunaan karakter dalam gamenya.

    Bagi para penggila game ini boleh berkunjung ke taman yang terletak di kota Changsa, China, 700 km dari Hong Kong.



    Sebab pelancung tak suka keselamatan di lapangan terbang US

    Posted: 08 Sep 2011 11:01 AM PDT










    sumber : stomp.com.sg

    kerana mereka suka meraba sana-sini

    Jom kita intip awek pakai tuala

    Posted: 08 Sep 2011 10:01 AM PDT

    siapakah gerangan awek ini yang cuba mengoda jejaka ini?






    kelihatan dia cuba menjatuhkan tualanya...


    mari kita siapah gadis ini...


    v



    v



    v




    v




    v


    oooo..rupanya ko ye jang buat suspen je....


    Gila..ibu dandan anak 3 tahun seperti pelacur dalam satu pertandingan kecantikkan

    Posted: 08 Sep 2011 09:41 AM PDT


    LOS ANGELES - Dalam sebuah pertandingan pemilihan kanak-kanak tercantik, seorang ibu mendandani puterinya yang baru berusia tiga tahun seperti seorang wanita jalang dalam filem Pretty Woman yang dilakoni oleh si cantik Julia Roberts.Paisley (3) didandani ibunya, Wendy Dickey, dengan pakaian yang mirip dengan apa yang dipakai Julia Roberts dalam filem Pretty Woman tersebut. Dalam sebuah episode yang akan tayang pada 8 September 2011 hari ini, Paisley mengenakan baju putih pendek dan skirt pendek mini, lengkap dengan sepatu boot hitam dan wig rambut pendek, sehingga menyerupai karakter Vivian di filem Pretty Woman.


    Pada saat pertandingan berlangsung, penampilan Paisley yang lucu berhasil memukau para dewan juri dan sebahagian para penonton yang datang langusng untuk menyaksikan acara tersebut. Namun, ada beberapa penonton yang protes akan keputusan Dickey, mendadani gadis kecilnya bak wanita jalang.

    "Julia Roberts dalam film Pretty Woman adalah seorang pelacur. Saya tidak akan pernah melakukan itu pada anak saya. Tidak akan pernah!," ujar seorang penonton yang tidak setuju.

    Sebelumnya, seorang peserta didandani seperti seorang biduanita seksi yang dilengkapi payudara buatan dan dinilai menjijikan bagi banyak penonton.

    Meski demikian, Dickey menjelaskan bahawa dirinya tidak ada maksud menjerumuskan puterinya ke dunia pelacur.

    "Setiap minggunya saya ajak puteri saya ke gereja. Tidak akan mungkin saya benar-benar menjerumuskan anak saya ke dunia pelacuran. Tidak akan pernah!" ujar Dickey.
    Sumber :http://www.okezone.com/

    Wanita Barbie Dari Russia [Foto]

    Posted: 08 Sep 2011 08:46 AM PDT

    Pernahkan kamu membayangkan bagaimana rupa Barbie apabila benar-benar ada dalam wujud manusia yang sebenarnya? Nah, untungnya ada seorang wanita di Russia yang akan mempermudah imaginasi kita. Wanita ini punya fantasi untuk ingin menjadi copycat boneka kesayangannya itu. Miripkah? Cek di foto-fotonya berikut ini.





    sumber: izsmile
    sumber gambar

    Gila ..anak jutawan ini beli rumah super mewah hanya untuk anjing bermain

    Posted: 08 Sep 2011 07:40 AM PDT




    Petra Ecclestone, anak kepada tuan punyadFormule One Group, Bernie Ecclestone, membeli sebuah rumah super mewah di Los Angeles. Semua itu demi ruangan bermain yang lebih luas untuk anjing peliharannya.


    Nampaknya anak jutawan berumur 22 tahun ini berfikir rumah 6 tingkat-nya di London masih kurang memadai untuk menjadi tempat bermain yang nyaman bagi kelima anjing peliharaannya. Ia pun membeli rumah mewah bergaya Perancis seluas 5000m2 di LA.


    Rumah yang berada di daerah Holmby Hills itu selain memiliki 14 bilik tidur juga memiliki sebuah salon kecantikan, beberapa ruangan untuk membungkus hadiah, sebuah ruang makan spektakuler dan lobby utama yang luas.

    Kepada Daily Mail, Ecclestone sempat mengaku rumah itu ingin ia beli agar memudahkan dirinya berulang alik dari Britain ke Amerika. Namun kini ia mengakui alasan sebenarnya adalah agar memiliki ruangan yang lebih luas untuk anjing-anjing peliharannya bermain. "Penting bagi mereka untuk mempunyai ruangan (bermain)" ujar Ecclestone."Itu merupakan investasi yang baik."

    Ecclestone dalam interviewnya di Los Angeles mengatakan bahawa ia telah melakukan banyak kegiatan yang lebih penting daripada sekadar menghabiskan wang ayahnya. Ia ingin memiliki karier sebagai pereka pakaian.

    "Pekerjaan utama saya bukanlah menghabiskan uang orang tua saya. Saya kadang-kadang pergi ke pesta apabila pesta itu menguntungkan bisnis saya, atau apabila itu merupakan pesta amal, atau apabila pesta itu diadakan oleh teman."

    "Saya tidak pergi ke pesta dari hari Senin hingga Jumat. Saya tidak terlalu tertarik dengan lingkungan sosial."

    Mai kita tengok aksi selamba pemuda ni mencuri di komuter

    Posted: 08 Sep 2011 06:48 AM PDT




    Nama Artis Tak Boleh Digunakani untuk Domain .XXX

    Posted: 08 Sep 2011 05:40 AM PDT


    KOMPAS.com - Dibukanya pendaftaran nama domain internet berakhiran .XXX menimbulkan kekhuatiran adanya penyalahgunaan. Tapi buat sejumlah artis dan tokoh dunia tak perlu khuatir kerana nama-nama mereka telah dilindungi secara automatik sehingga tidak boleh dipakai siapapun.

    Nama-nama seperti Angelina Jolie, Justin Bieber, Beyonce, dan Britney Spears telah diblok secara automatik oleh ICM Registry selaku pengelola domain tersebut. Begitu pula nama Barack Obama bahkan Osama bin Laden serta nama-nama yang menggunakan kata Mohammed.

    Total sudah ada 15.000 nama dalam daftar alamat yang tidak boleh dipakai. Selain nama artis dan tokoh dunia, yang diblok juga nama kota di dunia serta nama-nama bagus yang dipersiapkan sebagai domain premium di masa depan.

    Tapi perlindungan tersebut tidak automatik dilakukan untuk cap dagang. Kalau artis dan tokoh dunia tidak perlu melakukan apa-apa agar namanya tak disalahgunakan, para pemilik cap dagang mesti meengeluarkan ratusan dollar AS. Misalnya Disney, jika tidak ingin namanya diklaim pihak lain, perusahaan tersebut harus mengklaim domain Disney.xxx cukup sekali bayar sekitar 200 dollar AS.

    Para pemilik merek dagang mendapat prioriti mengklaim domain sesuai nama yang terdaftar dalama 52 hari ke depan sampai 28 Oktober 2011. Ada dua penawaran yang disiapkan ICM Registry sebagai pengelola nama domain tersebut. Pertama adalah Sunrise A yakni nama domain untuk pemilik usaha pornografi. Kedua adalah Sunrise B untuk cap dagang umum yang tidak ingin namanya diasosiasikan dengan hal-hal berbau pornografi.

    Setelah penawaran terbatas, pendaftaran nama domain .XXX akan dibuka untuk komuniti pornografi selama 18 hari. Pendaftaran untuk umum baru akan dilakukan mulai 6 Desember 2011

    Biar betik wrestling sampai macam ni sekali

    Posted: 08 Sep 2011 04:30 AM PDT

    DAHSYAT BETUL BEB...

    Lewis, Seekor Kuda yang Pandai Yoga

    Posted: 08 Sep 2011 03:41 AM PDT


    CANADA - Demi mengatasi kekakuan pada sendinya, seekor kuda asal Mesir yang telah berusia17 tahun, rutin melakukan yoga. Tanpa disedari, rutin tersebut membuatnya menjadi seekor kuda yang pandai melakukan gerakan-gerakan yoga.

    Kemahiran Lewis melakukan serangkaian gerakan yoga setelah dia meniru pemiliknya Linda Guanti (35). Linda memang selalu melakukan yoga untuk membantu kesihatan punggungnya.

    "Saya merasa hairan ketika pertama kali melihat dia beryoga. Dia seperti nampak menyukai gerakan-gerakannya dan sungguh suatu hal yang luar biasa kerana kita dapat melakukan yoga bersama dan menghabiskan waktu untuk itu bersama-sama," ujar Linda sebagaimana dikutip Dailymail, Rabu (7/9/2011).

    Dalam sehari Linda dan Lewis menghabiskan beberapa jam untuk melakukan yoga bersama. Lewis kini sudah dapat melakukan posisi "the bow" dan "the neck side stretch".

    Bahkan Lewis sudah tahu bagaimana mengkolaborasi sebuah gerakan bersama Linda. Lewis dapat berlutut ke depan untuk mendorong hidung ke tanah dan meregangkan punggungnya sementara Linda berdiri di sampingnya dan mengangkat sebelah tangannya seakan-akan hendak menyentuh langit.

    Sesi yoga bersama yang mereka lakukan diakui Linda ampuh membantunya mengatasi sakit di punggung yang sudah lama Linda rasakan, serta manfaatnya bagi Lewis, sendi-sendinya yang kaku reda sehingga dapat kembali berkompetisi.

    "Lewis adalah kuda yang hebat. Aku sudah memilikinya sejak dia baru berusia lima tahun setengah dan dia memang suka mencuba sesuatu yang menyenangkan," ungkap wanita yang berprofesi sebagai teknologi sinar-X ini. "Melakukan yoga dengan kuda Anda adalah cara yang mengagumkan untuk menjalin hubungan dengan mereka," dia mengimbuhkan.

    Linda rutin beryoga setelah dia mengalami keretakan tulang punggung akibat jatuh dari kuda ketika dia berusia 14 tahun.(rhs)

    Satu customer satu awek di Net Bar

    Posted: 08 Sep 2011 02:46 AM PDT

    Sebuah internet cafe di Shanghai China bernama Net Bar memiliki strategi unik agar para tamu pengunjung duduk lama-lama di internet cafe sembari surfing di dunia maya sambil menikmati minuman dan makanan ringan yang juga mereka sajikan, strateginya adalah setiap tamu yang datang baik lelaki mahupun wanita akan didampingi seorang pendamping cewek cantik yang akan menjadi asisten pengunjung.


    Majoriti tamu yang datang adalah kaum lelaki, namun tak sedikit juga wanita. Di sini memang eksklusif kerana kerusi yang digunakan tidak seperti kerusi kebanyakan yang kecil tapi disana digunakan sofa eksklusif yang mewah, juag layar monitornya menggunkana LCD super besar. Pengunjung benar benar dimanjakan agar lebih duduk dan lama waktu kunjungnya.







    Miss Colombia ditegur kerana tak pakai seluar dalam ketika sesi bertemu media

    Posted: 08 Sep 2011 01:45 AM PDT


    Catalina Robayo, salah satu peserta Miss Universe 2011 sedang menjadi perbincangan. Finalis dari Colombia ini mendapat teguran kerana tidak memakai seluar dalam ketika menghadiri acara sesi bersama media di Sao Paulo, Brazil.

    Seperti yang dikutip dari huffingtonpost, seorang sumber mengatakan,"
    Peserta Colombia harus menjelaskannya. Apa yang ia lakukan benar-benar tidak bagus. Orang-orang cukup kecewa dengan hal itu. Ada banyak kamera dan media ketika ia tak mengenakan seluar dalam."

    Presiden dari Organisasi Miss Universe, Paula Shugart menjelaskan,"Para pengawai kami telah memberitahukan kepada seluruh peserta agar mengenakan pakaian yang sopan dan salah satu humas kami juga telah berbicara padanya (Robayo) dan ia menjelaskan bahawa dirinya memakai seluar dalam namun terlepas."

    Hal ini bukan kontroversi pertama bagi Robayo. Menurut sumber dari Sepanyol, wanita berusia 22 tahun itu mendapatkan gelar sebagai Miss Colombia 2009 setelah pemenang yang sebenarnya, Diana Salgado terpaksa menyerahkan mahkotanya.

    Hingga saat ini belum jelas alasan Salgado memberikan gelar Miss Colombia kepada Robaya. Banyak rumor yang mengatakan, hal tersebut kerana masalah medik atau kenaikan berat badan Salgado.

    Sumber detik.com

    PELIK..peserta pertandingan ratu cantik disingkirkn kerana terlalu seksi

    Posted: 08 Sep 2011 12:45 AM PDT


    Tiga peserta telah disingkirkan dari pertandingan kecantikan Miss Italia tahun ini, setelah foto mereka dengan pose seksi muncul.

    Alice Bellotto dikeluarkan dari pertandingan kerana gaun tidur merah muda ini

    Alice Bellotto, 22, adalah yang pertama tersingkir keluar setelah juri melihat gambar-gambar menggodanya dengan gaun tidur merah muda.

    Jejak Bellotto yang merupakan wakil dari wilayah Veneto, segera diikuti oleh Miss Curvy Italia Raffaella Modugno (23) dari Rome. Setelah juri menemukan foto dirinya dalam pakaian dalam sutera berpose seksi di sofa kulit, serta fotonya berpose dalam korset berenda hitam yang transparant.


    Model ketiga yang terkena 'kad merah' adalah Tiziana Piergianni (26) yang adalah Miss Liguria Itali, dari Genoa, yang merupakan salah satu dari segelintir ibu tunggal yang ikut dalam pertandingan ini.

    Gambar dan rakaman video dirinya yang berpose topless itu ditemukan di web oleh penyelenggara, dan akibatnya dia juga dikeluarkan dari pertandingan yang akan diadakan di Montecatini Terme di Tuscany minggu depan.


    "Aku benar-benar marah ketika dikeluarkan dari pertandingan ini. Sejauh yang saya lihat, foto-foto itu adalah seni dan artistik. Saya adalah seorang model, dan itu yang saya lakukan, jadi di mana letak masalahnya?." tutur Bellotto.

    "Keluarga saya tahu semuanya mengetahui gambar-gambar tersebut, dan 100% menyokong saya. Namun semuanya telah terjadi, dan ini menyebabkan saya mendapatkan lebih banyak tawaran pekerjaan." tambahnya.

    Sementara itu, Modugno dan Piergianni tidak tersedia untuk memberi komen, tapi teman-teman mereka mengatakan bahawa keduanya merasa kecewa setelah dikeluarkan dari pertandingan kecantikan yang mereka pandang sebagai batu loncatan untuk merintis karier di dunia hiburan.Juri mengatakan bahawa foto pakaian dalam Raffaella Modugno bertentangan dengan syarat pertandingan.


    Sejumlah pemenang Miss Itali saat ini telah menjadi artis, dan beberapa dari mereka tampil di acara TV popular. Bahkan banyak dari mereka tampil pada saluran TV yang dimiliki Perdana Menteri Italia, Silvio Berlusconi.

    "Peraturan nombor lapan dengan jelas menyatakan bahawa setiap peserta yang berpose terlanjang atau berpose provokatif semuanya disingkirkan'. jelas seorang juru cakap untuk Miss Itali.


    Sumber : dailymail

    Anak Perempuan 12 Tahun Posting Foto Nakal, Ayah Tuntut Facebook

    Posted: 07 Sep 2011 11:45 PM PDT


    Seorang ayah dari Ireland Utara, menyaman Facebook setelah anak perempuannya yang berusia 12 tahun memasang foto-foto nakal dirinya di situs jaringan sosial paling popular di dunia maya.

    Dikutip Digital Trends, Rabu (7/9/2011), sang ayah mengajukan saman yang isinya mempertanyakan mengapa Facebook membolehkan anak berusia 12 tahun menjadi anggota padahal sesuai dengan aturan bahawa batas minimum umur untuk menjadi anggota adalah 13 tahun.

    "Pendapat peribadi saya adalah Facebook tidak sesuai untuk siapapun yang berada di bawah umiur 18 tahun namun pihak perusahaan bahkan tidak boleh memenuhi janji mereka untuk tidak membiarkan anak umur di bawah 13 tahun menjadi anggota," demikian disampaikan penasihat hukum sang ayah, Hilary Carmichael.

    "Seharusnya melakukan pemeriksaan umur, seperti meminta nombor pasport adalah cara simpel bagi Facebook untuk mengimplementasikan aturan tersebut," jelas Carmichael lagi.

    Menurut penasihat hukum, foto anak perempuan berusia 12 tahun itu tergolong masuk kategori eksplisit secara seksual, mengenakan make up tebal, dan berpose . Gadis belia itu bahkan memasukkan informasi di mana ia tinggal dan sekolah tempatnya menuntut ilmu. Kes ini disidangkan di Belfast High Court dengan tuduhan Facebook bersalah kerana teledor. Dalam saman itu juga disebutkan jika perusahaan yang terletak di Palo Alto, California, menciptakan risiko yang boleh membahayakan si gadis tersebut.

    Jika akaun gadis belia itu tak dihapus Facebook maka sang penasihat hukum memastikan akan menggunakan aplikasi untuk menghentikan operasi perusahaan itu di Ireland Utara.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS