Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kerana Terluka diberi nafas baru

Posted: 18 Oct 2010 10:27 PM PDT

pix_middle
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.

RAMAI wartawan me�ngenali Noorul Huda Abdul Wahab atau Nurul sebagai seorang yang bersikap terbuka untuk membicarakan apa saja termasuk topik peribadi.

Baginya, kalau benar dilamun cinta tidak salah berkongsi kebahagiaan itu kepada umum daripada berdolak-dalih dan menyembunyikan kebenaran.

Namun kata pemegang status janda ini, dia ingin juga lebih cerita mengenai kerjaya seninya diketengahkan kerana ia berkaitan dengan periuk nasinya.Kalau sah saya ada hubungan yang serius dengan sesiapa, saya tidak keberatan untuk bercerita kepada wartawan, tapi sekarang saya memang mahu elak daripada memperkatakan sangat me�ngenai kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu.

"Terus-terang, sikap keterbukaan saya ini adakalanya menyebabkan kisah kerjaya saya jarang diberikan fokus. Sebagai individu yang mencari rezeki dalam bidang seni, pencapaian karier saya tentulah perkara utama yang perlu diketahui umum. Kalau balik-balik cerita mengenai teman lelaki dan status, orang juga akan nak muak," katanya.

Seperti seadanya, Nurul berkata, dia mahu berfikiran positif dan sedang rancak merangka promosi untuk lagu Kerana Terluka.

Lagu inilah yang mula-mula sekali memperkenalkan namanya di persada seni suara kira-kira 15 tahun lalu.

"Sejak dulu lagu ini tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album kompilasi selain album solo pertama saya. Saya merakamkan semula lagu ini atas permintaan peminat.

"Kebetulan saya sudah saja melantik pengurus baru dalam NHW Productions bersama kakitangan baru, justeru, kemunculan single Kerana Terluka pada saat ini memang tepat pada masa�nya," kata Nurul.

Menyambung perbualan, susunan Kerana Terluka sudah itu disuntik nafas baru dengan memasukkan elemen orkestra, sekali gus menjadikannya lebih hebat.
Pendek kata, dari segi muzik dan vokal, Kerana Terluka versi terbaru ini lebih baik.

"Maklum sajalah, masa pertama kali saya merakam�kan lagu ini saya belum berpengalaman luas dalam aspek nyanyian. Tapi sejak beberapa tahun lalu saya mula mengikuti kelas vokal dan tambah seronok apabila dapat memanfaatkan teknik yang dipelajari itu ke dalam nyanyian sebenar.

"Ia lebih memberi kepuasan selain kita boleh mengekal�kan stamina ketika menjayakan persembahan yang panjang. Susunan untuk versi 2010 lebih menarik. Bukan bererti versi yang dulu tidak bagus, cuma yang sekarang lebih sesuai dengan masa kini.

"Jadi dalam menampilkan semula Kerana Terluka, Nurul mahukan sentuhan lebih segar dan memasukkan elemen orkestra untuk menjadikannya lebih 'grand'," katanya.

Selain Kerana Terluka, dua lagi lagu baru yang sudah dalam koleksi penyanyi hitam manis ini adalah Andai Ku Kenali Ku ciptaan Eena Houzyama dan Duniaku (Julfekar).

Nurul menyifatkan bekerjasama dengan dua nama berkenaan membawa pengalaman yang berbeza.

Walaupun Eena boleh dianggap komposer baru namun isteri kepada pe�nyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman itu mempunyai idea cukup unik. Manakala, Julfekar pula menghasilkan sebuah lagu 'ketuhanan' yang cukup indah.

Beralih pada rahsia kejayaan yang mampu membuat�wkannya bertahan selama 15 tahun, ibu kepada Ayu Nazirah, 12, ini percaya pada keikhlasan, kejujuran, kerja keras dan sentiasa mengikuti perkembangan adalah perkara yang harus dititik beratkan.

"Selain semua itu, Nurul juga percaya berdamping dengan peminat mampu membuatkan seorang artis bertahan lama.

"Laman sosial seperti facebook banyak membantu Nurul berhubung dengan peminat sama ada mereka yang 'die hard fan' mahupun yang baru.

"Misalnya baru-baru ini 20 peminat Nurul diajak menonton filem Magika di Pavilion. Sebenarnya aktiviti seperti ini adalah yang ketiga Nurul anjurkan.

"Kali pertama hanya membabitkan enam orang dan mereka ini memang peminat Nurul sejak dulu manakala yang kedua meningkat kepada 10 orang," katanya yang bakal muncul dengan filem Tolong Awek Aku Pontianak.


PROFIL
NAMA: Noorul Huda Abdul Wahab
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
USIA: 31 tahun
ASAL: Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang
STATUS: Ibu tunggal
HOBI: Membaca, melancong dan menunggang kuda
ALBUM SOLO: Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000) dan Tika Cinta (2009)
FILEM: Sate dan Tolong Awek Aku Pontianak
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik AIM 1997, Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe 1995 (Kerana Terluka) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta)

Intip 5 artis maksiat

Posted: 18 Oct 2010 10:26 PM PDT

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi 'senarai keutamaan' individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.


Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.


"Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu."Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais," katanya.


Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.


Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.


"Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.


"Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis," katanya.


Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.

Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.


"Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.


"Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka," katanya.


Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.

3 artis Indonesia didakwa murtad

Posted: 18 Oct 2010 10:24 PM PDT


RIANTI berkahwin di gereja di New York.
RIANTI berkahwin di gereja di New York.

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan de�ngan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

"Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta," kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkemba�ngan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu me�ngenainya.

"Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu," katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan pe�nyanyi yang nama lengkap�nya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan menge�sahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upa�cara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy me�negaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya," kata Happy.

Segala hal yang berhubu�ngan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami ma�sing-masing.

'Saya ikut tingkap'

Posted: 18 Oct 2010 10:23 PM PDT


RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas.
RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas.

BINTULU: "Semuanya kelam-kabut, tetapi saya dapat memecahkan tingkap bot dan berenang keluar," kata Silo Gerenang, 58, seorang daripada tujuh penumpang yang selamat selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Kakus, Kelebu di sini, semalam.

Menurut Silo, sebaik bot yang membawa lebih penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan bot tunda balak di Ulu Sungai Anap, suasana menjadi kelam-kabut dengan jeritan penumpang meminta tolong dan ada juga berasak mencari jalan keluar menyelamatkan diri.


"Kejadian berlaku sekelip mata dan kebanyakan penumpang gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap. Saya bersyukur dapat keluar dan berenang ke tebing sungai sebelum dibawa orang ramai ke hospital," katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sebuah bot yang sarat dengan 30 penumpang terbalik selepas bot dinaiki tersangkut tali tongkang dan 19 daripadanya masih hilang dan dikhuatiri lemas.


Sehingga jam 8 malam tadi, empat mayat ditemui manakala nasib yang lain belum diketahui. Dua mayat ditemui kira-kira jam 8 malam dan kira-kira 40 minit kemudian, satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam bot terbabit.Selang lima minit kemudian mayat keempat ditemui ketika bot ekspres yang terbalik ditarik naik ke permukaan menggunakan sebuah tongkang lain.


Difahamkan, bot ekspres berkenaan tidak menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang dan ketika kejadian ia membawa penumpang berlebihan.


Tragedi semalam mengimbas kembali beberapa kejadian bot karam di Sarawak membabitkan kehilangan ramai penumpang.


Pada April 1999, 12 pelajar Sekolah Menengah Pusa maut apabila bot laju yang mereka naiki berlanggar dengan kapal pengangkut kayu di Sungai Saribas dan sehari selepas itu, sekali lagi penduduk mendapat berita buruk apabila tujuh penumpang mati lemas selepas bot pukat tunda berlanggar tongkang pasir di sungai yang sama.


Manakala pada April 2005, kira-kira jam 4 pagi, bot pukat tunda dinaiki 16 penumpang dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa pasir menyebabkannya tenggelam mengorbankan tujuh nyawa.


Tragedi paling besar pernah tercatat dalam sejarah pengangkutan di Sarawak ialah kapal MV Pulau Kidjang, kapal pengangkut penumpang dan kargo yang karam di muara Sungai Rejang (perairan Tanjung Jerijeh) pada Disember 1973. Dalam kejadian itu, Pulau Kidjang yang dipercayai mampu memuat seramai 150 penumpang mengorbankan 121 nyawa penumpang dan hanya 38 orang terselamat dalam kejadian yang berlaku disebabkan keadaan cuaca buruk ketika pelayaran.

Heret peti besi masuk kereta

Posted: 18 Oct 2010 10:21 PM PDT

BANTU POLIS...Leong memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat polis mengenai  rumahnya dimasuki tiga perompak menaiki kereta BMW.
BANTU POLIS...Leong memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat polis mengenai rumahnya dimasuki tiga perompak menaiki kereta BMW.
BUKTI...selimut biru digunakan penjenayah.
BUKTI...selimut biru digunakan penjenayah.

SERDANG: Hanya tempoh lima minit diperlukan sekumpulan geng perompak mewah yang menaiki kereta BMW untuk mengheret beramai-ramai satu peti besi seberat kira-kira 250 kilogram (kg) ke dalam kereta sebelum melarikan diri.

Penjenayah tempatan yang bersenjatakan dua pucuk pistol itu menggunakan selimut diambil dari rumah mangsa untuk membalut dan menarik peti besi keluli berkenaan dari tingkat dua rumah yang terletak di Taman Sungai Besi Indah, di sini.


Pemilik rumah yang dikenali sebagai Leong, 55, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin ketika dia dan suami tiada di rumah kerana ada urusan.


Menurutnya, ketika kejadian hanya pembantu rumah, wanita warga Indonesia dan cucu lelakinya berusia satu tahun berada di rumah."Ketika itu, pintu pagar di hadapan rumah saya tidak bertutup menyebabkan penjenayah yang menaiki BMW dengan selamba masuk dan meletak kenderaan di pekarangan rumah.

"Penjenayah berusia 20-an itu berpura-pura mengetuk pintu sambil memanggil 'mak cik' berulang kali menyebabkan pembantu rumah membuka pintu tanpa mengesyaki apa-apa," katanya.


Katanya, sebaik pintu dibuka, suspek mengacukan dua pucuk pistol dan parang sebelum meluru ke dalam rumah."Perompak berkenaan bertanya kepada pembantu rumah saya di mana lokasi kamera litar tersembunyi (CCTV) dipasang. Bagaimanapun pembantu rumah saya tidak tahu di mana lokasi itu menyebabkan mereka menggeledah rumah mencarinya.


"Penjenayah mengesan alat perakam itu sebelum mematikannya. Sejurus itu, dua daripada mereka ke tingkat atas menggeledah semua bilik tidur manakala seorang lagi mengawal pembantu rumah saya daripada melarikan diri," katanya.


Menurutnya, penjenayah menemui lokasi peti besi disimpan di bilik utama sebelum melarikan peti besi seberat kira-kira 250 kilogram.


"Mungkin kerana peti besi berkenaan berat, penjenayah menggunakan kain selimut untuk membalut dan menarik peti besi itu turun dari tangga di tingkat atas rumah. "Walaupun peti besi berkenaan sukar dipindahkan, penjenayah tetap berusaha dan melarikannya. Malah alat rakaman CCTV rumah saya turut dilarikan bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti," katanya.

Mangsa berkata, pembantu rumahnya yang tidak dicederakan penjenayah segera memaklumkan kejadian itu kepada jiran berhampiran sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.


"Berdasarkan siasatan awal polis, suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta BMW dipandu. Siasatan mendapati nombor plat kereta terbabit didaftarkan untuk motosikal," katanya.


Menurutnya, dia kerugian RM250,000 apabila barang kemas RM150,000, wang tunai RM50,000, dua jam berjenama Rolex dan pelbagai dokumen yang disimpan dalam peti besi itu.


"Ini kejadian kedua kerana rumah saya pernah dirompak enam tahun lalu membabitkan kerugian wang tunai RM6,000," katanya yang juga seorang suri rumah.

MSN catu bajet

Posted: 18 Oct 2010 10:20 PM PDT


Datuk Zolkples Embong
Datuk Zolkples Embong

MAJLIS Sukan Negara (MSN) memberi peringatan kepada semua persatuan sukan supaya bersedia lebih awal dengan kemungkinan mereka terpaksa menerima peruntukan kewangan lebih sedikit tahun depan.

Meskipun kerajaan menyalurkan RM365 juta untuk Kementerian Belia dan Sukan dalam Bajet 2011 diumumkan baru-baru ini, ini tidak bermakna persatuan sukan boleh mengharapkan peruntukan lebih memandangkan MSN perlu mengatur perbelanjaan secara berhemah dengan bajet ada.


Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, dengan peruntukkan kewangan kepada MSN yang dijangka akan menurun tahun depan, pihaknya mahu persatuan sukan perlu mengatur langkah untuk mencari jalan menampung perbelanjaan sendiri.


"Peruntukan tahun depan hanya akan diketahui hujung tahun ini tapi saya jangka peruntukkan kepada MSN akan menurun tahun depan. Kalau nak diikutkan tahun ini kami sudah mengurangkan bantuan tetapi tidak secara mendadak.


"Selepas ini kami akan beritahu setakat mana kemampuan MSN dan pihak persatuan tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata sebaliknya kena cari jalan berdikari. Saya tak mahu ada lagi persatuan bising cakap MSN tak bayar dan pelbagai lagi," katanya.Zolkples berkata, pihaknya akan membuat kajian selepas Sukan Asia Guangzhou bulan depan berakhir dalam pembahagian bantuan kewangan kepada persatuan sukan dalam melaksanakan program atlet dirancang.


Beliau menegaskan, sebanyak mana jumlah bantuan yang akan diterima sesuatu persatuan sukan itu bergantung kepada kejayaan yang dicapai atlet mereka tahun ini khususnya di Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia.


"Pastinya tidak akan ada keistimewaan buat persatuan yang gagal, bagaimanapun peruntukan kepada program Road To London 2012 akan diteruskan seperti biasa," jelas beliau.


Untuk rekod, sebanyak RM144 juta dibelanjakan bagi persediaan atlet ke Sukan Asia dan Komanwel tahun ini sejak 2007 termasuk RM17 juta tahun ini.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebelum ini menjelaskan bahawa peruntukan RM365 juta yang diterima bagi Bajet 2011 akan digunakan untuk pelbagai program memajukan lagi bidang sukan negara serta program persiapan atlet menghadapi Sukan SEA di Indonesia tahun depan dan program Road To London 2012.

Struktur semula perjanjian konsesi

Posted: 18 Oct 2010 10:18 PM PDT

SHAHRIL RIDZA...manfaat kepada pencarum KWSP
SHAHRIL RIDZA...manfaat kepada pencarum KWSP
IZZADIN...semua pihak dapat manfaat
IZZADIN...semua pihak dapat manfaat

RANCANGAN pengambilalihan aset dan tanggungan Plus Expressways Bhd (Plus) oleh UEM Group Bhd (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka dimuktamadkan dalam tempoh antara lapan dan 12 bulan lagi.

Bagaimanapun, sekiranya ia menjadi kenyataan, UEM dan KWSP memberi jaminan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang sejajar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pembentangan Bajet 2011, baru-baru ini.


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM, Datuk Izzadin Idris berkata, pihaknya akan membuat penstrukturan semula Perjanjian Konsesi dengan memasukkan beberapa terma baru bagi menggantikan perjanjian sedia ada.


"Kami percaya setiap kali berlaku kenaikan tol, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada Plus dan berikutan itu, kami akan membincangkan perkara itu bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat," katanya pada taklimat media khas mengenai pengambilalihan saham dan tanggungan Plus oleh UEM dan KWSP, di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif KWSP (Bahagian Pelaburan), Shahril Ridza Ridzuan.Menurutnya, kerajaan terpaksa membayar pampasan sehingga RM5 bilion kepada Plus sekiranya tiada kenaikan tol dilakukan selama lima tahun.


"Mengikut terma perjanjian sedia ada, kerajaan perlu membayar pampasan sekiranya tiada kenaikan tol dalam tempoh lima tahun.


"Malah, sehingga 30 Jun lalu, kerajaan terpaksa menanggung pampasan mencecah RM2.5 bilion kepada Plus," katanya.


Dalam pada itu, Shahril Ridza berkata, keputusan untuk mengambil alih Plus memberi faedah kepada pencarum KWSP dalam jangka masa panjang. "Selain mendapat manfaat secara langsung daripada keuntungan lebuh raya kendalian Plus, ia juga memberikan pulangan kepada hampir 12 juta pencarum KWSP," katanya.

Bunuh 2 anak guna pedang samurai

Posted: 18 Oct 2010 10:17 PM PDT

GAMBAR menunjukkan polis di luar rumah pangsa yang didiami Monica dan anaknya.
GAMBAR menunjukkan polis di luar rumah pangsa yang didiami Monica dan anaknya.
MONICA.
MONICA.

FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.

Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.


Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.


Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.


Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital.Menurut penyiasat, kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut.


Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.


Beberapa jiran cuba memasuki rumah berkenaan selepas melihat asap keluar dari pintu depan dan penggera amaran asap berbunyi.


Seorang daripada mereka, Andre Douglas berjaya memasuki rumah di tingkat tiga itu menerusi tingkap dan melihat senjata yang digunakan untuk membunuh itu dilantai.


Polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan kini berusaha menjejaki bapa kanak-kanak kembar berkenaan, Michael Ball, 38.


Laporan polis menunjukkan Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah.

Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego.


Satu laporan mendakwa wanita itu menelefon tunangnya ketika penggera amaran berbunyi.


Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah 'hilang akal.' Jurucakap polis, berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti menunjukkan ada orang lain terbabit dalam pembunuhan berkenaan.

Pengalaman manis enam hari

Posted: 18 Oct 2010 10:12 PM PDT

INDAH...ladang bunga canola yang menguning saujana mata memandang.
INDAH...ladang bunga canola yang menguning saujana mata memandang.

ATAS urusan kerja, suaminya Nur Azly Jabbar, 32, perlu berpindah dari Perth ke Melbourne, Australia. Bagi pasa�ngan yang baru setahun lebih berkahwin ini, ia suatu kesempatan yang sama-sama datang ke kepala mereka. Mengapa tidak mengembara?

Ternyata pasangan Malaysia - Singapura ini sehati sejiwa sekali.

"Oleh kerana kami berdua memang suka melancong dan mengembara, kami mengambil peluang ini untuk merentas tiga negeri melalui jalan darat sejauh 3,517 kilometer (Australia Barat-Australia Selatan-Victoria)."Saya mahu menimba pengalaman yang mana ramai rakyat Australia sendiri tidak berminat melakukannya. Rata-rata mereka yang berminat mengembara seperti kami ialah pelancong dari Eropah," pemula cerita Noorsyarimah Noodin, 29, anak kelahiran Ipoh yang mengikut suaminya menetap di Australia.

Menempuh perjalanan yang begitu jauh berkereta hanya berdua, dia akui sedikit risau terutama apabila memikirkan soal bantuan jika berlaku kecemasan.

"Talian komunikasi nasional iaitu Telstra 3G yang menjanjikan liputan 100 peratus

di Australia juga sering terputus kerana tidak ada sebarang penempatan di situ.
"Tetapi kerisauan hilang apabila kami bertembung dengan kenderaan pelancong lain dan polis peronda.

"Terdapat juga beberapa rumah rehat atau penginapan serta pekan kecil walaupun jarak antara satu sama lain beratus kilometer jauhnya.

"Kadang-kadang kami rasakan seperti berkeluarga ang-kat sesama pelancong kerana kami melalui jalan yang sama selama berhari-hari dan sering berjumpa mereka di tempat rehat yang sama," katanya.

Sebelum berkembara itu, Syarimah dan suami membuat persediaan mental dan fizikal.

"Penting sekali mempu�nyai persediaan mental dan fizikal. Satu, cabarannya besar kerana kami akan memandu berhari-hari melalui jalan raya di pedalaman dan lebuh raya yang langsung tidak ada penempatan. Kedua, kenderaan perlu dilakukan servis sepenuh�nya sebelum perjalanan bagi memastikan ia dalam keadaan sangat baik.

"Ketiga, menyediakan keperluan asas ketika kecemasan seperti lampu suluh dan walkie- talkie. Jika kenderaan yang dinaiki mengalami kerosakan dalam perjalanan, ia mengambil masa berhari-hari sebelum bantuan sampai. Harga alat ganti juga akan dikenakan lima hingga 10 kali ganda daripada biasa kerana ia akan dibawa dari bandar besar. Jadi seboleh mungkin kami mahu elakkan perkara ini berlaku," katanya.

Perancangan perjalanan juga perlu teliti serta mengira jarak pemanduan dengan kapasiti tangki minyak kerana bukan semua hentian rehat mempu�nyai stesen minyak.

Pengalaman paling tidak dilupakannya dalam perjalanan enam hari itu ialah melihat dengan lebih dekat lombong emas terbesar di Australia dan antara yang terbesar di dunia.

"Selain itu saya juga mula mengetahui sejarah bagaimana orang Afghanistan membawa unta ke Australia. Mereka menjadikan unta sebagai pengangkutan sebelum adanya kenderaan.

"Penempatan pertama mereka adalah di Australia Barat. Kami juga memandu �di jalan raya yang terlurus dan terpanjang di Australia (146.6 km) dan antara yang terlurus, terpanjang di dunia. Memandu di lebuh raya National 1, jarak keseluruhan 14,500 km juga adalah lebuh raya nasional terpanjang di dunia.

"Di Balladonia pula, populasi penduduk sekitar sembilan hing�ga 20 orang saja dan hanya terdapat motel, kafe, stesen minyak dan muzium sejarah. Di situ saya dapat melihat dan menyentuh serpihan kapal angkasa lepas Amerika Syarikat yang jatuh pada 1979," kata Syarimah.

Dia menjelaskan, Balladonia bukanlah pekan kecil, tetapi ia hanya dikenali sebagai 'roadhouse'. Balladonia roadhouse dibuka tujuh hari seminggu antara jam 7 pagi hingga lewat petang.

Selain kemudahan asas, ia menyediakan ruang parkir untuk karavan dan hentian rehat yang penting untuk pelancong sebelum meneruskan perjalanan seterusnya yang mencabar mental dan fizikal.

"Hari kedua dan ketiga kami tidak melalui pekan kecil, hanya 'roadhouse'. Kami menempuh pekan kecil hanya pada hari pertama, keempat dan kelima saja," katanya.

Cerita Syarimah seterusnya, walaupun Australia adalah negara moden dan maju, sesetengah kawasan kampung dan pedalaman masih mengekalkan kehidupan gaya 60-an dan 70-an.

"Tempat sebegitu diwujudkan untuk tarikan pelancong. Setiap kampung kecil ada keistimewaan dan sejarah tersendiri dan mereka masih menyumbang kepada ekonomi negara seperti mengusahakan ladang, ternakan dan perlombongan. Jangan terkejut, walaupun kampung kecil yang jumlah penduduknya sedikit, mereka ada pusat khidmat pelancongan dan menjual cenderahati yang melambangkan kemegahan kawasan terbabit.

"Saya juga berpeluang singgah di kampung kecil bernama Bordertown, Australia Selatan yang terkenal dengan kangaru putih dan di situlah tanah kelahiran bekas Perdana Menteri Australia yang ke-23, Bob Hawker (1983-1991).

"Terlalu banyak yang dapat dilihat dalam perjalanan itu dan tidak mungkin dapat pe�ngalaman sama di tempat lain.

"Contohnya melihat rangka dan tulang dingo (haiwan Australia) yang reput berusia lebih 100 tahun. Menjejakkan kaki di pekan kecil yang bernama Kimba di Australia Selatan di mana Kimba menjadi penanda yang kita berada di tengah atau separuh jalan antara barat dan timur Australia," kenang Syarimah.

Ketika dalam perjalanan dari Ceduna ke Adelaide, dia dan suaminya hampir putus harapan gara-gara ingin mencari kopi panas.

"Kami terpaksa keluar masuk pekan kecil sehinggalah pekan yang keempat baru jumpa stesen minyak yang menjual minuman panas.

"Itupun tidak ada pilihan kopi, hanya ada satu jenis saja. Kata jurujual di situ, mereka kehabisan stok dan masih menunggu trak dari bandar besar masuk ke kawasan mereka," katanya.

Begitulah keadaannya di tempat terpencil dan dia pernah ternampak sebuah stesen yang kehabisan minyak dan perlu menunggu berhari-hari sebelum lori minyak sampai di situ.

Sebagai Muslim, bekalan makanan sentiasa dititikberatkan, selain menjimatkan perbelanjaan.

"Memang sukar mencari makanan halal. Saya membawa periuk memasak kembara, makanan dalam tin, makanan ringan dan roti. Terdapat juga kedai runcit dan kafe di kawasan pedalaman dan pekan kecil, tetapi harganya mahal berkali ganda.

"Sepanjang perjalanan, kami memastikan berehat dan tidur sebaik matahari terbenam serta memulakan perjalanan seterusnya awal pagi. Kami menyewa motel saja," katanya.

Malam pertama di Kalgoorlie, seterusnya di Mundrabilla (Australia Barat), Ceduna dan Adelaide (Australia Selatan) sebelum sampai ke Melbourne. Purata pemanduan sehari kira-kira 10 jam yang boleh membabitkan jarak sehingga 800 kilometer.

Pelancong tidak digalakkan memandu waktu malam kerana ia waktu haiwan liar keluar, juga ancaman kepada pemanduan. Sekiranya berlaku kecemasan pada waktu malam, peluang untuk diselamatkan agak tipis dan sebab itu, rata-rata pelancong menghentikan pemanduan sebaik hari gelap.

Apalagi yang ingin dikatakan Syarimah melainkan kagum melihat pemandangan alam sekitar yang cantik dan semula jadi, malah apabila dia melihat ladang bunga canola yang menguning saujana mata memandang (sejenis bunga bagi membuat minyak masak), dia terus teringatkan suasana jelapang padi di Malaysia. Kerinduan pada tanah air mula terdetik di hati.

"Alhamdulillah kami tidak sesat kerana ini perjalanan dan pengalaman kedua buat suami," kata Syarimah sambil menambah walaupun perjalanan mereka melalui kawasan pedalaman dan ada kalanya langsung tidak ada penempatan, mutu jalan raya begitu memuaskan terutama
di Australia Barat.

Kata orang mengembara suami isteri juga menguji kesabaran diri dan bagi Syarimah, segalanya makin menguatkan kasih sayang dengan suaminya, juruterbang kelahiran Singapura.

"Memandu berhari-hari memang agak membosankan, inilah antara cabaran mental yang perlu dilalui. Jika diimbau kembali, memang lucu rasanya. Stesen radio amat terhad, jadi kami memutarkan cakera padat berulang kali sambil menyanyi bersama bagi mengelakkan mengantuk.

"Menjadi kebiasaan bagi pemandu di Australia melambai tangan ke arah pemandu arah bertentangan terutama di lebuh raya yang kami lalui. Bukan kerap kenderaan datang dari arah bertentangan, oleh itu apabila bertembung kami teruja sambil membalas lambaian dan menangkap gambar mereka.

"Pendek kata kami terpaksa menceriakan suasana di dalam kereta sehingga datang idea membuat pertandingan siapa yang bertahan tidak bercakap paling lama," cerita Syarimah sambil tergelak.

Seorang daripada abang kepada bekas pramugari itu juga suka mengembara sehingga ada waktunya dia mengembara hampir setengah tahun setiap kali pengembaraan.

Menurut Syarimah, suaminya yang banyak memandu kerana dia lebih suka mengambil gambar. Cuma apabila sang suami sudah mengantuk dan keletihan barulah isteri me-ngambil alih pemanduan.

"Perjalanan merentas tiga negeri selama enam hari tidak mencukupi bagi kami, masih ada beberapa kawasan yang tidak sempat kami lawati.

"Saya bercita-cita untuk meneruskan pengembaraan mengelilingi seluruh Australia yang biasanya mengambil masa berbulan lamanya dan apa yang penting sekali, menimba pengalaman dan merakamkan gambar sebanyak boleh," katanya.

Mengembara bagi Syarimah bukan sekadar membawa diri sendiri, tetapi juga membawa nama negara.

"Ada pelancong asing yang bertanya asal kami, malah melihat saya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak ketika berhenti di jalan raya terpanjang dan terlurus di Australia. Penduduk tempatan juga sedikit hairan dan pelik lantas menanyakan kami soalan yang sama.

"Mereka sukar melihat pelancong Asia melakukan pengembaraan seperti ini kerana kebanyakannya lebih suka melancong ke bandar besar dan terkenal seperti Sydney, Melbourne, Perth dan Brisbane. Sebenarnya ramai yang tidak tahu, hasil usaha penduduk kampung dan pedalaman yang menyumbang kepada ekonomi negara terutama Australia Barat yang terkenal dengan hasil perlombongannya," katanya.

Pengakhir kata, Syarimah berkongsi pada rakyat Malaysia yang mahu melakukan perjalanan sama.

"Paling penting kekuatan mental. Apabila mengembara di Australia, jangan samakan dengan negara kita. Jangan ambil mudah dalam setiap perkara yang dilakukan.

"Masa yang sesuai untuk melakukan perjalanan sama adalah pada musim luruh dan musim bunga. Tidak digalakkan pada musim sejuk kerana suhunya akan jatuh sehingga minimum manakala musim panas iaitu antara Disember hingga Mac, suhunya akan naik sehingga lebih 45 darjah Celsius. Sangat panas," katanya.

Heliza Jadi Penceramah Motivasi

Posted: 18 Oct 2010 10:11 PM PDT

Heliza bergambar kenangan bersama kedua-dua ibu bapanya ketika majlis konvokesyen

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi, 24, yang sudah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 11 Oktober lalu bukan sekadar menjadi penyanyi malah turut di undang menjadi penceramah motivasi di sekolah-sekolah.

Pada minggu lalu, dia menerima undangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Sabah untuk bercerita mengenai pemakaian tudung.

Peluang yang diterimanya itu kata Heliza membuka minatnya untuk menjadi penceramah motivasi pada masa akan datang.

"Saya kena tambahkan ilmu lagi jika mahu menjadi seorang penceramah motivasi yang berjaya kerana saya semakin minat dalam bidang ini. Tidak sangka pula selepas tamat belajar, banyak pula peluang untuk saya memberi ceramah di sekolah," katanya yang telah berjaya mendapat segulung ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pendidikan Sains, Biologi dan Kimia

Katanya, walaupun mempunyai kerja yang banyak sebagai seorang artis di Kuala Lumpur Heliza terpaksa meluangkan masa untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menggalakkan mereka ke sekolah selepas peperiksaan. "Selepas ini, saya turut mendapat jemputan untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah di Perak. Walaupun sibuk, saya tetap akan cuba memberikan sumbang kepada para pelajar sekali gus dapat mempraktikkan bidang pendidikan yang saya pelajari sebelum ini," katanya yang mengakui seronok berjumpa dengan pelajar-pelajar sekolah. Ternyata nalurinya sebagai seorang guru tidak pernah luntur dan Heliza akan cuba membahagikan masa antara bidang seni dan juga pendidikan. Setelah berjaya menerima segulung ijazah, penyanyi berasal dari Kuala Terengganu ini menyifatkan ia seperti mimpi kerana dia terpaksa memberi tumpuan selama lima tahun untuk memperoleh kejayaan tersebut. "Bukan mudah untuk saya habiskan pengajian ini sebab sepatutnya saya hanya mengambil masa empat tahun tetapi sebab sibuk dengan karier seni, saya terpaksa tangguh pengajian setahun. "Paling mengharukan, semasa menerima ijazah, ramai yang menepuk tangan apabila tiba giliran nama saya disebut. Ada yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saya. "Saya berhasrat nak sambung pengajian pada peringkat sarjana tetapi bukan dalam masa terdekat ini sebab saya juga baru membuka syarikat produksi," ujarnya.

"Halimah Jongang 2" Ilham Wanita Macam "Puntianak" - A.Aida

Posted: 18 Oct 2010 10:11 PM PDT

PETALING JAYA: Selepas dituduh menghina wanita bergigi jongang menerusi drama bersiri Halimah Jongang musim pertama, produser drama A.Aida (gambar) meneruskan sambungan drama tersebut berdasarkan kisah sebenar wanita kampung.

Penerbit A.Aida Production itu berkata, untuk musim kedua, drama berkenaan akan memaparkan kisah bagaimana suami wanita-wanita kampung mengabaikan isteri masing-masing yang tidak pandai menjaga diri.

"Ada segelintir wanita kampung ni imej dia orang macam "puntianak". Suami tengok pun lari. Sebab itulah saya hasilkan sambungan drama ini untuk mengajar isteri bagaimana nak jaga penampilan supaya suami tak cari orang lain," katanya.

Drama berkenaan dihasilkan sebanyak 26 episod berbanding 13 episod pada musim pertama yang menemui penonton awal tahun ini.

Jelas A.Aida, dia bukan berhasrat menghina wanita kampung sebaliknya pengalaman sebenar rakan-rakannya itu mengajar A.Aida untuk mendidik mereka menerusi elemen drama dan hiburan.

Ujarnya, untuk musim ke dua ini, watak Halimah lakonan Sheera Iskandar yang sebelum ini sudah mempunyai gigi yang sempurna menjadi jongang semula.

Bagaimanapun katanya disebabkan Halimah pandai menjaga penampilan, dia menjadi kegilaan lelaki di kampung menyebabkan suami isteri mereka cemburu.

"Saya tekankan di sini macam mana Halimah mengajar istreri-isteri yang cemburu ini untuk menjadi wanita cantik sehingga suami mereka mahu berkepit dengan isteri masing-masing selepas perubahan imej itu," katanya.

Ditanya adakah tindakan itu akan mengundang kontroversi sama seperti penghasilan drama itu musim pertama lalu, kata A.Aida apa yang penting inti pati drama berkenaan yang mempunyai mesej kuat untuk masyarakat.

Ujarnya, skrip drama itu dihasilkan selepas melihat bagaimana seorang wanita di kampungnya di Terengganu menangis apabila suaminya hendak berkahwin lain kerana si isteri tidak pandai menjaga imej.

Atas dasar simpati itu ujarnya, dia merasakan adalah wajar tema berkenaan diangkat untuk membolehkan mereka yang selama ini tidak mementingkan penjagaan diri mampu mengubah penampilan masing-masing.

Ujar Aida, sekiranya drama itu mendapat rating melebihi 700,000 penonton bagi setiap episod, dia akan memberikan RM500 bagi setiap episod berkenaan kepada rumah-rumah kebajikan.

A.Aida berkata dia tidak kisah apa juga persepsi masyarakat terhadapnya dengan menghasilkan drama-drama yang mempunyai tajuk menghina tetapi matlamatnya adalah untuk memberi didikan kepada orang ramai.

Selain Halimah Jongang, A.Aida juga pernah menghasilkan drama Nizam Kambing dan Fatimah Juling sementara drama Dollah Hapak akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Halimah Jongang musim kedua akan menemui penonton setiap hari Rabu mulai 27 Oktober ini menerusi saluran Astro Prima, pukul 9 malam.

"Ponti Anak Remaja" Tidak Meniru "Twilight"

Posted: 18 Oct 2010 10:10 PM PDT

Nizam Zakaria

PETALING JAYA: Drama bersiri Ponti Anak Remaja yang bakal disiarkan pada 25 Oktober ini tidak meniru filem popular Hollywood berjudul Twilight.

Menurut pengarahnya Nizam Zakaria, 36, drama itu yang merupakan kesinambungan telefilem Ponti Anak Remaja yang pernah disiarkan pada tahun 2008 itu tidak meniru mana-mana adegan atau unsur dalam filem bersiri Hollywood tersebut, malah skrip asal yang ditulisnya juga adalah berdasarkan kajian dan kisah cerita dongeng Melayu.

"Cerita ini tiada kaitan dengan filem Twilight sebab telefilem Ponti Anak Remaja lebih dahulu keluar berbanding filem Hollywood berkenaan. Malah jalan cerita juga berbeza, kita lebih menerapkan unsur Kemelayuan.

"Saya sudah lama buat kajian tentang makhluk-makhluk seperti puntianak melalui bacaan dan cerita-cerita Melayu dulu. Saya telah menulis novel sejak berusia 20 tahun antaranya Susuk dan Awang Vimpiro yang mana cerita ini telah diterbitkan pada tahun 2005," katanya pada sidang media pelancaran drama mini bersiri Ponti Anak Remaja di Damansara, dekat sini, Isnin.

Drama sebanyak empat episod yang memakan masa 1 jam itu bakal disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Liyana Jasmay, Nazim Othman, Tam Shuhaimi dan Azlee Khairi.

Jelas Nizam, sambutan menggalakkan dan permintaan peminat terhadap telefilem Ponti Anak Remaja sebelum ini membuatkan drama mini bersiri berkenaan di terbitkan.

"Kita lihat telefilem tersebut sudah beberapa kali diulang tayang dan ramai yang bagi respons positif. Jadi saya cuba ia dijadikan sebagai drama bersiri.

"Walaupun hanya empat siri sahaja, saya sudah cukup puas hati dengan hasilnya. Saya rasa bagaikan sebuah filem terutama dari segi kualiti," katanya.

Antara yang terlibat dalam drama Ponti Anak Remaja

Dalam pada itu, tambah Nizam, cabaran paling utama ialah dari segi ketelitian dalam pembikinannya kerana drama ini menggunakan teknik penghasilan imej janaan komputer (CGI).

"Drama ini banyak menggunakan teknik CGI, sudah tentu cabaran utama ialah dari segi ketelitian. Memang saya akui ia menggunakan kos yang tinggi sedikit berbanding drama biasa," jelasnya yang juga pengarah drama Dottie.

Drama ini masih lagi mengisahkan hidup Ponti iaitu puntianak yang berubah menjadi manusia dan terpaksa berdepan dengan onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur.

Konflik tercetus apabila kekasih lama pada alam puntianaknya dahulu datang kembali merebut kasih Ponti yang kini telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Hazuan.

Watak Kurang Mencabar Punca Tidak Tercalon FFM23 - Liyana Jasmay

Posted: 18 Oct 2010 10:09 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM22), Liyana Jasmay sudah menjangka tidak terpilih dalam sebarang kategori FFM pada tahun ini yang akan diadakan pada 24 Oktober ini di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Biarpun terkilan, dia mengakui watak-watak dalam filem yang dilakonkan sepanjang 2010 seperti Niyang Rapik dan Syair Si Pari-Pari kurang mencabar berbanding berbanding artis lain yang tercalon.

"Memang saya sedih tapi saya akui watak saya dalam filem lakonan saya tahun ini kurang mencabar berbanding mereka yang tercalon. Kalau saya tercalon sekalipun, saya malu sebab yang lain semuanya bagus-bagus belaka selain mempunyai watak yang kuat dalam filem mereka.

"Tahun lepas saya sudah menang tak kan setiap tahun nak menang, berilah pada orang lain pula," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Drama Ponti Anak Remaja yang diadakan di Bukit Damansara dekat sini, Isnin.

Tambah Liyana, dia mengharapkan pada tahun akan datang dia mampu memberi saingan semula kepada FFM.

"Insya-Allah tahun depan saya berharap akan tercalon di FFM sebab filem-filem yang bakal keluar semuanya agak kuat wataknya. Antara filem yang sudah pun habis penggambaran ialah Khurafat, Senjakala, dan Tolong Awek Aku Pontianak.

"Melalui filem-filem tersebut juga saya bawa pelbagai watak. Dalam filem Khurafat saya perlu bertudung dan watak pasangan suami isteri berkahwin muda, manakala filem seram Senjakala, memegang watak seseorang yang mencari identiti," katanya.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon drama, dia mengakui agak memilih untuk muncul dalam apa juga drama kerana tidak mahu penonton jemu melihat lakonannya.

"Setakat ini dua drama sahaja yang saya berlakon iaitu Laila Sari dan Ponti Anak Remaja. Ini kerana saya mahu fokus kepada lakonan dalam filem.

"Saya tidak mahu terlalu banyak muncul melalui drama sehingga orang jemu melihat muka saya. Selain itu setiap lakonan dalam filem, saya memberi tumpuan kepada watak yang berbeza," katanya.

Liyana Bersama Barisan Pelakon Ponti Anak Remaja

Ujarnya lagi, dia lebih gemar melakonkan watak yang sesuai mengikut usianya dilakonkan mengikut usianya.

Wataknya dalam Ponti Anak Remaja ujar Liyana, adalahbersesuaian dengan karakternya sebagai gadis remaja yang gemar berfesyen.

"Saya anggap drama ini istimewa sebab saya suka jalan ceritanya. Dari segi watak Ponti ia terlalu dekat dengan diri saya," katanya.

Katy Perry & Russel Brand Elak Melakukan Seks Sebelum Kahwin

Posted: 18 Oct 2010 10:08 PM PDT

Russel dan Katty bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka di India pada 23 Oktober ini.

PENYANYI Katy Perry yang bakal berkahwin dengan pelakon komedi Russel Brand menghentikan seketika hubungan intim bersama kekasihnya itu sehingga mereka bergelar suami isteri.

Menurut sumber terdekat Katy, permintaan itu adalah untuk membolehkan malam pertama perkahwinan mereka adalah sesuatu yang istimewa.

"Katy mahu perkahwinan mereka akan jadi lebih istimewa termasuk pada malam pertama. Dia telah meminta kekasihnya itu tidak mengadakan sebarang hubungan seks sebelum hari perkahwinan mereka pada 23 Oktober ini," ujarnya seperti dipetik Contactmusic.

Russel yang dikenali sebagai buaya darat di kalangan penggiat industri hiburan Hollywood akur dan menuruti permintaan bakal isterinya itu.

"Russel bersetuju dengan idea Katy, mereka yakin perkara tersebut bakal menjadi yang paling istimewa pada malam pertama mereka selepas kedua-duanya secara rasmi menjadi pasangan suami isteri," kata sumber tersebut.

Upacara pernikahan penyanyi lagu I Kissed a Girl itu bakal mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan konsep ala Hindu di Hotel Taj Rambagh Palace, Jaipur, India.

Anak Micheal Jackson Mahu Beli Neverland

Posted: 18 Oct 2010 10:07 PM PDT

Prince (kanan), Paris (kiri) dan Blanket (bawah)bakal 'merampas' semula Neverland yang pernah menjadi milik bapa mereka, Micheal Jackson.

DEMI maruah mendiang Raja Pop Dunia, Micheal Jackson, dua orang anaknya, Prince Micheal,13, dan Paris,12, sedang berjuang untuk mendapatkan kembali kediaman bapa mereka yang terletak di Neverland.

Malah mereka juga sanggup membeli kediaman itu yang bernilai RM350 juta ($50 juta pound).

"Paris dan Prince begitu rindukan Micheal dan mereka mempunyai pelbagai kenangan indah bersama bapa mereka di Neverland.

"Mereka juga tidak mahu kediaman itu menjadi milik orang luar. Tambah pula, mereka sedang merancang untuk membina taman komuniti serta pusat haiwan," kata satu sumber kepada Daily Mail.

Tambah sumber itu, anak ketiga Micheal iaitu Blanket, 7, sudah mula jatuh cinta dengan keunikan kawasan kediaman itu selepas melawat Neverland beberapa bulan lepas.

Ketiga-tiga anak Micheal bakal bergelar jutawan apabila mewarisi harta Micheal Jackson pada usia 21 tahun.

Kursus ilmu rumah tangga

Posted: 18 Oct 2010 10:06 PM PDT


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka. - Gambar hiasan


KEBAHAGIAAN dalam rumah tangga merupakan impian bagi pasangan yang telah berkahwin biarpun mengetahui untuk mencapainya bukan perkara mudah kerana banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi.

Oleh itu kemahiran yang mencukupi sebelum menuju ke gerbang perkahwinan merupakan antara persediaan penting.

Menyedari akan hakikat tersebut, setiap pasangan yang beragama Islam diwajibkan menghadiri kursus praperkahwinan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Untuk itu bagi memenuhi keperluan prasyarat yang telah ditetapkan itu, hari ini terdapat pelbagai pihak bersedia menganjurkan kursus-kursus tersebut.

Antaranya, Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan yang terletak di 26-1, Jalan 1/76C, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Pengusahanya, Mohd. Roslan Abd. Ghani, 47, mengakui kursus praperkahwinan hari ini perlu dalam usaha menjelaskan dan mendedahkan pasangan yang bakal mendirikan 'masjid' tentang peranan dan tanggungjawab serta memberi kemahiran tentang bagaimana menangani konflik yang berlaku di alam rumah tangga dengan cara bijaksana.

Tambah beliau, selain ingin membantu pasangan Islam mendapat pendedahan awal mengenai alam rumah tangga, Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan dibuka bertujuan memudahkan penduduk di sekitar kawasan Ampang mendapatkan tempat untuk berkhusus yang jauh daripada kesibukan kota.

Dibuka awal Januari lalu, ia bukan sahaja menawarkan kursus praperkahwinan, malah perkhidmatan lain untuk mereka yang bakal bergelar 'raja sehari' seperti perkhidmatan membuat kad kahwin, katering, kanopi, jurugambar dan lain-lain lagi.

''Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan ini merupakan pusat yang mendapat kelulusan atau kebenaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

''Untuk itu, semua penceramah merupakan mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

''Bukan itu sahaja malah, sijil kursus juga akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),'' ujarnya ketika ditemui di premisnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Mohd. Roslan, pihaknya menawarkan pakej kursus selama dua hari yang lazimnya dibuat pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan disertakan dengan makan tengah hari serta minum petang.

Jelasnya lagi, modul yang digunakan merupakan modul yang dikeluarkan oleh Jakim dan sepanjang dua hari kursus sebanyak 12 modul digunakan dengan enam orang penceramah.

Mengenai yuran yang dikenakan kepada setiap pasangan yang ingin berkursus, menurut Mohd. Roslan, pihaknya tidak mengenakan bayaran sama seperti mana-mana pusat kursus yang lain iaitu RM80.

''Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan mampu menampung 60 hingga 100 orang pada satu-satu masa.

''Bagaimanapun kami menggalakkan setiap pasangan membuat tempahan awal agar mudah kami menyediakan modul-modul serta keperluan yang lain.

Bagi yang ingin mengikuti kursus di Pusat Kursus Praperkahwinan Rihan, boleh menghubungi talian 013-3889141 atau 017-2448584.

HRT atasi gangguan simptom menopaus

Posted: 18 Oct 2010 10:05 PM PDT


Sebahagian daripada wanita yang hadir pada Sambutan Hari Menopaus Kebangsaan sempena Hari Menopaus Sedunia 2010 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


SETIAP insan yang bergelar wanita pasti akan mengalami proses terhenti pusingan haid atau lebih dikenali sebagai menopaus apabila usia mereka menjangkau 50 tahun ke atas.

Bagaimanapun pemahaman wanita di Malaysia mengenai kitar biologi normal itu masih cetek dan jauh ketinggalan berbanding di negara luar, membuatkan mereka sentiasa takut menempuhinya.

Lebih teruk, mendengar perkataan menopaus sudah cukup membuatkan kebanyakan wanita tidak senang duduk dan berfikiran negatif untuk melalui detik itu.

Perasaan bimbang, kurang ceria, tiada keyakinan diri, malu, sedih, tidak selesa dan tertekan terus menyelubungi diri seolah-olah menopaus adalah kemuncak segala masalah.

Diakui menopaus mampu menyebabkan pelbagai simptom yang menyumbang kepada masalah kesihatan secara mental dan fizikal yang kronik termasuk kerap kencing, panas, kemerahan wajah, berpeluh dengan banyak, tekanan perasaan, hilang ingatan, peningkatan berat badan dan osteoporosis.

Namun pemahaman tepat secara mendalam mengenai menopaus akan membantu wanita untuk lebih bersedia menempuh saat itu dengan tenang.

Pemahaman itu juga untuk mendidik keluarga, rakan dan syarikat korporat untuk sama-sama menyokong serta membantu mereka yang mengalaminya agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat secara mental serta fizikal.

Golongan wanita harus sedar, menopaus boleh dirawat melalui kaedah perubatan moden untuk menangani atau mengurangkan simptom-simptomnya.

Presiden Persatuan Menopaus Malaysia (MMS), Dr. Ho Choon Moy berkata, satu daripada kaedah yang amat berkesan dalam merawat simptom menopaus adalah melalui Rawatan Penggantian Hormon (HRT).

Katanya, HRT merupakan satu sistem rawatan perubatan moden untuk mengatasi gangguan dialami seseorang wanita menopaus yang disebabkan kekurangan hormon estrogen.

Penggantian itu, jelasnya dilakukan dengan cara memasukkan hormon estrogen melalui beberapa kaedah sama ada secara oral, injeksi atau krim vagina.

"Dengan menjalani HRT, seseorang wanita yang mengalami menopaus akan dapat mengatasi gangguan ini bagi jangka masa pendek dan panjang.

"HRT juga menjadikan dinding vagina lebih elastik yang sangat membantu ketika wanita melakukan hubungan seksual.

"Pada masa sama, HRT membantu otot lebih kuat dan lentur yang mana mampu memperbaiki tekstur rambut serta menjadikan kulit lebih halus dan elastik," katanya yang juga Pakar Perunding Obstetriks dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Menopaus Kebangsaan sempena Sambutan Hari Menopaus Sedunia 2010 di Tropicana Golf & Country Resort, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dengan tema Memperkasa Masa yang Indah, sambutan itu dianjurkan MMS bagi meningkatkan kesedaran masyarakat bukan sahaja di kalangan wanita tetapi juga kaum keluarga, rakan-rakan dan syarikat korporat supaya memahami menopaus.

Sambutan itu memberi peluang kepada lebih 300 peserta untuk mendengar hasil kajian dan maklumat berkaitan menopaus yang dibentangkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan masalah berkenaan.

Sidang perjuangkan nasib kanak-kanak

Posted: 18 Oct 2010 10:05 PM PDT


Kanak-kanak yang mewakili generasi masa depan diberi penghormatan untuk bersama-sama meraikan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SETIAP daripada kita memerlukan pemimpin yang akan bangun dan memperjuangkan nasib sesuatu bangsa dan negara itu pada masa depan.

Harapan itu pastinya disandarkan kepada generasi muda hari ini iaitu kanak-kanak yang bakal menjadi golongan yang sedia menerima cabaran dan menjadi pemimpin yang berkaliber.

Malangnya ada di sesetengah negara yang tidak meletakkan nasib dan hak kanak-kanak itu di tempat sewajarnya.

Akibat kemelut kemiskinan mahupun kekangan akibat peperangan, halangan infrastruktur mahupun sosial, hak kanak-kanak ini dinafikan dan terus menjadi mangsa kepada keadaan.

Justeru Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula dari 10 hingga 13 Oktober lalu dilihat sebagai usaha yang jelas untuk memberi gambaran kepada dunia, betapa pentingnya kanak-kanak di setiap negara diberikan perhatian sewajarnya.

Bertemakan Kanak-Kanak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok, ia dihadiri oleh 15 wanita pertama, enam wakil wanita pertama dan 20 menteri pada sidang kemuncak yang dihoskan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada sidang kemuncak itu juga, para wanita pertama sepakat meluluskan deklarasi menegaskan kepentingan untuk memberi tumpuan terhadap tiga aspek utama iaitu pendidikan, kekeluargaan dan komuniti bagi membina generasi muda yang berkepimpinan, bertanggungjawab dan berguna pada masa depan.

Untuk mencapai hasrat berkenaan mereka juga berjanji akan bekerjasama dengan semua pihak terutamanya kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, ahli perniagaan dan media untuk mencapai sekurang-kurangnya satu matlamat dalam tiga aspek berkenaan.

Dalam aspek pendidikan, antara matlamat yang ingin dicapai ialah memberikan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di negara masing-masing sejak awal usia dan memastikan kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapatkan hak sama rata dalam menuntut ilmu.

Ibu bapa juga diminta menyediakan program serta diet yang seimbang untuk mengoptimumkan perkembangan fizikal dan mental anak-anak, mengenal pasti kemahiran dan menyokong hobi anak-anak, memberikan bimbingan dan mengukuhkan semangat kekeluargaan.

Sehubungan itu komuniti pula ditetapkan menerusi deklarasi berkenaan agar mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak membesar.

Pada masa sama meminta agar undang-undang dan akta perlindungan kanak-kanak serta hak asasi manusia dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

Kesemua deklarasi yang dipersetujui sebulat suara itu akan dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diberi perhatian oleh masyarakat dunia.

Selaku tuan rumah persidangan itu, Malaysia akan mengemukakan deklarasi itu kepada Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada Setiausaha Agung badan dunia itu.

Rosmah berkata, pada sidang akhbar selepas deklarasi itu, beliau berhasrat untuk melihat sidang kemuncak pada 2012 nanti dengan lebih ramai penyertaan termasuk dari negara-negara maju berdasarkan kepada kejayaan program itu di Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya, menerusi penyertaan dari negara-negara maju, mereka boleh memberi maklum balas mengenai aspek yang perlu difokuskan dalam usaha meningkatkan kepentingan kanak-kanak dalam masa yang sama boleh mempelajari sesuatu daripada peserta dari negara-negara membangun.

Pada persidangan hari ketiga turut menyaksikan sekumpulan kanak-kanak telah diberikan peranan memakai pakaian yang mewakili pelbagai bangsa sebagai mewakili setiap naluri halus kanak-kanak dunia.

Sebelum itu, beberapa pelajar juga turut melafazkan mesej kanak-kanak Malaysia kepada wanita-wanita pertama yang diketuai oleh Zoe Lim Shu Mei, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA. Kuala Lumpur.

Dalam mesej ini mereka menyuarakan rasa betapa pentingnya kanak-kanak dunia diberikan perhatian, pendidikan, perlindungan dan keselesaan yang sewajarnya.

Jangan jadi 'si Tanggang'

Posted: 18 Oct 2010 10:04 PM PDT


Awiah Awi menerima trofi Ibu Mithali 2010 daripada Rosmah Mansor di PWTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


APAKAH pilihan yang ada bagi ibu bapa kepada anak-anak mereka kecuali mesti menjadi yang terbaik kepada seluruh ahli keluarga. Lantaran itu ibu bapa 'wajib' menjadi contoh kerana mereka sahajalah role model yang ada pada si anak.

Namun beban kadang kala dilihat lebih berat digalas oleh insan yang bergelar ibu! Dalam banyak keadaan merekalah ibu, merekalah juga bapa kepada anak-anak.

Membesarkan anak-anak seorang diri yang kadang kala di celah-celah lemparan kata nista masyarakat, namun si ibu tidak pernah memikirkan dirinya. Sebaliknya, yang menjadi keutamaannya adalah anak-anak.

Tepatlah sebagaimana kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana mengurniakan keupayaan luar biasa kepada wanita yang bergelar ibu.

Ibu bukan hanya mengandung atau melahirkan anak, tetapi dalam kehidupan bersendirian pun mampu membesarkan anak-anak sehingga berjaya.

"Namun menjadi seorang ibu cemerlang bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi.

"Lebih mengagumkan, sesibuk manapun menguruskan rumahtangga, kaum ibu dulu dan kini ada yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini semua menyerlahkan lagi dinamika sebagai seorang wanita," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Ibu Mithali 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Jamil Khir lagi, perbezaan zaman menjadikan corak didikan ibu sekarang dengan dahulu turut berbeza.

Katanya, ibu bapa dahulu mungkin menggunakan pendekatan yang tegas terutama dalam membentuk akhlak dan mentaati ibadat. Berbeza pula dengan ibu-ibu sekarang yang mahu menjadi ibu dan sekali gus sahabat kepada anak-anak.

"Semua pendekatan ini tidak ada salahnya, asalkan sahaja aplikasinya dapat disesuaikan dengan realiti dan situasi," katanya.

Namun Jamil Khir menyuarakan kebimbangan beliau betapa semakin ketaranya kes-kes anak-anak yang derhaka atau 'si Tanggang' terhadap ibu mereka sejak kebelakangan ini.

Ini termasuklah kes-kes penderaan fizikal, serangan dan pergaduhan sehingga menyebabkan ada ibu yang cedera malah maut di tangan anaknya sendiri.

"Sepanjang tahun 2008 sehingga Jun 2010 misalnya, sebanyak 91 kes penderaan fizikal terhadap ibu kandung dilaporkan, termasuk 24 kes terhadap ibu mentua, lima kes ibu saudara dan satu kes melibatkan ibu tiri.

"Malah terdapat kes melibatkan anak seawal usia 16 tahun yang didapati sanggup mendera ibunya sendiri," katanya.

Tidakkah si anak ini tahu penderhakaan terhadap ibu bapa adalah satu kemungkaran yang amat besar dan dimurkai Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW mengingatkan kita: "Setiap dosa itu ditangguhkan akibatnya sehingga hari kiamat oleh Allah berdasarkan apa yang dikehendaki-Nya, melainkan dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa, maka sesungguhnya ia disegerakan kepada pelakunya". (riwayat al Hakim)

Oleh itu, Jamil Khir mengingatkan anak-anak yang menderhaka bahawa mereka tidak akan mendapat keberkatan hidup.

"Jika maksiat derhaka ini dibiarkan berleluasa di dalam sesebuah masyarakat, maka banyaklah juga keberkatan yang akan ditarik oleh Allah daripada masyarakat itu," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir mahu penganugerahan ini dijadikan dorongan kepada para ibu agar dapat meneruskan perjuangan mereka seperti mana contoh pengorbanan para Ibu Mithali dan kisah kehebatan para ibu yang tercatat dalam al-Quran.

"Antara nama yang harum semerbak termasuklah Siti Maryam ibu kandung Nabi Isa, Asiah ibu angkat Nabi Musa, Siti Hajar ibu kandung Nabi Ismail serta Yukabid ibu kandung Nabi Musa," katanya dalam ucapannya di majlis itu.

Masyarakat dunia kata beliau, menyambut Hari Ibu pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun.

Bagaimanapun, Yadim mengorak langkah lebih jauh dalam menyatakan penghargaan dan menjunjung kemuliaan insan bernama ibu dengan menganugerahkan mereka sebagai Ibu Mithali.

"Pengorbanan seorang ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan," katanya.

Tambah Aziz Jamaluddin, syariat saie di antara bukit Safa dan Marwah dalam ibadat haji dan umrah adalah simbol keagungan memperingati peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar, bonda Nabi Ismail yang mana Siti Hajar penuh sabar dan tabah mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya.

Bahana Cinta dari chatting

Posted: 18 Oct 2010 10:03 PM PDT

"TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan.

''Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.'' Demikian cerita Nooratila dalam emelnya.

''Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan.

''Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami.

''Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami.

''Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya.

''Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu.

''Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL.

''Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin.

''Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia.

''Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa.

''Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya.

''Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.

maki hamun

''Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri.

''Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya.

''Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya.

''Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam.

Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja?

''Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti.

''Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?"

Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang.

Kambing panggang menu popular

Posted: 18 Oct 2010 10:02 PM PDT


SIAPA yang mampu menahan aroma kambing panggang BBQ yang menyelerakan?


HIDANGAN kambing panggang kini mula mendapat perhatian untuk sebarang jenis majlis. Tidak kira sama ada berskala kecil atau besar, hidangan menyelerakan itu cukup digemari tidak kira bangsa dan usia.

Siapa yang mampu menahan tarikan aroma kambing yang sedang dipanggang, cukup membuatkan semua tetamu kecur liur. Malah ramai yang pada mulanya mengakui tidak menjamah daging kambing, turut tidak mahu ketinggalan mencuba.

Sebagai panduan untuk pembaca, Syarikat Jelapang Warisan Sdn. Bhd. menawarkan hidangan kambing panggang yang cukup enak untuk semua majlis sepanjang tahun.

Menurut pemiliknya, Zulkhairi Md. Zain, jika dahulu kambing panggang gemar disediakan ketika rumah terbuka hari raya, kini ia mula mendapat perhatian tidak kira masa.

"Malah untuk majlis Aqiqah dan makan malam kecil juga permintaannnya kian meningkat," katanya.

Menurut beliau, pihaknya menyediakan khidmat kambing panggang siap dengan dua pelayan yang akan memanggang, memotong dan menghidang daging di lokasi majlis.

Masa yang diperlukan untuk memanggang tidak lama kerana kambing tersebut sudah separa masak sebelum dibawa.

Terdapat dua jenis kambing untuk dipilih iaitu kambing tempatan yang baru disembelih dengan harga RM1,200 seekor dan kambing Australia/ New Zealand sejuk beku berharga RM1,000 seekor.

Jelasnya lagi, seekor kambing panggang boleh dinikmati oleh antara 50 hingga 70 orang tetamu. Manakala andai dibuat masakan berkuah ia boleh dinikmati hingga 100 orang.

Jelapang Warisan menyediakan empat jenis sos iaitu sos lada hitam, sos cendawan, sos pudina dan air asam.

Ia didatangkan dengan hidangan sampingan iaitu roti bawang putih, sayur campur stim, coleslaw dan baked potato.

Selain kambing panggang, syarikat itu turut menyediakan khidmat katering pelbagai jenis masakan untuk majlis kenduri seperti nasi beriani, nasi minyak, kari, kurma dan pelbagai lagi mengikut permintaan pelanggan.

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal.

Sajian 200 jenis makanan Arab

Posted: 18 Oct 2010 10:01 PM PDT


Nasi mandy ayam.


IKA anda melalui Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, menuju ke Kampung Pandan, anda pasti akan tertoleh melihat sebuah bangunan batu dengan reka bentuk istana lama Arab yang tersergam indah.

Siapa menyangka bangunan milik El-Ozeir Sdn. Bhd., ini merupakan sebuah restoran milik orang Islam.

Terpampang tanda Restoran AlRawsha, sebuah restoran Arab yang menghidangkan makanan Lebanon dan Arab Yaman.

Restoran milik bersama Pengarahnya, Sharifah Zainab Syed Ahmad dan suaminya, Toufic Muhammad El-Ozeir ini merupakan cawangan kedua Restoran AlRawsha di mana cawangan pertama terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur yang dibuka pada 2004.

Selain merupakan restoran Arab yang terbesar, AlRawsah juga restoran makanan Arab pertama yang berkonsep pandu lalu dan dibuka 24 jam.

Menurut Sharifah Zainab, beliau dan suami memilih lokasi sekarang kerana mahukan sebuah kawasan yang besar dan di Kuala Lumpur memang sukar mendapatkan tanah yang luas.

Restoran dua tingkat yang terletak di kawasan seluas satu ekar dengan keluasan lantai 3,000 kaki persegi ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang pada satu masa.

''Di sini disediakan lebih 200 jenis masakan Arab yang amat digemari baik oleh golongan VIP, golongan istana mahupun orang kebanyakan.

"Bukan sahaja orang Melayu atau pelancong Arab malah orang Perancis, Rusia dan bangsa-bangsa lain di Malaysia juga menggemari makanan Arab kerana cara masakan yang menyihatkan di mana nasi, kambing dan ayam dimasak dengan cara ditanam di bawah tanah (mova).

''Nasi mandy (sesetengah orang memanggil nasi mandil) kami dimasak menggunakan minyak zaitun dan minyak jagung manakala kebanyakan makanan lain dimasak dengan cara dipanggang.

''Di antara menu istimewa kami ialah nasi mandi kambing, nasi mandi ayam, makanan Lebanon seperti humus (kacang kuda kisar yang dimakan bersama roti, makanan yang dipanggang, tebulah dan pelbagai jenis manisan).

''Selain pelanggan yang datang terus ke restoran, kami juga menerima tempahan daripada mereka yang hendak mengadakan sebarang majlis di sini.

''Banyak kemudahan yang disediakan di sini bagi keselesaan pelanggan seperti surau yang boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah, bilik bermain untuk kanak-kanak, butik pakaian muslimah, sudut minyak wangi Arab, bakeri roti Arab dan pasar mini yang menjual bahan-bahan masakan makanan Arab,'' ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

1Nita eksklusif untuk wanita

Posted: 18 Oct 2010 10:00 PM PDT


Noraini Ahmad (berdiri kanan) melayan tetamu yang hadir semasa rumah terbuka 1nita di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TIDAK mustahil satu hari nanti kedai dalam talian (online) menandingi kehebatan kedai di alam nyata. Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan, kerana apa saja perniagaan yang dilakukan menerusi Internet memang satu platform efisien selain menjimatkan masa peniaga juga pengguna.

Jumlah pengguna Internet yang makin meningkat dari hari ke hari bukti bahawa medium Internet mampu menjana pendapatan yang baik bagi peniaga khususnya wanita.

Sementara itu, wanita tidak kira dari apa jua latar belakang perniagaan sama ada kecil atau besar kini boleh memajukan perniagaan mereka melalui alam maya dengan terbentuknya laman web www.1nita.my di atas daya usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Laman web ini dikendalikan oleh .my Domain Registry, di mana setiap usahawan wanita yang telah mendaftar boleh menikmati peluang dan ruang untuk perniagaan mereka.

Jika tidak mempunyai kemahiran atau apa-apa pengetahuan dalam bidang IT tidak perlu khuatir kerana 1Nita menyediakan latihan untuk ahli membangunkan perniagaan dalam talian masing-masing.

Ia bukan sahaja tentang pembangunan perniagaan malah merangkumi semua sekali. Peluang e-pasaran dan e-perdagangan ini satu peluang keemasan yang boleh mengembangkan perniagaan wanita dengan memberi tumpuan kepada peniaga wanita luar bandar.

Projek berkenaan membuka ruang kepada apa jenis perniagaan seperti pakaian, makanan, aksesori, kraf tangan dan sebagainya.

Pengurus Projek 1Nita, Mohammad Amri Ramli berkata, projek .my Domain Registry yang pada asalnya dikenali sebagai projek W-X adalah organisasi pendaftar dan pentadbir tunggal yang memperkenalkan usaha itu dengan menggabungkan konsep 1Malaysia untuk golongan wanita.

"Sehingga kini terdapat lebih 500 usahawan wanita yang telah dilatih di bawah projek 1Nita yang telah bermula di kawasan Lembah Klang.

"1Nita ini menggunakan Internet sebagai wadah perantara untuk berurusan dengan pelanggan manakala laman web berfungsi sebagai kedai.

"Melalui laman ini pengguna memilih barangan dipaparkan dalam laman web dan membayarnya menerusi e-bayaran menggunakan akaun bank," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis ramah mesra ahli projek 1Nita di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi .my Domain Registry, Datuk Noraini Ahmad.

Tambah Mohammad Amri, sasaran mereka adalah untuk mencari lebih ramai usahawan wanita yang berpotensi dari seluruh negara.

Untuk menjadi ahli, disarankan agar mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah penganjur menyediakan khidmat bimbingan pendaftaran secara online.

Had umur yang ditetapkan adalah 18 tahun ke atas.

"Bakal ahli perlu menjalani kursus penuh, seminar dari projek 1Nita sebelum menerima pentauliahan sebagai peniaga projek dalam talian 1Nita," jelasnya.

Projek 1Nita ini mendapat sokongan dari Multimedia Development Corporation, National Council of Women´s Organisations, Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Radical Box Sdn. Bhd.

Badan sokongan lain projek tersebut ialah Jabatan Pembangunan Wanita, SMECorp dan Sirim Berhad.

Rado tampilkan bakat muda

Posted: 18 Oct 2010 09:59 PM PDT


(Dari kiri) Profesor Jalaini, Bernard dan Jen Siow.


PERTAMA kali melihat rekaan mewah Switzerland ini, reka bentuk klasiknya sangat terserlah. Mungkin bagi anak muda, ia bukan pilihan utama. Elemen yang ditampilkan tidak membawa ciri lasak, aktif atau gaya lincah.

Namun itu bukan persoalan kerana Rado sudah ada peminat sendiri. Baik muda atau tua, memakai jam tangan jenama itu memberi kepuasan. Rado sememangnya terkenal sebagai pelopor produk tahan calar.

Syarikat tersebut menghasilkan kira-kira setengah juta utas jam setahun dengan keupayaan kakitangan sekitar 300 orang.

Ditubuhkan seawal 1917, Rado ketika itu dikenali sebagai Co. Bermula pada tahun 1957 koleksi pertama jam tangan dengan jenama Rado diperkenalkan. Pada tahun 1983 Rado menjadi sebahagian daripada kumpulan SMH yang kemudiannya dikenali sebagai Group Swatch pada tahun 1998. Ia berbeza dengan jam tangan tradisional Switzerland lantaran rekaan estetikanya yang unik.

Menyahut kehendak zaman, Rado lari daripada pendekatan klasiknya dengan mendekati golongan muda menerusi Pertandingan Pereka Muda Rado.

Apa yang menarik di sebalik peraduan itu? Setiap peserta perlu menghasilkan rekaan grafik berdasarkan tema Spirit Tidak Terhad (Unlimited Spirit)

Rekaan yang dihasilkan tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Ia meliputi 700 kerja seni termasuk lukisan, fesyen, digital, fotografi dan sebagainya.

Spirit melambangkan jiwa atau semangat yang tiada batas. Begitu juga kejayaan Rado selama ini yang menghasilkan pelbagai rekaan melangkaui pelbagai budaya dan negara.

Pada 29 Oktober ini, akan berlangsung peringkat akhir pertandingan di pusat membeli-belah, KLCC.

Lima peserta akhir telah terpilih untuk merebut hadiah berjumlah RM50,000.

Antara juri yang terlibat ialah Pengurus Besar Rado, Bernard Yong, jurugambar dan artis potret, Jen Siow dan pensyarah dan pelukis terkenal, Profesor Jalaini Hassan.

"Peserta telah menghasilkan rekaan yang bukan sahaja memenuhi tema kita malah mengetengahkan kualiti dan keaslian. Dalam membuat keputusan, kami mahu hasil yang menampilkan keghairahan dan artistik. ''Kebanyakan peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada mereka yang berumur bawah 25 tahun. Ini menunjukkan anak muda mempunyai daya kreatif dan kesungguhan," ujar Bernard Yong.

Rado sentiasa menampilkan jam tangan yang mempunyai ciri individualistik dan kualiti yang tidak dijangka. Malah, ia dihasilkan oleh tukang membuat jam tangan yang mementingkan kerja halus. Kebanyakan mereka berasal dari Milan,

Vienna and Shanghai.

Justeru itu, Bernard berharap pertandingan itu akan mengetengahkan pereka tempatan ke peringkat antarabangsa.

Hasil kerja lima peserta akhir, Chua Poh Huat, Looi Lin Chen, Shahrul Anuwar Mohd Yusof, Png Theng Hui dan Mohamed Nizar Musa akan dipamerkan di Suria KLCC mulai 27 Oktober hingga 2 November depan. Tiga pemenang utama akan memenangi wang tunai RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 berserta jam tangan Rado setiap seorang.

Apa kata juri

"Semua peserta akhir layak menjadi juara. saya menghargai hasil kerja mereka. Tetapi kita turut menilai bakat dan personaliti mereka, " ujar Jen Siow.

"Pertandingan ini sebenarnya membuka ruang kepada pereka muda untuk mendekati jenama Rado. Sebenarnya ramai bakat muda di luar sana yang belum kita kenal pasti. Saya pasti mereka dapat menyumbangkan sesuatu. Pertandingan ini akan menjadi perintis kepada penghargaan hasil seni tempatan," kata Profesor Jalaini.

Ayuh belai & jaga rambut

Posted: 18 Oct 2010 09:58 PM PDT




BERBICARA tentang rambut, tentu wanita yang paling teruja. Aset berharga itu ibarat kunci kecantikan seorang wanita. Lelaki turut mengambil berat tentang penjagaan rambut. Selesa, yakin dan cantik. Itu adalah aspek yang tidak pernah diabaikan setiap kali menyentuh tentang penjagaan rambut. Justeru itu, penggunaan produk serta rawatan yang dipilih amat penting untuk memberi kepuasan gaya yang optimum. Masing-masing perlu berbelanja mengikut kemampuan dan bijak membuat pilihan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS