Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Ning Baizura Akui Hamil

Posted: 13 Sep 2012 01:44 AM PDT

GAMBAR NING BAIZURA MENGANDUNG

Setelah 4 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Ning Baizura mengakui yang dia kini telah berbadan dua atau lebih tepat, hamil. Walau bagaimanapun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran gembira ini kepada umum. Mungkin masih terlalu awal untuk dihebahkan.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Ning Baizura dan suami, Omar Sharif diatas khabar gembira ini. Semoga 'baby' dalam kandungan berada dalam keadaan baik-baik sahaja, begitu juga dengan Ning Baizura. Make sure jaga kesihatan dan sentiasalah berhati-hati dalam apa sahaja yang dilakukan.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Miley Cyrus Tampil Dengan Imej Gothic Yang Seksi Dan Memukau

Posted: 13 Sep 2012 11:31 PM PDT

Masih ingat dengan si pelakon cilik dalam satu siri televisyen Amerika, Hannah Montana ?

Jika dahulu beliau tampil dengan imej yang ringkas, kini pelakon berusia 19 tahun itu berketerampilan memukau untuk MTV Video Music Awards.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'The Climb' tampil dengan gaya berimejkan gadis 'gothic' dimana beliau mengayakan gaun hitam yang menampilkan ciri-ciri belahan dada yang luas.

Gaun hitam Miley mempamerkan sedikit bahagian jarang dan lebihan juraian di bahagian bawah kaki ibarat puteri dengan gaya baru potongan rambut Peroxide Pixie Cut dalam gaya Retro Quiff.

Pelakon remaja yang kini bertunang dengan Liam Hemsworth mengabadikan personalitinya dengan lebihan solekan pada ukiran kening bagi menampilkan imej yang memukau.

Aktres tersebut mengabungkan gaun hitam dengan beg bimbit kecil yang  berperincian mewah dan juraian anting-anting daripada rona warna perak yang  menarik.

Jika dahulu bayang-bayang gaya Hannah Montana menyelubungi Miley Cyrus, kini Miley membuktikan bahawa beliau mampu berfesyen tanpa diselebungi dengan imej Hannah Montana.

Arvil Lavigne Merancang Gaun Perkahwinannya Lain Daripada Yang Lain

Posted: 13 Sep 2012 11:27 PM PDT

Baru sahaja mengumumkan tentang pertunangan beliau, kini Arvil Lavingne sudahpun membuat perancangan tentang busana pakaian yang akan dipakai pada majlis perkahwinannya nanti.

Beliau juga turut menjanjikan bahawa busana pakaian perkahwinannya itu nanti merupakan busana yang 'lain daripada yang lain'

Penyanyi pop star yang berusia 27 tahun itu kini beralih arah menjadi pereka fesyen dan bakal berkahwin dengan jejaka tampan iaitu Chad Kroeger.

Apabila ditanya perancangan busana pada majlis perkahwinanya nanti, beliau menyatakan samada ianya sesuatu rekaan sendiri ataupun dikombinasi dengan rakan kongsi mahupun berkolaborasi dengan pereka fesyen yang lain.

Ia mungkin menjadi sesuatu pakaian yang dibeli daripada beberapa pakaian berbeza dan digabungkan menjadi suatu pakaian yang lain daripada yang lain.

Sementara itu, pertunjukan fesyen yang berlansung baru-baru ini menampilkan adiknya sendiri iaitu Kylie Jenner untuk membuka dan menutup tirai pertunjukkan fesyen tersebut.

Kylie yang tampil dengan gaya remaja dimana beliau memperagakan baju ketat putih berhuruf dengan seluar pendek menawan mengkombinasi gayanya dengan jaket kulit yang memukau.

Lavigne pula memperagakan pakaian musim bunga dengan jalur  hitam putih pada seluar dan pakaian yang memukau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Perbankan Online Kelebihan Gaya Hidup Moden

Posted: 13 Sep 2012 01:36 AM PDT

Perbankan Online: Kelebihan Gaya Hidup Moden

Bagi kebanyakan kita, menjalani kehidupan serba pantas mungkin memberi tekanan serta keletihan. Kemajuan teknologi yang pesat membangun serta melengkapi setiap aspek kehidupan kita tidak menjadikan hidup kita selesa dan memuaskan. Dalam gaya hidup dengan kemodenan serba pantas telah menjadi satu kebiasaan, seseorang itu haruslah menjangkakan gaya hidup yang maju. Namun, keadaan sebaliknya mungkin berlaku.

Dengan pelbagai tanggungjawab memenuhi kehidupan seharian kita, ramai individu mendapati menyeimbangkan kerjaya serta menjalankan tugas seharian amat mencabar, terutama sekali bagi mereka yang berasal dari kawasan bandar. Pada mereka, masa adalah sesuatu yang berharga dan tidak boleh dibeli, lalu ia membawa maksud baharu kepada pepatah "Masa itu Emas" kerana ia telah mengubah taraf kehidupan seseorang.

Senario ringkas seperti tersangkut di dalam kesesakan jalan raya atau berbaris dalam barisan yang tidak bergerak pasti merupakan pengalaman yang pahit kepada sesiapa saja. Malah, perjalanan 10 minit ke bank juga boleh menjadi perjalanan yang pahit dengan menempuh kesesakan jalan dan mencari tempat letak kereta sebelum berlari mendapatkan nombor giliran di kaunter.

Online Banking

Dengan pelbagai had kepada gaya hidup serba pantas terutama sekali di dalam konteks perdagangan dan perbankan, pasti ramai yang mengimpikan supaya setiap urusan serta tugas dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Bukankah elok jika segalanya semudah satu klik dan ia dapat menjimatkan masa dan tenaga?

Perbankan internet dan e-dagang telah berkembang pesat sejak kali pertama ia diperkenalkan. Walaupun sudah kurang menjadi sebutan berbanding 10 tahun lalu ketika konsep ini diperkenalkan, kemajuannya selama ini telah memberi kesan kepada jutaan insan, malah memberi kemudahan serta meringkaskan hidup.

Menurut beberapa penyelidikan tentang pandangan pelanggan terhadap perbankan online, ramai yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini bagi menyelesaikan keperluan kewangan mereka disebabkan kelebihannya yang mudah dan fleksibel. Sehingga kini, masa telah menjadi faktor penyumbang utama kepada keperluan penggunaan perbankan online.

Sistem perbankan digital memberikan pelbagai kelebihan dan aplikasi yang dapat diperoleh dengan serta merta dan mudah. Transaksi, pembayaran pinjaman serta urusan kewangan yang lain boleh diselesaikan tanpa menggunakan sebarang tenaga fizikal mahu pun mental. Ia menjimatkan masa dan tenaga! Tidak disangkal lagi perbankan online adalah kaedah yang datang bersama kelebihan istimewa.

Pakar dalam bidang perbankan dan perdagangan menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang dianggap sebagai faktor sekatan kepada perkembangan perbankan online, misalnya seperti kepercayaan, keselamatan online, jantina dan pendidikan. Namun, semakin kita berhadapan dengan kesan positif teknologi baru, kemunculan internet sebagai medium maklumat dan perkhidmatan utama juga memberi kesan membangun terhadap gaya hidup kita. Kesannya, daya tarikan terhadap perbankan internet kini bertambah positif lalu menjadikan perbankan online sebagai kaedah yang digemari dan relevan untuk menyelesaikan urusan kewangan.

Kini rakyat Malaysia juga menyedari kelebihan perbankan online. Dalam gaya hidup mereka pada masa kini, media sosial secara online telah menjadi kemestian kepada generasi muda lantas menyaksikan peningkatan dalam penggunaan perbankan online berbanding sebelum ini. Ternyata mereka semakin menerima ciri-ciri perbankan online kerana kemudahan yang ditawarkan untuk menyelesaikan urusan kewangan secara serentak, walaupun untuk melakukan transaksi, penyata laporan atau membeli-belah secara online.

Memberikan pandangan peribadinya tentang perbankan digital, Daniel Tok adalah pengguna utama perbankan digital yang telah menerima sistem ini sepenuhnya. Dia merasakan ia telah mengubah gaya hidupnya menjadi lebih baik.

"Saya berpendapat perbankan digital telah mengalami evolusi dan berkembang mengikut keperluan pengguna," jelas pengurus sokongan IT berusia 33 tahun. "Bukan saja ia memberi perkhidmatan serta merta dan pantas, tetapi ia merupakan penyelesaian mudah untuk saya kerana saya perlu sentiasa berada di pejabat untuk bekerja. Ia memberikan saya kemudahan tanpa batasan dan menjimatkan masa saya, kerana saya tak perlu membazir masa memandu di dalam kesesakan atau mencari tempat letak kereta untuk melakukan urusan di bank."

"Rasanya penggunaan perbankan online semakin tersebar kerana ia kekal relevan kepada pengguna," ujar Mervin Dass, seorang eksekutif akaun. "Dalam bidang yang saya ceburi, saya dapati perkhidmatan online ini amat mudah dan ia sesuai dengan gaya hidup saya, terutama sekali ia memudahkan saya membayar pinjaman, menyemak laporan penyata dan memindahkan wang." Tambahnya lagi, "Hari ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan daripada membayar bil dan cukai, sehinggalah kepada membeli barang dan tiket wayang serta penerbangan. Prosesnya mesra-pengguna dan segala urusan perbankan saya selesai dengan menekan butan tetikus sahaja! Tak perlu beratur lagi!"

Vasenta Selvanayagam, seorang penulis online memang percayakan perbankan digital. "Perbankan online adalah kelebihan yang praktikal buat saya, keluarga dan rakan-rakan. Ia mengurangkan tekanan hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada kemudahan ini untuk menguruskan hidup saya. Saya rasa seperti berhubung dengan seluruh dunia melalui sistem ini," katanya.

Daniel menegaskan bahawa, walaupun perbankan digital dan e-dagang semakin popular, masih ramai lagi yang tidak sedar akan kemudahan serta kesannya kepada hidup mereka. Antara contoh yang disebutnya adalah orang ramai masih tidak sedar betapa mudahnya e-filing untuk cukai pendapatan, tanpa mengetahui mereka boleh membayar jumlah berlebihan yang tertunggak melalui system ini.

"Terdapat banyak ciri-ciri yang disediakan oleh perbankan digital untuk pengguna supaya mereka boleh bersenang-lenang menjalankan urusan lain," katanya. "Beratur di bank adalah isu masa silam. Kenapa ada yang ingin bersusah-payah untuk berada di 10 buah tempat berbeza bagi melakukan 10 perkara berbeza, sedangkan mereka boleh mengakses apa yang diperlukan dengan satu klik!" jelasnya lagi.

Perbincangan perbankan internet berdasarkan perwatakan dan penerimaan pengguna menunjukkan perbankan internet mencerminkan keperluan pengguna untuk menguruskan kewangan dengan pantas, mudah dan lebih penting selamat. Apa yang menarik adalah ia juga mencerminkan budaya kemajuan teknologi dan gaya hidup kita. Kita harus akui bahawa perbankan online adalah revolusi untuk kita maju ke hadapan bagi meningkatkan taraf hidup kita.

Alami kemudahan perbankan digital hari ini! Kunjungi cawangan Maybank berhampiran anda dan aktifkan akaun Maybank2u anda sekarang. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.maybank2u.com

iPad-m2u

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Berita Ning Baizura Sah Hamil

Posted: 13 Sep 2012 01:25 AM PDT

Ini berita terbaru yang Budiey terima, Ning Baizura telah mengesahkan dirinya hamil anak pertama. Patutlah badan Ning budiey tengok semakin berisi sikit.

Tahniah Budiey ucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura. Akhirnya akan dapat baby jugalah nantil. Berita ini dipetik dari Portal Murai di mana Ning Baizura telah mengakui diri telah hamil 3 bulan dan satu sidang media akan dibuat tak lama lagi bagi mengumumkan berita ini.

Ning nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.

Tindakan diva soul, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan persembahan di acara "Guinness Arthur's Day" yang bakal berlangsung pada 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara telah pun mendapat pujian daripada pelbagai pihak, khususnya di kalangan fans dan peminat dunia seni hiburan yang selama ini telah menyokong serta mengikuti perkembangan seni nyanyian dan lakonannya selama ini.

Terharu dengan pelbagai pujian serta maklum balas yang positif, Ning Baizura berkata, dia amat bersyukur kerana peminat telah menyokong 100 peratus tindakannya itu.

"Terima kasih yang tidak terhingga. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya juga amat berdiri teguh dengan pendrian saya untuk tidak mahu mempromosikan sesuatu yang menyalahi agama.

"Sekali lai, terima kasih peminat kerana menyokong serta menghormati keputusan saya," katanya kepada murai.com.my.

Ning Baizura yang baru saja tampil di Malam Gala filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki di GSC Pavilion malam tadi turut beraksi dengan memperdengarkan lagu tema Lagenda Budak Setan 2, Dia Sejati.

Dia juga bakal mengadakan sidang media tentang kehamilannya pada minggu depan. Sumber: Portal Murai 

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Selama 12 Tahun Hanya Minum Air Putih

Posted: 13 Sep 2012 09:30 PM PDT



Henan, China, Berapa lama orang dapat bertahan hidup tanpa makanan? Menurut data ilmiah, manusia tidak boleh bertahan hidup tanpa makanan lebih dari 3 minggu. Tapi seorang lelaki di China mematahkan teori tersebut, kerana ia mengaku telah hidup selama 12 tahun tanpa makanan dan hanya minum air.

Ning Xuefa,  22 tahun asal Henan, China, baru-baru ini banyak jadi bahan pembicaraan kerana mengaku dirinya sudah tidak makan segigit pun sejak 12 tahun terakhir, seperti dilansir 24h.com.vn, Selasa (11/9/2012).

Melihat keadaan tubuhnya dengan tinggi 150 cm dan berat 40 kg, lelaki ini memang terlihat seperti orang yang tidak  makan, tetapi ceritanya sulit untuk boleh dipercaya.

Ning mengaku ia benar-benar meninggalkan makanan ketika ia baru berusia 10 tahun. Hanya dengan melihat roti atau sayuran di atas meja saja ia sudah merasa mual. Tenggorokannya kering dan merasakan sensasi aneh seperti ada sesuatu yang terjebak di tenggorokan, sehingga ia minum banyak air sepanjang hari.

Kini, Ning boleh meminum hingga 15 liter air per hari. Ayahnya pun membenarkan cerita Ning. Menurut sang ayah, Ning sudah tidak pernah menyentuh secubit pun makanan, baik nasi, roti atau pun daging.

Satu-satunya yang paling dekat dengan makanan tapi tidak membuat Ning mual adalah susu. Sayangnya, keluarganya terlalu miskin untuk bisa membelikan susu setiap hari. Alhasil, pemuda ini terpaksa bertahan hidup hanya dengan minum air.

Dia sudah mencoba bekerja di konstruksi untuk membantu perekonomian orangtua, tapi tubuhnya yang tak mendapat asupan apa-apa itu terlalu lemah. Ia pun harus selalu bolak-balik ke kamar mandi bahkan di malam hari. Kondisi ini mau tidak mau harus membuatnya dipecat dari pekerjaan.

Ning harus pulang dan bergantung pada keluarganya. Tapi dengan kebiasaan makannya yang aneh, keluarga mungkin tidak menganggapnya sebagai beban yang besar.

Ning juga telah diperiksa oleh dokter dan didiagnosis dengan penyakit kronis langka thirst-inducing disease, tetapi doktor belum mampu menentukan bagaimana ia mampu bertahan hidup selama bertahun-tahun tanpa makanan.

sumber

Aneh...Tidur Disamping Isteri Suami Tidak Tahu Jika Isterinya Dicabuli

Posted: 13 Sep 2012 09:15 PM PDT



Kerana terlalu lelap tidur sang suami yang tidur disebelah isterinya tidak tahu sama sekali jika isterinya  di cabuli  lelaki asing yang tidak dikenal.


Lis wanita berusia 16 tahun yang tengah hamil 5 bulan dicabuli oleh lelaki asing yang menginap dirumahnya namun Lis masih merasa beruntung sebab lelaki yang mencabulinya tidak melakukan hal yang lebih pada dirinya.

"Dia hanya meraba-raba saya, tapi saya terbangun dari tidur. Saya tepis tangannya, saya berusaha melawan," kata Lis yang mengaku usia kehamilannya sudah lima bulan.
Sedangkan suami Lis yang bernama Sut yang ketika itu sedang tidur disampingnya tidak mengetahui apa yang telah terjadi pada istrinnya.

"Entah mengapa, saya seolah tertidur pulas, seperti sedang mabuk kapal. Saya sama sekali tak tahu, tak terbangun walaupun tidur bersebelahan dengan isteri saya," ujarnya.
Tapi menurut kejadian isterinya dicabuli oleh pria sing membawa hikmah bagi dirinya untuk tidak mudah akrab dengan lelaki yang baru dikenalnya.

"Saya tidak kenal dengan dia . Kami bertemu dia kerana dia diajak oleh kakak saya, dengan maksud akan dipekerjakan di TI (tambang inkonvensional) apung di Batuatap. Kerana TI masih ada masalah, maka sementara waktu disuruh menginap di rumah saya," tutur Sut.

sumber

Nenek 73 tahun diperkosa di taman pada siang hari

Posted: 13 Sep 2012 09:00 PM PDT



fashingnet.com-New York, Duh! Seorang nenek menjadi korban pemerkosaan di Central Park, taman terkenal di kawasan New York, Amerika Serikat (AS). Wanita berusia 73 tahun ini diperkosa di siang hari  oleh seorang lelaki tak dikenal.

Insiden ini terjadi di dekat Central Park West dan 74th Street, tidak jauh dari Kebun Strawberry di taman tersebut pada Rabu (12/9) waktu setempat. Salah seorang  pengunjung taman, Eric Ozawa, menemukan nenek ini  di tanah sekitar pukul 11.30 waktu setempat.

"Saya berbicara kepadanya, dia   berkata telah diperkosa. Wajahnya bengkak. Mata sebelah kanannya memar parah. Dahinya bengkak," terang Ozawa yang merupakan profesor di Universitas New York ini, seperti dilansir New York Daily News, Khamis (13/9/2012).

Ozawa menuturkan, tubuh nenek tersebut dipenuhi pupuk dan tanah. "Dia seorang wanita berbadan kecil dan berusia sekitar 70-an tahun," imbuhnya.

Begitu polis tiba di lokasi kejadian, nenek ini langsung menjelaskan apa yang terjadi kepadanya. Sang nenek mengaku dirinya tengah asyik mengamati burung-burung yang ada di taman ketika pelaku tiba-tiba mendekatinya dan berkata, "Apakah kamu mengingatku?"

Pelaku kemudian menyerang nenek tersebut dan menyeretnya ke semak-semak menjauhi kerumunan orang yang ada di taman. Lalu terjadilah pemerkosaan tersebut. Sang nenek diminta untuk tidak bergerak sama sekali, hingga akhirnya ada orang yang menemukannya.

Kepada polis, nenek ini mengakui pernah melihat pelaku sebelumnya. Menurut si nenek, pelaku merupakan seorang lelaki yang tidak sengaja pernah tertangkap kamera olehnya tengah masturbasi di semak-semak taman minggu lalu. Saat itu, pelaku hanya meminta si nenek untuk menghapus foto tersebut dan kemudian meninggalkannya begitu saja.

Namun ternyata pada pertemuan kedua mereka, pelaku nekat melakukan perbuatan bejat ini. Pelaku juga merompak beg si nenek yang berisi kamea, dompet dan barang-barang lainnya. Saat ini, kepolisian setempat tengah memburu pelaku, 

Nenek kini tengah menjalani perawatan di rumah sakit setempat. Keadaannya dilaporkan stabil.

Super mom yang sungguh kreatif

Posted: 13 Sep 2012 08:45 PM PDT

Emily Finch, wanita asal Portland, Oregon, harus mengayuh basikalnya sejauh 20 km setiap hari demi menghantarkan keenam anaknya ke sekolah. Yang paling menarik, ia melakukan tersebut menggunakan basikal yang sudah dimodifikasi sedemikian rupa sehingga mampu membawa seluruhnya secara bersamaan. 

Wanita berusia 34 tahun ini mampu melakukan hal tersebut sendirian, tanpa bantuan dari siapapun, termasuk dari anak tertua yang duduk di bahagian belakang. 

Idea memodifikasi sepeda itu sendiri muncul sejak tahun 2009 saat browsing di Google. Emily yang saat itu berencana membeli kereta SUV langsung berubah pikiran tatkala melihat sepeda kargo yang biasa dipakai di Belanda yang disebut Bakfiets. 

Alhasil ia pun memesan basikal tersebut di sebuah kedai di Portland. Setelah itu ia memodifikasi bagian belakang dengan menyatukan basikal yang biasa dipakai anak tertuanya.


Bagus untuk diet, Emily mengaku merasa lebih kurus setelah mengayuh basikalnya.


Semuanya naik, dari anak yang tertua hingga yang paling muda.

Uniknya sang ibu mengayuh basikal itu sendiri, tanpa bantuan.

Artis Alison Pill Tak Sengaja Nge Tweet Gambar Topless Dirinya

Posted: 13 Sep 2012 08:30 PM PDT


Tak boleh dibayangkan bagaimana malunya bintang Newsroom, Alison Pill, ketika ia tanpa  sengaja mentweet foto topless dirinya kepada 16.000 pengikut Twitter-nya.
Foto topless tersebut memperlihatkan aktris berusia 26 tahun itu sedang berbaring di tempat tidurnya dengan memakai kacamata, dan tersenyum pada kamera.
Alison segera mengaku postingan tersebut, meminta maaf kepada para followersnya dan kemudian menghapus foto tersebut.
Untungnya untuk tunangan Alison, yaitu aktor Jay Baruchel, yang mungkin sebenarnya tujuan foto tersebut, tidak marah dan hanya merasa geli kerana kesalahan yang dibuat kekasihnya tersebut.
"Tunangan saya adalah seorang yang konyol," tulis Jay pada akaun twitter miliknya.
Diketahui, aktor Tropic Thunder tersebut melamar Alison pada bulan Disember 2010, setelah pasangan tersebut bertemu dalam shooting film Goon di Winnipeg.
Pasangan, yang keduanya berasal dari Kanada ini berencana untuk menikah di Quebec.
"Kami akan menikah di sebuah kebun anggur," kata Jay US Weekly awal tahun ini.

Video Merangkum Kepopularan Gangnam Style di Amerika [Video]

Posted: 13 Sep 2012 08:15 PM PDT


Buat kamu yang masih belum bosan dengan Psy, ini adalah sebuah video dari abc News yang sepertinya cukup lengkap dalam merangkum pengaruh Gangnam Style terhadap dunia hiburan di Amerika. Lihat sampai akhir untuk melihat Gangnam Style (tanpa Psy) dibawakan di Time Square, New York.
video abc News

Kisah juara Master chef buta

Posted: 13 Sep 2012 08:00 PM PDT


Juara Terkadang Merasa Putus Asa, Tapi Mereka Tak Pernah Menyerah

Merasa dirinya tak punya pengalaman dalam memasak Apple Pie, Christine sempat putus asa ketika dalam tantangan selanjutnya para peserta diharuskan memasak masakan tersebut. Ia sempat tak bergerak selama 18 minit sebelum waktu pertandingan berakhir, namun akhirnya tetap memasak dengan sepengetahuan yang seadanya. Hasilnya... lihat sendiri :)

Si Juara Yang Pantang Menyerah

Momen penentuan dari acara Master Chef Sesion 3. Josh dan Christine adalah Chef yang sama-sama handal. Tapi para juri harus memilih yang terbaik dari yang terbaik.
Bonus: Christine sang Master Chef ketika diwawancara oleh The Daily

Lumpuh lepas ke rumah urut

Posted: 13 Sep 2012 07:45 PM PDT


SINGAPURA: Seorang pegawai tinggi bank berusia 40 tahun diserang angin ahmar dan akhirnya lumpuh sebelah badan selepas mendapatkan urutan leher.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Lin berkata, doktor yang merawatnya mengesyaki urutan kuat telah memecahkan pembuluh darahnya dan mengakibatkan serangan angin ahmar. Lin kini pekak di sebelah telinga dan menjalani terapi untuk memulihkan semula pergerakan di bahagian kiri tubuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Cina, Lianhe Wanbao. Menurut akhbar itu, Lin adalah Penolong Pengarah di sebuah bank dan berada di China baru-baru ini untuk menziarahi rakannya.

Ketika berada di sana, dia mengunjungi sebuah rumah urut untuk mendapatkan urutan kaki. Ekoran saranan seorang ahli terapi, dia sebaliknya, memutuskan untuk mencuba urutan leher. Selepas diurut, dia berasa sihat saja. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, dia berasa amat sakit di bahagian kiri kepalanya. Ketika bangun pagi keesokan harinya, dia mendapati telinga kirinya sudah pekak. Dia juga tidak dapat menggerakkan bahagian kiri tubuhnya dan tidak dapat berjalan dengan stabil.
"Saya rasa sangat takut. Semuanya berlaku dengan pantas, ia seperti malang tidak berbau," katanya.

Ekoran sukar untuk bergerak, Lin tidak dapat pulang segera ke Singapura untuk rawatan. Lin dihantar ke sebuah hospital di Hong Kong dan dirawat kira-kira dua minggu hingga doktor mendapati dia cukup sihat untuk terbang pulang.

Lin memberitahu Chinese Daily, doktor mengesyaki terapi urutan leher yang dijalaninya menyebabkan dinding pembuluh arterinya terkoyak tanpa sengaja. Kerosakan itu menyebabkan laluan arteri tertutup mengakibatkan pengaliran darah terganggu. - Lianhe Wanbao

sumber : mymetro

Facebook kena saman

Posted: 13 Sep 2012 07:30 PM PDT


SAN FRANCISCO: Universiti California, pemegang lesen hak paten, yang sebelum ini menyaman beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat, kini mengambil tindakan ke atas tiga syarikat gergasi lagi, Facebook Inc, Wal-Mart Stores Inc dan Walt Disney Co.
Eolas Technologies dan Regents dari Universiti California memfailkan saman semalam, untuk empat hak paten yang dipercayai dilanggar oleh syarikat berkenaan. 
Hak paten untuk teknologi interaktif, termasuk paparan hipermedia dan interaksi, dikeluarkan kepada universiti itu dan dilesenkan kepada Eolas, syarikat dari Texas yang dipengerusikan oleh Michael Doyle.

Syarikat itu dibangunkan untuk membantu Universiti California mengkomersialkan teknologi hak paten, kata laman webnya, termasuk paten yang dibangunkan oleh Doyle dan pasukannya ketika bekerja dengan Universiti California, San Francisco.



Jurucakap Universiti California berkata, paten itu dianggap aset awam dan "perlu dibayar dengan nilai setimpal apabila ada orang ketiga yang mengeksploit aset universiti untuk keuntungan."


Jurucakap Facebook pula berkata, syarikat itu akan berusaha sedaya upaya untuk menentang mereka.

Jurucakap Wal-Mart berkata, syarikat peruncit terbesar dunia itu menghormati hak intelek orang lain.

Katanya, "Kami mengambil serius dakwaan yang dibuat dan akan menyiasat perkara ini."

Disney tidak memberi komen apabila diminta berbuat demikian.

Jurucakap dan beberapa peguam Eolas juga tidak memberi sebarang komen apabila diminta.

Dua paten yang disebut dalam saman itu diisytihar tidak sah Februari lalu oleh juri di Texas dalam fail saman berbeza. Saman itu dibuat terhadap Amazon Inc, Google Inc, Yahoo Inc dan lain-lain lagi. - Reuters 


sumber : mymetro

Pencuri sorok 20 telefon dalam seluar

Posted: 13 Sep 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Seorang pencuri yang menyasarkan mangsanya di kalangan pengunjung festival diberkas bersama bahan bukti yang disembunyikan dalam seluarnya, lapor media semalam.
Ionut Guita, 23, disiasat polis di sebuah restoran McDonalds selepas seorang daripada mangsanya berjaya mengesan seunit iPhone yang dicuri sebelum itu.

Selepas mengesan lokasi Guita, pemilik iPhone itu menghubungi polis bagi membolehkan suspek diperiksa, Guita ditemui bersama 20 telefon yang disembunyikan dalam seluar dalamnya.


Dia disiasat ekoran kecurian pelbagai jenis telefon bimbit ketika Festival Sundown berlangsung di Norwich awal bulan ini.

Polis dimaklumkan mengenai kes kecurian berkenaan pada 2 September lalu. Berasal dari of Stratford, London Timur, Guita mengaku salah bagi semua 20 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. - TS


sumber : mymetro

Kembar bercakap selepas 4 tahun ‘bisu’

Posted: 13 Sep 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Pasangan kembar seiras yang mengalami penyakit paling jarang ditemui di dunia menerima hadiah amat bermakna sempena hari lahir mereka yang ke-18, semalam.
KIRSTIE (kiri) bercakap dengan loghat Australia, manakala Catherine mengikut loghat Amerika Syarikat.Kirstie dan Catherine Fields adalah satu-satunya pasangan di dunia mengalami penyakit Fields Condition yang menjejaskan otot mereka.
Disebabkan penyakit itu tidak pernah ditemui sebelum ini, pakar perubatan merujuknya dengan nama pasangan terbabit (Fields).

Penyakit itu menyebabkan mereka tidak boleh bersuara sejak empat tahun lalu.



Bagaimanapun, mereka yang berasal dari Llanelli, South Wales, boleh bercakap semula selepas diberi mesin elektronik sempena hari lahir mereka.


Keadaan itu juga membolehkan kenalan mereka membezakan di antara Kirstie - yang bercakap dengan loghat Australia - dengan Catherine (loghat Amerika Syarikat).

Menurut Catherine, sebelum ini mereka selalu berborak ketika malam.

"Kirstie lebih becok dan boleh bercerita sepanjang malam," katanya.

Sejak kehilangan suara, katanya, mereka sukar berkomunikasi.

Justeru, kata Catherine, alat bantuan diterima semalam "membuka lembaran baru" dalam hidup mereka.

Bagi Kirstie pula, dia berharap orang ramai tidak terlalu bersimpati dengan apa yang menimpa mereka.

"Hidup hanya sementara. Justeru, nikmati hidup dengan gembira," katanya.

Sementara itu, kekangan kesihatan tidak menghalang sifat lucu pasangan kembar terbabit.

Kata Kirstie, dia ada soalan yang ingin ditanyakan kepada ibunya tetapi terpaksa dipendam terlalu lama.

"Saya mahu bertanya - adakah ibu masih berasmara dengan bapa?" katanya.

Fields Condition menyebabkan Kirstie dan Catherine mengalami kekejangan lebih 100 otot yang menyakitkan setiap hari.

Ibu bapa mereka, Lyn, 43, dan Chris, 50, ternyata gembira apabila alat berkenaan diterima hasil pembiayaan kerajaan.

Kata Lyn, dengan adanya alat itu, Kirstie dan Catherine kini boleh bertengkar atau berborak seperti selalu.

"Saya bangga dengan apa yang mereka lalui," katanya. - DM


sumber : mymetro

‘Jangan hanya salahkan saya’

Posted: 13 Sep 2012 06:45 PM PDT


IPOH: "Jangan hanya salahkan saya kerana Amanda turut 'dirasuk' apabila menggigit, mencakar dan mencucuk mata saya kerana cemburu pada kenalan wanita dalam facebook," kata ahli perniagaan, Calven Chik Foo Keong, 26, yang terbabit dalam kes memukul isterinya, Amanda Fong, 19, sebelum kejadian itu menjadi topik hangat di laman sesawang YouTube.
Menurutnya, tindakan menyebarkan rakaman kejadian pergaduhan itu di laman sosial menyebabkan dia menjadi sasaran maki hamun, ugutan serta dilabel lelaki paling kejam di Malaysia sejak dua minggu lalu.

"Tidak cukup dengan kata-kata nista itu, ada individu yang tidak mendapat gambaran jelas berhubung kejadian itu turut menghantar mesej mahu mencederakan saya jika ditemui di lokasi awam.


"Rakaman pergaduhan ditonton lebih 50,000 pengguna Internet itu turut ditonton masyarakat antarabangsa, sekali gus menjejaskan imej saya," katanya pada sidang akhbar khas diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, pagi semalam.

Pada majlis itu, Chik turut menayangkan semula rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) di butiknya pada 23 Ogos lalu bagi menepis dakwaan dia mencekik, menumbuk dan mendera isterinya di dalam premis.


"Saya ingin buktikan bahawa pergaduhan itu berpunca daripada perlakuan cemburunya selepas mendapati saya berhubung dengan salah seorang pelanggan wanita melalui facebook.



"Saya tidak mempunyai maksud lain, sebaliknya hanya menjemput pelanggan itu datang ke butik untuk melihat barangan dan pakaian yang baru sampai ke kedai kami," katanya.

Menurutnya, Amanda tiba-tiba marah dan menyerang dia dulu dengan menarik baju dan cuba menyucuk matanya.


"Saya terpaksa melawan dan menolaknya beberapa kali kerana dia mencakar lengan, muka dan mata saya. Berdasarkan rakaman ini, saya hanya menolak dan menepis tangannya berulang kali.

"Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana Amanda menjadi agresif hingga menyebabkan baju yang saya pakai terkoyak ditariknya. Saya terpaksa menolaknya jauh dari kaunter pembayaran kerana bimbang dia akan mencapai gunting atau objek berbahaya lain," katanya.


Menurutnya, rakaman penuh CCTV itu sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut.


"Rakaman itu jelas menunjukkan saya tidak mengurungnya di dalam kedai berikutan pintu premis tidak dikunci, malah dia masih mampu berjalan ke tandas," katanya.


sumber : mymetro

Wanita berani mati tertiarap

Posted: 13 Sep 2012 06:30 PM PDT


PELABUHAN KLANG: "Dia memang seorang yang berani kerana pernah tolong saya ketika diserang seorang lelaki dulu," kata jiran kepada Lim Peck Lan, 65, yang mayatnya ditemui dengan tangan dan kakinya diikat pita pelekat manakala mulut ditutup menggunakan bahan sama di rumahnya di Jalan Seroja, di sini, petang kelmarin.
Mayat mangsa yang dipercayai dibunuh itu ditemui adiknya jam 6 petang dalam keadaan tertiarap atas tilam dengan kesan tompokan darah. 
Lelaki berusia 40-an yang enggan dikenali itu berkata, dia hanya tahu kejadian itu selepas melihat ramai polis berada di rumah mangsa petang kelmarin. 

sumber : mymetro

Meraung kaki berlipat

Posted: 13 Sep 2012 06:15 PM PDT


ALOR GAJAH: "Pilu hati ini melihat mangsa menggelupur di bahu jalan sambil merayu bantuan dan meraung menunjukkan kaki kanannya yang berlipat dan betis yang cedera parah," kata Shamsul Arifin, 42, yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kampung Tanjung Dahan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Mohd Saiful Azhar, 14, pelajar tingkatan dua sekolah menengah di daerah ini hampir putus kaki kanan selepas dirempuh kereta berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang membonceng motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi bapa saudaranya, Mohd Yusuf Idris, 54, datang dari arah Kampung Nelayan, Kuala Linggi menuju pekan Kuala Sungai Baru.


Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki dua pelajar kolej yang berada di laluan sama.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di bahu jalan, namun penunggang motosikal dan kedua-dua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Shamsul, saksi yang terawal tiba di tempat kejadian berkata, dia terkejut apabila melihat mangsa tercampak ke bahu jalan.



"Saya kemudian segera memberhentikan motosikal dan mendekati mangsa yang masih sedarkan diri. Pada masa sama, saya melihat penunggang motosikal berkenaan turut terbaring tidak jauh daripada mangsa sebelum kembali bangun dalam keadaan terpinga-pinga.

"Saya sedih melihat kaki mangsa yang terkulai dan berlipat seperti hampir putus. Melihat keadaan itu, saya terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Bagi pemandu kereta, Syed Ahmad Ali, 19, dia dari rumahnya di Kampung Tanjung Agas, Pasir Panjang, Negeri Sembilan, sebelum terbabit dalam nahas itu berkenaan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, saya sudah memintas sebuah motosikal lain terlebih dulu dan memastikan laluan di depan selamat sebelum memotong motosikal mangsa.


"Saya bagaimanapun terkejut melihat motosikal itu tiba-tiba membuat pusingan U dan segera menekan brek menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan," katanya.


Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, pembonceng motosikal itu tercampak.


Ketua Polis daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Melaka.


"Orang ramai yang melihat kemalangan diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

15 pelajar bantai cikgu

Posted: 13 Sep 2012 06:00 PM PDT


ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

"Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.



"Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas," katanya


SUMBER : MYMETRO

Penjaga gol khalwat didenda

Posted: 13 Sep 2012 05:45 PM PDT


PETALING JAYA: Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Mohd Farizal Marlias mengaku salah berkhalwat dengan jurusolek yang ketika itu masih isteri orang, di rumah rakan wanita itu tahun lalu dan didenda RM2,500 Mahkamah Rendah Syariah, di sini.
Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar mengenakan denda sama terhadap Zaiton Othman, 29, selepas dia turut mengaku salah atas tuduhan itu. Mahkamah juga memerintahkan pasangan itu menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah milik rakan Zaiton di Kelana Jaya di sini, jam 3.40 pagi, pada 12 Oktober 2011.


Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Mengikut fakta kes, selepas menerima aduan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu ke rumah berkenaan sebelum pintu dibuka tertuduh wanita yang memakai baju-T berwarna merah jambu agak ketat dalam keadaan terbalik dan seluar panjang hitam serta menutup kepalanya. Selepas memeriksa ke dalam rumah, Jais mendapati tertuduh lelaki berada di dalam bilik kedua berselimut di atas katil dengan memakai baju dan seluar pendek, malah pemeriksaan ke dalam rumah itu mendapati tiada penghuni melainkan mereka berdua yang didapati tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram yang boleh menimbulkan syak.


Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Farizal mengakui kesalahan dilakukan dan sudah insaf serta berjanji tidak mengulangi kesilapannya, malah merancang berkahwin dengan Zaiton.



Farizal memberitahu mahkamah dia masih dalam perancangan merisik Zaiton dan hanya bekerja secara kontrak. "Pekerjaan saya sekarang adalah secara kontrak. Berita ini yang keluar surat khabar menjejaskan reputasi saya dan maruah keluarga. Ada yang cemuh dan pandang serong pada saya dan keluarga.

"Saya juga memohon supaya denda dikurangkan kerana perlu menanggung ibu serta adik yang masih belajar. Selain itu saya perlu bayar pinjaman rumah dan kereta serta bayaran lain," kata anak kelima.


Zaiton pula dalam nada tenang merayu mahkamah mengurangkan denda terhadapnya kerana dia ibu tunggal dan menyara dua anak dan ibunya di Johor dengan pendapatan tidak menentu.

Farizal dan Zaiton membayar denda itu dan dilihat meninggalkan mahkamah selepas itu.


SUMBER : MYMETRO

Nasihat Buat Isteri Ketika Berbelanja

Posted: 13 Sep 2012 05:30 PM PDT

BERJIMAT CERMAT
  • Tidak membazir pada hal -hal yang tidak perlu.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Sebahagian daripada tanda-tanda sempurnanya keIslaman seseoramg ialah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna."(Riwayat Al -Tirmizi)
TIDAK MENAMPILKAN HIDUP MEWAH
  • Para tidak seharusnya membelanjakan harta suami secara melampau dengan membeli barangan berjenama dan mahal
TIDAK BERSIKAP SARAKAH
  • Tidak mudah terpengaruh dengan hidup orang lain yang serba mewah sehingga mendesak suami di luar kemampuannya
HIDUP SECARA SEDERHANA
  • Sedar diri dengan kemampuan kita dan jangan berlebihan dalam berbelanja

Rahsia Cintaku

Posted: 13 Sep 2012 05:15 PM PDT

Inilah saat-saat yang paling aku geruni dan penuh tragis. Aku mula-mula bertentang mata dengannya sejak kecil lagi. Namun..., tidak pernah bertegur sapa... apatah lagi hendak memandang wajahnya. Namun, kehadiranmu kali ini telah mengubah kehidupanku. Su, Aiman, Shah, Moon,Abu, dan Eric telah lama mengenali mu dan engkau mampu memberikan ketenangan yang di cari. Bermula daripada Aiman memperkenalkan aku dengan mu sehingga kita meneruskan percintaan ini tanpa pengetahuan ibu bapa ku. 


Maafkan aku sayang kerana sesungguhnya untuk memiliki mu memerlukan keberanian dan kecekalan, perlu menanggung pelbagai penderitaan. Tanggal tarikh keramat hubungan kita iaitu 27 Jan, ketika ibu bapa ku tiada di rumah, engkau dan aku rebah dalam keasyikan malam...Tatkala ini aku rasakan sungguh bahagia berada dalam dakapan mu. Dan aku yang selama ini menjaga adab seorang gadis, sudah jauh ketinggalan dan keterlaluan... 


Tidak bertemu sehari, bagaikan setahun lamanya. Betapa cinta kita sukar di pisahkan, wajah mu hadir membuat aku gial bayang. Namun... takdir penentu segalanya. Panas ku harap hingga ke petang hujan di tengah hari. Aku rela di peluk mu... dan kita lemas dalam lautan asmara...yang syahdu dan mengghairahkan... Sayang hubungan kita akhirnya di hidu oleh ibu bapa ku. 
Kita di tangkap di atas katil ku sendiri! Lantas, kita terpaksa memutuskan ikatan ini. Tidakkkkkk!!! Aku tak sanggup!! Kita telah berpadu dan berpadu hati dan nyawa. Aku di pukul teruk oleh ayah. 


Kesan libasan tali pinggang melekat di pahaku! Pedih...bisa..arghhh aku tak peduli. Kerana keberanian kita aku masih meneruskan hubungan ini. Hubungan cinta yang penuh tragis... Kau masih membelaiku dengan sentuhan keramatmu setaip kali pulang dari sekolah di belakang bangunan terbiar... 


Inilah hakikat sebuah percintaan... kau yang ku anggap kekasih awal dan akhir...namun kau hancurkan hidupku...kini...aku terlantar di hospitalk gara-gara mu....BARAH PARU-PARU. 


Sejak itu aku bersumpah.....kau bukan kekasihku...tapi..pembunuh!! 
KAU ROKOK...



Bila perempuan bergaduh,apa lelaki patut buat?

Posted: 13 Sep 2012 05:00 PM PDT



Bila perempuan bergaduh,apa lelaki patut buat?
Adakah diam memerhatikan sahaja?
Atau tolong mendamaikan?
Tadi kalau gaduh jenis berkumpulan begini silap-silap
lelaki yang kena belasah....


Tak Puas Dengan Google, Remaja Inggris Buat Summly

Posted: 13 Sep 2012 04:45 PM PDT


Setelah merasa Google tidak lagi efisien dalam mencari sebuah kandungan, seorang remaja Inggris, Nick D' Aloisio. mendesain aplikasi yang ringkas dan mempercepat pencarian dalam web. Aplikasi ini kemudian dinamakannya Summly

"Saya fikir yang saya perlukan adalah cara yang sederhana dan ringkas dalam pencarian web," ujar remaja yang baru berusia 16 tahun ini, seperti dikutip dari ZDNet.
"Betul, Google memiliki preview instan tapi hanya sebuah gambar halaman saja. Sedangkan yang saya cari sebuah kandungan  preview" lanjutnya.


Melihat kreasi Nick, seorang jutawan China, Li Ka Shing, akhirnya melabur sebanyak US$ 250 ribu untuk projek Summly ini. Sebelumnya, Li Ka Shing memang dikenal sebagai investor di berbagai situs populer, seperti Facebook, Spotify dan Skype.

Saat ini aplikasi Summly sudah dalam bentuk 11 bahasa dan menawarkan 30 ribu download sejak dirilis pada pertengahan Desember lalu. Sebagai aplikasi untuk siswa mahupun mahasiswa, aplikasi ini dapat menjadi cara cepat untuk menemukan dan memproses informasi tentang pembelajaran secara cepat dan lebih efektif.

Meskipun Google memberikan akses dalam jumlah besar secara instan, tapi Google mengalami kesulitan untuk menemukan bahan yang sesuai.

Nah dengan menggunakan Summly, aplikasi ini menawarkan sebuah cara baru untuk secara cepat men-scan teks ringkasan dan dapat menentukan apakah kandungan yang diperlukan. 

Bagi anda yang memerlukan revisi menjelang tenggat waktu atau menyelesaikan esai untuk esok pagi, aplikasi yang saat ini masih ada di iPhone ini layak dimiliki dalam dashboard smartphone anda. Ia mengaku akan melanjutkan untuk lancar Summly versi Android.

Tapi ada cerita menarik lain, yakni sebelum menemukan Summly, D' Aloisio membuat Facemood, sebuah layanan yang menggunakan algoritma untuk menentukan mood pada pengguna facebook dan SongStumblr, sebuah layanan pencarian musik geososial.

Sumber : http://teknologi.vivanews.com



[Heboh] Nampak hantu di siang hari

Posted: 13 Sep 2012 04:30 PM PDT

Kejadian ini dikatakan berlaku di Gunung Salak Sukabumi Indonesia ketika pekerja -pekerja sedang membina jalan.Kehadiran hantu itu telah dirakamkan oleh seorang pekerja menggunakan handsetnya.


ini gambar yang telah di besarkan...

ini pekerja yang dapat merakamkan kejadian itu...



Anak Muda Ini Menang Bermain Poker 8,72 Juta Dollar

Posted: 13 Sep 2012 04:15 PM PDT


berita2.com: Luar Biasa! Seorang anak muda dari Jerman bernama Pius Heinz berusia 22 tahun memenangkan $ 8.720.000 dalam final World Series. Dalam pertandingan ini, Pius mengalahkan Martin Staszko dari Republik Chez.

Sebelumnya, Heinz mengutarakan keinginannya untuk berhenti bermain poker dan kembali menimba ilmu di perguruan tinggi. Sungguh keberuntungan tengah berpihak padanya. Sebelum mundur, Heinz memenangkan pertandingan ini dan mendapatkan hadiah dengan nominal yang besar. Dan nampaknya kemenangan ini semakin membuat Heinz yakin untuk segera meninggalkan poker.


Menurut The Washington Post, Heinz mengatakan setelah kemenangannya: "Sejujurnya aku tidak yakin apa yang akan aku lakukan dengan wang itu. Mungkin keluarga saya akan mendapatkan beberapa hadiah."

Ia menambahkan: "Ini harus menjadi hari paling bahagia dalam hidupku. Aku tidak percaya apa yang terjadi ."
"Kekaguman" juga muncul dari salah seorang professional poker, Ben Lamb. Menurutnya: "Aku boleh merasakan dia tidak seperti super kuat, tapi ia sebenarnya kuat daripada yang saya fikir."

[Video] Pesta perkahwinan jadi pesta binatang kerana mabuk

Posted: 13 Sep 2012 04:00 PM PDT

Sepatutnya majlis perkahwinan disambut dengan penuh
kegembiraan tetapi dalam majlis perkahwinan didalam video
bertukar menjadi pesta orang yang tak mempunyai akal....
ini semua disebabkan 'arak'.....





dan disebabkan inilah video ini diberi tajuk sebegitu...agaknya pengantin perempuan dah tak tahan sangat dengan gelagat manusia  yang mengarut ini.....


Edisi Khas Adidas : Teddy Bear

Posted: 13 Sep 2012 11:00 AM PDT

image

image
Sneakers Adidas Teddy Bears buah karya Jeremy Scott ada di koleksi Spring/Summer 2011. Cute?

Awas! ada bayi yang nak mengamuk

Posted: 13 Sep 2012 10:30 AM PDT

funny-random-pics32-4
ini bahaya..nasib baik dia bawak senapang mainan..kalau dia betul-betul mengamuk habis orang ramai….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS