Adsense

Khamis, 13 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Miley Cyrus Tampil Dengan Imej Gothic Yang Seksi Dan Memukau

Posted: 13 Sep 2012 11:31 PM PDT

Masih ingat dengan si pelakon cilik dalam satu siri televisyen Amerika, Hannah Montana ?

Jika dahulu beliau tampil dengan imej yang ringkas, kini pelakon berusia 19 tahun itu berketerampilan memukau untuk MTV Video Music Awards.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'The Climb' tampil dengan gaya berimejkan gadis 'gothic' dimana beliau mengayakan gaun hitam yang menampilkan ciri-ciri belahan dada yang luas.

Gaun hitam Miley mempamerkan sedikit bahagian jarang dan lebihan juraian di bahagian bawah kaki ibarat puteri dengan gaya baru potongan rambut Peroxide Pixie Cut dalam gaya Retro Quiff.

Pelakon remaja yang kini bertunang dengan Liam Hemsworth mengabadikan personalitinya dengan lebihan solekan pada ukiran kening bagi menampilkan imej yang memukau.

Aktres tersebut mengabungkan gaun hitam dengan beg bimbit kecil yang  berperincian mewah dan juraian anting-anting daripada rona warna perak yang  menarik.

Jika dahulu bayang-bayang gaya Hannah Montana menyelubungi Miley Cyrus, kini Miley membuktikan bahawa beliau mampu berfesyen tanpa diselebungi dengan imej Hannah Montana.

Arvil Lavigne Merancang Gaun Perkahwinannya Lain Daripada Yang Lain

Posted: 13 Sep 2012 11:27 PM PDT

Baru sahaja mengumumkan tentang pertunangan beliau, kini Arvil Lavingne sudahpun membuat perancangan tentang busana pakaian yang akan dipakai pada majlis perkahwinannya nanti.

Beliau juga turut menjanjikan bahawa busana pakaian perkahwinannya itu nanti merupakan busana yang 'lain daripada yang lain'

Penyanyi pop star yang berusia 27 tahun itu kini beralih arah menjadi pereka fesyen dan bakal berkahwin dengan jejaka tampan iaitu Chad Kroeger.

Apabila ditanya perancangan busana pada majlis perkahwinanya nanti, beliau menyatakan samada ianya sesuatu rekaan sendiri ataupun dikombinasi dengan rakan kongsi mahupun berkolaborasi dengan pereka fesyen yang lain.

Ia mungkin menjadi sesuatu pakaian yang dibeli daripada beberapa pakaian berbeza dan digabungkan menjadi suatu pakaian yang lain daripada yang lain.

Sementara itu, pertunjukan fesyen yang berlansung baru-baru ini menampilkan adiknya sendiri iaitu Kylie Jenner untuk membuka dan menutup tirai pertunjukkan fesyen tersebut.

Kylie yang tampil dengan gaya remaja dimana beliau memperagakan baju ketat putih berhuruf dengan seluar pendek menawan mengkombinasi gayanya dengan jaket kulit yang memukau.

Lavigne pula memperagakan pakaian musim bunga dengan jalur  hitam putih pada seluar dan pakaian yang memukau.