Adsense

Khamis, 13 September 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gempar Gambar Yang Dikatakan Gadis Ex AF5 Berpakaian Seksi

Posted: 13 Sep 2012 01:37 AM PDT

 ZoOM dah lama tak  berkongsi dengan anda berita terkini, mungkin kerana kesibukan kerja seharian dipejabat dan baru berpindah rumah. Namun hari ini dimasa yang terluang ZoOM ingin berkongsi gossip panas yang sedang tersebar sebelum ini.

Gambar diatas dan dibawah menunjukkan seorang gadis yang dikatakan bekas pelajar AF, namun kesahihan gambar diatas jika salah harap diperbetulkan.Namun siapapun dia, gadis tersebut macam seorang gadis melayu je.

Apa komen anda mengenai gambar-gambar ini ?





Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Pasangan Songsang Di Tangkap Di Kuantan

Posted: 13 Sep 2012 12:16 AM PDT

PASANGAN SONGSANG…dua remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.

KUANTAN: Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!