Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Sudah lali

Posted: 02 Jan 2013 03:50 AM PST

Emma Maembong kecewa diri terus disalah anggap, mahu lupakan episod pahit 2012

Kanvas seni pelakon Emma Maembong yang mula diwarnakan enam bulan lalu, tidak begitu indah. Kontroversi dan kisah sensasi dirinya bersilih ganti diperkata orang - baik di laman sosial mahupun akhbar atau majalah.

Lalu tanpa usul periksa, dirinya dilabel artis bermasalah. Foto bermesra bersama teman lelaki, didakwa tidak datang ke sesi fotografi, enggan ditemui media dan tampil selekeh satu persatu menjadi bahan cerita artis baru ini.

Gadis yang memiliki nama indah, Fatimah Rohani Ismail ini mengakui dia bagai terkena kejutan budaya rentetan pelbagai kisah tidak enak ditabur terhadap dirinya.

Namun, lama-kelamaan dia semakin lali. Biarlah 2012 menjadi kenangan. Ini kerana dia mahu menyambut 2013 dengan suntikan semangat positif.

"Saya mahu lakukan yang terbaik untuk dua bidang yang amat saya minati iaitu lakonan dan lukisan," dedah gadis kacukan Melayu-Scotland ini kepada HIP.

Sibuk menjalani penggambaran drama episod Tiga Nenek Tiga Dara, sebagai pendatang baru, pertama kali diusik dengan mainan kontroversi menyebabkan hatinya gundah gulana.

"Ketika baru hendak melangkah dalam dunia seni, memang sukar untuk saya menerima cakap-cakap buruk mengenai diri saya. Paling saya kecewa apabila pelbagai kisah tidak enak didedahkan satu persatu.
"Apabila cerita yang bukan-bukan timbul, tentulah saya kecewa dan sedih. Hubungan saya dengan ayah sangat rapat, jadi saya tidak mahu ayah terluka mendengar cerita demikian.

"Orang sewenang-wenangnya menilai saya dengan hanya melihat dari permukaan, bukan dari dasar. Tanpa tahu hujung pangkal, dengan mudah mereka melempar pelbagai tuduhan tidak betul mengenai diri saya," kata Emma yang mula melangkah ke dunia seni menerusi drama rantaian Kau Yang Terindah.

Bakal bintangi filem tahun ini

Biarpun dihambat pelbagai kontroversi, gadis berusia 21 tahun ini bersyukur apabila rezeki lakonannya makin kencang. Dek kesibukannya, Emma terpaksa mengupah pengurus bagi mengendalikan aktiviti seninya.

Menyedari dirinya masih baru dalam bidang lakonan, Emma yang tersenarai antara calon awal Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012), tidak mahu tamak menerima setiap tawaran. Sebaliknya, ujar gadis ini, dia mahu mengukuhkan prestasi lakonan sebelum ligat beraksi.

"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan perjalanan kerjaya seni.

"Bagaimanapun, saya tidak suka bersikap tamak. Sebaliknya, saya lebih gemar menumpukan perhatian kepada satu tawaran sebelum menerima tawaran lain," katanya.

Emma berkata, dia sudah membintangi empat drama rantaian sejak mula menyertai dunia seni enam bulan lalu.

"Insya Allah saya akan berlakon filem tahun ini tetapi semuanya masih belum pasti selagi tiada hitam putih," katanya.

Cari pengganti

Posted: 02 Jan 2013 03:24 AM PST

Andai sebelum ini, banyak kisahnya dikongsi bersama peminat di laman Twitter, entah kenapa kali ini, penyanyi lagu Terukir di Bintang, Yuna senyap bila dia rupa-rupanya menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL 27), Ahad ini.

Melalui pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa, HIP mendapat tahu Yuna sekarang berada di Amerika Syarikat (AS) dan sedang menjalani proses rakaman untuk album terbaru bersama gitaris kumpulan rock terkenal, Incubus iaitu Mike.

Wawa memberitahu, dia masih menunggu jawapan Yuna berhubung penyanyi yang bakal menggantikannya mendendangkan lagu Terukir di Bintang pada malam kemuncak AJL 27.

"Setakat ini, kami sudah ada beberapa nama tetapi sedang menunggu kepastian daripada Yuna.

"Apabila sudah ada jawapan, pihak TV3 akan mengeluarkan kenyataan. Mungkin esok (hari ini) atau Jumaat, pihak TV3 yang akan akan umumkan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Namun, semalam, heboh di blog kononnya penyanyi senior, Uji Rashid yang popular pada era 1970-an akan menggantikan Yuna mendendangkan lagu Terukir di Bintang.
"Mengenai ura-ura itu, saya tidak ada komen kerana kami ada beberapa nama.

"Keputusan adalah 100 peratus dari Yuna, jadi saya masih menunggu jawapan dari dia. Saya tidak boleh memberi komen lebih pasal pengganti. Ini kerana sekarang kami perlu tunggu keputusan dari pihak TV3," katanya.

Bernaung dengan syarikat rakaman lebih besar

Wawa juga menjelaskan isu penarikan diri Yuna daripada AJL 27.

"Yuna tidak tarik diri. Dia cuma tidak dapat pulang ke Malaysia ketika AJL berlangsung. Ini disebabkan urusan kerja yang memang tidak dapat nak dielak.

"Yuna cuma akan pulang ke Malaysia selama tiga hari untuk pembabitannya bersama Samsung dan lima hari untuk perkahwinan sepupunya selain urusan lain," katanya.

Ditanya apakah Yuna tidak mengharap kemenangan dalam AJL kali ini, Wawa memberitahu, Yuna meletakkan isu kalah atau menang di tangan juri profesional.

"Bagi Yuna, apa yang penting mereka memberi persembahan terbaik pada malam itu. Tidak kira siapapun penyanyi yang akan menggantikan tempatnya," katanya.

Mengenai laporan Yuna disunting label lebih besar di AS dan meninggalkan syarikat rakaman, Fader Label, Wawa berkata:

"Saya tidak boleh umumkan kerana pihak pengurusan Yuna di AS yang akan menghebahkannya, tidak lama lagi," katanya.

HIP cuba mendapatkan reaksi Penerbit Eksekutif AJL 27, Muhamad Sufian Che Isa. Namun, dia tidak mahu mengulas kerana menunggu keputusan berhubung pengganti Yuna pada malam kemuncak AJL 27.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Dakwaan Memiliki Dadah Zarina Anjoulie Kini Ditahan Di Penjara Kajang

Posted: 03 Jan 2013 01:45 AM PST

Zarina Anjoulie memiliki dadah
Zarina Anjoulie sekali lagi mengegarkan dunia hibuan Malaysia apabila dia ditahan atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram (2 biji) tiga hari yang lalu bersama teman lelakinya di Armanee Condominium di Damansara Damai.. Bagaimanapun Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dihadapan majistret Nazri Omran..

Bagi tuduhan itu, mereka berdua didakwa atas seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan , yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan..

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM2000 dengan syarat penjamin adalah daripada ahli keluarga..

Seorang rakan Zarina Anjoulie yang mengaku dirinya pemilik kondominium itu cuba menjamin Zarina Anjoulie namun ditolak oleh mahkamah kerana beliau bukan ahli keluarga Zarina Anjoulie.. Sehingga jam 4 petang semalam, tiada seorang pun ahli keluarga Zarina Anjoulie datang menjamin beliau sebelum dia dibawa ke kompleks penjara Kajang..

bagaimanapun, Teman lelaki Zarina Anjoulie telah pun dibenarkan pulang apabila membayar wang ikat jamin melalui abangnya.. Kes akan disebut semula pada 8 Februari ini..

Sebelum ini, Mereka berdua telah ditahan oleh pihak polis selepas orang awam membuat aduan mendakwa mereka telah melakukan penyalahgunaan dadah di kondominium tersebut..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS