Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Lisa Surihani Covergirl Cosmopolitan Edisi Pembuka 2011, Digelar Drama Queen!

Posted: 23 Dec 2010 08:56 PM PST

(Gambar) Lisa Surihani Covergirl Cosmopolitan Edisi Pembuka 2011, Digelar Drama Queen!

MK0111CoverLisa (Gambar) Lisa Surihani Covergirl Cosmopolitan Edisi Pembuka 2011, Digelar Drama Queen!

Seakan satu trend pula untuk kumpulan redaksi majalah berkonsepkan wanita berlumba-lumba untuk menampilkan Lisa Surihani sebagai cover girl. Tak lupa juga, Mizz Nina turut menjadi pilihan utama, sampai kami confuse, "eh, aku dah beli magazine ini ke tak?"

Mungkin, itu aura Lisa Surihani yang mempunyai magnet untuk menarik orang ramai termasuk kami membeli majalah ini. Antara topik menarik, Lisa Surihani menepis gelaran Drama Queen yang berikan oleh, siapa ya?

Jikalau sebelum ini tiada yang memandang anda, mungkin tahun 2011 anda diberikan satu harapan dengan mencuba gaya & imej terbaru yang dibawa oleh majalah Cosmopolitan.

pixel (Gambar) Lisa Surihani Covergirl Cosmopolitan Edisi Pembuka 2011, Digelar Drama Queen!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Mizz Nina Covergirl Majalah FHM, Pembuka Tirai 2011

Posted: 23 Dec 2010 08:06 PM PST

x2 3dcb3fb (Gambar) Mizz Nina Covergirl Majalah FHM, Pembuka Tirai 2011

Populariti Mizz Nina semakin meletup-letup terbukti dengan kemunculan'nya sebagai covergirl di beberapa majalah, dan yang terkini majalah FHM, sebagai pembuka tirai tahun 2011. Video berkualiti HD ketika persembahan Mizz Nina di Shout! Awards tempoh hari menyusul anda selepas ini, we love the remix!

pixel (Gambar) Mizz Nina Covergirl Majalah FHM, Pembuka Tirai 2011
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Tiramisu

Posted: 23 Dec 2010 06:02 PM PST

Pada 21 Disember 2010, Selasa lalu, Budiey sempat hadir di Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon drama Tiramisu yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar.

Di majlis ini juga Budiey dapat tahu yang slot untuk drama Akasia kini bersiaran pada jam 7 malam. Budiey juga mendapat respon dari pembaca yang mengatakan masa itu tak sesuai kerana bertembung dengan slot Maghrib.

Tiramisu

Manis dan pahit… Begitulah andaian sesetengah orang kepada cinta. Menyusuli "SERIBU KALI CINTA", slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama cinta romantis, TIRAMISU lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge, Mia Sara Nasuha dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010. Atas permintaan ramai, siri drama slot AKASIA akan bersiaran pada 7.00malam, setiap hari Isnin hingga Khamis.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, "Slot Akasia sentiasa mendapat sambutan positif daripada para penonton TV3 sejak diperkenalkan pada tahun 2007 menerusi drama "Manjalara". Kini, AKASIA berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan catatan rating iaitu 1.8 juta penonton secara purata pada setiap episod."

Tiramisu

"Bermula dengan TIRAMISU, waktu siaran slot Akasia akan diubah kepada 7.00 malam supaya memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk berkesempatan menontonnya selepas pulang dari pejabat.

Kami berharap agar strategi baru ini dapat memenuhi permintaan para penonton untuk mengikuti drama kegemaran mereka di mana TV3 sentiasa mengutamakan cita rasa penonton dalam memberikan program yang terbaik. " Jelas Puan Nurul.

Drama bersiri 28-episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Jangan lupa saksikan TIRAMISU di slot AKASIA mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3.

pierre andre & Amani

DSC_0072

Tania Hudson

DSC_0013

Sharifah Amani

Pierre Andre

pierre andre & Amani

Sharifah Amani

Sharifah Amani

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Tiramisu
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Dato' Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Slot Samarinda Drama Yusuff Lakonan Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali
  • Gambar Sekitar Karnival Tari Tirana
  • Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli
  • Drama Comel dan Segalanya Ku Terima di TV3
  • Mini Karnival Tari Tirana
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    TV9 Jenamakan Semula Program Agama Terbaru RAUDHAH

    Posted: 23 Dec 2010 05:03 AM PST

    TV9 MELANCARKAN PENJENAMAAN KEAGAMAAN TERBARU, RAUDHAH

    TV9 memperkenalkan Raudhah, penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di TV9. Raudhah bertujuan untuk menitikberatkan penjadualan dan menjadikannya lebih mudah buat penonton untuk mengikuti rancangan-rancangan kegemaran mereka.

    Penjadualan utama yang diatur adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 pagi hingga 10 pagi, 6.30 petang dan pada 10 malam hingga 11 malam.

    Raudhah yang merangkumi lapan program ilmiah ini terdiri daripada Akademi Al-Quran 5 (AQ5) yang juga menjadi program utama dalam penjenamaan Raudhah, diikuti dengan Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik & Al-Quran.

    TV9 RAUDHAH

    Kesemua program ini amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira had umur dan pada masa yang sama mendidik jiwa masyarakat sekeliling untuk mendalami ilmu jasmani dan rohaniah menerusi televisyen. Bukan itu sahaja, malah terdapat lebih banyak lagi rancangan baru yang bakal diperkenalkan sepanjang tahun hadapan.

    Majlis pelancaran Raudhah dan Akademi Al-Quran musim 5 ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B). Hadir sama di majlis tersebut adalah Pengerusi Media Prima Berhad, YBhg Datuk Johan Jaaffar, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Puan Nurul Aini bin Abu Bakar serta Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin.

    Menurut kata Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin, "Penjenamaan Raudhah diperkenalkan sebagai satu destinasi untuk kesemua penonton Muslim moden di mana mereka dapat mencari isi kandungan rohaniah yang boleh menyinari hati nurani mereka dan sekaligus mempelbagaikan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ia juga bagi memudahkan penonton untuk mengikuti rancangan kegemaran kerana mereka sudah tahu hari apa dan jam berapa program-program ini akan disiarkan."

    "Menerusi program-program yang disediakan ini, penonton kami juga berpeluang untuk berinteraksi terus bersama panel-panel serta pengacara untuk bertanyakan kemusykilan tentang pengisian Islam menerusi Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Semanis Kurma. Kami percaya ramai di luar sana yang mengharapkan program-program sebegini dan kami berjanji akan memberikan kandungan kualiti yang terbaik khusus buat penonton setia kami. Sementara sebuah lagi program baru, Safiyya, merupakan sebuah program yang memartabatkan wanita zaman moden yang masih aktif, progresif dan proaktif tetapi tetap menitik beratkan imej muslimah serta nilai-nilai keIslaman dalam jati diri. Program Adik & Al-Quran pula mengajar anak-anak kecil mendekatkan diri dengan Al-Quran. Itulah antara program-program bermanfaat yang bernaung di bawah TV9 pada 2011 ini dalam melahirkan masyarakat yang bijak dan berilmiah," tegas beliau lagi.

    Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima. Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab. Akademi Al-Quran 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 Januari 2011 ini.

    Akademi Al-Quran mula dilahirkan pada tahun 2006 dan telah menyaksikan empat juara iaitu Anuar Hasin (juara AQ1), Abdullah Fahmi Che Nor (juara AQ2), Fakhrul Radzi Khamaruddin (juara AQ3) dan terkini Ahmad Tirmizi Ali (juara AQ4). Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.

    AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak. Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran. Sementara Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat dari jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.
    .
    Sepanjang ujibakat diadakan, hampir 1000 peserta telah mencuba nasib mereka dan amat menggembirakan apabila kebanyakan peserta yang mencuba nasib berusia antara 7 tahun hingga 10 tahun. Sememangnya bacaan adik-adik yang berusia lingkungan 7 tahun ini sangat hebat dan mendapat pujian daripada pihak juri di negeri-negeri terlibat, namun faktor usia menyebabkan pihak penerbitan tidak dapat mengambil mereka. Peserta yang layak perlu berusia antara 10 hingga 27 tahun. AQ5 diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

    Selain daripada Akademi Al-Quran yang menjadi tunjang kepada penjenamaan Raudhah, kami juga turut menyiarkan Halaqah yang diterajui oleh penerbit Haji Ahmad Noor Sulaiman. Halaqah disiarkan secara langsung pada setiap Selasa dari jam 10.00 malam hingga 11.00 malam dari Studio C, Sri Pentas atau lokasi-lokasi pilihan menampilkan gabungan dua pendakwah terkenal tanahair iaitu Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dan Ustaz Badli Shah Alauddin sebagai pengacara. Halaqah tampil lebih segar dan berdaya saing dengan perbincangan-perbincangan ilmiah serta hukum-hakam agama yang sentiasa memberi ilmu bersama nilai tambah yang mengasak permikiran penonton dengan kupasan oleh para pendakwah, pakar motivasi serta pakar spiritual berdasarkan konsep persembahan melihat, mendengar, merasa. Halaqah memandu dan merentasi disiplin hukum Feqah, Syarak, Sirah, Muamalat, Tasawuf, Sains Al-Quran serta Tafsir Al-Quran dan Al-Hadis yang berteraskan tagline "Akar Tradisi Ilmu" dengan perbincangan topik-topik yang sesuai ditonton setiap lapisan umur serta membawa isu yang dekat, berkait rapat dengan kehendak dan kehidupan mereka serta umat Islam khasnya dengan menekankan penguasaan asas hukum Islam.

    Semanis Kurma juga turut menyerikan penjenamaan Raudhah TV9 dan dihoskan oleh pasangan suami isteri yang romantis iaitu Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami, Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid. Program bual bicara menarik yang menampilkan isu-isu pemasalahan keluarga terutamanya rumahtangga ini disiarkan setiap hari Khamis jam 10.00 malam. Program yang banyak memberi pandangan dan dorongan kepada pasangan bermasalah atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang hidup berumahtangga ini juga turut menjemput dua tetamu di studio untuk berkongsi pengalaman berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Kedua pengacara ini juga turut mendengar masalah penonton menerusi bualan telefon. Menerusi program ini sekurang-kurangnya penonton dapat berkongsi masalah mereka dan mendengar nasihat yang diberikan oleh dua pakar motivasi tersebut berdasarkan kepada hadis-hadis serta ayat-ayat Al-Quran.

    Kepada mereka yang mempunyai sebarang kemusyikan dalam pengisian Islam seperti fardhu kifayah, fadhu ain dan sebagainya, bolehlah kemukakan pemasalahan mereka menerusi program Tanyalah Ustaz yang disiarkan setiap hari selama satu jam bermula 7.00 pagi. Setiap episod akan menampilkan seorang ustaz atau pendakwah bertauliah dan setiap jawapan kepada pemasaalahan samada menerusi email mahupun panggilan telefon akan diperjelaskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.

    Tanyalah Ustazah yang merupakan program terbaru TV9 pula akan disiarkan pada setiap Jumaat dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari bermula 7 Januari 2011. Program Tanyalah Ustazah ini adalah berdasarkan program popular TV9 yang sedia ada iaitu Tanyalah Ustaz. Setiap episod akan menampilkan seorang ustazah berpengalaman dan siarkan secara langsung dari Studio C. Penonton di studio dan juga penoton di rumah boleh berinteraksi bersama ustazah jemputan mengenai topik yang diberikan dalam setiap espisod. Di akhir program, Ustazah tersebut akan memberikan tips-tips berfaedah serta panduan-panduan bermanfaat sebagai kesimpulan kepada topik yang dibincangkan. Program Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah diterajui oleh saudara Ruzmi Kamaruddin.

    Selain daripada pemasalahan rumahtangga, pengisian Islam dan juga pembelajaran Al-Quran, TV9 juga turut menerbitkan Usrah yang dihoskan secara bergilir bersama Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Muhamad Abdullah. Usrah yang diterbitkan oleh Rozimalini Abdullah ini diberi nafas baru bermula 7 Januari 2011 setengah jam bermula 1.00 tengahari dengan konsep lebih santai tetapi isi kandungannya yang semakin padat apabila membincangkan persoalan fardhu ain dan fardhu kifayah. Kedua-dua pengacara Usrah ini mempunyai pengalaman yang mendalam terhadap ilmu Al-Quran, Hadis, Sejarah Islam, Syariah dan Tasawuf. Usrah yang bermatlamatkan Terapi Jiwa Muslim akan mendekati penonton daripada pelbagai golongan masyarakat dalam sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

    TV9 RAUDHAH

    Topik perbincangan Usrah seperti Islam itu Mudah, Ibadah Sang Pengembara, Mukminah Professional, Syukur Rezeki dan lain-lain lagi. Penyampaian Usrah berpandukan kepada kitab-kitab yang menyentuh persoalan akidah, fiqh, dan tasawuf seperti Furu' al-Masail, Sifat Solat Nabi dan Tasawuf Kontemporari. Dengan pendekatan ini, penonton dapat mencari alternatif dan penjelasan yang lebih lanjut berdasarkan buku-buku yang telah dicadangkan oleh penyampai Usrah, sekaligus mengalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Sementara itu, sebuah program majalah menarik terbaru turut diterbitkan dan diberi nama Safiyya. Hartina Ayu selaku penerbit program ini akan membawa penonton menyaksikan tips-tips serta fesyen muslimah terkini. Safiyya yang membawa maksud "sahabat baik" akan menemani penonton pada setiap Ahad pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam bermula 2 Januari 2011. Program Safiyya yang menampilkan isu-isu berkaitan wanita ini dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Nor Azrina Mohd Salleh (juara Gadis Melayu musim ketiga) dan Liyana Hisham. Safiyya mengetengahkan wanita moden yang aktif dan progresif tetapi masih menitikberatkan imej muslimah dan nilai-nilai keIslaman dalam diri. Dengan konsep pengacaraan yang lebih santai, program ini juga akan menyelitkan beberapa tips menarik seperti tips solekan, tips berpakaian dan sebagainya. Kepada mereka yang sukakan fesyen tetapi masih menerapkan nilai-nilai penutupan aurat, Safiyya adalah program yang sesuai.

    Penjenamaan Raudhah ini juga tidak melupakan adik-adik di rumah dengan menghasilkan sebuah program menarik iaitu Adik & Al-Quran. Program khusus buat adik-adik cilik ini muncul apabila melihat sambutan ujibakat Akademi Al-Quran yang sangat memberansangkan daripada kanak-kanak kecil yang tidak berpeluang untuk memasuki ujibakat tersebut akibat faktor usia. Adik & Al-Quran yang bakal disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang bermula 7 Januari 2011 ini memberi peluang kepada adik-adik di rumah mempelajari pembaca Al-Quran dengan betul bersama dengan tarannum, qiraat dan tajwid. Selain daripada itu, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin yang menjadi hos bagi program ini turut mengajar adik-adik tentang tafsiran surah yang dibaca itu. Program bertambah menarik dengan adanya segmen "Pesan Atok" diakhir program yang menampilkan Dato' Abu Hassan Din yang akan memberikan tips-tips kelebihan surah-surah yang dibaca oleh mereka untuk diimplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka dan juga penonton semua. Adik & Al-Quran ini diterbitkan oleh Aizah Mahani.

    Semoga kelapan-lapan program menerusi penjenamaan Raudhah ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua terutamanya membentuk jiwa masyarakat kita ke arah yang lebih maju dan berdaya saing berdasarkan panduan agama Islam.

    Nantikan kedatangan Raudhah menerusi stesen TV9 Di Hatiku dan selamat menonton.

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    TV9 RAUDHAH

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Flop Poppy di With love Down Under Charity Gig
  • Zizan Nin dan Aida Radzwill Dalam Sanggar Cinta Raudhah
  • Sinopsis Drama Dari Mata Arisa
  • Program Iftar Ramadhan 1430h Anjuran Islamic Outreach ABIM
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Ayu Raudhah & Adi Putra dalam Drama Mencintaimu
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    [Pelik] Di India Harry Potter dituduh penyebab burung hantu banyak hilang

    Posted: 23 Dec 2010 09:00 PM PST

    NEW DELHI - Jumlah burung hantu di India terus berkurang dan Pemerintah India tahu siapa penyebabnya. Mereka menyalahkan Harry Potter yang dianggap menghilangkan populasi burung hantu.

    Menteri Lingkungan India Jairam Ramesh mengatakan, kegilaan warga India terhadap Harry Potter menyebabkan  pembelian burung hantu secara ilegal.

    "Kerana Harry Potter, sepertinya banyak warga kelas menengah atas yang memberi hadiah burung hantu kepada anaknya," ungkap Ramesh.

    Satu kumpulan pencinta alam Traffic mendesak pemerintah untuk segera mengambil langkah tegas atas trend yang sedang marak ini. Traffic juga meminta Pemerintah India untuk melindungi burung hantu yang akan dikorbankan pada upacara Hindu, Diwali.

    Laporan ini ditulis oleh Traffic setelah mengetahui adanya penjualan burung hantu untuk memeriahkan pesta ulang tahun seorang kanak-kanak10 tahun. Pesta ulang tahun tersebut bertemakan filem Harry Potter.

    [Terkutuk] Ibu dan anak meninggal dunia kerana bersetubuh (melekat))

    Posted: 23 Dec 2010 08:45 PM PST

    Kejadian ini sungguh terkutuk. Ibu dan Anak meninggal dalam keadaan sedang bersetubuh. Kisah kejadian ini adalah, persetubuhan antara Ibu yang berusia 30 tahun, dengan anak lelakinya berusia 15 tahun. Keduanya tetap melekat seperti terkunci. Pasangan ini sempat dilarikan ke sebuah hospital di kota Gorontalo Indonesia. "Namun malang, pasangan ini meninggal beberapa jam setibanya di hospitalt," kata seorang petugas hospital tempat pasangan persetubuhan itu dirawat kepada wartawan Gorontalo Post.

    Di Gorontalo, kes ini menjadi aib besar. Baik keluarga mahupun pihak hospital sama-sama menutup kes daripada diketahui orang awam.Namun, dari penyiasatan wartawan Gorontalo Post (Group JPNN) ketika sampai di hospital pasangan bersetubuh ini memang sudah dalam keadaan lemah. Tidak jelas, sudah berapa lama pasangan persetubuhan melekat sehingga tak boleh dilepaskan.

    Beberapa sumber lain yang dekat dengan keluarga menyebutkan, sebenarnya pasangan ini sempat bertahan beberapa hari sebelum akhirnya diputuskan untuk membawanya ke hospital dan akhirnya meninggal dunia. Di hospital pasukan perubatan memutuskan untuk membedah untuk memisahkan keduanya."Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaannya memang memaksanya begitu. Mereka kelihatan sudah lemah, dan terus memburuk," jelas petugas hospital.

    Sayangnya, informasi bila dilaksanakannya pembedahan terhadap keduanya, Gorontalo Post tak berhasil mendapatkan informasi yang pasti. "Kami kurang tahu bila dilakukan pembedahan hanya yang jelas sudah dibedah," kata sumber Gorontalo Post ."Kami dengar sudah meninggal dunia. Tapi kami tidak tahu bagaimana selanjutnya," sambung sumber tersebut.

    Lebih lanjut informasi yang diperolehi,  setelah meninggal jasad ibu dan anak tersebut sempat diletakkan di bilik mayat. Jasad keduanya dibawa pulang oleh pihak keluarga. Proses pengeluaran jasad itu pun dirahsiakan juga. Beberapa sumber mengatakan, jasad keduanya dibawa dengan van ambulance ketika tengah malam. Dan ada sumber mengatakan mayat mereka tidak disimpan di bilik mayat tetapi terus dibawa balik melalui pintu yang dirahsiakan.

    Apakah memang ini semua tanda-tanda nyata akhir zaman semakin dekat, kiamat sudah diambang pintu kedatangan, Wallahu a'lam semoga Tuhan senantiasa membawa kita pada jalan yang lurus dan benar.-ruanghati.com
      

    Google disaman kerana street view kamera ambil gambar pakaian dalam sedang dijemur

    Posted: 23 Dec 2010 07:45 PM PST

    Lagi-lagi Street View di Google Map menemui masalah. Seorang perempuan Jepun menyamannya kerana gambar jemuran pakaian dalamnya di depan apartment muncul  di peta. Google hanya disaman sebanyak 600.000 yen.

    Gambar tersebut diambil kendaraan Google Street View yang lalu di depan apartmentnya. Seperti dilaporkan surat khabar tempatan Mainichi, gambar tersebut menyebabkannya stress dan tekanan psikologi yang sangat mendalam.

    "Saya diselubungi ketakutan sehingga merasa diletakkan sebagai target kejahatan seksual," kata perempuan tersebut dalam sidang pertamanya di Fukuoka. Bahkan kerana terus dibayangi ketakutan, perempuan tersebut terpaksaberhenti dari pekerjaannya dan pindah tempat tinggal.

    Dalam samannya, dia menyatakan bahawa sejak melihat gantungan baju dalamnya tersebar di internet, penyakit obsessive-compulsive disorder pada dirinya semakin parah. Dia juga menjadi takut kerana merasa bahawa segala hal peribadi yang dilakukannya seperti diintip.

    Google sendiri mengganggap saman itu sangat serius dan terus menghapuskan gambar itu ketika perempuan Jepun itu mengajukan saman kemuka pengadilan pada Oktober yang lalu. Namun, ibarat nasi sudah menjadi bubur, perempuan itu merasakan dirinya menjadi korban.

    "Saya dapat memahami bahawa itu hanyalah sebuah gambar. Namun, menampilkan gambar pakaian dalamnya, yang sedang dijemur di luar rumahnya, adalah perbuatan yang jelas salah," ujar perempuan itu.

    [Gila] Membunuh untuk pecah rekod

    Posted: 23 Dec 2010 06:40 PM PST

    Membunuh pun nak dicipta rekod...inilah gelagat manusia...
    saya petik daripada myMetro


    LONDON: Mangsa pembunuhan yang dilakukan Stephen Griffith mungkin seramai 14 orang lapor polis Bradford, semalam.

    Griffith mengakui menyembelih tiga pelacur dari Bradford tetapi memberitahu kekasihnya dia tidak akan berhenti membunuh sehingga dapat mengatasi rekod pembunuh dari Yorkshire, Peter Sutcliffe yang sudah membunuh 13 wanita.Polis kini mencari 11 lagi mangsa pembunuhan Griffith dan meneliti kes pembunuhan beberapa wanita yang masih belum selesai.

    Bekas kekasih Griffith, Amanda Judson, 45, memberitahu polis bahawa Griffith sudah merancang untuk mengatasi Sutcliffe sejak zaman remajanya."Dia beritahu saya dia hanya akan berhenti membunuh apabila sudah mengatasi Sutcliffe," kata Amanda.


    Griffith, 40, dihukum penjara seumur hidup, semalam selepas mengaku membunuh dan mengerat-ngerat mayat Susan Rushworth, 43, Suzanne Blamires, 36, dan Shelley Armitage, 31 sebelum memakan bahagian tertentu tubuh mereka.

     Polis turut menyoal siasat Griffith di penjara terhadap pembunuhan pelacur dari Yorkshire iaitu Rebecca Hall, 19, dan Yvonne Fitt, 33.Pegawai polis Yorkshire barat bekerjasama dengan ibu pejabat polis di daerah berhampiran serta Scotland Yard untuk memastikan sama ada lima lagi kes pembunuhan ada kaitan dengan Griffith.

     Gemma Simpson, 23, dilaporkan hilang pada Mei 2000 sementara Dawn Shields, 19, pula ditemui mati dicekik di daerah Peak selepas hilang di kawasan pelacuran Sheffield pada 1994.

    Micheala Hague, 25, mati ditikam sebanyak 19 kali pada malam perayaan Bonfire 2001 manakala pelacur dari Middlesbrough, Vicky Glass, 21, ditemui mati di kawasan sunyi di Danby, utara Yorks pada 2000. Perunding pengurusan, Diana Maw, 35, pula ditikam dengan busur silang di luar rumahnya di Ealing, barat London pada 1988. - Agensi

    Penganjur punya pasal peserta kuiz terlepas AS$800,000

    Posted: 23 Dec 2010 05:15 PM PST

    KERANA JAWAPAN DINAFIKAN PENGAJUR PESERTA KUIZ TERLEPAS DUIT...
    saya petik kosmo online


    LOS ANGELES - Satu pasangan muda di Amerika Syarikat (AS) kalah dalam kuiz Million Dollar Drop sekali gus terlepas untuk memperoleh AS$800,000 (RM2.49 juta) selepas mereka memberikan jawapan yang betul tetapi dianggap salah oleh pihak penganjur, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dalam kuiz yang disiarkan pada Isnin lalu, Gabe Okoye dan pasangannya, Brittany Mayi memberikan jawatan buku nota Post-It Notes bagi menjawab soalan barangan yang manakah dijual lebih awal di kedai sama ada komputer Macintosh, pemain muzik Sony Walkman atau Post-It Notes.

    Mereka kecewa selepas mendapati jawapan Post-It-Notes yang diberikan pasangan tersebut didapati salah dalam kuiz terbitan stesen televisyen Fox itu.

    Namun, kontroversi mengenai jawapan itu tercetus apabila pengguna-pengguna forum di Internet mendakwa, pasangan tersebut menjawab dengan tepat dan wang tersebut sepatutnya menjadi milik mereka.Amazing things happen when you say Yes


    "Sebenarnya, Post-It Notes tidak memasuki pasaran AS sehingga 1980, tetapi ia dijual di empat buah bandar raya untuk menguji pasaran bermula pada 1977," kata seorang penulis blog, Richard Lawson.

    "Justeru, ia mengatasi Sony Walkman yang mula dijual pada 1979," tambahnya.

    Menurut Lawson, soalan yang ditanya itu adalah sama ada ia dijual di kedai dan bukannya dijual di seluruh AS.

    Penerbit eksekutif kuiz itu, Jeff Apploff dalam satu kenyataan mempertahankan jawapan yang diberikan pasangan itu tidak betul.

    Menurutnya, sampel buku nota Post-It Notes itu diberikan secara percuma pada 1977 dan 1978 dan ia hanya dijual di kedai pada 1980. - Agensi

    Tradisi gila bunuh Dolphins untuk buktikan mereka telah dewasa

    Posted: 23 Dec 2010 04:32 PM PST

    Setiap tahun, laut di sekitar Faroe Island, Denmark ditukar kepada warna merah, bukan disebabkan oleh polusi atau perubahan iklim, akan tetapi oleh kekejaman manusia. Ratusan Calderon Dolphins dibunuh oleh para remaja dalam rangka merayakan atau mendemonstrasikan bahawa mereka telah melewati masa remaja menuju masa dewasa.

    Dalam perayaan paling brutal di dunia yang ditonton keluarga, anak-anak dan pelancong ini, para dolphin tidak langsung mati, mereka akan dicucuk 1-3 kali dengan hook yang tajam, dan setiap kali terdengar suara jeritan seperti bayi baru lahir daripada dolphin yang kesakitan ini.

    Sebuah tradisi brutal yang mengikuti nenek moyang mereka di abad ke 10 dimana penduduk tempatan Denmark membunuh dan memakan whale dan dolphin setiap tahunnya

    Lebih dari 180 binatang ini dibantai di kota Hvalvik's dalam acara tahunan yang disebut dengan 'grindadrĂ¡p'.Proses perburuan dan pembunuhan ini dilakukan dengan mengumpulkan binatang malang ini kesebuah teluk yang berbentuk setengah lingkaran dengan perahu.

    Daging hasil pembantaian ini tidak dijual, tetapi dibahagikan kepada masyarakat tempatan yang mana hal ini telah menjadi tradisi mereka selama lebih dari 1000 Tahun.

    Tradisi, yang juga ada di New Zealand, telah lama dikritik oleh kumpulan hak asasi binatang, yang menyebutnya kejam dan sangat tidak perlu.

    Tapi para nelayan tempatan mengatakan bahawa orang luar tidak mengetahui metode dan signifikansi ekonomi dari tradisi penangkapan ini.












    200 blog !

    Posted: 23 Dec 2010 03:54 PM PST

    Magic Twins

    Posted: 23 Dec 2010 10:01 AM PST








    inilah dia antara kembar-kembar yang tidak dapat dibedah
    semasa kecil kerana risiko yang tinggi...


    [Gila] Di Jepun ada hotel khas untuk orang melakukan maksiat

    Posted: 23 Dec 2010 09:30 AM PST

    Sampai begitu sekali budaya Jepun ini. Sampai sanggup dia adakan tempat khas untuk pasangan melepaskan nafsu masing-masing.Segala kemudahan disediakan seperti menggalakkan perlakuan zina ini.Buat pasangan muda-mudi yang perlu bersendirian atau istilahnya privasi boleh mencuba hotel Cinta yang cuma ada di Jepun. Hotel ini di reka sedemikian rupa  dengan teknologi sehingga semua keperluan sudah siap disediakan sehinggakan tidak diperlukan pekerja membantu.....









    sampai begini sekali diberikan tempat khas untuk memudahkan orang melakukan maksiat..
    Kesian kepada manusia yang nafsu telah menguasai mereka...


    [Aneh] Ada kambing yang suka makan anak ayam

    Posted: 23 Dec 2010 08:45 AM PST

    Kambing aneh milik seorang warga di Sukabumi Indonesia ini kalau dilihat penampilannya nampak biasa-biasa saja. Berbeza dengan kambing pada umumnya yang menyukai rumput dan daun-daun, kambing milik Kang Asep agak pelik keranana memakan semua makanan termasuk makan daging ayam.

    Menurut Kang Asep kambingnya yang berumur 9 bulan ini aneh kerana lebih menyukai makanan yang di makan manusia dibandingkan daun-daun. "Rumput dimakan, makanan manusia dimakan seperti pisang apa aja dimakan. Untuk minumannya kadang-kadang minta kopi," tambahnya.

    Yang lebih menjengkelkan dengan  nafsu makan kambing milik Kang Asep, kambing ini mulai menceroboh kandang ayam tetangganya  kerana kambing ini menyukai anak ayam sebagai makanannya. Oleh kerana itu banyak anak ayam yang menjadi korban.

    Aminah, tetangga Kang Asep menjelaskan "Anak ayamnya yang berjumlah 7 ekor kini cuma tinggal 3 sahaja, setelah dimakan sama kambing. Kerana dia melihat kambing itu memakannya."

    Meskipun perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk melayan karenah kambing ini, termasuk menggantikan semula anak ayam yang telah dimakan kambingnya, Kang Asep cukup senang setidak-tidaknya kambing itu menjadi pusat perhatian warga sekitarnya.-video.okezone.com

    [Heboh] SEX GAMES versi 3D akan dilancarkan (pengguna boleh merasakan)

    Posted: 23 Dec 2010 07:32 AM PST

    Kini, muncul game yang memungkinkan pengguna merasakan cybersex menakjubkan.Pernyataan ini diungkapkan oleh Wakil presiden Business Development Brad Adam. Sebelumnya, sudah ada game dewasa di bawah label perusahaan game ThriXXX.

    "Ini lebih nakal, seksi, sosial, mencakup beragam usia, gila dan dapat meningkatkan pengawalan virtual pengguna," ujar Abram yang juga memproduksi game 3D SexVilla, Fetish 3D dan 3D Slut.

    Dalam sebuah video yang dipamerkan perusahan di YouTube, meskipun video ini telah dihapus, nampak pengguna Kinect mampu meraba-raba perempuan animasi. Sensor Kinecet, yang baru saja diluncurkan kurang dari dua bulan, dapat merasakan gerakan dari keseluruhan gerak tubuh virtual. Perangkat juga sangat baik dalam membaca gerakan tangan dan bererti sentuhan virtual dapat terasa nyata.

    ThriXXX juga mengatakan layanan ini baru tahap awal. Pengguna nantinya dapat merasakan keseluruhan, tidak hanya tubuh tetapi juga perintah suara bahkan objek mainan seks lain seperti vibrator yang ikut serta dalam permainan atau penggunaan berpasangan.Mereka mengatakan permainan ini boleh dilancarkan pada tahun 2011.

    bk-kalau benar games macam ni akan dilancarkan makin rosak jiwa remaja....

    [Gila] Dahsyat betul mainan anak zaman sekarang

    Posted: 23 Dec 2010 06:50 AM PST

    Memang dahsyat permainan anak zaman sekarang....bila kita lihat permainan ini
    sepatutnya yang mencipta dan mengeluarkan berfikir dulu.Apa faedahnya kepada kanak-kanak jika mainan sebegini rupa...








     betulkan tak ada faedah...


    agaknya wanita di bawah  inilah yang menjadi 
    inspirasi kepada pencipta patung ini...



    Grandmaster Chess termuda mukanya mirip pelakon Harry Porter

    Posted: 23 Dec 2010 05:00 AM PST

    Seorang anak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007dia memperolehi gelaran Grandmasternya.Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.


    Dan baru-baru ini dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

    Best kalau dapat tempat letak TV macam ni

    Posted: 23 Dec 2010 04:45 AM PST




    memang best...lepas menonton boleh tarik masuk bawah katil..
    mana nak cari nie.....


    [Hot Pic] BMW di lapisi emas 23 karat

    Posted: 23 Dec 2010 03:40 AM PST

    Sebuah BMW berlapis emas dipamerkan di Auto Salon yang bertempat di Gold Coast Convention and Exhibition Centre. Dimiliki oleh Mohammed dan Bakr Ibrahim, BMW Goldie Horn mempamerkan bagasi, bahagian bawah mobil, roda, kerusi pemandu dan roda  yang dilapisi emas 23 karat!

    Lebih dari 1 juta dollar digunakan untuk melapisi kendaraan ini dengan emas. Ben Tubridy, yang mengelola bengkel modifikasi Ibrahim bersaudara di Queen Street, mengatakan kereta berlapis emas ini mampu menempuh jarak 1/4 mil dalam waktu di bawah 7.2 saat dengan kelajuan 196 mph.

    BMW berlapis emas ini ditenagai oleh mesin custom-built quad rotor dari Mazda yang mampu melontarkan tenaga 2.000 hp. Kereta ini merupakan gabungan antara kereta pertunjukan dan kereta drag.

    Gelagat nenek yang tak sedar diri

    Posted: 23 Dec 2010 02:45 AM PST




    Nenek tak sedar diri...berparti...bagi mereka ini perkara
    biasa bagi adat dan budaya mereka..tapi bila yang tua berparti dan gelagatnya
    mengalah yang muda ini mesti ada masalah....
    Minta dijauhkan daripada penyakit nafsu ini....


    Pertandingan kecantikkan yang aneh pesertanya bogel berkaki empat

    Posted: 23 Dec 2010 01:20 AM PST

    Ramygala, sebuah kota yang terletak 150 kilometer Lithuania dari ibukota Vilnius, mengadakan satu pertandingan kecantikan yang aneh di mana pesertanya ialah kambing Warga Ramygala berkumpul di pinggiran desa untuk melihat keindahan pertandingan kecantikakan kambing tradisional dan di anjurkan untuk memperingati ulang tahun ke 640 desa, yang merupakan ibukota Lithuania .







    Bentuk patung yang digunakan untuk doktor bersalin membuat pratikal

    Posted: 23 Dec 2010 12:35 AM PST









    [Pelik] Lelaki nikah dengan pokok Krismas kerana taksub

    Posted: 22 Dec 2010 11:35 PM PST

    Seorang lelaki berasal dari  Witshire,Englang menjadi terkenal di  negerinya kerana dia memutuskan untuk menikahi pokok Krismas Sebelum ini, dia pernah menjadi buah mulut orang sejak memutuskan untuk merayakan Krismas setiap hari sejak 17 tahun lalu.

    Andy Park yang sangat menyukai hal yang berkaitan dengan perayaan Krismas dan tahun ini memutuskan untuk menikahi pokok Krismas.

    Andy Park, 47 tahun, selalu menyediakan hidangan khas Krismas setiap hari selama 17 tahun ini.Lelaki yang sudah bercerai ini yang dikenal sebagai Bapak Krismas, mengakui bahawa dia jatuh cinta  pada Krismas. "Dan aku cinta pokok Krismas lebih dari apa pun, dan itu sebab aku ingin menikahinya," ujarnya. "Aku sudah punya cincin,  aku belum yakin di cabang yang nama cincin itu akan aku gantungkan."

    Park mengatakan bahawa meskipun dia hanya memiliki pokok plastik selama dua tahun ini, ia merasa sudah seperti memiliki teman hidup. "Aku tak pernah bosan melihatnya duduk di ruang tamu."

    Andy mulai merayakan Natal pada tahun 1993 dan sejak itu dia dikatakan makan lebih dari 6.000 jenis makan malam Krismas. Dia mula melakukan kebiasaan itu pada Julai 1993 ketika dia merasa damai setelah menghiasi rumahnya dengan tradisi Krismas, sehingga dia memutuskan untuk meneruskan sehingga hari ini.-ruanghati.com

    Ada bayi baru 6 bulan tapi sudah tumbuh payudara

    Posted: 22 Dec 2010 10:48 PM PST

    Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara.Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing.Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.

    Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.

    Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali apabila bayi itu berusia dua tahun. Pengumpulan gejala-gejala ini, antara lain, memberi kesan satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.

    Satu kajian dikeluarkan oleh University of North Carolina dalam 2010 mengemukakan gadis keturunan Kauskasia di AS mengalami satu pertumbuhan yang cepat diusia muda mereka bermula pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.


    SUMBER : best1of4.wordpress.com

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS