Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Pernah dipinggir

Posted: 13 Jan 2013 02:29 PM PST

Selepas kecewa tak terpilih tahun lalu, Siti Saleha bangkit jadi calon Top 5 ABPBH 2012

Hati kecil Siti Saleha Mohd Baharom pernah terguris apabila namanya tercicir daripada senarai Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), tahun lalu. Sedangkan, ketika itu, drama lakonannya Nora Elena mencetus fenomena hebat.

Namun, kekecewaan aktres jelita ini terubat apabila namanya melangkah ke peringkat akhir ABPBH 2012 - seiring Fasha Sandha; Neelofa; Nabila Huda dan Izara Aishah dalam kategori Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular.
Pelbagai persoalan menerjah dalam diri, saya terasa seperti dipinggirkan. Malah, kehadiran saya bagai tidak diperlukan. Namun, syukur saya cepat tersedar bahawa saya masih dianggap pelakon baru. Jadi memerlukan sedikit masa untuk memikat peminat," Siti Saleha Mohd Baharom

Ketika hadir pada majlis pengumuman Top 5 ABPBH 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang Jaya, minggu lalu, bibir gadis kacukan Melayu-Inggeris ini tidak henti-henti menguntum senyuman.

"Jujur saya terkejut dan sangat gembira apabila nama dicalonkan dalam kategori yang sangat kuat ini."

"Saya tidak mahu mengharapkan apa-apa. Alhamdulillah, dicalonkan pun sudah cukup menggembirakan hati saya," kata Siti Saleha yang baru muncul dengan drama berjudul Ruby di TV3.

Ambil masa pikat peminat
Mengimbau kenangan gagal menjadi calon akhir ABPBH tahun lalu, Siti Saleha terpaksa akur.

Ini kerana, katanya, ia disebabkan namanya masih terlalu baru dalam dunia lakonan. Ketika itu, dia baru dua tahun bergiat dalam bidang lakonan. Justeru Siti Saleha mengakui dia memerlukan banyak masa untuk menyerlah dalam bidang yang penuh persaingan ini.

"Memang ketika itu, saya kecewa. Terdetik dalam hati, di mana silapnya hingga saya gagal melangkah ke Top 5. Tanpa saya sedari, ketika itu, perjalanan seni saya masih baru dan semuanya bukan tugas mudah.

"Pelbagai persoalan menerjah dalam diri, saya terasa seperti dipinggirkan. Malah, kehadiran saya bagai tidak diperlukan. Namun, syukur saya cepat tersedar bahawa saya masih dianggap pelakon baru. Jadi memerlukan sedikit masa untuk memikat peminat," katanya.

Kesabaran tiga tahun terubat

Siti Saleha berkata, selepas tiga tahun menjadi pelakon, baru semuanya nampak di depan mata.

"Akhirnya, apa yang saya damba menjadi kenyataan. Ketika drama Nora Elena ditayangkan saya masih baru, selepas itu barulah saya mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari peminat sehingga tertubuhnya Team Siti Saleha.

"Kelab ini diwujudkan Ogos tahun lalu dan saya sudah mengadakan beberapa aktiviti. Saya tidak menyangka peminat sudi menubuhkan kelab ini semata-mata bagi memberi sokongan kepada kerjaya seni saya," kata Siti Saleha yang mengakui belum mempunyai strategi khusus bagi memenangi undi pembaca pada ABPBH 2012.

Seperti yang diluahkan dalam perbualan, Siti Saleha bagaimanapun tidak mendamba kemenangan dalam pertandingan ini.

Melihat kepada senarai pencalonan yang sengit, gadis berasal dari Klang, Selangor ini, mengakui berjaya melangkah ke peringkat Top 5 sudah memadai.

Apa yang mengejutkan gadis ini, tahun lalu, perjalanan seninya agak perlahan dengan tidak banyak produk yang dijayakan. Lantas hatinya terharu apabila peminat masih mengingati dirinya.

Malah ramai yang bertanya mengenai kehilangannya daripada dunia lakonan.
Sehubungan itu, bagi membalas kerinduan peminat, Siti Saleha mahu kembali aktif.
Beberapa produk lakonannya sama ada drama atau filem sedang menanti untuk ditayangkan tahun ini.

8 Para: Usah popular semusim

Posted: 13 Jan 2013 02:19 PM PST

Segala rahsia sudah terjawab. Senarai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) akhirnya diumumkan penganjur, Rabu lalu. Pertama kali terbabit secara langsung dalam proses pengendalian acara ini yang bakal menghangatkan Stadium Putra, Bukit Jalil, April depan - saya mendapat banyak pengalaman baru. Dalam banyak-banyak pengalaman itu, tentulah reaksi artis yang kecewa diri tidak dicalonkan paling menarik perhatian.

Lagaknya saling tak tumpah ahli politik yang mendapat tahu rupa-rupanya dirinya tak dipilih pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) - apatah lagi dalam suasana demam pilihan raya sekarang. Kalau dalam kalangan ahli politik, KPI sebagai pemimpin dijadikan asas pengukur dalam menentukan sama ada diri layak bertanding - sama jugalah dengan artis yang tentu ada sebab musabab kenapa diri mereka tak lagi dipilih peminat.

Macam mana nak buat? Tanyalah apa saja, kita di BH tidak mampu memberi jawapan kerana sejak dari awal lagi, umum tahu mekanisme ABPBH adalah memberi kuasa kepada peminat untuk memilih artis disenaraikan. Ini bermakna, setiap borang undi yang diterima, diproses secara telus dan akhirnya, data dianalisa untuk mengetahui siapa yang berjaya menembusi senarai calon akhir. Inilah yang dilakukan tahun demi tahun hingga ABPBH diakui menjadi antara penanda aras utama dalam menentukan populariti artis. Penangan trofi ABPBH, artis juga mendapat banyak limpahan seperti menjadi duta atau jurucakap produk tertentu yang pastinya memberi ganjaran lumayan.

Tak mengapalah, itu soal rezeki artis. Kalau sudah popular, sudah tentu ramai yang mahu datang menghimpit. Namun, apa yang dibincangkan di sini adalah bagaimana artis perlu ada strategi sendiri untuk kekal popular. Kita akui, saingan cukup sengit dalam industri hiburan sekarang hingga dalam keadaan tertentu, dirasakan siapa-siapa saja boleh menjadi artis lebih-lebih lagi dengan kewujudan media baru yang membolehkan sesiapa saja yang ada bakat menonjolkan keistimewaan masing-masing.

Dalam mengekalkan populariti, artis perlu peka dengan perubahan - baik dalam kalangan peminat mahupun industri. Selain memastikan produk baru terus dikongsi bersama peminat, artis juga perlu bijak menjalin hubungan dengan mereka. Dalam konteks ini, peminat (yang sebenarnya bebas memilih siapa yang mereka suka dalam keadaan kebanjiran bakat sekarang) boleh didekati melalui media baru - Twitter, Facebook atau Fanpage. Kita lihat, artis yang paling banyak berinteraksi dengan peminat, mereka itulah yang popular baik di dalam talian atau di alam realiti.

Pada zaman sekarang, bukan susah sangat nak jumpa artis. Berbanding dulu (zaman di mana orang kata artis itu eksklusif hanya boleh ditemui di majlis-majlis besar saja), artis sekarang mudah ditemui peminat baik di acara persembahan mahupun majlis private yang kadang kala diatur peminat sendiri. Jadi, gunakanlah peluang ini untuk berinteraksi dengan peminat. Kita puji beberapa kelab peminat yang cukup aktif menganjurkan program kerana sebenarnya, mereka disokong artis itu sendiri.

Seperkara lagi, jangan pandang ringan atau take things for granted bila diri sudah popular. Terpilih tahun lalu tak bermakna anda terus dipilih. Selalunya, untuk mengekalkan kejayaan itulah yang paling sukar. Jadi, andai tak dipilih kali ini, ambillah iktibar dan pandanglah ia dari sudut positif. Cuba renung kembali apa yang dilalui sepanjang tempoh setahun lalu di mana di sana sini, mungkin ada silapnya.
Kepada peminat, kita sudah menerbitkan borang pencalonan akhir dalam akhbar ini setiap hari termasuk BH Ahad. Selama sembilan minggu, peminat bebas menghantar seberapa banyak penyertaan untuk memastikan artis pujaan terpilih. Tempoh itu jugalah yang ada untuk artis berkempen dan meyakinkan peminat bahawa mereka bukan popular semusim saja. Jumpa lagi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Lisa Surihani Kehilangan Wang RM50,000 Dalam Akaun Bank

Posted: 13 Jan 2013 10:57 PM PST

lisa surihani dan ibu
Lisa Surihani dan ibunya, Siti Amira Ahmad dikatakan kerugian RM50,000 apabila duit didalam bank akaun bersama milik anak beranak itu di curi selepas kad ATM mereka di tukar.. Kehilangan duit didalam akaun bank tersebut mula disedari ketika ibu Lisa Surihani ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu dan mendapati baki simpanan didalam akaun berkurangan..

Siti Amira mula mengesyaki berlakunya penipuan kerana sebelum ini beliau tidak membuat sebarang pengeluaran.. Apabila dirujuk dengan pihak bank, beliau dimaklumkan yang kad ATM miliknya tidak boleh digunakan lagi kerana sudah ditukar dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya..

Berikutan itu, Lisa Surihani dan ibunya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama

Selepas semakan dilakukan, terdapat beberapa pengeluaran telah direkodkan didalam akaun tersebut dan yang terbaru wang telah dikeluarkan di Kuantan, Pahang, pada hari Selasa yang lalu.

Lisa Surihani yang dihubungi pihak harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai kejadian ini kerana ianya masih lagi didalam sisasatan pihak polis..

"Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.

"Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang," katanya.

Sumber: Harian Metro

Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasya Di Royale Bintang

Posted: 13 Jan 2013 08:52 PM PST

Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasya Di Royale Bintang
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasya yang terakhir.. Majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara semalam telah dimeriahkan dengan kehadiran 300 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada bintang-bintang sukan, para selebriti, sanak-saudara dan sahabat handai kedua-dua pengantin…

Majlis resepsi yang bertemakan ala Inggeris ini turut dihiburkan dengan persembahan kejutan daripada Dato Siti Nurhaliza sebelum disambung oleh Dina Nadzir, Hazama dan Adibah Noor..

Gambar: MIG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS