Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Amy Search Pengetua AF9

Posted: 02 Apr 2011 07:06 AM PDT

Saturday, April 2, 2011 22:06

AMY SEARCH PENGETUA AF9

Amy Search pengetua Akademi Fantasia 9.

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi

2 Responses to "Amy Search Pengetua AF9"

  1. syok.my says:

    April 2nd, 2011 at 11:59 pm

Leave a Reply

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wardina Terbit Buku Agama Kanak-Kanak

Posted: 02 Apr 2011 02:36 AM PDT

WARDINA TERBIT BUKU AGAMA KANAK-KANAK

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah bakal menerbitkan dua buah buku terbaru tulisannya berjudul Mama, Saya Bosan dan Mama, Saya Nak Solat pada April ini.

Berkongsi sedikit tentang idea untuk menghasilkan buku Mama, Saya Nak Solat, Wardina lebih gemar mengambil contoh daripada perkembangan anak sulungnya, Amna Nafessa, 7.

"Alhamdulillah, Amna tidak pernah tinggal solat walaupun baru berusia tujuh tahun. Dia juga sudah mengenakan hijab. Melihat apa yang dilakukannya membuatkan saya rasa gembira kerana bukan mudah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang muslim yang berkualiti.

"Seperti ibu bapa lain, saya juga mengimpikan anak-anak saya menjadi muslim yang bijak dan tidak meninggalkan solat," – Wardina

Jika anda berminat untuk berkongsi masalah atau apa-apa perkara tentang anak-anak, anda boleh menghantar pendapat atau soalan di laman web Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage atau emel wardina.dina@gmail.com.

Wardina juga dalam perancangan untuk menubuhkan pusat untuk kanak-kanak belajar tentang nilai-nilai murni dan kemahiran berkomunikasi dengan publik pada tahun hadapan.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Live Update : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Posted: 02 Apr 2011 09:23 PM PDT

Kami sibuk packing barang-barang seperti kamera, lensa kamera, Mac Book, charger & Celcom Broadband 3G untuk membuat live update sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang akan berlangsung malam ini di Arena Of Star, Genting Highland.

Ikuti pula Twitter Ohbulan bersama 7388 followers yang lain untuk spyshot yang lebih menarik, pasti tidak ada di mana-mana. Manakala, anda boleh mendapatkan arkib artikel ABPBH 2010 di bahagian sidebar kiri, atau lebih mudah klik Koleksi Artikel ABPBH 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.

Posted: 02 Apr 2011 08:48 PM PDT

Bukan satu kejutan pun, nama Amy Search memang dalam jangkaan kami. Kiranya, kami memang tabik spiring terhadap 'orang dalam' kami yang membocorkan rahsia ini. Terlebih dahulu, kami mengucapkan tahniah buat Amy Search yang telah diberikan kepercayaan oleh pihak Astro untuk menerajui Akademi Fantasia 9. Paling istimewa, AF9 merupakan musim terakhir yang akan diterbitkan.

Ada juga kami menerima cadangan pihak tertentu untuk membuat konsert All Star Akademi Fantasia. Konsepnya sama seperti Maharaja Lawak. Imbas kembali, sejak musim pertama AF, sudah 8 orang ditabalkan sebagai juara. Bermula daripada Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz & Shahir. Untuk musim terakhir pula, berdasarkan pemerhatian kami di konsert tirai, masih belum ada yang kami berkenan di hati. Tidak mengapa, bagi chance dulu.

Mengenai ura-ura Ahmad Dhani sebagai pengetua pula, ada yang agak kecewa apabila selebriti besar Indonesia itu tidak menerima restu daripada majoriti rakyat Malaysia. Kata mereka, kalau Ahmad Dhani masuk, at least boleh guna backdoor untuk membolosi pasaran Indonesia.

Itu kata mereka, masing-masing ada pendapat sendiri. Kami pula tidak kisah, mana-mana selebriti pun okay, janji pengalaman yang dibawa oleh selebriti itu memang champion.

Sekali lagi, kami ucapkan tahniah buat Amy Search. And please, no more feewit kay?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9

Posted: 02 Apr 2011 09:11 PM PDT

Sekarang Budiey berada dalam bas Sinarmas untuk naik ke Genting, Malam ini Anugerah Bintang Popular akan berlangsung. Dan ada 2 event untuk media diadakan sebelum anugerah ini berlangsung. Jadi, terpaksa naik awal dan dijangka sampai dalam jam 1 tengahari.

Semalam telah berlangsung Konsert Tirai Akademi Fantasia 9. Seramai 12 orang pelajar AF9, Aida, Laika, Nera, Miza, Eka, Lena, Amir, Afif, Raqib, Kay, Erul dan Azri telah menunjukkan vokal dan persembahan masing-masing. Macam-macam perangai dan karakter ada pada pelajar kali ini. Yang kelakar ada, yang lurus bendul pun ada. Ulasan Konsert Tirai AF9 pastinya akan ditulis oleh blogger-blogger yang terkenal di Malaysia.

Apa pendapat korang dengan Konsert Tirai AF9 semalam? Okay tak?

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Hafiz

Akademi Fantasia 9

Shahir

Akademi Fantasia 9

Zahid

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Akademi Fantasia 9

Ada yang kata, Erul ni cakap aje minat KPOP, Sebut Annyonghaseyo Pun Tak Betul? Mmm… Budiey tak pasti, sebab Budiey tak tahu cakap bahasa Korea ni. Tapi performance Erul gempak apa semalam. I like! Vokal pun lantang dan tepat. Good luck Erul.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Gambar Pelajar Akademi Fantasia 7 YAZID
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010

    Posted: 02 Apr 2011 08:30 PM PDT

    Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010.

    Hadir di sesi merasmikan & acara testing baju untuk ABP tajaan Lord's Tailor pada hari Jumaat lalu, Shaheizy Sam begitu ceria mendapat baju baru. Maklumlah dapat free, siapa tak nak. Lepas pakai boleh simpan kat rumah. Terima kasih banyak untuk Lord's Tailor.

    Kali ini, seramai 11 orang selebriti telah ditaja oleh pereka fesyen terkenal, dan Budiey rasa semua rekaan sangat sesuai dan menepati tema, Modern Classic. Pemilihan fabrik yang agak gelap dan kelabu dengan garis lurus selari. Kalau ABP tahun lepas, ramai yang pakai baju petak-petak dan berwarna-warni. Tapi kali ini nampaknya, tiada lagi fesyen caca marba. Semua nampak macam pelakon Hollywood zaman dulu.

    Budiey sempat borak-borak santai dengan Shaheizy Sam. Secara tak langsung, Sam menganggap ABP tahun ini satu percutian baginya. Kerana keesokannya, Sam akan terbang ke Korea untuk pengambaran filem Aku Ada, Kau Ada?

    Video Temubual Budiey Bersama Shaheizy Sam Sempena ABPBH2010

    Kalaulah Shaheizy Sam ni hidup di zaman-zaman 60an dulu mungkin beginilah stailnya. Dengan topi ala Charlie Chaplin dan pakaian klasik. Ini sebagai teaser untuk korang, Shaheizy Sam akan menggayakan pakaian ini tajaan Lord's Tailor di ABP.

    Lebih kurang macam ni lah nanti Sam akan berjalan di karpet biru di puncak Genting pada malam ini.

    Shaheizy Sam

    Shaheizy Sam

    Shaheizy Sam

    Shaheizy Sam

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Gaya Moden Klasik Lords Tailor Anugerah Bintang Popular 2010
  • Shaheizy Sam Persis Samurai di Masquerade Party Media Hiburan
  • Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Gambar Sekitar Road Tour ABPBH 2010 di The Mall
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010
  • Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Pelawak Veteran cabul pelajar perempuan lebih 3 kali

    Posted: 02 Apr 2011 07:14 AM PDT



    Huuu,ape nak jadi nie..dah tua pun masih tak sedarkan diri..siapakah gerangan veteran tersebut..? dalam sebuah forum hiburan tempatan ramai yang membuat spekulasi pelakon/pelawak yang berlakon dalam drama Puteri.Mungkin kebetulan sebab umur yang dinyatakan itu..itu cuma spekulasi umum..

    Tapi Pihak polis belum mengumumkan nama si pencabul sebab dia kini diburu Polis,kira hilang la..

    Nampaknya industri hiburan kita akan gempar lagi bila dapat tahu siapa gerangan pelawak veteran itu.

    kalau sensasi jadi pelajar tue..awal-awal kena,sensasi dah mengamuk mcm org gila sambil tendang2 anu dia..huhu..

    Baca Berita sepenuhnya:

    Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

    Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.


    Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

    Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.


    Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.


    Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

    "Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.


    "Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.

    Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.


    "Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.


    "Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.


    "Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.


    Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.


    "Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya.


    Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.


    Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.


    Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.


    Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.


    Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.-=\

    Video: Maharaja Lawak minggu pertama ,siapa lawak,siapa tak lawak

    Posted: 02 Apr 2011 06:44 AM PDT

    Maharaja Lawak ,sebuah program baru di Astro yang menampilkan juara,naib juara dan tempat ketiga dalam rancangan Raja lawak sebagai peserta..

    Jadi pelawak kesukaan ramai yang dah kira biasa melawak dlm TV dan belakon filem pun join ,Johan,Zizan,Nabil dan ramai lagi..jadi semua berpendapat mesti Maharaja Lawak nie bikin riuh satu studio dengan gelak tawa dari pelawak2 hebat.

    Yang pasti ramai yang memang high expectation kat Jozan,sebab derang memang kelakar kan..dan gandingan serasi lah katakan..

    Tapi bila tengok maharaja lawak minggu pertama memang agak menghampakan sebab Jozan tak berapa nak lawak..mcm syok sendiri nak cerita kehebatan jadi artis...Jozan dikatakan juri over-confident...

    Lawak-lawak peserta lain ada yang kelakar,ada yang kureng..

    Yang berjaya menghiburkan org ramai antaranya Nabil.nampak persediaan rapi nabil.dan yang pasti Nabil nie memang lancar bercakap,tak pelupa,jadi bila buat lawak ,menjadi la..kelakar sgt...cuma masa pendek sgt..sensasi nak gak tau nape dia dilempang..hehe

    Masa musim raja lawak yang lepas,sensasi suka dengan kumpulan Balas...dlm Maharaja Lawak,kumpulan Balas pun best jugak.. Tajuk lawak mereka minggu pertama nie:Hantu Mak cik Karipap..mungkin dpt idea sebab juri (mamat Khalid) kan pengarah Filem hantu komedi ,Hantu Kak Limah Balik Rumah ...





    yang paling kesian dengan Amir,eh Amir dulu dapat nombor berapa ek dalam Raja Lawak?kenapa dier boleh masuk Maharaja Lawak??
    Amir agak kurang petah,mungkin sebab loghat kelate nya pekat susah nak buang..
    dan lawak Amir lah yang paling kurang meneyrlah dalam Maharaja Lawak nie..aduh..kesian Sensasi tengok..



    Walaubagaimanapun,tiada penyingkiran utk minggu pertama.

    Society of Sistas…Moment membesar dengan rakan karib bersama LipIce

    Posted: 02 Apr 2011 04:35 AM PDT

    Bercakap tentang Lipice memang banyak kenangan manis yang saya pernah lalui dengan Lipice sehingga kini,terumata sekali semasa tempoh membesar sebagai seorang remaja…Maklumlah,menjadi remaja bukannya semudah yang disangka,waktu remajalah yang paling konflik untuk menentukan siapa diri kita yang sebenarnya.Adakah kita seorang yang rendah diri,atau sentiasa mempunyai semangat dan keyakinan diri.

    Sebelum nie tentu korang semua dah tahu kisah saya di zaman persekolahan,ala masa mula-mula nak cuba bermekap…Ketika remaja jugaklah saya jatuh hati kepada seseorang dan adanya lipice,membantu meningkatkan keyakinan diri saya…

    Bahkan sampai skrg saya masih lagi bersama si dia…. tak perlu tergesa-gesa untuk jadi dewasa,dengan lipice,ia membantu saya berasa lebih berkeyakinan dan berpenampilan menarik :P


    Saya ada seorang adik perempuan yang kini menginjak remaja.Cepat betul masa berlalu,dulu dia cumalah seorang kanak-kanak Ribena yang riang gembira tanpa apa-apa masalah.Kami memang rapat,dia selalu akan masuk bilik saya dan kami akan bersembang dan bergurau senda bersama-sama.

    Kalau dia ada apa-apa masalah dia pasti akan cerita pada saya,maklumlah adik bongsu..memang manja sikit.mcm-mcm cerita dan rahsia yang kami kongsi bersama.kadang-kadang waktu saya tengah berwebcam dengan "si dia",adik saya akan sibuk nak join kami bersembang…



    Kebelakangan nie saya tengok dia berkelakuan pelik.suka sangat nak pakai pakaian saya,mintak nak beli kasut tumit tinggi 5 inci sampai mak pun terkejut tengok taste dia..punyalah nak bergaya sakan kalah mak datin.kadang-kadang penampilan yang diingininya Nampak sangat "tua"..dia juga suka nak pakai lipstick mak,kononnya nak nampak cantik bergaya.Tapi mak bising,suruh dia behave,jangan nak mengada.




    Adik mula buat perangai,kadang-kadang nak ajak keluar pun susah,kalau ada aktiiti petang,sukan atau unit beruniform,dia suka sangat ponteng.adik berubah jadi seorang yang kurang aktif.mungkin dia malu kelihatan pucat dan lesu dan kurang keyakinan diri.

    Malam itu mcm biasa kami bersembang,saya pun menasihati adik saya,"Adik,adik masih remaja lagi,tak payah la nak jadi mcm org tua,nak pakai mekap,nak pakai kasut tumit tinggi semua.Semua orang teringin nak jadi remaja tau,jadi jangan sia-siakan masa remaja adik skrg.enjoy your youth while you can.." Tapi kata adik,dia rasaa tak cantik,dia nak bibir yang sihat,cantik dan berseri .Dia Tanya apa yang saya gunakan untuk bibir?Saya pun kongsikan keluaarkan sesuatu dari handbag dan beri kepada adik."Nah ,cuba pakai nie,LipIce,bagus tau untuk bibir,nanti kalau adik pakai nie,bibir akan Nampak lembut,sehat,dan cantik,cubalah.."..Adik saya pun cuba pakai,dan dia sangat suka dengan bau strawberry yang wangi.

    Semenjak itu,adik saya selalu nak pinjam LipIce saya.saya pun belikan satu untuk dia,dia makin ceria dan berkeyakinan.Dia tak perlu lagi nak curi-curi pakai lipstick mak sebab dengan lipice,menyerlahkan kecantikan semulajadi dan keremajaan adik.




    Dengan LipIce hubunagn saya dengan adik bertambah rapat.Saya rasa seronok menjadi sebahagian drpd waktu membesar adik,dan membantunya meningkatkan keyakinan diri. Inilah yang dinamakan Sisterhood,always Share your moment with LipIce.

    Oh ya,siapa yang belum like page Facebook LipIce??Ada yang menarik menanti anda skrg nie wahai gadis gadis sekalian…Nak tahu apa??
    http://www.facebook.com/MyLIPICE




    LipIce Facebook sekarang ada applikasi menarik yang membolehkan anda bersama "your sister" tak kira la adik anda ,kakak,mahupun kawan baik anda mendapat satu LipIce setiap seorang.LipIce akan menghantarkan satu kad,bersama LipIce kepada rakan baik anda dan jugak anda.


    Mudah je,Cuma perlu like Faceook Lipice Malaysia,kemudian,masuk ke applikassi SOS


    .

    Langkah 1: Hias upload gambar,kemudian hias kan ruangan anda bersama rakan baik anda



    Kedua: Tulis saat manis anda dengan lipice ketika anda bersama rakan baik anda



    Ketiga: Hantar kepada rakan anda tadi



    Ke-4: Tulis butiran anda supaya LipIce dpt dihantar erus ke alamat anda.
    Kelima: Rakan anda akan disuruh menulis butiran supaya dia menerima satu Lipice.dan dia juga boleh menulis pesanan untuk dihantar bersama…


    Tadaaa~siap dah,setiap sorang bakal menerima satu LipIce setiap sorang…seronok kan dpt LipIce percuma…mudah sangat.



    Nak tengok bagaimana bungkusan yang bakal anda terima??


    Macam nie la menarik kan..lepas tue boleh gunting,ipat ikut garisan,dan boleh buat hiasan kat Meja dengan gambar anda bersama Rakan baik anda…






    Aplikasi Facebook SOS ( Society of Sistas) hanya akan berlangsung sebulan bermula 24March sampai 24 April…Jadi kalau anda nak berpeluang menyertai,Like Facebook Lipice skrg ok…
    http://www.facebook.com/MyLIPICE

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS