Celebrity News |
- Al-Fatihah Untuk Arwah Bayu
- Panas : Mangsa Cabul Pelawak Berusia 63 Tahun !!?
- ( Gambar ) Cico anak Uji Rashid masuk PAS !!
- Update :Gambar Miera Leyana Pakai Baju Sekolah
Posted: 02 Apr 2011 12:15 PM PDT |
Panas : Mangsa Cabul Pelawak Berusia 63 Tahun !!? Posted: 01 Apr 2011 09:38 PM PDT Sekadar Hiasan Jika ingin mengetahuinya siapa calon-calon pelawak pencabul ini lawati laman forum ini <--- CLick 2x !! Dan berikut kisah pelawak pencabul ini dibawah : KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam. Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu. Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. "Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang. "Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya. Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek. "Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa. "Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya. "Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya. Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang. "Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya. Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut. Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan. Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu. Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis. Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
( Gambar ) Cico anak Uji Rashid masuk PAS !! Posted: 01 Apr 2011 09:19 PM PDT Entah betul ke tidak tapi ini yang ZoOM dapat kongsi bersama pembaca dengan anda di ZoOmartis, jika sebelum ini kisah Bob Lokman secara terang-terangan menghebahkan beliau masuk parti PAS. Kini timbul pula artis kita bernama Cico ini dilihat hadir sama dengan Bob Lokman yang sedia maklum dan rasmi menjadi penyokong PAS. ZoOM bukan nak bercerita mengenai politik tetapi sekadar memberitahu kepada anda bahawa artis kita juga ada yang suka mengikuti perjalanan politik di Malaysia. Menurut info gambar ini diambil selepas kuliah maghrib di Masjid Al-Azim Pandan Indah. Namun simboliknya Cico kini cuba mendekati rumah Allah...ALhamdulillah... ZoOM : APa Kata Anda di ZOoMartis @ Facebook ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Update :Gambar Miera Leyana Pakai Baju Sekolah Posted: 01 Apr 2011 08:52 PM PDT Sehingga hari ini cerita dan gambar artis muda bernama Miera Leyana ini menjadi Top search didalam google dan yahoo. Dek kerana kesalahan yang baru dilakukan sebelum ini menyebabkan nama artis ini naik mendadak dan menjadi bualan seluruh rakyat di Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan artis di Malaysia. Malahan tempias populariti Miera Leyana juga turut dirasai di ZoOmartis.Net sehingga saat ZoOm menulis "post" ini. Tidak salah jika ZoOM labelkan Miera Leyana kini setanding dengan gossip yang sering melanda Fasha Sandha sebelum ini. Dikala mood boring pagi ini ZoOm cuba search google image Miera Leyana untuk dikongsi bersama pembaca di ZOOMartis. Bersama rakan sekolah Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |