Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Budiey di Konti Suria FM Untuk Promosi #PartyBudiey

Posted: 27 Jan 2012 08:35 PM PST

#PartyBudiey sudah pun satu minggu berlalu. Tapi kehangatan masih lagi terasa. Di twitter, hashtag #PartyBudiey masih lagi dimeriahkan dengan gambar-gambar dan juga entri-entri blog dari pembaca budiey.com yang hadir. Ada yang post gambar-gambar bersama dengan selebriti dan tak kurang juga ada yang tag gambar mereka bersama Budiey. Kepada anda yang masih memeriahkan hashtag #PartyBudiey di Twitter, terima kasih banyak-banyak ya.

Video-video sekitar Parti Ulangtahun Budiey.com sudah pun Budiey upload di Youtube. Termasuklah video persembahan artis yang menghiburkan pembaca dan juga video sebelum berlangsung #PartyBudiey. Jika ada masa terluang, Budiey akan letakkan satu persatu di blog ini. Jika anda perasan, Budiey ada letak video #PartyBudiey di ruangan Featured Video. Harap korang layannnzz la ya.

By the way, sebelum berlangsungnya #PartyBudiey, sememangnya Budiey sibuk ke hulur-hilir untuk mengangkut segala barang tajaan dari penaja. Tahun ini, alhamdulilah, Budiey menerima banyak sekali barangan tajaan. Pendek kata, hampir penuh jugaklah goodie bag masing-masing. Harapan Budiey semoga korang semua berpuas hati la ya. Itu sahaja yang Budiey mampu berikan.

Pada 18 Januari lalu, seperti Budiey war-warkan di laman sosial Twitter dan Fanpage Budiey.com, Budiey telah menjadi tetamu DJ Lin dalam segmen Suria Cinta. Ingat ke, Budiey sorang je yang ada di konti Suria FM masa tu, rupanya sponsor untuk #partyBudiey iaitu produk penjagaan & kesihatan badan, Nureen's pun ada datang untuk menyampaikan sendiri lima hamper tajaan Nureen's untuk hadiah cabutan bertuah. Terima kasih banyak untuk pihak Nureen's.

Dengar cerita, produk Nureen's sekarang telah bertemu dengan seorang penyampai radio yang akan menjadi duta produk mereka? Betul ke? Mmm…. kita tunggu sahaja pengumumannya. Agak-agak siapalah penyampai radio yang bertuah tu ya?

Rasanya tak perlulah Budiey ceritakan secara terperinci tentang apa yang kami bualkan semasa ditemubual oleh DJ Lin sebab sudah tentulah korang tahu, tujuan Budiey bertandang di konti adalah untuk mempromosi dan bercakap tentang #PartyBudiey.

Berbeza dengan tahun lepas, Budiey tak rasa neves. Suara pun takde lah terketar-ketar. Oh ya, ini kali pertama Budiey menjejakkan kaki di pejabat Suria FM. Sebelum ni, ada juga pelawaan dari Suria FM untuk datang sini tapi masih tak berpeluang. Dan pada malam tu, Budiey dapat rasa perbezaan pejabat lama dengan pejabat baru. Memang best rasanya dapat kerja di Suria FM sebab pejabatnya sangat selesa, luas dan gaya dekornya juga lebih moden.

DJ Lin Suria Cinta juga bermurah hati menaja beberapa helai baju T & mug untuk hadiah cabutan bertuah #PartyBudiey.

Terima kasih kepada TebuPhotography iaitu Nazrul yang sudi menjadi jurugambar pada malam tu. Terima kasih ya. Memang gambar yang Nazrul ni cantik semuanya.

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Budiey di Konti Suria FM

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Press Release Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?
  • Gambar Halim Othman di Sidang Media Penyampai Suria FM
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM
  • Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC
  • Single Terbaru Azrul Zaidi CERITA KITA
  • Poster Filem Jin Notti Lakonan Fara Fauzana dan Mawi
  • Sidang Media Konsert Kemuncak Raya Suria Fm 2011 & Rumah Terbuka
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Drama Bersiri Bukan Aku Lakonan Hairee Othman Aliza Rafar

    Posted: 27 Jan 2012 07:48 PM PST

    Motivasi Seorang Ibu Tunggal Dalam Drama Bersiri Bukan Aku di TV1

    Kisah Zainun yang kematian suami terpaksa memikul tanggungjawab suaminya sebagai ibu dan bapa kepada anak-anaknya. Pasa masa sama dia turut menguruskan syarikat Kumpulan Usahajaya Sdn. Bhd. Zainun telah melantik Iman, anak tirinya menjawat jawatan besar di syarikat tersebut namun ia tidak disenangi oleh Ahli Lembaga Pengarah. Mereka mahukan Zainun memikul tanggungjawab itu. Pelbagai dugaan datang dalam usaha Zainun menjaga hati dan kepentingan semua pihak.

    Plot menarik ini mewarnai drama bersiri 13 episod mengisi slot Bidadari bertajuk "Bukan Aku" mulai 26 Januari 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV1 lakonan berkesan Rosnah Johari sebagai watak utama di samping Hairee Othman, Aliza Rafar, Shafiq Isam, Akma Abdullah, Noris Ali dan Shajiry.

    Kisahnya bermula dengan kematian Hamdan akibat serangan jantung, benar-benar memberi pukulan hebat kepada Zainun. Selain memikirkan tentang anak-anak, Iman, Alisya dan Sofea, Zainun turut berdepan dengan amanah Hamdan supaya mengurus dan mengendali syarikat Kumpulan Usahajaya Sdn. Bhd. di mana Hamdan merupakan pemegang saham terbanyak dalam syarikat berkenaan dan bertindak sebagai Pengarah Urusan serta Pengerusi syarikat semasa hayatnya.

    Drama Bersiri Bukan Aku

    Memang Zainun seorang wanita terpelajar, pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat kosmetik terkenal. Tetapi selepas berkahwin dengan Hamdan lapan tahun lalu, Zainun telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi perhatian sepenuhnya terhadap rumah tangga.

    Justeru, Zainun agak keberatan untuk menerima amanah Hamdan supaya menjadi Pengerusi Kumpulan Usahajaya dan bersetuju menyerahkan jawatan tersebut kepada Iman yang telah pun dilantik sebagai Pengarah Eksekutif semasa hayat Hamdan masih ada. Tetapi keputusan Zainun tidak disenangi oleh Lembaga Pengarah. Bagi mereka, Iman terlalu mentah jika hendak dibandingkan dengan Zainun yang pernah mencipta nama dalam dunia korporat tidak lama dulu. Kejayaan Zainun mempopularkan beberapa jenama kosmetik tempatan termasuk ke peringkat antarabangsa diyakini dapat menaikkan lagi Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd.

    Begitu juga peguam syarikat, Helmi yang juga rakan karib Hamdan. Helmi menasihati Zainun memegang jawatan tersebut untuk sementara waktu kerana dia bimbang Alisya dan Sofea tersalah anggap terhadap Iman. Meskipun Alisya dan Sofea hanya anak tiri Hamdan, namun Hamdan telah menyenaraikan mereka sebagai pewaris hartanya. Zainun memberi alasan yang anak-anaknya tidak akan beranggapan sedemikian, tetapi Helmi berkeras agar Zainun meneruskan legasi Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd. Helmi yakin, mesti ada sebab kenapa Hamdan membuat keputusan tersebut.

    Dalam waktu yang sama, Zainun turut berdepan dengan pandangan sinis komuniti setempat apabila ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan tentang hubungan Iman, Alisya dan Sofea yang tinggal sebumbung dengan Zainun kerana hubungan mereka adalah adik beradik tiri. Dari segi hukum, mereka bukan muhrim dan sah nikah.

    Dalam usaha menyelamatkan keadaan, Iman berhasrat untuk berpindah dan tinggal berasingan, sementelahan pula rumah tersebut telah diwasiatkan oleh Hamdan untuk Zainun. Bagaimanapun Zainun tidak bersetuju dengan cadangan Iman dan menganggap tindakan Iman sebagai memprotes wasiat Hamdan.

    Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Zainun menunaikan wasiat arwah suaminya meneruskan legasi Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd dan sekaligus memuaskan hati semua anaknya? Saksikan kesudahannya dalam drama rantai Bukan Aku hanya di TV1.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia Hari Ini: Diana Rafar
  • Gambar Diana Rafar & Zamarul Hisyam di Parti Nona 2010
  • Buzen Hashim, Hany Harmi Dalam Cinta Dalam Sebiji Durian
  • Gambar Diana Rafar dan Zamarul Hisyam Kahwin
  • Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila
  • Zarynn Min Cinta Nazim Othman Dalam Telemovie Sambal Ikan Bilis
  • Zizan Nin dan Aida Radzwill Dalam Sanggar Cinta Raudhah
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    (Video) Persandingan Roslin Hashim & Rohayu Rosli

    Posted: 27 Jan 2012 11:04 PM PST

    GAMBAR KAHWIN KALI KETIGA ROSLIN HASHIM

    Semalam, 27 Januari 2012 telah berlangsung majlis persandingan Roslin Hashim dan Rohayu Rosli. Mungkin masih ramai yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, Roslin dan Rohayu telah melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu di negara jiran, Thailand atas sebab kes perbicaraan Roslin di mahkamah Syariah yang belum selesai.

    Tanpa membuang masa, ikuti sedikit liputan sekitar persandingan Roslin dan Rohayu yang berlangsung semalam kat bawah ni.

    Kepada Roslin Hashim dan isteri, tahniah kami ucapkan. Kami doakan semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan selama-lamanya.

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Blog Selebriti TV

    sumber :-

    Blog Selebriti TV


    Raja Lawak 6 Minggu ke 3 – Zaman Sekolah – Ketupat & King Tersingkir

    Posted: 27 Jan 2012 07:08 PM PST

    Setelah dua minggu tanpa penyingkiran, minggu ke-3 Raja Lawak 6 ML6 melihatkan dua kumpulan tersinggir iaitu Kumpulang Ketupat dan Kumpulan King.

    Satu kumpulan lagi yang menduduki tangga 3 terbawah iaitu kumpulan Albob terselamat dari penyingkiran.

    Team selebriti.tv melihat kumpulan Shiro, Selak, Gman dan Albob dilihat mempamerkan persembahan yang baik pada minggu ini.

    Kumpulan Toyol, Skema, Shiro, Riki dilihat ada sedikit penurunan berbanding minggu lepas. Manakala Kodan yang satu-satunya tampil secara solo dilihat kurang idea dan seolah-olah "blank" ketika dipentas semalam.

    Dari kacamata kami, Maharaja Lawak 6 ini adalah satu musim yang paling banyak perserta yang berbakat. Biasanya dalam satu-satu musim mungkin ada dua atau tiga peserta maksima yang punya persembahan yang baik, tetapi muslim ke-6 ni ada lebih kurang 5 peserta atau lebih yang punya bakat dan potensi komersial.

    Bagi sapa yang terlepas siaran semalam, ni kami ada jumpa rakaman full video Raja Lawak 6 minggu ke-3 semalam.

    Gelanggang Raja Lawak 6 minggu ketiga disiarkan secara langsung ke Astro Warna saluran 132 10:00 malam setiap Jumaat diacarakan oleh Jozan (Zizan dan Johan) dan dijurikan oleh David Teo, Sheila Rusli dan Sathia.

    Blog Widget by LinkWithin

    Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


    Full content generated by Get Full RSS.

    Comel Perut Isteri Harith Iskandar Mengandung

    Posted: 27 Jan 2012 08:53 AM PST

    [unable to retrieve full-text content]Comel kan perut isteri Harith Iskandar masa mengandung, tengah sarat tu. mesti baby nanti pun comel macam mak ayah dia..

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Gosip Artis Malaysia

    sumber :-

    Gosip Artis Malaysia


    Benarkah Ana Raffali Nikah Pada 25 Februari 2012?

    Posted: 26 Jan 2012 11:57 PM PST


    Ana Raffali
     
    PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.
    mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim Abdullah itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.
    Ana yang dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
    "Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.
    "Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini," katanya.


    Kecil hati

    Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.
    Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.
    Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.
    "Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.
    "Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.
    "Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu," katanya.
    Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.
    "Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.
    "Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat," katanya.
    Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini.

    Tatu Boy Clifford (Projek Pistol) dibuat sebelum memeluk Islam

    Posted: 26 Jan 2012 11:43 PM PST


    "Tatu yang ada di badan saya ini saya buat sebelum memeluk agama Islam. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak membuang tatu ini kerana ia dilarang oleh Islam. Tapi, ingin saya jelaskan bahawa tatu yang ada di badan saya ini bukannya sedikit tetapi boleh dikatakan hampir seluruh badan. Untuk membuang tatu ini, selain menelan kos yang tinggi, ia juga sangat menyakitkan.

    Dalam masa yang sama, Boy juga menafikan dia memeluk Islam semata-mata ingin berkahwin. Sebaliknya memberitahu dia sudah lama dekat dengan ajaran Islam kerana mempunyai keluarga angkat yang beragama Islam.


    "Masa kecil dan zaman remaja, saya masih tidak tahu agama mana yang ingin dianuti, tetapi lama-kelamaan saya benar-benar terpikat dengan ajaran agama Islam dan akhirnya pada tahun 2009 saya nekad memeluk Islam. Sebagai saudara baru, memang banyak perlu saya pelajari.

    Sebab itu saya cakap tadi, saya tidak rasa mempunyai tatu itu satu masalah besar untuk menjadi seorang Islam. Saya percaya dan yakin, Yang di atas sana tahu isi hati saya dan hanya Dia yang layak menjatuhkan hukum," ujar Boy berterus-terang.

    Sebelum memeluk Islam jejaka ini menggunakan nama Clifford Hugh Joseph. Sebagai seorang muslim, Boy memilih nama Abdullah Omar.

    Artis Perdaya Suami Isteri Hampir RM 1 Juta

    Posted: 26 Jan 2012 11:30 PM PST

    KESAL...Abang Yusuf (kiri) dan isterinya, Noor Maszura bersama Khiarul ketika sidang media.
    KESAL...Abang Yusuf (kiri) dan isterinya, Noor Maszura bersama Khiarul ketika sidang media. 
     
    KUALA LUMPUR: "Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu," kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal.
    Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.
    Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.


    "Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat," katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam.

    Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Celebrity News

    sumber :-

    Celebrity News


    Anne Ngasri Nak Kahwin Lagi !!

    Posted: 26 Jan 2012 08:07 PM PST

    SEMAKIN kecil dan nampak muda daripada usianya, itulah ungkapan pertama yang terkeluar daripada mulut penulis saat bertemu dengan aktres Naszriah Ngasri atau nama pentasnya Anne Ngasri pada penggambaran drama muzikal Antara Kita, baru-baru ini.

    Anne mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang dan tidak menolak andai jodohnya untuk menamatkan zaman janda datang dalam masa yang terdekat.

    Kosmo!: Mengapa badan semakin mengecil, berdiet atau ada masalah?

    Anne: Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan.

    Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda?

    Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan).

    Ada sebarang syarat untuk lelaki yang ingin menyunting Anne sebagai isteri?

    Saya bukanlah orang cerewet tetapi lelaki itu haruslah seorang bertanggungjawab dan bersedia menerima diri saya seadanya kerana saya datang dengan pakej tiga orang anak. Saya tidak mahu minta lebih-lebih atau berkata saya tidak mahu lelaki seperti itu dan ini kerana selalunya yang tidak mahu itu yang akan kita dapat. Jadi, saya tidak kisah dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman janda.

    Bagaimana dengan kehidupan Anne kini dan hubungan dengan bekas suami?

    Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun kami sudah bercerai tetapi hubungan kami masih baik kerana anak. Saya yang menghantar anak saya Abdul Warits, 6, dan Abdul Wafri, 4, ke tadika setiap pagi, dan ayah mereka Wafi yang akan mengambil mereka pulang dari tadika setiap hari. Jika saya ada penggambaran drama, saya ada pembantu rumah yang akan menjaga anak, ibu saya dan bekas ibu mertua juga turut membantu untuk menjaga anak bongsu saya, Naszhara Afroza yang kini berusia dua tahun.

    Info :Kosmo Online

    ZoOM : Alhamdulillah semoga hari bahagia itu akan tiba, namun apa yang menarik perhatian ZoOm mengenai kisah hubungan kekeluargaan yang masih teguh walaupun sudah berpisah. Samada daripada pihak bekas mertua dan bekas suami yang ikhlas dan sering berhubung mengenai penjagaan ketiga-tiga anak Wafi dan Anne. Inilah yang kita inginkan apabila terjadi perkara yang telah ditakdirkan.

    Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

    Artis Hollywood : Restoran Jay Z ditutup kerana tak bersih

    Posted: 26 Jan 2012 06:46 PM PST

    BARU 24 jam dibuka, restoran Club 40/40 milik suami Beyonce Knowles, Jay Z sudah diperintah tutup! Perintah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan New York City atas alasan ia melanggar piawaian kesihatan.

    Menurut laporan Aceshowbiz, pemeriksa telah menemui 69 kesalahan yang dilakukan oleh restoran milik Jay Z itu. Ini termasuklah cara pengolahan makanan yang dianggap mampu mengancam kesihatan pelanggan mereka, suhu pendingin hawa yang sepatutnya 42 darjah celsius dinaikkan kepada 60 darjah celsius serta penyimpan makanan panas dengan suhu yang terlalu rendah yang telah membuat kebanyakan daging yang disimpan hampir busuk.

    "Jika anda membiarkan ini terjadi, maka anda akan membahayakan banyak orang. Satu pakej makan malam dan tarian mewah tidak boleh sejajar dengan penyakit yang mungkin timbul akibat makanan itu," ujar salah seorang pemeriksa yang memeriksa restoran tersebut.

    Arahan penutupan restoran itu nyata bertentangan dengan gaya mewah yang diwar-warkan Jay Z sebelum ini. Ia telah menelan belanja mencecah RM40 juta hanya untuk diubah suai dalam tempoh 10 bulan. Malah satu acara perasmian yang baru dijalankan sehari sebelum ia diarah tutup merupakan majlis perasmian buat kali kedua selepas ia pernah diarah tutup pada bulan Mac 2010 kerana melanggar piawaian kesihatan dengan 39 kesalahan.
    Info : Kosmo Online

    ZoOM : Baru nak memulakan perniagaan dah kena bala sehingga menyebabkan restoran kena tutup, semoga ia menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ingin membuka perniagaan makanan diluar sana terutamanya artis kita ye :) sebab sekecil zarah pun kaki gossippp kat luar sana akan hebahkan. Fikir-fikirkanlah.....
    Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

    Gambar Pertunangan Anis Aneesa Dengan Jejaka Iran, Ali Hedayati

    Posted: 26 Jan 2012 06:41 PM PST

    KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Penyanyi, Anis Aneesa selamat mengikat tali pertunangnnya bersama jejaka yang berasal dari Iran, Ali Hedayati, 32, di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Jumaat lalu.

    Meskipun baru berkenalan sejak enam bulan lalu dengan tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan di Malaysia, Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata sikap Ali yang bersifat pelindung telah membuat dia tidak teragak-agak untuk menerima lamarannya.


    "Kami mula berkanalan dan saling kenal mengenali sejak pertama kali berjumpa di majlis ulang tahun rakan kami.



    "Selepas berkenalan, kami tidak mengambil masa yang lama untuk meneruskan hubungan cinta. Bagi saya dia seorang lelaki yang sangatcaring dan penyayang. Malah saya akan rasa begitu selamat bila bersamanya.


    "Soal berlainan bangsa dan asal itu tidak menjadi masalah besar, kerana apa yang penting dia beragama Islam," katanya.


    Pasangan tersebut bagaimanapun telah merancang untuk tidak mengikat ikatan pertunangan dengan agak lama kerana bakal mendirikan rumah tangga dalam masa enam bulan lagi.


    "Kami sudah merancang untuk berkahwin selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Namun tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya lagi.


    Diraikan dalam majlis yang sederhana, pertunangan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat dari kedua belah pihak serta sahabat handai.


    Sementara itu, Ali pula tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa bahagianya apabila memiliki Anis yang kini sudah menjadi tunangnya.


    "Bagi saya Anis seorang perempuan Islam yang baik dan menjaga tingkah lakunya kerana dia masih tinggal bersama ibu bapanya walaupun sudah dewasa.


    "Saya yakin saya hanya sayangkan dia seorang untuk selamanya," luahnya.

    Selain sanak saudara, majlis yang bertamakan warna merah itu turut dihadiri oleh rakan artis seperti Ayati Tasrip, Yantzen dan ramai lagi.


    Anis pernah merakamkan album Kompilasi - Lagenda Cinta & Dang Dang Dut 3 dan mempunyai sebuah album mini berjudul Anis Aneesa yang telah menggunakan khidmat Ajai sebagai penerbit album serta komposer.


    Info : Murai

    ZoOM : Sekarang ni dah menjadi trend gadis-gadis memilih wajah hendsome daripada luar negara, kesian dekat jejaka-jejaka tampan kat Malaysia ni nak kahwin dengan artis...tapi tak semualah dalam 5 % je...5% lagi kahwin dengan bekas laki orang..opsss laser...gurau je jangan terasa ye :)
    Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

    Bot Bakal Suami Atilia Yang pemalu | Perkahwinan Atilia dan Bot 2012 ?

    Posted: 26 Jan 2012 06:31 PM PST

    TATKALA ditanya tentang perancangan yang sudah diatur sepanjang 2012, dengan spontan Atilia memberitahu salah satu agenda dalam diari hidupnya adalah untuk menamatkan zaman janda.

    Mendengarkan pengakuan itu, Hits terus mendalami soal perkahwinan itu yang dijawab dengan penuh terbuka oleh penyanyi genit berusia 37 tahun itu.

    Namun, syarat yang ditetapkan oleh Atilia adalah untuk tidak mendedahkan nama bakal suaminya dan hanya mahu dikenali sebagai Bot.

    Kata Atilia, arjuna hatinya itu seorang yang pemalu.

    Tanpa selindung, Atilia menjelaskan pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas dia dan Bot sudah mula memperkatakan tentang perkara tersebut.

    Mula berpacaran secara serius hampir tiga tahun lalu sebaik sahaja sah bercerai dengan bekas suami, Ariff Johan Abdul Aziz, Atilia mengaku cukup selesa berdampingan dengan Bot.

    Walaupun jejaka itu muda tiga tahun, bagi Atilia, jurang usia bukan satu masalah besar. Apa yang penting adalah kematangan lelaki itu dalam perhubungan mereka.

    "Ketika saya berhadapan dengan masalah, Bot ada di samping saya. Dia banyak mengambil berat tentang diri saya dan kami juga banyak berkongsi minat dan cita rasa yang sama.

    "Tetapi jangan salah faham kalau ada yang beranggapan dia adalah orang ketiga dan menjadi punca saya bercerai dengan Ariff Johan. Itu semua tidak benar.

    "Sebetulnya, kami memang sudah lama mengenali. Lebih daripada 10 tahun lalu memandangkan dia terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir dalam bidang muzik," hurai pemilik nama penuh Raja Putri Atilia Raja Haron ini sewaktu sesi fotografi di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, minggu lalu.

    Dalam usianya yang sudah dipenghujung 30-an, memang sudah layak untuk Atilia kembali berumah tangga dan menjadi seorang isteri.

    Apabila memperkatakan tentang kesediaan untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ujar Atilia, dia sememangnya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

    Apatah lagi hampir tiga tahun menjalani kehidupan seorang diri, dia menikmati kelebihan itu dengan penuh bebas terutama masa bersama teman-teman wanita rapatnya.

    "Sebagai seorang yang solo dan tidak terikat dengan komitmen, saya dapat melakukan banyak perkara yang jarang dilakukan ketika berkahwin dulu.

    "Mungkin kerana saya pernah berkahwin di usia yang muda, pergerakan saya sedikit batas dan saya perlu menjaga status sebagai seorang isteri.

    "Tetapi ini bukan bermakna saya akan melengahkan soal kahwin. Memang itu dalam perancangan saya untuk tahun ini tetapi bilakah tarikhnya, saya sendiri kurang pasti kerana banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

    "Daripada perbincangan dengan Bot, kemungkinan besar, perkahwinan akan berlangsung sama ada selepas Aidilfitri atau pun penghujung tahun ini," kata satu-satunya puteri kesayangan penghibur malar segar, Salamiah Hassan ini lagi.
    Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

    Penyanyi Terkenal menipu hampir 1 Juta

    Posted: 26 Jan 2012 06:22 PM PST

    Yusof dan isteri yang ditipu penyanyi terkenal
    KUALA LUMPUR: "Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu," kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal.

    Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.


    Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.

    "Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat," katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam.

    Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.


    Info :Metro Online

    ZoOM : Apa nak jadi dengan penyanyi tu...kesian dengan pasangan ni sampai di istihar muflis dibuatnya, anda rasa siapa yer ? sama-sama kita tunggu dan lihat siapa yang pakai kereta mers dan Toyota estima..
    Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Utusan Online - Hiburan

    sumber :-

    Utusan Online - Hiburan


    Perniagaan masa depan

    Posted:

    Perniagaan masa depan

    Perniagaan masa depan

    Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
    Gambar Mohd Naim Aziz


    Bunkface bakal menerjah Indonesia dengan muzik mereka tidak lama lagi. Dari kiri Shamsul Annuar Mohd Baharom, Ahmad Farhan Hashim dan Mohd Farouk Jaafar.


    SETELAH tujuh tahun bersama, akhirnya Bunkface kini mampu tersenyum apabila impian untuk membuka Bunkface Rock Station akhirnya tercapai.

    Mengambil masa sehingga dua tahun untuk merangka pembukaan kedai tersebut, Bunkface Rock Station merupakan hadiah sulung untuk perjuangan muzik tiga anak muda ini.

    Bermodalkan RM200,000, Bunkface Rock Station menjanjikan sesuatu yang berbeza buat peminat yang hadir ke lokasi ini. Ini kerana, selain studio jamming, kedai itu juga menyediakan pelbagai barangan cenderamata daripada kumpulan punk rock tersebut.

    Salah seorang anggota Bunkface, Paan atau nama sebenarnya Ahmad Farhan Hashim memberitahu, yang lebih membanggakan mereka adalah pembukaan Bunkface Rock Station menggunakan wang simpanan titik peluh mereka selama ini, tanpa perlu membuat sebarang pinjaman.

    "Kami sudah lama mahu membuka sebuah pusat sehenti buat kumpulan kami.

    "Bunkface Rock Station juga merupakan pejabat serta lokasi utama untuk kami berjumpa dan berbincang," katanya kepada S3.

    Kedai yang terletak di Subang Jaya, Selangor itu mempunyai dua pekerja yang akan membantu anggota kumpulan tersebut menguruskan Bunkface Rock Station.

    Menurut Shamsul Annuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam yang juga vokalis, dia percaya pembukaan kedai tersebut merupakan langkah awal buat mereka bertiga dalam membina sebuah empayar.

    "Mengikut perancangan kami mahu melebarkan sayap dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah untuk mempunyai label sendiri.

    "Bagaimanapun buat masa ini kami akan memberi tumpuan kepada muzik terlebih dahulu agar nama kumpulan kami cukup kuat dalam industri dan seterusnya secara perlahan-lahan membina empayar sendiri suatu hari kelak," katanya.

    Walaupun kini mereka sibuk dengan pembikinan album kedua yang bakal menemui peminat pada pertengahan tahun ini, namun mereka tetap meluangkan masa untuk berada di Bunkface Rock Station bagi memastikan kelancaran perniagaan pertama itu.

    "Kami akan memperuntukkan tiga atau empat hari seminggu untuk datang ke sini bagi melihat perkembangan perniagaan.

    "Memandangkan studio rakaman ini masih lagi dalam pengubahsuaian, kami terpaksa melakukan rakaman di luar buat sementara ini. Bagaimanapun setelah semuanya lengkap nanti kami pasti akan berada lebih kerap di Bunkface Rock Station," katanya.

    Mengakui bukan mudah untuk mendapat persetujuan memandangkan mereka juga mempunyai pendapat berbeza mengenai sesuatu perkara, seorang lagi anggota kumpulan itu, Mohd Farouk Jaafar atau Youk menjelaskan bahawa ia tidak pernah merunsingkan mereka memandangkan Bunkface mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul.

    "Kami sering mengambil masa untuk berbincang malah konsep untuk kedai ini juga hadir melalui idea kami bertiga.

    "Dan melalui pembukaan Bunkface Rock Station ini kami percaya ia akan membantu kami untuk membawa Bunkface untuk pergi lebih jauh," jelasnya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Jiwa 'ganas' Nabil

    Posted:

    Jiwa 'ganas' Nabil

    Jiwa 'ganas' Nabil

    Tajaan baju dan kasut Vans


    MULA berjinak dengan sukan papan luncur sejak berusia 15 tahun.


    Tidak hanya sekadar suka-suka, Nabil mempunyai cerita tersendiri bagaimana dia boleh terjebak dengan sukan tersebut. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula berjinak-jinak dalam aktiviti riadah berkenaan seawal umur 15 tahun lagi.

    "Ketika itu, saya dan kawan- kawan tidak tahu nak buat aktiviti apa untuk mengisi masa lapang. Namun, selepas melihat sukan papan luncur ini, kami jatuh hati dan mula mempelajari selok belok sukan ini.

    "Tapi bila saya sudah mula bekerjaya tetap seperti sekarang ini, jarang dapat meluangkan masa untuk aktiviti ini.

    "Namun, sekiranya betul-betul ada masa, saya akan melepaskan perasaan di Ekstrem Park Shah Alam atau pun di Mont Kiara," jelasnya yang kini menjadi penyampai radio Suria FM dalam segmen Ceria Pagi di Suria bersama Kencana Dewi dan Halim Othman.

    Menceritakan mengenai pengalaman bermain sukan papan luncur, Nabil bersyukur kerana dia tidak pernah mengalami kecederaan teruk sepanjang terlibat dalam sukan tersebut.

    "Kawan-kawan saya pernah mengalami kecederaan seperti terkehel dan patah kaki serta pelbagai lagi kecederaan lain.

    "Tapi saya pernah jugalah terjatuh ke dalam longkang, itu perkara biasa tetapi tidak parah," jelasnya sambil ketawa kecil kecil.

    Selain itu, sebagai bukti kesungguhan dalam sukan tersebut, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan sukan papan luncur tersebut.

    "Seingat saya pertandingan sukan ekstrem tersebut diadakan pada tahun 2004 dan berlangsung di Pulau Pinang.

    "Saya memang buat betul-betul pada masa tersebut. Walaupun tidak menang sebarang tempat, pengalaman dapat menempatkan diri sudah cukup bermakna bagi saya," jelas Nabil sambil mengikat tali kasutnya yang terlucut, sebelum mula menunjukkan aksi meluncur depan kamera.

    Rezeki terpijak

    Memiliki ratusan papan luncur, Nabil juga sangat menggemari barang-barang yang berkaitan dengan sukan tersebut.

    Jadi, ke mana sahaja anak ketiga daripada tujuh beradik ini pergi, sudah pasti ada sahaja pakaian berkaitan sukan tersebut akan ada di tubuhnya.

    "Hendak dijadikan cerita, ketika saya mengadakan persembahan ketika Maharaja Lawak dahulu, saya memakai kasut jenama Vans.

    "Tapi saya tidak sangka pula, bermula daripada situ, pihak Vans berminat untuk menaja saya.

    "Selain itu, dalam masa yang sama juga saya menjadi duta produk tersebut, kiranya rezeki terpijak," jelasnya ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.

    Nabil kini bukan sahaja sibuk dengan bidang penyampai radio yang baru diceburinya itu, malah turut sibuk dengan pelbagai lagi peluang seni yang datang.

    Tuah semenjak bergelar suami orang pada Oktober tahun lalu, benar-benar terlihat.

    "Saya amat bersyukur dengan kehadiran rezeki sepanjang terlibat dalam industri ini.

    "Tapi apa yang lebih penting ialah setiap perkara yang saya lakukan, saya akan lakukannya dengan baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya.

    Nabil kini mula sibuk dengan latihan persiapan untuk persembahan Lawak Ke Der yang akan diadakan Februari di Istana Budaya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS