Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Keputusan Penuh Pemenang Shout! Awards 2010

Posted: 20 Nov 2010 11:10 AM PST

Shout! Award 2010 sudah pun tamat. Keputusan pun sudah kita ketahui. Kepada pembaca yang masih tak tahu keputusan Shout Awards 2010, sila lihat kat bawah ni. Buat kiraan sendiri, artis mana yang banyak menjulang piala kali ini.

Dihoskan dengan jayanya oleh Hafiz Hatim, Sarah Lian dan Henry Golding, Shout! Awards memang selamba habis! Mana-mana yang dah rasa diri dia tua, akan rasa muda kalau menonton anugerah ni sebab sebenarnya, anugerah ni memang untuk golongan urban. Mungkin sebab itu jugalah kot penyanyi kegemaran Budiey tu tak menang. Huhu, dah dua kali bertanding tapi tak menang juga. Ni semua urban punya pasal. Makcik makcik tak undi ni.

Yang pasti, Budiey nak ucapkan tahniah buat Yuna atas kemenangan berganda di anugerah paling hot dan cool ni. Macam tak percaya pun ada Yuna boleh menang sebanyak itu. Gambar kat bawah ni Yuna cuma pegang 2 trofi tapi sebenarnya, Yuna menang dalam 3 kategori termasuklah Ultimate Shout! Award. So, yang lain jangan jeles sebab muzik Yuna sekarang kan tengah IN.

DSC_0409

Yuna – Pale beige harem pants & tops bright scarf and hood by Shamir Izwa. Nice dan sangat berfashionla adanya Yuna masa ni.

Juga syabas buat 8TV yang telah berjaya menganjurkan anugerah ini pada tahun kedua. Memang happening sekali. Sekitar dewan Stadium Putra Bukit Jalil dibingitkan dengan sorakan dari lebih 20,000 orang penonton.

Ya, Shout Awards adalah satu-satunya anugerah kat Malaysia yang meraikan artis, penggiat dan krew dalam industri muzik, filem, TV dan radio sekaligus! Mana nak cari anugerah seperti ini kat Malaysia. FFM pun boleh kalah!

DSC_0418

Zizan pula lagilah ramai yang tak percaya sebab dapat menang Favourite TV Personality Award. Yelah, tengoklah sape barisan artis yang tercalon. Semua hebat-hebat. Tapi kali ini, rezeki berpihak buat Zizan. Tahniah Zizan! Kau memang pelawak Melayu Sejati!

Bermula jam 8.30 malam dengan siaran tertunda Purple Carpet, diikuti dengan siaran langsung yang dipancarkan secara eksklusif di 8TV dan siaran di website rasmi. Sebanyak 17 kategori dipertandingkan termasuk anugerah utama, The Ultimate Shout! Award yang pernah dimenangi oleh Bunkface pada tahun lalu.

Pentas Shout! Award diledakkan dengan persembahan bertenaga serta kolaborasi menarik dari Wakaka Crew, Famous Crew & Maple Loo menerusi tarian dari lagu When I Grow Up, Confusion, Deja Voodoo Spells dan Faizal Tahir (Thunder Struck, Superhero, Rock & Roll, Beat It), Mizz Nina (Let Me C U Get It,What You Waiting For), Hujan (Inspektor Remos), They Will Kill Us All (The Great Glass City, Bittersweet (Knights of The Round Table) dan Love Me Butch (Come On…Come On..).

Tidak ketinggalan gandingan mantap dari Yuna & Najwa dengan lagu Decorate & Got To Go, Reshmonu (Oh Anok Anok), James Baum & Floor Fever (One Night), Monoloque & Atilia (Kekanda Adinda), Altimet & Noh (Kotarayaku), A.P.I (Pelita), Arabyrd, Kuhan, Shawn Lee, Shazet, Giller Battle Crew & Wakaka Crew (Birdkick) dan Cuci The Musical (Cuci).

Apa yang lebih mengujakan, kemunculan penyanyi pop sensasi antarabangsa, Iyaz buat julung-julung kalinya di Malaysia menghangatkan lagi pentas Shout! Award menerusi lagu popularnya, Replay, Solo dan So Big secara eksklusif untuk peminat-peminat di sini.

Berikut merupakan senarai pemenang Shout! Award 2010 :

Rockstar Award (Rock Award) – Bunkface

Favourite TV Personality Award – Zizan Raja Lawak

Breakthrough Feature Award – Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)

Popstar Award (Pop Award) – Yuna

Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) – Faizal Tahir

Fresh TV Series Award – Nur Kasih (Filmscape)

Favourite TV Program (Non Drama) – Showdown 2010

Music Video Award – Prom Queen (Bunkface)

Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) – Mizz Nina

Hot Guy Award – Henry Golding

Hot Chick Award – Scha Al-Yahya

Coolest Radio Announcer Award – Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)

Favourite Radio Show – HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)

Best On-Screen Chemistry Award – Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)

Mobile Artist Of The Year – 6ixth Sense (Tanpa)

Break Out Award (Best New Act) – Yuna

Ultimate Shout! Award – Yuna

Budiey ucapkan tahniah buat semua pemenang!

DSC_0422

Afdlin Shauki pemenang Best On-Screen Chemistry Award

DSC_0436

Kami happy!

DSC_0451

DSC_0468

Henry Golding. Paling HOT, Paling PANAS!

DSC_0477

Bunkface menang lagi!

DSC_0488

Nah ambik! Tunang Noh Hujan ni memang seksi dan meletop. Semua baju dia, tak silap 3 baju semuanya memang lawa-lawa.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Gambar Selebriti di Karpet Ungu Shout! Awards 2010
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Twelve Hotlink customers enjoy Star Treatment at the Shout! Awards
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards di Sensasi Selebriti
  • SHOUT! Awards New Nomination
  • Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Selebriti di Karpet Ungu Shout! Awards 2010

    Posted: 20 Nov 2010 10:37 AM PST

    Anugerah paling gempak dan happening, Shout! Awards 2010 dah pun menutup tirai. Sekejap je masa berlalu. Dua tahun anugerah ini meniti bibir rakyat urban yang suka muzik yang cool dan keras. Dua tahun itu juga banyak mematangkan Shout! Awards. Tahun 2010 adalah tahun yang sangat bermakna kerana anugerah kali ini lebih meriah dan happening berbanding tahun 2009. Budiey mahu sekali ucapkan tahniah buat produksi kerana telah berjaya menamatkan misi mereka kali.

    Anugerah Jerit anjuran 8TV ini bukan sahaja ditunggu oleh pemerhati muzik, malah dijeling-jeling juga oleh pemerhati fesyen juga. Kalau tahun lepas ada red carpet, tahun ini ada purple carpet pulak. Oh ya tak ya, tengoklah sapa yang support dan taja anugerah ni. Celcom X-pax tu!

    Jadi untuk part pertama ini, Budiey nak letak dulu gambar karpet ungu yang bermula lebih awal dari sebelum ini. Budiey diberitahu serombongan artis bergaya dan melaram seawal jam 6.30 petang lagi. Awal kan? Sehingga ada jurugambar yang merungut kerana ketinggalan. Mmm… sape suruh datang lewat. Oh ya, diorang pun macam Budiey, lupa nak tengok jemputan.

    So, masa Budiey sampai di karpet ungu, kelihatan dah banyak artis yang lalu. Jadi ini saje yang ada.

    Shout Awards 2010

    Iz OIAM dan Ainul Aishah. Ainul menggayakan rekaan dari Khairi Sufi.

    Shout Awards 2010

    IZ dalam persalinan fabrik mesra alam jenama Mazegallery Agharta khas dari Jepun tajaan butik MUSA Kuala Lumpur

    Shout Awards 2010

    Phat Fabes dari Fly FM Pagi Show

    Shout Awards 2010

    Jeremy & Rudy Red FM

    Shout Awards 2010

    DJ Iman, Altimet dan Joe Flizzow

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Bunkface

    Shout Awards 2010

    Sazzy Falak yang dah hamil 3 bulan

    Shout Awards 2010

    Aishah Sinclair

    Shout Awards 2010

    Arabyrd

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Julie

    Shout Awards 2010

    Hans Isac, Afdlin Shauki dan Nabil Raja Lawak dari geng Cuci Cuci The Musical

    Shout Awards 2010

    Hunny Madu

    Shout Awards 2010

    AG & the Gang

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Gambar Selebriti di Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 22
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Photo Red Carpet Shout! Awards 2009: Part 2
  • Photo Red Carpet Shout! Awards 2009: Part 1
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards di Sensasi Selebriti
  • Gambar Karpet Ungu di One In A Million 2 Grand Finale
  • Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010
  • SHOUT! Awards New Nomination
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Langkah baru lebih bergaya

    Posted: 20 Nov 2010 06:35 PM PST

    pix_middle

    BAGAI layang-layang yang terputus talinya, rentak perjalanan bintang ini hilang arah dan hingga pernah sekali, dia tersungkur, mempersoalkan keadaan yang datang menghimpit.

    Percaturan langkahnya samar dan ada kalanya kabur ditenggelami gaya. Suaranya lantang memukau, pesona penghibur sudah lama melekat pada dirinya, rangkaian lagu pernah diiktiraf di majlis penganugerahan dan wajahnya manis menghidupkan gaya yang tidak sekali tewas. Namun semua yang indah dimiliki tidak membawanya ke tahap lebih atas, Raja Putri Atilia Raja Haron (Atilia) masih tersadai di belakang, bakatnya belum dilihat besar di gelanggang muzik tempatan.

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Persoalan yang terlintas tatkala menyusuri riak wajah penyanyi yang gigih memperjuangkan muzik jazz ini, apa lagi kurangnya dan mana pula silapnya lagi
    hingga ke hari ini, nama Atilia masih janggal meniti bibir peminat dan kelibatnya masih tewas memancing perhatian umum.Bagaimanapun, anak kelahiran Muar, Johor ini tidak sekali mengalah, semangatnya tidak terusik dan jiwanya melontar jauh perasaan kecewa. Kini Atilia cuba bangkit membuktikan diri dan muziknya tetap wujud. Biar sekuat mana angin yang melayangkan dirinya, usahanya untuk kembali berpaut tidak pernah henti.

    "Kecewa dengan penerimaan peminat dan rasa bagai hilang arah memang pernah singgah dalam episod seni saya. Masih lagi saya ingat, hingga terduduk dan menangis dibuatnya apabila segala usaha dan kerja keras saya memperkenalkan identiti muzik ini gagal meraih penghargaan. Namun itu semua dulu ketika detik awal merangkak mengintai ruang.

    "Mujur semangat yang ada tidak pernah luntur dan rasa percaya akan bakat saya
    masih kuat mengiringi percaturan langkah baru. Saya terus teguh berdiri dan yakin suatu hari nanti, muzik ini akan diterima ramai. Hari ini, peminat juga sudah bijak menghargai seni muzik serta sesebuah karya tanpa menyekat selera mereka. Saya lihat, penantian selama ini tidak berakhir dengan satu penyesalan sebaliknya jika mengikut firasat yang menebal, saya bakal kembali dengan koleksi karya yang berkualiti dan sesuatu yang pasti selesa diterima semua peminat industri muzik," katanya.

    Sangkar adalah usaha enam tahun Atilia sebelum ini. Walaupun pernah menerima pengiktirafan, namun sambutannya hambar. Tolak ke tepi rasa terkilan, penyanyi berusia 36 tahun ini kembali memperkenalkan album terbarunya, Indah. Menerusi Indah, bintang yang pernah mewarnai pentas teater muzikal P. Ramlee dan Always In Wonderland ini membentangkan sebuah lagi produksi yang mesra pendengar. Tidak seperti Sangkar yang menjurus kepada kepuasan diri Atilia, Indah hadir lebih ringkas yang sarat elemen komersial.

    Istimewanya Indah, Atilia kembali merakamkan lagu popular ibunya yang juga penyanyi terkenal, Salamiah Hassan iaitu Gelombang. Tidak sekali menjadikan tiket menjadi anak kepada Salamiah sebagai laluan mudah untuk populariti, Atilia kini sudah mampu tersenyum apabila melodi sulungnya bagi album ini, Indah sudah mula meniti corong radio tempatan.

    Meskipun saat ini lagu duetnya bersama Monolog (Butterfingers) berjudul Adinda Kekanda hebat dimainkan, penyanyi kecil molek yang bijak bergaya ini masih gigih mempromosikan lagu lain termasuk Harus Bagaimana dan Silly Little Thing selain lagu kolaborasi bersama Noh (Hujan) menerusi Old Love, serta bersama grup jazz popular Indonesia, Malique & The Essentials dan Sore.
    "Peminat tempatan

    kini bijak meninjau jenis muzik dan tidak lagi diskriminasi terhadap sesetengah genre yang mungkin pelik pada selera kita. Najwa, Ana Rafali dan Yuna umpamanya kini sudah selesa menembusi pasaran tempatan dengan memperjuangkan muzik yang sama seperti saya. Alhamdulillah penerimaan itu membuatkan saya makin berani dan bersemangat.

    "Indah satu naskhah yang menekankan susunan muzik yang teliti. Ia menterjemahkan selera saya dalam muzik serta hasil penat lelah meneliti setiap sudut penciptaannya.

    "Insya-Allah usaha saya selama ini akan membuahkan hasil.

    Cukuplah penantian selama ini. Namun saya tidak pula rasa terasing kerana alhamdulillah undangan nyanyian tidak pernah putus setakat ini. Ini membuktikan ada juga sesetengah pihak yang menerima baik perjuangan saya," katanya.

    Memilih untuk berdiri di pentas komersial bererti Atilia bersedia berkongsi setiap sudut kehidupan peribadi dengan umum. Justeru tatkala disoal mengenai lelaki bertuah yang kini mendampinginya, bingkas wanita yang bijak menyusun kata ini, buat masa ini dia enggan membenarkan kisah peribadinya melangkaui cerita kerjayanya kerana bimbang peminat akan jemu.

    Kegagalan mem-pertahankan perkahwinan pertama cukup mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Tidak mahu terus menangisi ketentuan takdir, kini Atilia mengakui bahagia diulit cinta barunya.

    "Saya tidak mahu berbohong kepada peminat akan soal cinta. Namun kali ini saya tidak mahu terlalu mendedahkan perkara itu kerana pengalaman lampau cukup memberi pengajaran buat saya. Memang ada kalanya saya cemburu melihat kebahagiaan teman lain, bahagia bersama suami dan anak namun jika difikirkan semula, komitmen sebuah perkahwinan bukan semudah kita melihat.

    "Saya akui sedang mengenali seseorang dan dia juga bekerja dalam industri yang sama. Kami mula berkenalan sejak dua tahun yang lalu dan kini hubungan itu semakin intim dan ada keserasian. Saya senang dengannya dan keluarga juga merestui hubungan ini namun itu tidak bermakna saya sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga kedua dalam masa terdekat.

    "Penat saya dalam membina empayar kerjaya bukan mudah dan banyak pengorbanan yang dilakukan. Justeru saya tidak akan persiakan. Saya mahu fokus pada nyanyian dulu. Alhamdulillah dia memahami dan menjadi penyokong paling utama saya. Insya-Allah saya akan perkenalkan si dia suatu hari nanti. Buat masa sekarang, dia sendiri tidak mahu dikenali dan bersedia mengumumkan perkara ini," katanya.

    Terlanjur di rumah

    Posted: 20 Nov 2010 06:33 PM PST

    AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.
    AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.

    KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

    Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya 'mendapat ilmu' hal berkaitan seks.

    Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

    Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.Berikut kisah dua pelajar yang 'dahaga di awal usia'.



    KES 1 - ADILAH, 13:

    "SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

    Ketika itu teman lelaki 'cinta monyet' saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

    Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

    Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

    Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
    Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

    Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

    Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

    Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

    Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

    Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

    Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana 'kesilapan' pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

    Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

    Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

    Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

    Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

    Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

    Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

    Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


    KES 2 - RAHMAN, 15:

    "SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

    Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

    Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

    Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

    Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

    Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

    Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

    Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

    Dalam keluarga, ayah memang 'sporting'. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

    Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

    Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang 'senior' beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

    Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

    Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

    Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

    Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

    Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

    Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar 'bekerja'. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

    Di rumah saya, 'line tak clear'. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

    Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

    Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

    Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

    Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

    Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan."

    Umi mungkin dijel 12 tahun

    Posted: 20 Nov 2010 06:30 PM PST

    TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.
    TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.

    PASIR PUTEH: "Jika benar hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap anak saya dikurangkan kepada hanya 12 tahun, saya sekeluarga sangat bersyukur.

    "Selama ini saya ingat anak sulung saya akan mati di dalam penjara, namun mimpi ngeri itu nampaknya akan bertukar," kata Mohamad Lazim, 54, ayah kepada Umi Azlim, 26, gadis Malaysia yang dipenjara di Guangzhou, China kerana kesalahan mengedar hampir tiga kilogram heroin.


    Mohamad Lazim berkata, berita gembira itu diperolehnya daripada seorang saudara yang berhubung dengan kakitangan kedutaan Malaysia di China dan berharap ia adalah benar.

    "Setakat ini saya berharap apa dikhabarkan kepada saya benar belaka. Saya bersyukur kerana rayuan dibuat sebelum ini mungkin mendapat maklum balas daripada mahkamah di China," katanya.


    Menurutnya, sebelum ini keluarganya tertekan kerana Umi Azlim dijatuhi hukuman mati sebelum ditukar kepada penjara seumur hidup.


    "Saya menganggap jika benar hukuman ke atas Umi Azlim dikurangkan kepada penjara 12 tahun, tiada yang lebih menggembirakan adik- beradiknya, terutama adik kembarnya Umi Azmira dan Umi Azuraiha, 18."Meskipun kami sekeluarga belum mendapat pengesahan mengenai perkara itu, sedikit sebanyak berita ini menceriakan kami, malah memberi harapan rayuan kami mungkin diterima," katanya yang bekerja sebagai mekanik di Taman Desa Anda, di sini, semalam.


    Mohamad Lazim berkata, dia menyerahkan surat rayuan itu kepada pihak mahkamah ketika melawat Umi Azlim bersama arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim dan penyelaras Tabung Umi Azlim, Hu Pang Chaw, tiga tahun lalu.

    "Pada awalnya kami menjangkakan hukuman penjara seumur hidup itu yang terakhir dikenakan terhadap Umi Azlin dan menganggap mungkin hayatnya akan berakhir di sana.


    "Namun kini dengan berita yang kami peroleh, mungkin harapan untuk dia dibebaskan akan terlaksana," katanya.


    Menurutnya, daripada maklumat yang diberitahu kepadanya, bukan anaknya saja yang kini dipenjara di China atas kesalahan dadah, malah ramai lagi rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan sama.


    "Sebagai bapa, saya menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pekerjaan anak mereka, terutama jika membabitkan perjalanan ke luar negara.


    "Saya tidak mahu apa yang menimpa anak saya turut berlaku ke atas anak orang lain dan anggaplah ia sebagai pengajaran," katanya yang memaklumkan dia mendapat tahu mengenai berita itu melalui adiknya pada sambutan Aidilfitri lalu.


    Sebelum ini, Umi Azlim didakwa menyeludup dadah jenis heroin seberat 2,983 gram ke negara itu pada 19 Januari 2007 dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou pada Mei 2007, tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas rayuannya diterima.

    Tahi judi menangis

    Posted: 20 Nov 2010 06:28 PM PST

    LAKSANA TUGAS... Razali (kiri) menyoal salah seorang kaki judi yang ditahan.
    LAKSANA TUGAS... Razali (kiri) menyoal salah seorang kaki judi yang ditahan.

    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tahi judi yang ditahan ketika leka bermain mesin judi menangis teresak-esak sejurus polis menelefon keluarganya.

    Lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemandu bas dan mempunyai empat anak itu dikatakan sanggup menghabiskan ribuan ringgit pendapatannya semata-mata kerana ketagihan berjudi sejak beberapa bulan lalu.


    Dia antara 33 kaki judi ditahan dalam 'Ops Dadu' yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sekitar dua lokasi di Danau Kota dan Taman Intan Baiduri, Kepong, malam kelmarin.

    Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 183 komputer dan wang tunai RM3,013.


    "Enam pekerja dan 28 pelanggan, termasuk seorang wanita warga asing, ditahan bagi siasatan lanjut.


    "Premis terbabit mampu memperoleh pendapatan ribuan ringgit bagi tempoh sehari dan jumlah itu bertambah pada hujung minggu," katanya.Sementara itu, seorang wanita warga asing terjatuh ke dalam lopak air berlumpur ketika cuba melarikan diri daripada polis dalam 'Ops Noda', awal pagi semalam.


    Wanita berkenaan sebahagian daripada kumpulan wanita warga asing dari China yang tidak kisah dibasahi hujan bagi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang datang ke Jalan Geylang, di sini.

    Aktiviti mereka bukan hanya pada hari tertentu, malah setiap hari bermula jam 2 sehingga 6 pagi.


    Jam 3 pagi semalam, 12 daripada mereka berjaya dicekup pihak berkuasa apabila kawasan itu digempur polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).


    Dalam operasi yang turut dibantu D7 dari Ibu Pejabat Polis Daerah sekitar Kuala Lumpur itu, polis terpaksa mengejar mereka sebelum beberapa wanita terjatuh akibat licin sebelum dicekup.


    Menurut Razali, kawasan berkenaan sering digempur dan dalam tempoh empat bulan ini saja empat serbuan dilakukan.


    Katanya, wanita asing itu sering mengubah waktu operasi setiap kali lokasi mereka diserbu.


    Menurutnya, kawasan terbabit sentiasa dipenuhi pelanggan kerana lokasinya terletak di sebuah medan selera dan dikelilingi beberapa unit flat murah.


    "Mereka menggunakan hotel atau rumah tumpangan berhampiran bagi melampiaskan nafsu pelanggan dengan harga RM150 dan jika pelanggan ingin membawa mereka pulang, caj tambahan RM50 dikenakan.


    "Walaupun terpaksa menanggung risiko ditangkap pihak berkuasa mereka tidak pernah serik, malah ada yang beberapa kali keluar masuk Malaysia berdasarkan cop pasport mereka," katanya.


    Menurutnya, enam daripada 12 wanita berkenaan mempunyai pasport, empat menggunakan pas pelajar manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen masuk yang sah ke negara ini.


    Beliau berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai dan pihak berkuasa lain bagi membantu membanteras aktiviti maksiat membabitkan warga asing di sekitar kawasan berkenaan.

    Urat kaki bersimpul

    Posted: 20 Nov 2010 06:23 PM PST

    pix_middle

    MEMANG kasihan melihat sesetengah orang terutama wanita hamil, khususnya yang berbadan besar, mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak 'mengerikan', juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.

    Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.

    • Foto

      TANDA SIHAT... penjagaan kesihatan dan rawatan awal membolehkan kita memiliki sepasang kaki menawan.

    • Foto

    • Foto

      PETUA... jaga berat badan dan amal senaman berkala.

    Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.

    Istilah vena varikos diambil daripada perkataan 'varix' yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.


    Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

    Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

    Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

    Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

    Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.

    "Pada peringkat awal, pesakit yang mengalami masalah urat kaki bersimpul biasanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.

    "Sesetengah pesakit boleh mengesan masalah mereka kerana urat kaki bersimpul ini ada kalanya timbul dan simpulan urat boleh dilihat dengan jelas, terutama pada individu berkulit cerah.

    "Masalah ini biasanya berlaku pada individu berumur antara 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap dialami wanita (70 peratus). Oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling salur darah tidak mendapat cukup oksigen dan kulit menjadi hilang warna atau menjadi pucat.

    "Jika injap pada pangkal paha rosak, simpulan urat yang besar dan biru boleh dilihat pada paha tetapi ia lebih jelas pada belakang betis. Pada peringkat lebih teruk, kulit menjadi pucat dan bengkak pada buku lali," katanya.
    Menurut Dr Lee, punca sebenar masalah urat kaki bersimpul tidak diketahui tetapi pakar percaya beberapa faktor boleh menyebabkan masalah ini iaitu:

  • Faktor keturunan — Individu yang kedua-dua ibu bapa mengalami masalah ini mempunyai peluang 80 peratus mendapat masalah sama dan 50 peratus jika hanya seorang saja (ibu atau bapa) ada masalah ini. Bagaimanapun, ada juga kes (23 peratus) berlaku tanpa sebab yang pasti (tiada kaitan dengan keturunan);

  • Kehamilan — Hampir 70 peratus wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan salur darah mengembang dan rahim yang membesar menindih salur darah serta menyekat aliran darah balik ke arah jantung.

    Namun begitu, usah risau kerana tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini. Bagi wanita yang mengalami vena varikos ketika mengandung, keadaan salur darah beransur pulih selepas tiga bulan bersalin. Namun, masalah ini berulang pada kehamilan seterusnya;

  • Pekerjaan — Biasanya masalah urat kaki bersimpul lebih kerap dialami golongan yang perlu berdiri atau duduk lama ketika bekerja seperti guru dan pekerja kilang. Ini sebabnya kita disaran berhenti rehat dan melakukan senaman ringan atau kerap menukar posisi;

  • Umur dan berat badan. Semakin seseorang itu gemuk, lebih mudahlah masalah urat kaki bersimpul terjadi. Masalah ini juga meningkat pada orang lebih berusia dan menjadi serius jika dibiarkan.


    Gejala

    Masalah vena varikos timbul perlahan-lahan dan proses itu tidak dapat dihentikan. Gejalanya boleh dilihat dengan mudah, sama ada pada paha atau belakang betis; mengikut kedudukan injap bermasalah.

    Jika injap pada pangkal paha yang bermasalah, urat kaki bersimpul boleh dilihat pada belakang paha dan betis.

    "Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti kakinya cepat penat, terasa berat dan sengal otot. Pada peringkat akhir, kulit berubah warna menjadi pucat, kering, ulser, berlaku pendarahan apabila salur darah pecah dan sel darah merah keluar daripada kulit.

    "Apabila kaki kurang menerima oksigen, kulit menjadi pucat dan kering. Dalam keadaan ini, calar kecil pun boleh menyebabkan ulser.

    "Yang menyedihkan ialah ada pesakit hanya berjumpa doktor apabila tidak tahan sakit akibat luka dan ulser pada kaki," kata Dr Lee.

    Antara gejala yang sering dilaporkan ialah:

  • Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit

  • Kaki bengkak

  • Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama

  • Berlaku perubahan pada warna kulit, kulit kaki menjadi pucat

  • Buku lali bengkak

  • Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam

  • Kulit menjadi nipis dan kering

  • Keradangan

  • Ulser (peringkat akhir)

  • Pendarahan (peringkat akhir)

  • Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah)


    Pengesanan dan rawatan

    Masalah urat kaki bersimpul mudah dikesan, terutama apabila anda berdiri. Doktor akan memeriksa kaki pada tempat bengkak, sakit, kulit pucat, luka atau ulser. Jika anda menunjukkan gejala urat kaki bersimpul, doktor mungkin perlu menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkannya.

    Ujian yang biasa dilakukan ialah imbasan ultra bunyi pada kaki untuk mengenal pasti kedudukan injap yang bermasalah.

    Walaupun bukan masalah serius, ia masih memerlukan rawatan awal sebaik anda menyedari kewujudan salur darah begini.

    Jika dibiarkan, kerosakan injap menyebabkan salur darah menjadi semakin besar, membuat kaki membengkak, sakit dan menjejaskan aktiviti harian.

    Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini, iaitu melalui pemakaian stokin khas (stokin tekanan), suntikan dan pembedahan.

    Bagaimanapun, pemakaian stokin khas hanya dapat meredakan gejala urat kaki bersimpul tetapi tidak menghalang proses pembentukannya.

    Kaedah suntikan pula hanya berkesan jika salur darah tidak terlalu besar bagi fungsi kosmetik tetapi ia tidak menghalang pembentukan urat kaki bersimpul.

    Pernah, kaedah yang sering dicadangkan kepada pesakit ialah pembedahan tetapi ramai pesakit bimbang dan takut apabila diberitahu mereka perlu dibedah; apatah lagi ia mengambil masa lama (dua minggu) untuk sembuh.

    Kini ada kaedah baru untuk merawat masalah urat kaki bersimpul iaitu rawatan laser endovenus (EVLT) yang menggunakan tenaga haba.

    Teknik ini lebih berkesan kerana ia menggunakan kurang tenaga haba berbanding kaedah lain yang kadangkala menyebabkan lebam dan bengkak akibat tenaga haba yang terlalu tinggi.

    "Tidak seperti pembedahan konvensional yang memerlukan pesakit bermalam di hospital, kaedah laser ini hanya mengambil masa lebih kurang sejam dan pesakit boleh balik pada hari sama.

    "Dalam rawatan ini, doktor mencucuk jarum pada kaki dan memasukkan satu wayar halus ke dalam salur darah yang bersimpul.

    "Selepas kedudukan wayar ditetapkan, doktor mengaktifkan laser dan tenaga haba disalurkan melalui wayar tadi. Ia secara perlahan-lahan memanaskan salur darah dan menyebabkan ia tertutup.

    "Apabila salur darah ini tertutup, aliran darah secara automatik beralih ke salur darah lain yang sihat. Maknanya aliran darah kembali normal.

    "Biasanya selepas rawatan, pesakit disaran memakai stokin tekanan untuk sekurang- kurangnya dua minggu bagi merangsang aliran darah.

    "Kadangkala kaki pesakit terasa sakit sedikit tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil ubat untuk beberapa hari," katanya.

    Kaedah ini juga boleh dilakukan pada pesakit yang mempunyai ulser dan tidak sembuh walaupun sudah lama dirawat. Berdasarkan pengalamannya, selepas rawatan ulser lebih cepat sembuh kerana aliran darah pada kaki kembali normal. Malah ia juga sesuai untuk pesakit yang ada masalah jantung.

    Individu yang ada masalah urat kaki bersimpul tidak perlu risau kerana walaupun teknik ini agak baru di Malaysia (sekitar empat atau lima tahun) tetapi ia selamat dan berkesan (95 peratus kejayaan).

    Bahkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap urat yang dirawat menggunakan haba ini terbuka kembali dan menyebabkan masalah itu berulang juga tidak timbul.

    Kos rawatan untuk kaedah laser ini adalah dua kali ganda berbanding pembedahan konvensional iaitu sekitar RM6,000 hingga RM8,000 sebelah kaki.

    Bagaimanapun, untuk jangka panjang ia lebih murah jika diambil kira kos hospital, kesakitan dialami dan tempoh pemulihan kerana pesakit yang dirawat dengan kaedah laser cepat 'sembuh' dengan dan boleh berjalan dengan baik pada hari sama.

    Cara mengelakkan

    Dr Lee berkata, beberapa kaedah boleh diambil untuk mencegah masalah urat kaki bersimpul iaitu:

  • Memakai stokin tekanan ketika penerbangan jarak jauh, terutama bagi wanita hamil. Stokin ini diperbuat daripada bahan berkualiti menggunakan teknologi dari Jerman. Stokin tekanan ini berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke paha, sekali gus meningkatkan aliran darah secara betul ke bahagian jantung;

  • Menjaga berat badan (berat badan seimbang dengan ketinggian);

  • Kerap bersenam dan senaman yang berkala.
  • Pondok kuning atas kubur

    Posted: 20 Nov 2010 06:22 PM PST


    INILAH pondok kubur berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat yang mencetuskan tanda tanya penduduk.


    TUMPAT - Kewujudan sebuah pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang bersebelahan sebuah masjid dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu.

    Pondok tersebut yang berukuran panjang tiga meter dan lebar dua meter dengan lantai jubin serta beratapkan daun nipah dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan.

    Penduduk mendakwa pondok tersebut dibina oleh dua lelaki termasuk seorang penduduk tempatan yang mengaku bomoh.

    Malah seorang bomoh terbabit baru berusia 18 tahun.

    Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati dua payung berwarna kuning dipacak di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga.

    Ariel Peterpan dibicarakan esok

    Posted: 20 Nov 2010 06:21 PM PST


    WAJAH terbaru Ariel ketika dibawa keluar dari penjara di Jakarta Selatan dan dipindahkan ke rumah tahanan di Bandung bulan lalu.


    BANDUNG - Tidak gentar.

    Vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau lebih popular dengan panggilan Ariel yakin akan dapat membuktikan dirinya tidak bersalah apabila kesnya disebut di Mahkamah Negeri Bandung di sini esok.

    Sebuah akhbar Indonesia semalam melaporkan selepas 120 hari meringkuk di dalam penjara, selebriti berkenaan optimis dia akan dibebaskan daripada segala tuduhan sekali gus membersihkan namanya.

    Keyakinan tersebut dilahirkan oleh peguamnya, Afrian Bondjol SH dalam satu wawancara pada Rabu lepas.

    "Dia (Ariel) berulang kali memberitahu saya bahawa dia mahu kesnya segera selesai, bahkan dia sudah tidak sabar untuk membuktikan kebenaran dalam kes tersebut," tambahnya.

    Erra tidak terhimpit gosip kosong

    Posted: 20 Nov 2010 06:20 PM PST




    ANDAI hujan itu berisi percikan bara, jatuh ke tanah sekalipun, ia tetap menjadi abu yang menyuburkan kembali laman hatinya. Perumpamaannya begitulah makanan hakiki yang harus dilalui sang primadona bernama Erra Fazira.

    Adakala, pedih hatinya terbakar dek kata nista orang, namun sedetik kemudian, jiwanya harus kembali bugar. Senyum di wajah harus kembali terukir demi membahagiakan hati insan-insan sekeliling. Ada ketikanya juga, secangkir daripada rasa yang terdalam harus disingkirkan demi kelangsungan hidup atas jalan seni dan populariti yang menyuluhkan hari-harinya.

    Bohonglah jika hatinya tidak tercuit apabila rumah tangga yang baru dibina tiga tahun itu kembali diperkatakan orang. Didakwa sudah menjalani kaunseling gara-gara krisis sedang melanda. Suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin pula kembali menjadi buah mulut khalayak, kononnya sudah tidak bersama Erra, ibu kepada satu-satunya permata hati mereka, Engku Aleesya, 2.

    Berbunyi sedikit klise, tetapi bagi bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu, gelaran bintang yang masih diraihnya sehingga ke hari ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

    "Ya, bayaran menjadi popular itu sangat tinggi nilainya. Sebenarnya, sejak saya melangkah untuk menjadi artis lagi, ibu saya sudah berpesan, bersediakah saya dengan segala macam onar bidang ini.

    "Untuk berada di tahap sekarang, saya sudah tidak terkejut dengan segala fitnah dan khabar angin yang berlaku. Cuma saya kasihankan orang-orang di sekeliling tidak faham apa itu gosip. Hati merekalah yang harus saya jaga," sedikit lelah untuk Erra berkongsi isu yang dianggapnya sudah selesai.

    Penulis mahukan sebuah jawapan daripada Erra, separah mana hatinya ketika harmonis rumah tangga berdepan fitnah. Menjawab persoalan yang dianggapnya bukan isu yang harus diulang-ulang, Erra sedikitpun tidak melatah. Dia tertawa kecil membiaskan hatinya langsung tidak terusik.


    ERRA membantu Aleesya menggunakan iPad.


    Ditembak fitnah

    "Sudah saya katakan, khabar angin itu tidak benar, jadi ia tidak memberi apa-apa impak kepada saya. Ada yang mendakwa kami ke mahkamah untuk kaunseling, itu tidak benar. Ada juga yang 'tembak', kononnya Emran tidak hadir menonton teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, pun tidak benar. Tiada satu pun 'tembakan' yang dilepaskan itu benar, jadi untuk apa saya terkesan dengan khabar angin sebegitu," perincian Erra terhadap dakwaan palsu yang harus ditelan sedangkan hubungan bersama Emran masih harmonis bersulam kasih.

    Dari satu sudut yang lain, aktres berusia 36 tahun itu harus akur. Biarpun tidak terjejas ke atas tubuh sendiri, jelas isu keretakan rumah tangga yang enak diperkatakan ramai itu, tempias impaknya sampai kepada sanak saudaranya sendiri.

    "Bagi sesetengah mereka, gosip itu sungguh memalukan. Mereka tak salah sebab mereka tidak faham 'permainan' dunia hiburan. Respons mereka itulah yang kadang-kadang menyakitkan dan menyedihkan saya. Mereka lebih percayakan cerita negatif walhal itu sekadar gosip kosong," luah Erra sedikit terkesan.

    Kata Erra, beroleh kebahagiaan untuk diri sendiri bukan sesuatu perkara sukar sebaliknya membahagiakan orang di sekeliling mendesak sisi-sisi rasanya.

    "Saya seorang yang praktikal, apa sahaja keputusan hidup saya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan membahagiakan saya sepenuhnya.

    "Tetapi, adakah kita akan bahagia jika kebahagiaan itu dibina atas kesedihan orang lain. Sebab itulah ada masanya kita akan mendapat kebahagiaan sebenar apabila orang-orang di sekeliling kita juga bahagia. Di situlah letakkan pengorbanan," bicaranya terarah mengisi konsep pengorbanan.

    Melihat Erra di samping Aleesya yang sedang membesar, ternyata ibu yang kekal jelita itu sedang menjalani transformasi yang bukan sedikit. Keibuannya terserlah saat mengajar Aleesya mengira dan membaca. Bertuahnya Aleesya yang beribukan Erra, mainan kegemaran bahkan alat bantu belajarnya bukan lagi bongkah huruf atau kertas bergambar, sebaliknya iPad yang penuh aplikasi khas untuk kanak-kanak seusianya.


    MISI baru Erra Fazira kini cenderung kepada anak-anak. Kreativiti anak kebahagiaan buatnya.


    "Budak-budak sekarang sudah terlebih emosinya, apa yang kita guna, itulah yang dia mahukan," katanya berselang tawa.

    Tidak seperti di awal kelahiran, tempoh ini membuatkan sifat keibuan Erra semakin berdetik.

    "Bila hendak keluar bekerja, wajahnya masam dan bila pulang, bukan main girang lagi dia tengok kita balik. Tetapi ini pilihan saya, seni adalah minat dan karier saya, jadi banyak pengorbanan yang harus dibuat, ada perkara yang perlu dihadkan jika saya mahu segala-galanya seimbang," katanya.

    Bertitik-tolak daripada Aleesya, Erra bersama teman-teman terutama Richie Rachman menzahirkan penubuhan Erra Fazira Art Club. Mendapat sokongan daripada badan korporat Staedler sebagai penaja utama, Art Club itu sebagai satu program sosial yang boleh dikongsikan ibu bapa bersama anak yang masih kecil memupuk minda kreatif sesuai dengan perkembangan mereka.

    "Seperti ibu-ibu lain, saya mahukan yang terbaik untuk anak perempuan saya. Untuk hantar anak-anak ke kelas seni, bayarannya sangat mahal dan tidak semua ibu bapa mampu berbuat demikian, dengan Erra Art Club, saya mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat," katanya yang baru sahaja melancarkan Erra Fazira Art Club bertempat di My Favorite Art House di Tropicana City Mall, kelmarin.




    Menyentuh sedikit kerja seninya, Erra kini sedang muncul sebagai juri tetap program Mari Menari di Astro Ria serta mengacarakan program kanak-kanak Tiger Foorball Starz musim kedua.

    Kali terakhir muncul menerusi filem Anak sebagai pelakon utama, primadona filem Melayu itu bakal meluahkan kerinduannya untuk kembali beraksi di layar lebar.

    "Saya ada ditawarkan satu watak yang menarik. Kali ini bukan jahat-jahat manja lagi, tetapi sebagai pembunuh bersiri, menariknya ia sebuah filem aksi tetapi pembunuh bersiri itu seorang yang pekak dan bisu. Mungkin awal tahun depan tetapi setakat ini ada beberapa jadual sedang bertindih. Kita tengoklah apa yang bakal saya korbankan nanti," katanya yang masih berstatus Bintang Eksklusif milik Astro.

    Noh, Nina cinta dua darjat

    Posted: 20 Nov 2010 06:19 PM PST


    PASANGAN 'darah manis', Noh dan Mizz Nina.


    HILANG sudah segala ayat klise. Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, penyanyi band indie Hujan, Noh serta bintang baru yang hangat dengan irama hip hop, Mizz Nina membuka ruang personal yang mereka tutup kemas sejak hampir tiga minggu lalu.

    Faktanya, Noh, 26, dan Nina, 30, sudah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di teratak keluarga Mizz Nina di Ampang pada 6 November lalu. Permintaan keluarga menjadi alasan kepada Noh dan Nina untuk merahsiakan majlis itu kepada media.

    Bab pertunangan sudah selesai, tanggal 1 Julai 2011 yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran ke-31 Nina dipilih sebagai tarikh akad nikah mereka berdua. Dua majlis resepsi persandingan dijadualkan, pada 3 Julai di Hotel Shangri-La khusus buat keluarga manakala 6 Julai di Hotel Doubletree by Hilton khas untuk teman-teman rapat dan media.

    Ketika ditemui, Mohammad Noh Salleh dan Shazrina Azman itu masih orang yang sama. Tiada perubahan waima sedikitpun. Noh masih dengan sifat humor manakala Mizz Nina terus pemalu. Begitupun, ketenangan hubungan mereka tercalar dengan khabar angin.

    Noh didakwa tidak tahu mengukur baju di badan sendiri kerana memilih keluarga tokoh korporat terkemuka terkenal iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim sebagai mertua.

    Noh mengaku sedih mengenangkan isu tersebut bagaimanapun dia semakin optimis berikutan hubungan mereka direstui keluarga Mizz Nina.


    MIZZ NINA selamat bergelar tunangan Noh Hujan. Kini menanti hari pernikahan mereka.


    "Saya sayang Nina sebagai Shazrina Azman dan bukan Mizz Nina. Ada orang tidak faham benda ini. Namun, selepas bertemu keluarga Mizz Nina pada Hari Raya Aidilfitri lalu, saya akui keluarganya merupakan seorang yang hebat dan cukup menghormati sikap rendah dirinya (Azman).

    "Awal-awal lagi, saya beritahu beliau, saya bukan anak orang kenamaan. Sebagai anak seni dan suami, saya akan menjalankan tanggungjawab asas seperti menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian buat anaknya. Itu janji saya."

    Komen apabila Mizz Nina dikatakan mula mengongkong hidup Noh?

    NOH (N): Merepeklah. Apa yang saya lakukan sekarang datang daripada diri sendiri tanpa ada paksaan oleh sesiapa termasuk Nina. Cuma, Nina sedikit garang kepada saya.

    Mizz Nina (MN): Sejujurnya, saya tidak pernah sesekali mengawal Noh baik dalam karier atau corak kehidupan. Tanggungjawab saya sekadar menasihati dia jika perlu. Saya tidak pernah cakap apa Noh perlu lakukan. Saya nampak perubahan dirinya sejak kebelakangan ini. Mungkin Noh mahu membahagiakan saya sehingga dia mengambil keputusan melakukan perubahan tertentu.

    Apakah jarak umur berbeza bakal memberi masalah?

    N: Umur bukan penghalang. Bahkan, umur saya meningkat dari semasa ke semasa. Lagipun, tiada salahnya kalau saya kutip pengalaman terlebih dahulu tambahan pula proses pembelajaran akan berterusan sehingga kita meninggal dunia.

    MN: Umur sekadar angka. Saya tidak kisah tentang jarak usia kerana ada waktunya saya rasa lebih muda daripada Noh. Ada waktunya, saya juga berperangai kebudak-budakan.


    NOH dan Nina mengaminkan doa selepas selepas acara pertunangan mereka.


    Signifikan Kurnia pada kalian?

    N: Kami sebenarnya bercinta selepas lagu ini disiapkan. Sewaktu menjalani proses rakaman, saya dan Nina tidak menjangkakan sama sekali hubungan kami akan sejauh ini. Beberapa hari selepas Kurnia dihasilkan, baru hubungan ini mencapai tahap serius.

    MN: Kalau orang cakap bahawa Kurnia sebagai lagu lambang cinta kami, saya katakan ia benar.

    Sisi buruk yang diketahui selepas menjalin cinta?

    N: Nina suka sepah barang terutama dalam kenderaan. Lihat saja keretanya yang dipenuhi itu dan ini. Tetapi, saya belajar banyak perkara positif daripada dia selama ini. Justeru, saya tidak nampak kekurangan pada diri Nina selepas kami menjalin hubungan serius.

    MN: Noh gemar melepaskan perangai marahnya terutama dalam laman sosial, Twitter. Saya akan menasihati dia agar lebih tenang dan sentiasa bersabar apabila berdepan sebarang masalah.

    Gila-gila Amy

    Posted: 20 Nov 2010 06:19 PM PST


    PERAMAH dan tidak pernah lekang senyuman. Itulah Amy Mastura, selebriti yang masih teguh selama 17 tahun dalam industri.


    MASA pantas berubah. Diam tidak diam, sudah 17 tahun Amy Mastura Suhaimi, 39, membanting tulang berlawan setiap sisi permainan dalam gelanggang seni. Biarpun telah lama berjalan, dia masih beraksi sebagai wanita ceria, peramah dan sarat sikap merendah diri.

    Populariti juara pertandingan Asia Bagus 1993 ini tidak dinafikan masih kekal dalam liga tersendiri.

    Sepotong nasihat Amy kepada bakat-bakat muda: "Apa yang diperlukan untuk bergelar penghibur adalah niat yang perlu diiringi dengan kerja ikhlas."

    Sejajar pertambahan umur dari semasa ke semasa, ibu kepada Adriana, 8, dan Adalia, 5, kini lebih banyak ditawarkan peluang memegang watak ibu. Sudah 100 peratus likat dengan karakter tersebut, Amy sedar ia menjadi spektrum lakonan yang harus dilewati setiap pelakon.

    Selepas Hoopers, wajah Amy sekali lagi menghiasi layar perak menerusi filem Aku Tak Bodoh garapan Boris Boo pada 2 Disember ini. Menerajui watak ibu, dia bergandingan bersama Riezman Khuzaimi, Namron, Adibah Noor, Ariel Zafrel, Rohaizat Hassan dan Wan Noor Aizat.

    Pasha bakal menikah lagi

    Posted: 20 Nov 2010 06:18 PM PST


    PASHA (kiri) dan Adelia mendapat restu keluarga untuk berkahwin.


    MENJELANG hari-hari penting dalam kehidupan Pasha Ungu, dia pasti didatangi dengan pelbagai spekulasi.

    Vokalis Ungu tersebut sekali lagi berhadapan dengan gosip liar. Kali ini ia berkenaan dengan ulang tahunnya yang ke-31 pada tanggal 27 November ini. Khabar angin menyatakan bahawa jejaka tersebut bakal menamatkan zaman dudanya pada tarikh tersebut.

    "Tidak ada. Apa yang ada cuma konsert Ungu yang bertempat di Bondowoso pada tarikh 27 November tersebut," ujar Pasha yang menolak desas-desus bahawa dia akan menikahi kekasihnya, Adelia pada tarikh tersebut.

    Pasha menegaskan pada tahun ini dia belum berniat melepaskan status dudanya.

    "Insya-Allah tahun depan mungkin," kata pelantun Tercipta Untukmu itu.

    Sejak kebelakangan ini, Pasha sering kelihatan bersama wanita cantik bernama Adelia tersebut. Hubungannya dengan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu dikatakan cukup serius.

    Pertengahan Oktober lalu, Pasha sempat bertandang ke rumah kekasihnya untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Lawatan tersebut ternyata mendekatkan kedua-dua buah keluarga dan mereka dipercayai mendapat restu untuk berumah tangga.

    Aamir Khan dan SRK bergaduh?

    Posted: 20 Nov 2010 06:18 PM PST


    SRK


    DUA bintang besar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dan Aamir Khan bakal beradu kekuatan pada Disember tahun hadapan.

    'Peperangan' itu bagaimanapun hanya melibatkan filem yang dilakonkan mereka. SRK akan muncul dalam filem Don 2 manakala Aamir akan muncul dalam sebuah filem yang masih belum diberi tajuk.

    Menariknya, kedua-dua filem tersebut diarahkan oleh pengarah yang sama, Farhan Akhtar.

    Sementara itu, wakil penerbit filem terbaru Aamir, Reema Kagti tidak menolak kemungkinan filem tersebut akan ditayangkan pada Disember 2011.

    "Mengikut perancangan, filem tersebut memang akan ditayangkan pada penghujung 2011 namun ia masih belum muktamad," kata Reema.

    Satu sumber lain, melaporkan, kedudukan filem Don 2 tidak akan tergugat saat itu kerana filem lakonan Aamir itu dibikin bukan untuk tujuan komersial.

    Kekesalan Utada Hikaru

    Posted: 20 Nov 2010 06:17 PM PST


    UTADA HIKARU


    PENYANYI Jepun, Utada Hikaru dilaporkan sangat sedih berikutan kematian neneknya yang berusia 80 tahun.

    "Saya mesti merelakan pemergiannya dan menerima apa yang terjadi," katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya.

    Utada ada bercerita bahawa neneknya merupakan seorang yang sangat penyayang dan tidak pernah gagal memenuhi keinginannya sewaktu dia masih kecil.

    "Saya berasa sangat kesal kerana sebagai cucu, saya gagal memenuhi permintaannya," luahnya penuh emosi.

    Ibu bapa Utada dipercayai mengalami masalah komunikasi serta dilema salah faham yang berpanjangan dengan neneknya. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak bersua muka dengan mendiang selama 20 tahun.

    Suu Kyi tak mahu AS hilang pertimbangan

    Posted: 20 Nov 2010 06:15 PM PST


    PEMIMPIN prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi (kiri) memberikan cenderamata ketika melawat barisan ahli politik veteran di Yangon semalam.


    WASHINGTON - Ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi menyambut baik hubungan baru Amerika Syarikat (AS) dengan junta tentera Myanmar tetapi memberi amaran supaya Washington tidak bersikap ibarat semuanya nampak cantik di mata dalam hubungannya kerana Myanmar masih ketinggalan dari aspek hak asasi manusia dan kemajuan ekonomi.

    "Ramai orang menyatakan AS kini meminggirkan kami selepas ia memutuskan untuk menjalin hubungan dengan junta tentera," kata Suu Kyi kepada wartawan saluran berita CNN selepas dibebaskan dari tahanan rumah.

    "Saya tidak fikir ia begitu. Saya berpendapat hubungan kedua-dua belah pihak adalah sesuatu yang baik," tambahnya.

    Komen Suu Kyi, 65, itu disiarkan oleh televisyen AS berkenaan kelmarin.

    Namun, pada masa yang sama, Suu Kyi memberi amaran: "Saya tidak mahu AS bersikap semuanya nampak cantik di mata dalam hubungannya dengan junta tentera. Saya mahu mereka (AS) praktikal mengenainya".

    Pentadbiran Presiden Barack Obama, memilih untuk berlembut dan memulakan dialog dengan Myanmar pada tahun lalu setelah memutuskan bahawa dasar memulaukan junta tentera yang diamalkan AS selama ini gagal membuahkan hasil.

    Dalam wawancara sama, Suu Kyi juga menegaskan bahawa beliau akan terus memperjuangkan demokrasi di Myanmar walaupun berdepan risiko ditahan semula oleh junta tentera.

    "Saya tidak bimbang mengenainya (ditangkap semula oleh junta tentera)," kata Suu kyi.

    Suu Kyi yang pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan, dibebaskan daripada tahanan rumah oleh junta tentera di Yangon pada Sabtu lepas.

    Robot bantal cinta

    Posted: 20 Nov 2010 06:15 PM PST


    PEREKA Jerman, Stefan Ulrich bersama robot cinta funktionide.


    BERLIN - Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

    Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.

    Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

    Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

    "Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

    "Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya.

    Mangsa Gunung Merapi pulang beramai-ramai

    Posted: 20 Nov 2010 06:14 PM PST


    BEBERAPA petugas mencari mangsa-mangsa letusan Gunung Merapi di Balerante, Klaten, Indonesia, kelmarin.


    GUNUNG MERAPI, Indonesia -- Beribu-ribu penduduk kampung kembali semula ke kediaman mereka di kaki Gunung Merapi selepas ia semakin kurang aktif sejak beberapa hari lepas.

    Agensi Pengurusan Bencana Nasional memberitahu, hampir separuh daripada 400,000 orang sudah pulang selepas pemerintah mengurangkan zon merbahaya dari 20 kilometer kepada sekitar 10 kilometer dari kawah Gunung Merapi kelmarin.

    Pegawai bencana, Muhammad Anshori semalam berkata, sekitar 270,000 pelarian masih tinggal di kem-kem sementara kerana rumah mereka musnah atau mengalami kekurangan air dan makanan.

    Agensi bencana berkenaan menambah, angka kematian akibat siri letusan Gunung Merapi sejak 26 Ogos lalu kini meningkat kepada 283 orang, selepas beberapa mangsa meninggal dunia kerana melecur dan lebih banyak mayat ditemui dari dalam timbunan serpihan.

    Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Yogyakarta yang terletak sekitar 30 kilometer dari Gunung Merapi dibuka semula semalam selepas ditutup selama dua minggu akibat letusan gunung berapi itu.

    Rakyat Malaysia protes Ariel di Bandung

    Posted: 20 Nov 2010 06:13 PM PST

    BANDUNG - Seorang warga Malaysia mengadakan tunjuk perasaan terhadap vokalis kumpulan Peter Pan, Nazriel Irham atau Ariel di depan halaman Pusat Tahanan Kebon Waru, Bandung, semalam.

    Lelaki dikenali sebagai Mal Putrajaya, 35, itu mengaku dia sengaja datang dari Malaysia ke pusat tahanan di Kebon Waru semata-mata untuk menemui Ariel yang kini ditahan berhubung penyebaran beberapa klip video seks yang menampilkan individu mirip dirinya.

    "Saya sengaja datang ke sini untuk menyampaikan pesan ini," ujar Mal sambil menunjukkan poster putih bertulis 'Ziarah Cut Tari: Ariel 'Zina - Mani - Merapi + Kartika 'Arak-Todi' Air Bah.

    Ayah empat anak tersebut memilih membentangkan poster di halaman pusat tahanan itu selepas dia tidak dibenarkan untuk menemui Ariel.

    "Saya tidak setuju dengan cara dia. Saya hanya ingin menyampaikan pesan bahwa tindakan Ariel jangan ditiru oleh yang lain," katanya.

    Minum air najis

    Posted: 20 Nov 2010 06:13 PM PST




    DI laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat.

    Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka.

    Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan.

    Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu.

    Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin.

    Air najis

    Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban.

    Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut.

    Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini.

    Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu.

    Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih.

    Seorang menteri tempatan, Ruben Petit berkata, penduduk di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk minuman dan pertanian di samping aktiviti harian seperti memasak, membasuh dan mandi.


    LIMPAHAN air banjir yang kotor juga boleh menjadi penyebab kepada penularan pantas wabak taun.


    "Sungai Artibonite memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat di St. Denis. Walaupun sudah dimaklumkan terdapat bakteria daripada najis manusia yang menyebabkan air sungai ini tercemar, mereka masih meminum airnya.

    "Kami sangat memerlukan bekalan air bersih dan tandas di sini supaya penularan wabak ini dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan lebih ramai nyawa," ujarnya.

    Menurut laporan akhbar Haiti Libre, jurucakap Kementerian Kesihatan Awam dan Populasi negara itu, Singer Ronald memberitahu, sehingga kini, jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak taun adalah seramai 1,200 orang, manakala 19,000 lagi masih dirawat.

    Dianggap sebagai ancaman kesihatan paling teruk dalam tempoh lebih 100 tahun, wabak tersebut ternyata mencetuskan kebimbangan di seluruh Haiti memandangkan rakyat negara itu tidak pernah diberikan pelalian taun sebelum ini.

    Sementara itu, Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Haiti, Nigel Fisher berkata, angka korban terus meningkat terutama di bahagian utara negara itu. Kadar kematian yang dicatatkan ialah 7.5 peratus, iaitu paling tinggi di seluruh negara.

    "Dijangkakan di antara 2.5 hingga 3 juta rakyat tinggal di Port-au-Prince dan sebahagian besar daripadanya tinggal di khemah perlindungan.

    "Apa yang membimbangkan, kesesakan lebih 1.3 juta rakyat yang berlindung di khemah tersebut boleh menyebabkan wabak merebak dengan cepat lebih-lebih lagi jika kebersihan diabaikan.


    SEORANG lelaki mengheret mayat bapa mertuanya yang mati akibat taun di Cap Haitian.


    Pencemaran

    Keadaan ini tidak mustahil walaupun sistem sanitasi di situ lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan lain seperti Cité Soleil," katanya.

    Cité Soleil yang merupakan sebuah bandar yang dianggap kotor dan sesak telah merekodkan kematian sebanyak 38 penghidap taun.

    Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat, kes taun yang pertama dilaporkan terjadi berdekatan dengan Sungai Artibonite yang terletak di utara Port-au-Prince manakala kes-kes selepasnya dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman tercemar.

    Walaupun sedar akan risiko dan bahaya yang menanti, masyarakat Haiti tidak mempunyai banyak pilihan yang boleh menjamin keselamatan nyawa mereka.

    Demi kelangsungan hidup, air sungai tercemar terpaksa juga diminum lantaran tidak mampu untuk membeli air bersih yang dijual dalam botol.

    "Saya tahu air itu tercemar dengan kuman yang menyebabkan taun, tetapi kami semua tidak ada pilihan dan hanya itu yang kami ada.

    "Jika kami ada Clorox (agen peluntur), kami akan campurkannya sedikit dan meminumnya walaupun rasanya sangat teruk.

    "Ataupun, andainya kami mampu menggali tanah, kami akan gali sehingga jumpa air dan meminumnya," kata Alienne Cilencrieux, 24, yang ditemui ketika beratur di hadapan pagar sebuah klinik yang masih berkunci di St. Denis beberapa hari lalu.

    Turut bersamanya ialah Elian, 27, yang turut membawa dua anaknya, Maiderson, 7, dan Ferguson, 3, masing-masing dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

    Mereka bersama-sama ratusan penduduk lain yang menanti pintu pagar klinik dibuka untuk mendapatkan rawatan walaupun telah dimaklumkan klinik akan dibuka pada keesokan harinya.


    AIR banjir terpaksa digunakan untuk keperluan harian ekoran tiada sumber air lain.


    Sementara itu, tidak menolak aspek kesesakan, kebersihan dan pencemaran, pengkaji dari Universiti Florida, Amerika Syarikat, Afsar Ali, berkata komuniti yang tinggal di sepanjang perairan Haiti terdedah kepada risiko dijangkiti taun.

    "Air payau boleh menjadi kawasan pembiakan bakteria.

    "Seperti yang kita tahu, khemah besar tersebut terletak sangat hampir dengan sungai dan muara. Saya berpendapat ini adalah tempatnya di mana wabak taun membiak, bukannya di bandar.

    "Saya juga menjangkakan wabak ini membiak di kawasan pedalaman sebelum menular ke bandar utama seperti Port-au-Prince dan Cap-Haitien," ujar Afsar yang pernah menjalankan kajian mengenai wabak taun di Bangladesh.

    Wabak taun merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria vibrio cholera.

    Ia berlaku apabila kuman taun daripada pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar.

    Kate bayangan Puteri Diana

    Posted: 20 Nov 2010 06:11 PM PST


    PUTERA William mengikut jejak langkah bapanya, Putera Charles memilih rakyat biasa sebagai pasangan hidup.


    CATHERINE Elizabeth 'Kate' Middleton, 28, bakal mengulangi sejarah malang mendiang Puteri Diana?

    Begitulah ramal banyak pihak apabila anak sulung pasangan berdarah orang kebanyakan, Carole Elizabeth dan Michael Francis Middleton, itu diumumkan sebagai tunangan pilihan anak sulung mendiang Puteri Diana, Putera William, 28.

    Khabar itu semakin rancak dibicarakan terutama tatkala melihatkan cincin berbatu nilam yang dikelilingi 14 butir berlian di jari Kate yang sebelum ini merupakan cincin pertunangan Puteri Diana dengan Putera Charles sendiri pada tahun 1981.

    Malah, Kate yang tampil ke khalayak pada acara itu dengan berbaju biru yang sepadan dengan cincinnya itu juga dikatakan mengulangi tindakan Puteri Diana.

    Persamaan itu, tulis wartawan Daily Mail di London, Richard Kay, seolah-olah mengembalikan Puteri Diana dalam pemikiran orang ramai, khususnya mereka yang menyayanginya.

    Malah, Putera William menjelaskan tindakannya menyarungkan cincin pertunangan itu ke jari Kate ialah sebagai simbol memperingati dan menjadikan mendiang ibunya sebahagian daripada acara penuh makna itu.

    Ia memanglah menggambarkan kasih sayang seorang anak kepada ibunya, namun adakah ia langkah yang bijak?

    Menurut Kay, ia umpama petunjuk yang buruk kerana cincin itu juga mengingatkan perkahwinan yang tidak bahagia untuk tempoh yang lama dan hakikatnya ia berakhir dengan perpisahan yang amat menyakitkan.

    Lebih merunsingkan, baru di peringkat ini sudah begitu banyak perbandingan dibuat antara kedua-dua wanita itu.

    Dalam sesebuah perkahwinan, petunjuk ialah sesuatu yang penting.

    Selepas lebih sedekad menerima berita kematian Puteri Diana, siapa sangka keluarga diraja Inggeris itu perlu membiasakan diri untuk hidup dengan seorang lagi 'Diana'?


    PUTERI Diana bersama Putera William pada tahun 1992. Kematian Puteri Diana pada 31 Ogos 1997 begitu dirasai William.


    Tambahan pula, mereka berusaha keras untuk membuang ingatan tentang wanita itu daripada ingatan orang ramai.

    Jika dilihat kembali, memorial untuk mengenang Puteri Diana hanya diwujudkan tujuh tahun selepas pemergiannya. Memorial itu pula tidak dapat dimasuki pengunjung awam.

    Namun, memetik majalah Echoes, setiap kali Kate mengubah gaya rambutnya, atau dilihat menyarungkan dres baru, bertambah atau berkurang berat badan, membantu orang yang merempat atau menjadi penasihat untuk mana-mana badan kebajikan, beliau terus dibandingkan dengan mendiang Puteri Diana.

    Sang putera ada berkata tiada tekanan ke atas bakal isterinya itu untuk menggantikan tempat mendiang.

    Namun, sejauh manakah Kate teruja dengan laluan hidup yang dipilihnya itu apabila dalam satu temu ramah, beliau menggambarkan rasa terujanya dengan perkataan 'gementar' sebagaimana yang pernah disebut Puteri Diana 30 tahun lalu.

    Cincin

    Malah, mengatakan mendiang seorang wanita yang mampu memberi inspirasi juga seolah-olah mengalu-alukan lebih banyak spekulasi dan perbandingan antara dirinya dan Puteri Diana.

    Kewujudan cincin berbatu nilam itu untuk satu lagi tempoh yang lama mempunyai implikasi ke atas seorang lagi wanita diraja dalam keluarga itu, Camilla Parker, kini isteri Putera Charles, bapa William.

    Buat Duchess of Cornwall itu, cincin itu akan mengingatkannya terhadap rayuan Puteri Diana supaya dia meninggalkan suaminya, Putera Charles yang ketika itu menjalin hubungan sulit dengan Camilla.

    Keputusan William untuk memberi Kate cincin pertunangan mendiang ibunya sendiri dilihat sebagai tindakan seorang anak yang merindui ibunya. Namun sebahagian lagi menerimanya sebagai peringatan buruk tentang sebuah perkahwinan yang gagal.

    Editor majalah Psychologies, Louise Chunn, menilai langkah Putera William menyarungkan cincin pertunangan mendiang ibunya ke jari Kate sebagai tindakan yang penuh sensitif, jujur dan penuh rasa hormat.


    CINCIN berbatu nilam yang dikelilingi 14 butir berlian peninggalan Puteri Diana dipakai Kate semasa majlis pertunangannya, Selasa lalu.


    Malah, kepercayaan bahawa cincin itu bakal membawa malang sebagaimana yang berlaku terhadap Puteri Diana disifatkan Chunn sebagai karut.

    Chunn menjelaskan bahawa cincin pertunangan ialah sebuah objek yang tidak hidup dan tidak mampu mempengaruhi alam perkahwinan sama seperti seutas rantai yang dibeli seorang pemenang tiket loteri yang tidak akan menjadikan seseorang itu seorang jutawan.

    Sebaliknya, buat sesiapa saja yang kehilangan ibu pada usia yang muda, mereka tahu bahawa barang milik ibunya mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada William, tidak kiralah berapa pun harganya.

    Penulis dan pengulas, Karen Krizanovich pula melihat pemilihan cincin itu sebagai satu penyatuan yang penuh tragis.

    Tidak dinafikan, kata Krizanovich, Kate kini sedang memakai cincin yang paling terkenal di dunia.

    "Tetapi jika saya menjadi Kate, saya akan mencari jalan untuk mengelak daripada memakainya. Kerana ia menjadi simbol kepada salah satu perkahwinan yang paling tidak bahagia dalam sejarah.

    "Puteri Diana pernah menjadi salah seorang wanita terkenal dan tercantik di dunia. Tetapi dia menderita dalam perkahwinannya dan mati dalam kemalangan jalan raya yang amat tragik di Paris.

    "Jadi nasihat saya kepada Kate, pakailah cincin itu di khalayak ramai tetapi simpanlah ia jika anda tidak ke mana-mana," pesan Krizanovich.

    Jimmy dan isteri ke mahkamah

    Posted: 20 Nov 2010 04:16 PM PST


    JIMMY (kanan) dan Nursuhaila.


    BARU sahaja beberapa minggu lalu, Diva terima khabar gembira tentang bekas pengacara Trek Selebriti yang terkenal dengan ucapan 'yezzaa'nya, siapa lagi kalau bukan Jimmy Shanley yang baru dapat berita bahawa isterinya, sudah berbadan dua.

    Macam-macam juga berita si Jimmy yang masuk telinga Diva, belum habis dengan kisah rumah tangganya yang dikatakan bergolak. Isterinya Nursuhaila Shuhaimy pernah lari dari rumah, dua tiga hari lepas keluar pula cerita baru.

    Kali ini lebih panas. Sama ada sahih atau tidak sahih, itu Diva tak berani komen, dah sumber yang rapat dengan kaki perisik di mahkamah sendiri yang khabarkan, Diva kongsilah pula kepada semua.

    Kata sumber itu, masalah Jimmy dan Suhaila tak tamat lagi. Memanglah isteri Jimmy sedang mengandung tetapi dalam senyap-senyap, mereka sudah sampai ke mahkamah dan berjumpa pakar kaunseling di sana. Keluarga Shuhaila pula dah naik pening dan khabarnya mereka terbang bercuti ke luar negara.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS