Adsense

Sabtu, 20 November 2010

borak kosong

borak kosong


[Gambar] wanita mangsa amuk

Posted: 20 Nov 2010 09:00 PM PST



kesian.....

Kahwin sekali empat orang

Posted: 20 Nov 2010 08:05 PM PST

Seorang lelaki Afrika Selatan telah menikahi empat wanita sekaligus pada masa yang sama. Namanya Milton Mhbele, dia berumur 44 seorang pengurus kota di Indaka. Hhukum di Afrika Selatan mengakui perkahwinan berpoligami. Walaupun sebenarnya biasa di sana, tetapi jarang terjadi pernikahan seperti kali ini.

Dia telah menikahi Thobile Vilakazi selama 12 tahun dan memiliki 11 anak. Pada 26 September, dia menikahi Thobile untuk kedua kalinya dan juga menikahi tiga isteri baru: Happiness Mdlolo (24), Zanele Langa (24) and Smangele Cele (23). Wanita-wanita ini semuanya mengenakan gaun putih dan masing-masing menerima cincin dan ciuman dari pengantin lelaki.

Isteri-isterinya ini akan hidup secara berasingan dans uami mereka akan digilir di antara mereka.

Lelaki ini berkata bahawa dia menabung untuk menggabungkan upacara ini. Dia juga menambahkan: "Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti antara saya dengan mereka, tapi saya sangat gembira tentang hal ini, bukan hanya kerana saya belum pernah melakukannya sebelumnya, tetapi kerana saya percayaakan hal ini."

sumber : unic77.tk

Remaja mencuri laptop kerana nak check status facebook

Posted: 20 Nov 2010 07:25 PM PST

Seorang pemuda 19 tahun mencuri laptop di restoran Starbucks di Florida, Amerika Syarikat, kerana ia dilarang meminjam untuk melihat halaman Facebooknya.

Menurut polis, pemuda itu, Cory R. Kinney, melihat seorang pelanggan sedang asyik minum sambil membuka laptopnya. Kinney, seperti lebih 150 juta orang di dunia lain yang ketagihan Facebook, tiba-tiba ingin membuka halaman sosial itu.

Dia meminta izin meminjam laptop. Tapi si pemilik laptop menolak. Kinney  menerima penolakan itu dengan baik-baik. Dia kemudian meninggalkan Starbucks tetapiTiba-tiba saja, Kinney berlari masuk, mengambil laptop, dan berlari keluar. Nasibnya tidak baik kerana ada dua orang yang sedang berada di tempat letak kereta melihat dan manahannya.

Petugas keselamatan pun datang dan menangkapnya. Laptop itu kembali ke pemilik semula, sedang Kinney didakwa kerana mencuri.(link)

Robot bantal boleh jatuh cinta dengan pemiliknya

Posted: 20 Nov 2010 06:45 PM PST

Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya.-kosmo online






Bunuh,basuh kemudian tidur sebelah mayat selama sebulan

Posted: 20 Nov 2010 05:37 PM PST

Seorang lelaki berasal dari New Zealand ini menjerut teman wanitanya, warga Thailand dan kemudian tinggal dengan mayatnya selama sebulan.

Gordon Hieatt, 48, didakwa membunuh Nuttidar Vaikaew, yang juga berusia 48 tahun selepas mereka bertengkar di apartmennya April tahun lalu.

Dia kemudian membasuh mayat wanita itu dan tidur bersamanya di atas katil. Hieatt bagaimanapun menolak dakwaan dia mengadakan seks dengan mayat itu. Hieatt juga meletakkan gaun pengantin di kepala mayat Nuttidar dan meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa.

Pembunuhan itu hanya diketahui apabila tuan rumahnya yang datang untuk mengutip sewa menyedari bau teramat busuk dari dalam rumah itu apabila Hieatt membuka pintu.

Apabila polis datang untuk menyiasat pada awal Mei, mereka mendapati kipas dihala ke mayat itu dengan tujuan untuk mengurangkan bau busuk itu.

Hieatt mengaku membunuh wanita Thai itu ketika bersembang menerusi Internet dengan seorang pelacur di Thailand. Hieatt bagaimanapun mem- beritahu mahkamah, dia tidak berniat membunuh Nuttida.
(link)

[Gambar] Inilah alasan kenapa perlu berhati-hati makan buah apple

Posted: 20 Nov 2010 04:22 PM PST

 Rasa-rasanya hampir semua orang pasti pernah makan appel, tapi harap hati-hati ketika makan buah-buahan kerana boleh jadi terdapat zat yang tidak baik bagi kesihatan tubuh.

Salah satunya adalah lilin yang berfungsi sebagai pengawet yang masih melekat dalam buah-buahan yang kita makan.

Sebaiknya makanlah appel dengan membuang kulitnya kerana boleh saja masih ada lilin yang melekat di kulitnya yang digunakan dalam pengawetan dalam mesin pendingin, ini biasanya terdapat pada appel dari Amerika.

Silakan makan appel setelah menghilangkan lilin seperti yang ditunjukkan di bawah ini.



Kesian wanita ini terkencing depan mesin ATM

Posted: 20 Nov 2010 10:01 AM PST

Kesian wanita ini..kenapa tak pergi kencing dulu?
Kalau ye penting sangat pergilah cari tandas kencing dulu....
Nikan dah terkencing dalam seluar...


[Gambar] Pasangan karnibal bunuh kemudian masak daging mangsa bunuh

Posted: 20 Nov 2010 09:30 AM PST

Alexander Novikov menjadi korban kannibalisme dari pasangan Oxana Domanskaya (34) dan Edward Shutov (36). Peristiwa sadis ini terjadi di Kota Makeevka Ukraine. Kejadian ini tebongkar ketika beberapa anak melintas di sebuah lorong-lorong dan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.




Mereka kemudian melaporkannya ke polis. Dari hasil penyelidakan polis terungkap bahawa pasangan Oxana dan Edward mengundang Alexander Novikov untuk pesta makan di rumahnya. Kemudian mereka mabuk dan terjadi pertengkaran antara Alexander Novikov dengan Edward Shutov dan berakhir dengan terbunuhnya Novikov.
 Oxana Domanskaya

Pasangan tersebut kemudian berusaha menyingkirkan mayat Novikokv dengan memasak dan memakannya sebagian lagi dibuang ke dalam sebuah lubang.

Tragisnya lagi pasangan ini menyimpan daging dan organ dalam Alexander Novikov di peti sejuk. Polis menemukannya ketika memeriksa rumah mereka. Daging tersebut dikatakan akan dibuat untuk makan malam berikutnya.

Air liur gadis ini dijual di internet

Posted: 20 Nov 2010 08:50 AM PST

Aneh!!! Air liur seorang gadis di China dijual melalui internet. Air liur tersebut dikatakan sebagai ubat kuat untuk lelaki Media China Hunan Online melaporkan bahawa, air liur gadis yang berusia 18 tahun tersebut dijual denagn harga £ 2  dalam kemasan botol kecil.

Dalam botol tersebut juga tersedia gambar gadis remaja yang berumur 18 tahunan itu, Namun pihak taobao.com telah menghapuskan gambar tersebut setelah menerima puluhan protes tentang produk tersebut.

.Air liur tersebut dikumpulkan dari remaja gadis yang berumur 18 tahun ketika  tidur, dan pembeli dapat membayar nanti setelah teruji kebenaran dan keaslian produk tersebut.

bk-makin gila manusia di dunia ini.....

Pernikahan bubar kerana calon isteri berjanggut

Posted: 20 Nov 2010 07:15 AM PST

Dubai-Bagai membeli kucing dalam karung. Itulah perasaan yang melanda seorang diplomat Arab. Dia memutuskan membatalkan pernikahan setelah melihat calon istrinya, yang selama ini wajahnya tertutup cadar, ternyata berjanggut dan bermata juling.

 Peristiwa itu menjadi kes mahkamah di kota Dubai, United Emrirat Arab.Diplomat senior yang mengaku sebagai duta besar dari suatu negara Arab itu menilai bahawa ibu pengantin perempuan telah menipu dirinya. Ibu itu ternyata menunjukkan dia foto-foto seorang perempuan cantik, yang ternyata adalah saudara kandung 'pengantin' yang akan dia nikahi.Diplomat yang bergelar Duta Besar Berkuasa Penuh itu sempat beberapa kali bertemu dengan calon isterinya. Namun, wajah perempuan itu selalu tertutup  sehingga sukar dilihat kecantikannya.

Wajah mempelai itu baru terungkap saat dirinya akan dicium oleh  Duta Besar di hari pernikahan, yang tidak disebutkan tarikhnya. "Setelah duta besar dan calon istrinya, yang berprofesi sebagai dokter, menandatangani kontrak pernikahan, keduanya duduk berdampingan. Duta besar itu mengaku saat akan mencium istrinya itu, ternyata yang bersangkutan dianggap punya janggut dan bermata juling," kata sumber yang tidak disebutkan namanya itu.

Marah  kerana merasa ditipu, Duta Besar itu akhirnya membatalkan pernikahan. Dia bahkan mengadukan masalahnya ke Pengadilan Syariah di Dubai kerana sudah merasa terhina dan mengalami malu.

Dalam tuntutannya, laki-laki itu meminta pengantin perempuan dan keluarga membayar ganti rugi sebesar 500.000 dirham. Menurut dia, jumlah itu sepadan dengan harga sejumlah perhiasan, baju, hadiah lain yang telah diberikan kepada calon isterinya.
Dia juga minta hakim untuk memeriksa pengantin perempuan kepada doktor specialis kerana siapa tahu yang dia menderita gangguan hormon sehingga tumbuh janggut.

Pada hari Pengadilan Syariah, pihak pengantin perempuan, meminta hakim untuk membatalkan tuntutan hukum itu. Bahkan, dia menuntut agar di duta besar membayar nafkah hidup kepada dirinya setelah membatalkan pernikahan.

Maka, hakim memutuskan meluluskan permintaan di duta besar agar calon istri yang tak jadi dinikahinya itu diperiksa ke doktor specialis dan menurut laporan doktor bahawa tergugat tidak mengalami masalah hormon.

Hakim pun menolak tuntutan duta besar agar pengantin perempuan membayar ganti rugi. Keputusan lainnya adalah hakim secara rasmi menceraikan pasangan bermasalah itu.

Kes ini juga mendapat perhatian dari sejumlah media internasional, diantaranya dari Prancis, AFP,Russia, Ria Novosti, dan laman harian Times of India.

Penjara untuk orang kaya di Australia

Posted: 20 Nov 2010 06:30 AM PST

Berikut adalah gambar foto VIP di Australia. Penjara ini bernama Justizzentrum Leoben yang terletak di Sytria, Australia. Khabarnya penjara ini hanya untuk para tahanan kaya.









walaupun nampak mewah,penjara tetap penjara....


Mesin ATM ni salah letak atau sengaja?

Posted: 20 Nov 2010 05:00 AM PST

ATM ini adalah ATM dari sebuah Bank di Iran.
Agaknya orang letak mesin ATM hilang akal?



Belayar guna perahu kertas

Posted: 20 Nov 2010 04:22 AM PST

Artis Jerman Frank Bolter berlayar menyusuri Sg.Thames dengan perahu kertas raksasa.Aksi ini ialah sebahagian dari pameran seni Drift 10 di London. Kapal origami, berjudul 'Untuk Akhir Dunia', adalah terlipat di tepi Canary Wharf di London timur sebelum diturunkan ke dalam air dengan bantuan  anggota masyarakat. Untuk memastikan perahu tidak tenggelam di bawahnya, itu diperkuat dengan tiang logam.




Main bola atas air

Posted: 20 Nov 2010 03:00 AM PST

Tidak berapa pasti bila tarikh sebenar main bola atas air ini bermula dan satu  yang pasti acara ini telah di mainkan 100 tahun dahulu di atas Sungai Windrush di Burton Gloucester.






Cara paling ganas nak goreng kentang

Posted: 20 Nov 2010 02:45 AM PST

Macam -macam ragam..semuanya nak di uji kaji..
goreng kentang cara macam ni pun boleh....








[Gambar] Pekerja Indonesia sebelum dan sesudah didera

Posted: 20 Nov 2010 01:00 AM PST

 Ini gambar Sumiati sebelum didera...gambar ini ditunjukkan oelh keluarga
Sumiati kepada wartawan....

Ini pula gambar dia selepas didera oleh majikannya di Arab Saudi...
adakah mereka kaya ,mereka boleh berbuat sesuka hati...dan yang terbaru
Keluarga Sumiati, tenaga kerja wanita yang mulutnya digunting majikannya, sudah tiba di Arab Saudi. Keluarga diwakili Pak Cik Sumiati, Zulkarnain. Zulkarnain sempat menunjukkan foto Sumiati sebelum digunting oleh  majikan.

satu lagi laporan yang dipaparkan di myMetro ada pekerja di bunuh oleh majikan.Tempatnya
masih di Arab Saudi.....

JAKARTA: Indonesia mendesak kerajaan Arab Saudi menyiasat laporan penemuan mayat seorang pembantu rumah di tempat pembuangan sampah, kes kedua penderaan pekerja negara itu di Arab Saudi minggu ini.

Menteri Buruh, Muhaimin Iskandar berkata, petugas kedutaan negara itu di Riyadh dihantar ke bandar Abha untuk mengumpulkan maklumat mengenai kematian Kikim Komalasari, 36, yang didakwa dibunuh majikannya. 

Menurut laporan, leher mangsa dikelar dan terdapat kecederaan di seluruh tubuhnya. 

Penemuan mayat itu diumumkan ketika pegawai Indonesia berlepas ke Arab Saudi untuk mendapatkan keadilan bagi seorang lagi warganya, Sumiati binti Salan Mustapa. - Agensi

Remaja 12 tahun temukan kelemahan firefox, dapat hadiah USD 3.000.

Posted: 20 Nov 2010 12:30 AM PST

Remaja pintar yang baru berusia 12 tahun, telah berhasil menemukan bug (celah) di browser Firefox sehingga diberi ganjaran USD 3.000 dari Mozilla selaku pembuat Firefox.



Remaja bernama Alex Miller asal California ini berhasil menemukan sebuah bug yang berhubung dengan isu buffer overflow dan memory corruption di Firefox.

Alex  menghabiskan waktu 90 minit  sehari selama 10 hari untuk menemukan bug dimaksud. Dia memang memiliki skill di bidan pemograman.

Bug berkaitan lalu dilaporkan kepada pihak Mozilla. Sejak bulan Juli, Mozilla memang menawarkan wang bagi mereka yang berhasil menemukan cacat di produk Mozilla.

Ramai yang meragukan kebolehan Alex mencapai prestasi, terutama teman sebayanya. Namun setelah ia menunjukkan cek dari Mozilla, baru mereka percaya. Sebahagian wang hadiah itu disumbangkan ke lembaga sosial dan untuk membeli hadiah dan selebihnya di simpan.

"Hanya sedikit orang yang mampu berbuat demikian," kata Brandon Stone, Security Program Manager Mozilla.

Dengan demikian, apa yang dilakukan Alex memang tidak sembarangan dan wajar dia diberi penghargaan wang  dari Mozilla.

Anjing ini diiringi dengan 30 buah kereta Mercedes

Posted: 19 Nov 2010 11:04 PM PST

Membeli barang dengan harga mahal tidak menjadi masalah bagi seorang jutawan. Apalagi jika jutawan menggilai sesuatu barang.

Beginilah yang dilakukan oleh seorang jutawan perempuan yang tinggal di wilayah timur China. Dia rela mengeluarkan wang yang banyak dalam hanya untuk membeli seekor anjing dengan harga 4 juta yuan.

Tak cukup sampai di situ, jutawan yang hanya mahu dikenali sebagai Wang, menyiapkan acara sambutan yang mewah untuk ketibaan anjing itu. Anjing jenis Tibetan Mastiff ini pun disambut dengan di iringi dengan 30 buah kereta Mercedes Benz berwarna hitam. Senada dengan warna anjing yang dibelinya.

Bandar di Xian, Daerah Shanxi di wilayah utara China, dihebohkan dengan kedatangan anjing itu, Perarakkan kereta itu didahului dengan dua kendaraan jenis SUV memimpin di depan. Mereka menjemput Wang dan anjingnya yang baru datang dari daerah Qinghai, barat laut China.Ada pula para pecinta anjing yang berdiri ditepi jalan membawa baner bertuliskan selamat datang.

Menurut Wang, dia dan temannya telah lama mencari anjing jenis Tibetan Mastiff yang asli. Seperti pepatah 'cinta itu buta', begitulah perasaan Wang terhadap anjing yang baru dibelinya itu. "Emas ada harganya. Namun anjing Tibetan Mastiff ini tidak ternilai lagi harganya," ujar Wang singkat.

Anjing jenis Tibetan Mastiff merupakan keturunan anjing primitif dan dikenal sebagai anjing rumahan. Tibetan Mastiff juga dikenal dengan nama Tsang Khyi dan Do-khyi, yang bererti anjing yang terikat. Maksudnya, anjing ini banyak difungsikan sebagai anjing penjaga rumah.

Sesuai namanya, anjing ini masih banyak dijumpai di wilayah Tibet. Tinggi badannya boleh mencapai lebih dari 80 cm. Namun rata-rata tingginya berkisar antara 61 hingga 72 cm dengan berat badan antara 45 hingga 72 kg.

bk-duit ada semua boleh dibeli dengan  mudah.....tetapi duit juga boleh menghancurkan



Bintik aneh di mata 9 bulan,rupanya cacing

Posted: 19 Nov 2010 10:42 PM PST


Berawal dari 2 bintik aneh di mata kiri, seorang  lelaki berjumpa seorang doktor. Tak disangka, bintik tersebut adalah cacing giling yang sudah 9 bulan bersembunyi di balik bola matanya.

John Matthews, dari Iowa  mengalami gangguan penglihatan sejak kemunculan bintik-bintik di matanya. Kerana khuatir, dia pergi ke hospital milik University of Iowa.

Setelah menjalani berbagai ujian, para dokor mengungkap gangguan penglihatan yang dialami Matthews disebabkan oleh adanya parasit. Dan ternyata, parasit yang nampak sebagai bintik aneh di mata kiri itu adalah seekor cacing.

Doktor menggunakan laser untuk mengeluarkan binatang tersebut. Dua tembakan laser di gunakan sebelum cacing itu mati dan boleh dikeluarkan.

Dia mengatakan  merasakan cacing itu bergerak-gerak di belakang bola mata untuk menghindari dari tembakan sinar laser.

Beruntung Matthews tidak mengalami buta walaupun mengalami kerosakan permanen di bahagian retina mata. Tidak diketahui pasti bagaimana parasit tersebut boleh masuk ke mata, namun  Matthews mendapatkannya ketika bercuti ke Mexico 9 bulan yang lalu ataupunm cacing giling itu didapatinya dari seekor rakun yang ia tangkap ketika berburu.

Rakun (Procyon lotor) dikenal sebagai salah satu rumah utama bagi cacing giling. Jutaan telur cacing di dalam perut rakun mudah sekali menular kepada para pemburu yang menangkapnya.(link)



Umur 14 tahun.buat bisnes pelacuran secara online

Posted: 19 Nov 2010 09:35 PM PST

Dalam usianya yang masih 14 tahun, seorang gadis nekad membuat perniagaan pelacuran. Dia  menjadi germo dan merekrut gadis remaja menjadii pelacur secara online. Sebelum ini dia hanya menjual dirinya sendiri, namun berinisatif 'melebarkan sayap'.

Si gadis yang tidak dapat disebut namanya kerana usia yang masih sangat muda, tinggal di British Columbia, Kanada. Dia mengiklankan para gadis tersebut di Craigslist, website  dikecam kerana mempromosikan pelacuran.

 Perbuatan memperdagangkan seks perempuan di bawah umur jelas tidak dapat dibenarkan . Iklan pelacuran kini dihapuskan Craigslist, yang juga membantu penyiasatan polis.-sumber : Vancouver Sun