Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Saya Malu Menonton Filem Sendiri” – Shaheizy Sam

Posted: 19 Sep 2011 09:46 PM PDT

Kunjungan OHBULAN! ke pra-tonton filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail "Bob" Hasim mengejutkan kami yang baru pertama kali menonton wayang bersama Shaheizy Sam.

Sekali pandang wajah aktor kacak yang pernah memenangi anugerah Artis Paling Popular 2010, dia kelihatan seperti seorang yang sempoi, mudah beramah mesra dan sempurna. Namun, temubual antara kami dan Shaheizy Sam menjelaskan segala permainan difikiran kami kerana diawal pra-tonton, Sam dilihat keluar sebentar meninggalkan panggung.

Ketika ditemubual tentang perasaan mengenai filem terbaru lakonan Sam ini, "Saya tak suka tengok filem lakonan saya sendiri, sebab ia akan menjatuhkan semangat saya. Untuk pengetahuan, saya juga tak menonton filem pertama saya iaitu "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam", kerana saya mementingkan kesempurnaan. Saya malu untuk tengok kesilapan sendiri."

Sam turut menjelaskan maksud sempurna melalui pandangannya, "Kesempurnaan saya adalah untuk diri sendiri, saya tahu berlakon adalah sesuatu yang subjektif dan mungkin pandangan mata saya sempurna, namun tidak pada orang lain."

Shaheizy Sam sebelum ini pernah muncul dengan watak seorang lelaki yang percaya dia menghidap Autisme dalam filem "Sekali Lagi". Seiring dengan pelbagai filem yang dibintangi dan watak-watak yang dilakonkan, Sam mengaku dia telah memecahkan proses lakonan kepada beberapa bahagian agar dia dapat menghayati kesemua lakonannya.

Ditanya mengenai watak yang paling Sam ingin lakonkan, penuh rasa teruja aktor ini menjawab, "Saya inginkan watak luar dari komersial, watak yang mencabar dan lebih mencabar seperti melakonkan the real autisme patient . Dalam filem Bini-Biniku Gangster, saya memegang watak antara seorang suami yang baik dan juga seorang gangster yang cuba menyatukan 2 puak."

Sam turut memberitahu kami, "Kedudukan orang macam saya tak lama, selepas itu orang akan mula bosan. Sebelum orang bosan, saya akan mencari arah yang baru dan mungkin akan mengarah dan membantu disebalik tabir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aktress Glee, Dianna Agron Puji Lagu Zee Avi!

Posted: 19 Sep 2011 09:39 PM PDT

Yeah, itu yang ditunggu-tunggu selama ini. Bintang Glee iaitu Dianna Agron, 25, seorang penyanyi, pelakon, pengarah, dan juga produser telah memuji lagu nyanyian Zee Avi di twitter miliknya.

Ini pasti menjadi satu tamparan hebat kepada panel Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) apabila anugerah yang berprestij ini diselubungi kontroversi.

Zee Avi tidak layak dicalonkan kerana albumnya menjalani rakaman di luar Malaysia. Persoalannya, seorang bintang Glee boleh hargai bakat anak seni ini. Kenapa Recording Industry Association of Malaysia (RIM) menganaktirikan bakat Malaysia yang sedia ada?

Seperti yang Aizat Amdan katakan (pencalonan terbanyak AIM 18):

"Tak kisah kalau record di luar ke, di Malaysia ke, as long as itu adalah penyanyi Malaysia. Kalau penyanyi itu tidak tercalon pun, at least kita recognise hasil kerja mereka."

Zee Avi baru sahaja melancarkan album terbarunya, yang kini boleh dilihat di youtube dimana dia sekumpulan mempersembahkan album terbaru mereka secara langsung.

Tertarik dengan konsep album baru Zee Avi yang lebih matang, album ini memperlihatkan irama yang lebih riang dan gembira. Ahli kumpulan Zee Avi terdiri daripada 3 orang lelaki iaitu Joey Altruda – Bass, Rafael Pereira – Percussion, David Hurwitz – Guitar & Sape.

Kami agak teruja dan bangga apabila melihat lelaki berkulit putih dalam video ini memainkan alat muzik tradisional Sarawak, Sape. Kepada anda yang meminati Norah Jones, sila layan video "Ghostbird" yang berdurasi hampir 20 minit ini selepas ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Fida buka tudung semasa berdating dengan Mamat Sepah

Posted: 19 Sep 2011 12:14 PM PDT

Gambar Fida nie di snap sendiri oleh kekasih hati iaitu Mamat Sepah( bekas kumpulan Sepah sebenarnye) ,boleh nampak imej Mamat sedang memakai T-shirt love tengah mengambil gambar Fida.

Dari pemandangan yang dilihat,mcm rambut Mamat yang bersepah ditiup angin dan latar belakang tue nampak mcm dekat pantai atau kat atas bukit,Genting Highland etc2..kan..

Mungkin kalau lepas mandi kat pantai ,Fida nak mengeringkan rambut ke..hehe.

ape ape jelah..

Video Pernikahan Danny X-Factor dan Pramugari Air Asia Fazleen

Posted: 19 Sep 2011 11:51 AM PDT

Danny X-factor & Lin :: Solemnization from lhmediatv on Vimeo.



Pada hari Malaysia tanggal 16 September 2011, Danny X-Factor dah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Fazleen yang merupakan seorang pramugari Air Asia. Perkenalan yang singkat akhirnya membawa ke jinjang pelamin juga.

"Alhamdullilah, sempena hari malaysia & 16 syawal, kami berdua menjadi suami isteri. Macam mimpi sebenarnya, macam berlakon pula. Perkahwinan merupakan benda yang paling besar berlaku dalam hidup saya. Jadi, Zainatul Norfazleen Zakaria ialah isteri saya," ujar Danny yang teruja menjadi seorang suami.

Leen turut bersyukur apabila dipertemukan jodoh bersama Danny. Menurut Leen, "Kami jumpa sekejap, kemudian bertunang 6 bulan seperti yang dijanjikan. Kini, saya happy menjadi seorang isteri buat Danny."

Majlis resepsi kedua mempelai dijangka akan diadakan pada bulan Disember di Dewan Seri Endon.

Romantik Harith Iskandar dan Isteri Jezamine Lim

Posted: 19 Sep 2011 11:38 AM PDT

Loving couple,Harith Iskandar dengan wifenya Jezamine Lim semakin bahagia,lebih-lebih lagi wifey skrg dah pregnant 3 bulan,wah wah tak lama lagi jadi bapa lah Harith...Anak mix mesti comel giler kan...harith kan mcm pan asian,and jezamine plak Chinese..
anak mixed mestilah bijak,sebab genetik yg variety gitew..

Melalui Facebook Harith memang jelas lah terlihat kebahagiaan mereka berdua yang sentiasa serasi bersama...


Kata Harith:
"My wife Jezamine Lim Iskander. How lucky am I??????"




Kata Harith:
"My wife, Jezamine Lim Iskander with the host of Serasi Bersama (Season 2), Amy Mastura. We were one of three guest 'Celebrity' couples on this episode/competition and we came in LAST! Apparently we are not as "Serasi" as we think we are! :-)"



Funny video daripada Harith:
"Here is my wife laughing at the MEMORY of me tripping and falling over. All it took was for me to REMIND her of the incident - and away she went. Laughing non-stop. For 2:40min. Actually more. Remember, I didn't DO or SAY anything remotely funny at this moment. All I had to do was REMIND her of the time I tripped and fell. If only my Stand-up Comedy had this effect on people. — with Jezamine Lim Iskander at The Curve.

"

Zizan Minta Maaf berkenaan isu Menghina Rasullullah

Posted: 19 Sep 2011 08:23 AM PDT

Sedar tak sedar, dalam Filem Hantu Bonceng terdapat beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan keagamaan.

Kes kali ini,Zizan dikatakan menghina Rasullulah apabila mengucap kalimah syahadah secara tidak lengkap dan menyambung dengan perkataan "SYAITAN"..

Dalam Video youtube dibawah ,kita boleh mendengar Zizan meracau lalu tersebut kalimah "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"



Zizan mohon Maaf melalui laman Twitter nya


"Saya faham, apa yang salah... salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap," demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.


Bagi Sensasi mungkin Zizan tak sengaja sebab masa tengah meracau-racau tentu zizan cuba memikirkan apa perkataan lawak untuk diselitkan bersama secara tak sengaja tersebut mcm tue..Biasalah,sensitiviti keagaamaan nie memang kita tak boleh pandang ringan...
Agama Islam tak mcm agama lain kerana agama Islam amat mementingkan maruah agama dan tak boleh diperkotak katikkan dengan sengaja.

Dalam hal nie,zizan telahpun menjelaskan bahawa memang dia tiada niat nak menghina.
Patut pihak penyunting filem ,dan badan penapis lebih peka terhadap masalah ini .Mungkin semua tak perasan hal tersebut..

Harap2 lepas nie lebih berhati-hati dalam menggunakan isu keagaamaan dalam sesebuah filem

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Cerai kerana tak mahu berhenti merokok

Posted: 19 Sep 2011 09:00 PM PDT


Menolak menghentikan kebiasaaan menghisap rokok, suami isteri akhirnya memutuskan untuk bercerai.

Sebenarnya pasangan dari Mesir ini memiliki pernikahan 'bahagia' selama 12 tahun. Namun meraka berdua mahu tak mahu harus mengakhiri pernikahan mereka lantaran sang suami, Mohammed tak mahu menghentikan kebiasaannya merokok di dalam rumah meskipun dia tahu isterinya alergik rokok.

"Selama menghirup asap rokok, aku jadi menderita alergik yang berat. Tapi suamiku tak mahu menghentikan kebiasaannya itu meski aku pernah masuk hospital dan doktor melarangku mendekati para perokok," ujar Yasriya Suleiman, isteri Mohammed.

Menurut femalefirst.co.uk, Mohammed, pereka mesin, mengatakan kalau dia dia selalu merokok sepanjang hidupnya. Jika disuruh berhenti rokok malah membahayakan kehidupannya.

bk-pulak dah

Padah kerana meyamar sebagai juruterbang

Posted: 19 Sep 2011 08:30 PM PDT


WELLINGTON - Seorang lelaki yang menyamar dirinya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan dan cuba untuk memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Auckland di New Zealand mungkin merupakan sebahagian daripada lawak jenaka untuk satu program televisyen.

Bagaimanapun, polis New Zealand mendakwa perkara itu bukannya satu gurauan.

"Percubaan untuk melanggar keselamatan lapangan terbang perlu diambil perhatian yang serius," kata seorang pegawai polis, Andy Lovelock dalam satu kenyataan.

Polis berkata, seorang lelaki memasuki pekarangan lapangan terbang dengan memakai pakaian seragam juruterbang dan lencana perak di topi pada Sabtu lalu.

Dia juga didapati membawa beg bimbit yang besar.

Polis memberitahu, lelaki itu cuba memasuki kawasan larangan sebelum dia dikejar oleh kakitangan-kakitangan di lapangan terbang tersebut dan melarikan diri dengan menaiki sebuah van Toyota berwarna hitam.

Juruterbang itu, Ben Boyce yang menyedari kesilapannya berkata dalam satu kenyataan: "Saya meminta maaf berhubung semua masalah yang telah berlaku.

"Kami tidak berhasrat untuk melanggar peraturan atau menyebabkan sebarang kebimbangan atau kerisauan. Ia merupakan satu percubaan gurauan yang kami menerima sepenuhnya sebagai berlaku di tempat yang silap."

Dia dan seorang deejay radio, Bryce Anthony Casey dan penerbit program televisyen, Andrew Logan Robinson dihadapkan ke sebuah mahkamah semalam ekoran kejadian itu.

Menurut dokumen mahkamah, kesemua mereka didakwa di bawah Akta Penerbangan Awam.

Mereka didakwa memasuki satu kawasan keselamatan di lapangan terbang tersebut walaupun mengetahui ia merupakan satu kesalahan.

Ketiga-tiga mereka dibenarkan diikat jamin dan diminta tampil di mahkamah pada 18 Oktober depan. - Agensi

sumber : kosmo online

Pekerja pembinaan tertembak paku 5cm ke kepala budak

Posted: 19 Sep 2011 07:45 PM PDT


URUMQI, China - Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina dibedah di sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja.

Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh".

"Dia menjerit dan kami dapat melihat lubang kecil pada kepalanya dengan darah mengalir keluar. Bapanya segera membawanya ke hospital," kata ibu Dina, Ha Mina. - Agensi

Pengkid Siam bunuh rakan serumah kerana cemburu

Posted: 19 Sep 2011 06:35 PM PDT


SUNGAI PETANI: "Abah, ada orang pengsan di depan rumah," kata pesara tentera, Azmi Md Salleh, 50, mengungkap semula kata-kata anak lelakinya yang memaklumkan kejadian seorang wanita pengsan dan berlumuran darah di depan rumah mereka di Taman Semarak, Sungai Pasir, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, wanita pengkid berketurunan Siam berusia 25 tahun itu menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya di sebuah kilang di Bakar Arang, dekat sini, menggunakan sebilah pisau akibat cemburu.

Suriani meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka sebelum mayatnya ditemui penduduk berhampiran.

Suspek kemudian bertindak menikam dirinya sebelum dipercayai cuba meminta pertolongan daripada jiran.



Azmi yang sedang berehat di rumahnya segera keluar dan terkejut apabila mendapati seorang wanita dalam keadaan lemah tiba-tiba rebah di tepi pintu rumahnya.


Menurutnya, dia kemudian menarik wanita berkenaan masuk ke rumahnya lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

sumber : myMetro

Remaja 19 Tahun Ditahan Ketika Sedang Memasak Makanan Di Restoran Yang Ia Cerobohi

Posted: 19 Sep 2011 05:50 PM PDT


Seorang remaja lelaki tertangkap sedang memasak di tempat kejadian .Dirinya ditahan atas tuduhan memceroboh masuk restoran cepat saji di pinggiran kota Chicago pada Sabtu pagi.

Menurut polis yang melihat rakaman-rakaman dari kamera pengawasan, Hachem Gomez, 19 tahun merosak dan masuk melalui jendela drive-through di Mr. Beef and Pizza di Mt. Prospect, Illinois, sebelum merosak mesin wang, minum soda dan mulai menyiapkan ayam dan kentang goreng menggunakan microwave.

Remaja itu juga melepaskan bajunya sebelum memanjat naik melalui jendela drive-through.

Para petugas tiba di restoran itu yang berlokasi di 1796 Elmhurst Road, sekitar jam 3:30 pagi dan langsung menemukan Gomez yang sedang membuat makanan untuknya.

Seperti yang diberitakan Huffingtonpost, tak ada indikasi lain kalau Gomez mabuk atau berada dalam pengaruh obat saat itu.

Gomez sendiri sebelumnya tidak memiliki catatan kriminal.

Gomez diminta ganti rugi $5,000 dan dijadualkan akan diadili pada 21 September.


Biar benar abang ni selamba je berak ,tak tahan kot

Posted: 19 Sep 2011 11:01 AM PDT

Tak Habiskan Makanan di Restoran Ini Bakal Didenda Bergantung Kepada Banyak Makanan Yang Tak Habis

Posted: 19 Sep 2011 10:30 AM PDT

Foto: Orange

DAMMAM - Sebuah restoran di Arab Saudi kini memberlakukan denda bagi para pengunjung yang tidak menghabiskan makanannya.

Fahad Al Anezi, pemilik restoran Marmar di Kota Dammam mengatakan, dia ingin menghindari membuang makanan.

Dia juga ingin mendorong para pelanggannya untuk tidak terlalu bernafsu dalam memesan makanan, demikian lansir Orange, Isnin (19/9/2011).

"Banyak sekali pelanggan yang memesan makanannya hanya untuk mempamerkan kepada orang yang ada di sekitarnya dan juga meningkatkan status sosial," ujarnya.

Kini para pengunjung restoran tersebut akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka tidak menghabiskan makanannya, tergantung berapa banyak makanan yang tidak mereka habiskan.(rhs)

Polis Buru Penghisap Ibu Jari Kaki

Posted: 19 Sep 2011 09:45 AM PDT


CONWAY - Polis kini sedang memburu pelaku yang diduga akan menghisap ibu jari kaki seorang wanita separuh baya di Arkansas, Amerika Syarikat.

Wanita separuh baya itu mengatakan kepada polis Conway bahawa seorang lelaki mendekatinya saat dia sedang duduk di depan apartmentnya. Lelaki itu langsung memasukkan ibu jari kaki mangsa ke mulutnya

Sementara wanita lainnya melaporkan hal yang sama pada saat di pusat perbelanjaan. Wanita ketiga pun melaporkan kejadian sama yang dialaminya saat tengah berkunjung ke kedai haiwan.

Masih belum diketahui, apakah pelaku penghisap ibu jari tersebut merupakan orang yang sama.

Wanita separuh baya itu melaporkan bahawa lelaki yang menghisap ibu jari kakinya seperti keturunan Sepanyol atau Asia. Sementara dua wanita lainnya menerangkan bahawa pelaku merupakan orang kulit putih.

Seperti dilansir Associated Press, Isnin (19/9/2011), pada tahun 1990an juga terjadi hal serupa. Pelaku penghisap ibu jari kaki dijatuhi hukuman atas tuduhan ancaman terorisme, setelah pelaku mengancam akan memotong ibu jari kaki korbannya dan menghisapnya saat sang korban meninggal kerana kehabisan darah.(rhs)

Lelaki ini jumpa Wang 200 Poundsterling Dalam Perut Ikan

Posted: 19 Sep 2011 08:31 AM PDT


Kerana ingin tahu, Tuan Wang dari kota Huichun memeriksa ikan itu. Katanya,"Aku mengangkat ikan itu dan ternyata sudah busuk. Lalu sebuah benda dibungkus dengan kertas minyak jatuh dari dalam ikan. Aku menyodok bungkusan itu untuk meyakinkan diriku bahawa itu bukanlah sebuah olok-olok".

Tuan Wang terkejut ketika membuka bungkusan itu. Ternyata isinya adalah wang sebanyak 200 Poundsterling. "Ikan itu pastinya diberikan sebagai hadiah. Namun kukira, si pemerima tidak mengetahui hal wang itu', tambahnya Wang mengatakan ia akan mengembalikan wang itu jika ada yang mampu mengenali warna dan ciri-ciri lain dari bungkusan tersebut.

Plumbking, Jenis Planking Baru yang Lebih ‘Bau Dan Jijik’ Dari Sebelumnya

Posted: 19 Sep 2011 07:30 AM PDT

Setelah Owling dan Batmanning, aksi Planking kali ini dibawa ke suatu titik yang lebih berani dan 'menjijikkan'.Bentuk kegilaan baru ini disebut Plumbking, dimana para pelakunya berpose sedemikian rupa di dalam sebuah toilet, dan bahkan ada beberapa orang yang berpose dengan wajah mereka didalam toilet.







Sumber : dailymail

Pesawat terlajak ke tempat lain kerana pilot tidur

Posted: 19 Sep 2011 06:46 AM PDT


Ini akibat pilot pesawat ketiduran di kokpit. Pesawat yang harusnya mendarat di Mumbai malah terus terbang dan hampir sampai di Kota Goa. Ada-ada saja….

Si pilot baru terbangun setelah menara kawalanl lalu lintas udara membangunkannya. Seorang sumber yang dihubungi Times of India mengatakan, peristiwa itu sebenarnya telah terjadi dua minggu lalu. Pesawat itu berangkat dari Dubai dan transit di Kota Jaipur sebelum menuju ke Mumbai.

"Setelah bekerja semalaman, pilot itu nampaknya penat sekali dan ketiduran setelah take off dari Jaipur," ungkap sumber tersebut.

Dari Jaipur, pesawat itu terbang dengan autopilot. Ketika menara kawalan udara di Mumbai berusaha memberi tanda pendaratan ke pesawat itu, pesawat itu ternyata terus terbang saja dan malah menambah kecepatan menuju Goa. Menara kawalan pun langsung sedar bahawa pesawat itu tidak merespons perintah dan langsung melakukan tindakan dengan mengirim alarm ke kokpit.

Untungnya si pilot langsung terbangun dan memutar balik pesawat. "Pesawat itu sudah terbabas sekitar 160 km dari Mumbai. Kami sampai dikira dibajak," ungkap sumber tersebut.

(okezone.com)

Wanita seludup Luggage dibuat daripada kokain

Posted: 19 Sep 2011 05:35 AM PDT


Sepertinya banyak cara atau taktik buat penyelundup ubat terlarang (kokain) membawa ubat-ubat terlarang mereka agar tak ketahuan polis.

Tapi lain lagi dengan penyelundup ubat terlarang yang satu ini.

Seorang wanita dari Argentina berusia 26 ditahan saat dirinya hendak terbang dari Chili ke Sepanyol setelah dirinya mempergunakan cara atau taktik baru membawa ubat terlarang.


Jika biasanya ubat terlarang diselundupkan di dalam beg bawaan mereka, misalnya, tapi si wanita ini malah membawa kokain yang dibentuk hingga menjadi Luggage .

Hal itu dikatakan oleh detektif Leandro Morales di lapangan terbang Santiago, dimana dirinya mengatakan ubat terlarang itu tidak disembunyikan di dalam Luggage bawaan. Kali ini Luggage itulah yang merupakan ubat terlarangnya.

Kepada The Associated Press, sang detektif mengatakan kalau Luggage itu terbuat dari sebuah bahan yang merupakan kombinasi dari kokain dengan damar dan glass fiber – dimana Luggage itu jadi lebih berat ketimbang daripada isi dalamnya.

Selain itu sang detektif juga menambahkan kalau 'proses kimia' boleh dipergunakan untuk memisahkan ubat terlarangnya dari bahan yang lain.

Gila..jumpa kondom dalam pinggan tengah makan nasi

Posted: 19 Sep 2011 04:40 AM PDT



China Mengklon Babi yang bertahan hidup setelah sebulan tertimbun

Posted: 19 Sep 2011 03:30 AM PDT


Seekor babi yang berhasil bertahan hidup setelah tertimbun selama sebulan di bawah runtuhan bangunan yang roboh akibat gempa dahsyat pada tahun 2008 kelmarin berhasil diklon.

Ketika diangkat dari runtuhan bangunan di Sichuan, babi seberat 150kg yang diberi nama Zhu Jianqiang, atau "Babi berkemauan keras" ini masih hidup meskipun mengalami trauma parah. Seperti apa yang dilaporkan oleh Sunday Morning Post, Zhu selamat berkat memakan arang dan meminum air hujan selama 36 hari di bawah runtuhan.

Kisah 'heroik'nya memikat ilmuwan dari kota Shenzhen untuk melakukan eksperimen terhadap babi ini. Singkat cerita, Zhu diklon oleh mereka dan kini telah ada 6 ekor anak bayi yang memiliki dna dan rupa identik dengan bapaknya, termasuk tanda lahir diantara mata yang dimiliki Zhu.

Para kloningan ini direncanakan untuk dikirim ke sebuah muzium dan institusi genetik.

Pada 12 Mei tahun 2008 silam, gempa besar berkekuatan 8 skala richter menerjang Sichuan, Shaanxi dan Gansu di Cina. Meratakan bangunan di provinsi tersebut dan merenggut korban jiwa sebanyak 10 ribu orang.

sumber: Telegraph
foto: Reuters

Lawak..ibubapa kanak-kanak 4 Tahun ini dapat surat amaran kerana anaknya dikatakan terlalu bising

Posted: 19 Sep 2011 02:00 AM PDT


Simon dan Pippa Landsdell pastinya terkejut kerana mendapat surat peringatan dari Dewan Hull City.

Pasalnya, dalam surat itu, Simon dan Pippa boleh dikenakan denda 5,000 Poundsterling hanya kerana anak mereka yang masih berusia 4 tahun dianggap terlalu bising oleh seorang tetangga yang melaporkan hal itu.


Dan pastinya sih, hal itu membuat orang tua Alfie jadi marah.

"Alfie adalah seorang kanak-kanak yang menyenangkan. Dia suka main bolasepak dan permainan lempar bola dan bermain di daerah berpasir.

"Dia itu seperti kebanyakan anak berusia 4 tahun. Semua anak-anak membuat sedikit suara/ kebisingan ketika mereka bermain. Itu hal normal, " ujar Simon.

"Ketika aku pertama kali membuka surat itu aku terkejut, kemudian merasa marah," ungkap sang ayah yang berusia 35 tahun.


Dalam surat itu juga disebutkan, jika Alfie tidak boleh mengurangi volume suaranya, maka dirinya bakal dimonitor dengan perlengkapan digital.

"Secara hukum. kami harus menyelidiki keluhan-keluhan kebisingan apapun juga yang kami terima, tanpa memandang sumber dari kebisingan itu," ujar jubir dewan tersebut.

Untungnya, hampir semua tetangga Alfie mendukung keluarganya.

Gila..Perempuan ini sanggup bunuh anaknya baru lahir dan kemudian pergi bercuti denagn kekasih baru

Posted: 19 Sep 2011 01:47 AM PDT


BANGKOK - Seorang wanita di Thailand mengaku melakukan pembunuhan terhadap anak perempuannya yang baru lahir dan membuang jasadnya di tempat sampah yang terletak di lapangan terbang sebelum dirinya bercuti dengan kekasihnya.

Petugas polis Thailand Porapat Petpayabaan menyatakan, Nuansiri Samranjai berada di dalam tahanan di Kota Bangkok setelah mengaku membunuh anaknya sendiri pada hari Ahad sebelum berlibur ke Pulau Samui dengan kekasih barunya yang merupakan lelaki warga negara Inggris.

Porapat menambahkan, Nuansiri melahirkan anaknya beberapa jam sebelum dirinya hendak terbang ke resort dan setelah itu, dia mencekik bayinya yang baru lahir. Demikian seperti diberitakan 3 News, Khamis (15/9/2011).

Ayah dari bayi anakNuansiri tak lain adalah bekas kekasih Nuansiri yang juga warga negara Inggris. Wanita itu berfikir, anakya yang baru lahir pasti akan sangat sedih di kemudian hari bila mengetahui kekasih ibunya yang baru.

Pihak polis menolak untuk memberikan identiti kekasih baru Nuansiri dan menegaskan, lelaki Inggris tersebut bukan merupakan tersangka.

Penjaga lapangan terbang udara menemukan jasad bayi yang dibuang oleh Nuansiri di sebuah tong sampah dan adegan Nuansiri membuang bayinya juga tertangkap dalam kamera CCTV.(rhs)

Kesian..Beberapa Lelaki Penderita AIDS di Tanzania Tiba-tiba Memiliki Payudara

Posted: 19 Sep 2011 12:45 AM PDT


Entah apakah hal ini terjadi hanya di Tanzania atau seluruh dunia, yang pasti sudah ada beberapa lelaki penderita AIDS di Tanzania yang kini memiliki payudara akibat dari efek samping obat pengawal virus HIV yang mereka makan.

AIDS memaksa Joseph Mkanda, 43, untuk meminum ubat yang akan mengawal perkembangan virus HIV dalam tubuhnya. Namun ubat itu ternyata memiliki efek samping yang membuat Joseph tidak berani keluar rumah kerana malu. Sepasang payudara kini tumbuh di dadanya, dan ia tidak sendiri, kes ini juga menimpa beberapa lelaki lainnya.

"Saya merasa sangat malu untuk pergi ke luar rumah, kerana kini saya memiliki payudara seperti wanita. Saya takut orang lain akan ketawa melihat saya," ujar Joseph.

Doktor di desanya mengatakan efek tersebut normal untuk seorang penderita AIDS yang telah memakan ubat dalam waktu yang lama.

"Saat ini, saya tidak tahu harus melakukan apa dan pergi kemana," tambahnya kepada africanews.com.

Tanzania adalah salah satu negara Afrika yang terkena wabah AIDS cukup parah di Afrika. 1,4 juta penduduknya positif terkinfeksi HIV.

Yang membuat keadaan lebih parah, beberapa penduduk Tanzania masih percaya dengan dukun. Dan ketika dukun disana mengatakan Albino dapat menyembuhkan AIDS, maka hal itu menjadi mimpi paling buruk bagi para Albino di Tanzania. Hingga kini, ratusan orang Albino telah diperkosa dan dibunuh untuk diambil organ tubuhnya dan diolah menjadi ramuan ajaib yang menurut dukun-dukun itu ampuh untuk menyebuhkan penyakit AIDS.-idbite.com

sumber: africanews

Alex, Kanak-kanak yang Dapat Kehilangan Nyawanya Kerana Rumput atau Setitik Debu

Posted: 18 Sep 2011 11:30 PM PDT


Apa yang diinginkan Alex Hannard tak lebih dari bermain dengan teman-teman sebayanya di luar halaman rumah, namun kerana menderita penyakit aneh, kanak-kanak ini tidak bioleh melakukan hal tersebut kerana sehelai rumput saja dapat meragut hidupnya.


Alex tidak dapat bermain di luar rumah kerana infeksi kuman atau bakteria dapat membahayakan nyawanya

Alex dari Hill Head, Hampshire, menderita gangguan kekebalan tubuh kronik atau Chronic Granulomatous Disease (GCD), yang menghentikan sel darah putihnya memerangi serangan bakteria dan infeksi kuman.

Akibatnya, kanak-kanak berusia sembilan tahun ini amat jarang meninggalkan rumahnya kerana setitik debu atau sehelai rumput boleh membunuhnya, sebab ia dapat dengan mudah terkena infeksi kuman dan bakteria dari alam luar.

"Sulit bagi Alex untuk pergi ke luar dan melakukan hal-hal yang diinginkan anak seusianya." tutur Louise (40) ibunda Alex, yang terpaksa berhenti dari pekerjaannya sebagai jururawat agar dapat merawat putranya tersebut.

Louise juga menambahkan bahwa akibat kelainan ini, Alex menghadapi masa-masa sulit dalam hidupnya, terutama saat ia pergi ke sekolah.


Alex didiagnosis dengan GCD pada tahun 2007 saat masih berusia lima tahun, oleh doktor di John Radcliffe Hospital, Oxford, Oxon.

Dimana para petugas medik sama sekali tidak tahu apa terjadi dengan Alex setelah ia dibawa ke ruang perawatan intensif, dan meminta orang tuanya yakni Louise dan David (39) untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi yang terburuk.

"Ia (Alex) dipindahkan kedalam perawatan intensif. Kami diberitahu ia boleh meninggal dan mendengar hal tersebut merupakan sesuatu yang memilukan hati kami." jelas Louise.

Beruntungnya salah satu doktor mengetahui ini merupakan penyakit GCD dan mereka kemudian mengepam alex dengan steroid. Dan tiga hari kemudian ia bangun dan kembali sihat.

Alex, yang bercita-cita menjadi ilmuwan genetik untuk membantu orang lain dengan keadaan serupa dengannya, saat ini memerlukan transplantasi sel darah putih sehingga ia dapat menjalani hidup normal.

"Saya ingin bergabung dengan teman-teman dan pergi berkhemah tapi aku tidak boleh pergi ke tempat yang lembab, kerana aku dapat terkena infeksi." keluh Alex.

"Alex memiliki begitu banyak pembatasan pada hidupnya kerana infeksi sederhana boleh saja mengancam nyawanya." jelas Anthony Nolan Juru bicara Victoria Moffett, yang membantu Alex menemukan donor sel induk darah putih.

Sumber : dailymail

Kanak-kanak tersepit besi di balkoni tingkat empat (video)

Posted: 18 Sep 2011 10:48 PM PDT

VIVAnews - Kepala seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Yizhou, China tersepit besi di tingkat empat sebuah apartment. Ia akhirnya berhasil diselamatkan oleh petugas pemadam kebakaran yang datang ke lokasi.

Dilapor dari laman Reuters, peristiwa itu terjadi pada Khamis 15 September 2011 pukul empat petang waktu setempat. Kanak-kanak berusia lima tahun yang tidak diketahui namanya itu sedang mencari-cari sang ibu yang saat itu sedang ke luar rumah.

Mendadak, kepalanya tersepit besi saat sedang melongok ke luar jendela. Lantas ia menangis dengan kedua tangan memegangi teralis dan badannya terantung di udara.

Seorang pejalan kaki yang mendengar tangisan si kanak-kanak segera menelepon 911. Pemadam kebakaran melakukan tindakan penyelamatan dengan menggunakan gunting hidrolik dan pemotong besi elektrik, sedangkan tubuh kanak-kanak itu diikat dengan tali pengaman.

Proses penyalamatan berlangsung sebentar. Dalam waktu lima minit, bocah tersebut sudah kembali ke pelukan ibunya.
• VIVAnews


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS