Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sharifah Sakinah minta maaf rakam video berbaur lucah

Posted: 13 May 2013 05:23 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

SHARIFAH Sakinah mohon maaf...

KUALA LUMPUR 13 Mei.- Pelakon Sharifah Sakinah hari meminta maaf diatas penyebaran video berbaur lucah yang dirakamnya melalui telefon bimbit seorang lagi rakan artis, Anzalna Nasir beberapa hari lalu.

Menegaskan perbuatanya itu sekadar gurauan, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia sedikitpun tidak menyangka video yang dimuat naik melalui laman Keek Anzalna itu mengundang kontroversi hebat.

"Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan.

"Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu," katanya yang turut memberitahu Anzalna yang memadamkan video tersebut selepas dimuat naik. - UTUSAN ONLINE

Siti Nurhaliza lancar muzik video Galau

Posted: 13 May 2013 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mei - Penyanyi popular, Siti Nurhaliza hari ini melancarkan lagu dan muzik video terbaharunya berjudul Galau selepas kejayaan single duetnya Muara Hati bersama Hafiz.

Galau yang berkonsepkan pop ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain sebagai pasangan kekasih.

''Lagu ini berkaitan rasa gundah sang kekasih apabila terpaksa berjauhan dengan orang tersayang,'' kata Siti.

Dalam majlis yang sama, Siti turut mengatakan pihaknya sedang dalam proses pemilihan lagu-lagu untuk album terbaru beliau yang dijangka dikeluarkan akhir tahun ini. - UTUSAN ONLINE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Erti Persahabatan Kirk & Spock

Posted: 13 May 2013 01:35 AM PDT

Perkenalan awal mereka boleh digambarkan sebagai tegang. Seperti yang dilihat di dalam filem 'Star Trek' (2009), Spock telah tampil membuat pendakwaan terhadap James T. Kirk kepada Starfleet Academy, di mana dia menuduhnya menipu ketika menjalani ujian simulasi Kobayashi Maru.

Tuduhan berkenaan menyebabkan Kirk digantung tugasnya buat sementara waktu. Keadaan bertambah buruk apabila Kapten Christopher Pike melantik Kirk sebagai pegawai kanan Spock, memaksa mereka untuk bekerjasama.

Sememangnya perwatakan mereka cukup berbeza. Spock seorang Vulcan yang bersandarkan pada pemikiran logik dan di luarannya, seakan tidak beremosi.

Zachary Quinto yang sekali lagi diberi tanggungjawab menggalas watak ikonik Spock, memberitahu filem 'Star Trek Into Darkness' melihat Spock bergelut dengan persoalan emosi dan apa maknanya menjadi seorang sahabat.

"Di permulaan filem, Kirk telah membuat beberapa keputusan yang akhirnya memakan diri sendiri, malah turut membahayakan nyawa Spock. Spock, benar kepada jati dirinya, sanggup mengorbankan nyawanya demi menegakkan undang-undang.

"Tetapi Kirk tidak akan membiarkan kawannya mati disebabkan hanya beberapa peraturan. Percanggahan pendapat di antara mereka menjadi tema sepanjang filem. Namun ada satu ketika di mana Spock akhirnya memahami apa erti persahabatan, bila dia sendiri mengakui memiliki kemampuan menaruh emosi terhadap orang lain."

Berlainan pula Kirk. Kapten kapal Enterprise itu mempamerkan sifat-sifat idealistik manusia dan lebih cenderung membuat keputusan berdasarkan naluri.
Namun, di sebalik perbezaan personaliti mereka, kedua-duanya memiliki keinginan yang sama iaitu untuk menerokai angkasa lepas, merungkai persoalan-persoalan keajaiban saintifik dan menghormati semua bentuk kehidupan. Terikat dengan matlamat ini, Spock dan Kirk berjaya membentuk satu persahabatan dan kerjasama yang unik dan utuh.

Bak kata Chris Pine yang membawa watak Kirk, "DNA mereka cukup berbeza tetapi akhirnya, mereka menemui sintesis sebagai sahabat."

'Star Trek Into Darkness' 3D & 3D IMAX akan menemui peminat di pawagam bermula 15 Mei ini manakala tayangan rasmi pada 16 Mei.

Kematangan Estranged

Posted: 12 May 2013 05:18 PM PDT

Kumpulan alternatif sedia berdepan risiko terbit album baru dalam kelembapan pasaran demi peminat

Tewas dengan desakan peminat biarpun terpaksa mengambil risiko dalam kelembapan pasaran album, kumpulan Estranged akhirnya bakal tampil dengan buah tangan ketiga berjudul Anugerah Hidup.

Walaupun agak keberatan melangkah ke studio pada mulanya, kumpulan dianggotai Azwin Andy, 30, Solihuddin Hormat, 29, Nor Hanafi Noor Hadi, 31, dan Richael L Gimbang, 31, ini akhirnya akur dengan desakan peminat. Apatah lagi sudah empat tahun mereka tidak ada produk baru.

Bagi mereka, apa lagi mahu dikongsi dengan peminat melainkan dendangan terbaru yang menceritakan perjalanan hidup sejak mencipta populariti dalam dunia hiburan.

Berkunjung ke Studio HIP di Balai Berita di Kuala Lumpur, baru-baru ini, kumpulan Estranged yang memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2008, muncul kali terakhir dengan album Remain Unknown. Selepas menerbitkan satu persatu single iaitu Pengganti, Borneo dan Baru yang mendapat sambutan hangat di stesen radio tempatan, Estranged menyatukan tiga lagu terbabit bersama tujuh lagu ciptaan sendiri dalam sebuah album.

Uniknya, album ini menampilkan sisi berbeza Estranged iaitu kebanyakan lagu yang dicipta mengambil inspirasi daripada pengembaraan mereka ke merata pelusuk tempat sejak dua tahun lalu.

"Kami terbabit dalam rakaman program Ekspresi Kembara ke Gua Mulu dan Langkawi. Boleh dikatakan dari situlah terhasilnya lagu Borneo di mana ia menceritakan soal alam semula jadi dan manusia di sekelilingnya.

"Boleh disimpulkan kami mendapat idea untuk mencipta lagu daripada pengembaraan dan mungkin untuk album keempat, kami akan ke Eropah atau Afrika untuk mencari idea. Untuk album ketiga, kami akan mengembara ke pedalaman hingga ke Tambunan, Sabah untuk mendapatkan inspirasi," kata Andy.
Andy berkata, proses pembikinan album mengambil masa lama dan disebabkan itu mereka sepakat menerbitkan satu persatu single.

"Pada masa sama, kami meluangkan masa menulis lagu lain. Dalam album ini, kami memberi tumpuan kepada sisi lembut kami dan lebih positif. Ini secara tak langsung memberi inspirasi kepada pendengar.

"Anugerah Hidup menggabungkan ciri Estranged yang lama dan baru. Namun, album ini masih kekal berkonsep alternatif dan disuntik dengan eleman 1990-an selain akustik. Album ini banyak memperdengarkan kematangan anggota Estranged," katanya.

Timba ilmu dalam Versus

Album ketiga Estranged akan diterbitkan sebaik saja komitmen mereka dengan program Versus selesai. Menumpukan banyak masa dengan program interpretasi penggubahan lagu itu, Estranged gembira mereka berpeluang menimba ilmu dengan Versus.

Antara kumpulan yang berpengalaman di arus perdana seni tempatan, Estranged tidak mahu terlalu yakin untuk mengalahkan empat kumpulan lain iaitu Kyoto Protocol, Kristal, Manifesto dan Oh Chentaku. Bagi kumpulan yang ditubuhkan pada 2001 ini, mereka mahu bergembira setiap kali muncul di pentas dan menyampaikan lagu gubahan mengikut cara sendiri.

"Kami tak mahu terlalu memikirkan soal kemenangan. Kami akui setiap minggu adalah tekanan untuk kami menggubah lagu tugasan. Tak dinafikan memang kami mahu menang, siapa yang tak mahu menang. Tapi kami mahu terus merendah diri dan bergembira dengan setiap persembahan selain menghiburkan peminat.

"Pada mulanya, kami mengaku agak sukar hendak mengikut rentak pertandingan Versus. Selepas minggu ketiga barulah kami mula faham. Mereka memberi kebebasan untuk kami menggubah lagu diberi. Kami fikir apa yang paling sukar sebenarnya ialah keluar dari zon selesa kami," ujar Rich.

Sementara itu, Rich juga bercerita mengenai minat Amy Search untuk berkolaborasi bersama Estranged. Namun, mereka belum ada lagu sesuai untuk berduet dengan penyanyi rock lagenda itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS