Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Faizal Tahir Tak Lepas Tangan - Anas Ridzuan

Posted: 10 Jan 2013 04:52 PM PST

Anas Ridzuan
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Anas Ridzuan menolak dakwaan segelintir pihak kononnya penyanyi Faizal Tahir bersikap lepas tangan terhadap perkembangan kerjayanya selepas program Mentor musim keenam berakhir.
Anas, 23, berkata, tuduhan itu tidak sepatutnya timbul kerana Faizal sebenarnya sedang sibuk dengan proses rakaman album terbaharunya.
Pemenang tempat ketiga Mentor 6 terbitan TV3 itu berkata, sebagai orang baharu dia menghormati bekas mentornya itu dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
"Saya bukan diabaikan atau Faizal lepas tangan terhadap perkembangan kerjaya saya. Saya perlu hormati dia yang sedang sibuk dengan rakaman albumnya.
"Hakikatnya, ramai lagi orang berbakat di luar sana, tetapi rezeki saya berpeluang menyertai industri, jadi saya kena bersabar dahulu," katanya ketika dihubungi di sini, petang Khamis.
Anas berkata, dia juga bersedia mengambil inisiatif sendiri untuk mengedarkan lagu pertamanya Hanya Padamu ke stesen radio kerana menyedari kesibukan pihak pengurusannya.
"Saya tidak terkilan atau salahkan mana-mana pihak. Mungkin mereka (pengurusan) terlepas pandang atau sibuk dengan komitmen lain.
"Selepas berbincang dengan beberapa rakan industri, saya bersedia untuk edarkan sendiri lagu pertama itu ke stesen radio kerana sudah agak lama juga sejak Mentor 6berakhir," katanya.
Ditanya mengenai perkembangan kerjaya yang masih terumbang-ambing, Anas berkata, dia bersyukur dan masih boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia seni ini.
"Terus-terang saya katakan, buat masa ini saya tidak rasa diabaikan mana-mana pihak. Saya masih cukup makan dan boleh mencari peluang menyanyi dan berlakon serba sedikit.
"Memadailah dengan beberapa tawaran yang ada untuk saya meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni yang baharu," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Sunti @ Facebook.com arahan James Lee.
- ---

Zed Zaidi Dapat Pangkat Dalam RELA

Posted: 10 Jan 2013 04:50 PM PST

Zed Zaidi
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam bentuk pangkat dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,33, berkata, majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Ahad ini.
"Saya sudah dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi saya tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepada saya," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Zed berkata, majlis itu akan diadakan di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, di Jalan Hartamas 1 dekat sini.
Tambah Zed, pemberian pangkat itu adalah kerana sumbangan beliau terhadap aktiviti sukarela yang dilakukan melibatkan artis menerusi Persatuan Seniman yang diterajuinya selama ini.
Katanya, ia adalah satu penganugerahan yang amat besar kerana ia sebuah penghargaan kerajaan terhadapnya melebihi anugerah seni yang diterima oleh artis-artis tempatan.
"Saya bersyukur kerana pihak kerajaan menghargai kerja-kerja sukarela yang saya lakukan selama ini menerusi medium seni," katanya.
- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


IB anjur Konsert Klasikal Romantique

Posted: 10 Jan 2013 01:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 10 Jan. - Istana Budaya (IB) akan menganjurkan Konsert Klasikal Romantique, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada 19 Januari ini, bermula pukul 8.30 malam. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed...

Uji mengaku kecewa 'disingkirkan' dalam AJL

Posted: 09 Jan 2013 10:01 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 10 Jan. - Penyanyi wanita popular era 70-an dan 80-an, Uji Rashid mengaku sangat kecewa dengan 'penyingkirannya' dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Kejutan Top 5

Posted: 09 Jan 2013 01:39 PM PST

Keputusan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 yang diumumkan di Hotel Holiday Villa & Suites, Subang Jaya, semalam cukup mengejutkan.

Selain menyaksikan ramai muka baru yang membolosi senarai calon akhir, ada nama besar termasuk pemenang tahun lalu tidak tersangkut kali ini.

Antara artis popular yang gagal menempah tempat tahun ini ialah Remy Ishak, Rozita Che Wan dan Tiz Zaqyah. Lebih mengejutkan, pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH lalu, Tasha Shilla; dan Pelakon TV Lelaki Popular, Fizz Fairuz, turut gagal menembusi senarai Top 5. Kegagalan Tasha dan Fizz menimbulkan persoalan apakah populariti mereka mula merudum?

Senarai Top 5 APBPBH 2012 kali ini turut menyaksikan beberapa muka baru seperti Nabila Huda, DJ Lin, Jepp Sepah dan Jihan Raja Lawak dicalonkan antara lima kelompok artis popular dalam pelbagai kategori.

Selain itu, kembali menjadi calon ABPBH edisi ke-26 ialah artis serba boleh, AC Mizal, yang agak lama menyepi dari pentas anugerah ini.

Persoalannya, andai benar populariti artis yang tidak dicalonkan ke akhir kali ini merosot, apakah ia bermakna perhatian peminat sudah beralih arah?

Seperti yang diketahui, dunia hiburan tanah air tidak pernah sunyi dengan kehadiran artis baru yang lebih segar dan berbakat. Namun, itulah lumrah dunia hiburan kerana apa yang berlaku tidak ubah seperti roda yang berputar.
Penangan lima calon baru

Berbicara soal populariti, diakui tidak semua artis yang pernah dicalonkan dalam ABPBH sejak 26 tahun penganjurannya mengecapi populariti seperti roket. Ada segelintir artis dilihat tak perlu berpenat lelah membuktikan bakat, sebaliknya hanya bersandarkan kepada gosip tetapi melepasi senarai Top 5.

Namun, biar apapun alasan mengaitkan artis popular tersingkir daripada menjadi calon Top 5, apa yang dialami lima artis yang menghiasi muka depan HIP ini agak berbeza.

Bukan tiada gosip yang menghimpit diri mereka, cuma kejayaan membolosi peringkat akhir pencalonan ABPBH 2012 lebih kepada bakat hasil kerja masing-masing.

Artis kelahiran Kota Singa, Shah Iskandar, ialah antara artis yang berjaya bergelar finalis tetapi bukan dengan jalan mudah. Lebih tiga tahun menceburkan diri dalam bidang seni dan bermula dengan peringkat bawah, akhirnya jejaka ini berjaya menempatkan diri dalam kategori artis baru popular.

Jujur saya akui pernah terdetik dalam hati untuk berada dalam kelompok ABPBH. Bagi saya, populariti itu memang penting terutama dalam membantu kerjaya seseorang artis.

Bagi saya, sama ada seseorang itu popular kerana kontroversi atau hasil kerjanya, ia bukan masalah besar. Ini kerana biar apapun, ia tetap membantu menaikkan nama artis, katanya.

Gosip berkasih dengan Rozita lonjak nama?

Ditanya apakah kejayaannya membolosi senarai Top 5 berpunca daripada gosip hubungan cintanya dengan pelakon Rozita Che Wan, Shah tidak menafikan perkara itu.

Seperti yang saya katakan tadi, gosip juga memainkan peranan penting untuk mempopularkan seseorang artis. Tapi saya percaya hasil kerja saya dalam dunia lakonan juga banyak membantu sehingga berjaya mengumpul peminat tersendiri, yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya, katanya yang mempunyai kelab peminat bernama Shah Iskandarriffic.

Mengakui agak terkejut apabila diberi peluang duduk di kerusi finalis edisi terbaru ABPBH selepas lebih 12 tahun berkecimpung dalam arena seni, Nabila Huda berterima kasih atas kepercayaan peminat yang mengundinya untuk menjadi calon akhir Pelakon TV Wanita Popular.

Nabila mengakui dia sukar menggambarkan perasaan sebaik diumumkan sebagai Top 5 kerana inilah kali pertama dicalonkan ke peringkat akhir. Sehubungan itu, Nabila enggan meletakkan harapan.

Terima kasih kepada pengundi. Pencalonan ini cukup bermakna walaupun baru sekarang saya berada dalam senarai Top 5. Ini bermakna, secara tidak langsung penonton menilai hasil lakonan saya.

Sebelum ini, biarpun tidak berada dalam Top 5, saya tetap memberi sokongan kepada ABPBH. Cuma mungkin nanti perasaannya berbeza apabila kali ini saya hadir sebagai finalis, katanya yang bersaing dengan Fasha Sandha, Izara Aishah, Neelofa dan Siti Saleha dalam kategori berkenaan.

Izzue akui saingan hebat

Lelaki berkulit putih dan bermisai yang juga anggota kumpulan remaja Forteen ini tidak menyangka namanya berjaya membolosi senarai akhir ABPBH 2012.

Memang pada awalnya saya tidak menaruh harapan. Tetapi rupa-rupanya saya tercalon namun tidak mahu terlalu memikirkannya. Ini kerana saingan hebat-hebat belaka.

Mungkin ini disebabkan produk saya yang mereka gemari, ujar Izzue Islam yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular bersama Shah Iskandar, Taiyudin Bakar, Jimmy Palikat dan Aiman Hakim Ridza.

Pejabat Den Wahab dimasuki pencuri

Posted: 09 Jan 2013 01:32 PM PST

Pelakon yang juga produser, Den Wahab, kerugian lebih RM10,000 apabila pejabat urusan syarikatnya, Global Network Entertainment (GNE), dipecah masuk pencuri.

Kejadian disedari Isnin lalu apabila dia tiba di pejabat untuk memulakan kerja harian.

Sebaik tiba di pejabat, saya dapat rasakan sesuatu yang buruk berlaku apabila mendapati kunci mangga pagar sudah terkopak. Keadaannya lebih buruk di dalam dengan semuanya bersepah seperti diselongkar.

Lebih menyedihkan apabila saya dapati semua komputer sudah hilang. Segala dokumen penting berkaitan produksi drama pula berada dalam komputer berkenaan.
Barang lain yang hilang seperti televisyen 46 inci, dua set komputer, lapan set walkie-talkie dan beberapa barang elektrik lain, katanya yang dihubungi HIP, semalam.

Menurut Den, kejadian itu memang menjadi iktibar buatnya. Sebelum ini, dia tidak pernah menyangka perkara buruk seperti itu boleh berlaku.
Walaupun ramai yang menyatakan kawasan pejabat saya di Cheras ialah kawasan panas yang sering berlaku kecurian, namun saya tidak pernah hirau mengenai langkah keselamatan.

Selepas ini saya lebih berhati-hati, dengan memasang alat penggera dan kamera litar tertutup agar kejadian sama tidak berulang, katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersirinya berjudul Beret Hijau musim kedua untuk siaran di RTM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS