Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Shahrizal Jaszle beri pesanan terakhir buat Miera,percaya Miera Liyana sudah ada pengganti

Posted: 01 Feb 2012 07:23 PM PST

Wah mentang-mentang Filem Azura bakal ditayangkan hari nie memang banyak gossip pasal shahrizal Jaszle iaitu Hero filem ini sekaligus menambahkan lagi publisiti filem Azura 2012..

Tak habis lagi gossip Miera dah Shahz,kini Shahz mendedahkan pula Miera mengkhianatinya,dan sikap Miera yang terlalu suka bersosial dan suka berhibur..

Sensasi rasa ape pun Miera harus bersemuka dan berbincang baik-baik dengan Shahz Jaszle.

Jom baca apa pesanan akhir Shahrizal Jaszle kepada Miera Liyana..




"Saya masih sayangkan dia dan sehingga hari ini masih tercari-cari di mana Miera, sejak saya balik dari Australia hampir seminggu lalu kami belum lagi berjumpa.

"Saya telefon, dia tak angkat dan mesej pun tak berbalas! Sekarang dia hilang dan saya teringin sangat berjumpa dengannya dan menyelesaikan kekusutan yang berlaku kini," katanya

Tambah Shahrizal, biasanya, Miera tidak akan menjawab panggilan telefonnya apabila bersama kawan-kawannya melainkan dia bersendirian.

"Status hubungan kami sekarang saya andaikan complicated dan tergantung! Apa kesalahan saya? Tak cukup dia mengkhianati saya dan sekarang dia seolah-olah menggantungkan hubungan kami. Kenapa dia tak boleh faham tekanan yang saya lalui sedangkan dia sendiri tahu ramai yang cuba menjatuhkan saya dalam industri ini?"

"Saya banyak mengubah dan mendidiknya (Miera), dan sejak kami bersama dia sudah semakin kurang bersosial malah lebih terkawal berbanding dahulu,"

Sudah mengagak dan tidak menaruh harapan tinggi untuk dia ikut serta ke majlis itu, Shahrizal percaya Miera mungkin sudah punyai pengganti dirinya.

"Sudah banyak kisah tidak enak yang saya dengar daripada pihak dia dan mungkin dia sekarang sudah ada orang lain," tutur Shahrizal kesal.

Ditanya mungkinkah Shahrizal akan mengurangkan aktiviti seni tidak lama lagi, dia tidak menafikannya.

"Saya nak settle down sebab tak ada kehidupan, setiap hari pergi kerja balik kerja kalau cuti pun saya lepak dengan dia (Miera) dan pergi mana-mana pun selalu bawa dia," luahnya lagi.


"Saya cepat percaya pada orang dan kerana itu saya sering dikhianati, tapi saya pasti akan lakukan apa saja demi orang yang saya kasihi," janjinya yang akan cuba sedaya upaya mengawal bahtera cintanya yang kini dilanda taufan.

Pesan terakhir buat Miera Liyana: "What we are? Kalau dia betul-betul tak nak, it's okay, kenapa saya yang dituduh bukan-bukan? Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku, we will see!"

Gambar yang teramat comelll: Kucing peluk baby tidur

Posted: 01 Feb 2012 07:24 PM PST

Stress di office,jom cuci mata tengok gambar yang super comel dan adorable nie...hahaha
Kucing yang sama besar peluk baby yang sedang tidur..so cute...

Motorsports@PETRONAS2011 - Episode 8: AHM Profile

Posted: 01 Feb 2012 06:42 PM PST

Episode untuk minggu ke-8 Petronas Motorsports adalah untuk mengenali dengan lebih dekat personaliti dan profile AHM Team iaitu Zamri Baba, Ramdan Rosli dan Hafienaaz Ali dan temuramah bersama mereka tentang Juara 2011 kategori CP115 iaitu Syahril Izzuwan.


Dalam Video kali ini juga anda boleh lihat pengacara Julie Woon berlumba ATV dengan kumpulan AHM ini di Sunway's Extreme park yang terletak di Sunway Lagoon.Menarik..


Banyak info menarik tentang perubahan diri mereka selepas meynyertai Team AHM dan bagaimana mereka menyesuaikan diri.Untuk mengetahui lebih lanjut…kene lah tengok sendiri Video ini..


Tiba-tiba ade KFCM dalam Video nie,rupanya pemain bola sepak Negara turut meminati sukan motorsport…


Jangan lupa untuk subscribe youtube channel PETRONAS Motorsports untuk terus mengikuti Video-video yang bakal dipaparkan dan Like Facebook fan page Petronas Motorsports untuk lebih banyak info menarik

Johan Asari dan Nabila Huda berdating tengok wayang

Posted: 01 Feb 2012 12:54 AM PST

Johan Asari ddan Nabila Huda ,pergi menonton wayang berdua di e@Curve filem Bujang Terlajak .

Ketika ditemui Johan hanya tersenyum malu,namun mengatakan yang mereka berdua kawan rapat dan hanya ingin menonton wayang.

Bagaimanapun Johan dan Nabila tetap sporting memberikan pose sebelum mereka masuk panggung.

Gambar Selebriti Sekitar Red Carpet Preview Filem Azura 2012

Posted: 01 Feb 2012 12:36 AM PST























Shahrizal Jaszle masih mencintai Miera Liyana dan mahu menjadikan isteri

Posted: 01 Feb 2012 12:46 AM PST

Nampaknya Shahz Jaszle memang seorang lelaki yang ala-ala romantis bila memujuk tue memang mulut manis bagai..haha..

Shahrizal Jaszle yang ditemui semasa malam preview Filem Azura 2012 di GC One Utama mengatakan bahawa
hubungannya dengan miera yang baru terjalin 5 bulan belum berakhir.

"Saya masih mencintainya sepenuh hati saya dan tidak rasakan hubungan kami sudah putus seperti yang didakwa sebelum ini. Cuma kami mengambil masa untuk merehatkan diri daripada segala masalah yang melanda hubungan kami.

"Sukar untuk saya lupakannya kerana dia adalah satu-satunya perempuan yang saya ingin jadikan sebagai isteri. Malahan dia pernah bertemu ibu saya dan ia membuatkannya begitu istimewa di hati saya," jelas Shahrizal
Mengakui masalah ini meletus selepas bekas pembantu peribadinya mengada-adakan cerita tentang dirinya seorang kaki perempuan, Shahrizal turut menjelaskan bahawa segalanya adalah fitnah semata-mata dan hasutan rakan-rakan aktres berusia 20 tahun itu yang mungkin tidak menyukai hubungan mereka menyebabkan ia menjadi lebih teruk.

"Saya yakin teman rapatnya juga adalah punca kepada masalah yang berlaku. Saya tidak mahu menyebut nama kerana enggan mengaibkan sesiapa. Cukuplah sekadar saya dan Miera sahaja yang tahu tentang perkara ini," ujarnya lagi.

Rakan Baik berkahwin,tiada Wang hantaran untuk Ana Rafali hanya Mas Kahwin

Posted: 01 Feb 2012 12:27 AM PST

Tak lama lagi iaitu 25 February 2012, Penyanyi Anna Rafali bakal berkahwin dengan pilihan hatinya Aznaim yang juga merupakan kawan baiknya sendiri.

Ana bakal menerima 7 dulang hantaran,namun tiada Wang Hantaran bakal diterima hanyalah sejumlah Mas Kahwin. Tapi berapakah jumlah Mas Kahwin Ana belm ditentukan lagi.
Wang hantaran selalunya adalah untuk pihak keluarga perempuan menyempurnakan majlis perkahwinan,manakala mas kahwin pula adalah hak isteri dan tidak boleh diambil orang lain.Tapi sebenarnya dalam Islam tak menggalakkan harga mas kahwin yang tinggi.





Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, mengakui sukar mempercayai golongan lelaki selepas beberapa kali dikecewakan.

Bagaimanapun, Ana berkata, perkenalan dengan teman karibnya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, atau Naim itu terus memberikan persepsi berbeza mengenai golongan itu apabila memulakan perkenalan pada tahun 2005.

"Dia seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Sedikit demi sedikit perasaan sayang mula wujud dan kami bercinta secara rasminya pada 8 Oktober 2008.

"Bagaimanapun, kami tidak pernah menganggap yang kami adalah pasangan bercinta sebaliknya lebih senang dengan gelaran kawan karib.


"Malah ketika saya dilamar, Naim terus berkata "jom kahwin" dan keluarganya terus merisik saya pada awal Disember tahun lalu. Dia langsung tak romantik," seloroh Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.

Ana dan Naim bakal bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Mereka akan bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.

Majlis dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, Ana akan dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Dalam pada itu, acara resepsi pula diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut berlangsung.

Bagaimanapun, Ana memberitahu dia tidak akan memperlahankan aktiviti nyanyiannya selepas berumah tangga.

Sebaliknya fasa kehidupan barunya itu merupakan satu semangat untuk dia terus melakarkan nama dengan muzik yang ditonjolkan di persada seni tanah air.

"Saya tahu, orang selalu menganggap seseorang artis wanita itu akan memperlahankan karier seninya sejurus selepas kahwin.

"Tak mungkin saya berbuat begitu kerana sebaliknya saya mendapat semangat baru untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya .

"Malah, saya akan mengeluarkan album terbaru pada bulan Mei ini dengan memuatkan sebanyak 10 buah lagu," ujarnya.

Sementara itu Naim yang bekerja sebagai pengurus kerjaya seni Ana berkata, dia gembira kerana akhirnya hubungan teman rapat itu menjadi satu ikatan suami isteri yang sah dan ia lebih memudahkan mereka untuk bergerak ke mana-mana tanpa ada batasan.

"Ini merupakan satu perkongsian hidup antara dua sahabat. Kalau nak tahu, kami mempunyai banyak persamaan daripada segi pemikiran. Sebagai contoh, kami sering berkata serentak apabila ingin memberi pendapat mengenai sesebuah hal.

"Selain itu, saya dan Ana juga suka makan. Selain itu kami juga berkongsi minat tentang apa-apa saja berkaitan dengan seni," ujarnya.




Gambar Neelofa,Lakonan Neelofa dikritik,Neelofa minta penonton jangan bandingkannya dengan Ogy

Posted: 01 Feb 2012 12:12 AM PST

Selepas menjadi juara Dewi Remaja, nama Neelofa melonjak naik.Neelofa diberikan peluang oleh Aziz M. Osman untuk menjadi heroin Filem Azura 2012, menjadi cover pelbagai majalah, menjadi bahan gossip hiburan.

Antara gossip yang menaikkan nama Neelofa pada awalnya apabila kononnya Neelofa menjadi penyebab dan orang ketiga dalam hubungan Maria Farida dan Shahz Jaszle.Kemudian Neelofa dikatakan bercinta dengan Hans isaac,Neelofa juga dikatakan sombong dengan artis lama dan tidak serasi dengan pelakon lain seperti Fazura, Fasha Sandha ,dan ramai lagi.Namun semua tue hanyalah gossip semata-mata.

Terbaru Preview Filem Azura 2012 yang ditonton memberi pendapat berbeza beberapa pihak.Ada yang mendakwa lakonan Neelofa gagal kerana tidak menghayati watak.Ada pula yang cakap Neelofa berlakon dengan baik.Nak tahu sendiri kene lah pergi tengok nanti ya.. Mula ditayangkan di pawagam esok.

Pun begitu,Neelofa meminta penonton semua jangan membandingkan lakonannya dengan lakonan Ogy.

"Perbandingan lakonan saya dan Ogy adalah sesuatu yang sudah dijangkakan dari awal lagi apabila saya menerima tawaran ini.

"Sebab itu saya sudah bersedia untuk dikritik dan dinilai oleh penonton yang sudah menonton kedua-dua versi filem ini,"
"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.

"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.

"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.
"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.

"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.

"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.

"Selain menjadi profil yang bagus untuk saya, ilmu dan pengalaman dalam menjayakan watak ini sangat berguna bagi memantapkan mutu lakonan.

"Saya berharap ia akan jadi platform yang baik bagi perkembangan karier lakonan," katanya.

Selain Neelofa dan gandingannya Shahrizal Jaszle sebagai Zek, filem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi Afdlin Shauki, Erma Fatima, Afida Es dan Nini Marlini.

Filem tersebut bukan filem versi baru (remake) tetapi hanya diadaptasi daripada konsep dan idea asal filem 1984 itu dengan olahan berbeza dan mengikut peredaran semasa.



neelofa azura

neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS