Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Huai siao (loteri seronok) menang dapat tidur dengan perempuan

Posted: 28 May 2011 09:00 PM PDT

Nacam-macam nak cari duit..
saya petik dari Berita Harian online

BANGKOK: Satu skim loteri seks kini popular di kalangan pekerja kilang Ayutthaya berikutan hadiah hebat yang diberi dianggap unik, iaitu peluang meniduri seorang gadis, sebelum kegiatan itu dikesan pihak berkuasa. 

 Awal bulan ini, polis Ayutthaya menahan beberapa orang yang dipercayai dapat membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan itu yang menjadi bahan sensasi media tempatan. 
 Skim tiket loteri yang digelar huai siao (loteri seronok) itu membabitkan pembidaan dua nombor terakhir yang dimenangi tiket loteri Kerajaan Thailand. 

 Mereka boleh membeli seberapa banyak tiket berharga 30 baht (RM3). Pemenang boleh menuntut hadiah mereka di satu daripada dua hotel ditetapkan. 

 Di hotel berkenaan, pemenang diberi buku mengandungi gambar sekurang-kurangnya 10 wanita cantik berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk dipilih. Polis berkata, sebahagian daripada wanita terbabit adalah pekerja kilang di sana. 

 "Saya membeli lima atau enam tiket setiap kali. Jika menang, saya bernasib baik. Saya cuma belanja 100 baht (RM10) tetapi saya dapat tidur dengan gadis," kata seorang lelaki yang enggan dikenali. 

 Pembeli juga dilaporkan boleh membeli tiket VIP yang berharga 100 baht setiap satu. Pemenang tiket VIP berpeluang  
meniduri wanita cantik yang dikatakan daripada kalangan pelajar universiti. – Agensi

Pelik...Perompak dibebaskan supaya boleh jaga anak

Posted: 28 May 2011 08:40 PM PDT

Macam ni pun ada...
saya petik dari myMetro

LONDON: Seorang perompak dibebaskan semalam selepas mahkamah mendapati hukuman penjara terhadapnya melanggar hak asasi keluarganya.

Dalam keputusan yang mengejutkan, Mahkamah Rayuan semalam memutuskan hak lima anak Wayne Bishop adalah lebih penting daripada mangsanya atau kepentingan undang-undang.

Beberapa anggota Parlimen Britain, ketika mengulas hukuman itu berkata, keputusan itu akan mendorong lebih ramai pesalah menuntut pembebasan menerusi Akta Hak Asasi yang kontroversi itu.

Artikel 8 mengenai hak terhadap kehidupan berkeluarga berulang kali digunakan oleh penjenayah asing untuk mengelak daripada diusir dari Britain.

Bagaimanapun, ini kali pertama ia digunakan untuk membebaskan seorang banduan dari penjara. Bishop, 33, dari Clifton, Nottingham dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku merompak dan memandu secara berbahaya.

Dia kini bebas selepas hanya sebulan dalam penjara.

"Saya begitu bernasib baik dan saya amat gembira," kata Bishop kepada akhbar Daily Mail.

Hakim Mahkamah Rayuan bersetuju memenjarakan Bishop akan menjejaskan kehidupan anaknya dan mengarahkan hukuman penjara itu digantung.

Mahkamah diberitahu lelaki itu menjaga anaknya yang berusia antara enam dan 13 tahun selama lima hari seminggu. - Agensi

Saintis temui lipas boleh lompat seperti belalang

Posted: 28 May 2011 07:33 PM PDT

CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.

"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. - Agensi

SUMBER : KOSMO ONLINE

Rezeki...Cikgu Shida dilamar

Posted: 28 May 2011 06:00 PM PDT

Rezeki cikgu..
saya petik dari myMetro

PARIT: "Saya akhirnya 'dilamar' tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem," kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.

 Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk 'Cikgu Shida Cari Jodoh' yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.

 Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama.

 Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu.



 "Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu.



 "Ini mungkin rezeki baru saya dan 'lamaran' ini cukup untuk mengubat segala duka saya sepanjang terbabit dalam hobi berkenaan. Saya mengakui tidak sabar-sabar mahu mencuba lapangan (telefilem) baru yang lebih mencabar itu," katanya.

 Katanya, dia tidak menyangka perangai gila-gilanya yang dipaparkan dalam klip miming itu menarik minat sebuah syarikat perfile man, seterusnya mengabadikannya di layar perak.

 Cikgu Shida berkata, cubaannya menampilkan pelbagai ekspresi muka dan gaya serta solekan dan serta berlatarbelakangkan barangan terpakai yang dibuat untuk suka-suka akhirnya diterima masyarakat.

 Mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang seni itu, guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri itu berkata, dia pernah dicerca, dihina dan tidak kurang dianggap menghidap sakit mental.

 "Saya mengambil semua tohmahan itu sebagai sesuatu yang positif dan ia tidak melemahkan hasrat saya untuk mencari hiburan tersendiri, di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Facebook," katanya.

 Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan hobinya kerana mereka sudah 'masak' dan faham perangai 'gila-gila'nya. 

 "Begitu juga rakan sejawatan, malah mereka memahami jiwa dan watak saya yang suka mencari kelainan," katanya.

 Cikgu Shida satu-satunya anak perempuan pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, dan faktor itu mungkin menjadi kekuatan utama untuk dia menyerap semua tekanan dihadapi.

 Terkini, klip mimingnya bertajuk 'Kalau Berpacaran' nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali yang dimuat turun melalui laman Facebook menghampiri dua juta pelawat sejak lima bulan lalu.

 Malah, miming itu juga menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan, selain mendapat pujian rakannya di luar negara termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

Inilah Hotel ‘Cinta’ di Sweden

Posted: 28 May 2011 05:00 PM PDT

VIVAnews - Sebuah hotel di Sweden memilliki fasiliti bilik sensual. Termasuk buku panduan bagaimana mencapai orgasme. Ylva Franzén dan suaminya, Åke Fridell yang membuat Venusgarden dan menngelarnya sebagai "hotel cinta".

Seperti namanya, bentuk hotel ini memang bukan berupa bangunan tinggi, tetapi seperti rumah dengan taman yang indah dan luas. Nama hotel yang terletak di daerah Skurup, Sweden ini, terinspirasi dari dewi cinta mitologi Romawi, Venus.

Hotel terdiri dari tiga bilik dengan tema berbeza, iaitu Kamasutra, Venus dan Tao. Tiap bilik dilengkapi dengan bulu-bulu, minyak pijat, lilin wangi, ilustrasi erotis dan sekeranjang sex toys. Termasuk salinan buku karya Ylva Franzen, yang juga menulis buku Orgasmera Mera atauOrgasming More, yang sangat laris di Sweden.

Untuk bilik Kamasutra, interior didesain seperti kuil cinta mewah ala India, dimana bercinta dianggap sebagai seni pemujaan. Terdapat ilustrasi Dewi Cinta India, Shakti, termasuk perlengkapanyang memanjakan panca indra seperti dupa, bunga, warna emas, dan cadar sutra.

Lalu untuk bilikTao yang terletak di area atas, terdapat tempat tidur besar berbentuk bulat. Bilik ini bernuansa warna pastel lembut pirus pink dan turquoise, sehingga selaras dengan pemandangan yang indah dari landskap. Terdapat juga cermin di bahagian langit-langit untuk menambah sensasi saat bercinta.

Bilik selanjutnya adalah bilik Venus yang terletak di lantai dasar. Dihiasi dengan tirai yang terbuat dari bebatuan berwarna dan bunga mawar. Terdapat tempat tidur ukuran besar, dengan kelambu yang terbuat dari sulaman sutera India. Juga boleh iciptakan kesan senja kerana kelambu merupakan perpaduan warna merah ungu dan kuning.

"Sebahagian besar tamu yang datang adalah pasangan di usia pertengahan, yang memiliki hubungan fantastik dan mendalam. Mereka ingin membangkitkan kembali hasrat dan keintiman," kata Ylva, seperti dikutip dari Daily Mail.

"Ini adalah tempat untuk membangkitkan romantisme keintiman. Kami harap Venusgarden bisa jadi destinasi yang romantis," katanya. (pie)

Tiga negara yang hanya dipisahkan dengan sungai

Posted: 28 May 2011 11:01 AM PDT



Kaca Hadapan Kereta Di Masa Depan

Posted: 28 May 2011 10:01 AM PDT

Kaca depan kereta adalah salah satu bahagian  yang paling banyak dilihat dan mempunyai kegunaan yang sangat besar.Kerana itu orang-orang di Autoglass mencuba membuat design kaca depan kereta cerdas agar boleh lebih berguna dan bermanfaat bagi pemandu.

Kaca depan pada video tersebut adalah pandangan pemandu

 Ada informasi kecepatan, navigasi, musik, dan bahan bakar langsung di kaca kereta.Informasi lain kejadian di sekitar kereta, seperti posisi pejalan kaki atau penunggang motosikal, juga disebutkan.Teknologi ini juga terhubung dengan GPS untuk mencari lokasi dan menampilkan informasinya di kaca kereta.Tahun 2020, rancangannya kaca pintar seperti ini akan digunakan di kereta-kereta.


Wanita Ini Lulus Kuliah Setelah Amnesia 23 Tahun

Posted: 28 May 2011 09:01 AM PDT

MONTGOMERY - Seorang wanita berusia 45 tahun akhirnya lulus kuliah setelah 23 tahun kehilangan ingatan. Su Meck adalah mahasiswa jurusan muzik di Montgomery College, Amerika Syarikat. Dia mengambil program associate degree yang di Indonesia biasa disebut D-3.

Perjuangan Meck dimulai ketika dia kehilangan ingatan pada 1988. Ketika itu, Meck yang berusia 22 tahun, sedang memasak di dapur. Dia mengangkat anakya, Patrick, yang berusia enam bulan tinggi-tinggi. Saat itu, kipas yang ada di langit-langit rumah bergeser. Entah bagaimana, kipas itu jatuh dan menimpa kepala Meck.

Ingatannya hilang total. Meck koma selama seminggu, dan saat terbangun, mentalnya sama seperti anak kecil. Dia tidak mengenal suami dan kedua bayinya. Dia hampir tidak boleh berbicara, membaca atau menulis, berjalan atau makan, mengenakan pakaian, hingga menyetir.

Ujian dengan MRI menunjukkan, otak Meck mengalami keretakan. Cedera ini membuatnya mengalami amnesia retrograde lengkap, ketidakmampuan untuk mengingat masa lalu. Suami Meck, Jim, menjelaskan, isterinya seperti orang mati. "Keperibadiannya hilang," kata Jim seperti dikutip dari situsHuffingtonpost, Sabtu (28/5/2011).

Jim dan Meck bertemu lima tahun sebelumnya di Ohio Wesleyan University. Setelah Jim lulus, Meck meninggalkan kuliahnya, menikah, dan menetap di Fort Worth, di mana Jim bekerja. Sebelum kecelakaan, Meck merupakan pemain drum yang baik. Namun koma membuatnya kehilangan semua kenangan. Dia tidak tahu lagi nada bermain drum atau piano. Teman dan orang yang dicintainya merupakan orang asing. Ketika disapa, Meck hanya membalas dengan tatapan kosong.

Meck meninggalkan hospital setelah dua bulan. Dia boleh keluar setelah menyelesaikan serangkaian ujianseperti naik sepeda, menyiapkan makanan dan membaca buku anak-anak yang sederhana. Dia mendapat bantuan dari suaminya, kerabat dan teman. Tapi baginya, kembali ke kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu muda seperti terjun bebas.

"Saya selalu bertanya-tanya, Apa yang harus saya lakukan sekarang? Apa rencananya? Apa tujuannya? Apakah saya harus menjadi orang seperti dulu atau menjadi orang baru?" tanyanya.

Pada tahun pertama keluar darihospital, Meck tidak boleh berbicara melalui telefon. Dia berkomunikasi dengan keluarganya hanya melalui surat. Meck menulis surat dengan ejaan dan tulisan tangan seperti seorang anak kecil.

Selama bertahun-tahun, Meck hidup sebagai isteri dan ibu. Dia pun belajar membaca dan menulis dari anak-anaknya. Dia menjadi relawan di perpustakaan sekolah sehingga boleh membaca. Dia belajar bersama dua putranya, Benjamin Meck (24 tahun) dan Patrick (23).

Pascakecelakaan, anak ketiganya, Kassidy (18) lahir. Sembilan belas tahun setelah kecelakaan, pada 2007, Meck sekolah lagi untuk pertama kalinya. Mengapa Meck kuliah? "Saya tidak benar-benar tahu apa yang akan saya lakukan. Dan Montgomery College ada di sana," jelasnya.

Dia bertanya anak-anaknya apa yang harus dibawa ke kelas, bagaimana membuat catatan, bagaimana mengajukan pertanyaan dan menulis makalah. Kelas pertamanya adalah sosiologi, pengurusan, dan perbaikan matematika.

Menurut Jim, Meck adalah pelajar yang lambat. Dia harus bersusah payah mengerjakan tugas, membaca bahagian yang sulit terus menerus sehingga boleh mengingatnya. Setelah melalui perjuangan selama empat tahun, Meck akhirnya lulus. Setelah ini, Meck dan suaminya merancang pindah ke Massachusetts. Dia mengejar gelar sarjana dan mendaftarkan diri di Smith College.

Sumber :http://www.okezone.com/

Awas Al-Quraan palsu buatan Amerika !

Posted: 28 May 2011 08:00 AM PDT


 Inilah Al-Quran Palsu Bernama Al-Furqon Al-Haq

 Beritahu kepada seluruh teman-teman tentang Al-Qur'an palsu yang diberi nama Al-Furqon Al-Haq yang pertama kali dicetak dan diterbitkan dinegara muslim iaitu Kuwait dan Iraq. yang disebarkan dan dicetak oleh Amerika dan saudaranya iaitu Israel.

 Al-Qur'an palsu (Al-Furqon Al-Haq) yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan kedalam bahasa inggris itu memiliki 77 surat buatan dalam 366 halaman, diantara nama-namanya adalah : Al-Fatihah, An-Nur, As-Salam, Al-Mahabbah, Al-Masih, Ats-Tsalluts, Al-Mariqin, Az-Zina, Al-Makirin, Ar-Ruat, Al-Injil, Al-Asatir, Al-Kafirin, At-Tanzil, At-Tahrif, Al-Jannah, Al-Adha, Al-Abas, Asy-Syahid.

 الفاتحة، النور، السلام, المحبة، المسيح، الثالوث، المارقين، الصَّلب، الزنا، الماكرين، الرعاة، الإنجيل، الأساطير، الكافرين، التنزيل، التحريف، الجنة، الأضحى، العبس، الشهيد

 Dengan menggunakan basmalah yang membingungkan yang menggabungkan 3 agama, Islam, Kristian dan Yahudi. inilah basmalahnya :

 بسم الأب الكلمة الروح الإله الواحد الأوحد مثلث التوحيد موحد التثليث ما تعدد

 Artinya : "dengan nama bapak kalimat ruh tuhan yang esa tiga dalam satu satu dalam tiga yang berbeda-beda"

 Dan inilah contoh ayat-ayat dalam al-qur'an palsu itu :

 * Dalam surat Al-Muftarah :

 يا أيها الناس لقد كنتم أمواتا فأحييناكم بكلمة الإنجيل الحق، ثم نحييكم بنور الفرقان الحق

 Artinya : "wahai manusia sungguh kamu telah mati dan kami hidupkan kembali dengan kalimat injil al-haq kemudian kami hidupkan (kembali) dengan cahaya al-furqon al-haq".

 * Dalam surat Al-Masih :

 وزعمتم بأن الإنجيل محرف بعضه فنبذتم جُلَّه وراء ظهوركم

 Artinya : "dan kalian mengira bahwa al-injil itu telah dirubah (palsukan) sebagiannya dan kemudian kalian mengingkarinya dibelakang punggung-punggung kalian."

 وقلتم: آمنا بالله وبما أوتي عيسى من ربه، ثم تلوتم منكرين، ومن يبتغ غير ملتنا دينا فلن يقبل منه، وهذا قول المنافقين

 Artinya : "dan kalian mengatakan : kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang diturunkan Musa dari Tuhannya kemudian kalian mengingkarinya, dan barang siapa yang menjadikan selain dari agama kami sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya dan inilah perkataan orang-orang munafiq."

 mohon di sebarluaskan..!!
 Dan ini semua ternyata ayat-ayat palsu buatan Amerika dan musuh-musuh Islam yang lainnya.


http://www.google.co.id/

Obama Buat Malu Diri Sendiri Di Hadapan Ratu Inggris (video)

Posted: 28 May 2011 07:00 AM PDT

Lain negara lain budaya, sepertinya inilah yang harus dipelajari Presiden Obama.



Mahu taHu siapa pemakai seluar dalam pertama kali masuk sini

Posted: 28 May 2011 06:00 AM PDT

Pemakai seluar dalam pertama kali ialah Raja Mesir Tutankhamun ( 1341 SM - 1323 SM ) telah ditemukan terkubur dengan banyak cawat gan. kain dibungkus sekitar pinggul beberapa kali dan kemudian diikat dengan korset. ni gambarnya

Qatar Akan Pamerkan Monopoli Terbesar Di Dunia

Posted: 28 May 2011 05:00 AM PDT

DOHA, RIMANEWS - Pengerusi Doha Trade Fair 2011 di Doha, Qatar, mengatakan,acara tahunan ini akan 'dihiasi' upaya pemecahan rekod Guinness World Record (GWR) papan monopoli terbesar dunia.

Mitra acara ini, Q.Media, mengatakan, papan monopoli ini akan dipamerkan bersama pelemparan dadu pertama yang dijadualkan pada pukul 16.00 waktu setempat pada pembukaan pertama acara ini pada 4 Jun ini.

GWR mengatakan, papan ini harus memiliki ukuran 472,5 meter persegi. Rekod papan monopoli terbesar dunia sebelumnya dipegang Jerman. GWR juga mengatakan, juri siap mengukur dan memastikan papan monopoli itu sesuai peraturan monopoli versi Inggris.

Penyelenggara menggatakan, monopoli ini akan dimainkanpasukan beranggotakan dua orang pada 5-13 Jun. Pemain yang terpilih di acara ini akan dimasukkan ke laman Facebook Doha Trade Fair 2011.

Kasut Yang Mengerikan

Posted: 28 May 2011 04:00 AM PDT

Gwen Murphy mengubah bekas kasuts menjadi kasut yang mempunyai karakter unik dengan wajah yang menakutkan. Seniman ini  menggunakan tanah liat dan cat akrilik untuk membuat kasut-kasut ini.











Treadmill Bike, Cara Jalan-jalan Sambil Treadmill

Posted: 28 May 2011 03:00 AM PDT

 Pengeluar basikal ternama "The Bicycle Forest", melancarkan Treadmill Bike yang ditujukan bagi mereka yang menyukai  treadmill di bawah kaki mereka namun tidak ingin tersekat di dalam ruangan dan tetap dapat menikmati pemandangan di luar di hari yang indah.


"The Bicycle Forest" mengatakan karya mereka memiliki khasiat membakar lemak yang sama dengan treadmill konvensional tanpa membayar yuran keanggotaan gym (cukup dengan membeli basikal).



Perusahaan tersebut mengatakan "anda dapat memilih, pergi berjalan-jalan melalui hutan cemara atau berjalan-jalan di jalan raya, rekaan tayar basikal  ini elah disesuaikan untuk menghadapi berbagai cabaran dan kawasan".

Para pengguna Treadmill Bike dapat berlari tanpa khuatir lagi kasut mereka akan kotor terkena lumpur atau basah akibat terkena air.

Treadmill Bike memiliki fitur ketahanan variabel yang bererti dapat digunakan oleh setiap orang dari segala usia.Di Amerika Treadmill Bike dipasarkan dengan harga US $ 2.450.).Bagaimana? Saksikan pada tayangan video berikut:



Wow… Hitler Pernah Bentuk Tentera Anjing

Posted: 28 May 2011 02:00 AM PDT

Liputan6.com, London: Anjing-anjing yang sangat mudah "dibentuk" karakter dan fungsinya. Bisa menjadi sahabat keluarga, penjaga, dan bahkan anjing dapat dilatih untuk menjadi tentara. Itulah yang terjadi di berbagai tempat di belahan dunia.

Laman metro.co.uk mewartakan, Rabu (25/5), tentang sebuah penelitian yang mengungkapkan bahawa puluhan anjing pada zaman Perang Dunia II dilatih oleh Nazi agar boleh membaca, mengeja, dan bahkan bicara. Anjing-anjing itu dimasukkan dalam suatu sekolah khusus tentara anjing.

Dr. Jan Bondeson dari Universitas Cardiff menjelaskan bahwa Adolf Hitler beranggapan dengan tentara anjing bantuannya, ia boleh memenangkan perang. Dengan sedikit bantuan, Hitler menginginkan agar anjing boleh menjadi lawan paling ampuh bagi manusia.

Sementara itu, Daily Telegraph melaporkan bahawa sekolah bernama Tier-Sprechschule, didirikan pada 1930-an dan terus beroperasi selama perang berlangsung. Nazi merekrut anjing yang dilatih untuk berbicara, serta memberikan signal untuk memberitahu posisi musuh dengan cakar mereka. Bahkan, salah seekor anjing dilaporkan boleh mengatakan "Mein Fuhrer" ketikadiminta untuk mengidentifikasi tentara Nazi.

Hah.... Kereta Kuda Ratu Inggris bernilai US41.4 Juta Hilang

Posted: 28 May 2011 01:00 AM PDT

 Sydney -  Lenyapnya kereta kuda berwarna hitam bertatahkan mahkota senilai US$1.4 juta membuat  pemerintah Australia pusing  Selain kerana dibuat memakai wang cukai rakyat, kereta berjulukan Britannia itu merupakan hadiah ulang tahun ke-80 Ratu Inggris Elizabeth II pada 21 April 2006 semasa pemerintahan Perdana Menteri John Howard.

"Semoga kelak boleh diberi ke Ratu saat beliau ulangtahun ke-90," kata Senator John Faulker. Maklum saja, kereta yang direka ahli pembuat kereta kuda Jim Frecklington ini dihiasi 24 berlian, 130 batu nilam, dan 400 kepingan logam mulia. Kayunya memakai bekas kapal Raja Henry VIII, pintu buatan 1760, dan mahkota Laksamana Nelson dari Battle of Trafalgar.(sumber)

Kaki Lelaki Ini Terbesar Di dunia

Posted: 28 May 2011 12:00 AM PDT

TEMPO Interaktif, Sydney - Peter Iroga memiliki kelebihan pada kakinya. The Guinness World of Record bulan ini mencatat nama warga asli di Kepulauan Solomon Australia ini sebagai manusia dengan kaki terbesar didunia.

Iroga memang bertubuh tinggi. Tinggi badannya mencapai 2,23 meter. Wajar jika kaki remaja ini sepanjang 38 sentimeter. "Saya biasa membuat orang tercengang, tapi saya juga kesulitan mencari ukuran kasut," katanya dalam msnbc.com.

Kaki jumbo Iroga ini memecahkan rekod sebelumnya yang disandang Sultan Korsen dari Turki. Korsen memiliki ukuran kaki yang berbeza. Panjang kaki kiri 36,5 sentimeter dan 35,5 sentimeter pada kaki kanan.

Kini, Iroga menggunakan kasut berukuran 26 yang dibuat khusus oleh pembuat kasut bernama Karl-Heinz Scott. "Ini sungguh kaki yang sangat besar," kata Scott takjub.Kasut raksasa itu membantunya berlatih basketball agar kelak boleh bermain sebagai bintang NBA.




Payudara Besar Perempuan Ini Dianggap Ganggu Sidang Pengadilan

Posted: 27 May 2011 11:00 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Penguam Dmitry Feofanov dituduh menggunakan seorang pembantu dari pejabat pengacaranya bernama Daniella Atencia untuk menganggu perjalanan sidang pengadilan. Demikian dilapor Daily Mail, Jumaat (27/5/2011).

Menurut pengacara Thomas Gooch, sejumlah juri yang ada dalam sidang mengeluhkan ke hakim bahawa dada besar Daniela terlalu menganggu dan boleh membuatnya kalah dalam kes ini.

Gooch, yang merupakan penguam sebuah dealer kendaraan di pengadilan Chicago, Amerika Syarikat (AS), dan merupakan lawan Feofanov, menolak tuduhan jika ia bertindak tidak adil terhadap Daniela. Alasannya menolak Daniela kerana ia tak memiliki pengalaman hukum dan bukan kerana dada besarnya. "Secara peribadi saya suka payudara besar pada perempuan," katanya.

"Meski demikian saya keberatan terhadap seseorang yang duduk di meja pengacara namun tidak memiliki pengalaman hukum di mana sudah ada dua pengacara di sana. Ia berdandan sangat fashionable dan mengundang perhatian," jelasnya.

Kesian pasangan ini anak mereka dikatakan hanya boleh hidup selama 3 tahun sahaja

Posted: 27 May 2011 10:00 PM PDT

VIVAnews - Anak-anak adalah sumber kebahagiaan orangtuanya. Namun pasangan Craig dan Adele Lake harus menemui kenyataan pahit. Mereka hanya dapat melihat anak-anak mereka membesar selama tiga tahun, sebelum maut menjemput sang buah hati.

Tragedi yang dialami keluarga ini tak lain akibat sindroma Leigh. Penderitanya hanya memiliki harapan hidup selama tiga tahun. Sindroma Leigh adalah gangguan genetik yang menyebabkan gangguan kronik pada otak dan sistem saraf seperti epilepsi kronik.

Suami-istri ini  telah kehilangan anak sulung mereka, Angel, 10 Mei lalu, di usia tiga tahun. Kini, mereka harus mempersiapkan diri untuk mengucapkan selama tinggal pada kedua anak mereka yang lain, Jasmine 18 bulan dan Jade 7 bulan. Diagnosis doktor atas kedua anak perempuannya menyatakan hal serupa, keduanya mengidap sindroma Leigh.

Belum ada penyembuh untuk penyakit ini. Pengubatannya pun terbatas, sehingga penderitanya hanya dapat bertahan hidup selama tiga tahun.

Jasmine yang sempat didiagnosis tak mengidap sindroma Leigh, ternyata juga memilikinya. Hingga usianya 1.5 tahun Jasmine belum dapat berbicara dan berjalan. Epilepsi parah yang dia derita membuatnya harus makan melalui tiub. Sistem kekebalan tubuh yang sangat lemah pun menyebabkan kanak-kanak ini sangat rentan terkena infeksi.

Si bungsu, Jade, belum menunjukkan gejala Leigh, yang meliputi lemahnya kemampuan menghisap meski sesaat setelah kelahirannya, Jade telah didiagnosis mengidap sindroma Leigh.

Pasangan Lake yang tinggal Grimsby, mengatakan meski waktu bersama anak-anak mereka sangat sedikit, mereka bersyukur dapat menghabiskan waktu bersama anak sulung mereka Angel, sebelum anak perempuan  mereka meninggal dunia.

Craig, 35, berkata,"Kami mengalami hari yang menakutkan tiap kali menidurkan anak-anak di malam hari. Di pagi hari, kami sangat berterima kasih ketika melihat mereka masih bersama kami," ungkapnya seperti dikutip Daily Mail.

"Sama halnya yang terjadi pada Angel. Ketika kami menyelimutinya, dia berjanji akan tetap ada pada pagi harinya. Nyatanya, dia meninggal pagi harinya. Kehilangan dia sebuah kejutan besar, namun kami masih memiliki dua anak perempuan. Kami harus kuat untuk mereka."

Sang ibu, Adele, 31, merupakan pembawa gen Leigh, dan mewariskannya pada semua anak perempuan mereka.

"Seperti semua orang tua, kami ingin lebih banyak waktu. Tetapi anak-anak kami punya hak, mereka unik dan kami tak boleh  menukarnya dengan apapun," ucap Craig.

"Kami hanya bersama Angel selama tiga tahun, tetapi selama tiga tahun ia telah mengajar kami berdua banyak hal."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS