Nuffnang

zoomartis

sumber :-

zoomartis


TV3 Nak Kurangkan Konterversi Dengan "Public"

Posted: 09 Jun 2010 06:36 PM PDT

PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), akan membataskan elemen kontroversi untuk semua rancangan berbentuk hiburan sebagai menghormati tuntutan penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, sempena menyambut ulang tahun TV3 yang ke-26 pada 1 Jun lalu, stesen televisyen itu akan lebih mementingkan sensitiviti penonton dalam program-program hiburan mereka.
"Pihak kami akan melihat balik segala respons penonton apabila sesebuah rancangan hiburan yang memaparkan elemen kontroversi diterbitkan.
"Mana-mana perkara yang agak sensitif kita tidak akan siarkan kerana ia mungkin boleh menyebabkan penonton tidak menggemarinya," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) sempena ulang tahun stesen itu di sini, semalam.
Zoom: Baguslah kalau macam tu, kalau boleh program hiburan di TV lain pun ikutlah macam TV3 buat ni, kadang-kadang kesian juga tengok ada yang kena buka beg tangan untuk ditunjukkan kepada "Pubic".Nasib baiklah Program TERJAh dah ditamatkan beberapa bulan lalu.Kalau tak ramai je yang bercerita mengenai program tersebut.
Apa kata anda mengenai "Post" ini ?

Gambar Lisa Surihani Di Pratonton Filem Kapoww

Posted: 09 Jun 2010 06:16 PM PDT

Baru-baru ni ada diadakan pratonton filem Kapoww di Malam Gala & Karpet Merah filem lakonan Zizan Raja Lawak di TGV KLCC. Filem ini adalah daripada drama bersiri Kapoww dalam rancangan Astro. Tapi sekarang dah di filem kan yang akan ditayangkan pada 17 Jun 2010 nanti. Tak lupa kepada pelakon Lisa Surihani yang membawa watak heroin dalam filem berkenaan, Siti Nurhasnita. 


Perasaan tak Lisa ni makin comel dan cute, dan saham beliau semakin naik di arena industri perfileman di Malaysia Khasnya.


Apa kata anda mengenai artis bernama Lisa Surihani ni ?

Artis Korea, Wonder Girls Nak Datang Malaysia

Posted: 09 Jun 2010 06:13 PM PDT

Berita baik untuk peminat kumpulan wanita paling terhangat di Korea Selatan, Wonder Girls khabarnya bakal turun ke Malaysia untuk membuat konsert. Detailsnya masih tak dapat dikenalpasti tapi ini merupakan satu berita baik untuk kipas susah mati Wonder Girls.

Anda tak kenal Wonder Girls? Ala, diorang yang nyanyi lagu Nobody tue. Yang lirik dia lebih kurang gini bunyinya:-

"I want nobody, nobody but you. I want nobody nobody but you".

Zoom: MInat juga lagu Nobody..nobody ni...!!! 

Gambar Adi Sixth Sense Bersama Kekasih Hatinya

Posted: 09 Jun 2010 06:10 PM PDT

Mesranya gambar Adi Sixth Sense dengan kekasih hati dia. Kalau tak silap namanya Zarith Zeneta. Status kekasih Adi ialah janda anak dua dari Kota Kinabalu. Janda pun jandalah. Asalkan dah sayang, semuanya nampak indah kan? Lagipun lawa tue. Memang wajar Adi jatuh cinta dengan si Zarith Zeneta nie.

Hari tue heboh sekejap pasal gambar berpeluk di dalam bilik Adi Sixth Sense dan buah hatinya. Tapi gambar yang kitorang terima nie bukanlah gambar berpeluk tersebut. Ini kata orang gambar nak cium tapi malu-malu kucing. Mungkin sebab tak sempat cuci gigi lagi kot.
Buat Adi, sila kawin secepat mungkin. Dah kemaruk semacam je kami tengok. Dan tahniah sebab dapat awek yang cun.


Info : Penguin

Faizal Tahir Sanggup Mati Syahid Jika Berpeluang Ke Palestin

Posted: 09 Jun 2010 07:31 AM PDT

Inilah pengakuan insan bernama Faizal Tahir,ketika membaca berita kekejaman ISRAEL laknatulllahh yang berhati binatang itu beliau mengaku menangis mengenang sengsara yang dilalui oleh rakyat Palestin.


Ini adalah antara bait-bait luahan artis bernama Faizal Tahir mengenai Palestin,

"Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid," katanya.
Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.

Ciuman Ghairah Sandra Bullock Terhadap Scarlett Johansson

Posted: 08 Jun 2010 09:36 PM PDT

Iskk Iskk...macam-macam cerita di Hollywood ni,  nasib baik lah si Sandra Bullock dan Scarlett ni di Hollywood.Kalau di Malaysia sudah tentu anda masuk Mahkamah, sudah menjadi kebiasaan manusia di sana dan ia turut menjadi rutin seharian mereka.



Menurut UsMagazine, Sandra sangat gembira setelah mencium isteri kepada Ryan Reynolds. Ryan merupakan hero dalam filem The Proposal yang turut dilakonkan oleh Sandra.
"Betul kata Ryan bahawa Scarlett seorang kaki cium yang hebat," kata Sandra kepadaUsMagazine semalam.
Dalam majlis MTV Movie Awards, Scarlett menyampaikan anugerah kepada Sandra mewakili suaminya yang tidak dapat hadir. Dalam majlis tersebut, aktres berusia 45 tahun itu mendapat trofi MTV Generation.
Selain itu, Sandra dan Ryan turut dicalonkan untuk anugerah Ciuman Terbaik. Namun, mereka kalah kepada pasangan dalam filem Twilight, Kristen Stewart dan Robert Pattinson.
Zoom : Apa kata anda ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog BOM321

sumber :-

Blog BOM321


Jom Bantu Orang Kurang Upaya !

Posted: 09 Jun 2010 06:47 AM PDT

gambar ini menunjukkan seorang pemuda memberikan pertolongan kepada orang tua
yang kurang upaya, tetapi pertolongan yang diberikan agak lawak juga.
Jom Bantu Orang Kurang Upaya !
Lawak-lawak pun tetap di puji

Dustin Hoffman Seorang Gay?

Posted: 09 Jun 2010 05:07 AM PDT

Dustin Hoffman Seorang Gay
Dustin Hoffman Seorang Gay
Dustin Hoffman Seorang Gay
Gambar@Mediamalaya
Dah tua-tua pun gay jugak?

Kedai Jual HotDog Yang Seakan-akan Lucah !

Posted: 09 Jun 2010 02:41 AM PDT

Kalau di lihat sekali mesti ramai yang menganggap ini gambar lucahkan? tetapi ini hanyalah gambar kiosk yang menjual hotdog/sosej.
Kedai Jual HotDog Yang Seakan-akan Lucah !
Saja agaknya design kedai macam tu untuk tarik pelanggan

Cuba Teka Ada Berapa Ekor Kuda Dalam Gambar Ni ?

Posted: 09 Jun 2010 12:34 AM PDT


Video Hujan Batu Sebesar Bola Tennis Di Oklahoma City

Posted: 08 Jun 2010 09:57 PM PDT

Video Hujan Batu Sebesar Bola Tennis Di Oklahoma City



Kalau kena kepala memang bocor!

Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan Haram Dan Halal .

Posted: 08 Jun 2010 06:51 PM PDT

ikan keli
Haram:

(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal:

(Ikan yang diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Roslin Hashim bakal berkahwin lagi Julai ini

Posted: 08 Jun 2010 08:34 PM PDT

HULU KLANG 8 Jun – Pemain badminton perseorangan negara, Roslin Hashim akan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai ini selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya yang hanya bertahan tidak sampai dua minggu baru-baru ini.

Menurut kakak angkat Roslin, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, adik angkatnya itu mengambil keputusan bernikah dengan Nurhayati Othman iaitu Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selepas berkenalan hampir enam bulan.

"Majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Hotel Flamingo, Ampang pada 9 Julai ini selepas solat Maghrib. Difahamkan hantaran perkahwinan ialah senaskhah al-Quran, telekung dan sejadah.

"Ia atas permintaan bakal pengantin perempuan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang akhbar Festival Filem Malaysia Ke-23 di Finas hari ini.

Jelas Raja Azmi yang merupakan isteri bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, Roslin, 35, melahirkan hasrat hatinya untuk berkenalan dengan Nurhayati selepas mereka bertemu pada suatu majlis di Finas, Januari lalu.

"Selepas pertemuan itu, Roslin menyatakan kepada saya bahawa dia ingin berkenalan dengan Nurhayati yang kebetulan saya kenal.

''Kebetulan ketika Roslin melahirkan hasrat hatinya itu, Nurhayati baru sahaja putus tunang," katanya.

Sementara itu, Nurhayati, 38, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Roslin meluahkan hasrat untuk menjadikannya isteri selepas melalui perkenalan tidak sampai lima bulan.

Jelas anak kelahiran Taiping, Perak itu, sejak pertemuannya dengan Roslin pada Januari lalu mereka hanya intim selepas beberapa bulan berkenalan hasil pertemuan yang diatur oleh Raja Azmi.

"Kalau boleh kami tidak mahu menghebohkan perkara itu tetapi nampaknya hari ini ramai wakil media yang mula menghubungi saya dan bertanyakan mengenainya,'' katanya.

Majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup untuk sanak keluarga terdekat sahaja.

"Majlis resepsi akan diadakan selepas Aidilfitri nanti iaitu selepas ibu bapa Roslin kembali dari menunaikan umrah," katanya.


Sensasi:
Teringat kisah perkahwinan singkat Roslin Hashim dulu,bila dia saman bekas isterinya dan meminta balik wang hantaran sume...huhuhu..sungguh tragis...dia ckp tak pernah "meniduri" wife dia..tp ex-wife dia kata ada..

Pelajar buang bayi dipenjara setahun, denda RM7,000

Posted: 08 Jun 2010 08:26 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 selepas Mahkamah Majistret di sini mendapatinya bersalah membuang bayinya pada 2008.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zarina Sulaiman, 22, selepas dia didapati secara rahsia telah membuang seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di asrama universiti itu di Chendering dekat sini.

Mengikut fakta kes, Zarina telah membuang mayat bayi itu yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan.


Sensasi:Aduh..nama je pelajar Universiti tapi hampeh....pelik ye,mcm mana seorang perempuan sanggup buang baby sendiri..kalau dah meninggal,tanam la elok2..kalau masih hidup why not hantar ke pusat kebajikan atau rujuk la ke Jawi ke,ke badan2 kemasyarakatan mcm skrg byk NGO (ckp la kene rogol ke terberanak,watever je la asalkan baby tue tak payah dibuang atau dibunuh,kalau dah terlanjur dan terberanak)nie tidak,guna cara singkat dan bodoh..tak pikir langsung akibat dan balasan nya..

Sensasi rasa dalam hal nie,si bapa pun harus dihukum sekali..penjara je dua-dua sebab tak bertanggungjawab menyebabkan kematian dan membuang bayi..ish3..

Wajah Lisa Surihani Ada Iras Dengan Pelawak rancangan Raja Lawak

Posted: 08 Jun 2010 07:31 PM PDT

Sensasi:haha..korang perasan tak apa yang sensasi perasan? entahla,dah lama dah sensasi rasa mcm aik,muka derang nie mcm seiras..Bila tngok Lisa mesti rasa seiras dengan dia nie...

Clue-clue nya dia adalah seorang peserta Raja Lawak musim ketiga,dan berkumpulah,tetapi tersingkir,...kumpulan Duo (dua org) comel2 je dua-dua..

Jom Ushar Gambar derang..ada sama tak? :P







Layan salah satu Video Semasa musim Raja Lawak Ketiga kumpulan Chot..Kelakar lah..haha..

Akibat memotong kenderaan lain,seorang lelaki kehilangan Isteri dan Semua anaknya

Posted: 08 Jun 2010 07:18 PM PDT

Sensasi:Kesiannyaaa,Saudi kini kesorangan apabila isteri dan kesemua anak-anaknya meninggal serentak..huhu,semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.....kereta dipandu oleh Isterinya yang membawa 4 org anak dan ,adiknya yang berumur 14 tahun pergi melawat ibu bapanya...tp ajal mereka serentak,mereka mati ditempat kejadian..berikut adalah cerita dari saksi kejadian

"Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amran berkata kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.


PEKAN: "Berapa mak? Hah! Semua?" kata Saudi Sulaiman, 40, penuh kesedihan sejurus dimaklumkan ibu mentuanya isteri bersama semua empat anaknya serta seorang adik iparnya terbunuh dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam kelmarin

PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas menatap wajah arwah isterinya sebelum dikebumikan, semalam.



Situasi menyayat hati itu disaksikan sebaik saja Saudi tiba di Rumah Mayat Hospital Pekan (HP) dan meluru menemui ibu mentuanya, Arfah Sulung, 54.

Isteri Saudi yang terkorban dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu ialah Nor Faizah Mansur, 31, yang juga pengusaha kantin, manakala empat anaknya ialah Nur Sahera Atikah Saudi, 13, Nor Safiana Atikah, 10, Nor Suhaila Asirah, 7, dan Md Sahrul Amir, 3. Adik lelaki Nor Faiza yang terkorban ialah Mohamad Saiful Anwar, 14.

Sebaik saja dimaklumkan mengenai lima kematian itu, Saudi bergegas ke bilik mayat dan mengecam semua jenazah mangsa sebelum meraung sekuat hati memanggil nama isteri dan anak-anaknya yang terbujur kaku.

Terdahulu, Saudi tiba di bilik mayat itu kira-kira jam 3 pagi kerana ketika kejadian, dia berada di tempat kerja di dalam hutan di Bukit Ibam, Muadzam Shah, sejak seminggu lalu.

Raungan pilu Saudi menyebabkan suasana duka menyelubungi perkarangan bilik mayat berkenaan yang dipenuhi anggota keluarga lain serta kenalan yang menunggu jenazah seawal jam 12 tengah malam.


Semua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas Proton Iswara dipandu Nor Faizah dari Muadzam Shah menuju Pekan bertembung lori terbabit.

Keadaan semakin pilu apabila Saudi meraung menyebut 'adik' iaitu panggilan untuk anak bongsunya kerana jeritan itu lebih panjang dan hiba berikutan kanak-kanak itu paling rapat dan manja dengannya.




Menurut Saudi, kali terakhir dia menemui isteri dan anak-anak seminggu lalu di rumah mentuanya di Felda Keratong Dua, Muadzam Shah, sebelum dia masuk ke hutan meneruskan kerjanya membuat jalan.

"Ketika itu, saya baru saja membelikan isteri sebuah kereta terpakai di Segamat, Johor, dengan harga kira-kira RM9,000 untuk kegunaannya berulang-alik ke kantin memandangkan sebelum ini dia sering meminjam kereta bapanya (Mansur Hamid, 55) untuk ke tempat kerja.

"Walaupun tidak menemui keluarga lebih seminggu, saya menghubungi mereka setiap hari bertanyakan khabar terutama anak bongsu kerana dia lebih rapat dengan saya," katanya.

Saudi berkata, sebelum tragedi itu, dia menghubungi arwah sebelum isterinya memaklumkan mahu bertolak ke Pekan malam kelmarin bagi menghadiri mesyuarat pusat mingguan sahabat peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang diadakan setiap Selasa.

"Arwah isteri memaklumkan akan memandu ke Pekan pada sebelah malam, tetapi saya melarang kerana bimbangkan keselamatannya dan anak-anak berikutan laluan gelap selain risau jika dia hilang tumpuan memandu akibat terkena silauan lampu kenderaan lain.

"Saya memintanya memandu pada keesokan pagi, namun arwah tetap mahu meneruskan perjalanan malam tadi (kelmarin)," katanya.

Saudi berkata, dia berasa tidak sedap hati sepanjang malam itu dan firasat buruknya menjadi kenyataan selepas menerima panggilan keluarga isteri memaklumkan berita buruk itu.

"Adik ipar menghubungi saya dan hanya memberitahu kakak sulungnya kemalangan serta meminta saya segera ke HP tanpa memberitahu isteri dan semua anak saya sudah meninggal dunia.

"Hancur luluh hati saya selepas melihat jenazah mereka. Saya terkilan kerana baru bercadang untuk bercuti minggu depan dan membawa mereka ke Melaka," katanya.

Gambar ahli Kumpulan Elite dengan anak masing-masing

Posted: 08 Jun 2010 07:08 PM PDT

Sensasi: Ok nie semua Hot mamas dari kumpulan Elite yang pernah mewarnai dunia nyanyian negara ini.Korang perasan tak,semua mereka nie dah pernah bercerai..Anak-anak kesemuanya anak dengan bekas suami,kecuali Sasha dengan Azza sebab Sasha dengan bekas suami takda anak,dan Azza memang tak pernah beranak,tp dia ada anak angkat yang kini dijaga oleh ibunya di kampung.








Kes bunuh Kanak-kanak 3 tahun :Syafiah Humaira ,saksi beri keterangan

Posted: 08 Jun 2010 06:25 PM PDT

Ini adalah gambar saksi yang bermain bola bersama pembunuh sial,(boyfren mak kepada Syafiah Humaira)
Ini adalah muka lelaki dayus,sial setan,dan perangai mcm haiwan..haiwan lagi mulia kot..


SHAH ALAM: Perasaan takut menyebabkan dua pelajar sekolah menengah sekadar melihat perbuatan seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil memijak dan menendang seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan kasut bola.

Muhammad Faleeq Hakimi Zazali, 16, yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-tujuh dalam perbicaraan kes bunuh Syafiah Humaira Sahari, 3 tahun 4 bulan berkata, dia turut dimarahi tertuduh, Mohd Fazli Azri.

"Abang Mat (panggilan tertuduh) kata kau jangan sibuk. Nanti kau yang aku buat macam ini," kata saksi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani mengenai perbuatan tertuduh, saksi menjawab tertuduh meminta kanak-kanak itu mengambil bola pantai yang ditendangnya.

"Abang Mat marah budak itu dengan mengatakan kau (budak tersebut) tak ada kaki ke (untuk) bagi bola. Budak itu ambil bola dan peluk dalam keadaan mencangkung.

"Abang Mat minta semula bola. Budak itu duduk diam sahaja. Abang Mat pergi ke arah budak itu dan sepak bola yang sedang dipeluk. Budak itu tercampak," kata saksi, seorang pelajar tingkatan empat.

Tertuduh kemudiannya menyeret tangan budak tersebut dan dicampakkan keluar dari padang.
Mohd Fazli Azri (tengah) didakwa membunuh Syafiah Humaira. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN

Sementara itu, seorang pelajar tingkatan tiga, Muhammad Nur Afiq Othman berkata, dia tidak melakukan apa-apa bagi membantu kanak-kanak itu walaupun dia bermain bola dengan tertuduh.

"Saya berada dekat tiang gol. Saya cuma tengok sahaja (kejadian itu). Saya tidak berani," kata saksi semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Zureen Elina Mohd Dom.

Ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan kelapan, Muhammad Nur Afiq menambah, kanak-kanak itu dimarahi kerana enggan menjaga anak Abang Mat, iaitu Syakimie Iqbal yang digelar 'Ami'.

"Budak perempuan itu baring. Abang Mat marah dan kata kau (kepada budak perempuan itu) jaga Ami. Nanti aku pijak dengan kasut bola," katanya.

Saksi menambah, dia hanya membantu membawa selipar kanak-kanak itu ke dalam teksi tertuduh, selepas seorang lagi pelajar, Ahmad Fikrihalis Zakaria, 19, datang mengangkat kanak-kanak tersebut.

Katanya, dia membuka pintu teksi untuk membolehkan Ahmad Fikrihalis (saksi pendakwaan ke-enam) meletakkan kanak-kanak itu di kerusi penumpang hadapan teksi.

"Saya lihat keadaan budak itu lembik. Saya lihat ada kesan biru pada rusuk kiri," katanya lagi.

Saksi pendakwaan kesembilan, Muhammad Sanusi, 15, pula berkata, pintu teksi terkena pada kanak-kanak itu semasa tertuduh menutup pintu teksi sedangkan kanak-kanak itu baru hendak keluar dari teksi.

Mohd Fazli Azri, 28, dibicarakan atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira iaitu anak kepada kekasihnya, Siti Nurhanim Aziz, 25, pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Tertuduh yang diwakili peguam Gurbachan Singh boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki akan bersambung esok.

Sensasi:pembunuh nie sensasi rasa confirm kena hukum gantung sampai mati...huhu..kalau tak kena tak tau la nak ckp apa..perangai mcm setanz..ape hal nak sepak bola yang dipeluk budak tue sampai terpelanting budak tue..lepas tue hempas pintu teksi,masa budak kecik tue nak keluar,kena kat budak tue...mcm cam haram jadah punya laki..yg mak si kanak2 tue boleh pulak nak backup jantan dayus nie...

Gosip2 manja tentang kisah pertunangan Jimmy Shanley dulu-dulu

Posted: 08 Jun 2010 06:03 PM PDT



Sensasi:Pertunangan Jimmy dengan Suhaila adalah pertunangan kali kedua buat Jimmy Shanley.. Jimmy dikatakan telah curang dengan tunang pertamanya dan bercinta dengan Suhaila.Percintaan (pertunangan)Jimmy dengan tunang lamanya terputus kerana jarak jauh..manakala Jimmy berjumpa Suhaila setiap hari..Masa tue bekas tunang Jimmy tahu tentang kecurangan Jimmy tapi tak berbuat apa-apa tindakan sebab tak mahu kehilangannya..tpi akhirnya jodoh menentukan bahawa mereka tidak ditakdirkan bersama.. Jimmy dan bekas tunang berpisah jua..dan kini Jimmy bakal bertunang sekali lagi dengan Suhaila...

P/s:manis jugak wajah bekas tunang Jimmy,tentu dia pun takda masalah dpt lelaki lain..muka mcm yasmin hani je tgk.

Radhi OAG menceraikan isteri dengan talak satu

Posted: 08 Jun 2010 05:46 PM PDT


8 June 2010: Penyanyi, Radhi OAG menceraikn isterinya, Shazlin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini.

Sensasi: Akhirnya setelah mahkamah memutuskan bahawa Radhi dan Shazlin masih suami isteri..Kini Radhi menceraikan Shazlin dengan cara baik dengan Talak Satu...
Rasanya ini yang terbaik buat mereka..Shazlin bermati-matian cakap yang Radhi pernah menceraikan nya dengan talak 3...iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula..

Tp Radhi buat sumpah bahawa dia tidak ingat yang dia pernah menceraikan Shazlin,dan mengatakan kemungkinan dia berada dibawah pengaruh ubat?hey..mana boleh mcm tue bro...

kalau dalam hukum Islam,cerai bukan sesuatu yang boleh dibuat main atau boleh ditarik2..Ramai yang menyalahkan Shazlin kerana kesian kat Radhi..tp bagi sensasi ,perempuan harus menegakkan haknya kalau betul dia diceraikan..takkan nak hidup bergelumang dosa (sebab dah bercerai tp masih buat mcm laki bini)...

Memang kesian kat Radhi sebab dia sygkan wife dia...tp sapa suruh dia xberubah selepas kahwin..kata Shazlin dia sudah tidak tahan sebab radhi masih tak berubah walaupun mereka dah ada anak (ketagihan dadah)..Tp lelaki,kalau sayang bini,cubalah berubah....

Tp kini Radhi kata dia dah bebas dadah,dan cuba mendekati agama..bagusla..harapnya dia mengekalkan hidup bebas dadah selama-lamanya lah..dan menceraikan Shazlin mungkin satu langkah terbaik buat mereka berdua..untuk mengelakkan hidup sebagai suami isteri yg tidak sah disisiNYA..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS